Saya pernah sibuk

Saya pernah sibuk
Mengapa?
Saya senyum sahaja, menyembunyikan malu."Saya sibuk Ustaz. Tak mampu rasanya nak bertadarrus bersama bulan ini". Pertanyaan Ustaz Khairi mengapa saya tidak bertadarrus bersama dengannya saya jawab dengan hati-hati, namun ustaz faham saya cuma membuat dalih." Siapa tak sibuk dalam dunia ni? Semua orang sibuk. Kalau dia kata dia tak sibuk, hebat lah dia tu".Dan kali ini, kata-kata ustaz membuatkan saya lebih malu dan terasa.Ya, dia sedang menyindir saya.

Tapi saya sombong. Kerana kesombongan untuk mengaku bahawa saya memerlukan bimbingan ustaz , menjadikan saya memilih alasan 'sibuk' untuk saya tidak bersama duduk bertadarrus al-Quran bersama-sama beliau. Jika saya bertadarrus bersama Ustaz Khairi, imam Surau At-Taufiqiyyah, bermakna saya hanya akan pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam. Ustaz memang cukup arif dalam ilmu tajwid. Jika membaca Al-Quran bersamanya, pasti beliau akan mendengar dengan teliti satu persatu dan menegur mana silapnya. Kesemua sekali!
(Gambar dari Google Image-sekadar gambar hiasan)
Teguran
Dan beberapa hari lepas, sekali lagi ustaz menegur saya. Selepas selesai solat sunat rawatib, ustaz datang mendekati saya dan kawan-kawan. Mula-mula kami berbual tentang video The Arrival. Ustaz memang sangat peramah. Banyak sekali ideanya. Kiranya jika kita rapat dengannya, ada-ada saja benda yang akan dia bualkan bersama.Seperti selalu, saya dan kawan-kawan menjadi pendengar setia. Kadang-kadang tertawa, kadang-kadang tersenyum.

Tidak lama, kawan-kawan saya meminta izin pulang kerana ada hal. Lalu tinggal saya dan ustaz dan ketika itu dia 'memberi ubat' lagi.Sanggup menunggu untuk face to face kerana bimbang saya akan malu ditegur. Terima kasih ustaz. Ustaz menegur bacaan al-Quran saya. Sebabnya, sudah dua hari saya mengimami solat fardu maghrib kerana ustaz kelewatan. Saya perasan kehadiran ustaz selepas selesai solat. Maka saya menyimpulkan bahawa ustaz terlewat, dan menjadi makmum masbuk. Dan kebetulan, sahabat saya Ammar, seorang hafiz Quran pulang ke kampung. Jadi saya 'dipaksa' naik sedang dalam hati, saya tahu saya tidak layak.

Ustaz menegur beberapa perkara yang sangat penting iaitu berkenaan dengan tajwid. Masih banyak kecacatan dalam siri pembacaan Al-Fatihah dan surah. Dugaannya juga tepat, bahawa saya menghafaz potongan ayat al-Quran tanpa tasmik (memperdengarkan bacaan untuk disemak oleh guru).

Saya juga menyarankan supaya anda semua berjumpa dengan mana-mana guru Al-Quran untuk menyemak kembali bacaan surah Al-Fatihah anda kerana berkemungkinan solat kita tidak diterima sekiranya Al-Fatihah kita cacat.

Seperkara lagi yang saya kagum dengan Ustaz Khairi, selain sifat ramah dan tegurannya yang berhikmah ialah ustaz tidak pernah membebankan sebaliknya dia mempermudahkan. Dia sendiri mencadangkan bahawa satu hari nanti saya dan kawan-kawan boleh datang kepadanya dan tasmik dengannya. Ustaz bukan sekadar menimbulkan persoalan, tapi dia juga menunjukkan jawapan dan jalan kepada persoalan yang ditumbuhkannya itu.

Leburkan sombong, sebelum ia meleburkan kita!
Ya, buat kali kedua dalam masa yang cukup singkat, saya merasakan bahawa diri saya ini adalah tersangat sombong dan jahil. Mungkin lebih tepat, saya katakan saya 'syok sendiri'. Merasakan bacaan dan hafalan kita sempurna sedangkan bagi pakar, itu jauh dari sempurna! Semuanya bermula kerana kesombongan yang menyebabkan saya beralasan 'saya sibuk ustaz' untuk saya tidak sama-sama duduk memperdengarkan bacaan Al-Quran untuk disemak dan diperbetulkan.

Semoga kisah ini dapat menjadi ikhtibar kepada semua. Ketahuilah, jika kita rasa kita sudah baik, maka sesungguhnya masih banyak yang kita jahil dan tidak tahu. Jangan melenting jika ditegur, hatta yang menegur itu ialah seorang kanak-kanak. Jangan sombong dalam menuntut ilmu dan yang paling penting, jangan berkira-kira dalam mengamalkan agama.

Hidup ini perlukan kesungguhan, mujahaddah dan pengorbanan. Saya belajar melebur sombong dengan cara yang sukar. Saya harap anda tidak begitu. Terimalah teguran, kerana itu tanda anda bukan malaikat.

Sibuknya Dunia

Sibuknya Dunia
Alasan
'Aku tengok kau sepanjang Ramadhan ni langsung tak buka Al-Quran,sedangkan bulan ini Allah gandakan pahala setiap amalan kita.Kau tahu kan?'. Nasihat saya kepada seorang teman sedang kami beriringan pulang dari solat tarawih. Bukannya saya busy body, saya cuma ambil peduli.

Terdiam sebentar dia lalu perlahan dia menjawab,'Aku sibuk, busy lah' sambil tersenyum kelat.  Mungkin sedang berperang dengan perasaan sendiri. Saya turut tersenyum dan diam. Biarlah, saya pasti dia mengerti apa yang saya maksudkan.

Saya sibuk, tiada masa!
Gambar dari Google Image
Saya kadangkala jadi pelik dan hairan sendiri. Betapa mudah manusia mahu lari dari tanggungjawab dan amanah dengan sebuah alasan yang sama. Mungkin betul sahabat itu sibuk, tapi saya perhatikan, beliau sibuk dengan facebook dan menonton movie. Barangkali sibuk juga dengan study, tapi tidak adil lah jika itu dinamakan sibuk.

Saya mengenali seorang lelaki yang sangat sibuk. Rutin sehariannya sepanjang bulan Ramadhan ialah berangkat ke tempat kerja seawal selepas solat subuh,dan pulang hanya beberapa saat sebelum masuk waktu berbuka, bahkan kadangkala dia masih mengayuh basikal sedang azan dilaungkan. Kerjanya ialah sebagai seorang buruh kasar.

Dia seorang lelaki dari Indonesia tapi amat peramah, juga amat baik hati. Sebelum azan isyak, dia sudah terpacak di surau.Bila pandangan kami bertemu, salam dihulur dan senyuman terukir di bibirnya.Saya kagum. Tidakkah dia mampu membuat alasan penat bekerja di tapak pembinaan untuk dia 'lenyapkan diri' daripada kefarduan solat berjemaah dan serta solat sunat tarawih.Ya, dia mampu, tapi dia tidak mahu beralasan.

Keluhan
Saya masih teringat seorang lelaki muda mengeluh tentang kesibukannya hingga dia jarang sekali mampu mengikuti program masjid. Lalu seorang lelaki yang lebih berusia menegurnya dengan satu teguran yang bagi saya tersangat berhikmah dan terkesan dalam hati. Walaupun peristiwa ini hampir 2 tahun berlaku, tapi ia tetap segar dalam kotak ingatan saya, sebagai suatu pengajaran buat diri sendiri.

Lelaki tua itu mengingatkan kami bahawa sesungguhnya iman dan islam bukan sahaja letak di dalam masjid,surau atau persatuan.Sebaliknya letaknya ialah di dalam hati dan peribadi manusia.Nasihatnya, gunakan setiap inci kemampuan kita untuk islam. Jika kita sibuk dengan pekerjaan, pastikan kerja kita itu menjadi suatu ibadah. Jangan lupakan Allah dalam pekerjaan. Juga, jangan tinggalkan dakwah kerana dakwah itu suatu kemulian ummat ini. Dimana saja, sesiapa saja boleh dan perlu kita dakwahkan.

Sambung pakcik itu lagi, Allah jadikan kita sibuk dalam kerja pastinya ada sebab. Dia mahu kita berdakwah kepada rakan sekerja dan menjadi ajen penyambung antara rakan-rakan kita dengan dunia islam. Bukan semua orang faham islam tapi semua orang perlu kepada islam. Atas sebab itu, jadikanlah kehadiran kita ke dalam syarikat atau persatuan sebagai suatu manfaat kepada orang lain.

Menjadi manusia yang bermanfaat.Ya, itu matlamat saya juga.

Sibuknya!MasyaAllah!
Saya cukup bersyukur kerana Allah memberi saya peluang untuk istiqomah bersolat wajib 5 kali sehari. Jika tidak, pasti saya dapati tiada langsung minit untuk saya ingat kepada-Nya sedangkan Dia tidak pernah culas akan saya.

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Dirikanlah solat untuk mengingatiKu-surah Taha ayat 14

Nasihat saya 
Kepada anda yang sibuk samada dengan pekerjaan mahupun study, lebih-lebih lagi dekat dengan peperiksaan, jangan terlalu gusar jika anda tiada masa untuk banyak bersolat sunnat, membaca al-quran atau berzikir seperti segelintir orang. Yang penting, anda jaga kualiti solat 5 waktu anda.Sebaiknya solat berjemaah.Jika tidak mampu, solat lah di awal waktu.

Jangan tidak tahu, bahawa perbuatan sengaja melambat-lambatkan bersolat tanpa sebab yang muhasabah juga adalah suatu jenayah dan berdosa.

Kesimpulan
Adakah kita benar-benar sibuk? Pastinya tidak melainkan kita 'memaksa' diri mengatakan kita sibuk kerana mahu menyedapkan hati sendiri.Ketahuilah, sahabat Rasulallah, Anas bin Malik r.a diriwayatkan memiliki 100 orang anak dan ladang kurma yang seluas sebuah perkampungan, tapi dia masih mampu untuk mendekati perintah Allah.Sepatutnya dia lebih sibuk kerana menguruskan rumah tangga dan harta yang banyak itu.

Islam itu mudah,tapi jangan kita ambil mudah. Perbuatlah sedaya-upaya kita.Allah Maha Pengampun, pastinya kepada manusia yang mahu diampun. Dalam artikel akan datang, saya akan berkongsi bagaimana saya 'kesibukan' meleburkan sombong saya. Mudah-mudahan menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.

