Cinta

Cinta
Dah banyak kali saya dengar lagu Hijjaz yg bertajuk 'Dia kekasih Allah'.Tak rasa apapun bila dengar.Tapi malam tadi bila dengar balik lagu ni,rasa sayu sgt.Hiba rasa hati ni.Ada power jugak lagu ni sebenarnya.



'Malu rasanya,mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah'...Argh!!Sangat mendalam lirik ni.Sejak dulu org mengaku cinta akan Rasul.Rindu akan Baginda.Tapi umpama org mengigau dlm tidur,ramai tak tahu apa yg mereka telah cakapkan tu.

Jika benar cinta kita ialah kpd Rasul,sudah tentu kita mencontohi Baginda.Sunnah Baginda kita junjung.Harta peninggalan Baginda kita rebut(ilmu).Warisan Baginda s.a.w kita sanjung(ulama).Tapi,berapa kerat org yg buat apa yg dia cakap?Janganlah kita menjadi org-org yg dibenci oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana diceritakan di dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3; iaitu org-org yg memperkatakan sesuatu yg tidak mereka kerjakan!

Cinta kepada Rasul itu adalah perintah Allah.Dalam Quran,cukup banyak perintah Allah utk mencintai Rasul.Tanda cinta itu banyak.Selawat itu cinta.Mengamalkan sunnah itu cinta.Namun,yg paling penting ialah mengikuti seluruh ajaran yg dibawa Baginda.Segala suruhan Baginda s.a.w kita ikut dan larangan Baginda,kita tinggal jauh-jauh.

Hari ini kita gagah menyambut hari-hari kebesaran Baginda.Kita gah menganjurkan sambutan maulidur rasul,tapi apakah ini semua?Cumalah satu sandiwara dusta dan pembohongan yg menjengkelkan sungguh!Apa kau kira Baginda akan gembira jika kau langgar semua tegahannya?Apakah kau kira Baginda akan suka jika sunnah Baginda kau rendah-rendahkan?Apakah kau fikir Baginda akan gembira walhal perjuangan Baginda kau tentang habis-habisan?(soalan ini berbalik kpd saya)

Jadilah kita seperti Saidina Umar r.a.Beliau ditanya oleh Rasulallah,bagaimanakah tahap cintamu kpd Allah dan Rasulnya?lalu Umar menjawab,'Aku mencintai Allah dan Rasul selepas aku mencintai diriku dan keluargaku'.Baginda bersabda,'Tidak!cintamu belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Aku cintakan Allah dan Rasul selepas aku cintakan diriku ini!'Baginda berkata lagi,'Tidak!Cintamu masih belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Oleh itu,aku cintakan Allah dan Rasul lebih drpd kencintaaanku kpd diriku,keluargaku dan seluruh dunia ini.

Kita tak sedar,bahawa Baginda sangat mencintai kita.Buktinya banyak!Semasa peristiwa israk dan mikraj pun Baginda sanggup memalukan muka meminta agar Allah kurangkan perintah solat 50 waktu kepada 5 waktu sahaja,kerana Baginda risau akan kemampuan kita!Semasa hampir wafat pun,tetap Baginda mengingati kita.'Ummati, umatku! Kita la tu!!Semasa sakaratulmaut pun Baginda meminta kpd Allah supaya kesakitan mati itu ditanggung oleh Baginda seorang,agar umatnya takkan merasa sakit!

Juga,salah satu cara utk kita mendapatkan halawatal iman(kemanisan iman) ialah dgn kita mencintai Allah dan Rasul lebih drpd segala-galanya.Bila dtg pertembungan antara kemahuan nafsu dengan kemahuan Allah,maka menangkanlah kehendak Allah.Barulah kita akan rasa indahnya hidup dlm ketaatan kpd Rabb.Barulah terasa segala perintah Allah itu indah.Nak beramal soleh pun rasa best!

Kesimpulannya.Adakah kita layak mengaku mencintai Rasulallah?Ayuh,kita turuti sunnah Baginda.Kita ikuti ajaran Baginda dan kita contohi akhlak dan peribadi Baginda.Kalau dulu kita banyak langgar ajaran Baginda,kita hina sunnah-sunnah Baginda,kita hina sahabat r.a,keluarga baginda atau ulama-ulama,maka bertaubatlah sementara masih ada peluang utk disyafaatkan oleh Baginda.Taknak nak masuk syurga ke?Org yg taknak tu ialah org yg tak mentaati Baginda ='(

Maulud Nabi; Marilah bersatu sbgai satu ummah

Tiada manusia yg cintanya kpd manusia lain setanding dgn cintanya Baginda s.a.w kepada kita.Hinggakan ketika sakitnya sakaratulmaut pun,Baginda tetap memikirkan kita dan meminta kpd Allah agar Allah memberikan sakit sakaratulmaut seluruh manusia kpd Baginda.Betapa kasihnya Baginda kpd kita...

Jika hari ini,Baginda s.a.w masih hidup,apakah reaksi Baginda pabila melihat kita berpecah belah?Sejujurnya,saya kesal dan sedih dgn perpecahan yg berlaku ini.Perpecahan yg dirancang.Siapa dalangnya?Yahudi laknat!

Sejarah membuktikan perang saudara antara umat islam slps kewafatan Baginda s.a.w terjadi kerana fitnah Yahudi.Dan sejarah Malaysia juga membuktikan,PAS dan UMNO bertelagah kerana politik dan isu-isu yg dicipta oleh ejen yahudi drpd kalangan kita-kita sendiri.

