Memaparkan catatan dengan label tamsilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tamsilan. Papar semua catatan

Kisah Binatang Dan Kebesaran Allah Taala

Kisah Binatang Dan Kebesaran Allah Taala
Ulat.
Diriwayatkan dalam satu kisah yg diceritakan oleh ulama' tentg ulat yg berkomunikasi dgn Nabi Daud A.S.Suatu hari sdg Nabi Daud membaca kitab zabur,beliau terpndg akan seekor ulat yg kecil sdg merayap.Lalu terdetik dalam hatinya.."mengapa Allah ciptakan ulat yg kecil ini?"..lalu atas izin Allah ulat ini mampu berkata2."Wahai Nabi Allah,sesungguhnya Allah menciptakanku ini utk ku berzikir kpdnya dgn ucapan Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar dan lailahaillallah sebanyak 1000kali semasa siang.dan pada sblah malamnya aku akan berselawat kpd Nabi SAW sbnyak 1000kali juga.Itulah aktivitiku setiap hari".Lalu terkedu Nabi Daud dan beliau diriwayatkan tidak pernah lg memandg rendah akan binatang.

Ikan.
bayangkan..seringkita memandang rendah tentg binatang yg dikenali sbgai ikan ini.Ikan bijak kerana binatang2 di laut seperti ikan salmon,penyu dll binatang di laut ini mampu utk berenang dari satu selat ke satu selat yg lain tanpa tersesat.Sdgkan kita bila bermusafir,pasti menghadapi kesukaran.Bimbg akan tersesat,kita dibantu oleh signboard.Namun masih boleh jgk tersesat.Binatang di laut juga mempunyai 'rumah' yg lebih besar dr manusia.Lalu mana mungkin kita boleh menandingi keluasan tempat tinggal ikan-ikan ini dgn tmpat tggal kita di atas darat?Binatang2 laut juga lebih dimuliakan Allah kerana dihalalkan kita memakan bangkai mereka sdgkan binatang2 seperti lembu perlu disembelih terlebih dhulu.Mayat manusia pun jika terbiar adalah amat busuk namun bg ikan,halal dimakan bangkai2 mereka.Hebat gak ikan ni!

Labah-labah.
Diceritakan semasa dalam peristiwa penghijrahan Nabi SAW bersama2 dgn Saidina Abu Bakar As-siddiq.Mereka berlindung di dalam gua Tsur,ketika mereka diburu oleh org2 mushrikin.Lalu ketika puak kuffar tiba di pnitu gua,labah2 pun berbuat sarang-sarang menutupi muka gua.Lalu mereka beranggapan mustahil ada manusia di dalamnya kerana sarang2 labah2 yg banyak di muka gua itu.Dulu masa kecik-kecik pernah dengar larangan org tua-tua drpd bunuh labah-labah,betul ke?heee

Burung pipit.

dalam peristiwa Nabi Ibrahim A.S dihumbankan dalam api yg marak oleh raja Namrud.Ats rasa cinta burung2 ini kpd Allah,lalu dia pun mengambil air diletakkan dlm paruhnya yg sgtt kecil itu utk memadamkan api yg marak itu.Walaupun sudah diketahuii bhawa hanya sikit air yg boleh dibawa dlm paruhnya itu dan dia pun tahu dia takkan mampu memadamkan api itu,tapi burung pipit ini masih mahu BERUSAHA membantu org yg menegakkan agama Allah.

Anjing.
Dalam peristiwa as-habul kahfi,ketika mana pemuda2 itu lari dr pemerintah yg zalim.Anjing ini melihat mereka dan anjing ini kenal org2 yg beriman.Anjing pun taw org itu beriman.sdgkan kita masih tidak mengenali org2 beriman walaupun berada disangping mereka.Lalu anjing ini pun mengambil keputusan mengikuti pemuda2 tersebut utk bersama pemuda2 yg mempertahankan akidah mereka.


Sebenarnya ade banyak lg kisah binatang2 ni yg perlu kita ambik contoh sbgai peringatan dan teladan.
Syukurlah,kerana kita dijadikan sbgai manusia iaitu sebaik2 baik makhluk.Bersyukurlah juga kerana kita dilahirkan sbgai umat Nabi SAW dan adalah sebaik2 umat manusia..
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar" an-nahl ayat 66.

artikel ini pernah disiarkan pada 21/3/2009 pd jam 12.23 AM

Graf Iman saya

Saya ada satu penyakit,dan saya rasa ramai org ada penyakit ni.Penyakit ni sgt merbahaya tapi ramai org yg tiada kesedaran akan kesan penyakit ini.Penyakit ini akan menyerang setiap org.Kesannya boleh dilihat dgn jelas pada perubahan perilaku,tingkahlaku dan sifat pesakit..Tapi kesan yg paling buruk hanyalah akan berlaku selepas pesakit itu mati.Oleh sebab yg demikian,Doktor Iqbal mahu berkongsi serba sedikit berkaitan penyakit yg sgt merbahaya ni.

Penyakit ini dinamakan dgn penyakit iman.Rasulallah bersabda;iman kamu akan berkarat sebagaimana besi terkena air.Maka perbahuruilah ia dgn mengucapkankan lailahaillallah.-al hadis.Jelas,iman kita akan berkarat dan terjejas sedikit demi sedikit.Besi berkarat kerana tindak balas kimia antara oksigen dan air,manakala iman pula akan berkarat kerana tindakbalas antara maksiat dgn kejahilan.Proses pengaratan besi sbnrnya 1 proses yg lmbat tapi ia akan menjadi sgt cepat dgn bantuan bahan kimia sprt asid,alkali,wap air laut dan faktor persekitaran yg lambat lembap.Likewise,proses karat bagi iman juga akan dipercepatkan dgn bantuan ejen-ejen perosak sprt televisyen,internet,sahabat yg berakhlak buruk,solat yg tergesa-gesa dan tak khusyuk serta faktor persekitaran yg jauh drpd suasana masjid.