Review: Hilal Asyraf

Review: Hilal Asyraf
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang di dalam majlis-majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangkan untukmu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. DanAllah Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan- surah al Mujadilah ayat 11

Ada seorang lelaki,serupa macam saya.Umurnya baya-baya saya saja tapi ilmu agamanya mengkagumkan saya.Juga berkaca mata seperti saya tapi itu tanda dia berilmu, bukan seperti saya yang juga berkaca mata tapi kerana terlalu asyik memandang skrin komputer.

Mungkin anda semua sedia mengenali beliau kerana dia adalah seorang penulis yang hebat.Namanya Hilal Asyraf.Saya juga mengenali beliau melalui tulisan-tulisannya yang sangat indah.Kata-kata yang tersusun indah juga bait-bait puisinya,memukau.Ya.Bagi saya, bukan sekadar itu.Saya lebih mengkagumi akan ilmunya.

Banyak perkara yang saya belajar daripada karyanya.Antara lain ialah bagaimana tulisan adalah  peluru.Baginya, seorang penulis itu seumpama seorang penembak tepat yang menembak peluru sedar ke dalam hati para pembacanya.Dengan peluru kesedaran ini, hati-hati yang mati boleh kembali bernyawa.Dengan peluru kesedaran ini jugalah, hati-hati yang suram akan kembali bercahaya.

Saya sudah berusia 20 tahun.Moga-moga dengan usia yang lanjut seperti ini,saya berupaya menikmati kematangan yang sama seperti dia dan dapat menghayati keindahan dunia tarbiyyah yang sama.Kepada anda yang masih belum pernah melawat laman web nya,silalah menjenguk-jenguk untuk sama-sama mengambil ikhtibar daripada orang yang berilmu kerana Imam al-Mujahid pernah berkata bahawa ada dua halangan terbesar yang menghalang manusia daripada mendapat sesuatu ilmu,iaitu malu dan sombong.


Jangan malu dan jangan sombong.Kita sedar kita sama-sama jahil, dan itu syarat yang sudah cukup untuk membuatkan kita perlu menuntut ilmu.
"saya sebenarnya hendak mengajak pembaca dan diri saya merasakan bahawa kehidupan kita adalah ibadah kepada ALLAH, dan menjadikan diri kita berusaha memperbaiki diri dalam perjalanan kita untuk kembali kepadaNya"- Hilal Asyraf

19 tahun yang berlalu

Syukur kepada Allah kerana saya masih mampu menikmati bahagia menjadi hambaNya.Melangkah ke alam 20-an benar-benar sesuatu yang mengujakan.Siapa tahu,ini tahun yang terakhir bagi saya,maka wajarlah saya berbangga,seronok dan menikmati usia ini tapi dengan cara yang lain daripada kebanyakan manusia.

Post kali ini mungkin bersifat peribadi kerana saya mahu menunjukkan dan menghadiahkan sekalung penghargaan kepada seorang sahabat yang telah mengajar saya suatu pengajaran yang sangat berguna kepada saya.Saya manusia biasa.Jangan ditanya tentang keburukan saya,kerana terlalu banyak yang saya kurang.Segalanya perlukan kepada tampungan dan ia datang daripada bantuan anda semua.Sila tegur saya jika saya tersilap langkah.

Kepada kamu yang mengajar saya erti hormat,hanya ucapan terima kasih dan sekalung doa,moga Allah merahmati dan bersama denganmu selalu.

Dan insyaAllah,dengan meningkatnya usia saya ini,saya ada beberapa perkara yang mahu saya capai.Pertama sekali ialah kematangan.Sejujurnya,saya masih merasakan tindakan saya tersangat tidak matang.Arghh..malu sendiri.Biarkan saja bicara sepi ini hilang.Hanya Allah yang mengerti jeritan kecil ini.Moga Allah segera menunjukkan jalan.

Kedua,saya mahu lebih mendalami ilmu.Ilmu dalam jiwa saya masih kurang.Moga tahun ini dan tahun berikutnya,jiwa saya lebih subur dengan baja ilmu dan buah amal.

Ketiga ialah menjadi manusia yang soleh.Itu impian setiap hamba,pastinya.

Dan langkah pertama ke arah itu bagi saya ialah dengan saya faham ayat 24:30 iaitu berkenaan perintah Allah supaya saya menjaga pandangan saya.Biarlah mulai hari ini,pandangan saya hanya jatuh kepada perkara-perkara yang perlu sahaja.

Maaf jika entry kali ini seperti entah apa-apa.InsyaAllah selepas ini saya mahu berkongsi dengan para pembaca tentang seseorang lelaki yang saya amat kagumi.Dia seorang penulis juga  :)

 (saya masih tidak matang?mungkin)

(Jika diizinkan Tuhan,saya mahu sentiasa menjadi manusia yang sentiasa peduli dengan saudaranya)

Terharu

Terharu
Semakin banyak benda yang kita mahu,semakin banyak jugalah benda yang kita tidak akan dapat.Namun yang pasti,Tuhan akan tetap berikan kita masa dan umur,sesuai dengan rancanganNya.Banyak yang bengkok,tak berfungsi dan rosak sepanjang 19 tahun bernafas dalam jasad hamba ini tapi tetap Tuhan memberi peluang untuk pemulihan dan perbaiki diri.Terima kasih Tuhan atas segala nikmat yang seringkali aku tersalah guna.Terima kasih juga atas kasihMu yang seringkali aku curang dan duakan.Aku telah belajar satu pengajaran yang paling berguna dalam 19 tahun yang lepas.Biarlah aku dan Tuhan saja yang tahu...

Terima kasih kepada hampai 100 orang teman yang mendoakan dan wish hari jadi saya.Ya,saya terharu amat kerana siapa sangka orang seperti saya layak diingat-ingat.Moga doa-doa kalian Allah makbulkan.InsyaAllah entry penuh akan menyusul.

Benar, saya cuma orang luar

Dosa Yang Terpaksa
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang ‘terpaksa’ melakukan dosa.Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu.Sebaliknya,dia ‘terpaksa’ dalam erti kata lain,dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.

Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya.Orang muda,sifatnya lebih mudah menghukum.Kurang rasionalnya,kurang timbang rasanya.Bayangkanlah,seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa,pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.Sebagai contoh,seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an,pasti sukar baginya untuk mengehentikan tabiat buruk itu.Makanya,kita tidak boleh menghukum sebaliknya kita boleh ‘meringankan’ dosanya.

Bagaimana?
Jika kita bukak surah Yusuf ayat 9 dan 10,kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka(Nabi Yusuf).Lalu timbul persoalan,anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandung? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi,jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh,sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi,moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Disini kita memerhatikan dua pengajaran.Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh.Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka,Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.Kedua,orang yang ditarbiyyah,jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam,itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu.Yang pasti,ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik.Ramai yang sudah diberi kesedaran(hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan(taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia,tidak kisah sejahat manapun dia,dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa.Kita boleh tipu orang lain,tapi kita takkan boleh tipu diri kita.Kita mahu mengenal Allah.Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid.Kita mahu jadi orang yang baik.Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da’ei sebagai pennyeru dan bukannya penghukum.Apa yang terjadi,jika kita mudah menghukum orang lain,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini.Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat.Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya.Saya tahu,untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah.Kerana itu,para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar,mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh.Apa yang perlu,ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah.Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali,mungkin minggu depan kita buat 4 kali.Sedikit demi sedikit,kita kurangkan.Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus!Yakinlah!Dan,jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Sebagai Contoh Sahaja
Lelaki yang terlanjur berzina dengan girlfriend dia tapi seringkali dia berniat untuk berhenti,namun tetap terjerumus dek kerana tidak tahan digoda,maka apa salahnya si lelaki itu beronani sekadar mahu melunturkan nafsu dan kekuatan batinnya.Benar,onani itu haram,tapi antara onani dengan zina,manakah dosa yang lebih berat?pastinya zina.Jika selalu begitu,diajak zina oleh teman wanita,lelaki beralasan bahawa dia tidak ‘kuat’,maka insyaAllah kelak dia sendiri sudah tidak terkesan dengan zina lalu mampu mengjauhinya.Maka,di situ kita lihat bagaimana orang yang ‘terpaksa’ berbuat dosa,pasti akan memilih untuk melakukan dosa yang lebih kecil.

Kesimpulan
Saya tak mengajar anda berbuat dosa sebaliknya saya mengajak anda supaya memasang niat.Saya pasti anda bukan malaikat,tak bolah lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga.Maka kerana itulah,jika tak tahan juga nak buat dosa,pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu.Taubat,moga-moga timbul kesal dan insaf.Dan paling penting jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itu dan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.


kepada 'kamu'..maafkan saya kerana saya sedar,saya ialah orang luar.Saya faham kesukaran dan kesungguhan 'kamu' dalam usaha untuk meninggalkan dosa.Ya,saya orang asing yang tidak merasa derita perjuangan 'kamu' itu.Tapi ketahuilah,saya sangat bangga dengan 'kamu' kerana kamu sentiasa mahu cuba berubah.Saya sayang 'kamu',kerana Allah.

Mungkin saya salah

Sedang saya menunggu sahabat saya selesai menggunting rambut,saya singgah ke surau awam untuk solat asar.Mujur ada seorang pakcik tua sedang sama-sama dengan saya mengambil wuduk,lalu kami solat berjemaah.Usai bersolat,saya mampir ke sebuah kedai buku.Hajat asal mahu membeli majalah solusi isu 24.Ada!Saya capai dan menuju ke kauter untuk membuat bayaran,tapi sekilas saya terpandang wajah Imam Muda Asyraf pada muka hadapan majalah i.Terus sahaja saya meletakkan majalah solusi,dan mencapai majalah i.Bukan apa,sekadar tertarik dengan muka hadapan-Imam Muda Asyraf.

Selepas melunaskan bayaran,muka hadapan majalah saya buka.Oh!Perkara pertama yang dibualkan ialah tentang ulama muda UMNO.Isu lama,tapi belum lapuk.Masih segar lagi bahawa pernah ada ura-ura 40 ulama muda menyertai UMNO.Kebenarannya?Wallahu’alam.Saya tidak pasti.Cuma dalam artikel 1 muka surat ini menceritakan tentang wawancara antara Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ilmu Ulama Muda UMNO,Fathul Bari Mat Yahya serta sahabatnya,Fadhlan Mohd Othman,ketua Jawatankuasa Sekretariat Ilmu Ulama Muda UMNO.

Antara yang dibicarakan ialah tentang dakwah.Penyertaan mereka adalah kerana mahu berdakwah semata-mata tanpa mencampuri urusan politik.(kata Fadhlan Mohd Othman).Sebenarnya banyak lagi yang dinyatakan,cuma lebih baik anda baca sendiri saja.