Firman Allah dlm surah al-Maidah ayat 87-'...Sesungguhnya Allah tidak menyukai org-org yg melampaui batas..'

Sedar atau tidak,kita berpecah belah kerana sikap kita yg melampaui batas.Allah benci sikap ini,tapi kita suka bersikap begini.Saya pernah bersolat di Terengganu dan Kelantan,dan saya melihat satu fenomena yg cukup jijik.Orang UMNO takkan pergi masjid PAS dan org PAS takkan pergi masjid UMNO!(related link)Gila!!mengapa rumah-rumah Allah ni mesti digunakan utk kepentingan peribadi?

Walaupun saya setuju dgn apa yg PAS perjuangkan,tapi saya tetap tak bersetuju dgn beberapa perkara.Banyak sebenarnya.Sikap kita yg fanatik berpolitik ini kadangkala menyebabkan kita lupa bahawa setiap umat islam adalah bersaudara.Kita lupa sabdaan Baginda bahawa umat islam umpama satu badan.Satu bahagian sakit,seluruhnya akan turut menderita.Keghairahan kita berpolitik seharusnya tidak menjadi penghalang drpd kita melaksanakan perintah Allah iaitu mengimarahkan rumah-rumah Allah(masjid dan surau).

Firman Allah juga,'Barangsiapa yg tidak memutuskan dgn apa yg diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah org-org kafir'-al maidah ayat 44.

Tidak kita rasa gementar mendengar ayat ini?hari ini,berapa banyak undang-undang sesat Barat kita praktikkan?Berapa banyak hukum Allah dlm Quran yg kita praktikal kan?Allah tak turunkan perintahNya dgn sia-sia.Segala perintahNya adalah utk kesejahteraan kita.Lihat sajalah,zina dibiarkan tanpa pemimpin kita jalankan hukum islam(sebat),semakin hari semakin banyak anak muda hilang dara,mengandung anak luar nikah!Buang bayi pula!Sedih..ubatnya Allah dah bgtaw,tapi kita taknak guna sbb kononya hukum Allah tak relevant.Nauzubillah...

Org tabligh KALAU(saya maksudkan sesetengah) pula mereka seolah-olah tidak berminat dgn politik.Rata-rata tak mahu ambil tahu urusan politik.Ketahuilah,sunnah Baginda s.a.w yg terbesar ialah dakwah dan sunnah Baginda s.a.w yg kedua terbesar ialah memerintah dgn hukum islam.Jangan silap,dalam islam ada politik!modelnya ialah Baginda s.a.w sendiri!Selepas hijrah(perintah Allah),Baginda diangkat sbgai pemimpin Madinah.Kemudian slps pembukaan kota Mekah,Baginda menjadi pemimpin.Kesannya,islam berkembang.Islam ditegakkan!Hukum Allah dlm Quran dan sunnah Baginda semua sudah complete,namun beberapa perkara hanya dpt dilaksanakan jika kita berkuasa memerintah.Note;saya juga join tabligh =)

Allah juga melarang kita drpd mengharamkan apa yg baik dan dihalalkan oleh Allah.(al-maidah ayat 87).Hari ini,berapa banyak benda yg halal kita haramkan?contoh yg paling dekat ialah berkaitan perarakan maulidur rasul.Saya publish di blog saya.Sebenarnya jika ia satu cara utk memperingatkan kembali umat islam tentang Baginda rasul (yg kita lupakan sepanjang tahun kecuali semasa maulidurrasul),apa salahnya jika dianjurkan.Memang kita tak berkenan percampuran lelaki perempuan,maka disitu barulah kita bantah.Bukan di perarakan dan selawat.Apa yg kita tentang mestilah jelas!!

Dlm Quran juga diceritakan tentang larangan Allah kpd org beriman.Jgnlah kerana kebencian kita kpd sesuatu golongan itu menyebabkan kita menghalangi mereka drpd melakukan kebaikan.Memang kita benci sesetengah orang kerana mereka menzalimi kita.Namun,mereka masih islam dan bersaudara dgn kita.Jika mereka nak buat baik,jgnlah kita halang.Siapa tahu mereka akan insaf?

Satu orang kristian masuk islam tanpa didakwah.Apabila ditanya,dia kata saya tertarik dgn islam kerana 2 sebab.Pertama ialah islam itu bersih.Kedua,islam itu kuat.Saudara,jika kita masih bertelagah ats perkara-perkara sperti ini,hati-hatilah..semoga kita tidak menjadi sbb org bukan islam hilang minat kpd islam.

P/S-->Saya masih belajar.Apa yg saya tulis ini bukan bermaksud saya menunding jari kpd sesiapa,kerana mmg kita semua ada perbezaan.Tapi mengapa kita jadikan perbezaan itu sbgai penghalang utk kita bersatu?Jika anda rasa saya salah,tolonglah tegur.Saya berbesar hati ingin belajar dan memperbetulkan diri saya.Silakan~

Quick post;charity drive METC

Just a short update;

METC 1 cahity drive had been held successfully yesterday at MAS Complex A old canteen.As the project leader(yg banyak buat masalah.hehe)I would love to give my highest appreciation to TAME B08 for all of your effort.May Allah accept our works as a good deeds.Guys!korang mmg best la!Tapi pasni aku taknak bisnes-bisnes da!serikkkk...!!


