Panduan untuk bercinta selepas nikah 1

Panduan untuk bercinta selepas nikah 1
Semua orang nak menikah, tapi sesetengah orang tak tahu cara nak menikah. Ramai yang stuck dekat bab 'mencari calon' tapi lebih ramai yang tersangkut pada fasa 'mencari dana'.

Zaman sekarang, ramai yang bercinta bagai nak rak, tapi akhirnya kahwin dengan orang lain juga. Cinta punya lama, kenal punya lama, tapi akhirnya bernikah tak lama, ada yang kena pukul, ada kena tengking setiap hari, dan tak kurang juga yang makan hati setiap saat. Yang diceraikan pun tak terkira banyaknya.

Masing-masing yang gagal itu mengeluh nasib diri, "Kan elok kalau aku tak kahwin dengan dia",

"Kan elok kalau aku kahwin dengan orang lain saja!"

"Dan kan elok kalau aku tak kahwin saja!"

Semua orang nak bahagia. Itu fitrah. Bukan setakat orang yang dah kahwin, yang belum kahwin pun mahukan bahagia. Tapi kebahagiaan itu Allah salurkan dalam bentuk perkahwinan. Sebab itu kita tengok orang kaya raya, yang ada segala benda atas dunia pun, mereka mahukan teman hidup. Jauh di sudut hati mereka, akan ada satu lubang kosong yang hanya mampu diisi tempatnya oleh seseorang yang bergelar isteri.

Persoalannya, bagaimana mahu mencari pasangan hidup yang baik?

Mudahnya, calon isteri atau suami yang baik tak perlulah banyak. Menjaga solat, menjaga aurat, jaga maruah, jaga kehormatan, hormat ibubapa, hormat orang tua, kasih kepada anak kecil, sopan dengan orang lain, tidak boros berbelanja, tidak cerewet, dan seumpana, itu antara sifat yang perlu ada kepada calon pasangan yang baik.

Jika pun tidak ada semua, kita tetap boleh bertoleransi untuk beberapa perkara. Yang penting, mereka mahu dan sedia untuk berubah. Kalau setakat mahu tapi tak sedia, pun tak boleh. Dan kalau setakat sedia, tapi tak mahu juga tak boleh.

Contohnya, kalau dia berkerja dalam suatu bidang yang terang-terangan mendokong riba', maka kemahuan dan kesediaannya untuk berubah ialah dengan dia mula mencari kerja baharu. Takkanlah nanti kamu mahu menyara keluarga kamu dengan pendapatan yang haram?

Sekadar peringatan, bagi manusia yang mengamalkan riba', mereka itu adalah musuh Allah dan Allah terang-terang mengumumkan mahu melancarkan perang dengan mereka.

Kemudian, sesudah memiliki calon yang baik (atau calon yang sedia dan mahu berubah jadi baik), stesen berikutnya ialah perjalanan menuju perkahwinan. Di sinilah ramai yang terkandas. Jalan ke arah perkahwinan ialah garis halus diantara jalan-jalan menuju zina. Mengapa saya sebutkan 'jalan-jalan', dan bukannya jalan zina?

Kerana mendekati zina itu bermula daripada daripada sekadar mata, mulut, hati, dan akhirnya, kemaluan.

Menjaga mata ialah keperluan yang penting. Begitu juga dengan menjaga anggota-anggota fizikal seperti mulut dan telinga. Memanglah bila sudah suka, kalau boleh kita mahu setiap saat memandanganya (walaupun tak cantik), mendengar celotehnya (walaupun suara tak sedap), dan berborak-borak dengannya.

Tapi soalannya, adakah kita mahu mengahwininya atau mahu 'tawar-menawar' dengannya?

Kalau betul sesuatu benda itu berharga dan kamu menghargai, memandang tinggi kepadanya, maka kamu akan membelinya terus, dan bukan tawar-menawar, untuk menjadikannya lebih murah!

Tapi akhirnya, siapa kata kamu langsung tidak boleh berhubungan dengan bakal isteri/suamimu?

Boleh. Tapi ada adab yang ketat perlu dipatuhi. Sedikit panduan bagi pria dan perawan yang mahukan berkat di mahligai cinta; tolong elakkan daripada bercakap tentang perkara yang tidak penting.

Jika mahu kenal, maka cukuplah jika perkenalan itu berlaku sekitar sehelai kertas A4 sahaja. Di atas kertas putih bersih itu, ada nama si jejaka, ada nama ibu dan ayahnya, berapa orang adik beradiknya, dimana pekerjaannya, bagaimana pola pendidikannya, kesihatannya, dan yang sekitarnya.

Pada akhirnya, tidak ada beza antara mengenalinya 2 tahun dengan mengenalinya 2 hari, kerana apa-apa yang patut kamu tahu tentangnya, yang orang lain mengambil masa dua tahun, kamu cuma mengambil masa dua hari sahaja!

"Bagaimana dengan sifatnya?"

Sifat peribadi, itu suatu yang peribadi. Jangankan hendak tahu, mungkin dia sendiri pun tak tahu bagaimana sifat peribadinya. Sebab itulah perlu ditanya kepada Yang Maha Tahu.

Ramai yang beranggapan perkahwinan itu memerlukan kepada dua individu yang punya minat, identiti, sifat, dan perangai yang hampir sama. Kononnya kalau seorang suka tengok bola, kedua-duanya perlu suka menonton bola sepak.

Tidak semestinya. Minat dan kegemaran, sekalipun kanak-kanak, pasti akan ada perbezaannya. Yang penting bukan sejauh mana kita sama, tapi sejauh mana kita boleh menerima perbezaan.

Banyak masalah yang timbul adalah kerana isteri/suami tidak boleh menerima perbezaan yang wujud dalam diri pasangan mereka.

"Kau isteri aku. Kau perlu ikut cakap aku", bentak si suami.

"Kau suami aku. Kaulah perlu dengar cakap aku", balas si isteri.

Si suami beranggapan bahawa 'keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami' itu bermakna apa sahaja kata-katanya ialah perintah muktamad. Menolak bererti derhaka. Membangkang bererti memberontak.

Si isteri pula beranggapan cinta itu perlu seperti lembu dicucuk hidungnya. Apa saja yang dia mahu, suaminya perlu berikan. Makin banyak permintaanya dipenuhi, makin besarlah cinta itu.

Tapi akhirnya hakikatnya tidak begitu. Suami isteri perlu mencari the right balance between giving and forgiving. Menerima dengan hati yang terbuka, dan memaafkan dengan hati hati yang tulus.

Sebab itu sebelum kahwin, bila bakal isteri (sekarang sudah isteri), saya bertanya, "Apa benda yang paling awak harapkan selepas kahwin daripada saya?",

Maka jawapan saya ialah hormat. Bila ada hormat, maka semua ada. Tak ada hormat, semua pun tak ada. (malas nak elaborate lagi).

Saya dan isteri selalu berhubung dengan whatsapp saja. Tak pernah bercakap face-to-face. Tak pernah calling-calling. Tapi dengan whatsapp itu pun sudah memadai. Segala persiapan nikah dapat diselesaikan. Tak perlu pun untuk 'keluar bersama' atas niat mahu membuat persediaan kahwin.

Saya juga percaya, daripada kamu menghabiskan masa untuk memikat si dia (yang sudah tentu sudahpun terpikat sebab tu dia nak kahwin dengan kamu), lebih baik kalau kamu 'memikat' hati keluarganya dan sudah tentu keluarga kamu.

