Towards zero 'maksiat' and zero 'dosa'

Pertama sekali,syukur kpd Allah kerana memberi kesempatan utk terus hidup dan bersama-sama 'countdown' Ramadhan beberapa hari lagi.Sempena dengan kedatangan bulan yg mulia ini,saya ingin berkongsi azam saya kerana saya yakin setiap muslim mesti menyimpan azam mereka dan harapan mereka yg tersendiri yg mereka ingin capai di dalam bulan yg teramat istimewa ini.Azam saya ialah towards zero maksiat and zero dosa.

Azam ialah sesuatu yg kita mahu dan kita usahakan kearahnya.Berbeza dgn mimpi atau angan-angan.Mimpi dan angan-angan ini sekadar lintasan dalam hati yg menyeronokkan seperti mengimpikan kereta mewah,emas berlian dan mengangankan isteri atau teman yg cantik.Ini hanyalah sekadar pendapat saya dan bukannya takrif sebenar 'mimpi' dan 'angan-angan'.


Sebagai manusia yg bijak,kita sepatutnya kurangkan berangan-angan.Sebaliknya,angan-angan dan mimpi itu hendaklah kita jadikan sebagai azam.Lalu,kita sematkan dalam hati serta jadikan ianya sebagai visi,misi dan objektif yg ingin kita capai.Dengan cara itu,semangat kita utk mencapai perkara itu akan membara dan kita kan dimotivasi dan berusaha dgn bersungguh-sungguh serta yakin.

Berbeza pula dgn tanggapan.Kebanyakan kita yg serba lemah ini seringkali menganggap dan seringkali juga kita tersilap dan tersalah anggap.Sebagai contoh,kita berkeinginan kpd sebiji kereta.Malangnya kewangan kita tidak mencukupi.Lalu kita meminjam duit.Kita menggap kita mampu utk membayar balik hutang tersebut tetapi akhirnya kereta ditarik dan harta benda terpaksa digadai pula.

Bagi remaja,ramai yg beranggapan bahawa kita mampu utk manage masa kita.Oleh itu,kita banyak berhibur dgn perkara-perkara lagha' dan sia-sia seperti bermain games,tgk movies dll.Akibatnya mereka terpaksa study last minit dan hakikatnya mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan.Lebih malang apabila mereka cenderung utk menyalahkan Allah Taala kerana doa mereka tidak dimakbulkan padahal pada hakikatnya mereka yg tidak berkeinginan utk berjaya!

Bagi yg ada kekasih,kononya mereka menyangka yg kekasih mereka akan beri kebahagiaan,bantuan,dorongan kpd mereka setiap saat.Mereka sangka mereka lebih bijak drpd syaitan iaitu mereka dapat mengelakkan maksiat.Jelas,syaitan yg telah menipu Adam a.s lebih pintar.Mustahil org yg berkasih tanpa ikatan perkahwinan akan terjebak dlm kancah maksiat walaupun tak zina,tempiasnya takkan berjaya ditepis!Semuannya kerana SANGKAAN sahaja.



Mimpi dan angan-angan itu indah.Tidak dpt dinafikan bahawa setiap drpd kita ini mengimpikan pasangan hidup yg beriman,harta benda yg banyak serta dikurniakan kesihatan dan keberkatan hidup.

Kerana bermimpilah,kita tidak langsung berusaha utk mencapainya.Jika berusahapun,tidak istiqamah dan bersungguh-sungguh atau mujahadah.Sebaliknya,jika kita meletakkan ianya sebagai azam atau matlamat,maka kita akan berusaha utk mencapainya.

