'..kat sini semua tgh baiki iman..'

'Assalamualaikum dik,nanti nak tidur hanset dan barang berharga tu simpan baik-baik ye',sapa seorang lelaki semasa sy sedang setkan penggera di hanset dy.

'Kat sini masing-masing iman rosak dan masing-masing tengah usaha perbaiki iman',sambnungnya lalu berlalu pergi.

Jam menunjukkan sekitar 11.15 malam.Malam itu,saya buat keputusan utk iktikaf di Masjid Sri Petaling.Di markas Jemaah Tabligh Malaysia.Ramai sungguh orang yg sama-sama beriktikaf,mungkin kerana esoknya cuti(ahad).

Usai solat sunat dan amalan sebelum tidur,saya berbaring utk tidur.jarang sy tidur seawal itu.Niat di hati agar dpt bagun awal esoknya.Namun,selepas di sapa oleh lelaki tadi,saya berfikir tentang kata-katanya '...masing-masing iman rosak...usaha perbaiki iman...'.Benar katanya,iman umat akhir zaman ini rosak.
Sesungguhnya,kita semua ini beruntung.Benar-benar beruntung kerana kita memiliki 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat islam dan nikmat iman.Kita beruntung kerana kita secara automatiknya lahir daripd keluarga islam. Saya pernah melihat bagaimana seorang india memeluk agama islam hanya selepas dia disapa dan ditegur oleh jemaah tabligh.Peristiwa ini berlaku setahun yg lepas dan memberi seribu pengajaran dan keinsafan bila menyaksikan betapa lembut dan mudahnya hatinya menerima islam,sedangkan hati sy keras hingga sukar utk mengamalkan ajaran islam dgn sempurna dlm kehidupan.Mungkin lelaki india itu sudah menjadi seoarang muslim yg soleh sekarang...InsyaAllah.

Iman manusia ini mudah benar rosak.Allah s.a.w Maha Mengetahui hakikat iman hambaNya maka Dia telah mengutuskan ribuan nab-nabi dan rasul-rasul a.s kpd kaum manusia sehinggalah kpd Rasul yg terakhir iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Sepeninggalan Baginda,Baginda tinggalkan kpd kita manual utk kita perbaiki iman yg rosak.Contoh mudah,saya membeli mesin basuh.Di dalam kotak itu disediakan manual cara menggunakan mesin basuh itu.Begitu juga dgn telefon bimbit.Saya akan diberikan manual telefon bimbit utk menjadi panduan bgaimana menggunakannya.

Begitu juga manusia akhir zaman kini.Allah telah memberikan manual kpd kita.Bukan satu malah dua iaitu al-Quran dan Sunnah.Kerana Allah tahu bahawa manusia ialah 'mesin' yg paling canggih.Sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Iman manusia boleh rosak sebagaimana besi yg menjadi berkarat jika terkena air.Pelbagai faktor bisa merosakkan iman kita antaranya faktor suasana.

Iman letaknya di dalam hati.Manakala hati manusia pula akan berubah mengikut suasana persekitaran.Contoh,anda ada sebiji mangga.Jika anda rendam mangga itu di dalam air garam yg masin,maka dalam masa mungkin hanya sehari,rasa masam mangga itu akan bertukar menjadi masin.Jika anda penggemar jeruk,maka pasti anda lebih arif.

Begitulah hati manusia,jika selalu terdedah dgn maksiat dan dosa,maka hati akan dipenuhi dgn maksiat dan dosa.Jadi,secara automatiknya iman yg menduduki hati itu dinyah keluarkan dari hati itu.


Rosaklah iman.Jika sudah iman rosak,maka tidak mustahil manusia akan berani mencuri hatta di dalm rumah Allah sekalipun.Jika iman sudah rosak,maka manusia sudah berani berzina hatta dgn adik kandung sekalipun.Dan kerana iman sudah rosak,maka manusia berani membunuh org lain tanpa hak hatta ahli keluarga nya sekalipun.

Jalankanlah seribu satu denda,siksaan,ancaman,motivasi,ceramah,kuliah atau apa sahaja bentuk pencegahan sekalipun,jika iman masih belum dibaiki pasti takkan dapat memberi kesan yg maksimum.(namun saya sgt-sgt galakkan dan menyokong usaha mencegah jenayah lebih-lebih lagi dgn cara islam).Kejayaan yg maksimum takkan diraih kerana iman masih rosak dan ragu-ragu dengan kudrat Allah.Jadi,usaha utk perbaiki iman yakin kita hendaklah menjadi perkara pokok kpd setiap insan termasuklah pemimpin,ulama,ustaz,dan lebih-lebih lagi bagi kita yg dhaif ini.

