PKR dan PiKR-bukan berpolitik!

Artikel ini bukan artikel politik,jauh sekali ajaran sesat!P.K.R yg saya maksudkan ialah Perhatikan-Keadilan-Rabb(bukan parti keadilan rakyat).Ramai org termasuk saya tak PKR(maksud saya:tak perhatikan keadilan Rabb).Sedangkan ia tuntutan.

Suka Membanding
Saya perhatikan,ramai antara kita yg suka membanding-bandingkan diri kita dgn org lain.Saya tak kata perbuatan membanding tu buruk.Ia mmg baik tapi jika disertakan dgn niat yg baik jugak lah.Contoh suka membanding ni ialah mcm kalau kita ada sesuatu yg lebih baik,maka kita akn kata,’Fuh..untungnya aku..’.tapi kalau dia lebih baik drpd kita pulak,kita kata ‘Hmm..untunglah dia’..

Contoh satu: org kaya yg lahir drpd keluarga kaya.Kita kata,"Hmm..untunglah dia mak bapak dia kaya.Tak payah blaja tinggi-tinggi pun bapak dia boleh bagi dia kerja".Bila mana kita ckp mcmtu,kita akan rasa down(bukan down-sindrom).Rasa jeles,malu dan rendah diri.Lagi teruk,kita fikir Allah itu tak adil sbb dia dpt mcm-mcm,sdgkan kita tak dpt!Betul tak?

Contoh dua: Kita study 16 jam sehari-tidur pun cuma 4 jam sbb dah dekat nak exam.Mmg stuggle giler-giler study(nasib baik tak putus wayar),tapi bila result keluar,dpt ciput je..pointer kita lg rendah drpd member-member kita yg tak study.Saat tu kita akan kata,"Tak aci!!dia yg main-main pun result baik!".Kita akn bersangka buruk;’Ni mesti guna toyol suruh tengok jawapan’ atau yg paling teruk,Kita sangka Allah tak adil!

Contoh tiga: Anda nak parking kereta kat 1 program masjid(sila cuba sikit-sikit join.best..),tapi parking takde.Ada sebuah kereta yg sama dgn anda mencari-cari parking kosong.Lalu,tbe2 ada kereta nak keluar.Anda tggu je kereta tu keluar dan anda pun masuk parking,padahal kereta lg 1 dtg lebih awal drpd anda.Bila dah dpt parking,anda kata..”oh!Nasib aku baik~”

3 contoh sudah cukup la kot.Benda ni biasa berlaku kpd kita.Kita seringkali kata Allah tak adil,sedangkan Allah itu Maha Adil.Benda ni terjadi sbb kita tak ber PKR! Kita refuse utk memerhati dgn lebih mendalam,sesuatu yg dipanggil hikmah.

Hasad Dengki
Kita tengok contoh no 1 tadi.Kita dengki kpd org yg kaya dan lahir dlm keluarga berada dan berpengaruh. Sedangkan dlm islam,hasad dengki itu 1 dosa dan amat dilarang kecuali kpd 2 golongan shj: iaitu org yg 24jam berkepit dgn al-Quran dan org yg banyak harta dan gunakan hartanya di jalan Allah.Ini dinamakan dgn istilah ‘ghibtah’.Info tambahan:Hasad dengki tu sesuatu perasaan yg kita mahu supaya kebaikan yg ada pd seseorang tu ditarik drpd dia,dan menjadi milik kita.So,dlm sehari berapa banyak kita dengki?astaghfirullah…

Makin banyak,makin susah
Kita berasa seolah-olah org kaya tu sgttt untung kerana memilik mcm-mcm kebaikan!Disebabkan kita tak PKR(lg sekali sy ulang),kita rasa sakit hati,rasa lemah,rasa hina dan malu.Tapi kalau kita PKR,maka kita akan sedar bahawa kekayaan yg diwarisinya itu bukanlah satu kemuliaan.Kemuliaan adalah ketaqwaan.Kita cemburu dgn harta yg banyak,tapi kita lupa bahawa semakin banyak harta,semakin sukar hisab.Bukankah salah satu soalan yg bakal Allah tanya ialah berkaitan dgn harta?Dari mana kita dapat?Bagaimana pula kita belanjakannya?saya pernah tulis.Cuba check balik kat sini.

