Cuma 3 hari sahaja

'Sesaknya jalan',saya bermonolog malam tadi.Dalam pukul 2 pagi,baru saya sampai kat apartment.Laju abang saya drive,kalau tak alamatnya sampai dekat subuh lah kot.Cuti 3 hari sempena raya haji kali ni mmg bermanfaat bagi saya.

1.Semua ahli keluarga saya pulang beraya di rumah kami di FELDA JENGKA 5,Pahang. Abang sulung saya yg bekerja di Tawau pulang bersama keluarganya.Jadi rumah ibubapa saya penuh dgn kami 6 beradik+5 orang ipar+15 orang anak saudara saya!Bising?Riuh?biasalah.


(inilah anak kakak saya yg koma dulu tu.ingat tak entry pasal kakak saya(klik disitu) tu?)

2.Di kampung,tiap-tiap malam selepas magrib ada pengajian kitab oleh tuan imam di masjid.Imam tu namanya Ustaz Wahab.Mmg best kuliah dia.Tapi malangnya,seperti biasa masjid hanya akan diimarahkan dgn golongan OKU.iaitu orang-org kurang upaya kerana faktor usia.Orang tua pun yg sakit,yang tak boleh jalan,takleh berdiri dan mcm2 sakit.Adakah kita umat islam ni kena tunggu sampai umur 60tahun,kaki tak kuat,mata tak nampak,telinga pekak, atau dah cacat barulah kita tahu mencari masjid?


(Emak saya sedang ajar cucu-cucunya mengaji)

3.Ibadah korban berjalan dengan lancar.syukur alhamdulillah.Saya sekadar menjadi pemerhati sahaja.Masih belum berpeluang untuk 'hands-on'.Iyalah,saya cuma pernah sekali aja dalam seumur hidup ini sembelih binatanh.Itupun semasa sekolah menengah dulu,kursus penyembelihan.Kami sembelih ayam.

4.Hari Ahad,kami buat satu kenduri kecil.Kenduri tahlil.Jadi kami gotong-royong dgn org-org kampung.Iyalah,dapat bersilaturrahim dgn mereka.Cakap-cakap pasal silaturrahim ni,sebenarnya Allah telah menjanjikan balasan yg besar kpd orang-orang yg menghubungkan silaturrahim.Tapi,Dia juga menjanjikan balasan buruk yg dasyat kpd org-org yg memnutuskan silaturrahim!Dalam satu hadis;Balasan kebaikan yg paling segera ialah menghubungkan silaturrahim.Jika ahli rumah yg berbuat maksiat menghubungkan silaturrahim,maka harta mereka akan bertambah juga.(riwayat Ibnu Hibban,Tirmizi dan Hakim).Kebaikan silaturrahim pula ialah harta yang bertambah,dipanjangkan umur,dilepaskan dari azab neraka,dijanjikan syurga serta disayangi oleh Allah.


(dari kiri;saya yg lari dari asap sbb mata pedih,abg ipar saya,mak saya dan jiran saya)

5.Innalillah...malam sabtu,ada orang kampung saya meninggal.Orang tua yg sakit tua.Lepas zuhur,saya dapat bersama-sama bersolat jenazah pada allahyarham.Seperti biasa,lepas solat akan ada hamba Allah yg akan agih-agihkan sampul surat kpd org yg 'tolong' bersolat jenazah tu.Saya tak tahu berapa dia bagi sbb sy yerus smbung dgn solat sunat rawatib(slps zuhur).Kemudia sy ikut ke kubur(jarak rumah ibubapa sy dgn tanah perkuburan ialah selang 3 rumah sahaja).Meremang bulu roma dengar bila imam bacakan talkin.Iyalah,kita semua akan mati.Harta-benda dab anak isteri ini merupakan fitnah(ujian) kpd kita.Makanya,kita akan ditanya kelak.Tak takut ke?

Tapi ada beberapa perkara yang tak best;

1.Isnin,hari ni takde kelas.Cuma handle program orientasi pelajar junior!Kalau tahu awal-awal takde kelas tak payah datang pun takpe.Sudahlah takde kelas,terpaksa balik jam 4.30 petang pulak padahal hari lain kami balik pukul 2 petang aje.

2.Esok dan hari seterusnya,jadual kelas berubah.Saya dan kawan-kawan akan belajar di shift malam pula.Mulai pukul 12.15thgahari hinggalah 9 malam.Jadi,zuhur,asar dan magrib kami di sana.Jadi akan miss kuliah-kuliah agama yg dianjurkan surau al-taufiqiyyah.Sudahlah diri ini jahil,tak dapat duduk dalam majlis ilmu pulak!huhu

3.Seperti selalu,siapa yang tak sedih bila tengok kawan-kawan yg duduk makan semeja,belajar sekelas,tidur sekatil...eh...tak tak tak.yg tu tak...siapa tak sedih bila kawan sendiri tak solat?Bila diajak mereka jawab 'Kejap' , 'Sudah' dan apa-apa yg sama ertilah.Iya,kami sudah usahakan dan kami tak pernah putus asa mengajak.Mohon doa para pembaca sekalian agar Allah bukakan hati kami.Amin...

Raja dan pemuda yang bijaksana

Pada zaman dahulu,wujud satu kerajaan yang diperintah oleh seorang raja.Di bawah pemerintahan raja ini,negeri itu membangun dengan begitu pesat.Namun,disebalik kepesatan pembangunan negerinya,raja itu runsing akan satu masalah rakyatnya.

Masalah itu benar-benar membingungkannya.Masalah itu ialah kekosongan masjid-masjid daripada orang-orang untuk bersolat.Lalu,raja itu memanggil para pembesarnya untuk bermesyuarat membincangkan cara menyelesaikan masalah ketiadaan org yg bersolat berjemaah itu.

Lalu setiap pembesar pun memberikan pendapat mereka masing-masing.Setiap pendapat yang diberikan hampir semuanya tidak bernas.Tiba-tiba,seorang pembesar yg bernama Amin tampil memberikan pendapatnya."Tuanku,patik ada satu idea yang patik yakin akan berjaya menarik penduduk-penduduk untuk mengimarahkan masjid-masjid di negeri kita ini.Sudikah tuanku mendengarnya?"

"Hai Amin,katakan kepada beta.Semoga cadanganmu itu benar-benar baik"

"Begini,kita gunakan saja harta kerajaan yang melimpah ruah ini.Kita tawarkan kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di masjid,mereka akan diberikan 1 dirham setiap kali selesai solat"

"Erm...bagus.Beta fikir cadangamu baik sekali.Baiklah,sekarang juga kamu hebahkan dan beritahu kepada semua rakyat bahawa mulai subuh esok,semua orang yg solat berjemaah di masjid akan diberikan wang daripada kerajaan",perintah raja.

Dengan segera,berita itu disampaikan kepada rakyat.Semua orang gembira mendengar berita itu kerana mereka akan mendapat wang percuma.


(mungkin begini masjid di zaman dahulu)

Subuh keesokannya,semua masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan manusia.Selesai solat,mereka beratur untuk mengambil wang mereka lalu pulang.Begitulah keadaanya semasa waktu solat yang lain pun.

Pemberian ini berterusan sehinggalah masuk bulan yang ke 3,wang untuk diberikan kepada orang yg solat berjemaah sudah habis.Oleh kerana sudah beberapa hari tidak mendapat dirham seperti kebiasaanya,maka orang ramai pun sudah mula menjauhi masjid.Mereka tidak lagi mahu bersolat berjemaah.Lalu masjid itu lenggang seperti sediakala.

