Kenapa Saya Jadi Macam Ni?

Salam. saye ada masalah dlm diri & perlukn sedikit penjelasan. saye seorang yg begitu menjaga aurat dan pergaulan. tp xdelah smpi berpurdah. kwn2 yg kenal angp saye baik, sopan, wanita contoh. tp hakikatnya sy tidak solat. solat pura2. knp saye jd mcm ni?
Pelik tapi benar. Kali pertama soalan ini saya baca, saya seperti hilang kata. Tak tahu apakah perkataan yang paling sesuai untuk menjelaskan perasaan saya. Terkejut, pastinya ada. Sedih, pastinya ada. Tapi yang paling utama, saya rasa bersyukur kerana soalan ini termuntah daripada peti masuk akaun Formspring saya. Maksudnya, ada yang sedang dalam masalah ini yang sedang mencari solusi bagi permasalahan imannya itu.

Sejujurnya, saya tak menafikan bahawa golongan begini wujud. Sebabnya mudah- orang sudah mulai nampak nilai agama. Agama, sudah dipandang sebagai benda yang ekslusif. Tapi cara kita memandang tag ekslusif pada agama memanglah serong. Maksud saya?

Pada sudut pandangan masyarakat, orang yang ada kait dengan agama... adalah kelihatan lebih mulia berbanding orang yang tidak ada kait dengan agama (secara lansung). Contoh; seorang yang mendapat gelaran ustaz, dengan seorang yang alim tapi tidak dipanggil ustaz, yang bergelar ustaz akan lebih dimuliakan. Sedangkan dalam banyak keadaan, yang digelar ustaz sendiri lebih banyak masalahnya berbanding orang yang faham agama, tapi tanpa 'tittle' ustaz.

Contoh lain, artis nasyid dengan artis biasa... artis nasyid lebih disegani (walaupun mungkin bukan lebih popular berbanding artis biasa).

Pelakon-pelakon yang bersahsiah tinggi dan lebih berakhlak adalah lebih dihormati dan disegani berbanding pelakon-pelakon yang tenggelam dalam skandal dan gosip liar (walaupun mungkin mereka tidak sepopular pelakon-pelakon yang liar itu).

Dalam skop yang lebih kecil pula, seorang anak muda yang pasif, yang tak terlajak dalam bersosial, yang kurang melayan arus zaman yang tidak sihat, adalah lebih dihormati dan disayangi berbanding dengan anak muda yang 'huha-huha' dan berakhlak buruk.

Bukankah memang begitu- yang nampak lebih beragama, itulah yang lebih dihormati. Walaupun 'agama' yang dia miliki hanya pada gelaran ustaz, atau pada huruf 'i' pada nama universiti, atau mungkin islam pada pakaian, atau mungkin juga islam kerana menumpang gengsi bapa; bapa seorang Imam, atau bilal masjid.

Orang begini cuma satu; mahu dipandang sebagai baik, dipuji-puji, dan disegani. Kononnya dengan begitu, dia akan mendapat kebahagiaan lahiriah yang luar biasa!

Beragama dengan tidak ikhlas.

Bagi saya, inilah satu-satunya punca atau masalahnya. Beragama dengan tak ikhlas. Atau kita boleh faham sebagai, beragama dengan tujuan mahu merawat penyakit fizikal dengan agama.

Benar, kita memang nampak cantik dan sihat dengan agama. Tapi tanpa ikhlas, kita takkan mampu merawat hati dan rohani, sedangkan fungsi agama yang utama ialah untuk membimbing dan membangunkan rohani. Bila jiwa sudah sihat dan dirawat, dengan sendirinya jasad akan terpelihara sedangkan jika kita mencantikkan luaran dengan agama, belum tentu hati kita akan terpelihara.

Maaf. Saya sebenarnya buntu. Apa jawapan yang paling wajar untuk saya berikan, sedangkan saya sendiri pun masih tak dapat nak menyelami masalah anda?

Jadi, saya rasa mungkin perkara ini dapat saya kongsi sedikit- iaitu dengan muraqobah.

