Buatlah pilihan~
Dahulu, saya pernah membuat kuiz di fan page Bayyinat. Bukanlah tujuan saya mahu menguji minda, tetapi hanya untuk bersantai-santai. Lagipun tidak salah bukan? Kerna, Imam Ghazali juga sering memberi kuiz kepada sekalian muridnya, setiap sebelum kelas.
Soalannya nampak mudah.
Kenalkah kalian siapakah itu orang-orang yang paling baik, dan siapa pula orang-orang yang paling jahat?Saudara saya, Naimul Firdaus sedia menjawab. Jawapannya saya kira tidak tersasar kerana memanglah, Nabi Muhammad s.a.w ialah lelaki yang paling baik, terbaik dan terpaling baik sekali.
Cuma, saya merujuk kepada 'orang-orang' dan ia bukanlah individu, tetapi kumpulan atau kelompok. Sedia mahu mendengar buah fikir saya? (",)
Saya memetik kata-kata Saidina Ali r.a. Kata beliau, orang yang paling baik ialah orang yang memiliki peluang untuk melakukan kejahatan tetapi dia memilih untuk melakukan kebaikan. Manakala orang yang paling jahat pula ialah orang yang memiliki peluang untuk melakukan kebaikan, tetapi dia memilih untuk berterusan membiarkan dirinya berkubang di dalam kebinasaan.
Kata-kata Saidina Ali itu benar-benar menyentuh hati. Bahkan, ia berjaya merobohkan tembok dan dinding-dinding kemegahan serta keangkuhan diri.
Ini Pilihan Allah.
Mungkin tidak pernah ia terlintas dalam benak kita, bahawa sesungguhnya, kita ini sangat bertuah. Kita dipilih oleh Allah untuk menjadi orang islam, dan kenyataannya, kita meraih islam secara keturunan atau baka. Mungkin tidak seperti saudara Sebastian Ali Julius kita.
Dalam masa kita menjadi islam pun, saya yakin benar bahawa hidup kita akan dihiasi dengan pola atau corak yang sama. Sekejap berbuat baik, dan kadangkala terjerumus dalam kejahatan pula. Macam yoyo, tidak mampu untuk terus berpusing, kerana yang jelasnya, iman kita yazid wa yanqus. Sekejap ia naik menyinar, sekejap ia turun mendatar.
Dan oleh sebab itu juga, kita perlu segera memandang diri sendiri. Kita! Dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita 'lebih bernasib baik'. Kita punya peluang untuk buat baik. Saya beri satu situasi (dan ia adalah satu realiti). Ada manusia yang ingin bersedekah, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak punya kewangan yang kukuh. Hatinya merintih sayu melihat saudara seagamanya kelaparan, tetapi saat meraba dompetnya, dia tersedar bahawa dirinya juga sama, kelaparan.
Tidak dirinya punya kemampuan, melainkan simpati bersulam doa sahaja yang mampu disisip.
Saya pernah bertemu dengan satu hadis, iaitu hadis berkenaan larangan kita daripada mencela si pelaku maksiat (dengan celaan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan memburukkan diri si pelaku). Namun, hasl pembacaan yang lebih, hadis itu dikatakan sebagai mauduk'. Hadis yang saya maksudkan berbunyi, "Barangsiapa mencela saudaranya dengan suatu dosa, maka ia tidak akan meninggal dunia sebelum melakukannya"-Hadis riwayat Tirmizi.
Kalian boleh rujuk pautan sini.
Walaupun hadis itu dikatakan sebagai palsu, namun tetap disana ada suatu yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar.
Seringkali, kita merasa benci dengan maksiat. Benar! Ia suatu yang perlu tetapi kebencian itu harus kena pada sasarannya, iaitu kepada perbuatannya, bukan pada orangnya.
Kerana, dengan banyak mencela, kita seperti menonjolkan diri.
"Syurga ni aku yang punya!", itu lah bisikan syaitan. Halus dan gemersik sahaja hasutan dia.
Sidang pembaca...
Ketahuilah satu perkara lagi. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Allah menjanjikan naungan Arasyh kepada pemuda yang menolak ajakan zina. Tawaran perlindungan itu tiba di saat manusia semestanya berteriak dan berkeluh kesah mencari-cari tempat berteduh daripada murka dan azab Ilahi di padang mahsyar kelak.
Dan ia suatu imbasan, bahawa perbuatan 'menolak' tadi merupakan suatu yang sangat besar...
Dan seperkara, Nabi Yusuf sendiri mengakui bahawa dirinya terhutang budi kepada Allah kerana tanpa rahmat dan petunjuk Allah, dia bimbang dirinya akan terjerumus dan termakan godaan wanita cantik, isteri pemerintah Mesir. Sila rujuk ayat 24 daripada surah Yusuf. Bacaan lanjut disini.
Saya tidak mengatakan menolak peluang untuk berbuat kejahatan itu mudah. Pengalaman sendiri mengajar saya betapa ia suatu yang jerih. Lebih-lebih lagi bagi insan yang punya rekod yang buruk, seperti saya. Ah! Cukuplah Allah menilai, tetapi jangan terkejut jika kalian akan bertemu dengan manusia-manusia yang kalian lihat tangan mereka terketar-ketar menahan kehendak diri, semata-mata mahu menurut perintah Allah.