Contoh mudah ialah laptop anda tidak berfungsi!Anda baru je beli semalam kat kedai apek.cuba nak pasang kat umah tak boleh 'on'.Lalu anda bengang dan tension sbb kena pegi jumpa apek balik sbb laptop baru tu beli-beli je tros takleh pakai.Sampai je kedai apek tu,anda marah-marah kat dia.Tuduh dia tipu,barang takde kualiti,dll.Lalu apek tu tanya,'Rumah u ada elektrik tak?'.Anda baru perasan rupanya rumah anda tiada bekalan elektrik rupanya!

Begitulah,kita hari ini mahu hidup aman sentosa.Kita usaha dgn bermacam-macam cara.Tapi hakikatnya,kita tak sediakan 'asas' bagi setiap ikhtiar kita iaitu iman yg sempurna.

Jika kita bijak,sudah tentu kita akan berusaha perbaiki iman yakin kita terlebih dahulu drpd terus segala benda lain.

Jika betul yakin kita,barulah Allah akan turunkan nikmat-nikmatNya yg lain seperti taqwa,qanaah,zuhud,alim,faqih,tawadduk,soleh dan banyak lagi.

tambahan: Baru balik dari Giant beli kasut kulit hitam yg koyak.Betapa ramainya umat islam di sana yg masih belum dpt menutup aurat dengan sempurna.Ya Allah,kami dambakan hidayah dan taufik daripadaMu.
Previous
Next Post »
18 Komentar
avatar

syukur alhamdulillah, masih ada pemuda islam spt saudara. moga terus dalam rahmat ilahi..

Balas
avatar

Salam:)

mari kita terusan memperbaiki iman dan hati kita, damba redhanya:)

bagus perkongsian ini:)

Balas
avatar

sharing is caring..

yup! aku bersyukur kerana telah islam sejak dari perut ibu lagi!!
alhamdulillah

sekarang tugas kita memperbaiki keimanan dan hati kita agar sentiada taat Pada-Nya..

TQ

Balas
avatar

salam.
nak kongsi satu cerita ni.
adik ana die beli satu permainan yang ade lampu warne warni.ana tak tahulah nak cakap permainan ape, tapi imagine je la ea...
kalau diletakkan atas lantai die terlompat2 sambil bercahaya warne warni.
balik rumah, adik ana da letak bateri. tapi tak mahu pula die idop.
pastu kami g la balik kedai tu.adik ana kata die nak yang baru.. tapi bila orang kedai tu cek tibe2 je bercahaya. rupa2nya adek ana tak tekan butang on. keh2...camne la idop

Balas
avatar

deena farhana--saya tidak sebaik yg saudari sangka.saya masih banyak kejahilan dan kemunafikan,juga iman sy yg rosak perlu diperbaiki dan diusahakan.

arnamee--benar,kerana perjuangan seorang mukmin takkan berhenti selagi kedua-dua belah kakinya tidak berada di hadapan pintu syurga

si tEDI--yup,sharing is caring.lebih2 lagi kita bersaudara~selagi tak mati,selagi tu syaitan akan berusaha buatkan iman kita terkeluar dari dalam diri kita.so,kita kena jaga la iman kita.

aL-LuKLuK aL-BaiDoa--haha.biasala budak-budak.mestila akan cuai.bestnyew ada adik...sy anak bongsu,takde adik.Tapi Allah beri sy anak sedara ramai!15 org sudah!hehe

Balas
avatar

Assalamualaikum...

-Banyakkan, Beristighfar Dan Memohon Taubat Kepada Allah S.W.T
-Membanyakkan Sembahyang Malam (Sunat)
-Membanyakkan Membaca Al Quran Dan menghayati Maksudnya.
-Membanyakkan Bersolawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
-Sentiasa Berwaspada Dan Menjauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Besar.
-Sentiasa Ikhlas Di Atas Setiap Kerja Dan Perbuatan.
-Sentiasa Bertawakal Di Atas Setiap Kerja Dan Amal.

Moga ada manfaatnya

Balas
avatar

Salam..
Thanks dtang ke blog saya ya..

Nice blog and bersama perbaiki iman..
Great day..

Balas
avatar

Macam rumah..jika asasnya (tapak rumah) tak kuat, rumah boleh goyang, silap2 boleh runtuh terus..

Balas
avatar

Mudah2an kita diberi kemantapan iman didalam menempuhi dunia yg penuh dengan noda dan dosa seperti hari ini..dimana2 kita tak mungkin dapat mengelak dari terjerumus kedalam maksiat..maksiat mata, maksiat hati, maksiat perbuatan dan sebagainya..hanya iman didada yg mampu menjadi benteng dari terjerumus kelembah yg hina..

