December 30, 2009

Oh!indahnya

(berikut ialah enty yg auto-publish.)

Ada sorang sahabat bagi satu link ini kpd saya,lalu saya bukak la.Ternyata ia satu video lagu Maher Zain.Saya tengok sampai habis.Mmg best!tak sedar air mata mengalir spontan semasa menonton klip pendek ini.Jadi rasanya wajar kita berkongsi =)



Org yg baru masuk islam umpama bayi yg baru lahir.Suci,bersih drpd segala dosa silam.Oh!Kagumnya dengan kuasa Allah.Saya pernah bertanya kpd seorang ustaz.Soalannya begini;"Jika kita lihat,di luar negara islam semakin berkembang pesat iaitu org-org kafir masuk islam tapi kita juga lihat org-org islam sendiri keluar dr agama islam.Adakah ini ada dalil Quran yg mengatakan sedemikian?"

maka ustaz tu jawab,'Ada sahabat yg mentafsirkan surah An-Nashr,mereka menfsirkan bahawa di akhir zaman mmg manusia akan berbondong-bondong masuk islam,begitu juga manusia akan berbondong-bondong keluar drpd islam.Lebih-lebih lagi,Allah menjanjikan hidayah kpd mereka yg mencarinya.Mereka (saintis barat) yg mengkaji isi kandungan al-Quran.Dikaitkan dgn sains dgn Quran.Maka yg mereka jumpai ialah kekuasaan Allah dan kebenaran,maka mereka pun beriman.

Apapun,itu cuma pendapat 1 org ustaz sahaja.Saya rasa tidak wajar saya berpegang dgn pendapat 1 org ustaz sahaja,kerana saya sering merujuk kpd 2 atau 3 ustaz,barulah saya akan puas hati.Tapi elok rasanya jika kita bermuhasabah kerana kita juga berkemungkinan mati di dalam keadaan bukan islam,jika kita tidak berusaha menjaga iman kita.

Satu pengajaran drpd ceramah Rubben (di sini) ,katanya org kristian bercakap dgn pendapat mereka tetapi org islam bercakap dgn merujuk kpd Quran!AH!!!sgt-sgt terasa kerana jarang sgt saya bercakap dgn berpandukan Quran tapi banyak pula kata-kata yg keluar drpd nafsu.(muhasabah)...

December 25, 2009

Bercuti

Barang dah kemas belum?Baju dah lipat belum?Owh!dah dekat cuti ke?

InsyaAllah sy akan bercuti 25hb/Dec 2009 hingga 3rd/Jan 2010.Cuti ape?inilah cuti course break,kiranya sama macam semester break lah bagi bdk2 Universiti.Seminggu ajew.Takpela,taknak mengeluh sbb sy sedar sy bukan belajar di universiti.

Apa yek nak buat sepanjang cuti seminggu ni?Rancangan dah ada da!nak study!module 11,airframe and systems.Bab ni lah yg paling susah sepanjang sy belajar pasal aircraft ni.Mana taknya,dalam aircraft tu mcm-mcm sistem ada.Lain jenis,lain pula layout dan sistemnya!Mana tak pening!Dulu belajar mcmni,tp tengok2 lain.Susahnya!Siapa kata belajar pasal aircfraft senang?!


Kalau boleh,sepanjang cuti ni sy nak habiskan membaca Quran per kata yg dipinjamkan mak sy kpd saya.Kat sini,sehari boleh baca 4 muka aja.Harap-haraplah cuti ni boleh baca tiap-tiap kali lepas solat.Di mana ada niat,di situ ada usaha.kan?dan bila kita berusaha,insyaAllah kita akan berjaya(man jadda wa jadda).

Sepanjang sy bercuti ni,sy rasa elok jika saya tinggalkan beberapa post untuk anda yg rajin membaca.Bukan suatu wasiat atau saranan,cuma jika anda suka maka bolehla baca=)
Berikut ialah antar entry awal dr saya.Jadi,gaya penulisannya juga amatlah tidak memuaskan hati.buruk benar.Cuma ingin berkongsi sebenarnya.

Baiklah,selamat bercuti semua~semoga cuti anda memberi manfaat!Doakan sy pergi dan pulang.InsyaAllah.Jika ada terkasar bahasa dahulu,saya mohon ampun dan maaf ea. =)

December 24, 2009

Anda semua betul

Cukup bercakap soal jodoh!Ramai org yg salah faham tentang entry saya yg lepas.Tiada terniat dan terlintas untuk saya mendiskriminasi jodoh apatah lagi mempertikaikan tentang qada' dan qadar.Sebaliknya sy cuma ingin bercerita tentang 'kemuliaan' manusia pada pandangan Pencipta.Biarlah,kerana saya dan Dia lebih tahu.