(ni yg kami jual!kek dan bakery stuffs!)


(gerai kami pun jual Quran terjemahan,yg laku?4naskah je)


(Our instructors.You rock sir!licin air semua air tuu!cmne la boleh laku sgt)


(Other service;cuci kereta laa..but surely not for free~)


(Manager atau bos besar yg kanan sekali tuuu..hahaha)

Apapun,hari tu mmg special sbb mcm-mcm benda saya belajar.Sesungguhnya bantuan Allah itu dekat...sgt dekat.Benarlah firmannya;sesungguhnya Kami(Allah) dekat dgn manusia,lebih dekat drpd urat leher.Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami,dan membantu kami dgn cara yg berbagai-bagai.

Fitnahnya busuk

Fitnahnya busuk
Apa perasaan anda bila seseorang mengatakan bahawa anda syirik?Mesti anda akan rasa terkejut,terkilan,sedih dan marah kerana dituduh sebegitu.Itulah yg mungkin dirasai oleh pemilik blog Dari Pena Farhana yg difitnah oleh seseorang di chatboxnya.Kata manusia yg mengguna nama human,'Ini blog org syirik,sila abaikan'.

Saya kenal pemilik blog itu,dan saya tersangat yakin bahawa itu fitnah yg sgt busuk!Lalu saya cuba menasihat si human.Malangnya saya pula dituduh sebagai mahu berlagak sebagai ulama.Adakah hanya ulama yg boleh memberi nasihat?

Pembaca budiman,siapa kita utk mengatakan org lain syirik atau sesat?Siapa??
Ada satu hadis,daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulallah s.a.w bersabda;"Jika ada seseorang berkata,'Org ramai sekarang ini sudah rosak',maka yg berkata itu sendiri yg paling rosak di antara mereka"-riwayat Muslim.

Dalam kitab Riyadhus-shalihin,Imam Nawawi menerangkan hadis ini seperti berikut iaitu org yg rasa konon dirinya mulia dan benar,manakala org lain salah atau sesat lalu dia berbangga dan merendah-rendahkan org lain,maka itu haram.Tapi,jika rasa itu kerana simpati dan sedih dgn kesesatan org lain,maka ulama-ulama membenarkannya.

Jadi,mengapa kita perlu mengatakan org lain sebagai sesat?
Saya tahu,mmg mudah bagi mulut utk menuturkan sesuatu,wlpun kita tak yakin kebenarannya.Susah nak jaga mulut.(Baca di sini)
Dalam surah Maryam ayat 70,Allah berfirman;"Selanjutnya Kami lebih mengetahui siapa yang seharusnya dimasukkan kedalam neraka". Ternyata,kita tidak layak utk mengatakan seseorang itu bakal ke syurga atau keneraka.

Dalam Hadis 40 Imam Nawawi,hadis ke 4,dikisahkan bahawa ada manusia yg beramal soleh sepanjang hayatnya,namun sebelum mati dia melakukan dosa lalu dihumban ke neraka.Juga perihal seseorang yg sepanjang hayatnya bergelumang dosa hinggakan jarang antara dirinya dgn neraka cuma sehasta,namun akhirnya dia bertaubat sblm mati dan beramal soleh lalu dimasukkan ke dlm syurga.

Kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana.Celaka atau bahagia?Oleh itu,saya pelik dan aneh dgn golongan manusia yg sesuka hati melabelkan org lain sbgai ahli neraka sedangkan dirinya pun belum terjamin.Jadi,tak penting di mana kita bermula,yg penting ialah dimana kita berakhir(sblm mati).zero or hero

Saya juga tertarik dgn satu pesan Baginda s.a.w kpd kita iaitu utk kita menjauhi 7 dosa-dosa yg menghancurkan.Salah satu drpd 7 dosa yg membinasakan itu ialah menuduh perempuan yg baik dan suci berzina.Oleh itu,islam menyuruh kita mengemukakan 4 org saksi yg adil jika mahu menuduh zina.Fikir..antara zina dan syirik,sudah tentu syirik lagi teruk?maka,menuduh org syirik juga perlu kpd bukti!

Sesungguhnya,islam sgt menitik beratkan maruah seseorang.Tidak halal bagi seorang muslim menjatuhkan maruah muslim yg lain.

Mungkin si penfitnah itu tak taw apa itu syirik.Cuma mahu memecah-belah.Sangat keji!Sekiranya mahu tahu lebih lanjut berkaitan syirik dan jenis-jenis syirik,sila ke blog Ustaz Azhar Idrus(Baca di sini) dan sini.Mungkin jika mahu sgt cakap org syirik,nape tak point saja kpd mereka-mereka yang menjadikan kuasa,pangkat dan harta sebagai tuhan hingga samggup menzalimi rakyat,memakan harta anak yatim dan rakyat secara zalim serta memftnah dan menyiksa tahanan yg tak bersalah?Jangan tanya siapa.Sendiri faham laa...

Akhir kata,saya berpesan kpd diri saya dan kpd mereka yg merasakan diri mereka betul agar jangan mudah mengatakan org lain itu sesat atau rosak atau terpesong.Segala-galanya perlu kpd ilmu.Kajilah,telitilah dan fikirlah serta istikharah mohon petujuk drpd Allah kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.

uninstall

Salah satu keburukan saya sejak dulu yang mmg tak berubah ialah ketagihan.Saya tak ketagih isap rokok,online,bukan juga ketagih porn seperti Bedul(baca di sini) atau apa-apa bentuk ketagihan yg tak normal,tapi saya ketagih main game!