Apa Kata Allah tentang ulama?
Di dalam surah Fatir ayat 28,Allah menyatakan bahawa : ‘sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah ulama’.Dalam membicarakan siapa ulama dan siapa pula ular dalam semak,saya cenderung untuk menyatakan bukan semua orang berilmu ialah ulama dan bukan semua ulama adalah baik.

Ini bertepatan dengan sebuah hadis  bahawa Rasulallah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang: “Tiada fitnah yang lebih aku takutkan melebihi dajjal melainkan ulama-ulama su’u”.Juga dengan sebuah hadis tentang peristiwa akhir zaman bahawa akan muncul 2 golongan manusia iaitu ahli ibadat yang jahil dan ulama-ulama yang fasik.
Menurut Imam adz-Dzahabi, ulama sû’ adalah ulama yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa; ulama yang memutarbalikan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam saja (di hadapan penguasa) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran
Ulama-ulama su’u inilah yang bahaya dan ramai.Bukan saya menyatakan bahawa kedua-dua saudara kita tadi itu ulama su’u.Bukan!Tidak! Bersangka baiklah dengan mereka dan dengan saya. Cuma saya mahu menyederkan anda semua bahawa,kita telah banyak melakukan kesilapan sejak berkurun lama dulu.

Kita telah memberikan banyak gelaran ulama kepada orang yang salah.Alasan orang itu dipanggil ulama,hanya kerana dia mempunyai master,phD atau apa-apa kelayakan akademik yang menggunung tinggi.Jika hanya dinilai dari sudut ilmu,maka iblis laknatulallah seharusnya juga kita panggil ia sebagai ulama.Kita jangan lupa,bahawa suatu ketika Iblis pernah menjadi makhluk yang paling hampir dengan Allah.Ketua segala malaikat bahkan luas ilmunya,tapi dia dilaknat Allah tidak lain dan tidak bukan kerana sombong!

Apa Nabi iktiraf pada Ulama?
Ulama itu pewaris para nabi.Ya,ulama ialah waris nabi bukan waris jari hantu.Apa layakkah seorang waris rasul untuk menjadi pemerhati kepada maksiat yang berleluasa tanpa keningnya berkerut menandakan rasa kesal,bimbang dan sedih?Atau layakkan ulama itu melupakan amanah nya supaya menjalankan amal makruf nahi mungkar kerana dia dibayar dan disuruh berbuat demikian?

Sedihlah jika begita kerana itu suatu fitnah kepada agama.Pewaris Nabi harus mengikuti perjuangan Nabi iaitu dengan berdakwah kepada setiap golongan masyarakat.

Ini tiada kena mengena dengan ulama muda UMNO,sebaliknya ia suatu penyataan umum.Jangan ingat saya seorang yang berpolitik.Tidak!

Seperkara lagi,mereka(Fadhlan Mohd Othman) menyatakan bahawa mereka hanya berdakwah tanpa mencampuri urusan politik.Maka,di situ saya pelik.Mungkin saya silap faham.Mungkin juga saya salah.Maaf,saya memang bukan orang yang bijak.Cuma saya faham bahawa antara politik dan islam,tiada titik pemisah.Islam itu syumul dan menyeluruh.Dalam islam,ada politik iaitu ada politik islam dan politik tahgut(kafir).

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memperjuangkan politik islam!Seperkara lagi harus kita bicarakan iaitu berkenaan sunnah yang utama.Sunah Rasulallah yang paling besar ialah dakwah dan kedua terbesar ialah berpolitik.Jika kita seorang yang mengaku cinta Allah,cinta rasul tapi masih memperjuangkan politik taghut,undang-undang ciptaan Lord Reid,sistem-sistem puak kuffar,idealogi-idealogi yang bertentangan dengan islam,maka kita telah bermipi di siang hari.

Dan akhir sekali,saya bukan mengajar atau menegur sebaliknya saya hanya mahu berkongsi.Dalam dakwah rasulallah,Rasulallah pernah ditawarkan dengan 3 perkara iaitu harta,wanita dan jawatan.Lalu dengan tekad,Rasulallah mengumumkan kepada puak kafir,’sekiranya matahari berada di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,aku tidak akan sesekali meninggalkan kerja dakwahku’.

Sangat tekad!Lalu timbul persoalan,mengapa Rasulallah tidak memilih untuk menerima tawaran jawatan untuk memimpin masyarakat arab jahiliyyah yang dengan jawatan itu,dapatlah Baginda berdakwah dengan lebih mudah dan menyeluruh?

Lalu,kita harus melihat betapa Rasulallah sedang menyampaikan mesej halus bahawa islam itu tidak boleh berdiri di atas sistem jahiliyyah,ia hanya akan berdiri di atas tiang agama.Asasnya ialah islam,tidak boleh selain daripada islam.

Maka,sila faham dengan teliti artikel ini.Saya bukan berbicara soal politik,sebaliknya saya sekadar berbicara soal kefahaman kita berkaitan suatu perkataan,iaitu ‘ulama’.Ulama sifatnya harus takut dengan Allah,menyuarakan kebenaran tanpa takut ancaman manusia dan paling penting,ulama harus berperangai seperti Rasul,bukan seperti dajjal yang menjanjikan neraka disebalik bayang syurga.

Andai ku tahu

Andai ku tahu hakikat neraka,pasti hilang tawa dariku.Hilang manis senyumku.Hilang ceriaku.Dahsyatnya neraka!Itulah yang Jibril a.s ceritakan kepada Rasulallah.

Suatu hari,Jibril a.s datang bertemu Rasulallah dalam keadaan mukanya sangat tidak ceria dan menyebabkan Rasulallah tertanya-tanya apakah sebabnya Jibril a.s bersedih.Lalu ditanyakan kepada Jibril,dan Jibril a.s berceritaha perihal perkara yang menyebabkan dia sedih,iaitu neraka.

Jibril a.s menyatakan beberapa perkara tentang neraka.Api neraka dibakar selama 1000 tahun pertama hingga apinya bewarna putih.1000 tahun berikutnya,api menjadi warna merah dan 1000 tahun kemudian,api neraka itu hitam pekat warnanya.

Jika sedikit api neraka yang jatuh,hatta sebesar lubang jarum,maka pasti akan matilah segala makhluk di bumi ini.Sebesar lubang jarum.Besarkah?Tuhan..dasyatnya nerakaMu.

Kemudian,Jibril a.s menceritakan tentang rantai dari neraka.Rantai ini jika diturunkan di bumi,maka akan cairlah 7 lapisan bumi ini.Ya Tuhan…apakah kita salah seorang insan berdosa yang bakal dibelunggu dan dililit dengan rantai ini?

Jibril a.s menyambung ceritanya.Dalam neraka,ada 7 pintu dan jarak antara 1 pintu kepada pintu yang seterusnya ialah selama 7 ribu tahun perjalanan.Luasnya neraka,khas untuk hamba yang tak pernah merasa cukup dengan dunia.Diceritakan lagi satu persatu golongan yang akan masuk ke dalam pintu-pintu itu,hinggalah sampai ke pintu ke 7,Jibril a.s tersekat-sekat.

“pintu ketujuh…er..pintu ke tujuh..”

“Mengapa kau ragu-ragu wahai Jibril?Ayuh,ceritakan kepadaku siapa yang akan masuk ke neraka melalui pintu terakhir ini.”

“wahai kekasih Allah,pintu ke tujuh ini di khaskan kepada ummatmu yang mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat!”

Maka dengar sahaja berita itu,pengsan Rasulallah.Ya!Baginda pengsan!Seorang manusia yang maksum,yang tidak berdosa dan dijamin syurga,pengsan mendengar tentang neraka.Apakah kita manusia yang banyak sungguh dosa,merasa aman?

Lalu,tika rasulallah pengsan itu,Jibril a.s memangku kepala rasulallah di ribaannya dan diusapnya rambut rasulallah.Tidak lama kemudian,Baginda sedar.Terus saja air mata Baginda yang mulia itu mengalir laju.Baginda risau,sayang dan kasihkan kita.Kerana itu,Baginda meminta kepada Allah supaya Baginda boleh memberi syafaat kelak di hari perhitungan.

Siapa orang yang layak menerima syafaat itu?maka,Baginda bersabda;’Orang yang mahu ke syurga ialah orang mengikuti aku,manakala orang yang enggan ke syurga ialah orang yang tidak mahu mengikuti aku(meninggalkan ajaran Baginda)”.

Saudaraku,masih beranikah kita bermaksiat?Atau masih lupakah kita kepada Baginda?Masih malas berselawat?masih ragu-ragu dengan sunnah baginda?

Ketahuilah,hanya jalan taubat yang akan mempu menyucikan diri kita yang kotor ini.

Destinasi Cinta Remaja

Destinasi Cinta Remaja
Remaja,apakah destinasi cinta anda?

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yg suci,sesuai dgn aturan Allah.

Hormat keatas perintah Allah,ajaran rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di atara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yg berkekalan.

Seorang lelaki yg jujur terhadap cinta dan kasih sayang yg terjalin terhadap seorang wanita tidak akan sewenang-wenangnya menyentuh tangan atau memegang erat tubuhnya.

Wanita bukanlah objek yg boleh diperalatkan.Jika ini terjadi,seorang wanita harus berfikir,apakah pasangan seperti itu mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seseorang yg dinamakan kekasih,apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti?

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yg mengangapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yg berbangga memilki kekasih yg setia,dan mula memasang angan-angan utk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adajalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami.Semestinya seorang perlu memahami kehendaj dan definasi yg tepat .

Tanya pada diri,sama ada cinta hanya sekadar gejolak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya?

Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dgn gharizah Al-Nau’.

Dalam keadaan ini,manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yg mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih syg yg penuh rasa hormat,tanggungjawab,kesetian,komitmen,keikhlasan,bermaruah dan ada matlamat.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yg diingini lebih kpd konsep ala Barat yg disifatkan penuh romantic dan indah.

Mulia cinta berlandaskan islam kerana cinta yg dibina bermatlamat.Kerana ingin mendapat kasih syg tuhan,manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih syg sesame insane.

Kerana inginkan kasih syg tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia utk mengejar sesuatu yg abadi di akhirat.

Akhir kata,cinta yg dibina bukan cinta kosong tapi cinta yg luhur dan hanya dapat dirasakan dgn jiwa yg bersih yg sentiasa mencari tuhan.Wassalam. 


