Yang Biasa-Biasa Saja

 "Aku nak jadi orang yang biasa-biasa saja. Tolonglah faham..."

"Aku tahu. Aku bukannya ajak kau jadi orang yang luar biasa pun!"

"Tapi kenapa kau selalu sangat ajak aku solat berjemaah? selalu sangat ajak aku belajar mengaji? selalu sangat ajak aku hafal Quran? selalu sangat ajak aku dengar ceramah agama? aku bukan apa... aku cuma kurang minat dengan benda-benda ni. Aku rasa aku tak nak jadi lebai-lebai ni. Aku nak jadi biasa-biasa saja"

"Apa maksud kau dengan 'biasa-biasa' tu?"

"Iya. Aku juga solat walaupun lewat. Aku juga mengaji, walau tak lancar. Aku juga dengar kuliah, walaupun seminggu sekali. Macam kebanyakan orang lain..."

Seperti Kebanyakan Orang Lain (?)
Mungkin anda pernah mengalami perbualan seperti berikut. Saya belum. Ia hanya lahir dari cetusan imaginasi saya, bukan realiti kehidupan saya.

Saya tertarik dengan pendirian beberapa manusia yang mahu hidup 'biasa-biasa'. Tidak dinafikan, itu juga impian dan keinginan saya. Menjadi yang biasa-biasa, tapi biasa yang bagaimanakah yang sebenarnya?

Ada orang memahami bahawa islam itu agama yang mudah. Dan benar, islam tidak pernah menyusahkan dan menyukarkan.

Tapi setakat mana kita faham bahawa tentang konsep biasa-biasa dalam islam?

"Biasalah solat di akhir-akhir waktu..."

"Biasalah pakai tudung tapi baju lengan pendek..."

"Biasalah datang masjid dekat-dekat orang solat jumaat..."

"Biasalah tak buat dakwah..."

Ia menjadi biasa hanya kerana kebanyakan orang telah meninggalkan ia- Satu kewajipan yang semakin dilupakan! Itulah yang kita panggil sebagai biasa!

Suatu Ketika.
Satu ketika dulu, menyembah berhala itu biasa. Tapi selepas islam datang di tanah arab, menyembah patung menjadi luar biasa.

Satu ketika dahulu juga, membunuh anak ialah biasa. Tapi ia menjadi sebaliknya apabila islam muncul. Tapi sekarang, ia kembali menjadi biasa. Benar, kita tidak melihat anak-anak muda kita tertunduk-tunduk menyembah patung. Tapi kita boleh lihat mereka 'menyembah' artis-artis. Anak-anak juga dibunuh, tanpa kira lelaki atau wanita.

Tidak lain, ini adalah tanda bahawa kita sudah kembali ke zaman jahiliyyah atau lebih tepat, jahiliyyah moden.

Dan saya tertarik dengan satu hadis dari Abu Hurairah, Rasulallah bersabda : "Islam bermula sebagai dagang (asing), dan akan kembali sebagai asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing"- riwayat Muslim.

Terasing.
Menjadi orang asing di planet sendiri, bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Bukan juga sesuatu yang mudah. Kerana ia sukar, Allah menjanjikan satu habuan yang sangat besar kepada manusia yang memilih jalan hidup 'luar biasa' ini.

Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa Rasulallah pernah bersabda: Ummat akhir zaman kelak akan berada di situasi, berpegang dengan islam itu seumpama menggenggam bara api. Kerana kesukaran sebegitu, Allah janjikan pahala satu amalan mereka seolah-olah sama dengan pahala 50 orang. Para sahabat ra. bertanya kepada Rasulallah, "50 dari kalangan kami atau kalangan mereka?" Jawab Rasulallah, "50 orang dari kalangan kamu (dari kalangan para sahabat ra.)".

Kesimpulan : Tiada Yang Luar Biasa...
Ya. Sebenarnya, islam itu sentiasa biasa-biasa. Cuma sikap segelintir manusia yang mengambil islam separuh-separuh telah mencemarkan islam itu sendiri. Sebenarnya, orang yang meninggalkan dakwah itulah orang pelik. Orang yang membuka aurat itulah orang yang pelik. Orang yang solat di rumah itulah orang yang pelik. Mengapa perlu diaggap orang yang berpegang dengan islam sebagai pelik? wahai orang-orang yang pelik?

