My hero..waahhh

Setiap bapa ialah hero,kecuali bapa ayam.Bapa,ayah,abi,bapak atau abah,mereka adalah imam dan ketua kpd keluarga,dan mereka seharusnya menjd hero dan contoh tauladan yg terbaik kpd anak-anak mereka.Sepatutnya lah…tapi zaman sekarang ni bukan semua bapa boleh menjadi contoh kpd anak-anak.Sedih bukan…

Saya nak cerita sikit pasal hero saya.Ayah saya nama Shaari bin Salleh.Org kampung sy pggil Pok Yie atau Pak Aji Saari.Kalau kat Kelantan,tempat dia lahir,org kmpung dia pggil dia Ali.(tbe2 je jd Ali)..Ayah saya kerja B.A.S,tapi masa sy isi apa-apa borang yg mintak nama pekerjaan ibubapa,sy akn tulis sbgai peneroka FELDA.Peneroka FELDA yg kerja dgn kelapa sawit.Lupa nak bgtahu,B.A.S tu maksudnya buat-apa-saja.Org kampung,biasalah..

Cuti seminggu ni,saya banyak habiskan masa tolong dia buat rumah.Oh!ayah saya engineer kampung taw.Hebat.Saya nak jd engineer,kena abiskan dekat 5tahun baru boleh dpt type rating,tapi ayah saya belajar setakat darjah 6,tapi boleh jd engineer.Hee Rumah sy ni 50% baru,sbb bahagian depan rumah ayah dirobohkan utk renovation.Dulu panas sbb 3 tingkat(sbb kedudukan rumah ni kat bawah buki),tp skrg rumah sejuk dah,sbb dah hampir semua bhgian rumah ni batu.Masa sy tanya mak dan ayah,kenapa nak renovate rumah?mereka jwb,’Kami harapkan kalau nanti kami dah tak ada,kamu adik beradik yg duduk jauh-jauh ni boleh la balik masa cuti-cuti ke..duduk rumah ni’.Sedih pulak mendengarnya…
(Ini ayah,mak dan anak kakak saya)
Umur ayah sy 64 tahun sudah.Tapi yg saya tak boleh blah,bila buat kerja dgn dia mesti sy yg akn lg banyak lepak dan rehat drpd dia!heee..tak tahu la saya yg tak kuat atau ayah saya tu badang.Tp mmg dia boleh tahan lama-lama bawah panas.Kami adik-beradik banjir bepeluh,dia peluh gak tapi still rilek aje!(segan..hee).Tapi kan,dlm hati kami,kami semua rasa yg ayh saya ni mcm sengaja nk tunjuk kuat sbb taknak bagi kami adik beradik risau.Mmg dia sihat,tapi dia sakit juga.Sakit org tua..faham-faham sajalah.Berjalan pun dah mcm itik serati,terhenjut-henjut.hee..(mmg org tua jalan tak normal,kan?)

Ayah saya pernah pesan,kalau dia meninggal nanti dia harap saya yg akan uruskan jenazah dia dan imamkan solat jenazah.Entah la ayah..saya masih sgt-sgt belum bersedia utk menerima kedatangan saat tu.Saya bukan anak yg baik,tapi ayah saya ayah yg baik.Tapi sejak setahun lalu,saya telah berusaha jd anak yg baik.Dulu ayah selalu ‘walk alone’ ke masjid.Skrg sy kata kat dia(dlm hati),’you will never walk alone”.saya suka,sy bangga sgt dpt jadi driver dia ke masjid,dpt solat 1 saf dgn dia.Saya bangga sbb dulu-dulu sy jd makmum kpd dia,tp skrg dia paksa sy jd imam pula.Mungkin inilah tarbiyyah ayah saya kpd kami anak-anak lelaki beliau.Abg sulung sy skrg berada di Tawau.Kerja saya tak pasti,tapi yg saya pasti pangkatnya besar dlm lembaga koko.