Kembali kpd hadis di dalam matan Arba'in.Hadis pertama tentang niat.Dari Umar bin Kattab r.a berkata,aku mendengar baginda RasulAllah saw. bersabda; "sesungguhnya amal perbuatan seseorang itu bergantung kpd niatnya,dan sesungghuhnya setiap orang akan mendapatkan apa yg diniatkannya.Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasulnya,maka hijrahnya akan diteriman sebagai hijrah kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yg ia cari atau kpd wanita yg dia nikahi,maka dia akan mendapat apa-apa yg dia tujui"
Kita berazam utk mendapatkan sesuatu kebaikan atau menjauhi sesuatu keburukan,maka kita perlu usahakan kpdnya.Kita juga perlu berdoa kerana Allah jua yg memberi.Khazanah Allah maha luas.Allah cuma mahu kita minta!Mintalah dgn sifat kehambaan.

Akhirul kalam,semoga Allah memberi saya kekuatan utk mencapai azam saya iaitu kearah sifar dosa dan maksiat.Sesunguhnya saya tidak kuat utk mengelakkan maksiat serta dosa melainkan setelah diberikan kekuatan oleh Allah.Salam Ramadhan buat semua dan semoga kita benar-benar beroleh kebaikan di dalam bulan yg amat istimewa ini.

Gotong-royong Masjid Tunku Kelana Jaya Putra

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan minggu depan,pihak masjid kelana jaya menganjurkan program gotong-royong mengindahkan dan membersihkan kawasan masjid.Kami,pelatih METC seramai 57 orang(yg hadir tak smpai 50 org pun) telah secara rasmi mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong tersebut sebagai aktiviti kokorikulum hari sabtu kami.

Sememangnya setiap hari sabtu kami ada aktiviti di sebelah pagi dan bertuah rasanya kerana pihak pentadbiran METC berjaya mengeluarkan kami dari kawasan hangar.(minggu-minggu yg lepas kebanyakan aktiviti dilakukan di kelas itu sendiri).


Alhamdulillah,kami bermula seawal jam 7 pagi.Saya dah stand by pukul 7 pagi dah.Sebab dalam jadual roll-call sepatutnya pukul 7.Entah mcm mana,dekat pukul 7.30 baru dapat naik bus,sebab budak-budak lain dan warden sediri datang lewat!

Sampai di sana,kami sarapan dulu.Cari tenaga nak buat kerja-kerja berat!Makan sedap sangat.Walaupun bihun,tetapi disebabkan lapar,mmg terasa sedapnya.Tambahan pula hari ini saya tidak berpuasa seperti hari-hari yg lepas kerana sy bernazar utk puasa jika kakak saya selamat(klik sini).

Briefing diberikan oleh tuan nazir.Muda lagi nazirnya.Mula-mula ingatkan abang mana entah,sbb muda lagi.Kami dibahagikan bahagian-bahagian utk bertugas.5orang ditugaskan utk membersihkan kawasan bilik mesyuarat,bilik imam,perpustakaan dan bilik-bilik masjid.20 org utk tandas dan tempat wuduk.7 org di bahagian solat dan selebihnya di kawasan luar masjid.(bomba pun ada sekali!)
Sy bertugas utk membersihkan bahagian bilik-bilik masjid.Kesemua kami bermula dgn malas sebab makan banyak sangat tadi,macam ular sawa.Masuk perpustakaan,terasa seronok pulak tengok kitab-kitab yg ada.Banyak kitab tafsir dan kitab-kitab mahsyur karangan ulama-ulama tersohor terdapat di dalam sana.Tapi,yang paling mengagumkan ialah ada buku BN dalam kotak.Entahlah,sy tak belek pulak.Tak tahu apa isi kandungannya pun.Biarkan aje.haha


Selesai menyapu,mengelap dan mengemop lantai.Kami ke bilik mesyuarat dan bilik kuliah.Besar dan mewah!Kemudian,bilik imam dan pembatu imam pula.Jujurnya,ini kali pertama sy masuk ke dalam bilik imam dan nampaknya bilik imam mmg tak ubah seperti ofis.Apa kerja imam selain mengimami solat ea?mentadbir masjid?Pastu kitorang simbah lantai marmar tu dgn air dari brother bomba.Memang seronok dapat main air!hehe

Kami selesai menjelang pukul 1 tengahari.Dapatlah kami makan nasi beriani.Sedap dan syukur sebab tak perlu makan makanan METC.hehe. Selesai makan,kami mengunggu solat zuhur.Saya memilih utk duduk iktikaf dalam ruangan solat sahaja.Sebenarnya saya pernah ke masjid itu tahun lepas,pada bulan ramadhan dan bersolat tarawih di sana.Tika itu,ada aircond di dalam ruang solat,tetapi sekarang sudah tiada aircond.Tidak mengapa sebab angin kuat dan keadaan masjid tidak panas utk bersolat.


