Indahnya Jika Diriku Seorang Mus'ab

Benarkah aku mencintai kehidupan akhirat lebih daripada dunia?

Aku tidak yakin aku berkata suatu yang benar kerana aku tidak memiliki peribadi Mus'ab Bin Umair. Mus'ab, lelaki tampan. Wajahnya bersinar cemerlang. Tidak seperti wajahku yang pudar, bersama topok-tompok cela. Mus'ab tidak pun sibuk memikirkan tentang gadis sunti yang mencuri pandang wajah indahnya. Sedang dirinya juga tidak sekali mendambakan pujian dan penghargaan dari peminat-peminatnya.

Mus'ab lelaki gagah. Badannya tidak terbina kerana cukupnya makanan, tetapi kerana cukupnya ibadah. Aku pula, sudahlah tidak tegap, tetapi isi daging ini jua terbina hasil makanan-makanan lazatku setiap hari. Mudahnya aku, tidak kenal erti lapar. Hanya tinggal satu bulan berpuasa, dan hanya itu sahaja masa untuk aku ingat derita manusia seperti Mus'ab yang berlapar kerana mencari kemulian dari Allah.

Mus'ab... Ah, lelaki itu dahulunya segak. Pakainnya cantik-cantik. Indah belaka. Tetapi dia sanggup meninggalkan sarung kemegahan dan lagak, kerana mahu menyarung bebenang kehambaan. Ternyata diriku berganda lebih bergaya. Baju sahaja, sudah berjenis-jenis. Seluar pula, berbagai corak. Tidak lagi ku kira eksesori yang ada, untuk aku laburkan wang aku pada mereka yang akhirnya akan berkarat, bersama karatnya iman aku.

Mus'ab Bin Umair punya mulut, dan aku juga punya mulut. Mungkin kelebaran, ketebalan dan warna bibir kami berbeza-beza. Bahkan, susunan gigi kami juga akan ada bezanya. Tetapi daripada itu, air liurnya silih kering dan membasah kerana mahu seluruh penduduk bumi Madinah ketahuan tentang agama islam. Hela nafasnya keluar bersama haruman-haruman keindahan iman yang membujuk segar. Tetapi aku? Bagaimana aku? Aku memiliki kurang lebih dua berus gigi yang aku tertukar, dijaga bahagian mulutku daripada ancaman kuman yang seni dan nafas berbau. Dan syukur, teknologi membantu aku memiliki susunan gigi yang cantik dan selesa tetapi tidak ia berjaya membantu aku mencontohi Mus'ab. Diriku bercakap soal islam? Jarang benar dengarnya. Malu dan segan, silih berganti setiap kali. Mungkinkah aku tidak berbangga dengan islam, seperti mana Mus'ab pernah berbangga dengannya?

Susuk tubuh Mus'ab pernah berdarah menerima tujahan demi tujahan dari puak musuh. Dirinya rela menahan perit dirantai derita kerana Allah dan Rasul tercinta. Bersama itu, jasadnya layu di makam Uhud. Darahnya dibiar tanpa dikeringkan dan ditanamkan ia dalam liang yang sama dengan jasad teman-teman jannah. Nanti, dia tidak akan runsing kerana tanpa perlu mulutnya bercakap, darahnya sahaja sudah cukup menjadi bukti di mana dia seorang pejuang agama. Aku pula? Mus'ab... maafkan aku. Aku tidak seperti kamu. Jasadku yang segar dengan makanan yang cukup, hiburan yang asyik dan rehat yang enak, tidak sedikit pun ia berguna pada agamaku. Aku takut disakiti kerna berjuang. Aku takut dizalimi kerana menegakkan kebenaran. Aku juga takut berlapar, sekiranya aku keluar daripada enaknya dunia ini.