Kalau perangai kamu buruk, bukan setakat keluarga dia menolak kamu tapi keluarga kamu sendiri pun tak akan mahu membantu. Sebab itu jangan ego. Dengar nasihat, dengar tunjuk ajar. Tertutamanya cakap orang tua. Mereka mungkin tak ada idea yang segar macam kita, tapi apa yang mereka kata, ada benarnya.

(BERSAMBUNG...)

Tertipu dengan syaitan nirrojim!

Tertipu dengan syaitan nirrojim!
Ramai orang yang kena tipu dengan syaitan. Tak terkecuali aku. Bab mana yang dia tipu? Banyak. Terutamanya bab hati.

Kita semua tahu, yang syarat diterima amal ialah 2 perkara. Pertama, bertepatan dengan sunnah dan kedua, ikhlas kerana Allah.

Syaitan paling sukses dalam attack bab hati. Senang-senang saja dia memesongkan niat seseorang daripada kita. Even aku sendiri pun, mula-mula nak tulis pasal benda lain tapi bila  tengok ada 4 orang sedang online atau baca blog aku, niat aku pun dah lari sikit.

Sebab itulah kalau kita tengok tahap-tahap syaitan saat mahu menyesatkan anak adam, pertama sekali syaitan akan menghasut kita supaya syirik iaitu dengan menyembah kepada apa-apa yang selain daripada Allah.

Sudah tentu kita tak akan ikut kata syaitan mudah-mudah, jadi kita akan menolak ajakan syirik itu. Kemudian, syaitan akan mengajak kita kepada meninggalkan kewajipan-kewajipan kita dan melakukan yang haram. Mungkin iman kita masih teguh kuat, jadi kita pun menolak hasutan syaitan.

Kita beramal.

Dan nah, syaitan pun cucuk jarum paling halus iaitu dengan menyeru dan mendatangkan rasa riak, ujub, dan segala mak nenek penyakit hati.

Sebab itulah dalam al-Quran, dalam surah an-nisa' ada ayat yang menyebutkan tentang sumpah bangsa iblis ni, iaitu mereka mahu menyesatkan semua anak adam, kecuali golongan mukhlisin sahaja yang terselamat.

Golongan mukhlisin ini ialah golongan yang ikhlas. Ikhlas dalam berbuat sesuatu apa-pun. Tak ada keterikatan dengan keduniaan. Dipuji tak bertembah, dikeji tak berkurang.

Orang suka pun dia tak terkesan, orang benci lagilah dia tak peduli. Itu baru ikhlas, sebab dia tahu, yang dia beramal ni, dia nak supaya Allah terima. Dia nak Allah yang puji, Allah yang pandang. Selagi mana benda tu baik dan betul, jadi setiap kejian atau kritikan dia akan tolak dengan penuh cermat dan hemat.

Tapi itulah, nak jadi orang yang ikhlas ni bukannya mudah sebab ikhlas tu peranan hati. Nak memiliki hati yang suci, perlu selalu dicuci. Nak cuci hati, perlu kepada ilmu. Nak ilmu, perlu cari... bukannya dengan berangan-angan.

Masalah kita ni, kita banyak angan-angan. Dalam urusan dunia pun tak habis berangan, dalam urusan akhirat pun serupa. Nak kereta besarlah, cincin berlianlah, pasangan yang romantiklah, macam-macam... tapi dalam urusan akhirat pun kita angan-angankan syurga.

Tapi amalnya mana?

Sebab tu Nabi kata orang yang berangan-angan nakkan syurga tapi tak beramal untuknya, ialah orang yang gila. Otak tak waras.

Macam mana nak kenyang kalau tak mahu makan?

Zaman ini kita diuji dari segenap sudut. Atas bawah kiri kanan, musuh-musuh Allah sedia untuk menarik picu mahu menembak kita. Lalai sikit, kenalah.

 

Hangat-hangat tahi ayam

Hangat-hangat tahi ayam
Kampung-kampung aku pun, aku tak pernah dengan sengaja pergi pegang taik ayam. Kalau terkena tu, tu pun aku tak ingat. Jadi aku tak tahu betul ke yang tahi ayam ni hangat cuma aku tahu, hangat-hangat tahi ayam ni bahasa orang tua-tua kita dulu bagi mengambarkan sikap mudah putus asa.

Boleh saja tahi ayam tu ditukar kepada ais kacang ke, sebab ais kacang pun cepat saja cair kalau kena panas. Tapi bila guna perkataan tahi ayam ni, mudah-mudahan orang kita sedar bahawa sikap mudah putus asa ni sebenarnya sifat yang busuk. Sifat yang kalau ada pada kita, patut kita buang dan cuci daripada diri kita.

Aku sendiri pun macam tu juga. Haritu dah semangat nak kembali aktif main blog ni. Sebab aku rasa kehilangan sesuatu dari sisi spiritual bila dah lama tak blogging ni. Senakal-nakal, selagho'-lagho' aku inipun, bila menaip, aku akan refresh semula apa yang aku pernah dengar, baca dan belajar daripada orang-orang alim kita ni.

Mungkin post kali ni just nak intro balik je.

Nak ingatkan diri aku supaya jangan hangat-hangat tahi ayam bila rasa nak buat benda baik. Semangat tu dah ada, bagus. Tapi semangat saja tak jadi apa. Panas membakar sekalipun kalau tak digunakan kejalan yang elok dan baik, maka akan membakar diri sendiri juga.

Umat islam hari ini memang bersemangat. Terbukti dalam banyak situasi. Antaranya, dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang hampir tiap-tiap bulan dianjurkan. Tapi itulah, orang saja ramai tapi macam robot-robot yang berkumpul sahajalah.

Bercakap bahasa mesin, menjerit-jerit guna bahasa teknologi. Tak jelas matlamatnya. Tu tak termasuk lagi yang jenis hero melayu. Habis semua orang dia maki hamun, disumpah seranah dan dicarut-carutkan. Pulak tu ada yang sampai menyakiti dan melakukan kerosakan pula pada orang yang tak bersalah apa-apa.

Semangat ada, tapi macam bangang pun ada.

Kalau singgah surau R&R pun lebih kurang juga suasana. Boleh nampak 2 atau 3 jemaah solat sedang berjemaah dalam satu masa yang sama. Ada di penjuru situ, ada di penjuru sini, ada sana, ada sini. Pendek kata memang penuh surau tu dengan lambakan orang yang solat berjemaah. Berterabur jugalah.

Itu menunjukkan bahawa orang kita ada semangat yang tinggi untuk solat, tapi ilmu tak ada tu pasal jadi dua imam dalam suatu masa tu. Padahal benda tu Nabi larang. Elok-elok nak buat pahala jadi berdosa pula.

Hangat-hangat tahi ayam ini macam itu jugalah. Semangat ada, tapi tak kekal lama. Pasal apa tak kekal lama? Pasai tak mau mengaji!

Buat sesuatu kalau sebab semangat, memang akan jadi once-off sahajalah. Cuba kalau buat sesuatu kerana ada ilmu, insya-Allah, benda tu akan terasa lebih mudah, seronok, hepi dan tak meragukan.

   

Lembiknya aku

Lembiknya aku
Selepas berbulan-bulan, alhamdulillah aku kembali menulis.

Nak kata aku terlampau sibuk, aku rasa itu cuma alasan yang aku cipta sendiri. Mana ada aku sibuk mana. Sempat je nak main game. Sempat je nak tengok YouTube. Dan paling obvious, sempat je nak buat benda yang tak berfaedah.

Busy apa macam tu.

Orang yang sibuk, ialah orang yang sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Macam yang Nabi pernah kata, orang yang paling bijak ialah orang ingat mati dan bersedia untuknya.