Banyak hadis ada menceritakan tentang keadaan iman manusia di akhir zaman.Antara yg famous ialah;bilangan umat islam sgt banyak namun ia hanyalah seumpama buih-buih dilautan yg akan hilang ditiup angin.Seorang islam mampu menjadi sekuat-kuat berlian dan juga boleh menjadi selemah-lemah buih.Ini ditentukan dgn kadar iman yg ada di dalam diri seseorang itu.Iman manusia di akhir zaman juga turun dan naik.Sabda Nabi juga,kita akan melihat diri kita ini akan beriman pd pagi hari,tapi kufur pd petangnya atau kufur pd pagi hari,tapi beriman pada petangnya.Keadaan iman yg sekejap ada dan sekejap tiada seumpama biskut chipsmore ini boleh digambarkan oleh graf di bawah-
Perhatikan graf di atas.Pada axis X,umur dan pada axis Y ialah iman dan amal.Dan sy telah label 3 points (bulatan hijau) yg sy akan huraikan nanti.Iman dan amal ialah seiring.Jika iman berada di tahap maksimum,amal pun akan berada di tahap maksimum-banyak dan berkualiti.Perhatikan graf di atas.Ok.Itu sbenarnya graf bagi AC current.Saya dp idea masa tengah belajar electric fundamentals.hehe.Semakin hari,umur kita semakin meningkat dan peningkatan umur ini directly proportional dgn kematian.Umur makin tinggi,peratusan utk mati semakin tinggi.Tapi,keadaan dan kesihatan iman kita mmg takkan constant.Ia akan alternate dan turun-naik.

Jadi,persoalannya ialah disaat kita mati,di manakah iman kita?lebih drpd 0(positif),0,atau kurang drpd 0(negetif)?Org yg mati jika membawa iman yg sebenar-benarnya walaupun sebesar zarah,lebih kecil drpd kelumumur,Allah janjikan syurga yg 10 kali ganda besar dunia kpdnya.Sebaliknya,org yg mati tanpa iman,walaupun dia memiliki harta sebesar dunia,di akhirat nanti dia akan ke neraka selama-lamanya.Nauzubillah..tapi yg jadi masalahnya ialah,adakah kita sudah beriman?

Orang-orang Arab berkata:"kami telah beriman".Katakanlah (wahai Muhammad):"Kamu belum beriman, tp berkatalah sahaja:`kami telah Islam' kerna iman belum masuk ke dlm hatimu.Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin),Allah takkan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(49;14)

Saya tak berhajat nak cerita pasal points 1,2 dan 3 sekarang.InsyaAllah dlm entry2 akan datang.Sementara menunggu mati,sama-samalah kita persiapkan diri.Semoga kita tak mati dlm keadaan iman kita berada di tahap negetif.

Hamba Allah itu..

Hamba Allah itu..
Hari ini,penggunaan perkataan 'Hamba Allah' menjadi sangat popular.Di masjid-masjid,pasti akan tertulis di papan kenyataan,'Sumbangan daripada hamba Allah' atau 'kenduri tajaan hamba Allah'.

Persoalannya,layakkah kita mengaku sbgai hamba?

Merujuk kamus dewan,hamba bermaksud,orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran.Itu takrif daripada kamus.

Manusia,jika benar merupakan seorang hamba,wajiblah dia taat akan semua yang disuruh oleh tuannya.Kan?Siap tidak meminta upah lagi!Tapi berapa ramai yang benar-benar menjadi hamba,yang diiktiraf oleh tuannya?


Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya,Muhammad pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar,Maha Melihat.(surah Israk ayat 1)

Dalam ayat diatas,Allah telah mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W sebagai hambanya kerana ketaatan Baginda dalam melaksanakan segala perintah Allah.Sesekali baginda tidak pernah merasa terbeban dengan ujian Allah.Tidak pernah sesaatpun lupa pada Allah.Tidak juga sesekali Baginda berpaling daripada berdakwah di jalan-Nya sekalipun terpaksa bersusah payah dan berkorban apa saja untuk tuannya!

Kita yang kononnya mengaku hamba Allah,wajar merenung kembali.Adakah benar kita hamba Allah,ataupun kita hamba nafsu dan syaitan?Perintah Allah atau perintah nafsu yg lebih kita utamakan?(soalan berbalik kpd saya)

Benar,saya tak nafikan mmg meninggalkan kemungkaran itu jauh lebih sukar drpd melakukan yang makruf atau kesolehan.Namun,kita patut ingat bahawa sebagai hamba,kita tidak boleh berdolak-dalih atau mengatakan tidak jika telah dtg sesuatu perintah dan antara perintah itu ialah meninggalkan kemungkaran!

Ayuh orang yang mengaku sbgai hamba Allah,mari kita berusaha utk dapat "pangkat" itu kerana walaupun di dunia ini pangkat hamba itu sehina-hina darjat,namun ketahuilah bahawa dgn pangkat itulah kita dimuliakan di akhirat dengan syurga yg kekal selamanya.InsyaAllah

Dengki dengan rama-rama

Dengki dengan rama-rama
Kenapa aku rasa dengki dgn rama-rama?
Rama-rama cantik.Boleh terbang.Bebas.Tak terkongkong.Berdikari dan yang paling penting,rama-rama tak ada tanggungjawab dan tak akan dihisab di akhirat nanti.
Aku cemburu!Aku inginkan kecantikan itu.Aku mahukan kebebasan itu!Aku impikan ketenangan itu!Aku angankan kelepasan drpd bebanan dan tanggungjwab!Tapi ternyata aku manusia.Ya!aku manusia!