 

Dua Perut,Dua Makanan

Salam syawal
Saya pasti saat ini semua orang sedang bergembira dan saya juga pasti,semua orang sedang menikmati juadah-juadah istimewa hari raya.Apapaun,saya harap supaya Aidilfitri ini disambut dalam keadaan besederhana tapi dalam fitrah,tunduk dan syukur kepada Allah.Dalam masa kita enak menikmati juadah hari raya seperti lemang,ketupat,endang dan kuih-kuih raya,beringatlah akan saudara kita di Palestin.Entah bagaimana mereka meraikan hari ini.

Dua Perut Yang Perlu Diisi
Pada penciptaan seseorang manusia,Allah telah menjadikan setiap daripada kita memiliki dua 'perut'.Satu perut yang zahir iaitu pada abdomen kita manakala satu lagi perut ialah yang tidak zahir,iaitu hati kita.Perut yang zahir ini makanannya ialah makanan jasmani namun makanan hati lain pula bentuknya.

Pada saat seseorang bayi lahir ke dunia,kedua-dua perut dan hati mereka kosong.Kerana itu setiap bayi diberi minum susu ibu iaitu sebaik-baik makanan,dan diperdengarkan azan sebagai sebaik-baik makanan hati.Begitu juga kita,sekiranya perut kita kosong,ia perlu diisi.Namun,bukan sembarangan benda boleh dimasukkan ke dalam perut kita.Sekiranya makanan yang terlalu berasid masuk,maka ia memudaratkan badan kita.Sama juga jika makanan yang terlalu berlemak atau terlalu pedas,kita akan mendapat kemudharatan.

Sebaiknya,perut yang kosong perlu di isi dengan makanan-makanan yang baik dan baik.Bagaimana makanan boleh membentuk jati diri muslim,itu sudah diceritakan dalambanyak hadis.Cukuplah jika kita faham bahawa islam ialah agama yang menjaga jiwa manusia,maka setiap yang memudharatkan kesihatan walaupun asalnya halal,tapi menjadi haram.Maka,makan secara berlebihan juga haram.
Adapun makanan hati,ia adalah berupa bentuk tarbiyyah,zikir dan amalan soleh.Hati yang kosong tidak boleh diisi dengan benda lain,selain daripada makanannya.Kita lihat bagaimana remaja-remaja khususnya memberi makanan yang silap kepada hati mereka.Makanan berbentuk hiburan tanpa sekatan,musik dan filem yang melalaikan atau juga cara hidup Barat ternyata tidak memberi mereka kebaikan melainkan mereka menjadi semakin terasing.Terasing daripada kasih Tuhan.

Dari mana datangnya ketenangan?
Ketenangan ialah hasil daripada jiwa yang terdidik dengan acuan al-Quran,sunnah rasul dan panduan ulama.Ramai orang tercari-cari akan ketenangan itu,tapi mereka tak berolehnya walaupun pelusuk dunia telah pun dia jejaki.Kerana firman Allah dlm surah al-Fath ayat 3-"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam diri mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah ada'.

Manusia,walaupun perutnya buncit penuh dengan makanan,namun jika hatinya kosong maka dia sebenarnya menderita.Hati yang kosong daripada panduan al-Quran akan dipandu oleh hawa nafsu dan syaitan.Kerana itu,hati ini ialah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada kita.Dia menilai kita bukan dengan rupa paras,harta atau kedudukan sebaliknya dengan nilai hati kita.Kerana itu Rasulallah berkata bahawa yang kaya itu bukan harta sebaliknya yang kaya itu ialah kaya hati.

Orang kaya mampu membeli segalanya,tapi org kaya tak mampu membeli syurga.Org yg kaya hati,takkan mampu membeli segalanya,tapi dia mampu memiliki segalanya kerana dia memiliki syurga.Itu bezanya.

Topap hati?
Jika perut lapar,makanan ada dimana-mana tapi bila hati kita lapar,kita jarang ambil peduli.Hati yang lapar,rindu kepada Tuhan.Maka pengisiannya ialah dengan mendampingi tuhan.Caranya ialah dengan tarbiyyah.Hati manusia harus dididik dengan didikan Rasulallah.Jika hati sudah bisa memahami islam,maka setiap hak dalam islam bukan lagi sesuatu yan sukar untuk dijalankan.

Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia ialah menyukai keimanan dan benci kepada kekufuran.Maka,kerana itulah saya menyeru kepada diri saya khususnya bahawa untuk hidup dalam keadaan tenang,maka mahu atau tidak kita harus mula kembali beriman.Kita perlu mula kembali memahami islam dan mula mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan.

Akhir kata
Jangan lupa ibadah.Jangan lupa solat jemaah(bagi lelaki) dan solat diawal waktu(bagi wanita) dan jangan lupa berlaku baik kepada tetamu,juga jangan menjadi lelaki dayus iaitu lelaki yang bilamana ahli keluarganya buat maksiat(cth:bukak aurat),dia tak menegur dan paling penting ialah jaga ikhtilat.Jaga hubungan lelaki-perempuan.Jangan main salam je.Kena bakar tangan nanti,saya tak sanggup tengok.Sambutlah syawal dengan syukur.Semoga bertemu lagi dalam ramadhan akan datang.

Salam aidilfitri.Jumpa lagi 20hb nanti ya kalau saya panjang umur :D
Salam kemaafan daripada insan yang kerdil ini.

Inilah penamatnya

Arnab dan Kura-Kura
Zaman kanak-kanak dahulu,saya seringkali diperdengarkan dengan kisah perlumbaan sang arnab dengan sang kura-kura.Rasanya semua orang tahu cerita ini.Sang arnab sombong dan mengejek sang kura-kura kerana ia binatang yang lembab dan lambat.Lalu diadakan perlumbaan antara mereka.Sang arnab jauh mendahului sang kura-kura dan ketika telah hampir dengan garisan penamat,sang arnab berhenti.Kononnya mahu menunggu kura-kura dahulu.Pastinya untuk memalukan si kura-kura itu.Maka,ia mengambil keputusan untuk berehat sebentar.Malangnya,ia tertidur.Sedar-sedar saja,kura-kura yang super lembab itu telah memotongnya dan memenangi perlumbaan itu.Arnab yang ego itu terpaksa menanggung aib.

Pengajaran
Cikgu saya kata,pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain,tak boleh bersikap sombong dan tidak boleh cuai.Itu biasa.InsyaAllah saya akan berusaha mengaitkan kisah ini dengan sikap kita dalam berdepan dengan Ramadhan.

Semua orang tahu bahawa ramadhan ada 3 fasa.Sepuluh yg pertama ialah rahmat,sepuluh yang kedua pertengahan ialah keampunan dan sepuluh hari terakhir ialah itqun minannar(kelepasan daripada api neraka).Cuba kita renung sejenak,bagaimana cara kita berkomunikasi dengan Ramadhan?

Dalam sepuluh hari pertama,kita melihat suasana yg amat luar biasa dalam masyarakat islam.Surau-surau dan masjid-masjid dibanjiri dengan manusia.Tika ini juga,jiran yang sudah setahun duduk saling bersebelah baru bersua muka dan bertegur sapa.Hikmah masjid didirikan,bolehlah manusia saling berkenalan.

Masuk saja fasa kedua ramadhan,manusia mulai beransur-ansur berkurangan.Alasan banyak.Cuma kadangkala tidak masuk akal.Dan kemucaknya,pada hari-hari akhir Ramadhan,hanya berbaki beberapa orang sahaja yang masih setia menjadi penuggu keampunan dan kemerdekaan dari neraka Allah.Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang berkenaan malam berkat,lailatul qadar sebaliknya saya hanya mahu membawa jiwa kita untuk kembali menoleh ke belakang,sejauh mana kita meninggalkan Ramadhan?
Si arnab
Kita ini ibarat arnab yang sombong itu.Kita melangkah kedalam perlumbaan ini dalam jiwa sombong.Kuncupan terakhir,kuncupan selamat tinggal daripada si syaitan sebelum mereka diikat terpana merah,berbekas tidak hilang-hilang.Ciuman ini yang berupa rasa gah,sombong dan hebat jelas terlihat dalam diri setiap daripada kita.Apa tidaknya,kita melalui ramadhan dengan rasa bahawa tahun ini,aku mahu jadi lebih baik daripda orang lain!

Ini bukan ghibtah(berlumba buat baik),sebaliknya ini ialah ego.Kita menjalankan amal ibdah dalam bulan ini bukan kerana malu dengan segala ikmat Allah,sebaliknya kerana malu sekiranya dilabel sebagai orang yang tidak bersolat tarawih.Kerana itu,ibadah solat pun sudah dijadikan tradisi.Jika ramai orang bersolat,maka saya solat.Jika tida orang bersolat,saya pun tidak.

Saya mahu bertanya,dalam sebuah perlumbaan pemenang hanya ditentukan selepas tiba di garisan penamat.Betul?

Begitu juga dengan Ramadhan.Kita belum menang,tapi kita merasakan kita ini pemenang.Ego! Hakikatnya,kita ialah seperti si arnab sombong,tersadai di bawah pohon.Lena dengan bayu duniawi,hanya tersedar apabila Ramadhan telah meninggalkannya!

Kurang Ajar
Saya cukup sedih dengan sikap kita.Jika di awal ramadhan,mulut-mulut kita betah berbicara tentang madrasah ramadhan.Kononnya ramadhan ialah guru.Tapi lihat sajalah layanan kita kepada guru,kita meninggalkan dia di dalam kelas keseorangan mengajar meja dan juga kerusi.Kita hilang meninggalkan guru.Oh! Jika ramadhan mampu berkata-kata,pastinya dia kecewa kerana kita tak menghargainya.Kita mahu pandai,mahu berjaya tapi kita tak mahu duduk mendengar.Logikkah?

Saya sibuk dengan baju raya

Saya sibuk dengan kuih raya

Saya pula sibuk dengan langsir raya

bla..bla..bla..bla..

Macam-macam alasan boleh kita kemukakan.Segalanya kelihatan munasabah,tapi percayalah Allah takkan terima itu.Kita untung berada di Malaysia kerana negara kita kaya.Kita punyai harta untuk kita berbelanja baju baru.Kita punyai wang ringgit untuk kita makan makanan yang sedap-sedap.Tapi kita tidak mempunyai roh hamba untuk membeli syurga abadi.

Layakkah orang yang meninggalkan ramadhan untuk mengimpikan syurga?

Payah..terlalu payah!

Duit
Jika mahu membeli kereta,kita perlukan duit.Jika mahu membeli syurga?duit sudah tiada nilai.Yang bernilai hanyalah pahala.Antara kelebihan Ramadhan ialah setiap satu amalan sunat yang kita laksanakan,Allah berikan kita pahala bersamaan dengan ibadah fardu manakala satu ibadah fardu,Allah gandakan sebanyak 70 kali gandaan.