Kita memang akan ingat mati. Lagi-lagi bila berada di luar rumah. Mana nak mula memandu, kita baca doa. Bila nak naik kapal terbang, nak makan, dan sebagainya. Tapi kita lupa, mati itu boleh datang dari atas tilam kita, atas katil kita.

Saidina Khalid al-Walid sendiri walaupun banyak kali menyertai dan mengetuai legasi perang, dan sentiasa meminta untuk mati di medan pertempuran, akhirnya Allah tarik nyawa beliau di atas katil. Nak katanya, orang yang pergi berperang pun tak mati, tapi orang yang berehat pula mati.

Takut pula kalau mati dalam keadaan mengejut.

Perkataan 'mengejut' itu sebenarnya alasan kita. Kita saja yang kata terkejut, tapi awal-awal lagi Allah sebut, "Setiap yang bernyawa akan merasai mati". Maknanya sejak mula lagi kita dah diingatkan yang kita akan mati. Bila-bila masa, dimana-mana saja.

Yang sakit akan mati, yang tak sakit pun akan mati. Di Gaza ada mati, di negara haram Israel pun ada yang mati. Di Malaysia pun ada yang mati.

Mati sama-sama pun, alam barzakh tetap lain-lain. Even kalau mati tanam berkongsi liang lahad sekalipun nanti kalau hidup dalam alam kubur, malaikat akan tanya sorang-sorang. Time tu yang akan jadi peneman cumalah amal soleh yang kita buat.

Yang kita semua dah hafal dan maklum, 3 amalan yang berterusan. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa daripada anak soleh. Kata professor Muhaya, pencen kubur. Dah masuk kubur tapi amal masih berterusan.

Kita hidup ni kalau nak ukur sibuk dengan meter, kita akan berikan 9/10 markah bagi sibuk. Banyak sangat benda yang seronok atas bumi ni. Kalau tak hiburan pun, kita akan habiskan banyak masa untuk rehat. Sampailah bila dah terlalu lama, kita sedar bahwa kita dah bazirkan terlalu banyak masa lampau kita untuk sesuatu yang tak ada kesan baiknya kepada kita di hari ini.

Menyesal masa tu tak ada guna. Menangislah pun, orang cuma mampu nak kasihan. Nak tolong tak mampu, sebab nanti bila mati, semua kita akan menghadapinya sendirian. Sayang-sayang isteri pun, dia tak akan tidur di kubur kita nanti.

Apatah lagi kalau setakat kekasih. Belum jadi isteri lagi bolehlah nak sayang sepenuh hati, tapi tak sedar dosa maksiat tu akan jadi penyesalan nanti.

Ni pun Ramadhan dah berlalu. Baru beberapa hari tapi ada rasa kesal, rindu dan sayu dah bertempek. Bukan apa, takut tak sempat jumpa Ramadhan tahun depan. Dan kalau jumpa pun, takut nanti tahun depan kita pun mungkin tak semangat macam tahun ni.

Hidup ni banyak sangat fitnah. Fitnah as ujian. Kalau masa student, ujian dia lain. Masa kerja, ujian dia lain. Masa miskin, ujian dia lain. Masa kaya, lain. Masa single, lain. Dah kawin pun lain. Sekejap pass, most of the time akan goyang.

Harini kita boleh solat subuh berjemaah, esok belum tentu. Bila tak mampu, mulalah buat alasan sendiri untuk menutup rasa bersalah kepada diri. Rasa bersalah itu sebenarnya anak kunci kepada perubahan. Orang yang nak berubah jadi lebih baik mesti terlebih dahulu rasa kesal.

Sebab tu orang yang ketawa riang, berjoget menyanyi tu semua hidup dia nampak seronok je.

Sekarang inipun aku perlu banyak muhasabah diri sendiri. Aku rasa teruk dan bersalah dengan diri sendiri. Banyak sangat masa muda yang aku dah bazirkan kepada benda yang tak ada manfaat kepada diri aku. Aku doa, mohon supaya masa yang ada ni bolehlah aku gunakan untuk dekatkan diri kepada Allah.

Manalah tahu, satu hari nanti Allah buka jalan kepada aku untuk berbai'ah dengan Imam Mahdi dan ikut sama berjihad. Tapi takut pula kalau tak ready, takut time tu free-free je kena tipu dengan dajjal.

Setakat para sahabat itu pun Nabi suruh diorang berdoa mohon perlindungan daripada fitnah dajjal. Inikan pula kita.

Adoi. Lembiknya aku.
 

Nasihat buat adik-adik SPM

Nasihat buat adik-adik SPM
Sepatutnya post ni aku tulis dah lama, tapi sekarang baru aku ada masa. Serabut juga kalau dah berbelas-belas orang PM aku di Facebook untuk bertanya soalan yang sama. Mula-mula tu memanglah macam excited je nak share pengalaman dan pengetahuan tapi kalau benda yang sama, aku rasa baik aku tulis siap-siap skema jawapan aku.

Dah beberapa orang tanyakan aku tentang peluang pekerjaan sebagai seorang jurutera penyelenggaraan pesawat berlesen. Perkataan 'berlesen' tu terpaksa aku highlight kan di sini kerana dalam bidang aviation, lesen itulah sebenarnya yang ada nilai.

Lainlah kalau nak ambil aeronautic ke, atau apa ke, tetapi kalau sebut aircraft engineering, you must go for a license. Diploma, degree, or higher pun... semua tu macam tisu nak buat lap hingus sahaja. Sorry kalau perkataan ni macam menghina tapi dah berapa ramai orang yang ada cita-cita nak jadi Licensed Aircraft Engineer (LAE) tapi end up kerja di Tesco.

Ada seorang akak tu (makcik la kut) hantar mesej kat aku, tanyakan tentang cara-cara, ruang-peluang, dan beberapa perkara tentang pekerjaan aku sekarang. Rupa-rupanya dia tanyakan bagi pihak anak dia yang baru dapat keputusan SPM.

Sembang-sembang, aku dapat tahu yang anak akak tu sebenarnya berminat nak jadi doktor tapi mak dia ni risau, kalau terjadi lambakan doktor. Entahlah. Bab lambakan doktor atau pengamal perubatan tu, aku tak reti nak komen. Tapi memang sewajarnya seorang ibu risaukan anak dia kut-kut anak dia nanti menganggur tak dapat pekerjaan. Tak ada kerja pun, hutang pendidikan dah sedia ada. Tu yang semua orang takut tu.

Lalu aku suruh akak tu tanya anak dia betul-betul, kenapa anak dia nak ambil medik. Bagi aku, itu satu soalan yang sangat penting, yang perlu dijawab dengan bersungguh-sungguh dan jujur.

Kenapa aku nak jadi ______ ? (isikan dengan cita-cita anda).

Akhirnya mak dia dapat jawapan,

"Saya bukan tak tahu dengan risiko untuk tidak mendapat pekerjaan tu. Tapi saya mahu jadi doktor kerana saya lihat masih ramai orang yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Saya mahu berbakti dan membantu mereka yang memerlukan bantuan itu"

Sekarang aku dah tak tahu samada mak cik tu masih nak minta anak dia pursuit his dream, atau satisfied her dream.

Back in 2010, aku kenal seorang adik (perempuan la of course) yang bagitahu aku dia bercita-cita nak jadi pramugari. Kalau tak dapat jadi pramugari, dia nak jadi model.

Aku tanya soalan yang sama; kenapa?

Dia jawab, kerana dia suka. Suka-suka.

