Hasad kepada Ghibtah

Apabila sesuatu itu dikaitkan dengan hati, maka jawapannya ialah jerih. Susah, bahkan sukar.

Menjaga kesucian hati, ia tidak semudah kanak-kanak menjaga baju sekolah daripada dikotori. Mereka, boleh saja menukar pakaian seragam yang serba putih dengan baju sukan, sebelum bermain agar kesucian pakaian tadi tidak terjejas.

Tetapi manusia? Bisakah kita meninggalkan hati kita diluar?

Oh! Binasalah jika begitu! Lalu, bagaimana?

Kerana hati sifatnya berbolak-balik (berubah-ubah), maka kita perlu berusaha untuk 'mengubah'.

Salah satu penyakit yang timbul pada hati setiap daripada kita ialah penyakit hasad. Ya. Saya yakin semua manusia punya penyakit ini (kecuali manusia-manusia yang dekat dengan Allah dan diselamatkan-Nya).

Dalam sebuah hadis, diceritakan bahawa hasad adalah dilarang keras, kecuali pada dua tempat iaitu kepada orang yang kaya yang menggunakan hartanya di jalan Allah semuanya, dan orang yang memahami al-Quran yang menghabiskan masanya, dengan mentelaah, memahami dan beramal dengan kalam Ilahi.

Dan ulama memberi penafsiran tentang ini.

Apa itu hasad?

Literasi, hasad ini seringkali berkait rapat dengan keinginan kita untuk memiliki suatu kebaikan yang ada pada orang lain dan dalam masa yang sama, kita mahu jika orang tadi mendapat bala. Maknanya, kebaikan tadi dicabut daripada orang itu dan kembali kepada kita.

Contoh: Sahabat kita dikasihi dan disenangi orang. Kita buruk-burukkan nama dia. Fitnah dilempar dan akhirnya, sahabat tadi dibenci sedang kita pula dipuji.

Kerana itu, hasad ialah satu yang haram. Haram yang hakikat.

Dan dalam hadis tadi, ulama menghuraikan yang hasad pada dua golongan itu, bukannya hasad, tetapi ia dikenali sebagai 'ghibtah'.

Ghibtah, ialah kita mahu kebaikan yang dimilki orang itu, tapi tanpa sedikit pun keinginan agar kebaikan yang ada pada orang tadi, lenyap.

Bahasa moden, persaingan sihat.

Dalam islam, sesuatu yang membawa kepada keredhaan Ilahi ialah ibadah. Dan konsep ghibtah, sangat mirip dan dekat dengan kita.

Kita dituntut supaya bersaing dan berlumba-lumba dalam beramal. Ya. Itu.

Fastabiqul khairat

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

surah al-Baqarah ayat 148.

"...berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..."

Nah! ayat ini, bagi saya sangat cantik dalam konteks 'ghibtah'.

Kita dituntut untuk bersaing dalam melaksanakan amal soleh.

Kerana itu, saya senang mahu menarik perhatian diri saya sendiri khususnya, agar segera membuat transformasi. Kita tukarkan hasad, kepada ghibtah.

Kita buang karat, kepada kebersihan kerana 'ghibtah' itu lebih suci buat diri kita, masing-masing.

Kesimpulan.

Hasad itu jijik, tapi ia sejuta kali lebih jijik jika terpalit kepada ahli agama. Bukannya tidak pernah terjadi, Ustaz A memfitnah Ustaz B kerana Ustaz B, kala berceramah, akan ramai pendengar.

Sama.

Si alim A, mungkin akan diburu sedikit hasad dengan si alim B. Mungkin kerana penulisan si alim B, lebih ramai pembaca. Kerana itu, si alim A membuat fitnah dan membuat onar, dengan harapan dapat 'menghalau' dan mengganggu dakwah si alim B.

Jangan begitu.

Ya, ia satu peringatan buat saya.
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

rosak hati maka rosaklah segalanya ..jglh hati jgn dkotori..

Balas
avatar

salam ghibtah:)

biasanya, kalau bab duit, bab pelajaran ish.. suka sangat dengggkkii2

muhasabah huhu!

Balas
avatar

alhasadu kama takkulun narul khatab

hasad bagai bara yang makan kayu api

Balas
avatar

Salam iqbal..
thank you! bru je blajar bout ghibtah ni 2 sem lepas..tapi dah terlupa T.T xingat pun namanya ghibtah..syukur la terbaca smula kat cni..syukran! :D

Balas
avatar

alhamdulillah...
ilmu baru -ghibtah-

sealilm-alim manusia itu tetap masih jahil dengan ilmu ALLAh keseluruhannya ya!

Balas
avatar

salam,

moga Allah tetapkan hati hambanya yang beriman insyaAllah

Balas
avatar

Assalamualaikum,,
singgah sini iqbal..sy singgah baca artikel baru, tp tak komen pasal kdg line tenet cm apa gi..then bz sama..janji sy dpt smthing baru kat teratak ni..insyaAllah..

baru tau ttg ghibtah.. Fastabiqul khairot..berlumba2 dlm mmbuat kebaikan..sy akan ingt and sematkan di hati..insyaAllah.. ^_^

Balas
avatar

Nama saya pun ghibtah.... Ghibtah binti ali... Masa kecik dulu tak paham..rasa pelik je...tapi sekarang dah tahu maksud yg baik...

Balas
avatar

Nama saya pun ghibtah.... Ghibtah binti ali... Masa kecik dulu tak paham..rasa pelik je...tapi sekarang dah tahu maksud yg baik...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443