Kita tidak perlu menjadi pakar matematik untuk kita sedar akan besarnya ganjaran tuhan itu!
Cuma yang perlu ialah secebis rasa bersalah.Pusing kebelakang,lihat keadaan kita dalam 11 bulan yang lain.Ada tidak satu hari yang kita tidak melakuskan dosa?ada atau tidak?

Harus kita beringat bahawa akan ada satu neraca timbangan amal(al-mizan) di akhirat kelak.Kiraannya mudah.Siapa amal kebaikannya lebih berat,dialah ahli syurga dan siapa yang amalan jahatnya lebih berat,destinasinya ialah sengsara.Atau mungkin Allah mahukan sebaliknya,itu atas kehedakNya.

Orang yang beriman,pastinya akan bersedih hati apabila ramadhan sudah melabuhkan tirai.Tapi orang munafik,mereka akan gembira.Gembira kerana akan bertemu dengan teman rapat yang sebulan berpisah dan terikat.

Kesimpulan
Gunakanlah sisa Ramadhan kita ini dengan cara yang terbaik.Kita bukannya dalam martabat ahli sufi,yang beribadah hanya kerana rasa cinta pada Ilahi.Kita dalam kasta hina.Kita perlukan pahala untuk membeli syurga Tuhan.Seseorang berkata kepada saya bahawa dia melihat tanda-tanda lailatulqadar.Tapi bagi saya,sepanjang Ramadhan itulah Lailatulqadar! Setiap saat ialah keampunan.Setiap saat rahmat dan setiap saat dalam bulan ini ialah peluang untuk saya merdeka daripda azab neraka.

Masih belum terlambat saudaraku,tapi menangislah kerana selama ini kita telah merugikan diri sendiri.Moga Tuhan Yang Maha Pengampun memadamkan nama kita daripda terus tersenarai dalam senarai ahli-ahli neraka.

Kerana Ia Bermanfaat.

Kursus
Saya teringat masa saya mengikuti kursus kemahiran Al-Quran di Masjid Al-Mujahideen,Damansara Utama beberapa minggu lepas.Saya telah belajar banyak perkara terutamanya berkaitan sifatul huruf dan makharajul huruf(tempat keluar huruf) dan sudah pasti,belajar hukum tajwid.Alhamdulillah,ia sangat membantu dalam saya dalam memperelokkan bacaan saya.Tapi bukan itu yang mahu saya kongsikan.

Dalam kursus itu,ada beberapa aktiviti telah dianjurkan.Salah satu yang unik ialah peserta diberikan kumpulan antara 3-4 orang dan ditugaskan untuk memberi tazkirah kepada orang awam.Ahli kumpulan saya sekadar 3 orang.Saya,bersama seorang pelajar electrical engineering dari UTM dan seorang pelajar medic UITM.
(Hiasan sahaja,pastinya kursus tidak berjalan seperti ini)

Maka,kami mulalah berjalan-jalan mencari madu'(org awam).Sejujurnya,ini bukan kali pertama saya memberi tazkirah pada strangers.Berbeza dgn mereka berdua,ini pengalaman pertama mereka.Jadi saya terpaksa mulakan dahulu.Jam sekitar 6.30 petang.Tak ramai orang melayu islam kelihatan.Rata-rata ialah orang cina.Jadi kami agak kesusahan untuk mencari org awam.

Alhamdulillah Allah temukan kami dengan seorang abang bersama isteri dan anaknya yang sedang duduk di sebuah restoran,menggunggu untuk berbuka puasa pastinya.Kami mendekati beliau.

Persoalan Yang Timbul?
Bagaimana cara mahu beri tazkirah kpd strangers?Mereka tak kenal kita dan mereka pastinya ragu-ragu dengan kita.

Pertama sekali,perelokkan muka kita dengan senyuman kerana senyum itu sedekah.Jangan buat muka 'basi',sebab nanti orang tak mahu dengar apa kita kata.Kemudian sapa dia elok-elok.Selepas itu,perkenalkan diri kita terlebih dahulu dan jika perlu,minta dia perkenalkan diri dia juga.Dan paling penting,tanya kesudian dan kesediaan mereka.Jika mereka kata,'saya sedia dengar tapi 5 minit saja',maka alhamdulillah,5 minit pun cukup.Mulalah bercerita..

Cara-cara
Kami ditugaskan utk bercerita tentang kelebihan Ramadhan,kelebihan al-Quran dan kelebihan Lailatul qadar.Tiada masalah rasanya utk bercerita.Dalam proses penyampaian mesej,kita harus menekankan beberapa aspek seperti cara kita membahasakan diri dalam mesej itu.Jangan sesekali guna perkataan 'kamu' sebaliknya guna perkataan 'kita' kerana secara tak langsung,pendengar akan turut merasa bertanggung jawab atas perkara yg kita bualkan itu.Kedua ialah cara penyampaian.Jangan terlalu mendatar.Sebaliknya harus sesuaikan antara verbal dengan non-verbal communication seperti body-gesture dan facial expression.Kita juga harus bijak dalam membaca reaksi pendengar.Jika muka dia sudah kelat,itu petanda bahawa kita perlu menyegerakan tazkirah dan akhir sekali,jangan membuat andaian kerana andaian atau prasangka itu kebanyakannya tak betul.

Dan ini yang paling penting,niat.Niat kita harus benar dan tulus iaitu kita memperingatkan,bukan mengajar.Memperingatkan kepada siapa?

Jika kita faham bahawa tazkirah itu untuk orang lain,maka itu tidak tepat.Sebenarnya jika kita memberi tazkirah,kita sebenarnya sedang memperingatkan diri kita sendiri.Firman Allah dalam surah al-Alaa' ayat 9- فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى (berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat).Dan di tempat lain,Allah berfirman : Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman.(surah al-Dzariyaat ayat 55).

Siapa orang yang beriman yang dimaksudkan itu?
Adakah si pendengar?Tidak semestinya!Bahkan,org yg bercakap (berpesan) itulah yang beroleh lebih manfaat daripada orang yang mendengar.Ini bertepatan dengan satu lagi rahsia al-Quran.Kita lihat,sangat banyak ayat-ayat yang bermula dengan perkataan قُلْ yang membawa maksud,"Katakanlah".Mengapa Allah suruh kita berkata?kerana jika kita bercakap,maka kita memaksa diri kita untuk mengingati.
Cuba perhatikan,seorang guru yang mengajar perkara yang sama setiap hari.Akhirnya,dia sudah hafal dan cukup arif dengan apa yang dia perlu ajar lalu dia mampu bercakap,tanpa perlu ada rujukan.Sama dengan seorang pelakon yang disuruh supaya menghafal skrip.Dia harus baca dan sebut berulang kali,barulah dia ingat.Atau contoh paling mudah ialah para hafiz al-Quran.Mereka baca dan perdengarkan bacaan berulang-ulang,baru mereka boleh ingat.

Sama juga dengan tazkirah.Orang yang memberi peringatan sebenarnya sedang memberi ingat kepada diri mereka.Jika bibir sering basah dengan sesuatu perkataan,maka dalam apa situasi pun,dia takkan lupa pada perkataan itu.Inilah yang dinamakan sebagai semantic memory iaitu memori yang kita acquire melalui proses pengulangan.

Kesimpulan
Saya mahu memperingatkan diri saya bahawa dakwah yang sebenar bukan terbatas hanya di alam maya.Sebaliknya kita perlu berjumpa dengan orang dan kita berpesan kepada mereka.Inilah yang dilaksanakan oleh nabi,para sahabat dan generasi selepas mereka.Bagi mereka yang merasa puas hati dan merasa cukuplah sekadar menulis,maka itu sudah silap kerana seorang pejuang takkan hanya memerhati,sebaliknya dia akan turut sama berada di medan perang.

Memberi tazkirah bukan tugas mudah lebih-lebih lagi kepada orang yang kita tak kenal.Maka,berilah tazkirah kepada teman rapat kita kerana ia lebih mudah.Tazkirah ialah peringatan,berbeza dengan kuliah.Kuliah ialah mengajar.Kerana itu,ia lebih mudah dan tak semestinya kita perlu khatam kitab dgn guru baru kita eligible untuk beri tazkirah.Langsung tidak! kerana asal saja kita islam maka kita sudah berkewajipan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Saya cukup pasti semua orang mampu saling mengingatkan walaupun tak semua mampu mengajar.Berilah nasihat walaupun dalam perkara kecil dan remeh.It's for our own sake. Jika malu untuk mula memberi peringatan(first time),berilah peringatan kepada saya.InsyaAllah ia sangat berguna kepada saya!


Saya masih jauh lagi untuk mencontohi Imam Hassan al-Banna yang tanpa takut,masuk pub-pub dan cofee house memberi tazkirah dan berjaya menyelamatkan ramai manusia daripada terus bermaksiat.Saya?Hanya mampu menulis dan hanya mampu berbisik.Oh tuhan,ampunkan hambaMu yang kerdil ini...

Wajah baru: Bayyinat

Wajah baru: Bayyinat
Berubah
Anda perasan tak beberapa perubahan pada blog ini?Pertama sekali ialah nama blog ini bukan lagi Pondok Cinta,sebaliknya ialah Bayyinat.Dan perubahan kedua ialah blog header yang sangat comel itu.Comel kan?Comel lah sebab bukan saya yang buat,tapi assistant saya yang buatkan.Haha.Ops,bukan assistant tapi sahabat yang sangat baik hati,sudi tolong buatkan.

Credit to Rina yang bersusah payah tolong buatkan untuk saya.Ceritanya begini,saya YM dia malam kelmarin minta dia tolong ajarkan cara menggunakan sofware adobe photoshop dan photoscape sebab dia memang pakar.Alih-alih dia offerkan diri untuk tolong buatkan.Terima kasih Rina!

Bayyinat
Mengapa Bayyinat?Sebenarnya saya dah lama jatuh cinta dengan bayyinat.Dalam Al-Quran,bayyinat membawa maksud penjelasan. Dan perkataan bayyinat ini boleh kita jumpa pada surah Al-Baqarah ayat 185-"Bulan Ramadhan ialah bulan di mana di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan berkenaan dgn petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil".

Selain daripada 2;185 ,kita juga boleh lihat perkataan bayyinat dalam surah An-Nur ayat 18-"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".

