Dengki dengan rama-rama

Kenapa aku rasa dengki dgn rama-rama?
Rama-rama cantik.Boleh terbang.Bebas.Tak terkongkong.Berdikari dan yang paling penting,rama-rama tak ada tanggungjawab dan tak akan dihisab di akhirat nanti.
Aku cemburu!Aku inginkan kecantikan itu.Aku mahukan kebebasan itu!Aku impikan ketenangan itu!Aku angankan kelepasan drpd bebanan dan tanggungjwab!Tapi ternyata aku manusia.Ya!aku manusia!

Manusia umpama ulat beluncas
Ramai yg geli dgn ulat sebab ulat hodoh.Ramai yg bencikan ulat(klik),kerana ulat ialah haiwan perosak.Merosakkan tanam-tanaman.Ramai yg jijik dgn ulat,kerana boleh memberi mudarat seperti gatal dan penyakit.

Tapi ternyata,tak banyak bezanya antara manusia dan ulat.Manusia mahukan kecantikan.Justeru,tak sedikit yg sanggup mengorbankan harta dan masa utk mencantikkan diri.Tapi tetap hodoh dan digeli oleh org lain kerana fizikal saja cantik,tapi perangai hodoh.Manusia juga perosak.Perosak alam sekitar.Perosak hidupan lain dan paling teruk,perosak kpd bangsa dan agamanya sendiri(klik).Manusia juga memberikan mudarat.Bukan sahaja kpd diri sendiri,malah memudaratkan orang lain.Manusia tak terlepas drpd melakukan kesilapan yg bukan sahaja melibatkan diri sendiri,tapi juga kpd org lain.Sesiapa pun takkan terlepas drpd kejahatan manusia.

Manusia umpama kepompong
Setelah 2 minggu berada dalam kepompong,rama-rama akan keluar drpd kepompong.Rama-rama yg dahulunya ulat kini menjadi satu bentuk hidupan yg berbeza!Kepompong itu umpama penjara.Di dalamnya,ulat itu mengalami perubahan.Ia harus berada di dalamnya secara terus selama 2 minggu berturut-turut,tanpa keluar dari dalamnya sebelum ia sempurna menjadi rama-rama.Seperti manusia yg mahu menjadi lebih baik,dia harus berada dlm 'kepompong'.Di dalamnya,dia akan diperangi mukmin yg dengki dgnnya,org kafir yg benci padanya,org munafik yg ingin menyesatkannya,syaitan yg mahu menggodanya dan dgn nafsu(klik) yg mahu memusnahkan dirinya!

Di dlm kepompong,mereka perlu mujahadah dan istiqamah!(klik).Sesekali tidak boleh keluar drpd 'kepompong' kerana ia akan menjadi cacat.Di dlm sana,tiada makanan dan minuman.Di sana juga,ia terpisah dgn persekitaran sekelilingnya.Manusia yg berada dlm kepompong juga sama.Kehendak dan keperluannya perlu dibatasi.Persekitaran sekelilingnya juga harus dikawal.Dia perlu berjaga-jaga dgn kawan-kawannya dan masyarakat sekeliling kerana itu semua mungkin bisa merosakkan 'kepompongnya'

Manusia umpama rama-rama
Setelah menjadi rama-rama,semua org menyukainya.Mereka telah lupa,bahawa hakikatnya dahulu rama-rama ialah ulat yg jijik.Dahulu ia mengensot,kini ia terbang.Pantas dan bebas.Dahulu ia hodoh,kini ia sgt cantik.Berbagai warna dan corak.Dahulu ia dibenci,sekarang ia dicintai dan dahulu ia perosak,kini ia membantu proses pembungaan pula!
Tapi,ternyata tak banyak 'rama-rama' dalam golongan manusia.Ramai yg suka menjadi ulat yg hina,dan ramai yg tak tahan dgn ujian di dalam kepompong.Mereka gagal menjadi rama-rama dan kekal sebagai ulat.

Oh Tuhanku,aku mahu menjadi rama-rama.Tapi ternyata aku tak gagah menahan godaan dan ujianMu.Bantulah aku.Kerana ku tahu,aku perlukanMu.

Tambahan-->mahu memperbaharui azam yg sedia ada(klik) dgn menjadi 'rama-rama'.
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

salam,
wah, analogi y sgt bagus!
tahniah!..:)

Balas
avatar

memang tersirat di sebalik yang tersurat dalam entri ini.. mahu juga jadi rama-rama.. tak mahu jadi ulat yang suka membinasakan tanaman..

Balas
avatar

Hmmmm, tinggi perumpamaannya.

Setiap kejadian yang Allah jadikan di muka bumi, ada manfaat untuk direnungi.

Makaseh atas ingatan ini.

Balas
avatar

salam..saya nak jadi si rama-rama..
tapi nampaknya saya sedar..saya belum berjaya ke tahap kepompong..

semoga anda berjaya! ;)

Balas
avatar

salam..
malam ni tiba2 bilik saya dimasuki rama-rama putih..then, bila buka blog ni, ada p0sting tentang rama-rama pula..satu kebetulan.. ^_^

Balas
avatar

xnak la jadi rama2
masa cantik tu ialah masa penghujung hayat

Balas
avatar

Salam...

Kehidupan kita punya tahap tertentu terpulang kepada kita utk mewarnainya

Balas
avatar

itulah kehidupan kita
perumpamaannya memang sepadan sekali...

Balas
avatar

TERIMA KASIH SEMUA YANG BERKUNJUNG KESINI.MOGA ALLAH BANTU UBAHKAN HIDUP KITA MENJADI LEBIH BAIK.
=)

Balas
avatar

menarik analogi yang ni. Kak suka :)

Balas
avatar

Wanita itu dan fathiyyah-->
terima kasih.moga bermanfaat~

Balas
avatar

salam iqbal ^_^

Itulah kehidupan sementara kita...

Balas
avatar

dah lama x baca posting yg mcm ni. trimas

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443