Manusia umpama ulat beluncas
Ramai yg geli dgn ulat sebab ulat hodoh.Ramai yg bencikan ulat(klik),kerana ulat ialah haiwan perosak.Merosakkan tanam-tanaman.Ramai yg jijik dgn ulat,kerana boleh memberi mudarat seperti gatal dan penyakit.

Tapi ternyata,tak banyak bezanya antara manusia dan ulat.Manusia mahukan kecantikan.Justeru,tak sedikit yg sanggup mengorbankan harta dan masa utk mencantikkan diri.Tapi tetap hodoh dan digeli oleh org lain kerana fizikal saja cantik,tapi perangai hodoh.Manusia juga perosak.Perosak alam sekitar.Perosak hidupan lain dan paling teruk,perosak kpd bangsa dan agamanya sendiri(klik).Manusia juga memberikan mudarat.Bukan sahaja kpd diri sendiri,malah memudaratkan orang lain.Manusia tak terlepas drpd melakukan kesilapan yg bukan sahaja melibatkan diri sendiri,tapi juga kpd org lain.Sesiapa pun takkan terlepas drpd kejahatan manusia.

Manusia umpama kepompong
Setelah 2 minggu berada dalam kepompong,rama-rama akan keluar drpd kepompong.Rama-rama yg dahulunya ulat kini menjadi satu bentuk hidupan yg berbeza!Kepompong itu umpama penjara.Di dalamnya,ulat itu mengalami perubahan.Ia harus berada di dalamnya secara terus selama 2 minggu berturut-turut,tanpa keluar dari dalamnya sebelum ia sempurna menjadi rama-rama.Seperti manusia yg mahu menjadi lebih baik,dia harus berada dlm 'kepompong'.Di dalamnya,dia akan diperangi mukmin yg dengki dgnnya,org kafir yg benci padanya,org munafik yg ingin menyesatkannya,syaitan yg mahu menggodanya dan dgn nafsu(klik) yg mahu memusnahkan dirinya!

Di dlm kepompong,mereka perlu mujahadah dan istiqamah!(klik).Sesekali tidak boleh keluar drpd 'kepompong' kerana ia akan menjadi cacat.Di dlm sana,tiada makanan dan minuman.Di sana juga,ia terpisah dgn persekitaran sekelilingnya.Manusia yg berada dlm kepompong juga sama.Kehendak dan keperluannya perlu dibatasi.Persekitaran sekelilingnya juga harus dikawal.Dia perlu berjaga-jaga dgn kawan-kawannya dan masyarakat sekeliling kerana itu semua mungkin bisa merosakkan 'kepompongnya'

Manusia umpama rama-rama
Setelah menjadi rama-rama,semua org menyukainya.Mereka telah lupa,bahawa hakikatnya dahulu rama-rama ialah ulat yg jijik.Dahulu ia mengensot,kini ia terbang.Pantas dan bebas.Dahulu ia hodoh,kini ia sgt cantik.Berbagai warna dan corak.Dahulu ia dibenci,sekarang ia dicintai dan dahulu ia perosak,kini ia membantu proses pembungaan pula!
Tapi,ternyata tak banyak 'rama-rama' dalam golongan manusia.Ramai yg suka menjadi ulat yg hina,dan ramai yg tak tahan dgn ujian di dalam kepompong.Mereka gagal menjadi rama-rama dan kekal sebagai ulat.

Oh Tuhanku,aku mahu menjadi rama-rama.Tapi ternyata aku tak gagah menahan godaan dan ujianMu.Bantulah aku.Kerana ku tahu,aku perlukanMu.

Tambahan-->mahu memperbaharui azam yg sedia ada(klik) dgn menjadi 'rama-rama'.

Ah! Aku gagal untuk istiqamah

Dahulu.
Terkenang kembali hari-hari awal saya bernafas dalam jiwa hamba. Kalau tak silap suku akhir tahun 2008. Syukur, Allah beri 'hadiah' yang sangat bernilai iaitu hidayah. Saya tidak lahir dari keluarga alim-ulama, tidak juga mendapat pendidikan di sekolah agama, jauh sekali aktif berdakwah semasa sekolah dahulu.

Namun, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambanya, maka tidak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalang kehendak Allah itu. Sungguh!

Lain orang, lain cara dapat hidayah.
Ramai orang menemui hidayah melalui jalan yang sukar seperti kehilangan ahli keluarga, muflis, kehilangan harta-benda dan mungkin ditimpa kecelakaan yang meragut nikmat sihat. Ada juga yang beroleh hidayah melalui paksaan seperti seorang anak yang dirotan bapanya kerana malas solat, atau seorang anak murid yang didenda oleh gurunya kerana tidak sopannya, atau mungkin juga anak gadis yg dipaksa berkahwin dgn lelaki soleh yang bukan pilihan hatinya. Namun akhirnya, hidayah Allah datang melalui jalan itu.

Ada juga yang beroleh hidayah melalui pencarian yang panjang. Nabi Ibrahim sendiri tercari-cari siapa tuhannya. Pernah dia membayangkan tuhannya berhala ,namun ternyata berhala itu ciptaan manusia, tidak mampu bergerak apatah lagi berkata-kata. Pernah juga dia menyangka tuhan itu matahari yang bercahaya terang menerangi seluruh alam kala siang. Namun akhirnya matahari bergerak dan diganti dengan gelap malam. Kata Nabi Ibrahim,'Tuhanku pasti tidak akan meninggalkan aku!'. Pencarian demi pencarian akhirnya menemukannya dengan Allah, pemilik alam ini.

Juga, ada orang dikurniakan nikmat hidayah melalui suasananya. Anak cina tertarik dengan islam kerana berkawan dengan anak orang islam. Anak india tertarik dengan islam kerana teman-temannya juga islam. Anak islam menjadi bertaqwa juga kerana sahabat-sahabatnya beriman. Saya juga sama, saya beruntung kerana 'terpengaruh' dengan orang yang baik-baik. Melalui merekalah, Allah turunkan hidayah.