Selesai solat,kami pulang.Tak ramai pun yg datang bersolat berjemaah.Rasa-rasanya jika diitolak kami(pelatih-pelatih METC),hanya imam,bilal dan ada 3 orang makmum sahaja yg akan bersolat di masjid yg mewah ini.Ramai budak METC masih di bawah merayau-rayau ketika org bersolat.Alasannya seluar kotor.Kotor jika tidak terkena najis,masih sah utk bersolat.Sebenarnya kalau dipakaikan dengan jubah pun,ada juga yg masih degil tidak mahu bersolat.Entah apa yg ditakutkan...(kami mengajak dan menasihat sahaja)...

Sebagai kesimpulannya,program hari ini sememangnya menyeronokkan.Semoga Allah mengurniakan semua peserta program amal ini dgn pahala yg berlipat kali ganda banyaknya.Semoga kami semua ini ikhlas beramal keranaMu Ya Allah.Semoga kami semua ini bertambah cinta kpd rumahMu dan bertambah bersemangat utk beramal terutama sepanjang bulan Ramadhan yg menjelang tiba kelak.InsyaAllah.

Kakak saya

Kakak saya
Lama sy tak menaip.Sebabnya ialah kakak sy.Entry kali ini mungkin agak peribadi kerana mengisahkan tentang keluarga saya iaitu orang-orang yg paling rapat dgn saya dan paling sy sayang.

Sy ada 6 orang adik-beradik.Saya yg bongsu.Minggu lepas,sy dikejutkan dgn panggilan telefon dari abg ipar sy,"Pok Su,pegi packing barang cepat.Abg Izan da dekat Ara ni.Kita pegi hospital,kak Ida koma".Itulah perkataan yg masuk dalam telinga sy yg melenyapkan,menghapuskan mengantuk saya pagi tu.Terkejut!Rasa mcm nak stop aje jantung ni,tiba-tiba aja terima panggilan kata kakak sy dalam I.C.U tengah koma!

Siap-siap,kemudian call admin METC kata ada emergency,tak dapat pegi kelas.Syukur manager faham dan tak banyak soal.Kemuadian,kami terus ke hospital tunku ampuan rahimah,Klang dlm keadaan sy masih blurr dan tak tahu apa sebenarnya terjadi kpd kakak sy yg menrupakan anak ketiga dlm keluarga ini.

Sesampainya di sana,nampak mak dan ayah.Oh..!diorang dah sampai dulu rupanya dari Jengka!Salam dengan mereka.Ayah peluk sy sambil menangis.Aduh..kesian ayah.Kenapa ayah menangis?sy pun menangis jugak(tapi masih cover-cover lah).Mak pun sama sedih.Mata dia pun basah juga.

Tanya dengan mereka kondisi kakak sy tu.Dia koma.Al-kisah,kakak saya sedang pregnant 8 bulan lebih.Awalnya dia disyaki terkena penyakit babi tu,H1N1 itulah.Kemudian,slps diuji bebas dr sakit itu,dia kena lelah dan asma.Doktor buat ujian darah dan kata darah dia ada kuman.Dia mengalami kesukaran bernafas dan selepas diperiksa,terdapat
darah beku dan tersumbat pada paru-paru beliau.

Doktor kata keadaan dirinya teruk!waktu tu dia sudah mula tenat.Doktor bagi suami dia 2 pilihan.2 options!
1st...doktor akan beri ubat utk cairkan darah yg tersumbat.Jika di beri ubat,kakak sy akan sembuh tetapi anak dalam kandungannya akan terancam.Pilihan kedua pula ialah bedah perutnya dan keluarkan bayi,dimana kakak sy itu akan terancam dan bayinya akan selamat.

