Meragui dan diragui

Seorang remaja melangkah laju ke surau.Kelewatan kerana azan sudah lama berlalu.Setibanya,imam sudahpun mengangkat takbir ratul ihram.Tanpa berlengah-lengah,remaja itu berdiri di dalam saf dan terus mengangkat takbir utk solat.'Allahuakhbar...' ermmm,takbir yg pertama,tak tetap.Lalu remaja itu mengangkat takbir kali kedua,'Allahuakhbar...',juga baginya masih salah.'Allahuakhbar..',cubanya utk mengangkat takbir buat kali ketiga!malangnya,syaitan apakah yg mengganggunya hingga masih ttp tidak tetap.Bingung.Remaja itupun mengambil nafas panjang,cuba bertenang dan relaks.Kemudian,imam pula sudah takbir utk rukuk.Aneh!tiba-tiba terasa mudah sahaja bagi si remaja tadi.Dianggkat takbir,'Allahuakhbar..' dan terus dia rukuk mengikut imam lalu bersolat sehingga salam.

Bagi sesetengah org,situasi remaja tadi ialah was-was atau ragu-ragu.Segelintir org mengalami masalah ini sehingga menyukarkan mereka utk bersolat secara sempurna.Ada saja perkara yg menggangu konsentrasi mereka sehingga berkali-kali mereka terpaksa mengangkat takbir.

Entry kali ini bukanlah utk membincangkan tentang penyakit was-was dlm solat ini.Sebaliknya kita tak sedar bahawa kita menyimpan satu penyakit yg lebih merbahaya iaitu penyakit ragu-ragu tentang kebenaran.Ragu-ragu ini ialah tidak sepenuhnya yakin dgn kebenaran(Haq).

Bukanlah suatu yg pelik jika org yg salah ragu-ragu akan kebenaran.Tetapi amatlah pelik bila 'org benar' juga tak yakin akan kebenaran!

Kebenaran yg hanya disemai di bibir dan diiktiqadkan di mulut namun jauh dari hati.Hatinya masih kurang percaya dgn janji-janji Allah.Sedangkan di permulaan Quran itu sendiri Allah menegaskan bahawa di dalam Al-Quran itu tiada sebarang keraguan terhadapnya!Lalu,di dalam Al-Quran itulah segala-galanya ada dari sekecil-kecil urusan hinggalah kpd sebesar-besar urusan.

Itulah dia 'manual' bagi kita.Adakah manual itu ada cacat celanya?ada salah silapnya?ada kurangnya?

Wahai org-org yang mengaku dirimu yakin dgn janji-janji Allah...Mengapa kamu perlu bersedih hati?Sedangkan bagimu ganjaran yg besar di sisiNya.Teruskan berjuang.Tiada kekalahan dlm peperangan ini.Usah bimbang,kerana Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerimu.

******Saya sedang dlm peperangan dgn hawa nafsu yg sentiasa menjerat dan memenatkan.Selalu sahaja terasa seolah-olah mahu mengangkat bendera putih sbgai tanda kekalahan.Susahnya hidup sebagai remaja dalam suasana kerosakan.

Ya Allah...bantulah iqbal syarie yg lemah ini.

Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

akpn pnah gak rase cmtu..tp skang dh elok la sket...hahah

Balas
avatar

assalamualaikum, bgi ana lah yek..banyak yang ana jmpe org was-2 ni, ada juga termasuk kawan ana..bila nak mula solat je payah nak Takkbir..katanye niat xmsk...sdgkan kalau kita lihat dari sudut agama, melafazkan niat bukan wajib pun..tp kt dah terbiasa & pyh nak tgglkan sehingga nak solat pun susah..yg jelas niat ni satu lintasan hati dan ana lebih setuju pendapat imam Ahmad dlm bab niat ni..nak solat just angkat takbir je..sb mmg dah kita nak solat zuhur cnthnye..itu yang lebih baik ana rasa...

Balas
avatar

Assalamualaikum...

Syaitan berusaha sedaya upaya utk mengganggu manusia supaya timbul kecelaruan dalam hati. Lazimnya dgn kita sibuk berzikir, beramal ibadah dan sebagainya kita akan terhindar dari ragu-ragu atau was-was.

Balas
avatar

kekadang terjadi kes ni gak.
hukhukhuk~

ameeennn..

Balas
avatar

Semuanya tu usaha syaitan.

Pernah tengok org was2 ambil wudhuk....dah habis basah baju....berkali2 ambil wudhuk.

Hati yg kosong antara sbb utama was2 sbb syaitan mendiaminya.

Balas
avatar

Salam semua...
remaja yg saya maksudkan tu mmg junior saya.
Dia mmg bermasalah besar dgn sakit was-was ni.Hinggakan ada satu ketika saya sudah selesai solat 2 rakaat,dia masih berusaha utk mengangkat takbir!
Dahulu pernah juga saya tegur dan nasihat,tapi tak berubah pun...mungkin satu hari nanti sy akan usahakan lagi.Dakwah kenalah bijak dan berhikmah...takut2 pasni dia lgsung x nak dtg surau lg sbb nasihat kita yg terlalu kasar dan tak kena dgn cara.huhu

Balas
avatar

hmm..itu dugaan setiap insan kn.tabah lah mengharunginya..

ttng was2 tu klu sape2 de penyakit ni baek cbe ubatinya bermula dr skrng.sbb masa muda2 nila mdh nk lawan semua tu.klu x mencuba untuk mengabaikan sikap was2 ni maka akan terbawa-bawa smpi ke tua.lagi teruk jd nye..kesian jgk kn tngk orng yg was2 ni.muga diberi kekuatan hndknye/insyarallah..eh knp asyk kluar error statement jerk bila kik kt blog saudara..nk baca pun ssh..mungkin jg mslh komp sy

Balas
avatar

Terima kasih syah sbb bgtaw pasal masalah blog ni.tak perasan lak~btw,da tukar da layout ni..farap2 okey sikit laa

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443