Keadaan ini menyedihkan si raja itu.Maka baginda pun memanggil para pembesarnya utk bermesyuarat sekali lagi.Lalu Amin sekali lagi tampil memberi cadangan.Dengan bersungguh-sungguh dia berkata,"Tuanku serahkan saja pada patik,patik janji dan pasti,InsyaAllah esok masjid-masjid kita akan kembali penuh kembali".

Mendengar janji Amin,raja pun memberi Amin tangunggjawab untuk menyelesaikan masalah ini.Lalu sekali lagi Amin dan pengikutnya membuat pengumuman kpd rakyat-rakyat.

Esoknya,masjid-masjid kembali penuh dengan rakyat yang mendirikan solat berjemaah.Raja itu sangat gembira dengan keadaan itu.Maka,baginda pun bertanya kepada Amin dengan rasa kagum,'Wahai si bijaksana,apa yang kamu beritahu kepada mereka hinggakan mereka dapat kembali menunaikan solat berjemaah di masjid?'

Amin tersenyum lalu dia menjawab,"Patik khabarkan kepada mereka,sekiranya mereka tidak mahu bersolat berjemaah di masjid,dinar-dinar yang pernah diberikan kepada mereka akan diambil semula oleh kerajaan.Maka sebab itulah mereka datang".

***
Para pembaca budiman,susah sangatkah kita untuk bersolat berjemaah?sedangkan Allah telah beri kita bermacam-macam nikmat.Nikmat kenderaan,nikmat payung atau baju hujan jika hujan,nikmat kaki untuk melangkah ke masjid,nikmat mata untuk melihat jalan,nikmat lampu untuk melihat dalam gelap dan sejuta lagi nikmat yang kita sendiri tak sedar.Adakah kita mahu agar Allah miskinkan kita,Allah timpakan bala,azab,penyakit,musibah dan balasan yang buruk kpd kita barulah kita mahu mengimarahkan masjid-masjid dan surau?Ketahuilah,solat secara berjemaah itu ialah fardu.Janganlah anda mengecualikan diri daripada mendatangi rumah Allah.Kini,sudah banyak masjid yang beroperasi 24 jam.Fikirlah,apa yang akan kita jawab bila ditanya oleh Allah kelak?

Kisah pemuda dan seorang alim

Kisah pemuda dan seorang alim
Pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,'Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.'

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,'Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau'.

'Tetapi,sy ada satu masalah tuan',balas pemuda tadi perlahan.'Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.'

Orang alim itu berkata,'Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku'.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

'Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak',pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

'Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?',tanya si alim itu dgn lembut.

'Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum'.

'Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain',jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.


(tangis keinsafan)

Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.
***
Jika ada sesiapa yg berminat utk mendalami islam,maka kita haruslah terima dgn hati yg terbuka.Terima keadaannya seadanya.Yang penting,azamnya itu.Sedikit demi sedikit,kita ajak dia berubah.Janganlah kita terlalu memaksa dia untuk berubah kerana takut-takut dia akan lari.Janganlah kerana sikap kita yg terlalu memaksa dan menekan menyebabkan keinginan mereka utk kembali kepada islam hancur.Oleh itu bertindaklah dengan kesabaran dan penuh bijaksana.Ingatlah,yang memberi hidayah bukannya kita tetapi Allah.

Ustaz Jalal (part2)

Akhirnya,selepas berfikir apakah jawapan yg paling sesuai atas pertanyaan muridnya itu,ustaz Jalal menjawab dgn mengemukakan satu soalan pula kpd muridnya,'Jika dalm peperiksaan,siapa yg akan dapat nombor 1?Adakah org yg dapat nombor 1 lebih hebat atau org yg dapat no 2 lebih hebat?'.

'Mudah sekali ustaz.Sudah tentulah org yg dapat no 1 dalam peperiksaan itu lebih hebat drpd org lain!',jawab Mizan.

'Iya.Begitu juga lah dgn susunan rukun-rukun islam.Jika kamu lihat turutan dari nombor 5 hingga nombor 1,kamu akan lihat turutannya ialah haji,kemudian zakat,puasa,solat 5 waktu kemudian barulah mengucap 2 kalimah syahadah.Susunan ini juga ada makna yg tersembunyi.'

Murid-murid mengangguk-angguk tanda faham.Mereka benar-benar berminat dan ikhlas menuntut ilmu.

'Rukun islam kelima iaitu haji.Bagi ramai org,kalau kita tanya mereka,mereka akan kata hajilah ibadah paling susah!sebenarnya,hajilah paling mudah.Kerana haji cuma wajib sekali seumur hidup sahaja.Kemudian haji juga hanya dilakukan setelah cukup syarat-syaratnya.Seumur hidup sekali,susah tak?antara syarat haji ialah bla..bla..bla..(baca kat sini).Tak susah la kan.Kemudian,rukun islam keempat iaitu zakat.Zakat ini pula diwajibkan setahun sekali sahaja.Lagipun,bayarannya bukan mahal sgt pun tapi tetap ada org tak bayar.Setahun sekali,susah ke?mudah saja.Rukun islam ketiga pula ialah puasa di bulan ramadhan.Puasa ini mungkin agak berat sedikit kerana selalu kita baca dalam akhbar,org tak puasa.Mereka mmg tak tahu malu dgn Allah!Walaubagaimanapun,puasa cuma diwajibkan sebulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan sahaja.Lepas puasa,kita raya.Semua org seronok raya kan?kamu semua lagi seronok sbb dapat duit raya banyak kan?',Ustaz Jalal menduga.

Murid-muridnya tersenyum bangga.Mungkin teringat akan duit raya yg mereka dapat,mereka beli mainan.Alahai...budak darjah satu...!

'Kemudian,rukun islam yg kedua pula ialah solat 5 waktu sehari semalam.Bagi kebanyakan org,mereka menganggap sola ini mudah sahaja kerana solat ini boleh dilakukan di mana-mana sehaja.Di masjid,surau,rumah ataupun di tepi jalan sekalipun'.

Seorang murid menyampuk,'Boleh sembahyang tepi jalan ke ustaz?'

'Ya!boleh kerana Allah telah mengiktirafkan bumi ini sebaca suci dan boleh dilakukan solat di mana-mana tempat atas bumi ini.Jadi,tiada alasan bagi mereka yg tidak bersolat melaikan mereka sememangnya sengaja mendekati pinggir kekafiran!Kamu sudah kena mula bersolat.Ikut mak kamu solat,jgn tahu nak main saja',pesan ustaz Jalal.

(sekadar gambar hiasan,ustaz akhil hayy)

'Rukun islam yg pertama,mengucap dua kalimah syahadah itu sebenarnya rukun islam yg paling susah!Paling susah,tapi selalu dipandang mudah oleh orang.Berbalik kpd soalan Mizan iaitu ibadah berkaitan rukun yg pertama ini,sememangnya jika kita bandingkan dgn rukun islam yg lain,rukun-rukun yg lain semuanya ada masa tertentu dan masa wajibnya yg tersendiri.Dan bagi rukun islam yg pertama ini,kewajipannya ialah sepanjang hayat dan masa ibadahnya ialah 24jam sehari seumur hidup'.terang ustaz Jalal sambil memandang kearah Mizan sambil tersenyum.