Dia juga hero bagi saya.Tapi hero kedua la.Mak saya punya cerita lain kali ea.hee.. Abg sulung sy tu,pernah sekali sy mintak duit drpd dia.Mintak dia masukkan rm100 dlm bang sbb sy nak beli buku naruto.Abg saya masukkan rm250!Pening kepala sy(sbnrnya malu giler),lalu sy sms beliau dan dia reply,’Ambil la duit tu.Kita kalau dpt sedikit,kena rasa cukup.Kalau dpt banyak,kena makin dekat dgn tuhan.Terpulang kpd kita nak letak diri kat mana”.Bila dpt sms mcm tu,rasa mcm kena headshot,sbb mmg slama ni sy rasa sy ni kufur nikmat(sbnrnya smpai sekarang pun).

Kembali kpd cerita ayah sy.Ayah saya ni org kampung yg mmg raw kampung.Tapi dah dimodenkan oleh kami,anak-anaknya.hehehe(gelak evil giler).Tapi sy rasa ayah sy lg moden drpd sy sbb dia dah berpuluh kali naik flight.Saya baru 2 kali.Yg last pd tahun 2005,gi Tawau juga.Tapi apa yg sy tak boleh nafikan,ayah saya ni mmg tegas,garang dan kadangkala.Tapi kebanyakan masa,dia peramah.Keramahan dia dgn org ramai lagi-lagi dgn geng kaki masjid dia tu menyebabkan mmg selalu rumah kami ada tetamu.Dia sgt suka bersilaturrahim dan selalu dia menegur dan berborak dgn org luar bila kami berada di luar.

Ayah saya mmg bukan ustaz.Dia jarang sekali mengajar saya apa-apa ilmu dgn khusus.Belajar pun setakat tahu membaca,menulis dan mengira.Bahasa Inggeris lgsung ayah tak tahu.hehe..Saya belajar Quran masa kecil dgn ibu(sy panggil ma)saya,bkn dgn ayah.Tapi ayah saya slalu pesan,’belajar baik-baik’.Saya tertanya-tanya kenapa dia tak kata ’belajar sungguh-sungguh’.Akhirnya saya maksud tersirat; belajar ilmu yg baik dan bermanfaat shj.Ayah saya mmg tak ajar sy sgt,tapi dia sgt-sgt support dan menyuruh saya utk belajar!Kata-kata dia yg sy takkan lupa,’Iba(nickname saya) belajarlah,ayah dah takde peluang nk belajar’.

Ok,saya taknak cerita panjang lg,takut nanti meleret smpai 5 entry pulak!Saya nak tekankan tentang peranana kita,anak-anak kpd ibubapa.Saya mmg bukan anak yg baik,sbb masa kecil dulu sy pernah buat mak sy menangis sbb sy marah mak saya.(bukan kecil lg pun,sekolah menengah dah).Tapi lps tu sy pun nangis bila tengok mak sy nangis,terus sy mintak maaf.Jelas,sy bukan anak baik jauh sekali anak soleh.Sy cuma berusahaOk..insaf kejap

Harini,sedih bila tengok surat khabat dan berita,pasal anak belasah bapak.Anak bunuh bapak.Anak halau bapak.Inilah yg dimaksudkan oleh Rasulallah sbgai;’Kiamat takkan berlaku selagi seorang ibu tidak melahirkan tuannya’.Terbukti benar hadis tu,sbb zmn skrg mak bapak telah di’kawal’ oleh anak sendiri.Saya nak ckp benda yg serius iaitu-Kita semua takkan boleh masuk syurga jika kita tak taat kpd ibubapa kita!Mungkin kita tak tahu bahawa sesungguhnya org yg derhaka kpd ibubapa,Allah azab dia cash kat dunia ni lagi!!AArrghhhh!!(ter emosi sbb geram dan marah kpd anak-anak yg sggup belasah dan pedajal mak bapak sendiri)