Mus'ab... Aku teringat, ibumu pernah merajuk dengan kamu. Kata ibu, dia tidak mahu makan selagi kamu tidak keluar dari agama kamu. Pucat lesu wajah ibumu, tetapi tidak pada wajah imanmu. Kamu memilih Allah dan Rasul berbanding kecintaan kamu, buah hati kamu, dan ratu hidupmu. Aku tidak seperti kamu Mus'ab... Ibuku seorang muslim dan dia sering pula mengajar dan menyuruh aku patuh pada Allah. Dan ternyata, aku dengan kamu berbeza Mus'ab. Aku ingkar pada suruhan ibuku dalam soal ketaatan tetapi kamu pula ingkar pada ibumu dalam soal akidah. Dan buat kali yang aku sendiri tidak pasti jumlahnya, kau jauh meninggalkan aku...

Oh Mus'ab... izinkan air mataku tumpah kerana kamu walau aku tahu, kamu pasti tidak suka aku begini. Aku terbayang saat Rasulullah S.A.W bercucuran air mata kala mahu mengkafankan jasadmu kerana kain yang satu-satunya milikmu tidak mampu menutup keseluruhan tubuhmu. Ditutup kepala, terbukalah kaki. Ditutup bahagian kaki, teserlahlah bahagian kepalamu. Dan akhir, dirimu dikafankan dengan kain itu menutup kepalamu dan reranting dan dedaun kayu melindungi kakimu.

Aku? Aku tidak tahu bagaimana nanti Mus'ab... mungkin aku akan mati dengan diriku memiliki aset yang berjuta harganya. Seboleh-bolehnya, biar saja harta yang pernah aku miliki dibawa bersama ke lembah kematianku. Mungkinkah ia mampu menjadi teman untukku melalui mimpi ngeriku nanti?

Aku terkenang remajamu Mus'ab. Aku juga remaja, dan mungkin di usia ini, aku masih lagi remaja. Tetapi banyak benar beza antara aku dengan kamu. Hebatnya kamu, hingga Madinah menjadi bercahaya mendengar kalimah Toyyibah yang diseru olehmu, di saat Rasulullah masih bertahan dan bersiap untuk penghijrahan suci.

Aduhai Mus'ab... Ketahuilah kekaguman dirku padamu...

Kau memilih akhirat... tapi aku lebih cenderung pada dunia.

Kau memilih dakwah... sedang aku mirip perosak dakwah.

Kau memilih untuk syahid... sedang aku masih terketar-ketar menahan gejolak nafsu diriku sendiri.

Jauh benar jurang kita Mus'ab... dan buat kesekalian kalinya, izinkan aku mencontohi kamu, wahai Pemuda Dakwah!

Dan ya! Indahnya jika diriku seorang mus'ab...

                     
Previous
Next Post »
24 Komentar
avatar

Assalamualaikum akhi,

ana minatla pendekatan cara ini,
mampu menyedarkn jiwa2 yg hambar,
jiwa ana terutamanya..

sungguh! musab adlh pemuda yg wajar dicthi,
hebatnya mrk..
dulu ana selalu juga dgr ttg musab,
hari ini..
enta mngingatknnya kembali..
jazakallah,

mudah2an jiwa Musab itu sedikit sbyk ada pd kita..

~ salam perjuangan.

Balas
avatar

benar..

akhir2 ini..sgt rajin menelaah kutub2..diselang seli dgn kisah2 para sahabat yg diadaptasi dlm novel keluaran pts..it's awesome.semakin byk kisah yg kita baca..semakin luluh rasanya jiwa..malu...ah sgt malu

apalah sgt peribadi yg kita ada..amal yang dilaksanakan.. berbanding dgn apa yg telah para mujahidin lakukan.ah berganda malu..

malu saja pon xguna..jika tanpa langkah yg diambil,bermakna kita sengaja mencipta ruang malu yg lebih banyak

Balas
avatar

Masha Allah....

Balas
avatar

Sungguh,memang kita sangat berbeza dengan mereka sahabat-sahabat dan para tabi'in...