Terhalang.
Tapi...umat islam harini tidak lagi boleh menjadi contoh buat non-muslim. Mengapa?

Sikap umat islam yg berdiri di muka pintu, tidak keluar dan tidak masuk menyebabkan orang-orang yang mahu masuk melalui pintu itu terhalang. Maknanya, orang islam kini ramai hanya islam pada nama.Tidak mengamalkan islam, tetapi mengaku islam! Ini menyebabkan orang-orang yang mahu masuk ke dalam islam tawar hati.

(manusia perlu pakai topeng begini jika mahu sangat bermaksiat. Biar orang tak kenal)

Lain kali kita berbicara soal ini lagi, kerana post kali ini asalnya, peribadi untuk saya memberi penghargaan dan kesyukuran kepada Allah kerana 'melepaskan' saya.

Sedikit perbandingan. 
Hari-hari awal saya menerima hidayah, memang saya tinggal terus semua tabiat buruk saya dahulu. Antaranya tabiat mencarut dan mengarut yang sejak dari sekolah (sekolah lelaki,faham-fahamlah), sangat kronik. Syukur alhamdulillah tabiat tu tinggal terus, juga sifat-sifat buruk dan keji yang lain. Tak perlulah saya membuka pekung sendiri. Cukuplah. Saya serik menjadi orang yang tidak faham mengapa Allah jadikan saya manusia, bukannya burung atau pokok.

Jika dulu, hendak datang kepada perintah Allah,mudah! Biasalah, jika hati sudah 'diganti' dengan yang baru. Putih bersih berkilat, maka tentu performance bagus. Efficient. Namun semakin hari-semakin susah nak istiqamah dengan amal-amal baik. Jika dahulu kadar maksiat dan dosa hanyalah berlaku dgn tidak sengaja, tapi sekarang benyak pula dosa yang disengajakan.

Ah! Aku gagal utk beristiqamah!

Bukankah meninggalkan dosa itu juga satu perintah? bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah?

Benar! tapi susah sekali hendak istiqamah lebih-lebih lagi dalam perkara meninggalkan dosa!

Kesimpulan
Semua orang perlu mencari hidayah. 'Ikat tali unta dahulu, kemudian bertawakkal'-riwayat ahmad. Yakinlah, jika kita mendatangi (ingin mencari petunjuk) Allah dengan berjalan,Allah akan mendatangi kita(memudahkan jalan bagi kita) dengan berlari. Usah mengamalkan prinsip 'bulan jatuh ke riba'.

Fikirlah, adakah kita mampu menahan sakit dan peritnya azab Allah yang di akhirat kelak, 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun dunia ini? Jika jawapannya 'tidak', ayuh kita berhijrah.

Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 2)

ini sambungan dari bahagian 1

Lelaki yg pertama dibawa masuk.Ternyata dia seorang yg pekak.Kerana dia pekak,maka si raja terpaksa memanggil seorang juru isyarat untuk menyoal lelaki tersebut,'Mengapa kamu tidak hadir ke pesta beta?Bukankah lelaki itu telah menyampaikan perintah beta?'Tangannya menunjuk kearah pemuda itu.

Lelaki pekak itu menjawab,'Aku tidak berupaya mendengar pengumaman yg dibuat oleh pemuda itu.Maka aku tidak tahu.Sekiranya dia datang bertemu dgnku secara sendirian,maka pasti aku akan tahu dan pasti aku akan datang'.

Raja menjawab kpd pemuda,"Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab kerana dia tidak tahu?".Pemuda itu kesal.

Kemudian,orang kedua di bawa masuk menghadap raja.Orang kedua pula buta."Mengapa engkau tidak hadir ke pesta ini wahai si buta?"

Maka dijawab olehnya,'Aku tidak nampak orang-orang kampungku berpusa-pusu menuju kepada pemuda tadi semasa dia mengumpulkan org-org kampung utk membuat pengumuman.Maka aku tidak mendengar pengumumannya itu.Aku juga buta dan tidak nampak akan poster-poster yg ditampal oleh pemuda itu,sekiranya dia ada berbuat demikian."


(Gambar hiasan;Istana Sultan Idris,Perak)

Maka raja pun berkata kpd pemuda itu,'Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab atas ketidak tahuannya?!'.Pemuda itu tunduk diam.

Lalu masuk orang ketiga.Rupa-rupanya dia seorang yg buta huruf atau tak tahu membaca.Apabila ditanya oleh raja,maka dia menjawab. 'Aku tidak dtg kerana aku tidak tahu.Semasa pemuda itu membuat pemngumuman,aku berada di rumah dan sedang tidur kerana penat bekerja.Aku ada ternampak poster-poster yg ditampal,tetapi aku ini buta huruf.Aku tidak tahu apa yg ditulisnya.'

Raja berkata lg,'Adakah engkau mahu bertanggungjwb kerana membiarkan dia tertidur dan tidak tahu tentang perintah beta ini?Bukankah kau patut mengejut dia drpd tidurnya!'

Pemuda mulai menangis kerana berasa bersalah.

Orang keempat dibawa masuk.Orang itu diajukan dgn soalan yg sama oleh raja.Lalu dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku tidak tahu.Aku tidak pergi mendengar pengumuman dan aku juga tidak mahu melihat poster-poster yg disampai.Aku juga tidak bergaul dgn org-org yg berbicara tentang pesta ini.'

Raja memandang pemuda dan berkata,'Engkau tidak akan dipertanggungjwbkan keatas orang ini kerana dia tidak dtg kerana keenggannanya dan tidak mahu utk mengetahui perintah-perintah beta.'

Pemuda berasa lega sedikit,tetapi masih ada org kelima!

Lalu org terakhir dibawa masuk.Apabila ditanya,dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku malas.Aku tahu ada pesta keputeraan tuanku hari ini.Tapi kerana aku malas,aku tidak mahu datang.'

