#13 Kekeliruan jantina

Penyakit kekeliruan jantina ni dah lama wujud. Bahkan dalam islam pun mereka semua ni ada tempatnya. Tapi bukan pondan, bukan juga penkid. Sebaliknya khunsa. Khunsa ialah manusia yang ada dua alat kelamin (lelaki dan perempuan).

Kalau bukak kitab Furu' wal masai'il, boleh jumpa macam-macam hukum feqah yang ulama sudah bahas dan putuskan. Kadang-kadang kita baca rasa macam tak logik, tapi ulama kita hebat. Allah beri mereka ilham dan hikmah, boleh fikir jauh ke depan.

Antara yang pelik aku penah baca (dan masih teringat-ingat), ialah soal hukum lelaki yang ada 2 zakar, adakah jika salah satu masuk ke dalam faraj isteri dia sudah kena mandi wajib, atau kedua-duanya masuk baru kena mandi wajib.

Ha, terkedu korang.

Kita rasa pelik, tapi hakikatnya memang ada. Dan ulama kita dah awal-awal lagi prepare jawapan untuk memudahkan kita.

Bercakap tentang kekeliruan jantina, aku teringat pada satu budak. Tak mahu sebut nama. Semoga aku tak mengaibkan dia.

Daripada pondan, dia insaf. Kemudian daripada insaf, dia kembali pondan.

Aku pernah sebut dalam artikel aku yang lepas-lepas perihal pondan, gay, dan lesbian. Adakah Allah tersilap menciptakan kita, dengan menjadikan kita perempuan di dalam jasad seorang lelaki, atau tersilap menjadikan kita lelaki tapi dalam jasad perempuan?

Atau semasa malaikat meniupkan roh kita, malaikat tersilap orang.

Mustahil Allah akan silap. Dan mustahil malaikat akan buat mistake.

Kalau 20 tahun lepas, orang malu nak mengaku pondan atau penkid. Sebab seluruh kampung akan mencemuh. Bahkan tak sedikit kes golongan ini dibuang keluarga atau dipulau oleh masyarakat.

Hasil daripada kejahatan kita inilah, pada tahun 2016, kita boleh lihat penyakit ini berevolusi menjadi makin parah. Sekarang mereka bukan saja lagi berbangga, bahkan sudah sampai ke tahap membuang zakar sendiri. Bagi perempuan pula, sampai membuang buah dada.

Aku tak akan kata yang mereka ini bersalah sepenuhnya. Kerana kita juga ada saham dalam dosa-dosa mereka. Kita mencaci, mencemuh, menjauhi, dan tidak berperanan untuk mendekati mereka.

Bak kata seseorang, "Saya dah penat jadi baik. Jadi jahat pun orang cemuh, jadi baik pun orang cemuh!"

Soal hati tisu atau hati batu, itu nombor 2. Tapi sekarang kita perlu muhasabah diri, kenapa tangan yang sepatutnya memimpin mereka keluar dari kegelapan, menjadi tangan yang menolak mereka masuk lebih jauh ke dalam gelita.

Saudaraku, ingatlah bahawa Allah sebenarnya mengujimu. Allah tak tersilap, tapi Allah mahu menjadikan kamu istimewa di sisi-Nya. Bukankah semakin besar ujian, makin besar ganjarannya?

Begitulah dengan kamu!

Kamu lembut, tapi kamu beriman. Kamu keras, tapi kamu solehah. Percayalah, sahabat Nabi dulu pun ada lelaki yang lembut dan ada juga wanita yang keras. Tapi mereka semua boleh masuk syurga, jadi kenapa kita semua tidak?

Allah sedang mengujimu dengan 'pemberontakan' batin itu, dan kami pula diuji oleh Allah supaya mencintaimu.
Previous
Next Post »
1 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443