Agak lama juga aku cuba nak fahamkan dia, tapi at least, walaupun dah bertahun-tahun kami lost-contact, aku tahu yang dia tak jadi pramugari atau model. Alhamdulillah.

Adik-adik, korang perlu ingat yang pekerjaan kita di dunia ini ada kesan yang sangat besar kepada kehidupan kita di akhirat. Kalau di dunia kita kerja baik dan baik-baik, maka kehidupan di akhirat kita akan baik, dan baik-baik.

Ada 2 benda di sini. Kerja yang baik, dan baik-baik dalam bekerja.

Kerja yang baik ialah pekerjaan yang tidak mengundang unsur syubhat, tidak menyukarkan kita daripada beribadah, dan tidak menghalang kita daripada melakukan tuntutan agama. Sudah tentulah kerja-kerja yang secara langsung haram itu, kita maklum.

Saya sebenarnya bersimpati dengan jalan yang dipilih oleh adik-adik, kakak-kakak, dan saudari kita daripada bidang permodelan, pelakon, penyanyi, dan pramugari kerana unsur syubhat yang sangat 'keras'.

Antaranya ialah terpaksa memakai uniform yang jelas tidak menutup aurat hinggakan beberapa kali saya berselisih dengan kakak kita yang pakai tudung kepala, tapi kain belah dipakainya nampak ke pangkal peha. Jadi saya tanya kepada kawan saya, "Kenapa dia pakai tudung kalau kain belah nampak peha?"

Mudah jawab kawan saya, "Sebab nak tutup kepala".

Tapi jangan marah. Saya tidak memandang rendah kepada mereka. Saya hanya bersimpati. Macam seorang abang ni. Dia seorang pramugara. Saya kenal dia melalui seorang orang tabligh yang saya jumpa di sebuah surau. Sembang-sembang dengan brader tabligh tu, dia buka cerita,

"Eh, awak duduk kat Taman Bunga kan? Kenal tak dengan Mat. Dia pun selalu keluar 40 hari. Karkun juga tu tapi tak ada janggutlah. Cabin crew mana boleh simpan janggut", dia berseloroh sambil tangan dia melurut-lurut janggutnya yang panjang macam janggut original Ustaz Azhar Idrus.

Saya tak payah cari pun si Mat tu, kerana memang di surau tempat saya tinggal sekarang, Mat itulah antara orang yang paling bersegera untuk solat berjemaah!

Tapi dia pramugara. Sebab itulah saya kasihan, bila memikirkannya. Saya tak salahkan dia kerana boleh jadi, dia pun tidak bersetuju dengan beberapa perkara dan tidak suka pun dengan kerja mereka.

Tapi macam orang yang kerja di kilang Carlsberg Shah Alam itulah. Walaupun ada persatuan pekerja muslim sekalipun, itu tidak membersihkan bau arak yang terkena pada duit gaji mereka, kerana ini bukan soal darurat.

Kalau darurat itu lainlah. Jadi doktor pun kalau sengaja suka-suka nak pegang pesakit sedangkan boleh berlapik, tapi malas nak berlapik, pun sama tak boleh. Sebab pilihan.

Pilihan sentiasa ada kepada kita. Lagi-lagi buat korang yang muda-muda. Buat pilihan hari ini, kerana hari esok ialah hasil daripada pilihan kita pada hari ini.

Dan sebaik-baik pilihan, ialah pilihan yang dibuat dengan neraca pertimbangan akal dan hati. Bukan berat sebelah. Ikut logik nanti lupa soal qada' dan qadar. Ikut hati nanti bertuan kepada nafsu dan mementingkan diri sendiri.

Jadilah apa-apa yang korang suka. Ada seorang doktor haiwan tu pernah tulis di blog beliau, " Anda tak perlu menjadi doktor haiwan, tetapi cukuplah jika anda menyayangi haiwan".

Maksudnya, semuanya bermula dengan minat dan niat yang betul.

Macam Mat Lutfi cakap, "Tak semestinya kita kena jadi wakil rakyat untuk kita tolong orang".

Walaupun macam tak ada kena mengena sangat, tapi aku nak tegaskan balik dua point aku, iaitu carilah kerja yang baik, dan baik-baik lah dalam bekerja.

Jadi ustaz sekalipun, walaupun kerja yang baik, tapi tidak jujur untuk mencegah kemungkaran, maka itu pun tak ada nilainya.

Kerja yang baik, perlu disertakan dengan baik-baik dalam bekerja. Kalau kerja yang mahu dipilih itu tiada salah satu komponen itu, maka tak payahlah buat pilihan 'hari ini' untuk esok, kerana takut 'esok' sudah terlambat untuk pusing kembali.

(tak tahulah korang faham ke tak).

   

This worldly life has an end.

This worldly life has an end.
Allah ciptakan dunia untuk manusia,
Tapi manusia diciptakan untuk akhirat.

Manusia akan rosak bila mencari dunia, tetapi akan bahagia bila mencari akhirat. Manusia juga tidak akan mendapat dunia jika mereka mencarinya, tetapi mereka akan mendapatkan dunia jika mereka tidak mencari akhirat. Kerana sememangnya, itulah tujuan Allah ciptakan dunia.

Untuk berbakti kepada kita. 

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, "Dunia ini ialah penjara bagi orang beriman, tetapi syurga kepada orang kafir"

Memberi gambaran bahawa hanya orang kafir sahaja yang akan tergila-gilakan kesenangan dunia.

Padahal di dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, "Jika dunia ini adalah lebih bernilai daripada sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi setitik air pun kepada orang kafir".

Betapa Nabi nak menegaskan kepada kita bahawa dunia ini sementara. Keseronokannya hanya sementara. Pesonanya hanya sementara. Keindahan, kemahsyuran, dan kemewahan, semua itu sangat sementara.

Kerana itulah apabila Baginda menerangkan tentang dunia, Baginda menyatakan bahawa dunia ini adalah perhiasan sahaja. Dan sebaik-baik perhiasan itu adalah isteri (pasangan) yang solehah.

Ibnu Hajar al-asqalani ialah antara ulama yang Allah berikannya kelebihan rezeki. Satu hari, beliau terserempak dengan seorang yahudi (kafir) miskin di jalanan.

Yahudi itu berkata kepadanya, "Bukankah kata kamu dunia ini ialah syurga kepada orang kafir dan pejara kepada orang beriman? Maka seharusnya kekayaanmu itu kamu berikan kepada aku"

Lalu jawab Ibnu Hajar, "Benar. Kerana itulah di dunia ini kamu miskin, dan diakhirat nanti kamu akan ditimpakan dengan lebih banyak kesusahan, kehinaan dan dihumban ke dalam neraka"

Ini mengingatkan kita kepada sebuah sabdaan Nabi tentang nikmat di dunia. 

Kita bukanlah dilarang daripada mencari kelebihan-kelebihan di dunia. Bahkan dalam surah al-Jumaah yang sering kita baca itupun ada perintah daripada Allah supaya kita bertebaran di bumi-Nya dan mencari nikmat-nikmat yang Allah jadikan di atasnya.

Cuma ke mana dan bagaimana harus kita gunakan dunia itu tadi. Bagaimana agar dunia yang kita pegang boleh mambawa kita kepada keamanan akhirat?

Kata ulama, dunia itu letaknya di tangan kita. Kita wajib pegang dengan kemas. Manakala akhirat pula letaknya di atas kepala kita. Wajib kita menjunjungnya dengan cermat.

