NFBZ : Kredibiliti di sebalik perbezaan pendapat.

Saya percaya, kredibiti ialah suatu yang subjektif. Maka, atas sebab itu jugalah saya rasa bertanggungjawab untuk membela diri saya.

TEKA-TEKI- Ibarat sebiji kek. Kamu semua makan semua. Hanya tinggalkan kepada kami, sisa-sisanya sahaja. Dengan sisa-sisa inilah kami semua berebut-rebut meneruskan hidup. Lalu, apabila kamu rasa kamu hampir jatuh, kamu ungkit-ungkit kembali tentang sisa-sisa ini. Kata kamu, kami manusia yang tak tahu syukur. Sudah diberi sisa pun masih mahu bising.

Soalan: siapa 'kamu' itu. Jangan jawab disini. Sila PM (private message) saya :)
Saya susah hendak percaya yang kata-kata saya sebegitu mengundang tafsiran yang bereda-beda. Biarlah, itu satu indicator bahawa saya tidak sempurna.

Begini. Saat saya search perkataan 'pemimpin' di dalam al-Quran, saya bertemu dengan paling kurang, 38 ayat yang menceritakan tentang pemimpin. Dalam 38 ayat yang berbeza-beza itu, saya jatuh cinta dengan banyak ayat. Antaranya ialah dari dalam surah al-Maidah ayat 57.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan sebagai pemimpin kamu..."

Gulp!!

Sekilas, ayat itu merujuk kepada seseorang yang sangat hampir dengan kita. Saya terfikir, adakah orang-orang yang mengatakan 'potong tangan bagi pencuri itu kejam' itu melafazkan bukan kerana dia main-main?

Kalian boleh bersangka baik. Tapi ingat. Bersangka baik bukan bererti membutakan mata. Bersangka baik, bukan bererti memperbodokan diri sendiri!

Apakah orang-orang yang mengatakan, 'wanita muslim yang enggan bersentuh kulit dengan lelaki ajnabi adalah tidak bertamadun dan tidak sopan' itu bukan mempersendakan hukum?

Jika itu yang kalian fikir, terpulanglah. Tetapi yang saya pasti, setiap orang tahu hatta kanak-kanak di bangku sekolah rendah juga tahu bahawa muslim tidak boleh bersentuh-sentuh sesuka hati.

Apa maksud saya dengan 'teka-teki' itu?

Kali ini, izinkan saya menyampaikan sebuah cerita.

Ia adalah cerita seorang manusia yang disambar api neraka yang menyala-nyala. Orang itu merintih. Kasihan. "Aduh... alangkah baiknya kalau-kalau aku dan kerabat-kerabat aku dahulu taat kepada Allah dan taat juga kepada Rasul". Orang itu sendu-sendan meratapi balasannya. "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan pembesar kami, tapi mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar. Oleh itu Ya Allah, timpakanlah kepada mereka azab yang dua kali lipatan (berganda-ganda) dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar".

Barangkali, orang itu ialah kita. Mungkinkah?

Sila selak surah al-ahzab ayat 66 hingga 68.

Satu lagi kisah yang wajar kita hayati diselit dalam surah Sad ayat 59.

(Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".Mendengarnya, pengikut-pengikut mereka itu pun menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan ".

Astaghfirullah...


Bulu roma saya meremang saat membaca kisah-kisah tentang neraka. Saya takut neraka, tapi saya aneh... walaupun begitu buruk tempat itu, ramai sungguh manusia yang tidak secebis pun diburu rasa takut itu.

Print Screen.

Saya minta maaf, jika dengan wujudnya artikel ini, kredibititi dan dignity saya sebagai penulis semakin tercalar. Saya sebenarnya mahu mewujudkan dua situasi dakwah. Yang serius dan tegas (di blog) dan yang santai (di Facebook). Alasan saya mudah. Saya tidak mahu orang-orang yang ramai berasa canggung dengan saya.

