Politik sikiiitttt

Ada orang minta saya tulis pasal politik *pandang kiri-kanan* Saya malas sebenarnya nak bercerita pasal politik, tapi orang itu kata, 'bla-bla... kita ni kan khalifah, jadi perlu juga politik-politik ni'

Baiklah. Saya akan bercerita, tapi saya nak divert sikit dari topik asal, sebab saya nak cerita dan berkongsi tentang asas-asas kebangkitan ummah. Iyalah... kalau tak ada asas, semua orang akan blur dari mana nak mula jadi khalifah ni. Heh... Sebab korang dah mintak, saya tulis lah... tapi make sure impact positif mesti ada! Okey? *tegas*

Asas yang pertama, yang juga asas utama ialah kebangkitan rohani. Maksudnya, kita kena menghidupkan hati-hati manusia dengan tauhid atau dalam bahasa mudah, biar ada hubungan dengan Allah. Nak buat hubungan dengan Allah bukannya susah mana pun, tapi itulah... kita ni... banyak sangat disibukkan dengan benda yang entah apa-apa entah. Kalau kita perasan lah kan... di zaman Rasulullah s.a.w, Baginda tidak sibuk-sibuk sangat dengan ekonomi, pendidikan, dan lain-lain. Semuanya diambil, tetapi secara sederhana. Orang kata 'cukup-cukup makan'. Ambil sekadar perlu. Jadi, apa yang major dan lebih dititik beratkan ialah al-Quran.

Nak tengok betapa telitinya gerak kerja Rasulullah s.a.w, Baginda 'membacakan ke atas mereka'. Sila buka surah al-Jumaah ayat 2. Perkataan يَتْلُو   itu sendiri sudah menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sangat menitik beratkan tentang pemahaman kepada al-Quran. Segala bagai pengajaran, pengertian dan kisah teladan diceritakan dan dihuraikan oleh Baginda. Bak kata orang inggeris, spoon feed.

Asas yang kedua ialah kebangkitan dari sudut fikrah. Apa yang kita perjuangkan? Dengan apa kita berjuang? Matlamat kita apa? Semua tu kena ada peningkatan dari sudut kualiti, dari masa ke masa.

Asas ketiga, penguasaan dalam cabang-cabang pengetahuan. Asas yang ketiga ni tak bertentangan langsung dengan asas yang pertama, kerana asas ketiga ini menuntut kita untuk mentadabbur dan mengaplikasi ayat 77 daripada surah al-Qasas. "Gunakan apa-apa saja sarana yang ada untuk dimanfaatkan bagi kehidupan akhirat yang kekal"

Macam itulah lebih kurangnya. Rasulullah s.a.w ada menyuruh Zaid Bin Tsabit r.a untuk pergi belajar bahasa Yahudi. Tujuannya agar hubungan dua hala dengan kaum Yahudi lebih diperbaikkan dan ini juga dapat mengelakkan kaum muslimin daripada dikelentong dengan mudah oleh geng-geng keparat tu.

Sebab itu, kebangkitan islam tidak hanya memerlukan kepada ustaz-ustaz semata-mata. Heh... sebab itu 'pak lebai' tak boleh sombong, kerana nak tak nak, kami yang bergelumang dengan assignments ini juga diperlukan untuk membantu gerak kerja dakwah kalian. Konklusi: Kita saling memerlukan. So, jangan mengada-ngada nak mendabik dada. Hish... sama-sama nak dakwah, tapi tak boleh nak bersatu.  *membebel*

Asas keempat, kita perlu mengetahui medan dakwah masing-masing. Ini boleh dikaitkan dengan asas yang ketiga dan yang kedua tadi juga. Contoh, kalau anda seorang doktor, maka medan dakwah anda ialah pesakit-pesakit anda. Boleh aje kalau anda nak berdakwah kepada pelanggan kedai makan, tapi siapa pula nak dakwah kepada pesakit anda? Kan celaru begitu. You do your job, i do my job. Hah... macam itu lah lebih kurang.

Asas kelima, kita perlukan langkah dan startegi yang teratur lagi tersusun. Bab ini panjang kalau nak dihurai. Tapi saya sentuh di permukaan-permukaan sahajalah. Yang dimaksudkan dengan strategi ialah variasi. Sesetengah orang perlu diherdik sikit. Dalil boleh marah/herdik/tinggikan suara ialah surah al-Anbiya' ayat 67. Tapi ia depends on the situation la!