Menangis abang ipar sy membuat pilihan.Akhirnya dia setuju utk memilih pilihan pertama iaitu memberi ubat dan menyelamatkan isterinya.Mereka sudahpun ada 3 org anak dan bayi yang dikandung itu ialah anak yg keempat.Malang mmg takde bau!selepas doktor beri ubat,kakak sy nazak.Dia koma dan menolak ubat.Mungkin kerana badannya terlalu lemah dan tak dapat menerima ubat itu.Selepas beberapa jam keadaannya kritikal,doktor terpaksa melakukan pembedahan.

Pembedahan utk mengeluarkan si bayi keran kata doktor,kakak sy mungkin sudah tidak punyai peluang utk hidup.Oleh itu,paling kurang pun mereka boleh selamatkan satu nyawa iaitu nyawa bayi yg dikandung.Selepas maghrib,kakak sy dibedah.Kami sekeluarga menanti dgn debar,doa,harapan dan tawakkal.Ayah sudah memesan kpd org-org kampung utk melakukan solat hajat di Jengka.Mak pulak tak berlenggang dgn kalam suci yg sedari tadi dibacanya.Sahabat-sahabat,sanak-saudara,kami semua tak jemu berdoa agar Allah selamatkan kedua-dua mereka.

Alhamdulillah,Allah yg memberi mudharat dan Allah jualah yg akan memberi manfaat kpd hambaNya.Selesai pembedahan,doktor itu pun terkejut kerana kedua-dua mereka,ibu dan anak selamat menjalani pembedahan.Mereka mengganggap ini sebagai 'miracle'.Doktor berbangsa india itu terkejut kerana menurut perkiraan ilmu perubatan moden,hanya salah seorang akan selamat iaitu si bayi perempuan yg dinamakan Nur Sayida Qistina.

Hebatnya kuasa Allah.Melepasi jangkaun pengetahuan manusia.Benarlah,jika setiap dedaun di muka bumi dijadikan kertas serta setiap titisan air di laut dijadikan dakwat,mustahil termampu utk kita menulis dan menyenaraikan nikmat Allah yg diberi kpd kita.

Hikmahnya kakak sy diuji itu adalah kerana dalam keluarga sy,dialah yg paling kuat!Dia seorang yg sgt-sgt tabah bagi saya.Allah takkan uji seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya.Allah tak beri ujian itu kpd saya,kpd adik-beradik yg lain kerana kami tak setabah beliau.

Hebatnya kuasa Allah.

Kadang-kadang,kita tak tahu yg sesuatu benda itu bernilai dan berharga kpd kita sehinggalah barang itu hilang,barulah kita tahu betapa kita sayangkan barang itu.
Alhamdulillah sy sedar,saya sedar bahawa betapa saya terhutang budi kpd kakak-kakak,abang-abang dan keluarga saya.

Bersyukur kerana Allah memberi jutaan nikmat dan rahmat kpd saya melalui keluarga yg amat sy cintai ini.Dengan kelahirannya anak sedara saya itu,koleksi anak sedara saya meningkat kpd 15 oarang.Murah rezeki Pak Su ni..hehehe

Seronok ibubapa saya dapat cucu lagi!dan pada 12 Ogos ni,mereka(ibubapa saya) akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah dan ziarah.Semoga selamat pergi dan selamat pulang wahai bonda,wahai ayahanda~

Akhir sekali,kejadian sepanjang minggu ini mmg benar-benar memberi ribuan pengajaran dan ikhtibar kpd kami sekeluarga.Melalaluinya,kami bersatu.Melaluinya,kami lebih menyanyangi,lebih memahami dan lebih akrab.Dan melalui kakak sy jugalah,sy semakin sedar akan hakikat kehambaan~Terima kasih kpd semua yg mendoakan keselamatan kakak sy~