Tambahnya lagi,'Apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah,kita memberi saksi bahawa tiada tuhan selain drpd Allah.Ini bermakna kita kena percaya dgn kekuasaan Allah sepenuh hati dan sepanjang masa.Kerana kita sudah berikrar bahawa kita yakin akan tiada kuasa lain selain drpd Allah.Kita kena yakin bahawa setiap apa yg berlaku kpd kita,semuanya diketahui oleh Allah.Setiap susah,senang,sihat,sakit,semuanya daripada Allah.Tiada sesuatu apapun di dunia ini yg dapat memberi manfaat dan mudharat selain dengan izin dan ketentuan daripada Allah Taala Yang Maha Berkuasa.Kita juga kena yakin bahawa kita ini hamba,dan tuan kpd kita ialah Allah.Jadi,setiap perintah Allah kita wajib buat dan setiap larangan Allah kita wajib tinggal.Jika kita tak buat apa yg Allah perintah dan kita ikut hawa nafsu kita,maka tuhan kita bukanlah Allah tapi hawa nafsu itu sendiri.Itulah yg dinamakan sebagai ajaran sekular iaitu meyakini bahawa hukum manusia lebih baik drpd hukum Allah.Jadi,mereka mentuhankan manusia,bukannya Allah'.

'Kemudian,sambungan daripada aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, ialah...Muhammad itu pesuruh Allah.Kita wajib yakin bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 24jam sehari seumur hidup.Ini kerana jika kita meragui akan kenabian Nabi Muhammad s.a.w,maka kita punya syahadah terbatal.Antara ibadahnya ialah dgn cara kita melaksanakan segala sunnah Nabi s.a.w.Banyak sunnah-sunnah Baginda drpd sebesar-besar sunnah hinggalah sunnah-sunnah yg kecil.Dan yang paling penting,kita sesekali tidak boleh memperlekehkan sunnah Baginda s.a.w walaupun kita tidak mahu buat.Sebagai contoh,kita tak suka ada janggut lalu kita kata kpd kwn kita,aku tak simpan janggut macam Nabi sebab zaman nabi takde gillet nak cukur janggut.Jangan!!itu sudah masuk dlm meragui kebenaran Baginda dan jika berlaku sedemikian,kita sudah tidak yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sedangkan dlm ucapan syahadah kita kata tiada tuhan selain Allah,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.'

'Jadi ustaz,kalimah syahadah ini ialah ibadah setiap masa lah kan?tak sama macam ibadah lain lah ustaz.Susah la ustaz...',kata Mizan.

'Ish,tidak susah jika kita beriman.Sebagai umat islam,kita mmg wajib menjadi orang islam yg yakin bahawa tuhannya ialah Allah sahaja dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yg benar dalam setiap perkara.Secara mudahnya,kita hendaklah buang prasangka dan ragu-ragu dalam hati kita setiap saat.Untuk perkara ini,sejak dari kecil lagi kamu semua kenalah usaha betulkan yakin kamu bahawa Allah itu Maha Mengetahui,Maha Kuasa,Maha Agung.Patuh perintahNya,dan tinggal segala laranganNya'.pesan ustaz Jalal lagi.

Loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat.Ustaz Jalal menamatkan kelasnya hari itu sambil hatinya berperang,adakah aku benar-benar yakin dgn Allah atau adakah aku yakin dgn makhluk...Dia beristighfar...

*******
Para pembaca yg budiman sekalian,kita sering memandang mudah akan 'maksud' dan 'hak' penyaksian kalimah tauhid kita itu.Kita rasa kita sudah islam dgn solat,puasa zakat atau haji kita,sedangkan dalam hati kita ada penyakit iaitu penyakit meragui ketuhanan Allah.Kita mmg tak menyembah manusia,tetapi jika kita mengutamakan oerintah manusia drpd perintah Allah,bukankah itu maknaya kita lebih mengagungkan manusia drpd Allah?

Kita bersaksi bahawa Muhammad itu benar.Ajarannya benar.Kenabiannya benar dan kerasulannya benar.Tetapi,jika kita tidak yakin dan memperlekehkan sunnahnya serta apa
yg dibawa olehnya,maka adakah kita termasuk dalam kalangan org-org yg membenarkan kerasulannya?

Taubat...sesungguhnya sy benar-benar sudah menzalimi diri sendiri.... =(

Ustaz Jalal (part 1)

Ustaz Jalal (part 1)
Pagi itu cerah.Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.Waktu utk kelas pendidikan islam.Ustaz Jalal masuk ke dalam kelas 1 Bijak.Murid-murid berdiri memberi salam kpd Ustaz Jalal.Kemudian mereka membaca doa sebelum belajar,memohon bantuan drpd Allah agar dimudahkan pembelajaran.

"Baiklah murid-murid,hari ini kita akan belajar tentang rukun islam.Baiklah,siapa tahu rukun islam ada berapa?",mukadimah Ustaz Jalal utk kelasnya hari ini.

'Saya!',jawab Amri,lalu berdiri.'Ada 5 ustaz'.

'Betul.Ada 5 perkara dalam rukun islam.Bolehkah kamu nyatakan kelima-lima rukun itu?'

'Er...Mak sy ada ajar,tapi saya tak berapa ingat lah ustaz.Saya tahu solat 5 waktu saja',jawab Amri lagi,serba salah.

Sambil tersenyum,Ustaz Jalal berkata,'Tak mengapa Amri.Kejap lagi kita belajar tentang rukun islam ye.Baiklah,ada sesiapa yg tahu apakah 5 perkara rukun islam itu?'

Senyap.Semua pelajar menundukkan kepala seolah-olah sedang berusaha utk mengingati.Ada juga yg berbisik-bisik.Mungkin tahu,tapi malu utk menjawab.

'Baiklah,rukun islam ada 5 perkara semuanya.Yang pertama ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah.Dalam bahasa melayu,aku bersaksi bahawa tiada tuhan melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.rukun islam kedua ialah menunaikan solat 5 waktu.Boleh beritahu ustaz apakah 5 waktu solat?',tanya ustaz Jalal utk mendapatkan respon daripada murid-murid.

'Subuh,zuhur,asar,magrib dan isyak!',jawab murid-muridnya hampir serentak.

'Bagus!Selepas solat,rukun islam yg ketiga berpuasa di bulan Ramadhan.Puasa bererti kita tidak makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.Siapa dalam kelas ini puasa cukup sebulan tahun ni,angkat tangan'.

Murid-murid tersenyum senyum.Kelas menjadi agak riuh kerana masing-masing ingin bercerita tentang pengalaman puasa mereka iaitu puasa separuh hari,puasa tak makan tapi minum air,puasa dapat upah dan lain-lain.

'Ish..takde orang ke yg puasa penuh sebulan?Ustaz baru je nak belanja sesiapa yg puasa penuh,tapi takde tak boleh la ustaz belanja'

Murid-murid ustaz Jalal kelihatan hampa.Seorang murid lelaki berkata,'tahun depan sy puasa penuh ustaz!'.Bersemangat.Ustaz Jalal tersenyum lalu berkata,'Baik,tahun depan sapa puasa penuh ustaz belanja ea.Kamu tahun depan sudah tahun 2.Kenalah belajar puasa penuh.tahu?'

Murid-murid mengangguk-angguk bersemangat.Biaslah anak kecil,perlukan motivasi,bisik Ustaz Jalal dalam hati smbil tersenyum.

'Baiklah,rukun islam yg keempat pula ialah menunaikan zakat.Tiap-tiap tahun ayah kamu atau penjaga kamu akan bayar zakat.Zakat ini dinamakan zakat fitrah dan dibayar sepanjang bulan Ramadhan hinggalah selepas waktu terbenam matahari 1 syawal.Zakat ini dibayar mengikut kadar yg tertentu,kpd org tertentu dan utk org-org yg tertentu.Kamu semua takde duit sendiri lagi,jadi kamu belum perlu bayar zakat lagi'.