InsyaAllah,semoga kita terus berusaha mencontohi mereka..

Balas
avatar

masih adakah hamba Allah yang begitu di muka bumi Allah ini? indahnya... terima kasih iqbal kerana berkongsi cerita ini...

Balas
avatar

Hari ni sy belajar tentang tokoh baru, Mus'ab.

Thanx iqbal, :)

Balas
avatar

Assalamu'alaikum

syukran atas perkongsian ini.

Balas
avatar

hebat sungguh.

boleh tak bawa kisah serikandi pula pada masa akan datang?

matlamat Mus'ab dan kita sama, untuk keredhaan dan syurga Allah tapi caranya jauh berbeza huhu!

Balas
avatar

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudari untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudari.Sekian,Terima Kasih.

Balas
avatar

hmm..pernah dengar nama ini..ttp x tahu sejarahnya terhadap islam..thanks 4 sharing..bru2 nih melawat perkuburan di medan uhud,ttp x tau yg mus'ab juga syahid di sini..

Balas
avatar

Mus'ab..seorang lagi pemuda yang boleh dicontohi..

Terima kasih atas perkongsian artikel yang bermanfaat..

Balas
avatar

jauhnya kita dari syurga Allah jika dibandingkan dengan Mus'ab ;(

Balas
avatar

salam perjuangan

sekian lama menjadi silent reader tanpa memberi sebarang komen. kali ini saya nak mengomen sedikit. tak banyak. sikit saja. kalau anta tak siarkan cerita tntg mus'ab ini samPai skrg pun mungkin ana xtau siapa penghuni syurga ini. cuma sekadar pernah mendengar namanya. moga kisah ini jadi inspirasi dan penaik semngat untuk ana dan sahabat sahabiah lain untuk menyebarkan dakwah islam.insyaAllah

Balas
avatar

perbandingan yang sebaiknya... memilih yang terbaik menjadi idola untuk kebahagiaan seusia abadi

Balas
avatar

assalammualaikum dik,

sungguh indah pendekatan adik..alhamdulillah syukur dikalangan kita masih ada insan seperti adik untuk memberi perkongsian dakwah ini..teruskan perjuangan adik..

Balas
avatar

assalammualaikum dik,

sungguh indah pendekatan adik..alhamdulillah syukur dikalangan kita masih ada insan seperti adik untuk memberi perkongsian dakwah ini..teruskan perjuangan adik..

Balas
avatar

Oh dunia..wahai akhirat..
dalam dilemma
Indahnya kalau kita dpt mencontohi
Mus'ab.

Balas
avatar

sedihnya baca post ni..
sungguh jauh beza dengan Mus'ab..='((
selama ini mulut mudah menutur bicara mengajak ke arah akhirat dan dakwah.. apakah hati ini juga ikhlas bersuara begitu..entah..tidak pasti..

syukran Akh Iqbal untuk perkongsian ini..sememangnya Akh Iqbal penulis yg menulis dri hati..

Ya Allah..ighfir dzunuubi..ighfir dzunuubana..

Balas
avatar

salam iqbal. sebak bc entry ni.
awak tahu, dr dulu lagi, kak teringin nk menamakan bakal zuriat akak nanti dgn nama mus'ab.
mus'ab bin umair insya Allah.
terima kasih atas perkongsian. teruskan berdakwah

Balas
avatar

Tetapi tidak semua Musab sebagaimana Musab ibn Umair. Harapan kita semua Musab menjiwai Musab ibn Umair. Jangan rasa nama dah Musab diri kita sudah menjadi Musab ibn Umair.
Ada Musab yang derhaka kepada ibunya.
Ada Musab yang merobek hati isterinya.
Ada Musab yang bukakan tudung isteri untuk perhatian umum.
Ada Musab yang berlakon macam Musab ibn Umair tetapi syaitan yang bertopengkan malaikat.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443