Nikmat atau musibah?
Saya tak nafikan bahawa harta tu penting.Ya!Umat islam perlu jd kaya!Tapi ada satu perkara yg ramai org salah faham tentang kaya dan ia sgt-sgt-sgt bahaya!Sesuatu yg dipanggil istidraj.Istidraj itu adalah pemberian Allah yg menjadi asbab kita semakin jauh drpdNya! contoh:Seseorang usahawan berkata,’Apa beza aku solat atau tak?Sbb aku tak solat la aku kaya taw.Sbb kalo aku solat,sapa nak jaga kedai?” atau mungkin seorang top-student berkata dgn sombongnya; ”Mengarut lah solat hajat,doa,dan baca yasin tu semua!Aku tak percaya lah.Aku Cuma percaya aku berjaya sbb aku baca buku,takde kena mengena dgn Allah pun..”.Nak contoh lg?lu pikir la sendiri…hehe..

Antara Harta dan Hisab
Selain itu,banyak harta juga kadangkala penyebab kpd kesusahan,kerana harta memerlukan penjaga sebaliknya org yg banyak ilmu,dia senang sbb ilmu itu penjaga.Kesimpulannya,banyak harta banyak hisab.Kurang harta,kurang hisab.Tapi ini tak bermakna islam larang kita drpd hidup senang.Islam cuma anjurkan kita zuhud ,bersederhana dan jgn takabbur.Kalau banyak harta,baguslah! Belanjakanlah harta utk mencari redha Allah.
Ibadah yg paling besar ialah syukur.
Pikirkan Keadilan Rabb(PiKR)
Contoh kedua tadi ialah berkaitan exam.Org yg study-fail.Org main-main-result cemerlang.ok!Jom Pikirkan Keadilan Rabb(PiKR). Allah Maha Adil.Jika kita PiKR,kita akn dapati setiap yg berlaku kpd kita ada hikmahnya.Allah sebutkan di dlm Quran pd banyak tempat, bahawa Allah akan uji kita hingga jelas siapa org yg beriman,dan siapa org yg buat-buat-beriman.Org beriman,sifatnya sabar dan redha dgn ketentuan Allah.Org beriman juga berbaik sangka dgn Allah.Sedangkan org yg pura-pura iman,sifatnya opposite.Tak sabar,tak redha dan sentiasa buruk sangka terhadap Allah.Apa tujuan Allah memeberi kita kegagalan?Ini adalah kerana Allah mahu mentarbiah(membimbing) kita kpd sebuah kejayaan yg lbh besar.

Maksud saya ialah org yg gagal jika dia menerima hakikat dan bersabar,InsyaAllah dia akan menjadi org yg berjiwa besar.Tarbiyyah ini telah lama Allah berikan kpd Rasulallah.Allah mendidik diri Baginda utk berjiwa besar.Peristiwa yg berlaku kpd Abi Talib(bapa saudara Nabi).Baginda sedih kerana gagal menyelamatkan bapa saudara yg dicintainya drpd api neraka.Tapi Baginda tak give up!Kegagalan yg sama juga berlaku semasa usaha dakwah Baginda di Taif.Dakwah Baginda ditolak,bahkan Baginda diejek dan dibaling dgn batu!Tapi Baginda positif dan tak cepat melatah.Rasul pun pernah gagal..inikan pula kita?

Pelajaran Daripada Kegagalan
Kegagalan adalah pelajaran.Org yg belajar ialah org yg mengambil ikhtibar.Dan org yg mengambil ikhtibar ialah org yg guna otak.Faham tak ni?maksud saya:Kalau kita gagal exam dunia,kita sebenarnya lulus 2 benda sedangkan kwn kita yg lulus tanpa usaha tu,cuma lulus 1.Kita lulus ujian kesabaran dan ujian DUT(doa,usaha,tawakkal).Sedangkan kwn tu cuma lulus ujian duniawi aja.Tak faham lagi?Cmni…boleh jadi org yg lulus exam tanpa usaha tu Allah nak istidraj dia!Bila dia dah rasa diri dia hebat,maka dia rasa dia tak memerlukan Allah lg!Moga kita tak jadi mcm tu!