Apa maksud muraqobah? Maksudnya ialah kita sentiasa merasai diperhatikan dan diawasi oleh Allah. Elemen ini juga disebut sebagai ihsan. Merasai bahawa setiap tindakan kita baik yang elok mahupun yang buruk-buruk, senantiasa diawasi dengan penuh teliti oleh Allah.

Bila insan memiliki sifat ini, maka mustahil dia akan memiliki rasa mahu impress orang sahaja. Mustahil jiwanya akan terdorong untuk solat bila orang tengok, atau menutup aurat kerana orang tengok, atau apa-apa sahaja amalan yang didorong oleh perasaan 'orang tengok'.

Buat apa? Buat apa kita nak impress orang? Buat apa kita nak mulia depan orang? Adakah orang yang terkagum dengan kita, akan memberi kita pahala? Adakah telah ada lunas-lunas dalam agama, yang mengajar kita; setakat mana orang rasa kita baik, maka kita akan baik. Tak. Kerana hakikat penilaian sebenar ialah Allah.

Maka, yang utama untuk kita impress ialah Allah sendiri. Kenapa wujud istilah impressing Allah? Kerana dalam sebuah hadis, dikatakan bahawa Allah kagum dengan golongan pemuda yang taat kepada-Nya. Kekaguman ini dilontarkan kepada seluruh penduduk langit, lalu orang muda yang taat dan soleh ini, hidupnya bahagia.

Bahagia yang bukan kerak! Luar dan dalam, bahagia. Sedangkan orang yang menjadikan agama sebagai saduran hidupnya sahaja, dia hanya akan bahagia pada luarannya sahaja! Dalaman, dia tak merasa hakikatnya bahagia.

Wallahua'lam. Saya kira, orang begini perlu banyak berfikir dan bertaubat. Kita perlu malu dengan Allah, dan mula menyoal diri sendiri- sampai bila aku memperagakan syurga yang aku sendiri jauh darinya?

    
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

ketauhidan yang tidak jelas lagi, mungkin

Balas
avatar

bagi saya orang sebegini mungkin lupa,,

mengapa dia di sini, dan ke mana kita nanti.


Barangkali,dek kerana luarannya ramai yang nampak baik, jd dia terasa seperti dia dah ok.


Wallahua'lam,sebaiknya, banyakkan bermuhasabah kembali..

Wallahua'lam

Balas
avatar

kita doakan moga dy y bertanya akn dmudahkan Allah jalannya, dan dberi bukan hnya hidayah (ilham TAHU dan MAHU) tp juga taufiq (kuasa MAMPU) which in psych term, defined as kuasa bertindak.

subhanallah saya xmalu utk mengaku sy rindukan saat membaca stiap penulisan kamu.

7bulan lgsung tidak menjengah blog, 7 bulan jugalah sy lgsg tidak bksmptn utk jenguk ke blog plhn ht sy ini subhanallah....

Balas
avatar

kita doakan moga dy y bertanya akn dmudahkan Allah jalannya, dan dberi bukan hnya hidayah (ilham TAHU dan MAHU) tp juga taufiq (kuasa MAMPU) which in psych term, defined as kuasa bertindak.

subhanallah saya xmalu utk mengaku sy rindukan saat membaca stiap penulisan kamu.

7bulan lgsung tidak menjengah blog, 7 bulan jugalah sy lgsg tidak bksmptn utk jenguk ke blog plhn ht sy ini subhanallah....