Apabila berjalan, adakalanya kita hilang keseimbangan. Lalu, akhirat yang kita junjung itu pun akan terjatuh. Di saat itu, wajib kita melepaskan dunia yang berada di tangan kita lalu tangan itu digunakan untuk memegang dan menstabilkan semula akhirat di atas kepala kita.

Bila dah stabil, kutip balik dan pegang semula dunia itu. Bukan bermakna kita perlu buang dunia ini!

Bila bercakap tentang dunia, apa sebenarnya yang kita cari daripadanya? Antara nikmat dunia yang Nabi sebut dalam hadis, adalah antaranya rumah yang besar, jiran-tetangga yang baik, teman hidup yang solehah, dan kenderaan yang baik.

Tapi dalam masa yang sama, cuba kita lihat bagaimana dengan rumah Nabi.

Digambarkan bahawa rumah Rasulullah dengan Aisyah cuma luasanya sekitar 5 meter panjang dan 3 meter lebar sahaja. Tetapi apakah yang menjadikan rumah itu besar?

Benar. Yang menjadikan rumah kecil itu selesa, mendamaikan, membahagiakan, dan menyeronokkan cumalah orang di dalamnya.

Seorang Nabi, 
Dan seorang ummul mukminin.

Setiap orang mahu bahagia. Tetapi bahagia itu bukan datang daripada rumah besar, kereta mewah, atau perhiasan yang mahal, tetapi bahagia itu datang daripada jiwa yang besar.

Jiwa yang merasa kenyang dengan dunia tetapi lapar dengan akhirat.

Jom jadi kaya untuk membantu orang. Berniatlah untuk membolot nikmat dunia semata-mata untuk mendapatkan kemuliaan akhirat melalui jalan infak dan jihad. 

Tapi nasihat saya supaya kita beringat, bahawa kalau semasa kita miskin kita tak mampu bersedekah, maka percayalah bahawa jika kita kaya, lebih-lebih lagilah kita takkan mampu untuk bersedekah.

Jangan tertipu dengan niat yang mulia kita hari ini kerana iblis juga dahulu pernah mulia!
   


Motivasi buat Guru.

Motivasi buat Guru.

Saya ingat lagi masa saya sekolah rendah dulu. Satu hari, guru kelas kami suruh kami bawa bendera Malaysia ke sekolah. Ala, bendera malaysia yang pada batang dia tu ada gula-gula. Masa tu baru 20 sen sahaja.

Tapi hendak dijadikan cerita, bendera tu sudah habis. Saya merayu-rayu suruh ayah saya carikannya. Habis semua kedai di sekitar kampung kami pergi cari dan semua kedai dah habis.

Waktu tu saya masih terlalu naif. Masih budak. Jadi bila tak dapat benda yang cikgu suruh bawa, mulalah menggelabah tak tentu pasal. Saya tetap gesa, suruh dan meragam minta ayah carikan juga sampai dapat bendera Malaysia tu. Seakan-akan saya tidak faham perkataan 'tidak ada'.

Saya rasa semua orang pun begitu. Masa kita kecil, kebanyakan kita ni menganggap arahan, suruhan, dan kata-kata daripada guru adalah lebih bernilai daripada kata-kata, arahan dan suruhan daripada ibubapa kita sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita dapat guru yang tegas.

Lagilah kita taat. Tapi itu dahulu. Zaman 90-an. Sekarang ni anak murid tak buat kerja sekolah pun guru-guru tidak boleh marah mereka. Kalau cikgu hukum anak murid, nanti cikgu pula akan dihukum oleh sistem pendidikan yang makin lama, makin jauh daripada falsafah pendidikan itu sendiri.

Sistem yang membuncitkan perut orang atasan dan mencekik leher-leher orang di bawah. Saya ada dua orang kakak yang bergelar cikgu, dan seorang kakak ipar yang juga seorang guru. Jadi saya cukup masak dengan setiap keperitan mereka kerana memikul tugas mendidik.

Hakikatnya cabaran mendidik di tahun 2000 sudah jauh berbeza. Kita tidak boleh menggunakan tools yang sama untuk memperbaiki kerosakan yang sama.

Tetapi kasih-sayang tetap merupakan alat pertukangan yang paling kuat untuk membina manusia.

Pendidikan ialah pertukangan. Saya pernah membaca satu kata-kata hikmat,

"Membina seorang kanak-kanak adalah lebih mudah daripada memperbaiki orang dewasa"

Kerana membinalah, tugas perguruan jadi mulia.

Kerana guru hakikatnya ialah pendakwah. Pendakwah yang paling berpengaruh kepada anak-anak didiknya.

Saya teringat semula kepada semua cikgu-cikgu saya terutamanya cikgu-cikgu masa saya sekolah rendah. Berkat usaha mereka mendidik anak-anak kampung inilah, saya dan kawan-kawan berjaya. Saya tidak boleh katakan bahawa anak kampung ini semuanya berjaya. Tidak. Tetapi saya boleh berbangga kerana anak-anak kampung ini semuanya menjadi manusia.

Tiada yang perjalanan hidupnya sangkut kerana dadah, jenayah, rompakan, gangster, dan seumpamanya.

Semua anak-anak kampung ini menjadi manusia, walaupun ada yang menjadi peneroka, penternak, mengambil upah membuat kerja-kerja kampung, dan seumapanya. Tapi kami memegang kata-kata mereka (guru-guru kami dulu) supaya menjadi manusia yang kewujudannya tidak menyusahkan orang lain.

Guru-guru, kalian adalah pendakwah. Dakwahmu ialah dengan kasih sayang, keprihatianan, dan perhatian.

Jika satu hari, kamu melihat anak muridmu berduka, maka pujuklah dia. Berkongsilah duka dengannya.

Jika satu hari, kamu melihat anak muridmu membuat salah, maka nasihati dia. Jangan malukannya di depan sahabatnya. Tapi bawalah dia ke kantin, kenyangkan perutnya, kemudia barulah nasihatinya dengan sentuhan cintamu.

Jika satu hari, kamu lihat anak muridmu menangis, maka kesatlah air matanya. Jangan biarkan jiwa yang dahaga dengan kasih sayang itu kering daripada sesuatu yang dia berhak untuk mendapatkannya.

Jika satu hari, kamu lihat anak muridmu malas, degil, nakal, lembap dan seumpamanya, maka fikirlah bagaimana mahu menyentuh hati mereka. Mereka tidak diciptakan oleh Allah untuk bersifat sebegitu, tetapi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka berubah menjadi begitu.

Guru-guru perlu ingat bahawa kejayaan anak-anak kita bukanlah atas ukuran akademik semata-mata tetapi yang lebih penting ialah kepada pencapaian agamanya. Jangan ghairah mengejar A+ dalam subjek yang kita ajar sahaja.

Sebaliknya kita perlu melihat mereka sebagai ulama kecil.

Seorang anak kecil yang bakal menjadi ulama, profesional, dan khalifah.

Jangan racun fikiran mereka untuk mengejar tempat di tengah-tengah masyarakat.

Jangan racun fikiran mereka untuk mengejar pekerjaan yang hebat.

Jangan racun mereka dengan mimpi yang indah-indah hingga terlupa realiti bahawa hidup ini akhirnya akan ada penamatnya.

Apalah salahnya jika kita mengajar mereka solat, membaca Quran. sekalipun kita bukan ibubapanya. Dan apalah salahnya kita mengingatkan mereka dengan solat dan menyemak jadual solat mereka, walaupun kita bukanlah orang yang bertanggungjawab untuk menjaganya.

Benar firman Allah,

"Jaga dirimu dan ahli keluargamu daripada bakaran api neraka"

Tapi hari ini kita melihat sesetengah ibu-bapa sedang 'membakar' anak-anak mereka, dan adakah kita akan terus membiarkannya sahaja?