Teringat lagi dulu waktu zaman sekolah rendah,saya pernah sanggup curi duit mak( masa belum baligh lagi) pergi main PSone.Waktu tu RM4 sejam,kongsi dengan kawan-kawan.Akhirnya mak beli satu konsol kat saya.Agaknya sebab dia naik menyampah saya asyik melepak kat kedai game tu.hehe

Masuk sekolah menegah,lebih kurang sama hal nya.Saya ketagih game-game komputer sprt Fifa dan Counter Strike.Paling tak teruk masa sy form2,saya terikut member-member main satu game online.Ragnarok online.Perghh...waktu tu jadi mcm org bodoh betul!Apa tidak nya,duit utk makan takpe kalo takde,tapi duit utk c.c kena ada.Mmg gila waktu dulu.haha

Pengalaman yg paling tak boleh lupa ialah kantoi main c.c hari jumaat.Waktu tu nak g masjid,keluar awal lepak c.c then kantoi dgn prefect bertugas.Cis!tapi bukan nak insaf.Hari ahad tu pergi c.c lagi semata-mata nak main Ragnarok,dan buat kali kedua dalam masa 3 hari,kena tangkap.Reward?Masa assembly hari isnin,nama kami kena panggil ke atas pentas dan saya kena pelempang drpd ringgo(PK Hem) dpn org ramai.Malu seh...hehe

Rasanya itu tak banyak merubah saya.Saya tetap ketagih dgn game.Di asrama,kami dibenarkan outing pada hari sabtu mula jam 10pagi hingga 5.30ptg.Yang ini legal punya keluar.Dek kerana 'kebuluran' kpd game yg membuak-buak,sekitar jam 9.30pagi lagi saya dan kwn-kwn satu penyakit dan berebut-rebut dpn pintu pagar.Bila dah dapat keluar,kami boleh pula berlari-lari sebab nak booking p.c terbest.Sapa dtg awal dapat la komputer dan port yg best.Kalau lambat terpaksala berpuas hati dgn p.c lembab.Oh!miss that moments..
(Gambar dari google;budak ketagih kat komputer)

Awal form 3,saya stop main Ragnarok.Tapi masih saya suka main game,cuma game yg biasa-biasa.Dan setiap kali outing,saya pasti akan ke c.c juga.Satu sifat buruk yg tak patut ada pada seorang pelajar.Dan ia tak berubah walaupun menjelang peperiksaan SPM.Rasa mahu berseronok dan bermain-main tetap menebal.Akhirnya keputusan SPM saya pun biasa-biasa jek.

Umur 18 tahun,tetap suka main game.19 tahun,tetap sama.Dan sekarang menjelang usia 20 tahun,masih juga suka.Tapi sekarang baru saya sedar,main game ni tak best pun.Tak seronok pun.Tak berfaedah pun.Dan tak memberi ketenangan pun!Buat tambah stress ada la kot.huhu

Dan beberapa hari lepas,saya sudah uninstall game Football Manager 2010 dalam laptop saya.Mmg benda ni bawak masalah betul la.Banyak betul masa yg dihabiskan dgn sia-sia.Malam-malam pun tidur lewat!kalau tidur sebab study atau baca Quran takpe lah,ni sebab main game.Soalt subuh berjemaah pun selalu terlepas.Menyesalnya,..............tapi takpe,saya dah azam stop main game da!(berapa kali nak azam daa...)

Kepada anda yg mungkin ada masalah yg sama,saya ajak agar kita sama-sama fikir.Masa muda ni kita kena pulun cari ilmu dan cari tempo utk beramal,sebab takut tak sempat tua.huhu

Allah terima tak perarakan org-org munafik?

Allah terima tak perarakan org-org munafik?

Hari tu,ada satu org hamba Allah kata kat saya yg saya ni membabi buta tidak menyukai pemerintah sekarang.Disebabkan saya malas nak berdebat,maka saya tinggalkan dia.Sampai sekarang tak ym lgsung dgn dia.Maaf sgt-sgt.Berikut adalah satu artikel yg saya 'curi',utk memberi satu kesedaran bahawa 'kita sedang ditipu!'

********
SAYA ada membaca tulisan seorang sahabat yang mendedahkan fakta isu perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang. Saya jarang menulis isu politik di sini, tetapi jika dilihat akhbar-akhbar Melayu sangat suka memainkan isu sebegini.

Jika sebelum ini isu kalimah Allah digembar-gembur, kali ini isu Maulidur Rasul.Selagi mana umat Islam menjadi umat yang jahil, pemalas untuk mengkaji Islam melalui sudut wahyu, selagi itulah umat Islam akan diperbodohkan oleh umat Islam yang lain dan bukan Islam sudah pastinya. Oleh kerana kemalasan mengkaji Islam, dan kejahilan yang teramat sangat, kita melenting apabila isu nama Allah timbul.

Disebabkan kejahilan, dan sudah dibiasakan bertaqlid buta kepada tradisi datuk nenek, kita melenting apabila isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan timbul. Umat Islam terus diperbodohkan. Kita menjadi sensitif kepada isu-isu yang tidak patut diperbesarkan, tetapi kita membiarkan banyak masalah akidah umat berleluasa.