Yang keenam dan yang terakhir pula ialah struktur yang kukuh. Dalam satu perkataan, saya akan katakan ia sebagai 'bersatu'. Susah woo bersatu ni. Sikit-sikit, ada je yang dengki. Dalam duk sama-sama berjuang dengan matlamat dan visi yang sama pun... tetap berlaku caci-mencaci. Macam pernah berlaku dulu. Kalau ikut rasa nak marah, memang saya akan label orang-orang yang semacam ini sebagai bahlul kuasa dua. Memang satu yang sangat terkeji, jauh sekali terpuji apabila kita sibuk duk nak mengata orang. Saya ulang. You do your job, i do my job. Done!

Kesimpulan.

You do yor job, i'll do mine. Kurangkan mengkirtik orang. Hentikan mengata orang. Jauhkan mencari kesalahan orang. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadi pendokong atau pelopor kepada kebangkitan ummat.

Takbir!! Allahuakhbar!!!

P/s- kalau betul berkenan nak dengar saya cakap pasal politik, sila tunggu entry selepas ini :)
       
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

err..politik ? =.="

x pyh mengkritik x pyh mengata org x pyh mencri keslhn orng..tgk diri sendiri pun dh cukup..wht da'..kan ~

Balas
avatar

haha..
santai ja gaya tulisan akhi,
mudah sikit nk hadam.
terima kasih. (",)

Balas
avatar

haha, nak suka

"you do your job, i do my job, you mess with my job, i'll mess you too" haha *dah..dah start dah mengarut dia..dah mai dah..* =="

xde2, ayat atas ni kejam, nak ambik
'yo do your job, i'll do mine' ^_^
setuju dgn Akh, masing2 ada cabang masing2, buat kerja masing2, dakwah mengiku kepakaran dlm bidang masing2, yang baik sama kita ambik dan teladani, yg buruk sama kita sempadani

link dgn Allah, tu yg penting

Balas
avatar

sgt setuju dgn Iqbal, yang penting kita bersatu-padu..bukan caci-mencaci..tp zaman sekarang ni, tu lah yang berlaku...

Balas
avatar

Pabila Iqbal berbicara soal politik
(=

mudah sikit nak hadam bak kata mQ. *angguk2 kepala*

by the way, utk asas kedua tentang kebangkitan dari sudut fikrah, simple sgt penerangannya. x berapa nak cerna -.-

bagaimana? apakah yg membentuknya fikrah? apa hala tujunya pembentukan fikrah tu sendiri?

jikalau saya kata, pembentukan fikrah tu sendiri melalui dengan join-join usrah, betul ke? -.-

Balas
avatar

Na'am,memahami asas itu penting dlm stp perkara@aspek hidup.

Alhamdulillah atas perkongsiannya,mudah2an lebih ramai lagi yg terbuka hatinya utk memahami asas2 kebangkitan ummah ini,amin.

Balas
avatar

bersatu teguh bercerai kawin lagi! dok sorang-sorang angau syok sendirik nanti

Balas
avatar

politik????huh perkara yg plg2 rumit tok paham n pk....

kdg2 rasa cam xnak mek tau tu sume...
tp.....mane blh kan....=( tanggungjwb jgk tuh....tol x... so gune kan konklusi cam iqbal habaq td..

'you do yor job, i'll do mine. Kurangkan mengkirtik orang. Hentikan mengata orang. Jauhkan mencari kesalahan orang. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadi pendokong atau pelopor kepada kebangkitan ummat.'

nice!!

Balas
avatar

jaga2..nanti kena sumpah laknat.hihi...alahai datuk baju melayu ungu..

Balas
avatar

@novelgurl
hehe. betul. Kalau sibuk cari salah orang, akan sampai bila2 kesalahan snd tak dinampak.



@mQ
Entah... saya risau jika perubahan ini menyebabkan lebih ramai kurang minat membaca



@Syaqatul Wardah
Ya. betul sangat tu. keutamaan kita sbnrnya pada ahli keluarga kita. Tu pasai ada ustaz tegur kepada geng dakwah yang suka berdakwah ke jauh2 tu supaya mulakan dakwah di dalam rumah. Ini tak... ada yang gagah dakwah pada orang, tapi kecut dengan anak bini sendiri. Orang mcm tu ada, tapi tersangat-sangat terpencil.