Seringkali,ingatan sy tentang peristiwa sblm solat jumaat bermain-main dalam minda.Jumaat lepas,saya ke masjid airport dgn menumpang van seorang saudara dan jiran yg saya anggap sbgai abang saya sendiri.Dalam perjalanan,kami berbual dan ada satu kata-kata nasihat yg dia berikan khas kpd saya yg hingga kini saya masih memikirkannya.

'Iqbal,kita ini tak pernah betul',katanya.

'Aik?',saya hairan.Bagaimana mungkin kita tak pernah betul.

'Jika kita lihat ada org buat maksiat,terutamanya sahabat kita,kita jgn sesekali salahkan mereka.Sebaliknya salahkan diri sendiri.Salah saya kerana saya tak tegur dia!salah saya kerana saya tak dakwah dia!salah saya kerana saya tak nasihat dia!salah saya kerana saya tak bimbing dia!salah saya kerana saya tak mendalami dia!salah saya kerana saya tak cuba utk tahu masalah dia!salah saya kerana saya tak mendampingi dia!',katanya.

Biarlah saya kenalkan dia sebagai Abg Man.

(Anda mabuk?boleh ber kung-fu?)
Sambungnya lagi,"Jika kita rasa diri kita ni betul,dan kita menyalahkan dia sepenuhnya,maka syaitan akan 'cucuk' kita.Dgn itu kita akan rasa bahawa kitalah sahaja yg betul.Org lain semua tak betul.Maka akan timbul penyakit hati,riak,bongkak,takbur,bangga dan jutaan sifat dan penyakit hati yg kita takkan perasan.Sebaliknya,jika kita rasa bersalah ats sebab maksiat yg dia lakukan,maka syaitan akan takut dan gerun utk menggoda kita.Apa tidaknya,seorang yg rasa bersalah ats kesalahan org lain pasti akan rasa bersalah dgn diri sendiri dan takkan membenarkan diri melakukan kesalahan yg sama.Sebaliknya,dlm hati kita ada rasa saya betul,maka syaitan akan goda dgn membisikkan,'Ah!kau buat ini sekali aja.Budak tu dah buat ratusan kali.Nanti kau taubatlah!(mungkin begitulah kata-kata syaitan.tanyalah dia sendiri.hehehe)..Siapa sangka kita akan mati masa itu juga?'

Mendalam sungguh kata-kata Abang Man.(saya huraikan dgn ayt sendiri agar anda bisa fahami).Sungguh,saya teringat akan satu sabdaan Baginda yg mulia,'Tidak beriman seorang penzina ketika dia melakukan zina dan tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri'...
Jika saya hidup 60tahun tanpa maksiat,dan genap 60tahun 1 hari,saya rasa teringin sgt buat maksiat(minum arak).Kononnya buat kali pertama dan terakhir,lalu saya buat dan ditakdirkan saya mati dlm keadaan demikian,adakah saya mati dlm iman?Oh!tidak mungkin....oleh itu,takutlah akan saat sblm kita mati kerana boleh jadi org yg kita jijik kerana maksiatnya itu diberi hidayah utk bertaubat sblm mati,sedangkan kita?sudah terjaminkah?

Saya juga terbaca satu hadis drpd Abu Hurairah r.a bahawasanya Baginda s.a.w bersabda;"Jika seseorang berkata;'Orang ramai(sekarang ini) sudah rosak',maka org yg berkata itu sendirilah yg paling rosak di antara mereka.-riwayat muslim.

Penjelasan imam Nawawi dlm kitabnya,riyadus-shalihin;sesorang yg merasa dirinya betul dan berbangga dgn kebaikannya dan memandang lain,maka itu haram.Sebaliknya jika pandangan itu berbentuk simpati keatas sikap mereka yg meremeh-temehkan urusan agama mereka,maka hal itu dibenarkan dan pandangan ini dipersetujui oleh ulama-ulama.

Mari kita bermuhasabah,apa sebenarnya diperkatakan oleh hati kita bila terlihat kemungkaran?Adakah kita berasa bangga dan selesa dgn diri kita?Apakah usaha kita utk mengubahnya?Biarlah jawapan itu dijawab oleh hati kita...