Seorang pelajar perempuan,Fatimah berdiri lalu bertanya,'Ustaz,mahal tak zakat tu?Boleh miskin tak?'

'Ish,mana ada mahal!Murah sangat saja.Satu orang baru RM7 saja.Kalau kita bayar RM7 kerana Allah,kita takkan rugi dan miskin Fatimah.Lagipun Fatimah jangan risau,RM7 itu pun setahun sekali saja.Sedangkan kita beli mainan pun sudah RM10,kita bayar zakat pun cuma RM7.Sikit saja'.

Fatimah tersipu-sipu malu.Dia sememangnya ada banyak mainan.Kebanyakannya anak patung dan mainan masak-masak.

'Dan murid-murid,rukun islam yg kelima pula ialah menunaikan haji bagi yg mampu.Menunaikan haji di Mekah.Ibadah haji ini merupakan satu ibadah diwajibkan sekali seumur hidup.Jadi nanti bila kamu dah besar,dah bekerja,kamu simpanlah duit utk pergi haji ea'

Ustaz Jalal memang seorang pendidik yg ramah.Beliau seorang yg penyayang dan sabar.Kelasnya sentiasa berjalan dengan bersahaja.Kerama itulah murid-muridnya semua menyukainya.

'Baiklah murid-murid.Ustaz mahu kamu ingat kelima-lima rukun islam ini.Nanti ustaz tanya.Siapa tak dapat jawab,ustaz nak bagi denda sikit!',kata ustaz Jalal.Berlagak garang konon-kononnya.'Sesiapa yang tak faham?sila bertanya'.

Lalu bangun seorang murid lelaki bernama Mizan.'Ustaz,saya pelik la mengapa rukun islam semua ibadah.Daripada solat,zakat,puasa dan haji,semuanya ibadah yg dilakukan dalam masa yg tertentu.Tetapi bagaiman pula dgn rukun islam pertama iaitu syahadah?apakah bentuk ibadahnya?Bagaimana mahu beramal dgnnya?'

Wau!soalan cepumas!!ustaz Jalal terdiam...sedang memikirkan jawapan.Sesiapa sedia boleh jawabkan?hehe

Anti-virus yg boleh delete syaitan

'Shamil,boleh tolong pakcik tak?',tanya Pakcik Zarul kepada Shamil,anak jirannya.

'Tolong apa pakcik?Kalau mampu insyaAllah sy tolong',balas Shamil sopan.

'Ni ha,komputer rumah pakcik ni.Pakcik tak reti la nak bukak internet.Dulu anak pakcik ada ajar pakcik,tapi dia dah balik.Pakcik da tak ingat da.Kalau boleh,kamu tolong ajar lg sekali la ea',minta pakcik Zarul

'Owh.Takde masalah pakcik.Jom sy ajar'

Lalu mereka berdua pergilah kerumah Pakcik Zarul.Pakcik Zarul ialah antara org yg kaya di kampungnya.Rumah Pakcik Zarul sgt besar,kiranya dua kali ganda rumahnya.Malangnya ,anak-anak Pakcik Zarul semuanya bekerja di bandar dan cuma akan menjenguk mereka sekali-sekala di kala cuti sekolah.

'Ni komputernya Zarul.Anak pakcik yg kerja sebagai doktor tu berikan kpd pakcik.Katanya dia ada 2 biji komputer maka dia mahu beri satu utk pakcik.Lengkap dgn internet terus.Katanya mudah kalau pakcik mahu berhubung dgnnya dan cucu-cucu pakcik.Dulu dia ada ajar pakcik buat panggilan yg boleh nampak muka org,tak ingat dah mcm mana...',kata pakcik Zarul.

'Owh,beginilah Pakcik Zarul.Kalau pakcik nak tahu,komputer ini ada bermacam-macam sistem yg ada fungsi-fungsi mereka tersendiri.Contonhnya badan kita,ada sistem perkumuhan,sistem penghadaman,sistem aliran darah dan macam-macam lg.Mereka ada fungsi yg berbeza-beza seperti juga perut kita yg bertugas utk menghadam,gigi utk mengunyah,kaki utk berjalan dan lain-lain.',terang Shamil.

'Lalu,setiap fungsi sistem dlm komputer juga ada berbeza-bezalah ea?'tanya Pakcik Zarul,minta kepastian.

'Ya.betul tu.Kalau pakcik nampak,kat sini ada mcm-mcm gambar kan?Yang ini,perisian anti-virus,yang ini yg gambar tong sampah ini namanya 'recycle bin',yg gambar kepala kuning itu pula namanya 'yahoo messenger' yg org ber'chat' atau berborak,dan gambar yg ini pula utk kita layari internet.Ha!Kalu pakcik nak sambung ke internet,pakcik kena klik gambar ini lah',jelas Shamil lagi.

'Erm,yalah...baru pakcik ingat.Eh,kalau pakcik tertekan gambar ini(sambil menunjukkan ke icon recycle bin),pakcik tak dapat bukak internet la kan?',tanya Pakcik Zarul.

'Semuanya telah diprogramkan pakcik.Dah ditetapkan.Jadi kalau pakcik klik kpd gambar yg ini,maka fungsinya yg ini lah.Kalau gambar yg itu,fungsinya pula yg itu.Semuanya berbeza dan telah ditentukan dan ditetapkan.Kita tak boleh ubah fungsinya kerana memang dah ditetapkan'.

Pakcik Zarul mengangguk-angguk tanda faham.Barulah dia tahu bagaimana komputer berfungsi iaitu melalui bantuan ratusan malah ribuan data yg sudah diprogramkan dan tetap takkan berubah.
******

(comelnya kucing ni,Subhanallah)

Manusia ini ibarat komputer,malah lebih hebat lagi.Otak manusia yg terdiri dari billion neuron tercata ciptaan yang agung dan lebih hebat drpd komputer yg ada diciptakan yg ada batasannya.

Jika ialah Central Processing Unit (CPU) 'raja' kpd komputer,maka hati pula ialah raja bagi manusia

Dalam satu sabda Baginda s.a.w yg mafhum hadisnya;satu ketul daging yg di dalam kamu.Jika ia baik,maka baiklah kamu.dan jika ia buruk maka buruklah kamu.Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati.

Hati manusia sesungguhnya boleh disamakan dengan komputer.Komputer menjalankan tugasnya setelah ia diprogramkan utk melakukannya oleh manusia.Sebagai contoh,penggunaan komputer sebagai alat kira-kira(kalkulator).Seseorang hendaklah memprogramkan fungsi kalkulator di dalam komputer itu,barulah ia boleh menjalankan kira-kira.

Begitulah hati kita.Walaupun secara zahirnya hati kita itu milik kita kerana setiap manusia ada hati dan jantung mereka sendiri,tapi sebenarnya ia hak milik Allah secara mutlak.

Manusia jika telah diprogramkan oleh Allah utk melakukan kebaikan,maka pasti dia akan melakukan kebaikan juga walaupun sekuat mana cabaran atau sesukar mana halangan.Kerana Allah telah menetapkan utk demikian.

Ketahuilah,bahawa Allah ciptakan jin dan manusia utk kita menghambakan diri kpdNya.Sebagaimana di dalam Quran,Allah sebut,...tidak aku jadikan jin dan manusia melaikan utk mereka menyembahku...'

Dalam masa yg itu,Allah sendiri telah menetapkan dan memprogramkan hati-hati manusia utk menyembahnya.Namun,dek kerana hati manusia terkena 'virus' dek kerana 'anti-virus' yg expired,maka fungsi manusia utk beribadah telah berubah! Jelaskerana ada manusia yg tak menyembah Allah,ada yg menyembah tetapi secara 'part-time' dan tak dpt dinafikan pula ada juga yg masih bermujahadah menjalankan tugasnya.