Mungkin anda tak pernah dengar cerita pasal Juraish yg dia terlalu asyik dgn solat sunat hingga tak menyahut seruan ibunya yg memanggil-manggil namanya.Oleh sbb tu,ibu dia terasa dan berdoa supaya Allah tak mematikan Juraish sblm dia memandang wajah pelacur.Doa ibubapa ni makbul bro.Tu pasal la mak saya selalu pesan kat akak saya,jgn ckp benda yg tak elok kpd anak-anak dia,takut-takut bertukar jd doa.Contoh; “kau ni nakal mcm unta!”.takut-takut bila selalu sgt mak ckp cmtu,Allah makbulkan.Anak dia jd unta(boleh sembelih!).Sebaliknya guna ayat positif sikit lah..mcm,”Adik,janganlah naka-nakal”Better rite?Ibubapa sila ambil perhatian(ada ke pembaca saya yg dlm golongan ibubapa?).Ok,smbung cerita Juraish,dia telah difitnah melakukan zina dgn pelacur dan menyebabkan pelacur tu hamil.Last sekali,Allah selamatkan Juraish drpd fitnah.

Kisah kedua berkenaan sahabat Rasulallah yg bernama Al-Qamah.Dia mmg byk buat amal soleh,tapi tak boleh mengucap Lailahailallah masa tgh nazak.Bagi org yg belum tahu,sesiapa yg sblm dia mati dia dpt ucap kalimah Lailahailallah,maka dia akn masuk syurga(sumber: hadis).Setelah dikaji,rupanya punca dia tak boleh mengucap ialah kerana ibunya telah terasa hati dgnnya kerana dia telah melebihkan isterinya drpd ibunya.Lalu Rasulallah memujuk dan mengugut utk membakar shj anaknya jika si ibu tak memaafkan,akhirnya ibunya memaafkan lalu Al-Qamah dpt mengucap Lailahailallah sblm meninggal.

Saya bwk lg 1 contoh cerita drpd dlm hadis,seorang lelaki telah jumpa Rasulallah lalu bertanya,apakah amalan paling baik.Rasulallah jwb,1-solat diawal waktu(nanti kite cerita pasal solat lagi),2-Berbuat baik kpd ibubapa 3-Jihad fi sabilillah..Saya tekankan lg sekali(sbnrnya dah berkali-kali) bahawa sesungguhnya ketaatan dan berlaku baik kpd ibubapa itu sgt penting!sgt wajib!sgt mesti!dan sgt beessssttt~

Dari Abdullah bin Amru: Keredhaan Allah menurut keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah mengikut kemurkaan ibubapa~H.R Tirmizi

Kesimpulannya,kita semua kena berbakti kpd ibubapa dan cuba menjadi anak yg soleh.Kita wajib taat kpd ibubapa selagi mereka tak suruh kita buat benda-benda yg bertentangan dgn syarak.Kita juga kena mengembirakan hati mereka.Jgn buat mereka sedih!Senang cerita,jgn sambut hari ibu kalau kita hanya fikir bahawa hari ibu ialah hari utk mengenang jasa ibu.Dlm islam,hari-hari ialah hari ibu sbb bila ibubapa dah meninggal,kita dah tiada peluang nak melayan,nak menolong dan nak mentaati mereka.Percayalah!Kat dunia ni dah ramai org yg menyesal sbb masa mak ayah mereka hidup,mereka selalu tak mengendahkan dan selalu bergaduh.Bila mak ayah dah mati baru tahu nak menyesal.Tak guna dah weii..!bagi org yg dah takde mak ayah,jomla hari-hari pas solat,kita doakan mereka(yg masih ada pun kena doakan ibubapa).Semoga kita sama-sama jd anak yg soleh dan solehah.Hargai peluang ini..sayangi ibubapa kita.
Previous
Next Post »
30 Komentar
avatar

bestnyeeee cite pasal ayah awak
:)

Balas
avatar

bapakku 62 taun tapi alhamdulillah.. jalan masih steady lagi :)

bukan anak yang baik coz slalu jugak la lawan cakap mak bapak heheeee

tapi pepun, tetap syg mereka berdua & tak tau la camne nak teroskan idop klau dorang dah takde...