Balas
avatar

mungkin perlu ada juga satu ketika kita beruzlah , memekakkan telinga daripada kata-kata pujian daripada manusia . membutakan mata daripada melihat tinta yang membanggakan kita . menutup mulut daripada berkata-kata yang sia-sia , kecuali perlu sahaja .
mungkin kali ini, perlu wujudkan satu keadaan seperti kisah seorang pemimpin yang apabila dipuji anak buahnya , ia berkata " adakah kamu tenteraku yang baru ?" .. disebabkan sifatnya yang memang terkenal, tidak suka dipuji melambung-lambung tinggi . itu bakal memakan diri sendiri!
suka ayat ni ; jangan kita sibuk memperagakan syurga yang kita juga jauh darinya , nauzubillah.

astaghfirullah,
subhanallah~
dan sudah tiba masanya , jejaki perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

Balas
avatar

Alhamdulillah..akhirnya berjawab juga...

terima kasih ats p'jlsn. ingin sy jelaskn, sy sndiri melakukan tanpa ada yg paksa. hati sy inginkn sy m'jaga aurat, m'jaga pergaulan. sy tk suka org yg sosial, sy benci cara hidup yg jauh dr islam. sy menjaga aurat, menjaga percakapan, berpuasa hatta puasa sunat, saya suka membaca al-quran, tapi saya hairan knp tiap kali melibatkan solat, sy jadi malas. walaupun saya sndirian dirumah, tp saya baca al-quran, bc buku2 agama. tp masuk solat saya biarkan ia berlalu..

byk kali sy cuba berubah. paling pun sy mampu solat 5 waktu selama tmpoh sy suci. bila sy period, then sy malas kembali solat. sy tau sy x kuat melawan godaan syaitan.

sy tak minta org memanggil sy alim, pljr sekolah agama or sbgnya. saya tak minta.. tp hanya krn sy menjaga pemakaian, sy digelar begitu...

sy menjaga hati dr nafsu duniawi, sy tak pernah keluar dgn lelaki yg bukan mahram saya. saya begitu menjaga diri...tp silap yg paling besar, solat saya tidak cukup. walaupun solat sendirian, saya lakukan setiap pergerakan solat tapi bacaannya tiada... kenapa sy begini?.. sy ingin berubah tp saya selalu kalah...

sukarnyaaa untuk sy perjelaskan isi hati ini.... apa pun terima ksih atas nasihat smeua...

Balas
avatar

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah: 45)

Balas
avatar

kepada yg bertanya, jika d lihat boleh saya memanggil saudari. Sejujurnya saya memahami apa yg saudari rasa. Benar apa yg empunya blog nyatakan 'muraqobah' dan bagi saya, 1st of all...punca kpd mslh ini adlh hati, dan utk merasa diperhatikan, kita mesti kenal siapa Allah? Kalau kita xkenal Allah, adkh kita dpt merasakan hadirnya Allah dlm setiap nafas n gerak kita?

Doa, doa, doa...

Wallahu'alam.

Balas
avatar

Assalamu'alaikum

Bila kita nak solat, kita kena letakkan ihtisab (janji2 Allah)kat depan. InshaAllah akan rasa lebih bermotivasi nak solat. Solat ni nak kene latih. Mula2 paksa diri nak solat. Memang berat sbb bila dah selalu sgt tak solat, badan mmg jadi sangat malas. 2 rakaat subuh tu rasa mcm sejam nak abis. Bila baca pun nak laju2 je. Lama2 inshaAllah Allah akan bantu kalau nampak usaha paksa diri kita tu.

Kelebihan org yg jaga solat dia (kesimpulan hadis ni! =)):
1. Masa hidup dapat keberkatan rezeki.
2. Dalam kubur, diangkat seksa kubur.
3. Kat Padang Mahsyar dapat buku catatan amal dgn tangan kanan.
4. Kat titian sirat, akan dpt lintas sepantas kilat.
5. Paling best :Dapat masuk syurga tanpa hisab.

Cara nak dapatkan rasa rajin nak solat ni :
1. Selalu cakap pasal kelebihan solat pada diri sendiri dan org lain. Kalau belum nak solat pun, rajin2 je cakap. Moga Allah bantu nnt.
2. Selalu ingat janji2 Allah untuk org yg jaga solat. Usaha untuk solat sambil bayangkan janji2 Allah tu.
3. Doa banyak2 mintak Allah masukkan kerajinan nak solat tu dalam hati kita. Mintak mak ayah tlg doakan sekali (doa mak ayah ni takde hijab daripada Allah. Hebat tu =)).
4. Kalau dah selesai solat, SYUKUR banyak2 cakap ALHAMDULILLAH YA ALLAH, BAGI AKU YG LEMAH NI TAUFIQ NAK TUNAIKAN SOLAT. Sebab apa kene syukur? Sebab ramai lagi org kat luar sana tak tunaikan solat, tapi Allah pilih kita nak solat.
5. Bila2 ada masalah cepat2 tunaikan solat sunat 2 rakaat, mintak bantuan Allah. InshaAllah nanti yg fardhu tu jadi super rajin nak buat.