Kita yg selalu gagal,insyaAllah..memerlukan Allah lebih drpd dia.Dan inilah tips kejayaan di padang Mahsyar nanti.SPM kali kedua.Sijil-Padang-Mahsyar!So,lepas ni saya harap kita semua sedar dan faham bahwa Allah itu adil.Mungkin berkat kesabaran atas kekurangan diri,Allah ampunkan dosa silam kita dan beri pahala kpd kita.Atau mungkin Allah gantikan dgn sesuatu pemberian yg lebih baik..siapa tahu?

Nasib Baik
Contoh ke3 pulak,pasal so called nasib-baik. Mungkin kalau lebih senang nak faham,nasib baik tu lebih kurang sama dgn org dapat durian runtuh.Dpt kebaikan secara tiba-tiba,tanpa usaha atau dgn usaha yg sikit.(Ni pendapat saya aje la,nanti tanya cikgu BM la) Bila ada nasib “baik”,mestilah ada nasib ‘jahat’.kan?Atau kita paggil nasib-kurang-baik(kurang baik tu jahat la kan?).Kita semua dah tahu bahawa setiap yg berlaku itu telah pun ditentukan oleh Allah Taala.Diceritakan dlm hadis:Allah telah mencipta takdir,50ribu tahun sblm Allah ciptakan langit,bumi dan manusia!-(riwayat muslim).

Seseorang yg bernasib baik,ingatlah bahawa nanti Allah akan tanya dgn soalan tentang bagaimana cara kita menerima ‘nasib baik’ tu.Adakah kita syukur dan gunakan pemberian tu dgn cara yg sepatutnya?Bagi yg bernasib malang mcm kereta yg dah dtg awal tapi tak dpt gak parking,di sini Allah mahu uji tahap keredhaan kita.Adakah kita akan membebel,memaki atau menghamburkan kata-kata busuk kpd org yg dpt kebaikan tu?Kalau kita sabar,kan lebih baik?Mungkin apa yg kita panggil nasib kurang baik tu sbnrnya kafarah ats dosa-dosa kita.Bagus apa mcmtu!Sbb nanti masa bertemu Allah,dosa kita sikit.InsyaAllah.
“Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tak baik bagi kamu”-al Baqarah:216
“Setiap bencana yg menimpa dirimu dibumi,semuanya telah tertulis dlm kitab(Lauh Mahfuz) sblm Kami mewujudkannya.Sungguh,yg demikian itu mudah bg Allah agar kamu tak bersedih hati ats apa yg luput dari kamu dan tak terlalu gembira atas apa yg diberikanNya kpdmu”-al Hadid: 22 & 23.

Kesimpulan
Sebagai org berakal,kita kena banya PKR dan PiKR.Perhati dan pikir.Jika perhati tanpa fikir maka ia jd sia-sia.Jika fikir tanpa pemerhatian,maka kita takkan jumpa jawapan yg kita cari.Yakinlah,Allah Maha Adil.Jika Rasulallah yg sebaik-baik makhluk itupun Allah beri kegagalan,kemiskinan dan dugaan,maka adakah kita fikir bahawa kita takkan diuji?Syukurlah bila diuji kerana itu tanda Allah mahu kita mendekatiNya dan lebih mencintaiNya.


p/s-sy nak ucapkan tahniah kpd anda yg berjaya baca artikel ni smpai habis sbb sy akui,artikel ni panjang.Apapun,moga dapat manfaat yg besar.
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

hari ni mmg khusyuk baca smpai habes entri yg pjg ni..sgguh..xtipu ni..cehh..

kak tertarik dgn contoh ke3 tu..sbb ms kak blaja kat mesir,kak slalu dgr org kata "blaja kt mesir ni ikut nasib..kalo ada rezeki lulus,adalah, xde rezeki, xdelah"

so, dr sentence tu effect dia, mind set student pun jd cmni "ah, rilek2 arr..nti klu aku study smpai tcabut otak, tup2 thn ni mmg xde rezki nk lulus..huhh..letih beb..baik 'study smart' aje jgn study hard.

itula kadang2 kita ni selalu lupa sbnrnya itu semua dlm percaturan dan hikmah Allah..slalu buat statement yg xbrapa nk betul..

