His Little Mosque, In Remembrance

Saya tak tahulah saya ni sahabat jenis apa... hinggakan selepas hampir setahun, baru perkhabarab duka daripadanya singgah menyapa akal sedar saya. Di zaman yang serba maju, dengan berbagai sumber dan medium komunikasi, saya terhimpit di anjung malu sendiri. Sahabat jenis apakah aku ni!

Terkejut- apa yang saya rasa, bila pertama kali berita duka itu dicerna oleh kepala. Saya benar-benar tidak menyangka bahawa dia sudah tiada. Dia sudah pulang, bertemu Tuhan!

Al-Fatihah kepada Saudara Paan Lee, yang diambil usianya dalam bulan Ramadhan, 17 September 2010.

Secara peribadi, antara kami... belum pun pernah bersua muka, juga tak pernah bertukar-tukar bicara kata. Pun begitu, dia punya banyak pengaruh kepada saya yang hina ini. Dialah antara orang yang paling awal saya kenal, dalam dunia blog ini!

Dia jugalah orang yang 'memaksa' saya menulis blog. Masa blog ini masih hijau dan mentah, dialah orang yang memberi kata-kata semangat kepada saya. "Tulis saja Iqbal. Jangan copy-paste banyak sangat"

Heh, semua orang tak tahu, bahawa masa awal-awal kewujudan blog ini, saya suka untuk plagiat, dan menulis suatu yang mengarut. Mengarut: bagi saya, tetapi tidak bagi dia! Dia mengajar saya untuk 'belajar' menulis, dengan cerita tentang kehidupan saya, antara yang kerap saya paparkan untuk jadi bahan 'pengasah' kepada skil menulis. (Usah cari entry-entry itu, kerana telah bertahun saya delete)

Pernah sekali saya meluahkan kebimbangan saya kepada Allahyarham Paan Lee, "Bagaimana kalau saya menulis, tapi saya tak jujur dengan penulisan saya?"

Allahyarham berpesan, "Kita menulis, untuk diri kita. Mengapa perlu berasa tak jujur?"

Lalu Allahyarham menyambung ceritanya dengan bercerita tentang perkataan 'my selfish journey begins' yang menjadi description bagi blog Allahyarham, My Little Mosque.Katanya, sedari awal, dia menulis perkataan 'selfish' yang mana dia benar-benar memaknakannya! Dia benar-benar menulis untuk kepuasannya, lalu dia tidak peduli langsung dengan serangan peribadi yang ditujukan oleh anonymous-anonymous keatasnya.

Oh ya. Blog dia ialah blog yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, dan seringkali isi kandungan dan bahan-bahan bacaan yang ditulis olehnya berkait dengan isu agama, sosial, dan kehidupan. Ada banyak perkara yang saya belajar daripada Allahyarham. Ada yang sudah, dan ada yang baru saya belajar.

Yang baru, saya belajar untuk 'menyesal'. Saya kesal sangat-sangat, kerana walaupun sudah sekian lama kami bersahabat di laman sosial Facebook, saya seakan-akan gagal mengesan dia. Saya seperti melupakannya terus! Melupakan dia, yang banyak jasanya kepada pembentukan blog ini.

Seorang sahabat tak sepatutnya melupakan sahabatnya... tapi saya.... sudah melupakan dia. Hampir setahun, baru saya 'terjaga' dengan hakikat pemergiannya. Yes. He has done with his 'selfish' journey... to Almighty.

Saya juga banyak belajar tentang 'persahabatan' daripadanya. Nyata kalimah sahabat itu sangat keramat, dan saktinya ada pada lelaki yang cuma tua tiga tahun daripada saya itu. Dia mengajar saya erti kasih kepada sahabat. Seringkali, kami bertukar cerita. Dia suka bercerita tentang keluarganya, juga tentang kehidupannya. Bagaimana... dia bersahabat dengan kaki minum, kaki perempuan, dengan pelacur... dan segala bagai jenis manusia, baik yang 'putih' mahupun yang 'hitam', termasuk juga warna kulit.

"Mereka baik", "Mereka terpaksa", "Mereka ada peluang bertaubat", "Mereka sedang tunggu masa saja"

Itu antara tanggapan-tanggapannya kepada setiap rakannya yang 'buruk' pada mata awam. Siapa yang tahan berkawan dengan pelacur, dengan menjaga kemurnian tanggapan dirinya kepada si pelacur itu? Beliau mampu! Dia benar-benar ikhlas bersahabat dengan mereka, kerana dalam masa yang sama... dia tak akan lokek dengan nasihat, sekadar termampu.

Dia sangat optimis. Itu sangat jelas pada saya. Melewati perbualan-perbulan kami (di Yahoo Messenger), dia tetap tak pernah menganggap hina sahabat-sahabatnya itu. Bahkan dia memuji sikap sahabat-sahabatnya yang 'kaki minum' dengan mengatakan betapa hubungan antara mereka (geng-geng kaki minum) adalah sangat akrab. Bagaimana ya, orang yang pendosa... boleh memahami konsep ukhuwwah, lebih hebat daripada saya dengan rakan tarbiyyah, faham?