Di sini saya pastekan satu tulisan seorang sahabat yang membongkar isu sebenar di sebalik pembatalan perarakan Maulidur Rasul:Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar perdana. Sekadar ingin memetik pandangan "anak imam" ini yang menyatakan:

"Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam." Saya jadi terpinga-pinga dengan kenyataan ini. Sejak bila perarakan Maulidur Rasul menjadi satu "kepentingan umat Islam"?

Lebih memeranjatkan lagi kenyataan dari bekas Perdana Menteri dalam Malaysia Insider yang ingin saya petik sebagai berkata: "Abdullah (gambar), yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

"Pandangan sebegitu tidak sepatutnya ada dalam fikiran kerajaan negeri sebab Maulidur Rasul adalah sambutan yang tiap-tiap tahun diadakan, perayaan yang aman dan tidak menjadi perayaan yang mencetuskan apa-apa yang tidak baik," katanya kepada pemberita di IKIM di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini."

Kemudian Dr Mohd Puad Zarkashi pula dipetik sebagai berkata:
"Maulidur Rasul adalah satu sambutan yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah (SAW). Jikalau mereka mahu membatalkannya kerana takut akan terjadinya demonstrasi, maka ia adalah satu pandangan yang amat sempit," katanya kepada Bernama di Rengit hari ini.

Saya merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan. Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul. Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan. Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan. Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Semalam EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidka mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut. Ketua Menteri ketika di dalam ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti. Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan!

Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir. Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul. Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

Saya jarang ingin melahirkan kekecewaan saya. Tapi kali ini saya ingin menyatakan dengan jelas perasaan kecewa saya terhadap rakan-rakan yang kononnya bersama saya berjuang untuk menegakkan sunnah. Tidak sedikit pun saya mendengar atau membaca kenyataan keras dari rakan-rakan yang menolak pandangan jumud dari pihak Pak Lah, Dr Fuad ataupun Muhyiddin Yassin mengenai perarakan maulidur rasul. Saya merakamkan di sini bahawa perjuangan dakwah sunnah tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak.

Jika keberanian menegur hanya untuk sesetegah kelompok(?) maka tidak berguna lagi kita mengatakan kita mengikut jejak langkah Salafus Soleh. Berapa ramai di kalangan mereka tegas dengan pendirian dan ada dikalangan mereka yang menemui syahid hanya kerana ketegasan mereka mempertahankan apa yang mereka yakini sebagai kebenaran.

Oleh :ABU HASIF dipetik dari mStar Online dan blog Ustaz Reza.

Itu anak pakcik ke?

Adakah anda seorang ibu/bapa?Atau anda seorang anak?post kali ini bukan mahu menunding jari kpd sesiapa,sekadar utk membuatkan kita berfikir.

Jika anda berjalan-jalan di pekan luar bandar,anda pasti akan melihat satu suasana atau fenomena yg pelik.Anda akan melihat lelaki tua berkopiah berjalan bersama anak gadis yg berpakain seksi.Bagi sy,keadaan ini juga berlaku di bandar,tapi berbeza suasananya.

Di bandar-bandar,itu normal melihat v.i.p, dato’,jua org kaya yg tua bangka bermanja-manja dgn wanita muda.Pompuan simpanan lah tu!Tapi di luar bandar,lelaki tua itu bukannya jutawan yg ada harta utk dikikis,tapi bapa kpd anak gadis seksi itu.Ok!bukan perempuan aja,lelaki pun sama. Bapa-bapa tua berkopiah.Anak-anak muda pakai menjolok mata.Fesyen melayukah?

Pelik!saya pelik kerana masuk aja kampung,mesti kita akan lihat org-org tua akan pakai kopiah.Hatta org tu tgah berkebun,atau berborak di kedai kopi,mereka akan pakai kopiah.Lebih malang,tak sedikit manusia berkopiah ini yg boraknya 'lebat' hingga berjam-jam di kedai,lupa solat.Yang di bendang atau kebun juga sama,bulan puasa makan tengahari dek penat sedikit.Kopiah ats kepala tetap ada.

Sebenarnya saya tertanya-tanya,apakah kita sebagai org tua?seringkali sy dengar,’Aku dah tua,dah banyak makan garam’.Tapi,tak banyak pula saya lihat peranan org tua dalam mendidik anak-anak mereka.Bapa haji,lebai,siak,kaki masjid,tapi anak sendiri kadang-kadang lebih teruk drpd anak org asli dalam hutan!
(Takkan dah tua baru nak tutup aurat?)
Adakah ibubapa masa ini jadi ‘penakut’ utk menegur kesalahan anak-anak?(klik sini)Sebab mungkin takut diabaikan anak.Maklumlah,tiap-tiap bulan anak hantar rm500 buat belanja.Jadi terpaksa biarkan anak hidup dalam dunia moden dia.Biar pakai seksi-seksi,biar lupa baca Fatihah,biar tak tahu arah kiblat,biar saja mereka hidup utk kejar neraka,yg penting tiap-tiap bulan duit masuk.Begitukah?

Sedih.Sedih sgt melihat ibubapa sebegini.Bukan nak salahkan sesiapa,Cuma saya kesal dan simpati.Mungkin dulu hidup susah,jadi tak mampu beri didikan agama yg sempurna,atau mungkin juga dulu hidup sempit tiada masa utk memberi contoh tauladan terbaik utk anak-anak.Kesannya,anak berjaya tetapi lupa tuhan,lupa ibubapa.