Balas
avatar

sedih
rindu ayah!
dah 3 minggu tak jumpe!
adoii iqbal, saje bikin saya nanges!
aiseehh
bukan anak yg baik!
byk dosa, tak dgr cakap!
*sigh!
FAIL sume nye!

Balas
avatar

sedih
rindu ayah!
dah 3 minggu tak jumpe!
adoii iqbal, saje bikin saya nanges!
aiseehh
bukan anak yg baik!
byk dosa, tak dgr cakap!
*sigh!
FAIL sume nye!

Balas
avatar

hmm.. bak ayah ni sy sensitif sikit nk cerite..

Balas
avatar

(1)-Anisa
Heee..ayah saya mmg best pun..semua ayah best,selagi bertanggungjwb~

(2)-hanie
Ayah saya tua 2 tahun drpd ayah kamu la ek.hee..lawan ckp ayah?mintak maaf ajew..insyaAllah..hehe..saya pun sama~sedih!huhu

(3)-reen
3 minggu lama ke?saya berbulan tak jumpa.heehee(smlm last jumpa)
Jgn sedih2 ye!

(4)hapiz rahman-
Slmat dtg bro ke blog yg tak best aku ni~heee..kalo taknak cerita pasal ayah takpew.semua org ada sebabnya...kan?

Balas
avatar

saya sayang ayah saya jugak!!
suke kepada penggunaan ayat, 'you'll never walk alone..'huhu

Balas
avatar

salam iqbal ^_^

"Abah...Rasakan di hatimu, secebis kasihku,yang kian merinduimu,biar kau tiada di mata ku,asal kau bersama Pencipta ku,juga Pencipta mu,yang menjanjikan,pertemuan ku dengan mu,di syurga milik Yang Satu"24 MAc 2010, 22 tahun berlalu...Al-Fatihah...

Balas
avatar

entri terbaik saya kira, iqbal..

suka baca tentang ayah iqbal, sebab ayah saya dah meninggal dunia, jadi rindu sangat dengan ayah

pernah dengar ustaz pahrol berceramah...
seorang ibu berkata pada anaknya: " kalau emak dah mati nanti, siapalah yang nak doakan untuk awak (anak dia)?".. sedih kan..

hanya ibu bapa kita yang akan doakan untuk kita setulus hati SETIAP HARI, bukan orang lain... orang lain sekali sekala je, kan.

berbaktilah pada mereka selagi mereka masih hidup ni, kan

Balas
avatar

(5)-syazwani
Wuu..selamat dtg ke blog murah saya!Semua org yg normal syg mak ayah.kan?tapi syg aje tak cukup...bakti diperlukan

(6)-cun09
Huhu,,maaf kalau entry ni buatkan akak sedih.Al-fatihah buat arwah ayahanda..

(7)-cikgu normah
Huhu..maaf juga ckgu kalau buat cg sedih terkenang arwah ayah.Apapun,mmg peluang tu patut digunakan...sebaik mungkin...berbakti~

Balas
avatar

kasih ibu sampai ke syurga,
kasih bapa tiada penghujungnya,
kasih kita kpd mreka sampai ke mana?

*insaf sekejap

Balas
avatar

itulah kesimpulanny..berbaktila anda pada ibu bapa samada masih hidup atau x .. ;)

Balas
avatar

(8)-Ujang
hahahah..aku pun insaf jap.heee

(9)-cik gula kapas
kesimpulan yg mengancam.short & sharp!haha

(10)-anwarnaim
ayah kamu pun sama.semua ayah sama hebat

(11)-sueIM
wooo balik =)

Balas
avatar

best r entry iqbal. mesti anak yg baik en.. saya syg sgt2 kat parents.. tapi skrg tgh mengalami masalh jiwa remaja sgt. rase nk mberontak tu kuat. but alhamdulillah..boleh kawal lagi.. lg prefer senyap~ hope saya berjaya mengharungi zaman remaja ni..amin..