Mereka boleh saja berkongsi suka dan duka. Tapi kami, sesama rakan terbiyyah, masih terasa ada jurang yang memisahkan. Entahlah... mungkin kerana masing-masing punya ego. Ah, itu bukan persoalan, kerana persoalan utama, ialah Allahyarham telah banyak kali membuka mata saya. Dunia, nyata terlalu indah untuk kita tidak lihat ia dengan mata sebelah...

Allahyarham ialah seorang yang baik. InsyaAllah, saya pasti akan hakikat itu. Keinginannya untuk menjadi hamba yang soleh dan lebih baik, sangat terserlah walaupun dia cuba bersembunyi dengan lagak 'remaja biasa', yang layan muzik dan juga filem. Dia sangat inginkan kebaikan kepada diri, juga kepada rakan-rakannya yang dia sayangi: tak kiralah yang sedia baik, ataupun yang sedang dalam landasan yang gelincir.

Allah... saya teringat akan sebuah hadis, bagaimana Rasululallah memuji manusia yang bergaul dengan orang yang rosak, dan bersabar dengan mereka, dengan Baginda menyatakan bahawa orang sebegitu... adalah lebih baik daripada orang-orang yang tak mahu bergaul, dan tak pula mahu bersabar. Heh, rupa-rupanya... sedang diri kita ini banyak amal wajib dan sunnat, juga banyak menghafaz nas dan dalil Quran-Sunnah, tetap kita jauh ketinggalan dengan seorang anak muda bernama Farhan Zailani, yang mana dia bergaul dengan kelompok-kelompok yang kita kata 'tak nak' dan mampu pula bersabar dengan mereka. Sabar- kerana sayang. Sabar... kerana kasih. Sabar... kerana kasihan! Ah, alangkah bagusnya jika sahabatnya semua mengerti.

Mari bersama, kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-ikhlas kepada Allahyarham Farhan Zailani yang telah menemui Allah dalam keadaan matinya sebagai manusia yang soleh, yang sedang transit kearah lebih baik, juga dalam keadaaan mengharapkan kebaikan kepada dirinya, juga kepada sahabat yang dia cintai.

Sesungguhnya, pada diri Allahyarham... tidak saya temui apa-apa, melainkan sebuah sifat 'cinta' yang dia tarah kepada setiap yang bergelar sahabat.

Ayuh para da'ei... jangan canggung untuk 'memujuk' dan bersahabat... sambil 'bersabar'!
   
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

mashallah,sesungguhnya Allah itu maha pengampun...

Balas
avatar

Ternyata Allah lebih menyayanginya....semoga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi...amiiin.

Balas
avatar

subhanallah...baru dengar cerita nie saja dah ada yg saya belajar dari dia...tpi sayang blog dia xleh masok...mungkin bleh belajar lebih byk dari orang2 yg hebat camnie

Balas
avatar

Innalillah wainna ilaihi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu.

Kini, akh Iqbal pula yg menggantikan beliau, menjadi penerus perjuangan beliau. begitu juga saya dan kita semua, insyaALlah. =)

Balas
avatar

Al-Fatihah..semoga arwah dihimpunkan dikalangan org2 yg dikasihi-NYA.Ameen ya Rabb...

teruskan perjuangan yg masih ada =)

Balas
avatar

innalillah..dia meninggal sakit apa bro?

Balas
avatar

Pencacai Alim-
Arwah meninggal kerana sakit jantung

Balas
avatar

Satu perkataan. Terkesan!

Semoga Allahyarham sentiasa dibawah lembayung rahmat-Nya.

Balas
avatar

makna hakikat 'berjaya' adalah,bukan diri kita sahaja yg mampu berjaya bahkan,mengajak orang lain utk berjaya sama! -saya dpt inspirasi ini drpd tulisan ustaz Hasrizal.

benarlah firman ALLAH dalam surah Al-'Asr; "...saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Wallahua'lam,jaza' ALLAH atas perkongsiannya.
Pengalaman/kisah hidup-adlh cara ALLAH mendidik kita =) setiap perkara yg berlaku bukanlah insiden tetapi adlh ketentuan Ilahi,dgn izin-NYA jua.

Balas
avatar

Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.

Al-Fatihah buat Allahyarham Farhan Zailani.

Sangat terkesan dengan penulisan kali ni. Terima kasih Iqbal!

Balas
avatar

Farhan is a great friend. I will never ever use WAS! He's alive, deep inside me. He's always there. He's always reminding. As u, I miss him badly. If you get the chance to meet him, you'll be mesmerized by his personality. he'a awesome.

Balas
avatar

btul kata syara....
walau jasadnya tiada.. tp klau ada apa2 gathering family terasa dia sntiasa ada di sisi kami.. rindu sngat abg... miss him sooooo much..

org yg tak penah jmpa arwah terasa kehilangan.. kami yg bgaikan akak n adik ni apatah lg


~kak amie.. a.k.a cousin pa'an~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443