Balas
avatar

huuu sungguh analitikal

kena pikirkan PAS juga (Pasti Allah Sayang) waimma dalam senang atau susah

Balas
avatar

Salam...

Keadilan Allah adalah mutlak, jika kita merasa bahwa Allah tidak adil, maka sebenarnya kita belum mampu melihat tujuan Allah yang sesungguhnya di balik takdirnya. Pada akhirnya semua kehendak Allah adalah menuju kepada kebaikan dan kemuliaan.

Balas
avatar

saya ada baca buku to cut a long story short by jeffry archer.dlm sub title the grass always greener,ada aplly contoh 1st.but diakhir stry,org kaya cemburu dgn org miskin.hidup dalam bulatan je kita semua ni. :P

Balas
avatar

hum.. actually pape pun bergantung pada diri kn... kewajipan kita ngan Allah tu terpenting..

saya ade gak close fren yg giler pandai! walhal asyik tidur je.. malam nak exam pun tido awal.. org yg tak rapat nagn die mesti cakp die genius, n ade yg pelik.. ape specially walhal kami sume bkn jenis tinggal2 sembahyang.

but sebenarnye, pade view saye la, bile die solat, saya perhati, die sangatlah khusyuk..lepas solat tadenye terus2 pergi, mesti berdoa dgn khusuk.. prasan gak, lepas solat, die bnyk sgt bace al fatihah~ :)

wah! panjang lak ngomen, overall., allah tu adil, n as muslimin, ape yg penting is keberkatan Allah kn?..

Balas
avatar

nice entri

setiap manusia perlu berusaha menjadi yg terbaik di sisi Allah
:)

Balas
avatar

suke entri neh!
sebab memang kene kat muke sendri!
slalu fikir yg diri tak seuntung org lain!
like!!

Balas
avatar

pengomen ke8? huk3x!!

sikap hasad dengki tu memang sntiasa ade dalam atie kebanyakan orang termasuklah cik yang tengah tulis komen nih. memang buruk prangai tapi betol2 insaf bace entry nih

ciizz!! daripada nak publish petang, bertukar jadi pagi. silap tengok jam la tu heheee

Balas
avatar

cemomoi, PAS? boleh tahan~ huhu

hasad dengki 2 bahye.. ape pun kne ade syukur kn dalam bnding2 tu~

Balas
avatar

(1)-kak Deena
Wahhhh..dah lame tak nampak kelibat akak di sini!sedih~hehehe.student mmg mcm tu~hehe


(2)-cemomoi
Analitikal tu apa?hehe..Setuju juga dgn PAS!insyaAllah Allah sayang orang yg undi PAS..ops...maksud saya,org yg memperjuangakan islam yg betul!hehe..saya bukan berpolitik~


(3)-Abd Razak
Sgt setuju.Percaturan Allah semuanya utk kebaikan makhluk~


(4)-HanaJimi
Yeahhh..kita hidup dlm bulatan,dan itu bukti Allah Maha Adil~kan?


(5)-fisha
er...close fren kamu gila pandai?gila ke pandai?ke sgt pandai?hehehe..gurau jek..
Solat itu mikraj kpd nusrah Allah.Solat sempurna,hidup pun akan sempurna.insyaAllah..
dan yg paling penting tu mmg keberkatan,betul mcm kamu kata~hehe


(6)-anisa
Yaeahh!menjadi yg tebaek!


(7)-reen
Alaaa...bukan muka kamu je reen,saya pun sama jugak~


(8)-nisya
okey apa yg ke-8?at lest 1 angka lg.hehehehe...mmg tak ramai pun baca blog saya~ops..sy bukan silap tengok jam,tapi jam silap tengok saya.hahaha


(9)-maCy
Org PKR ialah org PAS.atau ayat panjang-'org yg pikirkan keadilan Rabb ialah org Pasti Allah Sayang~nice!!!