Tak kurang juga ibubapa yg ditipu anak-anak.Kononnya di U,perlukan wang utk beli buku tapi sebenarnya beli hanset baru yg boleh mms hantar gambar tak senonoh kpd pakwe!Atau mungkin kata kat ibubapa takde cuti nak ziarah,tapi sebenarnya masa cuti sganja taknak balik sbb nak dating!Aku jijik,tapi aku simpati dan aku pun doa serta aku nasihat.Moga bakal anak cucu keturunan aku Allah pelihara.

Akhir sekali,saya rayu kpd anda yg masih ada ibu atau bapa supaya tolong kasihi dan berikan perhatian kpd mereka.Dengar nasihat mereka.Berbaktilah kpd mereka!Sesungguhnya impian setiap ibubapa pasti utk melihat anda menjadi solah atau solehah.Biar kita tak kaya duit,tapi biar kita kaya budi.Biar org cemuh,ejek atau gelakkan kita asalkan kita tahu kita tak lupa diri,tak lupa Allah dan tak lupa mak bapak.Ingat tu!Jgn jadi melayu yg lupa daratan!

Leaving...

Leaving...
Ah....!!Stress!Syukur,esok cuti sampai selasa.Boleh berehat.Minggu ini aje macam-macam perubahan berlaku.Yang paling penting,mulai minggu ni saya sudah mula program fasa 2;Avionics.Kalau dekat U,mungkin taraf degree atau lebih tinggi kot.

Kalau saya nak cerita pasal avionics,mmg banyak kot.Jadi lebih baik kalau baca kat wikipedia aje.Belajar makin susah.3 kali lebih susah kot dan paling tak best,exam module 11(killer subject) still belum buat.Ditunda sebab ada kes kantoi soalan bocor.Argh!satu org menipu,ratusan orang dapat masalah.

Takpe,dalam kesusahan ada kebaikan~kan?

Sebenarnya takde mood sgt pun nak menulis ni.Cuma saya terfikir akan kata-kata ust.Mokhtar Storke.Apa katanya?

'Umat islam di Malaysia terlalu mementingkan pendidikan berkaitan hukum-hakam lalu mengabaikan pendidikan tauhid'.

Saya cuba mencari kebenaran di sebalik kata-katanya dan saya terjumpa rasionalnya.Benar,mmg sisitem pendidikan di sini tak menitik beratkan soal tauhid.Soal akidah,dipandang sebagai mudah.

Apa yg terjadi?Anak-anak muda mcm saya ni la kesannya.Beramal tapi tak tahu sebab beramal.Beramal,tapi tak tahu utk siapa sebenarnya.Kita ibarat tembikai yg berat,tapi tiada isi.Hanya kulit aja yg tebal.

Anak-anak muda jadi tak tentu hala.Asyik duk fikir,aku sudah islam dgn ucap kalimah Lailahaillah atau aku sudah islam,dgn mengerjakan solat.Maka aku boleh buat dosa.Oh!inilah fenomenanya!Kita tak kenal Allah,atau bahasa yg lebih tepat kita BELUM kenal Allah.

Atas sebab itulah,kita hanya membataskan islam kpd beberapa perkara.Kita anggap,cukuplah sekadar aku bersedekah lalu tak apa aku ambik rasuah.Atau,cukuplah aku bina masjid,jadi tak payah aku datang ke masjid.Ah!malas saya nak ambik contoh lain.Para pembaca nilaikan sendiri ya...

Jadi,atas maksud tidak mahu menjadi org yg mencampur adukkan yg haram dan yg halal,saya mengajak diri saya dan anda semua utk kita mengenal Allah.Kita kenal sifat-sifatnya.Caranya?kita baca Al-Quran,terutamanya surah-surah Makiyyah.
Benarlah kata Saidina Ali r.a, 'awal agama ialah mengenal Allah'.

Saya akan bercuti 4 hari~yeah!mohon maaf jika lepas ni bayang-bayang saya di blog makin malap sebab saya mmg makin sibuk.huhu.Kalian doakan saya ya!

Artis

Anda ada menonton drama Awan Dania tak?Tadi dia buat pengambaran di training center kami!Bunyi mcm hebat kan?
(Inilah METC)

Sekitar tentang remaja islam termasuk juga saya.Kita sgt-sgt mudah tertarik dgn soal hiburan.Kita suka,kita cinta,kita layan semua benda yg berkaitan hiburan.Seolah-olah kita hidup utk memenuhi kehendak berhibur kita shj.

Saya tak mahu bercakap tentang org lain,tetapi tentang diri saya.Saya pun tertarik dgn semua ini.Siapa yg taknak jadi glamor?Siapa yg taknak dipuji dan dipuja?Siapa yg taknak dipandang mulia?Bukankah fitrahnya mmg begitu?

Tadi waktu van rombongan mereka tiba,sy terkejut.Apa tidaknya,waktu tu kami baru keluar dari perbarisan kawad(jgn tak caya,dlm aviation pun ada kawad).Tiba-tiba tengok org pakai cantik-cantik keluar.Yang paling tak tahan TERtengok sorang perempuan tu pakai seluar pendek nampak paha,selamba je jalan.(Kalaulah mata saya ada kat punggung,pasti sy takkan terlihat semasa dia berjalan melintasi kami).Wau!Ni kat Malaysia ke Colombia?