December 21, 2009

Gosok gigi 10 kali pun takkan bersih

'Kalaulah ada satu anggota badan yg berpuaka,ko rasa anggota badan yg mane?',tanya Mail seraya memandang kpd Mat.Mail dan Mat ialah rakan sepejabat yg sangat akrab.Manakan tidak,mereka telah berkawan sejak di universiti lagi dan kini tinggal bersama-sama di rumah sewa sederhana mereka.

'Aik?',berkerut dahi Mat,pelik.'Apa jenis soalan ni?Apa maksud ko dgn puaka?'

'Ko rasa anggota badan manusia yang mana yg paling banyak jahat?',menjelaskan soalannya.

'Oh!erm...aku rasa mata kot.Sebab dgn mata manusia yg 2 biji inilah,aku banyak tengok maksiat.eh!ko nak taw?tadi,masa aku nak g toilet,aku ternampak ada pompuan pakai skirt pendek giler,tapi kaki dia ada parut taw!buruk!haha.Aku rasa dia mesti...'

'Oi Mat!Tak payah cerita laa..',potong Mail.'Aku tak rasa yg mata ko tu anggota badan puaka ko'

'Habis tu?',Mat kehairanan.Sudahlah cakapnya tadi dipotong tiba-tiba,Mail boleh pulak kata mata dia tu tak jahat.

'Aku rasa anggota badan ko dan aku sendiri yg paling berpuaka ialah mulut kita ni'kata Mail sambil meletakkan jarinya di atas bibirnya.

'Huh?Jelaskan kat aku',Mat ingin tahu.Dipalingkan badannya drpd screen komputer lalu mengadap Mail.

Dalam hati Mail terasa geli hati kerana Mat jarang sekali serius."Allah jadikan mulut kita ini satu ada hikmahNya.Dia tahu yang mulut kita ini banyak memberikan masalah kpd kita.Sebagai contoh mudah,pasal perempuan yg ko cakap tadi tu.Ko tengok perempuan tu.Aku taktaw la ko sengaja ke tak,tapi ko terpandang kaki dia.Aku taw ko tahu yg melihat aurat perempuan itu haram.Berdosa!Tapi dosa bila ko tengok aurat,dosa tu terbatas kpd ko dan of course,pompuan tu.kan?"

Mat mengangguk-angguk.Sememangnya tadi dia tidak sengaja terpandang betis amoi tadi.

'Tapi bila mana ko nak bercerita pasal perempuan tu,ko telah melibatkan orang lain.Dalam kes tadi,ko libatkan aku.Ko cakap kaki dia berparut kan?Ko tahu tak,saat perkataan tu terkeluar je dari mulut ko,ko telah mengumpat dia.Dosa mengumpat tu bukan ko aje yg dapat,aku pun dapat sbb aku dengar sekali.Haram bg telinga kita ini utk mendengar benda-benda yg haram bg mulut kita katakan!Itu pasal aku potong cakap ko tadi.Kalau tak,ko mesti akan makin rancak bercerita sehingga membuat andaian yg bukan-bukan.Boleh jadi ftnah!"

'Tapi,aku cakap benda yg betul.',kata Mat.

'Mat,ko tahu tak?Ada satu kisah,ada seorang perempuan pendek dtg berjumpa RasulAllah.Aisyah r.a terpandang perempuan tu.Bila perempuan itu berlalu,maka terkeluar dari mulutnya,'...pendeknya perempuan itu...'.Lalu Baginda Nabi s.a.w telah menegurnya,Wahai Aisyah,sesunggguhnya kamu telah memakan danging saudaramu itu'.

'Itu baru sikit aje Mat.Baru cakap perempuan tu pendek saja RasulAllah dan kata salah.Ini apakah lagi kalau kita bercakap pasal benda-benda yg lebih memalukan seperti parut.'

'Owh,jadi maknanya mengumpat itu ialah kata-kata yg jika org yg diumpat dengar,maka dia akan marah la.kan?',tanya Mat.

'Absolutely bro!',kata Mail sambil menepuk bahu Mat lalu menyambung,'Tapi ko kena ingat,selain mengumpat,ada juga fitnah.Fitnah berlaku bila kita mengatakan sesuatu yg tidak benar pada org itu.Contohnya ko kata aku ada bela jin!'

Terburai tawa Mat bila mendengarnya.

Sambung Mail,'Bila ko dah umpat orang tu,ko wajib mintak maaf kat org tu.Kalau tak,Allah tak ampunkan kita.Sebab dosa yg dilakukan kpd manusia lain hanya akan terampun bila org yg dianiaya itu memaafkan kita.'

