Oh! SPM...untuk apa?

Dengan ragu-ragu,saya mendail nombor telefon rumah saya."Hello.Assalamualaikum mak.Saya dah ambik result dah ni."

"Waalaikumussalam.",sahut mak.'Hah..dapat berapa?"

"Er...tak banyak la mak.Saya dapat 6A 4B je la mak".

"Syukur Alhamdulillah".Spontan kata-kata tu keluar dari mulut mak.Sejujurnya,saya fikir mak akan marah atau kecewa.Ternyata mak masih gembira walaupun dia mahukan yang lebih baik.

********************************
Bagi setiap ibubapa dan calon,pasti saat mengambil keputusan itu merupakan satu saat yg sangat meresahkan.Gelisah menunggu keputusan setelah bertahun-tahun berusaha.Pabila keputusan berada di tangan,akan terkeluar tangis,gembira atau duka.Bagi mereka yang lulus cemerlang,tahniah saya ucapkan.Sesungguhnya kejayaan kamu itu mmg layak utk dinikmati dan disambut dengan ucapan alhamdulillah.Syukurlah kita kpd Allah kerana diberi keputusan yg cemerlang.

Bagi mereka yg hanya dapat keputusan yg sederhana,atau mungkin juga kurang baik,usah terlalu kecewa.Ada beberapa sebab mengapa anda tidak harus kecewa.Saya juga dahulu pernah kecewa dan sedih dengan keputusan ini kerana mmg sy menjangkan keputusan yg jauh lebih baik berikutan trial saya pun okey.Tapi ternyata setiap apa yang Allah tetapkan itu tersembunyi hikmah dan rahsia yg sangat-sangat besar dan saya takkan mampu menguraikan rahsia itu disini.

Sedikit perkongsian...
Setiap orang pasti selalu mendengar pepatah arab yg berbunyi,'man jadda wa jada'.'Sesiapa yg berusaha,pasti akan berjaya'.Agak serupa dengan pepatah melayu yg berbunyi,'Jikalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'.

Iya,kedua-duanya menekankan kpd usaha.Jika kita rujuk Al-Quran,Allah berfirman bahawa Dia pasti tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum,melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.Sebagai umat islam,kita telah diajarkan untuk berusaha.Sebagaimana yg disabdakan oleh Baginda Rasul,'Ikatlah tali untamu,kemudian bertawakal lah'.Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk tidak berusaha.Sepertimana yg pernah berlaku di zaman khalifah Umar Khattab r.a,seorang lelaki telah ditangkap kerana meminum arak.Lalu ditanyakan kepadanya,'Mengapa kamu meminum arak?',lalu lelaki tu menjawab,'Kerana Allah mentakdirkan ini utkku'.Umar ra.a marah.'Kamu dusta!Sedangkan kamu langsung tidak berusaha menjauhi arak.'Maka lelaki itu disebat kerana meminum arak dan ditambah sebatan kerana berdusta dengan nama Allah.

Jelaslah,kita dituntut utk berusaha dalam apa jua bentuk sekalipun.Dalam hidup kita sekarang,memang kita telah tersesat jauh drpd kehidupan yg dijalani oleh Rasulallah dan para sahabat r.a.Sememangnya kita menilai sesuatu dari sudut duniawi.Saya pernah menyebutnya di sini.Silakan baca jika mahu kefahaman yg lebih.

Kita lupa bahawa Allah telah berfirman di dalam Quran bahawa orang yang mulia di sisiNya itu ialah org yg tinggi taqwanya.Bukannya orang yg tinggi pangkatnya,latarbelakang pendidikannya,mahupun harta yg dimilikinya.Ketahuilah,bahawa Bilal bin Rabah r.a,hamba yg mukanya tak hensem,dimuliakan Allah sedangkan hartawan,Haman dan pemerintah kerajaan besar,Firaun dilaknat Allah!

Jelas?jadi tak payah la rasa kecewa sangat.Mari kita bukak pulak surah asy-syarh ayat 5 dan 6.Dua kali Allah sebut bahawa pada setiap kesusahan itu ada kemudahan.Saya faham bahawa kita bertungkus lumus study,stay up tiap malam.Kita sanggup kurang main utk study.Tapi at the end,keputusan tak seperti yg diharapkan.Sedihkan?tapi kita tak sedar bahawa 'sedikit a' itu sebenarnya satu 'kemudahan' yang dijanjikanNya.Sebabnya..?

Saya sendiri mengalami benda yg sama.Dek kerana saya tak dapat 10A,saya dapat masuk akademi MAS dan ditaja penuh oleh FELDA pula.Kalau saya dapat 10A,terang-terangla saya akan masuk universiti.Dan kalo saya masuk U,belum tentu lagi saya akan bertemu hidayahNya.Dan belum tentu anda akan kenal saya seperti sy yg sekarang.Mungkin juga saya akan rosak.See..?kita tak tahu apa yg akan terjadi slps ini!