Allah sedang memuliakan kalian dengan peranan mendidik. Berbanggalah dan bersyukurlah dengan kemulian itu.

Seni Berhijrah

Seni Berhijrah
Saya jarang ambil tahu pasal artis kecuali mereka-mereka yang sudah berhijrah sahaja. Itupun bukannya saya yang rajin nak google nama-nama mereka, tetapi kerana rakan Facebook saya yang share berita dan kisah mereka di wall-wall mereka.

Satu kisah artis berhijrah yang mengejutkan saya ialah bilama seorang artis wanita yang telah berhijrah (masya-Allah tabarakallah), 'diserang' oleh bekas teman lelakinya. Bekas teman lelakinya itu memuat naik komen-komen yang menjijikkan di akaun twitter beliau dengan salah satunya ialah dia berbangga-bangga kononnya dia pernah meniduri wanita itu.

Pernah berzina.

Kalau ikut hukuman hudud, kenyataannya itu akan menyebabkan dia dihukum. Saya tak tahu jantan bodoh itu sudah berkahwin ke belum, tapi orang kata dia itu juga ialah artis. Patutlah berani.

Artis memang berani. Saya rasa itu satu-satunya nilai baik yang ada pada golongan artis, iaitu keberanian. Terlalu berani sampai ada yang sanggup menjual dunia dengan menjadi manusia munafik.

Dalam satu filem, dia berlakon menjadi watak seorang ustaz. Semua orang dia tegur dan nasihat. Tetapi 30 minit selepas itu, di channel yang lain, 'ustaz' itulah yang peluk betina.

Perempuan juga begitu. Dalam drama, bukan main kata "Saya tak bersalam dengan lelaki", tetapi dalam drama yang lain, bukan setakat salam, berpeluk sampai dicium lelaki pula.

Munafik, walaupun mereka katakannya sebagai seni.

Munafik, walaupun mereka dakwa itu ialah tugas mereka, atau tanggungjawab mereka kepada syaitan hiburan!

Niat awal saya sebenarnya bukanlah mahu membebel tentang artis. Jauh sekali mahu membenci mereka. Cuma saya kasihan dengan mereka. Ada artis yang telah 10 tahun berhijrah, tetapi sampai hari ini adengan peluk-cium mereka ditayangkan di layar televisyen.

Di rumah-rumah, orang menonton keaiban mereka walhal orang yang sama itu sebenarnya sedang beribadah di dalam rumahnya.

Kasihan bukan.

Maka janganlah lorongkan anak-anak kita ke arah jalan ini. Jalan syubhat yang nanti akan membuatkan diri kita sebagai ibubapa, kesal. Dalam liang lahad, kita dihimpit dan dibiarkan dalam kegelapan. Tiada doa daripada anak-anak yang popular itu kerana status ibu-ayah kepada artis bukanlah perisai daripada siksa kubur yang nyata.

Nauzubillah.

Sebab itulah artis wajib berubah. Wajib bertaubat. Tinggalkan zaman kegilaan dahulu. Tinggalkan zaman liar kamu. Berubahlah. Mintalah keampunan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Saya percaya bahawa semua orang mahu jadi baik. Tak semua yang melacur kerana sukakan seks. Tak semua yang berpakaian seksi tidak tahu bahawa hukumnya haram. Tak semua yang berjudi kerana tidak tahu harta itu haram. Tak semua yang minum arak kerana suka dengan rasanya.

Tetapi ada 5 musuh kita yang mendampingi kita. 5 musuh yang menyebabkankan kita duduk di kerusi kita sekarang. 5 musuh yang menyebabkan kita berdiri di dalam kandang pesalah, menunggu si hakim menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada kita!

Pertama, orang islam.

Kedua, orang kafir.

Ketiga, orang munafik.

Keempat, nafsu.

Kelima, syaitan.

Manusia terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama, manusia yang menjadi hamba Allah. Kedua ialah manusia yang menjadi hamba dajjal.

Golongan kedua ini termasuklah orang islam yang pada zahirnya, bersembahyang juga, berpuasa juga, membayar zakat fitrah juga, ke umrah juga, tetapi tidak suka melihat orang lain mahu menjadi baik. Dia seakan-akan tidak mahu orang lain masuk syurga. Kalau boleh, biar orang itu masuk neraka atau biar mereka sama-sama masuk neraka.

Adapun nafsu dan syaitan pula adalah musuh dalaman kita. Yang tidak kita nampak, tetapi hanya akan ditewaskan apabila kita hati kita mula merasa "Allah nampak aku".

Setiap yang berharga ada nilainya. Cincin berlian ada harganya. Beribu-ribu ringgit tu.

Tapi cuba kita tengok najis dan air kencing kita. Ada harga tak? Kalau najis lembu mungkin ada yang sanggup membelinya untuk dibuat baja, tetapi najis kita bagaimana? Cubalah membawa najis kita ke pasar malam untuk diniagakan. Pasti kita akan dibelasah dan dicaci-maki oleh pengunjung.

Begitulah penghijrahan. Seperti cincin berlian. Ada harga yang perlu kita bayar.

Kita nak berhijrah, kita kena bersedia untuk berdepan dengan manusia. Setakat kata-kata, "Poyolah kau", "Dulu kau lagi jahat daripada aku", "Wah, dah jadi ustazah ya kau sekarang", ialah antara skema yang serupa yang hampir semua orang yang melalui proses ini akan lalui.

Kuatkanlah diri.

Jangan dengan kata-kata semurah itu kita sudah menjadi terlalu terluka, mengalah, dan kalah.

Ingat, syurga itu ada harganya.

Bezanya, kamu sedang membayar untuk memasukinya dan mereka pula sedang membayar untuk keluar daripadanya!

   

Haza min fadhli rabbi.

Haza min fadhli rabbi.
Lama saya tak update blog. Bukan sebab sibuk, tapi lebih kepada malas. Tak ada mood, dan tak ada idea.
Lebih-lebih lagi, saya baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru. Jadi malas nak keluarkan laptop daripada dalam kotak, pasang atas meja. 

Alhamdulillah. Sebenarnya sudah 2 minggu saya mendapat kerja baharu. Kawan-kawan facebook saya mesti tahulah sebab kasihan mereka, mesti selalu naik atas notification mereka cerita pasal kerja saya. Haha.

Masya-Allah Tabarakallah.

Sungguh, terlalu banyak sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada saya. Secara umumnya, kepada kita. Benarlah kata Allah, kalau kita mahu mengira nikmat Allah satu per satu, nescaya kita takkan mampu. Dan kalau daun-daun kering atas muka bumi ini hendak dijadikan pena dan lautan luas pula dijadikan dakwat, pun tetap takkan mampu kita menulis semua nikmat itu sekalipun ditambah dengan dua atau tiga lagi lautan dakwat.

Sebab itulah Allah memberikan amaran,

Jika kita (telah) bersyukur, maka akan ditambah segala nikmat itu. Tetapi jika kita tidak bersyukur (kufur), maka azab Allah amatlah pedih.

Allah tidak menyatakan bahawa jika kita tidak syukur, nikmat itu akan ditarik. Dalam beberapa kes, makin seseorang itu kufur, bongkak, dan makin tidak bersyukur, makin banyak pula nikmat yang Allah beri kepada dia.

Ia dah jadi terbalik. Makin jahat, makin banyak nikmat. Inilah namanya Istidraj.

Nauzubillah.