Semuanya kerana anti-virus yg berbeza-beza bg semua org.Umumnya,'anti-virus' itu ialah iman.Jika iman sudah 'expired',maka virus akan mudah masuk.Jika virus ni masuk,maka manusia mula akan bermasalah.

Jadi apakah cara utk kita sentiasa 'up to date' dgn 'anti-virus'(iman) ini?caranya ialah perbanyakkan bercakap mafhum kalimah Lailahailallah.

Pesan baginda dlm hadis yg mahsyur;'Hendahlah kamu perbaharui iman kamu.Sahabat bertanya,bagaimana Ya Rasulallah?Baginda menjawab,'perbanyakkan percakapan Lailahaillallah'.

Bagaimana?bagitahu diri sendiri dan org lain bahawa tiada yg mampu memberi manfaat kecuali Allah.Tiada yg mampu memberi mudharat,kecuali Allah.Setiap yg berlaku,adalah dgn izinNya.Saya makan,bukan makanan yg buat sy kenyang,tetapi Allah.(makanan cuma asbab utk kenyang).Saya ke masjid,bukan motosikal yg bawak saya ke sini melainkan Allah(motosikal cuma asbab/perantaraan sahaja).
Luruskan lidah,barulah hati akan lurus.
P/s--saya bukanlah seorang yg mahir dlm menulis.Apa yg saya tulis ini cuma terlintas dlm otak secara tiba-tiba.Jadi,kalau yg pasal komputer ti,ada maklumat yg tak betul seperti fungsi komputer,haraplah ditegur agar penulisan sy akan menjadi semakin berkesan.Sebarang salah dan silap mohon khidmat nasihat.terima kasih.., =)

'..kat sini semua tgh baiki iman..'

'..kat sini semua tgh baiki iman..'
'Assalamualaikum dik,nanti nak tidur hanset dan barang berharga tu simpan baik-baik ye',sapa seorang lelaki semasa sy sedang setkan penggera di hanset dy.

'Kat sini masing-masing iman rosak dan masing-masing tengah usaha perbaiki iman',sambnungnya lalu berlalu pergi.

Jam menunjukkan sekitar 11.15 malam.Malam itu,saya buat keputusan utk iktikaf di Masjid Sri Petaling.Di markas Jemaah Tabligh Malaysia.Ramai sungguh orang yg sama-sama beriktikaf,mungkin kerana esoknya cuti(ahad).

Usai solat sunat dan amalan sebelum tidur,saya berbaring utk tidur.jarang sy tidur seawal itu.Niat di hati agar dpt bagun awal esoknya.Namun,selepas di sapa oleh lelaki tadi,saya berfikir tentang kata-katanya '...masing-masing iman rosak...usaha perbaiki iman...'.Benar katanya,iman umat akhir zaman ini rosak.
Sesungguhnya,kita semua ini beruntung.Benar-benar beruntung kerana kita memiliki 2 nikmat yg paling besar iaitu nikmat islam dan nikmat iman.Kita beruntung kerana kita secara automatiknya lahir daripd keluarga islam. Saya pernah melihat bagaimana seorang india memeluk agama islam hanya selepas dia disapa dan ditegur oleh jemaah tabligh.Peristiwa ini berlaku setahun yg lepas dan memberi seribu pengajaran dan keinsafan bila menyaksikan betapa lembut dan mudahnya hatinya menerima islam,sedangkan hati sy keras hingga sukar utk mengamalkan ajaran islam dgn sempurna dlm kehidupan.Mungkin lelaki india itu sudah menjadi seoarang muslim yg soleh sekarang...InsyaAllah.

Iman manusia ini mudah benar rosak.Allah s.a.w Maha Mengetahui hakikat iman hambaNya maka Dia telah mengutuskan ribuan nab-nabi dan rasul-rasul a.s kpd kaum manusia sehinggalah kpd Rasul yg terakhir iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Sepeninggalan Baginda,Baginda tinggalkan kpd kita manual utk kita perbaiki iman yg rosak.Contoh mudah,saya membeli mesin basuh.Di dalam kotak itu disediakan manual cara menggunakan mesin basuh itu.Begitu juga dgn telefon bimbit.Saya akan diberikan manual telefon bimbit utk menjadi panduan bgaimana menggunakannya.

Begitu juga manusia akhir zaman kini.Allah telah memberikan manual kpd kita.Bukan satu malah dua iaitu al-Quran dan Sunnah.Kerana Allah tahu bahawa manusia ialah 'mesin' yg paling canggih.Sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Iman manusia boleh rosak sebagaimana besi yg menjadi berkarat jika terkena air.Pelbagai faktor bisa merosakkan iman kita antaranya faktor suasana.

Iman letaknya di dalam hati.Manakala hati manusia pula akan berubah mengikut suasana persekitaran.Contoh,anda ada sebiji mangga.Jika anda rendam mangga itu di dalam air garam yg masin,maka dalam masa mungkin hanya sehari,rasa masam mangga itu akan bertukar menjadi masin.Jika anda penggemar jeruk,maka pasti anda lebih arif.

Begitulah hati manusia,jika selalu terdedah dgn maksiat dan dosa,maka hati akan dipenuhi dgn maksiat dan dosa.Jadi,secara automatiknya iman yg menduduki hati itu dinyah keluarkan dari hati itu.


Rosaklah iman.Jika sudah iman rosak,maka tidak mustahil manusia akan berani mencuri hatta di dalm rumah Allah sekalipun.Jika iman sudah rosak,maka manusia sudah berani berzina hatta dgn adik kandung sekalipun.Dan kerana iman sudah rosak,maka manusia berani membunuh org lain tanpa hak hatta ahli keluarga nya sekalipun.

Jalankanlah seribu satu denda,siksaan,ancaman,motivasi,ceramah,kuliah atau apa sahaja bentuk pencegahan sekalipun,jika iman masih belum dibaiki pasti takkan dapat memberi kesan yg maksimum.(namun saya sgt-sgt galakkan dan menyokong usaha mencegah jenayah lebih-lebih lagi dgn cara islam).Kejayaan yg maksimum takkan diraih kerana iman masih rosak dan ragu-ragu dengan kudrat Allah.Jadi,usaha utk perbaiki iman yakin kita hendaklah menjadi perkara pokok kpd setiap insan termasuklah pemimpin,ulama,ustaz,dan lebih-lebih lagi bagi kita yg dhaif ini.

Contoh mudah ialah laptop anda tidak berfungsi!Anda baru je beli semalam kat kedai apek.cuba nak pasang kat umah tak boleh 'on'.Lalu anda bengang dan tension sbb kena pegi jumpa apek balik sbb laptop baru tu beli-beli je tros takleh pakai.Sampai je kedai apek tu,anda marah-marah kat dia.Tuduh dia tipu,barang takde kualiti,dll.Lalu apek tu tanya,'Rumah u ada elektrik tak?'.Anda baru perasan rupanya rumah anda tiada bekalan elektrik rupanya!

Begitulah,kita hari ini mahu hidup aman sentosa.Kita usaha dgn bermacam-macam cara.Tapi hakikatnya,kita tak sediakan 'asas' bagi setiap ikhtiar kita iaitu iman yg sempurna.

Jika kita bijak,sudah tentu kita akan berusaha perbaiki iman yakin kita terlebih dahulu drpd terus segala benda lain.