'Lalu aku mcmane?'tanya Mat,kaget.

"Oh!terpulanglah samada ko nak mintak maaf atau tidak.Pertamanya ko tak tahu kan?ko baru tahu,jadi Allah takkan menghukum org yg melakukan kesalahan kerana tak sengaja,terlupa atau terpaksa.Ko mengumpat kerana terlupa dan tak sengaja kan?Kedua,ko mengumpat perempuan tu sebab perempuan itu sendiri yg menjadikan dirinya utk diumpat!'

'Eh...aku tak faham tu'

'Kalau aku sengaja sebelah kaki selipar,sebelah kaki lagi kasut.Pastu aku keluar jalan2 kat KL ni,mesti org kata aku gila kan?',maka mereka mengumpat aku!Soalnya,berdosa tak mereka umpat aku?Oooo..berdosa! Tapi,dosa tu bukan pergi kpd mereka,tapi pergi pada aku sbb aku sengaja mengundang fitnah utk diri aku.Aku sengaja mahu diumpat dgn sbb menjadikan diri aku pelik dan menjatuhkan maruah diri aku sendiri'

'Subhanallah,indahnya islam.Tak sangka begitu islam menitik beratkan tentang kosep maruah'

'Betu tu!Orang yg suka mengumpat ni di akhirat kelak akan dtg kpd Allah dgn keadaan muflis.Kenapa?sebabnya dia didatangi oleh org yg pernah dia umpat semasa kat dunia dulu.Pahalanya akan diambil oleh org yg diumpatnya hinggalah habis semua pahalanya.Namun,masih ada org yg diumpatnya,maka dosa org itu akan ditanggung pula olehnya!Lalu org itupun dicampakkan ke dalam neraka!Oh ruginya!!!'

'Mat,janji dengan aku dan Allah sbgai saksi,kita sama-sama jangan mengumpat ya!Jika ada org umpat kawan kita,kita wajib selamatkan kawan kita drpd diumpat.Boleh?'

'InsyaAllah.Aku akan usaha utk tidak mengumpat dan memfitnah lagi.Terima kasih banyak-banyak Mail.Kau lah teman aku dunia dan akhirat kelak.InsyaAllah',ucap Mat sebak lalu memeluk erat sahabat karibnya itu.

*******************
Sahabat sekalian,mari kite merenung satu hadis,"Siapa diantara kamu yang beriman dengan Allah dan hari kiamat,hendaklah dia berkata baik atau diam"-riwayat Bukhari.Sesungguhnya org yg banyak berkata-kata ialah org yg jahil kerana org berjaya meluruskan lidah,pasti akan berjaya meluruskan tindakan.Org yg lurus tidakannya pasti akan berjaya meluruskan imannya.Dan org yg lurus imannya,terbentanglah syurga untuknya selamanya.(pesanan kpd diri sendiri)...

December 20, 2009

Terima kasih Prof.Syeikh Yusuf Qardhawi

....Allahuakhbar...Allahuakhbar...
Nyaring suara muazzin melaungkan azan.Tak disangka,kami sampai ke Masjid Negeri sama sama dgn masuknya waktu isyak.

Sepertimana yg telah saya hebahkan di facebook,mlm tu saya dan Shamil ke Shah Alam utk mendatangi satu majlis.Betapa berbunga dan membuak-buak rasa ingin bertemu dgn seorang tokoh islam yg sangat-sangat saya kagumi iaitu Syeikh Yusuf Qaradawi yg memberi pesanan-pesanan,motivasi dan ceramah secara langsung.

Silap kami kerana bertolak selepas maghrib.Sangkaan kami ialah majlis berlansung slps solat isyak,namun ternyata kami telah ketinggalan selama 30 minit!Ruginya!Majlis diberhentikan sebentar utk memberi laluan kpd azan isyak,dan kami terus duduk di dalam majlis slps itu.

(di luar pun dah ramai)

Malang sekali,ruang dalam masjid sudah dibanjiri oleh umat islam yg tersangat ramai.Syukur,sambutan yg sgt2 menggalakkan.Sedikit perkongsian kpd mereka yg tidak dapat mendengar ceramah beliau.Antara isi kandungan ceramahnya yg smpat sy catit,wlpun banyak tertinggal ialah

(1)Surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah.Surah-surah yg diturunkan semasa sblm hijrah lebih kepada usaha membina iman dlm diri para sahabat manakala surah-surah Madaniyyah kebanyakannya didatangkan dgn perintah-perintah agama.Ayat-ayat Madaniyyah menggunakan permulaan,'Wahai org-org yg beriman...' sedangkan ayat-ayat Makiyyah menggunakan 'Wahai manusia..' Apa maksudnya?Allah menurunkan perintah-perintahNya seperti solat,puasa,sedekah,jihad dan lain-lain hanya selepas sahabat-sahabat mendapat iman itu.Masakan tidak!Mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan keluarga di Makkah utk menyertai hijrah RasulAllah ke Madinah.Bila iman sudah mantap,maka mudah utk melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.