Raja berkata kpd pemuda yg ditugaskan menyampaikan itu,'Wahai pemuda,kamu takkan dipertanggugjawabkan atas kesalahan lelaki itu kerana kamu telah melaksanakan tugasmu."

**********
Sebelum sy menghuraikan moral of the story,saya mohon maaf jika penulisan sy kali ini agak hambar dan mengelirukan. Kita semua ini adalah da'i.Kita ditugaskan utk berdakwah dan menyampaikan kewujudan agama yg benar dan lurus iaitu islam kepada setiap manusia.Jika begitu amanah Allah kdp kita,apa yg kita buat?Sekadar menulis?Bagaimana dgn org-org yg tak tahu membaca atau org-org yg takde internet utk dia membaca?Melalui ceramah?Bagaimana dgn org-org yg rumah jauh dr surau masjid yg tak pergi surau?konfem mereka tak dpt dengar ceramah.Sunnah membawa kejayaan.Nabi s.a.w sendiri berdakwah pintu ke pintu,lorong ke lorong.Di Taif,Baginda di sakiti dan dihina,tapi berkat sabar dan tidak terburu-buru menghukum,lahirlah ilmuwan dan agamawan yg ulung dr kalangan sahabat.Kita pula?Menulis hebat,hentam org tu,hentam org ni,tapi jiran kita dibiarkan terus jahil tanpa kita berusaha memujuk mereka mendalami islam.Apakah ini dpt menyelamatkan kita drpd ditanya oleh Allah?Allah takkan tanya apa kejayaan aku,tapi Allah akan tanya apa usaha aku.Maka,bagi sy setiap yg sy tulis di blog sy ini bukanlah dakwah sebenar sy.Ia lebih kpd tazkirah(peringatan) atau perkongsian ilmu(menuntut ilmu itu wajib).Dakwah sebenar saya ialah bila saya dpt berjumpa dgn manusia ajak mereka kembali ke jalan taqwa.Itu cara Nabi,dan sy akan ikut.Kepada yg membaca cebisan kata-kata saya ini,jgn terasa hati atau tersalah faham.Saya akan terus menulis kerana ia juga salah satu jalan dakwah saya kpd anda yg membaca.Sesungguhnya saya takut nanti Allah akan tanya kpd saya kenapa kawan sy mati dalam keadaan bukan islam.

Salam mesra. Salam istiqamah. Salam mujahaddah

Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 1)

Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 1)
"Wahai pembesar-pembesar sekalian,beta berhajat mahu mengadakan satu pesta untuk merayakan hari keputeraan beta yg ke-60.Maka beta mahu melantik salah seorang drpd kalian untuk melaksanakan satu tugas yg tersangat penting.Siapa dari kalangan pembesar-pembesar sekalian bersedia utk melunaskan permintaan beta ini?"

"Patik sanggup berbuat apa saja untuk tuanku.Setiap perintah tuanku akan patik sempurnakan.Perintahkan kpd patik,nescaya akan patik tunaikan.",Bangkit seorang pembesar muda yg gagah dan bersemangat.

Raja berasa gembira lalu berkata,"Begini,beta mahu kamu beritahu semua penduduk negeri ini agar mereka semua dapat datang ke pesta yg akan beta adakan rabu hadapan.Ingat!beta mahu semua rakyat datang.Beta tak mahu ada seorang pun yg tertinggal walaupun dia cacat.Beta akan pastikan para pengawal beta akan memeriksa dan memastikan tiada seorang pun yg tinggal di rumah mereka.Adakah kamu mampu melaksanakan perintah beta ini?"

"Ampun tuanku.Patik sedia melaksanakan segala perintah yg tuanku amanahkan kpd patik kerana patik terhutang budi kpd tuanku yg telah memberi patik bermacam-macam kesenangan hidup di negeri ini.Patik janji akan melaksanakan perintah tuanku itu."

Maka berangkatlah si pemuda tadi bersama misinya,iaitu memberitahu setiap orang tentang pesta keramain yg akan diadakan minggu hadapan di perkarangan istana.Sampai di sebuah kampung,si pemuda tadi memanggil semua penduduk kampung lalu dia mengkhabarkan kpd mereka.Dia turut memberitahu bahawa pengawal-pengawal akan meronda utk memastikan tiada rakyat jelata yg tinggal.Semua org wajib pergi.Dia juga menampal poster-poster di pokok-pokok supaya org-org yg tidak mendengar pengumumannya tadi akan terpandang dan akan hadir ke pesta.

Demikianlah pemuda itu lakukan di kampung-kampung yg berikutnya.Dia akan memanggil semua penduduk dan menampal poster.

Tiba di hari pesta itu,perkarangan istana penuh dgn rakyat jelata.Raja berasa gembira kerana dia fikir bahawa semua rakyat jelatanya datang ke pesta itu namun kegembiraannya terhenti apabila menerima laporan ada 5 orang rakyatnya yg tidak hadir ke pesta sambutan hari keputeraan baginda.Raja memandang tajam ke arah pemuda yg ditugaskan utk menyampaikan berita itu.Baginda ingin menghukum mereka jika mereka ternyata salah.

Lalu,kelima-lima org yg ditangkap dan pemuda itu dihadapkan kepada raja.

Nak tahu apa Raja tanya?tunggu saya update ea...

Raja dan pemuda yang bijaksana

Pada zaman dahulu,wujud satu kerajaan yang diperintah oleh seorang raja.Di bawah pemerintahan raja ini,negeri itu membangun dengan begitu pesat.Namun,disebalik kepesatan pembangunan negerinya,raja itu runsing akan satu masalah rakyatnya.

Masalah itu benar-benar membingungkannya.Masalah itu ialah kekosongan masjid-masjid daripada orang-orang untuk bersolat.Lalu,raja itu memanggil para pembesarnya untuk bermesyuarat membincangkan cara menyelesaikan masalah ketiadaan org yg bersolat berjemaah itu.