Jika betul yakin kita,barulah Allah akan turunkan nikmat-nikmatNya yg lain seperti taqwa,qanaah,zuhud,alim,faqih,tawadduk,soleh dan banyak lagi.

tambahan: Baru balik dari Giant beli kasut kulit hitam yg koyak.Betapa ramainya umat islam di sana yg masih belum dpt menutup aurat dengan sempurna.Ya Allah,kami dambakan hidayah dan taufik daripadaMu.

Tragedi Malam Jumaat

Malam jumaat cukup istimewa bagi org islam khususnya yang berada di Malaysia dan nusantara sekitarnya.Malam jumaat ini sering dimomok-momokkan dgn kisah-kisah hantu seperti roh si polan g akan pulang ke rumahnya di malam jumaat,hantu si mati tu akan bangkit di malam jumaat kacau org,dan yg seumpamanya.Saya membesar di kampung,jadi sy tahu sedikit tentang mitos merapu itu.

Malam jumaat juga istimewa kerana umat islam di Malaysia akan membaca surah yassin slpas drpd solat magrib.Yang indahnya,bacaan Yassin ini dijalankan secara berjemaah dan beramai-ramai di masjid-masjid atau surau-surau.

Namun,kebelakangan ini banyak timbul permasalahan dan perdebatan berkenaan aktiviti membaca Yassin di malam jumaat.Antara yg menjadi isu ialah Baginda Nabi saw sendiri tidak pernah menyatakan dalil berkenaan membaca Yassin di mlm jumaat,sebaliknya Baginda menyebutkan tentang pembacaan surah al-Kahfi.

Tetapi bagi saya,tidak salah jika kita ingin membaca Yassin kerana
  1. Membaca Quran itu dituntut kpd semua umat islam.
  2. Yassin dibaca kerana ia mudah dibaca oleh semua kelompok masyarakat tua dan muda(bukan semua org reti membaca Quran)
  3. Kita baca Quran hari-hari,bukan baca Quran ari jumaat sahaja
  4. Kita tak pernah mewajibkan bacaan Yassin(kalau ada kuliah,proceed jela dgn kuliah)
  5. Kita baca Yassin sebab mengisi masa lapang antara maghrib dan isyak utk elak drpd buat sia-sia(borak,umpat,tidur)
Itu pendapat saya,kerana bagi saya tidaklah salah jika kita membaca surah Yassin kerana ingin membudayakan al-Quran.Surah Yassin cuma dipilih kerana fadhilatnya seperti yg disabdakan Baginda iaitu...penghapus dosa... serta kerana Yassin itu sendiri sering dibaca di rumah org mati,maka org tua dan muda yg tak reti baca Quran pun taw baca Yassin.Yang salah tu jika kita 'mewajibkan' sahaja.Mungkin ada pendapat pembaca budiman yg berbeza.Silakanlah utarakan dgn berlapang dada =)

Baru nak mula bercerita ni...

Malam jumaat.Lepas solat sunnat slpas magrib,saya duduk menunggu org baca Yassin.Lama tak start lagi.Kemudian sy pandang sekeliling.Rupa-rupanya ustaz takde.Imam da balik sbb dia mengajar malam-malam.

Yang tinggal cuma org-org yg sebaya ayah saya dan beberapa org budak METC yg jelas umur mereka lebih kurang saya.Ammar(bakal engineer yg hafiz Quran) pun takde waktu tu.Selalunya dialah yg akan mengetuai sesuatu majlis jika ustza takdeJadi sebab semua org tak sedia nak ketuai bacaan Yassin maka mereka menyuruh saya utk mengetuai majlis.

Mungkin sebab mlm tu sy terpakai jubah,tu pasal sy disuruh.Lalu,saya dgn buat-buat confident nya ambik mic nak conduct bcaan Yassin.First time tu conduct.Agak nervous la.Takut-takut bacaan sy salah,tak lancar atau tersekat-sekat. ='(

Alhamdulillah semasa membaca surah Yassin tu,semua huruf dan kalimah dapat dibaca dgn sempurna tanpa sekat-sekat.(Mungkin sebab sering baca).Kemudian lepas baca ada doa bacaan Yassin utk memohon rahmat Allah.

Part doa ni terus saya start gigil.Apa tidaknya,saya mmg tak lancar baca tulisan arab jika tidak dibaca secara lagu.Ruginya saya,dulu kecil-kecil taknak blaja bahasa arab.Dah besar,nak baca tulisan arab terus gagap.

Waktu tu ada membe duk sebelah,nama dia Amin.Saya ingat nak hulur kat dia,lama saya pandang-pandang dia tapi dia tak layan.Aduh,tpaksa baca.

Permulaan doa lancar,tapi masuk pertengahan doa habis hancur.Macam budak-budak nak baca Iqra' gamaknya.Mmg tersekat-sekat.Malu betul sebab mic. tu mmg 'on' ke dalam surau dan luar surau.Nasib baiklah org-org kat sana memahami =)

But,i got my lessons;
1-Setiap manusia sepatutnya mengakui kesilapan diri.Mengakui kesilapan dengan erti katanya,ingin mengubah atau berubah kearah yg lebih baik bukannya berbangga dgn kesilapn yg kita lakukan.Ini boleh diertikan dgn keadaan remaja-remaja(mungkin saya atau anda juga),yg berbangga dgn maksiat yg dilakukan seperti berbangga-bangga dpt mencuri,dpt berzina dan seangkatan dengannya.

2-Setiap orang sepatutnya sentiasa berusaha utk menuntut ilmu.Tuntut ilmu iaitu ilmu yg akan membantunya utk menjawab soalan yg ditujukan oleh dua malaikat di dalam kubur.Sesungguhnya Mungkar dan Nakir takkan bertanya soalan,"berapakah gaji anda?"

3-Setiap perbuatan bergantung kpd niat.Jika niat kerana Allah,beruntunglah amalan walaupun sedikit.Tetapi jika niatnnya kerana manusia atau kepentingan duniawi(selain kerana Allah),maka sia-sia semuanya walaupun amalannya banyak.

4-Hendaklah kita berlapang dada jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu.Janganlah kita terlalu mudah melenting dan terburu-buru kerana terburu-buru itu datang dari syaitan.Berlapang dadalah dgn perkara-perkara khilafiat.Usah hina menghina sesama ulama ataupun sesama abdi.

5-Istiqamah dalam amalan.Amalan yg terbaik ialah amalan yg dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.Usahlah kita hanya menunggu hari jumaat sahaja utk membaca Quran,sebaiknya baca setiap hari.Usah baca Yassin sahaja,bacalah surah lain jika mampu.Jika tak,tuntutlah ilmu wlpun kita terpaksa upah orang utk ajar kita.

6-Doa Yassin tu kalau tak lancar boleh ganti dgn doa lain.Sebab tujuan kita berdoa adalah umum utk kebaikan semua org dan kita sama sekali tidak pernah mewajibkan sesuatu yg Baginda sendiri tidak mewajibkan.

(post ini ditulis selepas muzakarah dgn ustaz-ustaz yg boleh dipercayai kebenaran mereka)

p/s-->saya suka utk mendengar pendapat anda tentang yassin malam jumaat.Diharap anda dpt memberi pendapat dengan hati yg terbuka dan lapang dan jika ada rasa ingin 'mengkafirkan' org lain,sila tinggalkan blog ini dengan istighfar. =)

Tersilap atau tersalah?

(1). 'Nak makan apa?',sapa brader Fatimah TomYam beberapa saat slps saya dan Shamil duduk di kedainya."Bagi kami nasi putih dua,sayur campur dengan telur dadar dua.Air pulak teh ais dengan air suam ye".
Malam tu hajatnya kami nak makan sayur-sayuran sebab sudah 2 hari saya tak makan sayur dengan cukup.Utk mendapat diet yg seimbang.Sudah 2 hari asyik makan nasi lemak je,mane nak cari khasiat?