(2)Nabi selepas berhijrah ke Madinah,berjaya membentuk masyarakat Rabbani.Umat islam disatu padukan.Para sahabat ketika itu sentiasa menunggu-nunggu perintah drpd Allah.Setiap perintah drpd Allah,mereka laksanakan dgn bersungguh-sungguh dan mereka ketika itu sangat takut melakukan maksiat,dosa hatta kesilapan.Abu Dzar pernah ditegur oleh Baginda s.a.w kerana Abu Dzar r.a pernah memandang hina seorang budak dgn panggilan 'Hai budak hitam...' Baginda bersabda,'kamu masih memiliki saki baki sifat jahiliyyah dalam dirimu'.Mendengar hal itu,Abu Dzar menyesal lalu meminta agar budak lelaki itu menghukumnya ats keterlanjuran katanya td.Oh!betapa mereka takut dgn murka Allah!

(bersemangat sekali beliau menyampaikan ceramah)

(3)Setibanya Baginda s.a.w,Baginda telah membina 3 benda iaitu masjid,pasar dan persaudaraan.Pertama,masjid dibinia bukan sekadar utk beribadah malah dijadikan sbgai medan pertemuan,perdidikan,perbincangan dan lain-lain.Kemudian,pasar dibina untuk mengukuhkan ekonomi orang islam kerana ketika itu,pasar di Madinah dikuasai oleh org Yahudi.Baginda menerapkan nilai jujur dan amanah ketika berniaga.Baginda juga membina persaudaraan yg jitu iaitu dgn mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.

(4)Seorang Ansar bernama Saad bi Rabi' dipersaudarakan dgn Abdul Rahman bin Auf.Saad bin Rabi' r.a seorang yg kaya.Dia menawarkan separuh kekayaan dan menawarkan salah seorang isterinya utk Abd Rahman,namun Abdul Rahman menolak dan hanya mendoakan keberkatan kpd Saad.Dia hanya meminta agar ditunjukkan dgn jalan ke pasar.Berkat doanya kpd Saad bin Rabi',juga kerana taqwa yg tinggi,Abdul Rahman bin Auf telah menjadi org yg paling kaya pada zaman Baginda.Semua harta kekayaannya itu dibelanjakan di jalan Allah Taala kerana cinta dan kasih kpd Allah.

(5)Masyarakat ketika itu berakhlak mulia.Semua para sahabat semuanya boleh dijadikan contoh.Baginda juga menegaskan tentang konsep kemuliaan hanya dgn taqwa.Baginda membuat perumpamaan manusia seumpama gigi sikat,semuanya sama sahaja.Yang membezakan antara manusia itu hanyalah tahap ketaqwaannya kpd Allah.

(6)Para sahabat r.a,mereka selalu mendahulukan org lain drpd diri sendiri(dlm soal-soal selain drpd ibadah).Pernah,di dalam perang sahabat r.a sanggup menggunakan badan mereka sbgai perisai utk menghalang anak panah drpd mengenai sahabat yg lain.Mereka juga mengamalkan sunat,iaitu memberi lebih drpd diminta.

(7)Sahabat ketika itu,jika melakukan dosa,mereka akan cepat-cepat bertaubat.Ada beberapa kisah sahabat r.a menawarkan diri mereka utk menerima hukuman seperti yg ditetapkan Allah dlm Quran.Ada sahabat yg mengaku zina lalu meminta untuk direjam kerana takut akan murka Allah.Mereka lebih takutkan hukuman akhirat drpd hukuman di dunia ini.

(8)Syeikh juga bercerita tentang kewujudan org-org munafik.Org munafik di zaman ini jauh lebih dasyat dan ramai drpd org munafik pada zaman dahulu.Beliau juga menceritakan perihal Saidatina Aisyah r.anha yg difitnah oleh kaum munafik di dalam surah At-Taubah.Dan org antara org yg turut melakukan fitnah itu ialah Mistah bin Utasah yg berada di dawah tanggungan Abu Bakar r.a.Antara sifat munafik ialah suka menabur fitnah,menjatuhkan maruah org lain dan bersangka buruk.Dalam soal ibadah,mereka akan bersolat dlm keadaan malas dan mereka juga benci untuk bersedekah.