Lalu setiap pembesar pun memberikan pendapat mereka masing-masing.Setiap pendapat yang diberikan hampir semuanya tidak bernas.Tiba-tiba,seorang pembesar yg bernama Amin tampil memberikan pendapatnya."Tuanku,patik ada satu idea yang patik yakin akan berjaya menarik penduduk-penduduk untuk mengimarahkan masjid-masjid di negeri kita ini.Sudikah tuanku mendengarnya?"

"Hai Amin,katakan kepada beta.Semoga cadanganmu itu benar-benar baik"

"Begini,kita gunakan saja harta kerajaan yang melimpah ruah ini.Kita tawarkan kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di masjid,mereka akan diberikan 1 dirham setiap kali selesai solat"

"Erm...bagus.Beta fikir cadangamu baik sekali.Baiklah,sekarang juga kamu hebahkan dan beritahu kepada semua rakyat bahawa mulai subuh esok,semua orang yg solat berjemaah di masjid akan diberikan wang daripada kerajaan",perintah raja.

Dengan segera,berita itu disampaikan kepada rakyat.Semua orang gembira mendengar berita itu kerana mereka akan mendapat wang percuma.


(mungkin begini masjid di zaman dahulu)

Subuh keesokannya,semua masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan manusia.Selesai solat,mereka beratur untuk mengambil wang mereka lalu pulang.Begitulah keadaanya semasa waktu solat yang lain pun.

Pemberian ini berterusan sehinggalah masuk bulan yang ke 3,wang untuk diberikan kepada orang yg solat berjemaah sudah habis.Oleh kerana sudah beberapa hari tidak mendapat dirham seperti kebiasaanya,maka orang ramai pun sudah mula menjauhi masjid.Mereka tidak lagi mahu bersolat berjemaah.Lalu masjid itu lenggang seperti sediakala.

Keadaan ini menyedihkan si raja itu.Maka baginda pun memanggil para pembesarnya utk bermesyuarat sekali lagi.Lalu Amin sekali lagi tampil memberi cadangan.Dengan bersungguh-sungguh dia berkata,"Tuanku serahkan saja pada patik,patik janji dan pasti,InsyaAllah esok masjid-masjid kita akan kembali penuh kembali".

Mendengar janji Amin,raja pun memberi Amin tangunggjawab untuk menyelesaikan masalah ini.Lalu sekali lagi Amin dan pengikutnya membuat pengumuman kpd rakyat-rakyat.

Esoknya,masjid-masjid kembali penuh dengan rakyat yang mendirikan solat berjemaah.Raja itu sangat gembira dengan keadaan itu.Maka,baginda pun bertanya kepada Amin dengan rasa kagum,'Wahai si bijaksana,apa yang kamu beritahu kepada mereka hinggakan mereka dapat kembali menunaikan solat berjemaah di masjid?'

Amin tersenyum lalu dia menjawab,"Patik khabarkan kepada mereka,sekiranya mereka tidak mahu bersolat berjemaah di masjid,dinar-dinar yang pernah diberikan kepada mereka akan diambil semula oleh kerajaan.Maka sebab itulah mereka datang".

***
Para pembaca budiman,susah sangatkah kita untuk bersolat berjemaah?sedangkan Allah telah beri kita bermacam-macam nikmat.Nikmat kenderaan,nikmat payung atau baju hujan jika hujan,nikmat kaki untuk melangkah ke masjid,nikmat mata untuk melihat jalan,nikmat lampu untuk melihat dalam gelap dan sejuta lagi nikmat yang kita sendiri tak sedar.Adakah kita mahu agar Allah miskinkan kita,Allah timpakan bala,azab,penyakit,musibah dan balasan yang buruk kpd kita barulah kita mahu mengimarahkan masjid-masjid dan surau?Ketahuilah,solat secara berjemaah itu ialah fardu.Janganlah anda mengecualikan diri daripada mendatangi rumah Allah.Kini,sudah banyak masjid yang beroperasi 24 jam.Fikirlah,apa yang akan kita jawab bila ditanya oleh Allah kelak?

Anti-virus yg boleh delete syaitan

'Shamil,boleh tolong pakcik tak?',tanya Pakcik Zarul kepada Shamil,anak jirannya.

'Tolong apa pakcik?Kalau mampu insyaAllah sy tolong',balas Shamil sopan.

'Ni ha,komputer rumah pakcik ni.Pakcik tak reti la nak bukak internet.Dulu anak pakcik ada ajar pakcik,tapi dia dah balik.Pakcik da tak ingat da.Kalau boleh,kamu tolong ajar lg sekali la ea',minta pakcik Zarul

'Owh.Takde masalah pakcik.Jom sy ajar'

Lalu mereka berdua pergilah kerumah Pakcik Zarul.Pakcik Zarul ialah antara org yg kaya di kampungnya.Rumah Pakcik Zarul sgt besar,kiranya dua kali ganda rumahnya.Malangnya ,anak-anak Pakcik Zarul semuanya bekerja di bandar dan cuma akan menjenguk mereka sekali-sekala di kala cuti sekolah.

'Ni komputernya Zarul.Anak pakcik yg kerja sebagai doktor tu berikan kpd pakcik.Katanya dia ada 2 biji komputer maka dia mahu beri satu utk pakcik.Lengkap dgn internet terus.Katanya mudah kalau pakcik mahu berhubung dgnnya dan cucu-cucu pakcik.Dulu dia ada ajar pakcik buat panggilan yg boleh nampak muka org,tak ingat dah mcm mana...',kata pakcik Zarul.