Dalam 10minit pastu,brader tu datang bawak menu kami.2 pinggan nasi putih,telur dadar tapi tiba-tiba ada tomyam campur!Rupa-rupanya abg tu tersalah dengar antara sayur campur dengan tomyam campur laa.. Disebabkan malas nak tukar order,kami makan aje.
Harapan utk makan sayur dan berjimat ternyata tidak terlaksana malam tu.

(2).Teringat dulu time saya kanak-kanak.Mak saya mesti akan buatkan milo panas utk saya.Tapi satu hari tu,ada sesuatu yg tak kena dgn milo mak.Saya hirup seteguk.Pelik benar rasanya.Nak pahit,masin dan masam.Pelik betul.Lalu saya hulurkan kpd mak saya utk dia merasanya.Ternyata mak saya terbubuh garam kerana gula semalam da habis,ditopap dlm bekas yg lain!

(3).Sampai rumah tadi cuaca agak membahang.Berpeluh sbb panas terik.Selalunya hujan.Masuk bilik je cmpak la hanset dari poket seluar ke atas katil.Waktu nak tengok jam hanset pastu baru sedar yg hanset Sony Ericsson saya tu tgh surf internet!(tak taw nak construct ayat cmne).Tak sedar pulak da berapa lama internet tu terbukak.Terus sy exit dan check credit balance.Wah!da tinggal seringgit aje dr 4 ringgit lebih.Hanset Sony kan ada key utk internet terus,mungkin sy tertekan atau terduduk kot tanpa sedar.

***Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan.Tiada sesiapa pun yg bebas drpd melakukan kesilapan.Lebih teruk,kesilapan yg kita lakukan itu seringkali merupakan satu bentuk kemungkaran atau dosa.

Seperti brader kedai makan tu,dia tersalah dengar sayur cmpur disangkanya tomyam campur.Fitrah kejadian manusia,kita pasti akan melakukan kesilapan.Seringkali kita tersilap pandang,sedangkan perkara itu ada di depan mata kita sendiri.

Sebagai contoh,saya tidak perasan akan belalang yg ada di atas daun kerana warnanya hijau.Sama.Walaupun ia berada di hadapan daun itu,saya tidak akan perasan akan kewujudan belalang itu.

Jadi,bagaimana pula dgn perkara-perkara yg saya tidak nampak?Tentulah saya akan lebih cenderung utk 'terlepas pandang'.Seperti syurga,neraka,pahala,dosa,iblis dan juga malaikat.Mata kasar saya tak boleh nampak akan perkara-perkara tersebut.Lalu bagaimana saya mahu yakin sedangkan saya tak nmpak dan tak dengar?

Sepertimana saya memerlukan ilmu utk mengenal belalang dari warna,sifatnya dan rupanya,begitulah perlunya saya kpd ilmu utk kita tahu bagaimana sifat ,hak-hak dan keadaan syurga,neraka,dosa,pahala dan lain-lain.Untuk kita beriman dan tanam keyakinan dlm diri saya,maka saya memerlukan ilmu.Maka malanglah jika saya tidak mengambil berat akan kewajipan menuntut ilmu.Begitu juga anda!

Setiap manusia juga ada kebiasaan mereka.Kebiasaan yg menyebabkan kita tidak perlu banyak berfikir.Kita akan jd mahir dan arif.Contohnya mak saya,dsebabkan hari-hari mak saya ambil gula dlm bekas yg sama,maka dia akan jadi terbiasa.Jikalah saya tukar letak garam dalam bekas tu pun dia akan anggap bahawa garam itu gula melainkan jika dia tengok dgn teliti dan berhati-hati.Semuanya kerana perkara-perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan atau rutin.

Begitulah diri kita.Jika kita sudah terbiasa melakukan maksiat,maka kita pasti akan fikir bahawa maksiat yg kita lakukan itu bukan lagi suatu dosa kerana ia sudah menjadi rutin.Jika kita selalu menipu kawan-kawan kita,maka pasti satu hari nanti kita akan menipu ibubapa,masyarakat dan mungkin akan cuba menipu Allah.

Manusia juga sering melakukan kesilapan samada sedar atau tidak.Saya tak sedar saya tertekan butang access hinggalah terlewat sehingga hampis habis kredit saya.Begitu juga dgn umur kita,kita tak sedar bahawa selama ini kita hidup sia-sia kerana tak mengikut kehendak Allah.Banyak laranganNya yg kita buat dan kita juga malas melakukan suruhaNya.Sehinggalah kita sedar,bahawa bali umur kita hanya tinggal beberapa saat sahaja.Sempatkah kita bertaubat?

Sesungguhnya setiap anak adam itu pendosa dan sebaik-baik pendosa ialah org-org yg bertaubat~

Alhamdulillah

Hari ini,kita perlu banyak syukur lagi dan lagi.Teruskan bersyukur kerana hari ini Allah masih belum tarik nikmat iman dan islam yg diberikan kpd kita.Allah masih beri kita hidup.Oksigen utk kita masih ada lagi.Nasi utk kita masih ada dan air utk kita juga masih ada.Syukur banyak-banyak.Sempena dgn itu,ada beberapa perkara yg berlaku pada saya dan sy bersyukur dgn perkara-perkara tersebut.Antaranya ;

1. Hari Jumaat yg lepas saya berpeluang melawat KLIA dan Hangar MAS di KLIA.Satu exposure dan pendedahan yg bagus utk saya dan utk kerjaya saya.Kali pertama sy menjejakkan kaki ke dlm pesawat Boeing 777 milik MAS.Walaupun tak sehebat Airbus A380 atau pesawat besar lain,B777 ini sudah cukup hebat dan moden.Saya juga berpeluang utk melihat bagaimana pekerja-pekerja bekerja dgn kapal terbang.A very good trip and benefitial.InsyaAllah,i will love my future job.

2. Hari Sabtu,kami melawat Kidney Foundation di PJ.A good activity too.Kami dibawa melawat ke pusat buah pinggang negara.Di sana kami melihat bagaimana sukarnya pesakit buah pinggang yg sudah kehilangan hungsi buah pinggang mereka.Mereka terpaksa menjalani rawatan yg mahal.Pesakit-pesakit akan menjalani satu proses perubatan utk membuang kekotoran dalam badan mereka melalui satu alat yg disambung ke artery dan vein kita.Kemudian ada taklimat kesedaran ringkas disampaikan oleh pembantu pusat buah pinggang kpd kami.Boleh bukak di sini utk maklumat lanjut Di sebabkan saya ini mmg lemah dalam matapelajaran Biology(dari skolah dulu mmg tak minat,sory cikgu Azirah),maka saya cuma nak katakan bahawa kita patut bersyukur kerana masih diberikan nikmat buah pinggang yg sehat.Jikalah Allah tarik nikmat tersebut,maka sengsaralah hidup kita.Bersyukurlah...