Inilah apa yang Nabi sebut dalam hadis yg diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim,"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.."

Rezeki Allah dah tentukan.Bukan makhluk yg tentukan!Kalau anda dapat 10A,tak tentu lagi dapat keje walaupun belajar hebat!Dan kalau dapat kerja pun,belum tentu dapat kebahagian(tenang) kerana mungkin dalam proses mencari kerja tu,kita ada melanggar hak-hak Allah.Satu perkara lagi yg perlu kita ingat,bahawa setiap apa yg berlaku kpd seorang muslim adalah nikmat drpd Allah.

Bagi anda yg dapat A sikit,itu adalah nikmat.Boleh jadi jika dapat banyak A,timbul pula riak,ujub atau juga akan timbul rasa puas hati yg akan memalaskan diri dan anda perlu berhati-hati kerana Allah telah berfirman dalam surah ibrahim ayat 7 bahawa jika kamu tidak bersyukur pasti aku akan mendatangkan azab yang pedih! Manakala,bagi yg gagal,senyumlah.Sesungguhnya Allah telah menjanjikan pahala yg sangat besar bagi kita yg bersabar.

Jangan lupa,doa-doa kita yg kita panjatkan sblm peperiksaan itu Allah dengar.Semuanya!Jika tidak dimakbulkan di dunia,di akhirat ia akan dtg dlm bentuk pahala yg besar.InsyaAllah.Dan yang paling penting,jangan kita buruk sangka dengan Allah.Setiap apa yg berlaku ialah dibawah ketentuan Allah.Semestinya dia Maha Tahu mengapa kita tak cemerlang SPM.Mungkin kerana Dia mahu kita cemerlang dalam SPM kedua.Iaitu SPM yg maha penting,'Sijil Padang Mahsyar'.
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

ad hikmah dlm kesakitan yg melanda...bersangka baik pd Allah..Dia tidak pernah menzalimi kita...satu ilmu lagi hari ini...syukran

Balas
avatar

salam..

iba..kau ape kabar..??
semoga ko sihat,,insya-Allah..

betul tu..
pasti ade hikmah akan apa yang berlaku kepada kita..

aku suke yang last tu..

sijil padang mahsyar!
menggetar jiwa dibuatnya..

^_^

Jazak Allah Khair ya akhi..

Balas
avatar

Salam...

Usaha itu tangga kejayaan, tanpa berusaha mana mungkin kejayaan itu dapat diraih baik di dunia atau di akhirat.

Ramai orang inginkan syurga tapi tidak tidak berusaha ke arahnya

Balas
avatar

sijil padang mahsyar itu lah yg terpenting...syed mokhtar al bukhary spm cukup makan je...tapi billionaire melayu...

Balas
avatar

salam..

setiap org Allah dah tetapkan rezeki masing2..tdk semestinya spm tak cemerlang terus gelap masa depan..dunia Allah ni luas..peluang ada di mana2..tinggal lagi diri kita yg bergerak untk mendapatkanNya..di mana pun kita, semoga kita tidak lupa mengejar pangkat tertinggi di sisi Nya :))

Balas
avatar

Muz--->
Muz!!rindu banget kat ko!
pehal mcm da lame tak update blog dan ziarah blog aku?ish...busy ya?haha..take care bro!


Abd Razak-->
yup...ramai yg mahu syurga,tapi berusaha utk ke neraka.songsang~



Nazrul Fadzli-->
iya!Allah yang control semua urusan rezeki ni..nak jadi syed mokhtar jugak!hehe


melatydaisy-->
moga kita tak lupa kejar pangkat disisinya.Moga pakain kita ialah pakain takwa.aminn...

Balas
avatar

assalammualaikum

kekadang benda pahit yang kita terpaksa telan harini , itulah punca kejayaan kita di hari kemudian

Balas
avatar

sy pon tak dpt 10A... dlm sijil SPM sy ade byk huruf, bukan A saje!

hehhe.....

mmm..
sape yg suka sebut lps grad drpd U dpt keja hebat2 belaka?! sy tak pon.. siap menganggur dkt setahun lg ada la. huhu.. sbb yg bg gaji tinggi dan jwtn best bkn sbb ijazah or dip or sijil kita tp Allah yg bg.. n paling penting, masa menganggur tu la sy kenal usaha yg korg suke sgt buat tuh... hehhe.

Balas
avatar

kl citizen-->
tepat sekali kak!=)


^inas^-->
Rezeki Allah bagi!absolutely!!!yang paling peting,hidup kita kena jelas.Jelas bahawa setiap saat mesti ada usaha memperbetulkan yakin iman dan amal kita~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443