Jika kita mahu sangat menjadi orang yang biasa-biasa, maka mari kita kembali ikut cara hidup Rasulallah dan para sahabat ra. kerana itulah dia 'biasa-biasa' yang kita bising-bisingkan. Selain dari itu, semuanya pelik!

Ayuh, jalani kehidupan bercorak islam. Biar kita dianggap pelik kerana menutup aurat. Biar kita pelik kerana memilih untuk solat berjemaah. Biar kita dianggap pelik kerana berdakwah dan belajar agama kerana kita tahu destinasi kita ialah syurga.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menggenggam bara di jalan-Mu ini...
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

hadis tu cukup membuktikan bahawa kata2 rasulullah saw bukan sesuatu yang boleh kita dustakan. benar. kini islam itu asing. sebab tu kita yang sudah ada fikrah ni jangan jadikannya asing. kita mulakan supaya orang2 yang melihat perbuatan kita yang mereka rasakan asing ini, turut sama melakukannya. allahu a'lam

Balas
avatar

manisnya syurga itu..kerna pahitnya dunia...:)

mgkn nmpk pelik bagi org.bila bertusung litup,berjemaah di surau.sebab kita hidup untuk mati.

doakan echah jugak boleh jadi macam tu.

Balas
avatar

terimakasih info yang sangat berguna mantap untuk peringatan bersama

Balas
avatar

entri menarik utk umat akhir zaman apabila menilai Islam dengan keadaan ketinggalan...

mohon izin kongsi :) tq

Balas
avatar

Semoga saya juga diberi kekuatan ke arah itu...amin

Balas
avatar

oh,dekat sekolah ada bukak tazkirah pasal hadis ni..

Sebenarnya, itulah yang biasa bagi manusia. Tinggal kita nampak luar biasa, sebab kebiasaan itu telah ditinggalkan manusia hari ini

ayat curi je pun, tp itu benar:)

beruntunglah orang-orang yang asing, ini antara tanda-tanda kiamat

Balas
avatar

nak jadi biasa2 yang bermakna. ^_^

Balas
avatar

alhamdulillah..syukran!tazkirah yg berguna..dan buat hati ni segar kembali..=)

Balas
avatar

IM pun nak jadi yang biasa-biasa jer. senang!

Balas
avatar

kupasan yg mnarik juga. artikel ni macam berkait dengan video orang yang terasing. Saudara iqbal dah tgk? http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/orang-yang-terasing.html

Balas
avatar

amin.

mudah mudahan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA. :)

Balas
avatar

terbaik!!

maka berbahagialah mnjadi org2
yang asing..

betulkan yg biasa,biasakn yg betul
insyaALLAH,mga kmu pmudahkn :)

Balas
avatar

Jazakallah akhi..
moga Allah sayang kita..

Balas
avatar

menarik...
mohon copy ea...akan saya link kan

Balas
avatar

jadi manusia biasa dengan lifestyle yg luar biasa..

Balas
avatar

artikel penawar hati di kala diri sedang duka.

terima kasih.

Balas
avatar

"Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa"

-Salam ziarah daripada orang biasa jua.^^,

Balas
avatar

salam...

ermmm...itula..yang xbiasa, dibiasakan...dah banyak dah sekarang...

paham kan...

Balas
avatar

terima kasih diatas peringatan yang bermakna..

Balas
avatar

assalamualaikum...apabila terbiasa buat dosa,maka biasakanlah diri anda untuk bertaubat..Apabila anda biasa bertaubat setelah terbiasa berbuat dosa maka anda adalah seorang yang luar biasa di sisi Allah..oh...

Balas
avatar

best baca.. perlukan istaqamah yg tinggi untuk melakukan perubahan ini..

Balas
avatar

terima kasih...
sangat indah.. :)

Balas
avatar

insaf baca ni...

terima kasih utk peringatan bersama.

jom singgah sini

http://vitalicious2u.blogspot.com/

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443