3. Malam sabtu dpt iktikaf di masjid Sri Petaling.Alhamdulillah syukur sbb sudah lama tak dapat ke sana.Dapat juga dengar pesanan dan nasihat ulama-ulama.Antara point yg indah yg boleh sy kongsi ialah bilamana Nabi s.a.w mula-mula mendapat wahyu dan mula-mula mendakwahkan kalimah tauhid,dia menjemput semua penduduk-penduduk Quraisy ke satu tempat.Maka baginda bersabda;'Aku telah membesar di sekeliling kamu semua.Kamu semua melihat aku membesar.Maka apakah pandangan kamu semua terhadapku?',Semua penduduk itu berkata,"Wahai Muhammad,kami melihat kamu sebagai seorang lelaki yg terbaik.Kamu jujur,tidak pernah menipu,tidak pernah menzalimi sesiapa serta kamu seorang yg berkata benar".Kemudian Baginda s.a.w bersabda;'Sekiranya aku khabarkan kepada kelian bahawa sesungguhnya di sebalik bukit ini ada satu pasukan musuh ingin menyerang kamu,apakah kamu akan percaya?".Mereka penduduk Quraisy pun menjawab;'Kami percaya kerana kamu tidak pernah menipu".Lalu Baginda bersabda,'Maka ketahuilah kalian,bahawa aku menyeru bahawa tiada tuhan selain Allah...".Panjang lagi,cuma point dia ialah para da'ei sewajarnya mengikut akhlak yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulallah.Ini tidak,kita berdakwah,tapi akhlak kita buruk,muamalat kita teruk dan munakahat kita banyak silapnya.Fikir-fikirkanlah...kerana dakwah itu utk diri kita,bukannya utk orang lain.Allah akan mengazab org yg tahu lebih dahulu drpd mengazab org yg tidak tahu.

4. Lepas zuhur ada usrah pulak.Banyak input dapat.Syukur sbb masih diberikan teman-teman seperjuangan yg mengejar akhirat dgn menggunakan jambatan dunia.InsyaAllah masing-masing akan memperjuangkan islam di dalam aviation industry.

5. Lepas asar pula ada ziarah.Syukur sbb Allah masih pilih saya utk melakukan satu sunnah Nabi s.a.w yg besar.Dikala org islam saling mendengki,mencela dan menghina,kami cuba utk saling kenal-mengenal kerana persaudaraan atas jalan taqwa.Cuba belajar-belajar utk mengikuti sunnah Baginda dan cuba belajar-belajar mengikuti jalan yg ditinggalkan oleh Baginda.Semoga Allah menerima usaha kami utk belajar menghidupkan sunnah baginda di akhir zaman.



6. Malam tadi pula ada kuliah bulanan Ustaz Zawawi Yusof Shah Alam.Dalam pengajian Sunnah dan Sains.Antara topik yg dibincangkan ialah persoalan hangat tentang sejadah yg bersolat.lalu Ustaz membawa hujah bahawa di akhir zaman ini akan berlaku banyak perkara-perkara yg pelik.Antara hujahnya ialah hadis-hadis yg memperkatakan tentang seorang lelaki yg mana kasutnya akan berkata-kata mengegurnya dan hadis tentang batu-batu dan pokok-pokok yg berkata-kata mengkantoikan atau memberitahu bahawa org Yahudi ada menyorok di sebalik mereka.Selain itu,Beliau juga membicarakan tentang hadis berkaitan hati iaitu...jika hati baik,maka seluruh anggota juga baik...,dimana dari suduh perterjemahan bahasa arabnya,Qalbun itu boleh juga merujuk kpd jantung.Jadi,dari sains perubatan,jika jantung kita rosak,maka seluruh anggota badan kita akan sakit sebagaimana yg dikaji oleh pakar-pakar perubatan.Maka bersyukur sungguh saya sbb Allah beri ilmu yg sangat bernilai dan semoga dgn ilmu ini,sy beroleh manfaat sedikit sebanyak.

7. Saya juga bersyukur kerana sebagaimana yg kita sedia maklum,bahawa hari ini semakin ramai orang-orang Barat(saintis dan bijak pandai),mereka mengkaji tentang hadis dan quran lalu mereka menjumpai kebenaran dan kesahihan hadis dan Quran.Justeru,agama islam semakin berkembang di Eropah.Syukur alhamdulillah.Tapi,saya sedih kerana di Malaysia,wlpun bermacam-macam peringatan Allah beri(gempa bumi,sejadah solat,ayat Quran pd badan bayi dll),umat islam di Malaysia sudah ramai yg sudah hilang iman dan islamnya iaitu sekadar islam pada nama dan sy takut kerana tiada jaminan bagi saya utk saya mati dlm keadaan menyerah diri kpd Allah.

8. Saya bersukur kerana dapat juga sy tukar layout blog ni.Walaupun banyak masalahnya,tapi InsyaAllah akan improve dari masa ke masa.Credit tu ameenmuslim for his kind assintance!Semoga layout ini lebih friendly drpd dulu punya.

Meragui dan diragui

Meragui dan diragui
Seorang remaja melangkah laju ke surau.Kelewatan kerana azan sudah lama berlalu.Setibanya,imam sudahpun mengangkat takbir ratul ihram.Tanpa berlengah-lengah,remaja itu berdiri di dalam saf dan terus mengangkat takbir utk solat.'Allahuakhbar...' ermmm,takbir yg pertama,tak tetap.Lalu remaja itu mengangkat takbir kali kedua,'Allahuakhbar...',juga baginya masih salah.'Allahuakhbar..',cubanya utk mengangkat takbir buat kali ketiga!malangnya,syaitan apakah yg mengganggunya hingga masih ttp tidak tetap.Bingung.Remaja itupun mengambil nafas panjang,cuba bertenang dan relaks.Kemudian,imam pula sudah takbir utk rukuk.Aneh!tiba-tiba terasa mudah sahaja bagi si remaja tadi.Dianggkat takbir,'Allahuakhbar..' dan terus dia rukuk mengikut imam lalu bersolat sehingga salam.

Bagi sesetengah org,situasi remaja tadi ialah was-was atau ragu-ragu.Segelintir org mengalami masalah ini sehingga menyukarkan mereka utk bersolat secara sempurna.Ada saja perkara yg menggangu konsentrasi mereka sehingga berkali-kali mereka terpaksa mengangkat takbir.

Entry kali ini bukanlah utk membincangkan tentang penyakit was-was dlm solat ini.Sebaliknya kita tak sedar bahawa kita menyimpan satu penyakit yg lebih merbahaya iaitu penyakit ragu-ragu tentang kebenaran.Ragu-ragu ini ialah tidak sepenuhnya yakin dgn kebenaran(Haq).

Bukanlah suatu yg pelik jika org yg salah ragu-ragu akan kebenaran.Tetapi amatlah pelik bila 'org benar' juga tak yakin akan kebenaran!

Kebenaran yg hanya disemai di bibir dan diiktiqadkan di mulut namun jauh dari hati.Hatinya masih kurang percaya dgn janji-janji Allah.Sedangkan di permulaan Quran itu sendiri Allah menegaskan bahawa di dalam Al-Quran itu tiada sebarang keraguan terhadapnya!Lalu,di dalam Al-Quran itulah segala-galanya ada dari sekecil-kecil urusan hinggalah kpd sebesar-besar urusan.

Itulah dia 'manual' bagi kita.Adakah manual itu ada cacat celanya?ada salah silapnya?ada kurangnya?

Wahai org-org yang mengaku dirimu yakin dgn janji-janji Allah...Mengapa kamu perlu bersedih hati?Sedangkan bagimu ganjaran yg besar di sisiNya.Teruskan berjuang.Tiada kekalahan dlm peperangan ini.Usah bimbang,kerana Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerimu.

******Saya sedang dlm peperangan dgn hawa nafsu yg sentiasa menjerat dan memenatkan.Selalu sahaja terasa seolah-olah mahu mengangkat bendera putih sbgai tanda kekalahan.Susahnya hidup sebagai remaja dalam suasana kerosakan.

Ya Allah...bantulah iqbal syarie yg lemah ini.