Saya takut,risau dan kesal dgn org melayu.Muda-muda sudah pasang cita-cita nak jadi artis.Hoi!Apa yg kau dapat kalau jadi artis ha?Kau dapat pujian bila org tengok daging putih kau?Itu musibah!Kau dapat pujian bila org kata suara kau sedap menyanyi lagu cintan-cintun?Itu musibah!Kau dapat pujian bila org kata kau terror berlakon babak ranjang?Itu musibah bro!Bahayasssss....

Sejujurnya,saya mmg tak menyukai golongan artis.(rasanya artis takkan baca blog saya)Pernah sy bersembang dgn seorang sahabat,katanya "kalaulah adik aku jadi artis satu hari nanti,aku tak rela mengaku adik".Oh!saya takde adik.Benarlah,wanita itu fitnah yg paling besar.Iya,wanita itu fitnah.Maaf saya katakan,tapi itulah yg disabdakan oleh Baginda s.a.w

Seindah hiasan adalah wanita solehah.Benar sekali!Saya teringat kata-kata seorang akhi,katanya zaman ini mmg sukar sekali menjaga diri dari ftnah wanita.Mungkin kita tidak suka atau benci dan jelek melihat perempuan-perempuan yg berpakaian tak sopan dan bersosial,tapi ternyata kita tertarik dgn perempuan yg berpakaian tudung labuh dan sopan.Itulah fitnahnya!Sambungnya lagi,'nak elak fitnah kenalah kawin cepat-cepat bila dah cukup syarat.'

Artikel ini tidak memihak kpd sesiapa.Baik lelaki atau wanita,siapa yg salah dia kena mengaku salah.Salah wanita jika dia menayangkan tubuh badannya dan salah lelaki juga kerana tidak kuat melawan gelora syahwatnya dan memandang wanita itu.Jadi,masing-masing ada salah dan silapnya sendiri.

Teringat kisah seorang alim di zaman Bani Israel(zaman nabi Musa A.S) yg sanggup membakar tangannya semata-mata utk menahan dirinya drpd menzinai pelacur yg datang kerumahnya dan berbogel dihadapannya.Kalaulah saya yg berada di situasi itu...agak-agaknya apa yg akan berlaku?(Jangan jawabkan utk saya)

Minta Maaf,En.Dakwah

Minta Maaf,En.Dakwah
Maaf.Dalam entry lepas,saya ada menceritakan perihal sahabat sy yg tak solat.Maaf.Ramai org yg beranggapan pendekatan dakwah saya salah.Maaf.Ya!saya salah.Maaf.

Org kata saya memalukan mereka.Tapi saya rasa tak.Sebab saya tak sebut nama dia pun.kan?
Kalau begitu,jika ada org mencuri atau meragut,kita tak boleh lah ceritakan dalam akhbar sebab ia akan memalukan penjenayah tu.kan?huh...

Tapi org tak sedar,bahawa meninggalkan solat tu merupakan satu jenayah juga!Yang kesan meninggalkan solat itu bukan hanya terkena pada si pelaku shj,tapi kpd satu ummah selagi tiada usaha pencegahan dilakukan.

Ada org kata dakwah kena berhikmah.Saya setuju!Tapi bukan semua org tahu apa itu hikmah.Dalam surah An-Nahl ayat 125,Allah berfirman,


"Serulah manusia kpd Tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik...".Dalam penafsiran Al-Qurtubi,hikmah diertikan dgn jalan atau cara penyampain.Iaitu penyampaian hendaklah sesuai dgn tahap akal dan pemikiran org yg didakwahkan itu.

Jadi,saya guna kaedah sindiran yg agak kasar kerana saya tahu dan yakin bahawa si dia faham dan akan sedar betapa jijiknya jenayah meninggalkan solat itu.Lagi satu,mmg sahabat sy tu takkan baca blog saya,jadi dia takkan terasa.Saya tegur dia face to face dan dia pun dah lali dgn ajakan saya.Maklumlah,kami sekelas.Hari-hari jumpa,dan diajak bersolat.InsyaAllah kejap lagi solatlah mereka tu.

Nabi s.a.w sendiri bukan sepanjang hayat Baginda dakwah dgn berlembut.Ini terbukti dengan kes Nabi berdakwah di Taif.Dakwah Baginda yang mulia itu ditolak oleh pendudk Taif dan Baginda cedera dibaling dgn batu dan najis oleh penduduk Taif.Namun Baginda tetap cool dan berdoa agar satu hari nanti akan ada golongan yg akan beriman.

Tapi,dalam kes yg lain pula,di mana Baginda sedang solat dan sujud dihadapan Kaabah,dtg Abu Jahal dan geng jahannam dia buat onar.Diorang letak perut unta atas belakang Baginda hingga Baginda tidak mampu bangkit dari sujud!Kemudian barulah perut itu diangkat oleh para sahabat r.a dan anaknya Siti Fatimah r.anha.Waktu tu nabi tak doakan kebaikan lagi,sebaliknya doakan kecelakaan kpd Abu Jahal!

Lihat!penduduk Taif tolak dakwah sbb jahil,tapi Abu Jahal tolak dakwah sebab sombong.Nabi tak marah dgn org jahil,tapi dia marah dgn Abu Jahal sbb Abu Jahal tahu tentang kebenaran Baginda s.a.w tapi dia tak terima sbb sombong dan angkuh.