Ceramah drpd Syeikh Yusuf Qardawi ialah dlm bahasa arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.Siapa penterjemahnya itu?saya pun tak tahu sbb saya tak dpt masuk ruang solat sbb penuh dgn manusia.Saya sekadar mendengar di luar.Tak dpt tengok muka(kecewa...)

(masjid besar sgt smpai kami tersesat.hehe)

Sedikit yg sy tak suka ialah keriuhan kanak-kanak.Oh!ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian!awasilah anak-anak anda.anak-anak anda riuh dgn adengan kejar mengejar, gusti,menyanyi dll.Mmg tak dpt nak duduk dgn tawajjuh.Bukankah sepatutnya adab-adab di masjid dijaga?Bukankah mengganggu org lain itu berdosa?mmg tiada dosa kpd kanak-kanak,tetapi kpd penjanga mereka?(Take note please!)

Sebelum balik,sempat juga kami singgah di karnival maal hijrah yg berlangsung di perkarangan masjid.Di situ baru saya nampak kawujudan-kewujudan persatuan-persatuan pelajar islam dan NGO's yg selama ini tidak saya ketahui wujudnya.Yang saya tahu cuma GAMIS,itupu sekadar nama.Sememangnya kerana saya tak berpeluang berada di Universiti.

Papepun,syukur sgt2 sbb diberi peluang oleh Allah utk dtg mendengar pesanan ulama unggul itu.Terima kasih kpd penganjur dan kpd syeikh Yusuf Qardhawi.InsyaAllah ada manfaatnya.

December 18, 2009

1 Muharram 1431H

Hijrah itu ialah perubahan dari satu keadaan kpd satu keadaan yg lain.Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Sungguh!Hidup ini seumpama mimpi yg pendek.Sekejap aje dah masuk tahun baru!
Tahun baru ini saya ada matlamat hijrah saya yg suka utk saya kongsikan bersama-sama.

1)Mahu mendapatkan solat yg khusyuk.
Banyak yg akan saya dapat melalui solat!

Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Dan solat itu sungguh berat kecuali pada org-org yg khusuk(Al-baqarah ayat 45)

Allah menyuruh saya untuk meminta pertolongan melalui solat.Sahabat-sahabat R.A semuanya mendapat hakikat khusuk.Maka,dengan perantaraan solat dua rakaat,maka semua urusan,masalah dan keperluan Allah selesaikan.Hanya dengan perantaraan 2 rakaat solat.

Ada banyak kisah sahabat Rasulallah dan solat mereka.Ada yg dipotong kaki semasa solat,tetapi langsung tiada rasa sakit!Ada yg dicabut panah semasa solat,ada yang dipanah musuh semasa solat,tetapi masih dpt meneruskan solat hingga selesai dan ada juga sahabat yg tiada makanan utk dimakan tetapi selepas selesai solat,pengisar gandum bergerak dgn sendirinya tanpa dikawal oleh manusia!

Saya risau sekiranya sepanjang 19tahun saya menjadi muslim,tiada lgsung solat saya yg khusyuk!"Tidaklah diterima amalan yg dikerjakan seseorang hinggalah hatinya hadir bersama-sama jasadnya itu"-Hadis mursal.

Yang paling saya takutkan ialah-"Sesiapa yg sembahyangnya tidak dapat megelakkan dirinya drpd perbuatan keji dan mungkar,tidaklah sembahyang itu mendekatkan dirinya dgn Allah melaikan dirinya semakin jauh dari Allah"-al hadis.

2.Saya mahu menjadi anak yang soleh
Ibabapa saya kedua mereka sudah tua.Jika diizinkan Allah,saya mahu berbakti sebaik mungkin kpd mereka sepanjang baki umur mereka,juga sepanjang umur saya.Nabi s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang amalan yg paling afdhal.Maka Baginda bersabda,amal yg paling afdhal ialah solat di awal waktu,berbakti kpd ibubapa dan jihad di jalan Allah-hadis riwayat muslim.

Seorang sahabat telah meminta kebenaran utk berperang di jalan Allah,tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkannya kerana dia ada seorang ibu yg tua yg wajib dijaganya.