Sebelum saya pergi lebih jauh,suka untuk saya menyelitkan beberapa tafsiran ulama terhadap perkataan bayyinat.
  • Imam Al-Asfahani-"Bayyinat ialah tarbiyyah dan bimbingan"
  • Ibnu Mas'ud-'Bayyinat ialah bukti'
  • Ibnu Umar-'Bayyinat ialah keterangan'
  • Imam Ibnu Qatil-'Bayyinay itu ialah perjuangan'
  • Imam Al-Mujahid-"Bayyinat ialah ilmu'
 iqbalsyarie?-bayyinat ialah keindahan al-quran!

Penerangan
Sejak saya kecil hinggalah saya dewasa,saya agak suka membaca.Masa saya kecil,saya sgt suka membaca komik.Asal saja keluar ke bandar,pasti saya mahu ibu saya belikan saya komik hinggakan koleksi komik pada zaman saya kanak-kanak sudah menjadi sampai berkotak-kotak banyaknya!Meninggat usia remaja,saya mula membaca majalah.Majalah yang biasa-biasa pastinya seperti kreko,dan minat ini terhenti dgn tamatnya zaman persekolahan saya.

Dan kini,saya kembali minat membaca dan apa yang saya baca sekarang ternyata luar biasa.Allah sebut dalam surah al-baqarah ayat 2- "kitab ini tiada keraguan di dalamnya".Saya tertanya-tanya,mengapa tidak Allah sebutkan saja al-Quran ini,mengapa harus Allah sebut kitab ini?

Ini adalah kerana Allah mahu menyedarkan kita bahawa tiada sebuah kitab(bahan bacaan) pun yang lebih baik daripada al-Quran itu.Allah juga mahu sedarkan kita bahawa al-Quran ialah kitab,dan kitab harus dibaca dan ditulis.Ia sumber ilmu dan dalam al-Quran,semua isinya benar.Tiada satu percanggahan dan setiap perkataan di dalamnya ialah magik.Sangat memukau!

Nikmat Yang Hilang
Aneh sekali kerana zaman kini,kita masih membaca al-Quran tapi kesannya terhadap diri kita tak jelas.Ya.Kita masih membaca al-Quran yg sama bahkan kini lebih cantik,tapi kita seperti hanya membaca.Hanya membaca tanpa kefahaman.Lalu,jadilah kita seperti orang-orang yang membaca surat khabar,apabila gatal punggung,digaru.Apabila sakit jerawat,dipicit.Al-Quran dilayan seperti 'biasa-biasa' saja.

Yang kita pegang itu bukan sekadar lembaran kertas-kertas yg dibukukan menjadi sebuah kitab,sebaliknya apa yang kita pegang itu ialah amanah.Suatu amanah yang Allah turunkan kpd manusia yg jika ia diturunkan kepada gunung-ganang,leburlah mereka kerana 'berat' nya al-Quran itu!

Peristiwa ini dirakamkan dalam ayat 72 surah Al-Ahzaab: 'Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit,bumi serta gunung-ganang,tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu manusia sanggup memikulnya.Sungguh,manusia itu sgt zalim dan sgt bodoh(cuai dlm memikul amanah al-Quran).'

Beza Pondok Cinta dengan Bayyinat
Jika dahulu,saya menyatakan bahawa saya syg anda kerana Allah(dlm header pondok cinta) tapi pada header baru,saya selitkan firmanNya yg bermaksud -"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".InsyaAllah tidak akan banyak perubahan pada blog saya.Saya masih mengekalkan tema cinta saya kepada anda kerana Allah kerana ia adalah tema ukhwah yang memberi saya kekuatan untuk menegur.

Saya pernah katakan tentang ia di dalam entry ini-saya syg anda kerana Allah
Bila saya baca hadis ni,saya terasa pedas~Kiranya sy ni mcm terlalu pentingkan diri.Saya pernah bertanya kawan saya,kenapa tak kejut housemate bangun subuh?jawapannya-'dia dah besar.Bangun sendiri la.'Jawapan yg terlalu bersifat individualistik.Takde rasa kasihan dan mahu membantu.Dan paling teruk takde rasa bersalah melihat kemungkaran.Saya sendiri ada 1001 cerita dlm mengejut org solat subuh.Jgn tak percaya,rumah org lain pun saya kasi 'gegar'.Wahaha..Setakat kejut dgn call telefon pun selalu gak. [Sorry guys kacau tido korang.Kalau aku tak sayang,aku tak peduli dah korang semayang ke tak.Tapi aku sayang korang...sory ea]

Apakah mungkin kita boleh merasa hebat boleh solat 5 waktu berjemaah,sedangkan org terdekat dgn kita solat 5 waktu pun ada yg tepaksa di qada'? Atau apakah mungkin kita gembira dpt bertilawah 1 juzuk sehari,sedangkan teman-teman rapat kita ada yg tak reti membaca Al-Quran?
Hah...itu sedutan daripada entry itu,kalau nak tahu lebih lanjut,klik di sini.Saya syg anda kerana Allah

Kesimpulan
Saya teruja apabila saintis-saintis Barat yg rata-rata mereka ialah non-muslim mengkaji Al-Quran dan mereka bertemu dgn banyak fakta sains dalam al-Quran,walaupun al-Quran telah didatangkan 1400 tahun dahulu.Syukur,ramai mereka yang terus saja beriman.

Dalam masalah sains,dunia merujuk kepada al-Quran.Tapi dalam masalah sosial,al-Quran masih asing.Sedangkan masalah sains pun ada jawapannya dalam al-Quran,mengapa kita merasa tak yakin terhadap penyelesaian masalah sosial sedangkan 1400 tahun dahulu,penyelesaian ini telah terbukti berjaya menyelesaikan segala masalah itu!

InsyaAllah,jika hari ini kita masih belum dapat menghayati keindahan al-Quran,saya harap dalam beberapa entry akan datang,kemanisan dan keindahan itu sedikit demi sedikit dapat kita nikmati kerana kita sekarang bukan lagi membaca kosong,sebaliknya kita melihat bayyinat itu.Sekilas,Quran bukan hanya untuk dibaca,tapi untuk dihayati dan diamal.

Tuhan,kami perlukan bayyinat !

Aku bukan yusuf

Apa al-Quran kata tentang zina?
Semua org tahu firman Allah dlm surah Al-Isra' ayt 32.Allah larang kita drpd mendekati zina kerana zina itu jalan yg keji.Saya tak mahu bercakap panjang tentang 'jgn dekati zina' kerana jika saya mahu menghuraikan satu per satu,maka artikel ini akan menjadi sangat panjang.

Saya cukup yakin bahawa anda semua cukup arif dgn kisah Nabi Yusuf a.s yg digoda oleh isteri al-aziz(pemerintah Mesir) yg dlm riwayat kebanyakan ahli tafsir,wanita itu dikenali sebagai Siti Zulaikha.Peristiwa ini dirakamkan di dlm Al-Quran pada surah Yusuf ayat 23 dan 24-"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh menggoda Yusuf berkehendakkan dirinya.Dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata:"Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung!Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya,dan Yusuf juga (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari tanda daripada Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah Kami menjauhkan  Yusuf dari perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia termasuk dlm kalangan hamba-hamba yg terpilih."

Wanita Penggoda
Apa yg saya bakal tulis ini bukanlah suatu penghinaan kpd wanita,sebaliknya ia adalah suatu sanjungan dan pujian saya kpd kaum wanita.Wanita dikurniakan oleh Allah dgn sifat seorang penggoda.Tiada satu inci pun daripada wanita kelihatan buruk pada lelaki.Semuanya indah-indah belaka.Demikian juga dgn Siti Zulaikha.Menurut tafsir al-Qurtubi,Siti Zulaikha pada ketika itu berusia sekita 40 tahun dan Nabi Yusuf pula sekitar 25 tahun.

Dalam ayat 23,Allah menggunakan perkataan  هَيْتَ لَك yg bermaksud "marilah kepadaku".Dalam bahasa arab, هَيْتَ لَكَ digunakan apabila seseorang itu berada dalam keadaan ghairah!Jika saya berada dalam situasi yg dihadapi oleh Nabi Yusuf a.s saya pasti akan tumpas dgn hawa nafsu sendiri.Bayangkan,mereka berada dalam bilik yg pintunya tertutup rapat,tiada yg memerhati kecuali Allah.

Sifat Nabi Yusuf dalam menolak godaan zina ini sgt wajar kita hayati terutamanya bagi lelaki-lelaki yg beriman.Dalam Tafsir Al-Qurtubi,Imam al-Qurtubi memasukkan menghuraikan ayat 23 dgn sebuah cerita.Iaitu diolog yg berlaku antara Yusuf dan Zulaikha.

Siti Zhulaika: Kamu ini kacak sangat hai Yusuf
Yusuf: Aku ditentukan begini oleh Allah(kacak) sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,matamu sangat cantik.
Yusuf: Sesungguhnya dengan mata inilah aku melihat kekuasaan Tuhanku!
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,aku berusaha mendekatimu.Mengapa pula kau menjauhiku?
Yusuf : Aku mahu menjauhimu kerana aku mahu mendekati Allah!! (subhanallah)
Siti Zhulaika: Wahai Yusuf,angkatlah pandangamu.Pandanglah aku!
Yusuf: Seandainya aku mengangkat pandanganku utk melihat engkau maka putuslah syurgaku!

Subhanallah..lihatlah,betapa hebatnya manusia yg bernama Yusuf a.s yg sgt kuat imannya menolak godaan seorang wanita bangsawan yg sgt cantik.(Diriwayatkan bahawa Siti Zhulaika ialah perempuan yg paling cantik di Mesir ketika itu).

Saham Wanita Lebih Besar?
Cuba kita renung sejenak.Apakah beza antara zina dan rogol?Saya yakin semua org akan sepakat utk mengatakan bahawa zina berlaku apabila lelaki dan wanita sama-sama rela manakala rogol pula tanpa rela(paksa).Iya bukan?

Jadi,dalam ayat hukuman zina mengapa Allah dahulukan penzina wanita barulah diikuti dengan penzina lelaki tapi dalam ayat hukuman bagi perbuatan mencuri,Allah dahulukan dgn pencuri laki-laki,baru diikuti pencuri wanita.

Boleh sama-sama buat perbandingan dalam surah Al-Maidah ayat 38-"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka hukumnya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

dengan....

ayat hukuman bagi penzina,surah An-Nur ayat 2-'Penzina wanita dan penzina laki-laki,sebatlah mereka dgn 100 sebatan..'

