Kasi beres.

Tiap kali saya driving je, saya mesti akan tune kepada station radio IKIM. Rasa seronok je bila memandu sambil dengar radio IKIM. Bukan itu saja, ilmu pun dapat kerana ada banyak program bual bicara agama yang dijalankan. Ustaz-ustaz yang dijemput pun bukannya calang-calang orangnya. Okey, saya bukan nak promosikan stesyen radio ini pun. Bukannya saya digaji pun. Cuma pada saya, perkara yang baik-baik, baiklah kalau dikongsi. Mudah-mudahan selepas ini kita diberikan kekuatan untuk mengubah hiburan kita kepada hiburan yang lebih mesra kepada hati- hiburan yang mendidik hati.

Saya cuma nak kongsi apa yang saya dengar dalam radio IKIM sebagaimana yang disebut oleh Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin. Seorang pendengar wanita menelefon ke konti, lalu bertanya Ustaz Muhammad,

"Ustaz, minta pandangan ustaz. Dulu masa saya bujang dan belum kahwin, saya ada banyak masa untuk buat ibadat. Nak solat sunat, nak baca al-Quran, tapi lepas dah kahwin, saya susah nak buat ibadat macam dulu sebab nak kena layan suami dan anak. Macam mana tu ustaz?"

Saya suka dengan jawapan Ustaz Muhammad. Jawapannya pendek, tapi buatkan saya berfikir panjang.

"Ibadah ini bukannya hanya solat dan baca Quran saja. Skop ibadah ni luas. Ada 5 bentuk ibadah di dalam islam. Pertama, ibadah sendiri. Seperti solat, baca Quran, berzikir, dan qiamullail. Keduanya, ibadah dalam bentuk kekeluargaan. Iaitu suami yang mencari nafkah yang halal untuk tanggungannya dan isteri yang berkhidmat buat suami dan anak-anaknya. Ketiga, ibadah dalam bentuk masyarakat seperti membantu jiran tetangga, berziarah, dan menganjurkan program-program kemasyarakatan dan majlis ilmu. Keempat, ibadah dalam bentuk negara, seperti polis dan askar yang berkhidmat untuk menjaga ketenteraman awam. Dan terakhir, ibadah dalam bentuk ummah. Ini skopnya yang paling besar, seperti membangunkan ekonomi, membantu saudara kita yang ditindas di Syria, Palestin, dan juga saudara islam kita yang miskin seperti di Somalia dan Kemboja".

Sebab itulah kadang-kadang kita tengok ada orang yang ibadah sendiri-sendirinya cukup baik, tapi ibadah kekeluargaannya teruk. Ada yang ibadah kemasyarakatannya pula yang baik, tapi ibadah sendirinya tak baik. Macam orang yang mengajurkan majlis agama. Dialah yang cari ustaz, berikan sumbangan, tapi dia tak datang pula.

Dan macam-macam.

Apa-apapun, kita sebenarnya perlu baik dalam kelima-lima ibadah itu. Kita tak boleh nak jadi ahli sufi sahaja, tapi kebajikan anak-isteri, terabai. Kita juga tak boleh nak jadi orang yang berjasa kepada masyarakat sahaja, tapi dengan Allah, kewajipannya tak lengkap. Begitu jugalah kalau kita nak ikut delegasi bantuan ke negara umat islam yang bergolak, sekalipun itu ibadah bentuk ummah, tetapi kita tak boleh abaikan masyarakat kita dan ahli keluarga kita. Macam mana? Iaitu dengan kita biarkan jiran-jiran kita kelaparan, tapi jiran yang jauh nun di negara orang, kita bantu pula.

Hidup ini biar seimbang. Dalam hadis pun ada disebutkan sabdaan Rasulullah bahawa sebaik-baik urusan ialah urusan yang berada di garis pertengahan. Biar hak kita kepada Allah beres, hak kepada keluarga pun beres, hak kepada masyarakat pun sama, hak kepada negara pun selesai, dan hak kepada ummah pun... kita selesai juga.

Hah. Itulah yang sepatutnya. Barulah terlaksana tuntutan abid' dan khalifah.

Setuju?
 
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Jzkk for sharing! interesting topic! membuka juga mata ana. lama xdgr radio kt bilik ni. berhabuk dah. haha..

sbb dulu pernah gak terfikir psl benda ni, mcm mana lah nnt bila dah umur dh ckup matang.. skrg boleh la, smbil2 belajar, pegi usrah, terlibat dgn aktiviti org rmi,buat ibadah sendiri..
tp nnt bile dh kahwin..dah keja jd dokter kang.. canelah nk bahagikan masa.. utk buat2 benda2 tu..suami..anak2..usrah..ohh..fenin..

but now.. bru faham..rupanya ade kategori ibadah.. smua pun ibadah jgak.. but kena pandai bahagikan masa utk smua.. supaya kelima2 kategori ibadah tu dpt kita lakukan dgn baik.

Balas
avatar

Assalamualaikum,

Eid Mubarak...kullu am wa antum bikhair.....ini lah yang saya selalu ajar kat anak saya....dulu saya juga seperti perempuan yang tanya soalan tu...rasa macam resah jugek bila ibadat khusus tu tak dapat nak buat lagi....
Allah tu memang Maha Adil dan Maha mengetahui akan setiap makhluk yang di cipta Nya.
Tolong doakan anak akak nak pergi belajar kat Mesir, tapi bukan bidang agama....InsyaAllah belajar jadi Doktor Gigi...sambil2 ambik sekali ilmu2 agama seperti Dr.Danial, dia tu dulu buat Medic kat Mesir....sekarang boleh jadi pendakwah sekali.....

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443