Cinta Syarie 2 dan sedikit pengumuman

Syukur,Allah beri saya kesempatan utk menulis lagi.Baiklah,kita sambung perbincangan kita tentang 'mahabatullah'-cinta yang syarie.Cinta yg disebut dalam sebuah hadis,bahawa tidak sempurna iman seseorang sehinggalah Allah dan Rasul lebih dicintai olehnya drpd dirinya sendiri dan segala-galanya.Susah juga ya.Di mulut mmg mudah disebut.Wah!ingat ancaman Allah dlm surah Saff ayat 2 dan 3-"Wahai org-org yg beriman,mengapa kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tak kerjakan?Itu sgt dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tak kamu kerjakan".Adakah kita sudah tergelincir masuk dalam golongan yg dibenci itu??!!

Baiklah,mari kita lihat ciri yg ke-3 bagi org-org yg mendambakan cinta yg syarie.Ciri yg ketiga ialah kita akan sentiasa mencari redha Allah.Seperti biasa,saya akan menggunakan contoh lelaki dan perempuan(sepasang kekasih) sprt dlm drama TV.Si lelaki akan sedaya upaya menjaga hati dan perasaan kekasihnya.Segala apa yg dilakukannya mesti dipersetujui oleh kekasihnya.Jika tidak,kekasihnya itu akan merajuk.Dan bila merajuk,terhegeh-hegeh si lelaki itu memujuk.Mencari redha perempuan,mungkin dgn memenuhi permintaan mereka seperti membeli-belah,makan,jalan-jalan,dll.

Begitu juga dgn perempuan.Mereka akan sentiasa mencari redha lelaki.Lebih teruk,ada lelaki yg meminta-minta utk pegang-pengang tanganlah.Disebabkan tak mahu mengecewakan permintaan teman lelaki,maka perempuan pun membenarkan lelaki memegang tangannya.Syaitan telah menggaburi mata mereka,menyebabkan mereka berasa indah kejahatan itu.Hal ini tercatit dalam Quran,surah Al-Hijr(15;39)-kata iblis,'aku akn jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka dan aku akan menyesatkan mereka kesemuanya'.
Taip 'dosa' kat Google Image.Then,keluar gambar ni.Tiba-tiba rasa lapar.Kalau mcmni la 'dosa',memang ramailah org buat 'dosa',sebab boleh dimakan.haha
Kemudian,lelaki tu pun mintak mahu cium pipi,si perempuan malu dan menolak pada awalnya,tapi kemudia terpaksa akur kerana mahu mencari redha pasangannya dan redha syaitan.Selepas cium-cium,perkara yg sama berulang sehingga perempuan itu beranak dan membuang bayinya ke dlm tong sampah!Semuanya kerana mencari redha nafsu,redha manusia dan redha syaitan.Dengan itu,redha Allah disepak ke tepi,diludah,dan dibuang jauh-jauh.Ibubapa(Klik link),please take note!Takut-takut kita ada 'cucu ghaib'.

Perihal org-org yg mencari redha Allah ini ada diceritakan dalam banyak ayat.Satu daripadanya ialah dalam surah Al-Insan(76;9)-"Sesungguhnya kami memberi makan kpdmu(sedekah) hanyalah utk mengharapkan redha Allah,kami tak mengharapkan balasan dan terima kasih dari kamu'.Ini dalam kes sedekah.Ironinya,manusia mampu bersedekah ribuan ringgit bila ada kamera atau rakaman TV,tapi jika tanpa semua itu sedekah hanyalah sekadar rm1 shj.

Org yg mencintai Allah akan sentiasa berhati-hati dalam bertindak.Sebagaimana ada seorang lelaki dtg berjumpa Saidina Umar al-Khattab r.a dan bertanya,'Bagaimanakah kehidupan seorang yg bertaqwa?'.Lalu dijawab oleh Saidina Umar,'Kehidupan org yg bertaqwa ialah seumpama seseorang yg melalui satu jalan yg dipenuhi dgn serpihan kaca yg tajam.Dia akan berhati-hati dan melangkah perlahan-lahan melangkah kerana bimbang dilukai oleh kaca itu.Maka,org yg bertaqwa juga sama.mereka akan berhati-hati dalam perbuatan mereka kerana takut-takut mereka akan TERbuat dosa.