Ah, saya bukan terrorist apatah lagi extremist. Saya membawa mesej keamanan. Di tangan saya ialah obor persaudaraan. Dan wajarlah saya mengatakan, pemahaman kita di tahap yang berbeza-beza. Namun begitu, saya tetap yakin bahawa ada sebuah teknologi bernama 'private message' yang membantu kita untuk menghayati perbezaan pendapat (lebih tepat, kesilapan kita dalam memahami).

Apapun, ia cukup untuk menjadi pengajaran bagi saya agar bersikap lebih berhati-hati.

Dan akhir, saya yakin akan ada yang berfikiran sempit mengatakan ini adalah artikel politik. Tidak. Ini adalah artikel agama. Saya ulang. Ini ialah artikel agama.


Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

lumrah apabila seseorang itu tampil dengan imej sebegitu, selama-lamanya dipandang begitu...

sempat tergelak sikit bila baca komen pasal kredibiliti tercalar tue...

tak apalah, kita nak mendidik manusia ada banyak cara, tak boleh stereotype sahaja, ada orang tak suka kita nak buat macam mana, mungkin dia mengharapkan kita jadi macam yang dimahukan...

baguslah kalau macam tue, ada juga orang cintakan ilmu & org yg menyampaikannya...igtkn zaman skarang artis je kena jaga imej...rupanya blogger Islamik pn kna jaga imej masing2 juga =)

Post Terbaru di Berjalan Menuju Kebenaran: Be a Strategist not just an Empty Talker

Balas
avatar

Saya dh tgk jgk psl tu dlm fb tadi, mgkn krn mrk anggap kamu nampak tak serius bila post status mcm bgitu, seperti tdk matang.pasal tu dikaitkan dgn kredibiliti.

Balas
avatar

As salam.
Nak buat macam mana, sekarang semua benda nak kaitkan pada politik.

kalau baik pun ada kaitan politik, kalau buruk pun ada kaitan politik.

manusia suka buat alasan dan tuduhan kan?

sabar-sabar sahaja :)

Balas
avatar

salam iqbal...

tak semua punya pandangan yg sama kan. yg penting niat kita nak berdakwah tu ikhlas. tak kisahlah serius ke santai~

Balas
avatar

salam, saya pun terbaca juga tentang tu. maybe sebab post tu agak santai sikit kot. menarik artkel ni. teringat cikgu normala

Balas
avatar

Besabarlah... buat yang terbaik jika kita fikirkan kita berada di landasan yang betul..

Semua orang boleh memberi pendapat. Tetapi jika ada yang negatif jangan mudah putus asa tetapi binalah kekuatan untuk bangun dan buktikkan apa yang kita lakukan benar...

Balas
avatar

i like your teka-teki.

what the ?! melibatkan kredibiti segala? i think dia tak dapat terima the truth.

politik is agama. jadi saya yak kisah kalau artikel awak berunsur politik.

Islam itu syumul kan? :)

:: like:)

Balas
avatar

salam iqbal..
ye.. berkali juga saya diingatkan oleh ibu bapa.. jika mahu pilih pemimipin, pilih yang bertaqwa.. bukan hanya memimpin di dunia.. tetapi jadi pemimpin di akhirat sana...

Balas
avatar

yg terus menyokong anda di atas jalan yg benar,
~MQ~

Balas
avatar

berdiri atas kebenaran jangan risau dengan cabaran kerana itu janji orang yang membawa obor dakwah

Balas
avatar

as salam...perkongsian yg menarik disini...setiap org mempunyai mata yang berlainan...hati yg berlainan...pemikiran yang berlainan...tapi usahlah perbedaan itu dilebih-lebihkan...banyakkan persamaan...betul tak?

Entry terbaru ►Sukan : Chong Wei vs Lin Dan (Terbuka Korea )

Balas
avatar

salam alaik iqbal, akak ade terbaca jgk komen kt teka teki tu aritu,agk terkejut dgn kata-kata insan tersebut.

dont worry, hanya Dia yang mengetahui niat hambaNya.

"intansurullahu yansurukum"

bersabarlah wahai mujahid muda :)

Balas
avatar

ana tak nampak pun apa yg enta tulis itu mencalarkan kredibiliti enta.

bukankah itu satu kebenarannya?
dan enta adalah pejuang kebenaran...

x yah la layan org sebegitu...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443