@SHM
Yahudi bersatu, sebab tu mereka kuat. Islam berpecah, sbb tu kita lemah :(


@Izzati hashim
Ha. betoi da tu. mmg lagu tu pun. Fikrah boleh becambah dengan tunas yang pelbagai. Ada dari jemaah, dan ada yang kerana suasana. Saya tak hurai lebih kerana pengetahuan saya terhad dalam bab itu.


@Mujtahidah solehah
Na'am! Harap2 mmg ramai yang boleh faham. Nak tak nak... kena share la~ eheeh


@Cemomoi
Wah. pakar bahasa nampaknya abang cemomoi kita ni. hehe. bab kawin lain tu slow-slow sikit. hehe


@ana farhan
Betul kot. ehehe. ye ye. betul tu. Saya pun jemu soal politik, tapi kita khalifah. Okey... datang lagi ke sini kerana dalam arikel slps ni, saya akan hurai lebih....


@menusuk hati
Haha.. jadi sesumpah. tapi Allah nak ke terima benda2 mcm tu? aneh

Balas
avatar

hmm, politik. tak mahu taka apa.tapi perlu ambil tahu. :-)

Balas
avatar

@Izzati hashim

Ya, Fikrah itu dapat dibentuk melalui usrah. Fikrah (pemikiran) juga dibentuk dengan suasana. Dapat juga dibentuk melalui bacaan, kuliah, dsb. Apa-apa yang membentuk pemikiran itulah membentuk fikrah.

Usrah pula medan menyemai kefahaman supaya fikrah yang sedia ada dapat dijernihkan dan disatukan supaya dengan wujudnya fikrah dan kefahaman membuahkan tindakan serta amalan. Apabila fikrah disatukan wujudnya wehdatul fikr dan wehdatul amal.

banyak lagi yang boleh diterangkan tapi ana sarankan dapatkan melalui ustaz-ustaz ataupun bacaan.

Singgah ke Berjalan Menuju Kebenaran

Balas
avatar

salam iqbal...

semakin santai penulisan awk...akak suke!!!!tp msg ttp tersampai...alhamdulillah...keep it up! -nurulawanis-

Balas
avatar

@Firas
Saya harap Firas akan baca artikel selepas ini, kesinambungan bagi yang ini :)


@arif al-bagani
Yes! Terima kasih atas penerangan yang sangat jelas. Satu pencerahan buat saya juga :)


@cloudies
Terima kasih kalau suka. terharu~

Balas
avatar

setuju dan suka asas keempat. jika ini terlaksana, insyaALLAH usaha dakwah berjalan lancar. masing2 ada bahagian dan fokus masing2.

menanti entry seterusnya~

p/s: jangan benci politik. politik tidak salah. insan didalamnya yg bermasalah.

Balas
avatar

bak kata 'tok guru' kita, "politik di malaysia belum matang."

Balas
avatar

-iqbalsyarie

insyaALLAH akan baca. setuju dengan ameen muslim. komen saya y diatas sebenarnya kesinambungan dari politik di malaysia y kurang matang.

kalau nak tau kebenarannya bandingkan dengan politik di negara jiran, indonesia. (bandingkan dengan kematangan juga ya)

wallaahu a'lam.

Balas
avatar

salam alayk... inshaAllah.... seriously... can't wait for the next post....

Balas
avatar

salam..

iras menyusuri tujuh tangga yg dimulai dg Individu Muslim...

bermula dgn asas..
asas tak kukuh rumah pun roboh..

"ibarat batu-bata yang saling melengkapi dan menguatkan"

individu Muslim ibarat sebiji batu bata..satu asas yg sgt penting..

wallahua'lam

p/s: memandai jer saya ni

Balas
avatar

@Kasturi Jiwa
Ya. betul~ politik itu sebahagian daripada islam. Maka, yang membenci politik, maknanya ada yang tak kena dengan islamnya. Tapi, politik islam dengan politik rimba banyak bezanya~



@normen
Ahaahh... "tok guru" kita~


@Firas
Ya. terpat :) Jika mahu katakan tentang demokrasi, lihat di US. ceh... malaysia ni bukan demokrasi, dan bukan juga islamik. Bohong aje banyak.


@Nadzirah
Takpe. malam ni saya post.


@Khatijah
P/s- mana ada memandai, tapi betul... dah pandai. hehe. apa yang kamu katakan tu betul. Ia bermula dengan asas perpaduan :)

Balas
avatar

Seruan Khilafah untuk Tentera Wilayah Syam

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/05/seruan-khilafah-untuk-tentera-wilayah.html

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443