Saya pula?saya cuma sindir,saya tak doakan bala pun!Siap doakan hidayah lagi utk 3 org istimewa tuu..salah ke saya guna pendekatan sindir?Oh.saya mmg salah.Maaf.(jika sesorang kata dia betul,maka sebenarnya dia itu yang salah)

Ingat juga tak kes Al-Qomah,iaitu lelaki yg soleh tapi dimurkai mak dia sebab dia utamakan isteri dia drpd mak dia.Si ibu tua terasa hati.Waktu nak meninggal dunia,Al-Qomah tak dapat ucap Lailahaillallah.Nabi kemudian ugut nak bakar Al-Qomah kalau mak dia taknak maafkannya.Lalu mak dia tak sampai hati dan memaafkannya.

Jelas?Nabi tak berlembut sprt merayu mak dia atau memujuk si ibu tu utk maafkan Al-Qomah,sebaliknya guna cara yg 'mengejutkan' yg akhirnya berjaya melembutkan hati mak Al-Qomah utk memberi maaf.Jadi,saya menolak jika ada org kata bahawa dakwah kena sentiasa lemah lembut.

Sebaliknya,dakwah kenalah hikmah iaitu fatonah atau bijak.Bijaksana utk menyesuaikan dgn suasana dan keadaan.Benarlah,dakwah itu boleh jadi lembut,selembut-lembutnya dan juga boleh jadi keras,sekeras-kerasnya!Tak semestinya kita kena jadi lembut seperti Khalifah Usman r.a,kita juga kena jadi segarang Khalifah Umar r.a.Apa pun,yang penting sekali ialah kita tetap kena jalankan dakwah juga,sesuai dgn kemampuan kita.ok?Allah jua yang tahu kita betul atau kita salah.

Buku kecil bewarna biru

'Tengok jap buku tu',pinta seorang sahabat kpd saya.

Lalu saya hulurkan buku kecil bersaiz poket itu kepadanya.Dia membeleknya dgn khusyuk.Sesuatu yg jarang dilakukannya.Dibaca sedikit isi kandungan buku berwarna biru dan hitam itu.

'Ko beli buku ni harga RM10?',tanyanya seperti terkejut kerana terlihat tanda harga dibelakang buku itu.

'Tak mahal pun buku tu.',jawab saya selamba.Saya mula merasakan tidak senang.

'Membazir giler!buku kecik mcm ni pun da RM10!!'

Saya geram.Marah.Lalu tanpa sengaja saya terbalas,'Buku ni orang islam aje yg baca!!'

Mukanya berubah.Dia membebel seorang diri dan saya meredakan marah dgn berlalu pergi darinya.
*********************************************************
Masih ingat lagi tak dgn cerita tentang kawan-kawan saya?ada yg masih tak solat.3 orang semuanya dan dia ialah salah seorang daripada daripadanya(klik sini)

Saya mengaku,mmg saya salah kerana beremosi kerana saya menyalahi tertib dakwah.Dakwah yg diajar oleh Baginda ialah mendatangi manusia dgn rasa belas kasihan,bukannya dgn melepaskan geram.Oh!saya salah kerana saya menaruh geram kepadanya.Moga Allah ampunkan saya dan beri saya hidayah.

Pembaca budiman,mahukah saya ceritakan tentang buku kecil berkulit biru itu?
Tajuknya ialah Jadi Seperti Muhammad.Buku yang saya sedang baca dan fahami.Buku ini keluaran PTS MILLENNIA SND.BHD.

Buku ini menceritakan tentang manusia paling mulia dan sebaik-baik makhluk,iaitu Nabi Mulia Muhammad S.A.W.Buku kecil ini sgt-sgt-sgt menarik.Di dalamnya diceritakan segala-galanya tentang baginda,iaitu sifat-sifat fizikal Baginda dan peribadi baginda.

Indahnya di dlm buku ini,segalanya diceritakan dgn jelas dan ringkas.Diceritakan tentang fizikal nabi yg disaksikan oleh sahabat r.a seperti Baginda tidak terlalu tinggi tapi tidak terlalu rendah serta dada dan perutnya sama paras.Diceritakan juga tentang adab baginda berjalan sperti membuang halangan di jalanan,merendahkan pandangan,berjalan seperti sdg turun bukit dan lain-lain.Selain itu diceritakan juga tentang sifatnya kpd keluarganya.Ternyata Baginda seorang yg romantis dan penyayang serta pembersih.

Diceritakan juga tentang solat Baginda iaitu solat sunnat dilakukan lama-lama,namun solat fardu dilakukan tidak terlalu lama kerana faktor kesihatan dan keperluan makmumnya.Cara bacaan Quran Baginda juga diceritakan.Baginda juga beristighfar dan bertaubat lebih 100 kali sehari walaupun Baginda bebas drpd dosa!

Terlalu banyak jika saya mahu ceritakan disini.Cuma apa yg mahu saya highlight kan ialah jgn kedekut dgn ilmu.Baginda cinta dan menuntut kita utk cintakan ilmu.RM10 utk mengenal Allah atau RM10 utk topap yg sia-sia?

Bagi anda yg rasa mahu mengenali Baginda Rasulullah,silalah cari buku ni.Ada dijual di Popular.Mari bersama kita jadi hamba yg bersyukur iaitu dgn cara menggunakan segala kurniaan Allah utk kita mengenali Allah dan hamba dan kekasihNya,Rasulullah S.A.W

Tambahan-->exam ditunda until further notice.Jadi sekarang tgh praktikal dan byk masa terluang kat kelas.