Wanita adalah perhiasan dunia yg paling mengasyikkan...jadi berhati2lah ketika memilihnya utk menjadi suri hidupmu kerana akhlak dan peribadi yg baik yg semestinya tinggi ilmu agamanya pastinya akan melahirkan zuriat keturunan yg baik2 juga..insyaAllah

Balas
avatar

Abd Razak--terima kasih kerana berkongsi tips-tips membaiki iman

LotsOfLove-Pearls--salam ukhwah~sy cuma berminat dgn ilmu.moga2 Allah redha usaha saya utk keluar dr kelompok kejahilan

Tirana--Salam kak tirana.Orang yg bijak pasti akan usaha utk kukuhkan asas 'rumah' dahulu baru memunggah masuk 'perabut' ke dalamnya.Kerana jika asas rumah tak teguh,nanti akan menimpa perabot lalu merosakkannya.Maka itula sebab wujud manusia yg amalnya banyak,tapi hakikatnya amalan mereka bukanlah ats dasar iman dan taqwa.Maka,tiada ganjaran pahala.

Kak Zai--iman umat akhir zaman ni selalu tersekat di kerongkong.buktinya saya sendiri yg susah sekali mempraktikkan taqwa dlm kehidupan.susah benar mengamalkan ilmu yg ada.pasal jodoh tu,sy selalu mintak yg terbaik drpd Allah.Dan sesungguhnya,sy masih terlalu muda utk itu =)

Balas
avatar

iba! what a great blog..
:))
i'll keep following..
iba..
nk tnya..
betul ke klu guna ameen x bleh? sbb ad org ckp tu ameen org kafir
kte just amin..
:) cena tuh?

Balas
avatar

assalamualaikum..
syukran jazilan atas persinggahan ke blog. benar apa yg dicoretkan....jd jgn kita lupa bahwa 'musuh utama' kita tak pernah lupa utk menyesatkan kita. kita mmg dlm 'kerugian' melainkan kita saling mengingatkan sesama kita...dgn kesabaran, dgn kebenaran...wallahualam.

Balas
avatar

edy anuar--aku teringat ada satu hadis yg mafhumnya;'Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum,maka kelak dia akan dibangkitkan bersama kaum
tersebut'..kalau kita perhatikan hadis tu,kita akan tahu mengapa Nabi menyuruh menjauhi amalan org bukan islam jauh2.Berbalik tentang persoalan ameen,yup..setakat yg aku taw,mmg org kristian baca ameen.Kita sbgai org islam bacalah amin.Jgn kita meletakkan diri kita sama mcm dorg.rujuk ustaz kalau ingin lebih jelas... =)

nahmy--musuh kita yg sebenar ialah syaitan.Dan syaitan itu ada manusia,ada jin.Tipudaya mereka ternyata hebat.Kerana itu,kita perlu berada dlm jemaah yg kuat agar ada org yg akan menyedarkan kita jika kita tersilap langkah dan ada org yg akan menasihati kita jika kita berbuat satu kesalahan. =)

Balas
avatar

Bukti akak baca entry nih...

Kena tinggalkan jejak.

Suka ayat yang akhir...

"Betapa ramainya umat islam di sana yg masih belum dpt menutup aurat dengan sempurna.Ya Allah,kami dambakan hidayah dan taufik daripadaMu."

Pertama: "Akak amat suka dgn perkataan 'damba'...suka sangat!!!"

Kedua: Perkara yang selalu akak buat ialah tolong doakan untuk mereka. Mereka mungkin dari kalangan yang tidak mengetahui....!

Balas
avatar

kak ayiq--ala kak.kalotak tinggalkan bukti pun takpe.sy menulis bukan utk org lain.sy tulis utk peringatkan diri saya dulu khususnya barulah utk manfaat org lain.Jika kita mendahulukan org lain dlm urusan yg harus,maka itu digalakkan tetapi jika mendahulukan org lain drpf diri kita ini dlm urusan ibadah,maka makhruh hukumnya.begitulah kak.hehe

kak,doakan hidayah utk sy jugak.iman sy pun rapuh.keluar masuk

Balas
avatar

sebenarnya benda sekeliling kita merupkan reflection kepda kehidupan kita kan...satu analogi yang bagus...keep this good job on...

Balas
avatar

Nazrul Fazli--salam saudara.Iya..Allah ciptakan semua makhluk di bumi ini semuanya utk membantu manusia,memudahkan urusan manusia dan berkhidmat kpd manusia,khalifah di bumi.Malang jika manusia yg mulia ini juga berperangai seperti binatang...

Balas
avatar

waahh tak smpi 1 week x online, tgk2 dia nak update blog dgn pantas nye..

sonoknye dia selalu allah bg peluang g masjid sri petaling. antara masjid yg hidup 24jam kan...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443