'Owh,beginilah Pakcik Zarul.Kalau pakcik nak tahu,komputer ini ada bermacam-macam sistem yg ada fungsi-fungsi mereka tersendiri.Contonhnya badan kita,ada sistem perkumuhan,sistem penghadaman,sistem aliran darah dan macam-macam lg.Mereka ada fungsi yg berbeza-beza seperti juga perut kita yg bertugas utk menghadam,gigi utk mengunyah,kaki utk berjalan dan lain-lain.',terang Shamil.

'Lalu,setiap fungsi sistem dlm komputer juga ada berbeza-bezalah ea?'tanya Pakcik Zarul,minta kepastian.

'Ya.betul tu.Kalau pakcik nampak,kat sini ada mcm-mcm gambar kan?Yang ini,perisian anti-virus,yang ini yg gambar tong sampah ini namanya 'recycle bin',yg gambar kepala kuning itu pula namanya 'yahoo messenger' yg org ber'chat' atau berborak,dan gambar yg ini pula utk kita layari internet.Ha!Kalu pakcik nak sambung ke internet,pakcik kena klik gambar ini lah',jelas Shamil lagi.

'Erm,yalah...baru pakcik ingat.Eh,kalau pakcik tertekan gambar ini(sambil menunjukkan ke icon recycle bin),pakcik tak dapat bukak internet la kan?',tanya Pakcik Zarul.

'Semuanya telah diprogramkan pakcik.Dah ditetapkan.Jadi kalau pakcik klik kpd gambar yg ini,maka fungsinya yg ini lah.Kalau gambar yg itu,fungsinya pula yg itu.Semuanya berbeza dan telah ditentukan dan ditetapkan.Kita tak boleh ubah fungsinya kerana memang dah ditetapkan'.

Pakcik Zarul mengangguk-angguk tanda faham.Barulah dia tahu bagaimana komputer berfungsi iaitu melalui bantuan ratusan malah ribuan data yg sudah diprogramkan dan tetap takkan berubah.
******

(comelnya kucing ni,Subhanallah)

Manusia ini ibarat komputer,malah lebih hebat lagi.Otak manusia yg terdiri dari billion neuron tercata ciptaan yang agung dan lebih hebat drpd komputer yg ada diciptakan yg ada batasannya.

Jika ialah Central Processing Unit (CPU) 'raja' kpd komputer,maka hati pula ialah raja bagi manusia

Dalam satu sabda Baginda s.a.w yg mafhum hadisnya;satu ketul daging yg di dalam kamu.Jika ia baik,maka baiklah kamu.dan jika ia buruk maka buruklah kamu.Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati.

Hati manusia sesungguhnya boleh disamakan dengan komputer.Komputer menjalankan tugasnya setelah ia diprogramkan utk melakukannya oleh manusia.Sebagai contoh,penggunaan komputer sebagai alat kira-kira(kalkulator).Seseorang hendaklah memprogramkan fungsi kalkulator di dalam komputer itu,barulah ia boleh menjalankan kira-kira.

Begitulah hati kita.Walaupun secara zahirnya hati kita itu milik kita kerana setiap manusia ada hati dan jantung mereka sendiri,tapi sebenarnya ia hak milik Allah secara mutlak.

Manusia jika telah diprogramkan oleh Allah utk melakukan kebaikan,maka pasti dia akan melakukan kebaikan juga walaupun sekuat mana cabaran atau sesukar mana halangan.Kerana Allah telah menetapkan utk demikian.

Ketahuilah,bahawa Allah ciptakan jin dan manusia utk kita menghambakan diri kpdNya.Sebagaimana di dalam Quran,Allah sebut,...tidak aku jadikan jin dan manusia melaikan utk mereka menyembahku...'

Dalam masa yg itu,Allah sendiri telah menetapkan dan memprogramkan hati-hati manusia utk menyembahnya.Namun,dek kerana hati manusia terkena 'virus' dek kerana 'anti-virus' yg expired,maka fungsi manusia utk beribadah telah berubah! Jelaskerana ada manusia yg tak menyembah Allah,ada yg menyembah tetapi secara 'part-time' dan tak dpt dinafikan pula ada juga yg masih bermujahadah menjalankan tugasnya.

Semuanya kerana anti-virus yg berbeza-beza bg semua org.Umumnya,'anti-virus' itu ialah iman.Jika iman sudah 'expired',maka virus akan mudah masuk.Jika virus ni masuk,maka manusia mula akan bermasalah.

Jadi apakah cara utk kita sentiasa 'up to date' dgn 'anti-virus'(iman) ini?caranya ialah perbanyakkan bercakap mafhum kalimah Lailahailallah.

Pesan baginda dlm hadis yg mahsyur;'Hendahlah kamu perbaharui iman kamu.Sahabat bertanya,bagaimana Ya Rasulallah?Baginda menjawab,'perbanyakkan percakapan Lailahaillallah'.

Bagaimana?bagitahu diri sendiri dan org lain bahawa tiada yg mampu memberi manfaat kecuali Allah.Tiada yg mampu memberi mudharat,kecuali Allah.Setiap yg berlaku,adalah dgn izinNya.Saya makan,bukan makanan yg buat sy kenyang,tetapi Allah.(makanan cuma asbab utk kenyang).Saya ke masjid,bukan motosikal yg bawak saya ke sini melainkan Allah(motosikal cuma asbab/perantaraan sahaja).
Luruskan lidah,barulah hati akan lurus.
P/s--saya bukanlah seorang yg mahir dlm menulis.Apa yg saya tulis ini cuma terlintas dlm otak secara tiba-tiba.Jadi,kalau yg pasal komputer ti,ada maklumat yg tak betul seperti fungsi komputer,haraplah ditegur agar penulisan sy akan menjadi semakin berkesan.Sebarang salah dan silap mohon khidmat nasihat.terima kasih.., =)

'..kat sini semua tgh baiki iman..'

'..kat sini semua tgh baiki iman..'
'Assalamualaikum dik,nanti nak tidur hanset dan barang berharga tu simpan baik-baik ye',sapa seorang lelaki semasa sy sedang setkan penggera di hanset dy.