Istidraj ialah hukuman mati dan siksaan yang ngeri. Wajib kita berjaga-jaga dan mohon perlindungan dengan Allah agar kita tidak diuji atau dihinakan dengan istidraj ini.

Hari ini, cuba kita bermuhasabah. Kita lihat diri kita. Apa nikmat yang Allah beri, dan berapa pula daripada nikmat-nikmat itu telah kita syukuri.

Untuk bersyukur, tidak cukup dengan sekadar lidah kita menyebut kalimah alhamdulillah. Kesyukuran juga perlu dibuktikan dengan amalan dan hati kita. Bagaimana?

Iaitu dengan kita menggunakan segala nikmat yang Allah beri itu di jalan yang Allah redhai. Kita gunakan nikmat Allah itu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Contohnya, nikmat pekerjaan.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa memiliki pekerjaan juga ialah sebuah nikmat yang besar. Hari ini, berapa juta orang yang menganggur? Keluar-keluar universiti, tak ada pekerjaan menunggu. Jika ada satu kekosongan, yang memintanya seribu. Maka yang selebihnya hanya bergelap mata dan kembali mencari.

Kalau dapat kerja pula, gaji yang diberikan pula tak seberapa. Gaji yang sedikit itu pula perlu perlu digunakan untuk membayar hutang sini-sana, termasuklah hutang pendidikan dan sebagainya.

Kerana itu saya cukup menyampah dengan segelintir pekerja yang sudah diberikan pekerjaan, tetapi bekerja secara lewah. Masuk kerja lambat, balik kerja awal. Masa bekerja, dia berborak. Lebih buruk, ber-Facebook. Ada pula yang hilang sifat amanah, dengan membuat claim palsu.

Dan seumpamanya.

Jika begitulah kualiti kerja kita, maka berhentilah. Perbuatan kita mengabaikan amanah sebagai pekerja ialah sebuah bentuk kezaliman kita kepada orang lain kerana seolah-olah, di ketika ada orang yang lebih berhak untuk duduk di kerusi kita, kita telah merampasnya daripada mereka!

Ada juga yang tak bersyukur punyai pasangan hidup. Natijahnya, berkahwin tak lama sudah berperang. Mula-mula hanya perang dingin kemudian melarat sampai akhirnya bercerai berai. 

Semuanya kerana hati kita tidak pandai bersyukur. Bersyukurlah kerana Allah berikan kita seorang teman dalam hijrah kita. Perkahwinan ini tujuannya ialah supaya diri seseorang individu itu makin dekat dengan Allah, bukannya makin menjauhkan.

Amat malang sekali seseorang yang jika dahulunya, jauh dengan Allah tetapi selepas berkahwin, jaraknya dengan Allah bertambah jauh.

Bercakap soal nikah, saya mohon kalian doakan saya kerana saya juga menyimpan hajat yang besar untuk menyunting seorang bidadari yang sejujurnya, terlalu tidak layak untuk diri ini untuk menghampiri sekalipun selangkah. Insya-Allah, jika maharnya ialah ketaqwaan, maka diri ini telahpun diserahkan untuk pengabdian kepada Khaliq.

Ok baik. Tinggalkan bab nikah.

Saya selalu bertemu dengan orang-orang yang rabun daripada melihat nikmat Allah keatas dirinya. Rabun dekat, kerana matanya cerah sahaja untuk melihat nikmat Allah kepada orang lain.

Contohnya, apabila mulutnya mengungkap, "Untunglah dia menang hadiah cabutan bertuah", sedangkan dalam masa yang sama, dia sedang menikmati gaji yang besar di posisinya.

Padahal 'cabutan bertuah' yang dinikmati oleh orang itu ialah sebenarnya satu solusi daripada Allah atas doanya agar diberikan kewangan untuk dia ke Mekah dan Madinah.

Dalam bab rezeki dan pemberian, usah kita memandang orang lain. Pandanglah kepada diri sendiri. 

Di saat kita rasakan orang lain lebih bernasib baik, kita kena ingat bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik.

Kerana Allah ada bermacam-macam cara untuk menjaga hamba-Nya, dan Allah ada bermacam-macam cara juga untuk menyisihkan hamba-Nya.

Dahulu, saya pernah berjumpa seorang lelaki yang tempang yang terlalu rajin solat berjemaah. Rupa-rupanya, dahulu dia seorang mat rempit yang sangat jauh dengan islam. Allah 'rezekikan' dia dengan kemalangan yang menghilangkan sebelah kakinya, maka dia segera bertaubat dan kembali kepada Allah.

Dengan harga 'sebelah kaki', dia kembali mendapatkan Islam. Bukan itu sahaja, dapat pula pekerjaan dan isteri serta anak yang baik.

Kita yang tidak kudung pula bagaimana?

Ada masa ke masjid untuk solat berjemaah?

Ada pekerjaan yang halal, atau ada anak-isteri yang solehah dan soleh?

 Ada pula orang yang melewati angka 30 tetapi belum bertemu jodoh. Di saat kerisauannya memuncak, dia sebenarnya sedang dijaga oleh Allah daripada lelaki-lelaki jahat. Dirinya pun tidak tahu kemungkinan jika dia berkahwin, suaminya kaki dadah, kaki mabuk, atau kaki perempuan.

Akhirnya bahagia yang dicari tidak ditemui, duka pula yang menjadi teman abadi.

Oleh itu belajarlah bersyukur. Segala nikmat yang Allah berikan ini ada harganya sekalipun kita mendapatnya dengan percuma. Mata yang celik, mulut yang bersuara, kaki tangan yang merasa, semua itu nikmat daripada Allah.

Gunakan deria ini untuk ketaatan, bukan untuk bermaksiat. 

Paling utama, bukan untuk memberi mudharat kepada orang.

Kerana syukur kita bukanlah untuk kepentingan Allah, tetapi syukur kita ialah untuk kita sedar siapa diri kita sebenarnya.

Tanpa Allah, apakah kita?
  

Kita sembah Tuhan yang sama, bro!

[kredit]
Ada satu persoalan yang berlegar-legar dalam ruang fikiran saya.

Agak-agaknya, boleh tak umat islam ini akhirnya bersatu?

Jika mengikutkan pada hadis, disebutkan bahawa umat islam akan berpecah sampai kepada 73 golongan yang mana hanya satu sahaja akan ke syurga iaitu ahli sunnah wal jamaah. Sedangkan yang lain ialah ahli neraka.

Maka ramai yang ambil hadis ini untuk mereka claim diri mereka sebagai pejuang ahli sunnah sejati dan mengkafirkan serta me-neraka-kan golongan yang tak sehaluan dan tak sependapat dengan mereka.

Wallahu'alam. Saya tak berani nak komen lebih-lebih kerana saya cuma orang awam. Orang biasa-biasa. Ilmu pun tak ada. Orang tak ada ilmu ni kena banyak mendengar dan menilai bukan banyak bercakap dan berdebat. Kalau tak, malu kat orang sebab nanti nampak kebodohan dan 'ke-macai-annya'.

Saya cintakan keamanan. Saya tak suka tengok orang bergaduh. Tengok gusti WWE pun saya tak suka sebab bergaduh. Lagilah saya tak suka tengok video orang bergaduh guna parang, tetak-menetak sampai terkulai tangan.

Saya juga tak suka pergi ke tempat orang serabut. Bising-bising dan berpusu-pusu. Bukan setakat pasar malam atau up-town, tapi juga kalau program yang ada jemput syeikh besar dari luar negara sekalipun, saya sanggup tak bersalam dan menguncup tangan mulia ulama kerana tak mahu bersesak-sesak yang mana akhirnya akan menyusahkan syeikh itu juga sendiri.