Perempuan jika digoda lelaki,belum tentu berjaya,tetapi jika lelaki yg digoda perempuan,kemungkinan untuk lelaki itu tersungkur adalah sangat tinggi.Betul kan?
Bagimana Anda Digoda?
Sebagai lelaki yg juga dikurniakan nafsu,saya melihat ancaman yg datang daripada wanita adalah sangat besar.Wanita memainkan tugasan dan peranan yg sangat besar kpd sesebuah komuniti.Kita boleh hayati sabdaan Rasulallah bahawa wanita itu adalah fitnah yg paling berat dan besar bagi lelaki.Pastinya lelaki seperti saya,yg sgt lemah imannya.

Seperti yg dirancang oleh Yahudi,jika mereka mahu merosakkan sesebuah tamadun,golongan pertama yg akan mereka rosakkan ialah golongan wanita daripada kalangan remaja-remaja.Inilah yang berlaku pada kerajaan khilafah Turki Uthmaniyyah,bilamana mereka dijajah secara senyap-senyap dari dalam.

Kesimpulan
Wahai lelaki,jadilah seperti Yusuf a.s yang tak terkesan apabila digoda.Juga wahai wanita,jagalah diri drpd menjadi penggoda tanpa disedari.Akhlakmu dan auratmu itu sangat perlu kepada penjagaan yang teliti.Semoga kita semua dipelihara oleh Allah daripada zina baik zina kecil atau zina yg besar.

Dan bagi sesiapa yg pernah terlanjur,alhamdulillah syukur kerana ada secebis rasa keinsafan telah membuatkan anda membaca artikel ini.Bertaubatlah,jika perlukan khidmat nasihat,insyaAllah saya sedia berkongsia masalah dgn anda.

Saya bakal bertunang...

Saya bakal bertunang...
Majlis pertunangan?
Pertama sekali,saya nak mohon maaf kerana menghampakan anda.Saya bukannya nak bercerita pasal bertunang apatah lagi saya yg bertunang.Lgsung tiada perancangan lagi.Saya sengaja pilih tajuk yg gempak.Sengaja.Sebabnya ialah utk menarik perhatian anda semua utk membaca.Maaf sekali lagi.

Saya bukan menipu,cuma saya sedar,menuntut ilmu tak disukai nafsu.Maka saya pilih tajuk yg mungkin nampak menarik iaitu tajuk kawin dan cinta.Moga lepas ni kita tak jadi org yg memilih dlm menuntut ilmu.Ikhlaskan diri.(lgpn mmg sy akan tunang juga apabila dah tiba masa,jd saya tak tipu okey :D )

Kekerdilan diri
Sesungguhnya saya ini lemah dan kerdil.Saya hanya ada sepasang tangan yg tak sampai utk mencapai awan.Saya ada sepasang kaki yg tak sampai utk melangkah laut.Saya ada sepasang mata yg tak sampai utk melihat apa yg ada dlm hati manusia dan saya hanya ada 1 mulut yg jeritannya takkan mampu didengar seluruh alam.Saya tiada apa-apa...

Cuma yg saya ada ialah rasa sayang,rasa tanggungjawab,rasa kasihan dan rasa persahabatan.Saya bukan sahabat yg baik,tapi saya mahu menjadi sahabat yg baik.Sahabat yg sentiasa mahukan kebaikan keatas sahabatnya dan tak mahu keburukan berlaku kepada sahabatnya itu.

Saya tak mampu memberi hidayah.Saya tak mampu menyentuh hati setiap manusia.Saya takkan mampu juga bergurau senda dgn setiap org.Yg saya mampu hanyalah menulis.Menulis dan terus menulis.Itupun masih banyak yg tempang,sumbing dan berbaki sisa jahilliyyah dalam penulisan saya ini.Kerdilnya saya.

Saya cuma Iqbal
Saya bukan sprt zack zukhairi yg jika dia menulis sedikit pun,ratusan manusia akan 'like',akan baca dan akan komen.Saya juga bukan seperti Ben ashaari yg menulis sebaris ayat tapi jutaan org seronok membaca.Saya juga bukan Hilal Asyraf yg memukau tulisannya.Saya juga bukan Ust Hasrizal Jamil yg tulisannya memotivasi.Saya cuma manusia kerdil yg mencari peluang utk menjadi sprt Ali r.a yg masa mudanya digunakan utk berbakti islam.

Saya tak boleh paksa org baca blog saya,tapi saya boleh merayu org utk baca.Saya takkan malu utk mengiklankan blog saya.Buat apa nak malu dgn tanggungjwb islam yg kita pikul?Saya bukannya mengiklankan maksiat sprt AF.Seharusnya,itulah yg kita malu utk iklan dan hebah-hebahkan kerana itu maksiat.Sebaliknya,kita malu dgn agama sendiri!Kita malu utk menghebahkan kebaikan,kita malu utk mengajak org buat baik,dan kita malu utk taat kpd Allah.Jika yg demikian,Allah pun akan malu utk memasukkan kita kedalam syurga.

iklan= dakwah= mengajak

Cabaran
Mungkin,inilah ujian dan cabaran bagi saya.Mmg cerita-cerita yg menyeru kpd taqwa kurang mendapat sambutan.Siapa yg suka dgn agama?Takde.Semua org takkan suka,sbb semua org ada nafsu.Cuma beza ialah org yg bila dia kawal nafsu,dia akan dapat rasa dan nikmati sedikit keindahan dlm islam.Keindahan yg akn menyebabkan kita ketagih utk terus beramal dalam islam.

InsyaAllah.Saya akan sahut cabaran ini.Moga-moga dgn usaha kerdil saya ini,anda semua akan mendapati islam itu indah dan tidak membosankan.Saya berharap dan saya berdoa utk itu.

Ingat kata Saidina Umar r.a,kita ni ialah bangsa manusia yg Allah muliakan dgn islam.Jadi,harus kita rasa bangga utk menghebahkan kebaikan dan hanya malu utk menghebahkan atau mengiklankan maksiat.

Bantu saya!
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)-al Maidah ayat 2

kalau ada kebaikan pada blog ni,saya mengalu-alukan sebarang copy paste utk tujuan penyebaran.Moga ada kebaikan.
Abu Hurairah r.a. berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala(sebanyak pahala) pengikutnya,dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat,maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya,dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Da'ie atau daki?

Da'ie atau daki?
Ada sesuatu yg membuatkan saya marah,kecewa,menyampah dan jelek.Benda yg seringkali org tak nampak terutamanya yg menggelar dirinya sebagai Da'ie.

Seorang Pendakwah.
Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini.Tugas menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yg ditugaskan kpd kita.Setiap org,tiada kecuali.Allah telah meletakkan penghargaan sebagai 'khaira ummati' iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.Boleh rujuk 3;110.

Allah juga berfirman di dalam surah Fussilat ayat 33:-Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:"Sesungguhnya aku adalah dari yang berserah diri kepada Allah!"?

Terlalu banyak ayat yg Allah turunkan yg memuliakan golongan ini.Cukup jika saya bawa 2 ayat shj.
Apakah itu dakwah?
Dakwah ialah mengajak kpd kebaikan dan menghalang drpd kerosakan.Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya.Cukuplah utk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.

Saya bukan da'ei tapi saya daki
Sesuatu yg menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam.Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi ikhtibar.Saya terkilan dgn beberapa kelompok manusia yg kononnya melaksanakan dakwah,melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dlm masa yg sama dia tertinggal satu elemen yg sgt penting dlm berdakwah.

Peristiwa ini berlaku kpd kenalan saya sendiri.Dia hebat.Dalam banyak perkara,saya kagum dengan dia.Cuma saya terkilan dgn tindakan melulunya yg melabel manusia dgn gelaran yg buruk.Tiada sifat berbaik sangka.
(Jgn pisahkan dakwah dgn persaudaraan dan kasih sayang!)

Kesilapan kita
Kita jahil.Kerana itu perlukan ilmu.Kita tak sedar,bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kpd kebaikan,bukannya melaknat manusia!Apa yg terjadi,si da'ei itu marahkan sahabatnya yg kononnya suka mencarut,lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan.Dihebohkannya pula!Mahu semua org tahu kah?Apa kurangnya dia dgn syaitan?Hanya tahu memalukan org lain sahaja!

Tembok Kebencian
Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yg menyeru kpd kebaikan dibenci.Mereka bukan dibenci kerana tanggungjwb islam,sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka,menjual nama islam dgn nafsu.Ramai sgt dlm kalangan manusia yg menegur,berdakwah dan menasihat kerna kepentingan peribadi seperti kerana mahu dipandang mulia oleh org lain.

Ada!saya sgt pasti org mcm ni ada!lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog ini.Dia akan menghentam org tu habis-habisan,melabelnya dgn label yg jahat-jahat kerana mahu menunjukkan dirinya baik.Tidakkah kita sedar,bahawa iblis yg pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat,'ana khairun minhu',"aku lebih baik drpd dia!"

Bersangka Baik
Husnu dzon.Semua org tahu.Tahu sebut,tahu berhujah tapi tak tahu nak praktik.Bersangka baiklah sesama makhluk.Mungkin org yg kita tegur tu,hari ni dia tak nak dengar,tapi jgn sesekali kita buruk-burukkan dan canang-canangkan keburukan dia.

Pada zaman Rasulallah dahulu,Rasulallah telah menyenaraikan 360-370 nama org-org munafik dan ia adalah rahsia.Ia rahsia!Sedangkan Rasulallah pun merahsiakan nama org munafik,apakah kita lebih mulia drpd rasulallah utk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu org yg tertutup hati?

Berhikmahkah kita?
Allah sebut dlm surah An-nahl ayat 125:"serulah manusia kpd jalan tuhanmu dgn hikmah..'.Apa yg kita faham tentang hikmah?Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dgn kemampuan seseorang menerima teguran kita.Kalau org tua,tegur la dgn cara org tua.Kalau kawan-kawan,tegur la dgn cara kawan.

Imam Syafie pun pernah berkata: "Jika kamu menegur saudaramu dlm sembunyi(face to face) maka kamu telah menjalankan tanggugjwbmu,sebaliknya jika kamu menegurnya di kalayak umum,maka kamu telah membogelkannya di depan org ramai".Keburukan org lain bukannya bahan utk dijadikan senda tawa,atau topik berbual sebaliknya keaiban org lain harus kita tutupi.Jika dia sudah insaf,alhamdulillah.Jika masih belum,teruskan berusaha.Itu saja!

Menanam Bunga
Bagi saya,org yg berdakwah ini sama seperti org yg menanam bunga.Ini bukan kerja yg hasilnya ekspress.kita tak boleh mengaharap bahawa hari ni kita dakwah,esok dia akan terima.Tidak sama sekali!Dakwah juga bukan kerja yg sekali-sekala.Sama mcm org tanam bunga,kerjanya takkan selesai dgn hanya menyemai benih.Banyak lagi yg di perlu buat.Dia perlu menyiram,membaja dan melindungi pokok drpd serangan serangga perosak.

Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari.Nasihat hari-hari.Sayang pun hari-hari.dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dgn mereka baik.Usah kita mudah melaknat pokok yg belum berbunga,kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang,airnya tak cukup,atau mungkin climate atau environmentnya tak sihat.Siapa tahu?Atau mungkin juga kerana Tuhan mmg tak mahu ia tumbuh,siapa boleh bantah?

Kesimpulan
Harus kita ingat,kewajipan kita ialah menegur kesalahan,menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran.Allah tak suruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan org lain.Persaudaraan islam itu sgt perlu dijaga.Kerana itu,asas dlm dakwah ialah kasih sayang.Jgn menegur kerana benci atau dendam.Tegurlah kerana sayang.

Jgn membenci pelaku maksiat,sebaliknya benci hanya kpd maksiat yg dilakukan.Kerana jahil dan tidak berhikmah,org lain bukan hanya menjadi semakin jauh drpd islam sebaliknya membenci islam.Siapa mahu bertanggungjawab?Kita selalu mengina org lain kerana kesilapan yg dilakukannya,tapi pernahkah kita mendoakan mereka?

Sekarang cuba fikir dalam-dalam,adakah kita da'ie atau kita ialah daki?

Kita pemuda islam

Kita pemuda islam
Ajaan Sesat
Saya nak reveal kpd anda semua tentang 2 jenis ajaran sesat yg diterima pakai di seluruh dunia hatta Malaysia sendiri pun.JAKIM dan mana-mana jabatan agama rasanya mcm masih belum menfatwakan fahaman-fahaman ini sesat padahal ia sgt bertentangan dgn ajaran islam yg sebenar.
Ajaran sesat atau fahaman sesat tentang islam yg pertama ialah fahaman bahawa ‘masa muda aku ialah utk bersuka ria.Tua nanti baru aku taubat dan mempraktikan islam’.Ini fahaman yg banyak terpahat dlm otak kita.Diturunkan dari 1 generasi ke generasi seterusnya.Fahaman kebendaan ini nampaknya cukup berjaya melahirkan anak muda yg celik akalnya tapi buta hatinya.

Masa Gila
Demi Allah,saya tak mahu menyalahkan sesiapa kerana itu tak menguntungkan kita.Sebaliknya,sy harap kita sedar (sikiiit pun jadilah) bahawa masa muda ini adalah masa emas(sbnrnya lebih bernilai drpd emas!).Masa muda ini Allah hadiahkan dgn kesihatan tubuh,kecerdasan berfikir dan banyak nikmat lain.Dan dgn pakej itu,seharusnya kita gunakan utk mencari kurnian Tuhan yg maha luas.Maaf,saya tulis artikel ini bukannya utk menyindir,marah atau nak tunjuk baik.Saya cuma sedar bahawa Rasulallah pernah bersabda yg maksudnya.’masa muda ialah sebahagian drpd kegilaan’.

Mmg masa ini kita akn berperangai mcm org gila.Kita terdorong utk berbuat sesuka-hati,teringin utk mencuba itu dan ini(mcm org gila yg tak boleh kawal diri).Maka,penting utk diri kita kandangkan nafsu-nafsu kita itu!Caranya hanya 1 saja,kita kena mantapkan akidah kita juga.(ape?ingat lembu kambing aje ke yg kena dikandangkan?)

Fahaman masa tua baru nak bertaubat dan mula beramal ialah 1 fahaman yg jauh terpesong drpd islam yg asli!Masa tua sebenarnya masa utk persiapan terakhir,bukannya baru nak bersiap.Contoh: org yg nak naik bas.Jika bas jam 1 ptg,jam 12.50 tghari sepatutnya dia sudah berada di stesen bas.Mana mungkin jam 12.50 baru dia nak kemas baju,nak lipat,nak cari beg,nak mandi dan bersiap dll.Mana sempat!Begitu juga manusia.Kita hidup sekali je.Sbb tu lah kita patut gunakan peluang hidup yg sekali ini utk mencari bekalan kehidupan yg kekal.

Tulang Belakang
Pemuda adalah tonggak(harapan) kpd sesebuah organisasi.Dlm satu hadis-”Adalah kami berperang bersama Rasulallah s.a.w sedangkan di kala itu,kami adalah (golongan) pemuda”-riwayat Ahmad.(hadis ini cerita pasal org muda).Kita lihat sejarah kegemilangan islam.Siapakah pemuda-pemuda islam yg menghabiskan masa muda dgn Allah Taala?Antara yg famous ialah Abdullah bin Mas’ud(ibnu mas’ud),Abdullah bin Abbas,Abdullah bin az-Zubair,Ali bin Abi Talib dan ramai lg.Mereka pemuda,mcm kita.Tapi bezanya,mereka gunakan masa muda mereka dgn jihad,kita habiskan masa muda dgn Jehan(nama perempuan).

Fenomena
Adakah sesuatu yg mustahil,utk melihat masjid-masjid penuh dgn anak muda?Kalau di kg saya,mmg susah la nak tengok org muda kat msjid.Ramai jemaah yg dah mcm siput(maksud saya:berjalan mcm siput),lambat-lambat dtg masuk saf solat.huu..nak buat mcmana,semua dah tua dan dah sakit.huhu.Nasihat saya; kalau ada masa,kita join la sikit-sikit dgn program masjid.Dekatkan diri dgn rumah Allah.Boleh?kita cuba ya..
(kecik-kecik pun boleh bersolat)
Kelebihan Muda
Dlm sebuah hadis yg menceritakan tentang 7 golongan yg dinaungi Arasy Allah,hampir kesemua golongan itu adalah golongan pemuda(bukan pemuda UMNO atau pemuda DAP).Antara mereka ialah-1-pemuda yg membesar dlm keadaan beribadah kpd Allah 2-pemuda yg hatinya terikat dgn masjid 3-pemuda yg saling berkasih syg kerana Allah 4-pemuda yg menolak ajakan zina,kerana takutkan murka Allah(haa…yg ni susah!!) 5-Pemuda yg bersendirian lalu dia menangis kerana mengingati Allah(yg ni lg best drpd tengok hindustan!) 6-pemuda atau lelaki yg sedekah tangan kanan,tgn kiri tak tahu.

Kita Punya Tanggungjawab
Islam tak pernah mengahalang kemahuan dan kehendak kita.Islam menggariskan panduan dan tatacara kpd kita.oh!!Saya juga lelaki mcm anda,baru 20 tahun,lebih kurang umur anda,saya juga memiliki keinginan dan minat yg sama mcm anda.Saya suka bola!layan world cup juga!saya juga suka lepak-lepak,tengok movie(fakta ni ragu-ragu),musics dan apa-apa sajalah yg anda suka.Sama! Tapi sampai bila kita nak suka benda-benda ni saja?sampai bila kita nak tetap fikir game,bola,artis..bla..bla.. Kita semua ni takkan selama-lamanya remaja.Kita punyai tanggungjwb.

Kita bukan makhluk yg diciptakan Allah utk mengikuti tuntutan nafsu semata-mata.Kita manusia!Rujuk surah At-tin ayat 4 hingga ayat 6-‘Allah mencipta manusia dlm bentuk yg paling baik.Kemudian Allah kembalikan ke tempat yg serendah-rendahnya kecuali org-org yg beriman dan mengerjakan kebajikan.Mereka diberi pahala yg tak putus-putus.Manusia jika tiada amal soleh..hmm..faham-faham sajalah.Maksud ayat Quran td tu direct!

Kenapa masa muda kita ni banyak sgt cabaran,dugaan dan ujian?
utk menjawab soalan ni,kita kena tengok dari mana dtg dugaan,cabaran dan ujian itu.Apa yg saya perhatikan,Yahudi laknat dan kuncu-kuncu munafikin nya(boleh jadi sesiapa sahaja) telah berjaya merosakkan hati-hati dan pemikiran-pemikiran kita.Mengapa pemuda islam yg mereka serang?Jwapannya mudah->pemuda yg jahil dan nakal akan membesar menjadi belia yg jahil dan nakal dan menjadi ibubapa yg jahil dan jahat dan melahirkan anak-anak yg jahil juga.Penggantian demi penggantian.(faham tak flow dia?)Jika pd generasi tersebut,ada yg ter’sedar’ maka Alhamdulillah!Tapi jika tiada yg sedar kesilapan mereka yg terlalu mengikuti nafsu,maka ini adalah kezaliman yg besar kerana hingga 7 keturunan(dan lebih) akn rosak!

Perubahan Harus Bermula Dari Mana?
Jika ditanya kpd saya..maka jawapan saya ialah bermula pada diri saya sendiri.Saya seorang tak mampu utk menyedarkan semua org.Jika anda rasa saya kawan anda(link),maka sahutlah seruan saya.Kita jadi pemuda islam.Pemuda islam yg berani mengatakan yg hak!Pemuda islam yg gagah mempertahankan maruah diri dan agama!Pemuda islam yg digeruni oleh org fasik dan syaitan-manusia.Pemuda islam yg berbakti kpd ummat dan masyarakat.Pemuda islam ialah sebaik-baik gelaran utk kita!Tidakkah kita malu jika diri kita tak disenaraikan sebagai pemuda islam di sisi Allah?

Bagaimana Mahu Menjadi Pemuda Islam?
Jwapannya mudah.Semuanya bermula dgn berhati-hati.Terhadap makanan yg kita makan,kita perlu berhati-hati.Ambil makanan yg halal dan baik.Makanan halal banyak,tapi tak semua yg halal itu baik! Terhadap hiburan juga kita perlu berhati-hati!Jgn terjebak dgn hiburan yg melalaikan dan merosakkan.(kalau Tv rosak senang nk repair,manusia rosak susah)Yg paling penting,berhati-hati dgn penggunaan masa.Pemuda islam banyak tanggungjwb!Kita tonggak ummah,maka wajarlah kita banyak tanggungjwb.kan?

Kesimpulan
saya menulis berapi-api,tapi dlm masa ni,saya tahu tak ramai org yg ada membaca artikel ini.Maka saya pohon jasa baik org yg baca dan sedar tentang hakikat kejatuhan nilai pemuda islam ini,utk sama-sama memberi kesedaran yg sama kpd sahabat kita yg lain yg tak membaca artikel ini.Pemuda islam takkan selama-lamanya tidur..InsyaAllah,islam akan kembali berada di puncak..hanya sekiranya saya dan anda berjaya menjadi pemuda islam.