Balas
avatar

nice share...:D harap kte jadi anak yang baik smpai bila2

Balas
avatar

(12)-fisha
aduiiii...berapa kali saya ulang dlm entry tu..sy bukan anak yg baik,cuma berusaha jd baik aja.heeeee
zaman remaja kan zaman gila..so,harungi dgn rilek..sempoi2...enjoy,but dgn kawalan la..heeee


(13)-q zam
insyaAllah bro!Tq dtg blog murah aku ni!

Balas
avatar

hehehe~~~~ view org,, tak leh nak halang,..heheh~ :p
betul2,,zaman remaje zaman gile, rase nk skip pun ade,huhu.

Balas
avatar

setiap kali kita wat kat parents mesti hati xkan rasa tenang.
kdg2 terasa lebih baik berjauhan...tapi bila jauh rindu pulak.huhu.

Balas
avatar

Berbakti kepada ayah sementara dia masih hidup. Ayah kak tirana dah tak ada...tak sempat hidup lama pun dengan dia sebab dia meninggal sewaktu kak tirana di sekolah rendah.

Balas
avatar

hargailah mereka selagi masih berpeluang =)

Balas
avatar

abah wa adalah hero wa.
kdg wa slu lawan ckp abah
but wa ttp sayang beliau
mgkin selisih paham tuk mende2
yg wa x ske .. n beliau pun x ske.
wa insap baca entry ni ..

abah wa sihat lagik
tp sihat x jamin esok kita idop lgkan
abah .. org mtak maaf!
org tau ada hikmahnya
Hugs ... abah n tuk abah lu juga



hahahaha emo siot.

Balas
avatar

Allah..
Rahmatilah kedua ibubapa kami!

Balas
avatar

yups
berbakti pada ibu bapa sehingga bila2 walaupun mereka dah pergi
kerana jasa mereka tiada gantinya
kita kena lah selalu berdoa dkt mereka

Balas
avatar

(14)-fisha
Zaman remaja ialah zaman yg sempoi.hehehe..cik fisha tggu ea.saya ada satu draft yg tggu masa utk dipublish pasal remaja yg saya rasa akn bermanfaat~


15)-amirah
Rindu parents tu biasa...tp selalunya jarang kot org rindu parents.org biasa rindu kat org lain.hahaha..tahniah sbb kita masih merindui parents kita~


16)-kak Tirana
Of coz akan berbakti.Apapun ayah akak insyaAllah bertuah dpt anak yg baik mcm akak.Al-fatihah utk arwah


17)-adam
Betul tu bro!ibubapa kandung ni sekali je ada..ibubapa angkat atau tiri mmg boleh banyak,tapi ia takkan sama~huhu

18)-Frodo Baggins
Hahahaha..bro!lu mmg sempoi!heee..aku pnggil abah aku ayoh..pelik tak?haha

19)-kak ummumishkah
Aminn ya Rabb~

20)-hans
Betul sgt tu bro!kalaulah harta kita seluas langit dan bumi pun belum tentu dapat bayar semua pengorbanan mak ayah kita tuu...

Balas
avatar

Dikk... Thanks utk cite ni.. Terharu sangat2. RINDUNYER PADA MA & AYOH. Terasa terlalu banyak dosa pd mereka. Ya Allah, kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami. AMIN...

Balas
avatar

salam..bapak sy 65 thn..alhamdulillah..jln straight & kuat lgi..hehe..hebat ayah encik iqbal..

Balas
avatar

waah...menariknyaa..
hebat betul penulisan awak..
kagum akak..=))

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443