Satu lagi contoh org yg mencari redha Allah ialah org yg sentiasa mencari-cari peluang utk membuat pahala.Org ini akan sentiasa memastikan niat setiap perbuatannya 'lillahi taala'-KERANA ALLAH TA'ALA.Perbuatan dan kebiasaan seperti makan,tidur,belajar,berjalan,berlari hatta online pun diniatkan kerana Allah.Org-org seperti ini juga disebut oleh Allah dalam surah Al-Qasas(28;77)-'Dan carilah pahala akhirat dgn apa-apa yg diberikan Allah kepadamu...' Allah bagi kita mata,telinga,hidung dan segala macam pancaindera.Gunakalah ia utk generate pahala.Allah bagi kereta,rumah,Tv,perabot,internet dan mcm-mcm lagi.Gunakan ia juga utk mencari pahala dan redha Allah.Jadilah pengguna yg bijak~!
*************
Ciri yg ke4 kita bincang dalam entry lain kali ya sbb takut nanti jd makin panjang pulak.Apa yg kita dapat,kita cuba amalkan.Sekarang saya nak buat pengumuman pula.Saya banyak kali mendapat aduan bahawa link blog saya tak boleh tertera dalam blog list sesetengah org.Saya pun taktaw kenapa.Jadi saya telah buat banner,yg boleh anda copy dan paste letak di blog anda,kalau anda mahu.Tiada paksaan pun,cuma sedikit terkilan kerana rancangan hiburan sprt AF,tiap 5 minit diiklankan,tapi benda keagamaan dan ilmiah ni iklannya cuma sejam sekali(itu pun nasib ada org nak iklankan).InsyaAllah,jumpa lagi dlm perbincangan kita tentang ciri ke-4 org yg mengejar cinta syarie~Bersambung...
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

Hurm,memang kadang-kadang ada gak terkena ngan diri ni..InsyaAllah, nak berubah!

Balas
avatar

wah santapan rohani pagi...cinta ikhlas krn ALLAH...

Balas
avatar

blog ni sangat berguna buat aku..terima kasih..semoga kau sentiasa diredhai allah..

berhati-hati dalam bertindak,mencari peluang membuat pahala.

Balas
avatar

Salam...

Kita ni manusia tak sunyi dari melakukan dosa, bertaubat itu jalan untuk kembali kepadaNya...

Balas
avatar

salam iqbal..

wah..post berunsur cinta lgi? ade ape2 ke ni..hehe.tapi xpe kalau berjiwang dgn Allah :)

perasaan cinta itu adalah satu anugerah drpd Allah SWT. Cinta yang pling agung ialah cinta kpd Allah,namun manusia tak boleh menafikan bahawa cinta sesama manusia itu tetap akan hadir, tak kiralah kuat macam manapun ia cuba dihindari.maka dgn itulah, cinta itu seharusnya disalurkan ke jln yg betul. Bak kata Ustaz Hasrizal,jgn dilayan, dan jgn pula dilawan. Kalau belum sampai masanya, maka hendaklah melupkannya dengan menyibukkan dri dgn aktvti bfaedah t'utamanya mnmbah lgi ilmu dunia akhirat dlm dada.

ssungguhnya cinta kpd Allah la cinta yg pling agung :)

Balas
avatar

assalammualaikum iqbal

yang penting kita sendiri mesti cuba perbaiki diri, insyaAllah Allah akan jodohkan kita dengan isan yang paling baik bagi kita

Balas
avatar

Cinta dengan manusia perlukan tahap keimanan dan kewarasan fikiran kerana tersalah langkah,dosa itu akan terus menghantui kita...hinggakan terasa betapa hinanya diri disisiNYA..TAHNIAH MY BROTHERS..keep writing.I proud of u..

Balas
avatar

blog anda juga tak di update di blog karkun~

Balas
avatar

salam..bagus sekali tutur bicaramu..,teruskan dakwah..mengajak manusia ke jalan yg diredhai

Balas
avatar

wah...sambung part 2 lak..hehe
entahla ek...rasenye contoh da terlalu byk...mcm buang bayi...putus cinta di sana cni dan mcm2 lg lah...xe rase insaf ke atau amek iktibar dr ape yg berlaku...

bercinta dgn Allah la kita xkan pernah terluka...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443