Cuba la ni. InshaAllah. Saya tak tujukan pada adik yg bertanya tu je. Tapi utk diri saya sendiri, adik tu dan pada semua org yang malu nak mengaku dia pun ada masalah yg sama. Sekurang2nya adik ni berusaha nak cari penyelesaian bagi masalah dia ni. Maka tak perlula kita nak cakap benda2 nasty pada dia. Life ni mcm roda. Anytime yg atas boleh turun ke bawah. Jadi, utk diri kita sendiri, kita mintak Allah jangan tarik taufiq yg dia dah bg kat kita utk tunaikan solat tu. Solat kita pun xderla sempurna mana. Solat pun Allah bagi markah out of 10. Kan ada hadis dia tu. Solat cincai2, Allah campak balik kat muka kita mcm kain buruk.

Sama2 doa hidayat utk umat. InshaAllah.... =)

Balas
avatar

Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami. Lindungilah kami dari hasutan syaitan yang menyesatkan. Amin

Balas
avatar

@HijabRockers

Alhamdulillah..terima kasih atas penjelasan dan input yg berguna.. ini yg saya perlukan sbnrnya.. Insyaallah saya akan buat apa yg dicadangkan. mmg klu sy berjaya solat 1 waktu dgn khusyuk, sy akan ckp Alhamdulillah, terima kasih Allah... tp sy masih x istiqomah dlm solat pdhl selalu nasihat org lain. Astaghfirullah..terima kasih @HijabRockers...

Balas
avatar

Sesama yang =). Good luck. La hawla wala quwwata illa billah... =)

Balas
avatar

Saya agak terkilan dengan jawapan yang diberi oleh saudara/saudari... Seolah-olah pelik sangat bila ada orang macam tu. Bersyukurlah pada Allah swt kerana Dia telah lahirkan awak seorang yang terjaga imannya dan ada kekuatan untuk menjalankan apa yang disuruh olehNya. Jangan sakit jantung pula bila dapat tahu ada ramai, sangat ramai orang2 Islam sebegini dimerata2 tempat.. hanya awak yang tak tahu. Saya faham benar dengan masalah saudari ni, sebab saya juga ada masalah begini. Tetapi saya tahu ini suatu masalah yang saya perlu tangani.. Sebab tulah saya berada di sini sekarang untuk cari jawapan bagi masalah saya ni. Bila saya nampak saudara/saudari seolah2 'terkedu' dan buntu.. Ia menyebabkan saya agak sedih.. Dan menimbulkan tanda tanya.. " adakah orang alim2 akan bersikap begini bila mereka berjumpa dengan orang2 yang mempunyai masalah iman ? Adakah ini cara mereka judge kita?" inilah sebabnya kenapa orang2 " tunjuk baik" padahal mereka tahu mereka ada masalah dan perlu bimbingan daripada orang yang lebih arif.. Tapi akhirnya.. Dipandang rendah pula.. Seolah2 tidak faham..

Oh, saya terlupa pula, memang.. Memang betul.. Kalian semua TIDAK AKAN faham ... Melainkan kalian semua pernah rasa kesusahan yang kami rasa...

Jawapan Hijabrockers adalah lebih membantu dari jawab saudara/saudari yang ada tone bahasa yang merendahkan2 masalah kami...

akhir kata, saudari/saudara perlu bukakan fikiran utk menjawab soalan 2 begini. Kalau tak dapat fikir diri saudara/saudari dalam situasi kami, lebih baik jangan jawab langsung...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443