'Kat sini masing-masing iman rosak dan masing-masing tengah usaha perbaiki iman',sambnungnya lalu berlalu pergi.

Jam menunjukkan sekitar 11.15 malam.Malam itu,saya buat keputusan utk iktikaf di Masjid Sri Petaling.Di markas Jemaah Tabligh Malaysia.Ramai sungguh orang yg sama-sama beriktikaf,mungkin kerana esoknya cuti(ahad).

Usai solat sunat dan amalan sebelum tidur,saya berbaring utk tidur.jarang sy tidur seawal itu.Niat di hati agar dpt bagun awal esoknya.Namun,selepas di sapa oleh lelaki tadi,saya berfikir tentang kata-katanya '...masing-masing iman rosak...usaha perbaiki iman...'.Benar katanya,iman umat akhir zaman ini rosak.
Sesungguhnya,kita semua ini beruntung.Benar-benar beruntung kerana kita memiliki 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat islam dan nikmat iman.Kita beruntung kerana kita secara automatiknya lahir daripd keluarga islam. Saya pernah melihat bagaimana seorang india memeluk agama islam hanya selepas dia disapa dan ditegur oleh jemaah tabligh.Peristiwa ini berlaku setahun yg lepas dan memberi seribu pengajaran dan keinsafan bila menyaksikan betapa lembut dan mudahnya hatinya menerima islam,sedangkan hati sy keras hingga sukar utk mengamalkan ajaran islam dgn sempurna dlm kehidupan.Mungkin lelaki india itu sudah menjadi seoarang muslim yg soleh sekarang...InsyaAllah.

Iman manusia ini mudah benar rosak.Allah s.a.w Maha Mengetahui hakikat iman hambaNya maka Dia telah mengutuskan ribuan nab-nabi dan rasul-rasul a.s kpd kaum manusia sehinggalah kpd Rasul yg terakhir iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Sepeninggalan Baginda,Baginda tinggalkan kpd kita manual utk kita perbaiki iman yg rosak.Contoh mudah,saya membeli mesin basuh.Di dalam kotak itu disediakan manual cara menggunakan mesin basuh itu.Begitu juga dgn telefon bimbit.Saya akan diberikan manual telefon bimbit utk menjadi panduan bgaimana menggunakannya.

Begitu juga manusia akhir zaman kini.Allah telah memberikan manual kpd kita.Bukan satu malah dua iaitu al-Quran dan Sunnah.Kerana Allah tahu bahawa manusia ialah 'mesin' yg paling canggih.Sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Iman manusia boleh rosak sebagaimana besi yg menjadi berkarat jika terkena air.Pelbagai faktor bisa merosakkan iman kita antaranya faktor suasana.

Iman letaknya di dalam hati.Manakala hati manusia pula akan berubah mengikut suasana persekitaran.Contoh,anda ada sebiji mangga.Jika anda rendam mangga itu di dalam air garam yg masin,maka dalam masa mungkin hanya sehari,rasa masam mangga itu akan bertukar menjadi masin.Jika anda penggemar jeruk,maka pasti anda lebih arif.

Begitulah hati manusia,jika selalu terdedah dgn maksiat dan dosa,maka hati akan dipenuhi dgn maksiat dan dosa.Jadi,secara automatiknya iman yg menduduki hati itu dinyah keluarkan dari hati itu.


Rosaklah iman.Jika sudah iman rosak,maka tidak mustahil manusia akan berani mencuri hatta di dalm rumah Allah sekalipun.Jika iman sudah rosak,maka manusia sudah berani berzina hatta dgn adik kandung sekalipun.Dan kerana iman sudah rosak,maka manusia berani membunuh org lain tanpa hak hatta ahli keluarga nya sekalipun.

Jalankanlah seribu satu denda,siksaan,ancaman,motivasi,ceramah,kuliah atau apa sahaja bentuk pencegahan sekalipun,jika iman masih belum dibaiki pasti takkan dapat memberi kesan yg maksimum.(namun saya sgt-sgt galakkan dan menyokong usaha mencegah jenayah lebih-lebih lagi dgn cara islam).Kejayaan yg maksimum takkan diraih kerana iman masih rosak dan ragu-ragu dengan kudrat Allah.Jadi,usaha utk perbaiki iman yakin kita hendaklah menjadi perkara pokok kpd setiap insan termasuklah pemimpin,ulama,ustaz,dan lebih-lebih lagi bagi kita yg dhaif ini.

Contoh mudah ialah laptop anda tidak berfungsi!Anda baru je beli semalam kat kedai apek.cuba nak pasang kat umah tak boleh 'on'.Lalu anda bengang dan tension sbb kena pegi jumpa apek balik sbb laptop baru tu beli-beli je tros takleh pakai.Sampai je kedai apek tu,anda marah-marah kat dia.Tuduh dia tipu,barang takde kualiti,dll.Lalu apek tu tanya,'Rumah u ada elektrik tak?'.Anda baru perasan rupanya rumah anda tiada bekalan elektrik rupanya!

Begitulah,kita hari ini mahu hidup aman sentosa.Kita usaha dgn bermacam-macam cara.Tapi hakikatnya,kita tak sediakan 'asas' bagi setiap ikhtiar kita iaitu iman yg sempurna.

Jika kita bijak,sudah tentu kita akan berusaha perbaiki iman yakin kita terlebih dahulu drpd terus segala benda lain.

Jika betul yakin kita,barulah Allah akan turunkan nikmat-nikmatNya yg lain seperti taqwa,qanaah,zuhud,alim,faqih,tawadduk,soleh dan banyak lagi.

tambahan: Baru balik dari Giant beli kasut kulit hitam yg koyak.Betapa ramainya umat islam di sana yg masih belum dpt menutup aurat dengan sempurna.Ya Allah,kami dambakan hidayah dan taufik daripadaMu.