Juga pernah diceritakan bahawa ada seorang wanita yg mempunyai ramai anak lelaki.Semua mereka syahid,namun tidak sekalipun wanita itu menangis.Namun,selepas diberitakan tentang kesyahidan anak lelaki bongsunya,barulah dia menangis.Ketika ditanya sebab dia menangis(kerana dia tak nangis semasa anak dia yg lain gugur),dia menjawab,"Aku bukan menangisi kematian anakku,aku cuma bersedih kerana aku sudah tua dan tidak mampu utk melahirkan anak-anak utk mati di jalan Allah."

Oh!betapa wanita ini berbangga dgn pengorbanan anak-anaknya untuk agama Allah. InsyaAllah,ibu saya juga pasti akan bangga jika anaknya ini menyerahkan hidupnya untuk agamaNya.

3.Saya mahu meningkatkan taqwa


Wahai orang-orang beriman!Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa kpdNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(Ali Imran ayat 102)

Taqwa diertikan sebagai Tawadduk,Qanaah,Warak dan Yakin.Tawadduk ialah lawan bagi sifat takbur.Takbur ialah penyebab syaitan dikeluarkan dari syurga dan dijanjikan neraka yg kekal.Manakala tawadduk ialah perasaan rendah diri.Oh!saya akan berusaha utk memiliki sifat itu.. Qanaah pula ialah merasa cukup.Bersyukur dgn rezeki yg sedikit atau yg banyak.Yang sedikit mencukupi,yg banyak pula takkan habis.Warak ialah meninggalkan perkara yg haram dan menjauhi perkara yg makhruh kerana perkara makhruh akan membawa kpd haram seperti banyak sgt duduk dpn internet hingga terlalai drpd solat di awal waktu!Yakin ialah iman.Saya ingin meningkatkan keyakinan saya kpd perkara-perkara ghaib dan hari akhirat agar semakin hari,saya akan semakin dekat dgn Allah.

Semoga azam tahun baru in dapat dicapai.InsyaAllah.Anda punya azam tahun baru cmne pulak?
Ayuh!kita sama-sama hijrah!

December 17, 2009

Oh!Patutlah aku susah nak istiqamah

Daripada Abu `Amru (atau digelar juga Abu `Amrah)Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:Aku berkatatanya kpd Rasulallah.'Wahai Rasulullah..Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu.Baginda bersabda: Ucapkanlah,'Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah'-Hadis riwayat al-lmam Muslim.

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- Menurut imam al-Qurtubi pula,istiqomah ialah betul I’tiqad,kata-kata dan perbuatan.

2) Kelebihan Istiqomah
:
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia.Boleh rujuk surah Fusshilat :30-32 dan al-Jin :16.
- diberi keamanan ketika mati,di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira seperti pengampunan dosa,amal diterima dan syurga.

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Ok.Saya copy dan paste hadis yg terdapat dalam kitab himpunan 40 hadith Imam An-Nawawi.Jadi mudah untuk kita memahami apa itu istiqamah.Namun,walaupun kita tahu betapa Allah mewajibkan kita untuk istiqamah dlm iman serta besarnya ganjaran yg dijanjikan kpd kita,kita masih juga tidak mampu untuk istiqamah.Kenapa ek?

Istiqamah itu sukar kerana kita melakukan sesuatu yg bertentangan dengan nafsu kita.Nafsu sentiasa cenderung utk melakukan kerosakan,kebinaan berhibur serta kelalaian.Usah hairan jika anda melihat org yg dahulu istiqamah ke masjid,namun kaki mereka tidak sampai ke masjid,sebaliknya ke warung kopi sebelah masjid kerana terdorong untuk menonton bola sepak.

Antara melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,meninggalkan maksiat itu mmg lebih susah.

Istiqamah susah kerana kita kurang bersyukur.Melakukan ketaatan kpd Allah sbnrnya satu pilihan drpd Allah,bukan pilihan kita sndiri!Ramai manusia yg dpt bangkit solat subuh wlpun tak dengar azan atau tidur lewat tetapi ramai juga yg rumahnya tepi masjid dan tido sblm isyak,tapi tetap tak dapat bangun utk solat subuh.


Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sekiranya kamu bersyukur,nescaya aku akan menambahkan nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,pasti azabku amat berat-surah ibrahim,ayat 7

Betapa pemurahnya Allah!Sudahlah Dia menjadikan kita hidup di bumi,memberi kita rezeki,tempat tinggal, pekerjaan, teman-teman dan mcm-mcm lagi,tetapi Dia hanya mahu kita untuk taat kpdNya.Lalu,sesudah kita taat,Dia ganjarkan pula dgn syurga yg kekal abadi!Oh!Bukankah itu nikmat yg besar dan hebat?