Balas
avatar

alhamdulillah. artikel yg mmg pnjg. tp thanx atas peringatan dan teguran. mantap! moga Allah redha. :)

Balas
avatar

>>___<<


manusia ske mengeluh
wa jugerk ...
kata dia begini
kata dia begitu
bersyukur n redha tak ...

percaya, setiap manusia
ada bahagiannya masing2. :)

cool. hhhaha

Balas
avatar

kte manusia ni mana perna rs bersyukur..kan2..?bila nikmat yg kita dpt msti rs xckup...ble skali musibah tuhan nk duga...mcm2 kite mengeluh...manusia2

Balas
avatar

(10)-Fareha Azhar
Tu yg saya risau...artikel tulisan saya panjang!rasanya kalau dpt cakap mulut lagi best....bru tak boring kan?btw,thanks sudi dtg lg..hehehe


(11)-Frodo
Ko mmg terbaik la bro!apa yg ko tambah tu mmg best!hehe


(12)-CikguAfiq
Biasalah...manusia...huhu..banyak silap~

Balas
avatar

salam..thanks..bnyk membntu dri saya..

sgt suka pos nie..

Balas
avatar

xpa aku setia menunggu KO punye entry,,kekeke,,,bukan tunggu ko k,,hee


sambel2 tu baca2 jap,,,,

agak terasa kat SIKIT kat no2,,,

rsult aritu terok gak,,,tapi sebab aku x study hard,,SMART??

haram,,,,huuu

aku suka baca entry ko nie...

Balas
avatar

amboi,, gurau pulak die.. gile marah saye! (gile&marah!) lol!:P
hahaha~ berseloroh juge~

Balas
avatar

i love this statement.

"kita kena banya PKR dan PiKR.Perhati dan pikir.Jika perhati tanpa fikir maka ia jd sia-sia.Jika fikir tanpa pemerhatian,maka kita takkan jumpa jawapan yg kita cari"

:)

nice en3..

Balas
avatar

(13)-Suraya
Terima kasih cik suraya sbb sudi singgah sini.InsyaAllah saya akan juga selalu ke blog saudari~hehe...ziarah menziarahi.moga bermanfaat~


(14)-Lokman
Moga ada manfaat lah bro lok..aku respek ko..wlpun rock,mcm aku,hahaha...tapi still follow blog murahan aku ni..huhu


(15)-Fisha
Wahahaha...seloroh juga perlu..hehehe


(16)-Lin
Fikir dan lihat...2 nikmat yg besar~hehe..moga ada manfaat..Terima kasih kerana sudi dtg sini!dan baca sampai habis..hehehe

Balas
avatar

bgus2...ske pndpt anda...pnuh gan cth2 yg mnarik...:)

Balas
avatar

bagus info ni ba.aku ingatkan ko dh stat nak berpolitik td heheh

Balas
avatar

stuju syeikh,
tukarkan fikir dunia kepada fikir akhirat...

Balas
avatar

Tertipu, ingat nak citer pasal PKR dan isu lompat parti.

Btw, raser cam makan cili pulak. Sebelum nih susah nak bersyukur dengan apa yang ada. Asik nak fight dan keje keras untuk dapatkan sesuatu.. Sebab selalu motivate diri, "orang len boleh dapat, naper aku tak boleh"..

Kadang kala motivasi sebegini bagus. Tapi kadang kala, ia buat kite luper bahawa, walau apappun yang kita usahakan, Allah juga yang akan tentukan. Maka, dalam konsep rajin berusaha, perlu ada rasa sabar, bersyukur dan redha dengan ketentuan yang Esa. =D

Balas
avatar

(17)-Afiq Azlan
Terima kasih Afiq..ada masa dtg la ziarah saya lg~hehe


(18)-Ayap
Mak aku tak kasi berpolitik lg...wahahaha


(19)-Ziarah76
Biasala tuan...manusia perlu kpd peringatan..asyik pikir dunia,padahal idup kat dunia kejap aje


(20)-afra
Hehehehee..saya bukan org yg layak utk bercerita pasal tu~tak reti.hehe..saya sgt bersetuju dgn pendapat afra!sgt baik dan tepat!

Balas
avatar

best2 hehehe..rina tak tahu nape tp klo iqbal tulis, sbijik2 la rina bce.

pasni bleh buat buku :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443