Dan subhanallah... segalanya dicatat, dan layaklah untuk diterima dia sebagai mausia yang paling baik- 'memaksa diri untuk terus melakukan kebaikan walau peluang melakukan maksiat yang dicintai nafsu serakah terbentang luas, tanpa sesiapa ketahuan'.
Kesimpulan.
Mudah saja. Jika tak mampu jadi manusia yang paling baik, pastikan jangan walau sekali, anda campakkan diri anda menjadi manusia yang paling jahat!
21 Komentar
bismillah
Balasistiqamahlah dengan kebaikan dan kebenaran untuk jadi manusia paling baik..
perkongsian link:http://firaszahrafajar.blogspot.com/2011/04/sesaat-tadi-aku-gagal.html
nak jadi yang baik sahaja, insyaAllah (=
Balassalam ukhwah akhi,
Balastersenyum sorang-sorang tgk kesimpulan,
bukan sbb apa,
sbb tgh khusyu' baca dan hayati entry yg bernas,
dtg saja kesimpulan terasa ringkas..
tp betullah..
Jika tak mampu jadi manusia yang paling baik, pastikan jangan walau sekali, anda campakkan diri anda menjadi manusia yang paling jahat!
sgt berkenan akhi dgn ayat tu..
Jazakallah. (",)
"Saya tidak mengatakan menolak peluang untuk berbuat kejahatan itu mudah. Pengalaman sendiri mengajar saya betapa ia suatu yang jerih. Lebih-lebih lagi bagi insan yang punya rekod yang buruk, seperti saya.."
BalasBenar..bukan mudah mujahadah untuk menolak berbuat perkara yang tidak baik dan memilih berbuat perkara yang baik..bak kata teman saya..mujahadah itu sukar..tapi hasil mujahadah itu manis..
Terima kasih atas artikel yang terus membangkitkan semangat mujahadah ke arah menjauhi kejahatan dan mendekati kebaikan..
thanks Bayyinat...Ana suka hasil tulisan anta
Balassetuju dengan kamu Iqbal...
Balassetuju dengan kamu Iqbal...
Balassetuju dengan kamu Iqbal...
Balassetuju dengan kamu Iqbal...
Balasalhamdulillah. nasib baik Allah gerakkan hati utk baca artikel ni. terima kasih di atas perkongsian ilmu yg sgt berguna ni.
Balasn saya sgt tertarik dgn kata2 ni;
"Seringkali, kita merasa benci dengan maksiat. Benar! Ia suatu yang perlu tetapi kebencian itu harus kena pada sasarannya, iaitu kepada perbuatannya, bukan pada orangnya."
sbb ramai di kalangan umat skrg yg tersasar hala tuju kebencian mereka (krn berlaku di sekeliling saya).
sekian.
Iqbal, teruskan menulis. :)
BalasSaya suka post ni.. :)
setuju iqbal
Balashoho..bijak rakan saya ini menulis...suka suka suka...
Balasbelajar untuk kosisten amal kebaikan...amin..
tq yah dik,
teruskan menulis..kerana saya selalu menantikn entry yg terbaru dari Iqbal
Balas"orang paling baik - orang yang memiliki peluang untuk melakukan kejahatan tapi dia memilih untuk melakukan kebaikan. orang yang paling jahat pula ialah orang yang memiliki peluang untuk melakukan kebaikan, tetapi dia memilih untuk berterusan membiarkan dirinya berkubang di dalam kebinasaan."
Balaslove this words. Kena bumikan kata-kata ini ..
salaaam...
Balaskata-kata seorang guru :
janganlah kamu menyangka kamu telah ditarbiah sehingga kamu terpaksa buat pilihan.
baik itu adalah tarbiah :)
er, kalau macam tu ana upgrade sikit jawapan tempoh hari.
Balasorang-orang yang paling baik adalah Rasulullah dan para sahabatnya, juga para nabi dan pengikut-pengikut mereka yang saban waktu menampan diri dari terjerumus ke kawah maksiat.
semoga kita diberi lebih kekuatan untuk sentiasa menghindari kemaksiatan.
p/s: terima kasih Iqbal sudi letak link blog ana. terasa amat dihargai. kalau ada kesempatan nanti ana balas, insyaAllah.
yazid yanqus tapi brasa lebih banyak yanqus aje.. ya Allah ampunkanlah diri aku yang lemah ini
BalasSemoga Allah Merahmati.....
BalasAssalamualaikum..salam ziarah..entri yang bernas..terima kasih atas perkongsiannya.
Balassungguh, memang terasa payah untuk mujahadah kerana sememangnya benda2 baik ini bertentangan dengan kehendak diri sendiri. berlawan pula dengan nafsu, jika tiada iman..memang mudah kalah.
pilihannya terletak di tangan kita. kita yang punyai kuasa untuk memilih, yang baik atau yang jahat. the power we have in our hand will determine ourselves.
ana teringat pada satu hadis riwayat bukhari yang membentangkan 3 cara untuk mencapai halawatul iman...salah satunya adalah merasa benci untuk melakukan kejahatan seperti merasa benci untuk dicampakkan ke dalam api.
biarlah karat keburukan itu ditanggal, agar terasa manisnya iman.
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443