Saya akan serabut dengan kekecohan.

Termasuklah demonstrasi.

Saya sukakan perpaduan. Lagi-lagi sesama umat islam. Kita menyembah Tuhan yang sama, berimamkan rasul yang sama, berpandukan al-Quran yang sama, bersolatkan kiblat yang sama, tapi sayangnya hati kita bercabang-cabang.

Pada saya, umat islam perlu bersatu. Kerana dengan perpaduan sahajalah kita akan jadi kuat.

Umat islam hari ini lemah dan ditindas bukan kerana bilangan kita sedikit, tetapi kerana kita ini tidak berpegang kepada ajaran sebenar agama ini.

Kita tak ada semangat persaudaraan. Tak merasa nilai ukhuwah islamiyah. Kita bukan bercakap soal 'mendahulukan kepentingan saudara' kita. Sebab kita memang 'fail' dalam bab tu. Langsung tak macam sahabat-sahabat Nabi. Mereka sangat mencintai saudara seakidah mereka sampaikan nak mati pun, mereka sanggup dahulukan saudara mereka untuk meneguk air (dalam peperangan Yarmuk, boleh google cerita ni).

Kita ni besar kepala dan ego sampaikan untuk berlapang dada pun sudah tak boleh.

Agak-agaknya boleh mati kut kalau tak mencari kesalahan orang.

Agaknya boleh masuk neraka kut kalau kita tak mengungkit perbezaan kita dengan dia.

Agaknya boleh patah kaki, patah tangan kut kalau kita duduk semeja, minum kopi sambil berbual-bual mesra.

Hari ini, kita seakan-akan membiarkan musuh menguasai kita.

Kita tahu musuh kita orang kafir, orang munafik, Yahudi, Syiah,  syaitan dan nafsu. Tapi kita ego, kita masih nak kata musuh kita ialah orang-orang yang bukan dari jemaah kita.

Bukan jemaah aku.

Bukan kumpulan aku.

Bukan grup aku.

Sampaikan anak-anak muda tidak bersolat, kita tak rasakan itu masalah.

Anak orang islam bergomol dalam semak, itu bukan masalah.

Anak orang islam menari bogel di tiang-tiang, itu bukan masalah.

Anak orang islam berjudi, menggadaikan harta mak ayah itu bukan masalah.

Anak orang islam merasuah, merompak harta negara, menyapu licin kekayaan negara itu bukan masalah.

Mungkin inilah yang pepatah melayu kata, 'menang sorak kampung tergadai'.

Saya sangat menyokong agenda perpaduan. Perpaduan yang melepasi parti politik, manhaj pegangan, dan fikrah kumpulan.

Sebab tu ada sesetengah ustaz tu saya boikot sebab mereka bila diberi pentas agama di masjid untuk mengajak umat islam kembali kepada islam, dia mengajak umat islam kepada parti politik.

Sesungguhnya islam itu melangkaui perbezaan bangsa, budaya, politik, sosial, dan juga linguistik.

Jangan kerana perbezaan yang kecil, kita lupa musuh sebenar kita.

Islam pernah mengalami kejatuhan kerana perpecahan dalaman, dan islam juga pernah kembali gemilang dengan penyatuan dalaman. Hari ini jika kita masih ego, tidak mahu menerima persamaan dan tidak mahu berlapang dada dengan perbezaan, maka kita akan jatuh hari-hari.

Sebaliknya jika kita mula boleh berlapang dada dengan perbezaan, maka insya-Allah kita akan kembali kepada zaman gemilang kita. Lagipun dunia sudah di saat-saat hujung. Dah nak kiamat. Tanda-tanda besar kiamat pun sudah tiba. Kita kena yakin bahawa islam pada akhirnya, akan kembali berada di tempat yang tertinggi (iaitu tempat yang selayaknya ia berada sekarang).

Dan di saat itu, kita akan menjadi salah satu daripada dua kumpulan. Kita sama ada akan ikut dajjal atau kita akan ikut Imam Mahdi.

Mari kembali kepada islam. Kita wajib berlapang dada. Jangan cepat mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan kita. Kita perlu banyak bersabar. Ada orang yang menentang kerana jahil, cuma sebahagian yang menentang kerana ego.

Orang jahil perlu dibimbing. Modalnya cuma sabar dan ilmu.

Berlapang dadalah dalam berbeza pandangan.

Ingat pesan Nabi,

"Perkara yang paling memberatkan timbangan mizan di hari kiamat nanti ialah akhlak yang baik"

Jika kepada musuh pun kita disuruh berakhlak, takkanlah sesama saudara seakidah pun kita tak rasa kita perlu berakhlak?
 
(Saya menyokong sebarang agenda penyatuan dan saya menolak sebarang bentuk usaha untuk memecah belahkan kesatuan umat islam di Malaysia, antara bila seorang mufti 'menghalalkan darah' umat islam kerana kejahilannya dalam mengeluarkan pandangan peribadinya)
 

Merancang 2014 dengan terancang

Merancang 2014 dengan terancang
Cepat masa berlalu. Tak sangka sudah berubah tahun.

Tahun 2013 ialah tahun yang istimewa pada saya dan saya optimis, tahun 2014 ialah tahun yang insya-Allah lebih istimewa. Apapun, 2013-2014 cuma adalah angka. Kita tak meraikan dan tak merayakannya kerana kita ummat islam yang telah Allah muliakan dengan kalendar islam.

Tapi tak salah jika kita gunakannya sebagai satu motivasi untuk kita berganjak dan melangkah ke arah hidup yang lebih baik.

Jika ada dosa maksiat yang kita lakukan pada tahun 2013, insya-Allah kita sama-sama usahakan agar tahun 2014 ini, dosa maksiat itu kita tinggalkan.

Kita sama-sama taubat nasuha. Taubat sungguh-sungguh. Biat perancangan yang rapi. Perah otak dan fikirkan langkah-langkah yang perlu kita ambil agar dosa maksiat itu dapat kita jauh dan tinggalkan.

Kadang-kadang kita ni terlalu berfikir panjang tentang soal dunia. Padahal untuk soal akhirat pun sebenarnya kita perlu ada perancangan. Ingatlah pesanan Saidina Ali R.A,

"Kebenaran tanpa perancangan akan dihancurkan oleh kebatilan yang terancang"

Orang kafir berjaya menguasai umat islam hari ini bukanlah kerana bilangan kita sedikit. Bukan juga kerana mereka (orang kafir) itu hebat sangat pun. Mereka tetap manusia. Tetap makan, minum, berehat dan memerlukan sebagaimana kita perlu.

Cuma mereka merancang. Mereka merancang untuk mengalahkan kita.

Sayangnya, kita sendiri tidak merancang bagaimana kita hendak ke syurga.

Masa kita semakin suntuk. Tanda-tanda besar kiamat pun sudah semakin ketara. Sebenarnya kita tak perlu pun kepada tanda kerana pada diri kita ini pun sudah ada petanda. Kita masuk tahun baru masihi inipun sebenarnya ialah petanda bahawa dunia ini semakin berusia.

Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil oleh Allah untuk bertemu dengan kematian.

Insya-Allah, kita sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh agar tahun ini, kita menjadi manusia yang lebih beriman, bertaqwa, serta lebih bermanfaat kepada orang lain.

Tapi jangan cuma bermimpi, sebaliknya buat perancangan sendiri dan berusahalah untuk kearahnya.

 Allah tidak memandang kepada hasil, tapi Allah memandang kepada usaha kita.