Takwin way'ul islami?

Tahukah kita apa itu takwin way'ul  islami?

Ia adalah kesedaran untuk beragama, iaitu rasa sedar yang pupuk, untuk menegakkan islam dalam diri. Kita boleh lihat, ramainya manusia yang mengaku, "Aku islam" dan ada juga yang berkata, "Aku lebih islam daripada kamu" tapi segala macam kata-kata itu, tidak membawa makna apa-apa jika tidak didasari dengan sebuah kesedaran, "Ya. Aku ialah orang islam".

Terkadang, kita terlalu laju dalam meluncurkan kata-kata hingga kita lupa kepada sebuah hakikat: takwin way'ul  islami belum lagi membujuk segar dalam sanubari seseorang.

Maka, di sana saya memandang ia adalah tugas saya, tugas kalian dan tugas bersama. Kiranya, banyak kita bercakap soal halal dan haram. Kita banyak berdebat dalam soal-soal cabang. Pernah ustaz Zaharuddin menuliskan kebimbangannya iaitu kebimbangan atas pecah-belahnya masyarakat islam yang mahu pada agama.

"Ana jemaah itu..."

"Saya jemaah ini..."

"Kami jemaah begini..."

Kebimbangan yang sama pernah terluah oleh murabbi saya dalam sebuah kata-kata yang sangat menusuk hati.

"Kita tidak duduk dalam halaqah ini untuk menambahkan ilmu-ilmu dalam kepala, bukan juga untuk menambah koleksi-koleksi nota tarbiyyah kita, tapi kita ada perkara yang sangat besar dihadapan kita iaitu mengamalkan apa-apa yang kita ketahui"

Beliau tidak berhenti hanya disitu.

"Kerana terlalu banyak ilmu yang terperangkap dalam kepala, yang tidak dikeluarkan sebagai hasil oleh tindakan, ramai yang terperangkap dengan perbalahan-perbalahan dan perdebatan-perdebatan yang pada akhirnya, tidak satu pun kebaikan yang dihasilkan"

Saya menelan air liur. Dirasakan, ia sangat hampir dengan saya, dengan tulisan-tulisan saya.

Islam tidak hanya pada teori.

Di saat wujudnya muammalat islam, mengapa masih ramai yang memilih untuk bergelumang dengan riba?

Di saat wujudnya masjis-masjid yang tidak pernah diletakkan harga untuk dimasuki, mengapa masih ramai yang sanggup habiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk hiburan yang hanya satu jam?

Di kala wujudnya buku-buku agama yang harganya cuma kurang sepuluh ringgit, mengapa masih ramai yang memilih untuk berhabisan ratusan dollar untuk majalah-majalah yang tidak membawa manfaat?

Jawapannya hanya satu, takwin way'ul  islami belum lagi terpupuk.

Jadi, tanyalah diri, mengapa aku susah nak sedar bahawa aku ini islam? Bukankah aku perlu mula membuat perubahan!

Jika jawapan yang dicari itu tidak kita temui, silakan membaca artikel-artikel ini. Moga-moga kita mampu beroleh takwin way'ul  islami.

Matang segera.

Saya Benci Jiwa Saya.

Saya Nak Berubah, Tapi Saya Tak Tahu Bagaimana.

Allah Sayang Aku.

Allah Sangat Baik.

 
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

kami pernah ditanya seorang guru. kamu seorang islam kah? kami menjawab.YA saya islam.
guru berkata semula"begitu bongkaknya kamu mengaku kamu islam".

apa jawapan sebenar soalan ini?

Balas
avatar

thank bayyinat this sharing. very2 bermanfaat untuk direnungi dan diamalkan

Balas
avatar

ada kupasan yg menarik dari ust zaharuddin ttg jemaah.

Balas
avatar

takwin way'ul islam? ape maksud dr segi bahasenye ye? kurg jelas.
&, syukran ats article.

Balas
avatar

terima kasih akhi atas coretan ini.
meruntunkan hati ini.
moga Allah kasih.

~http://lautanrabbani.blogspot.com

Balas
avatar

tepat sekali~
ya ALLAH,msih byk kelompangan diri
namun jgn pernah bhnti busaha utk berubah

thumbs up!

Balas
avatar

assalamualaikum...ya btl tu...org yang bnar2 brtaqwa...apabila di sebut nama Allah bergetar jiwanya.

Balas
avatar

Every Muslim claims to love Allah and His Prophet Muhammad (peace b upon him), but how many actually do? Love is shown through obedience, Love is not just practiced in the heart, but also through our actions.

"Say (O Muhammad): 'if you (truly) love Allah, follow me! Allah will then love you and forgive your sins.' And Allah is All Forgiving, All Merciful." (3:31)

The Taabi'ee, az-Zuhree commented, "Clinging to the sunnah is to be saved" as Imaam Maalik (rahimahillah) said, 'like the Ark of Noah', he who embarked upon it was saved, and he who did not was destroyed." [Ad-Daarimee]

ps/: for everyone sisters n brothers in faith that going hardship in life.... :) only Allah knows.. :) :) :) <3 <3

http://www.youtube.com/watch?v=UfJNLdOWcIQ

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443