Maka jelas,dapat melakukan ibadah dan meninggalkan maksiat itu satu nikmat.Kufur dgn nikmat itu sprt tidak ikhlas,ujub,riak dan takabbur dlm melaksanakan perintah-perintahNya.Maka bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik 'kemampuan' kita utk taat kpdNya.

Istiqamah juga sukar kerana faktor suasana.Sekadar memberi gambaran,betapa jika saya beriktikaf di masjid,apa yg ada dlm otak ialah solat sunnat,baca quran dan zikir.Hilang hal-hal duniawi buat sementara.Namun,melangkah saja keluar dr masjid,terus terfikir macam-macam.
Mengapa masjid?kerana masjid terdapat persekitaran iman.

Persekitaran juga diertikan dgn maksud dengan siapa kita bergaul.Jika seseorang banyak menghabiskan masa dgn org baik,maka dia akan istiqamah buat baik dan begitula sebaliknya.

Untuk istiqamah juga,kita perlukan motivasi.Bagi saya,motivasi yg paling berkesan ialah satu hadis iaitu,...'amalan yg paling afdhal ialah amalan yg sedikit tetapi dibuat secara istiqamah...'

Cukuplah dgn melakukan amal yg sedikit atau ringan,tetapi hendaklah berterusan.Ramai org tertipu,beranggapan melakukan amalan yg banyak akan diberi ganjaran yg banyak,namun ternyata mereka mudah menjd jemu dan putus asa.Bila sudah 'futur',langsung tak buat.

Ketaatan dgn paras iman itu sama.Jika iman meningkat,mudahlah melakukan taat.Jika iman merudum,senanglah melakukan kemungkaran.Oleh sbb itu,hiduplah dlm jemaah manusia yg boleh menegur dan menasihati kita di kala kita mengalami krisis kejatuhan iman.Kawan-kawan yg baiklah penyelesaiannya.

Akhir sekali,istiqamah sukar tanpa keyakinan bahawa setiap amalan yg aku lakukan,Allah akan beri ganjaran yg setimpal.Ops!bukan pahala yg kita mahu,sebaliknya redhaNya yg kita cari.

Kesimpulannya,istiqamah itu mmg susah tanpa mujahaddah yg tinggi!Seseorang itu hendaklah sentiasa memohon pertolongan drpd Allah Taala.Doalah dgn bersungguh-sungguh.

Jikalau saya ini seorang bos,maka saya pasti akan menaikkan gaji dan pangkat pekerja-pekerja saya yg bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan dan sentiasa konsisten dgn mutu kerjanya.Begitulah jika istiqamah dgn melaksanakan segala suruhanNya.Moga Allah berikan kita darjat yg tinggi,pahala yg berganda-ganda dan bonus syurga yg tiada lagi kesusahan di dalamnya.

p/s-->Wahai Iqbal,perangilah nafsumu sendiri sebelum anda diperangi oleh para malaikat dan Allah Taala.

December 15, 2009

Ah! Aku gagal untuk istiqamah

Dahulu.
Terkenang kembali hari-hari awal saya bernafas dalam jiwa hamba. Kalau tak silap suku akhir tahun 2008. Syukur, Allah beri 'hadiah' yang sangat bernilai iaitu hidayah. Saya tidak lahir dari keluarga alim-ulama, tidak juga mendapat pendidikan di sekolah agama, jauh sekali aktif berdakwah semasa sekolah dahulu.

Namun, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hambanya, maka tidak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalang kehendak Allah itu. Sungguh!

Lain orang, lain cara dapat hidayah.
Ramai orang menemui hidayah melalui jalan yang sukar seperti kehilangan ahli keluarga, muflis, kehilangan harta-benda dan mungkin ditimpa kecelakaan yang meragut nikmat sihat. Ada juga yang beroleh hidayah melalui paksaan seperti seorang anak yang dirotan bapanya kerana malas solat, atau seorang anak murid yang didenda oleh gurunya kerana tidak sopannya, atau mungkin juga anak gadis yg dipaksa berkahwin dgn lelaki soleh yang bukan pilihan hatinya. Namun akhirnya, hidayah Allah datang melalui jalan itu.

Ada juga yang beroleh hidayah melalui pencarian yang panjang. Nabi Ibrahim sendiri tercari-cari siapa tuhannya. Pernah dia membayangkan tuhannya berhala ,namun ternyata berhala itu ciptaan manusia, tidak mampu bergerak apatah lagi berkata-kata. Pernah juga dia menyangka tuhan itu matahari yang bercahaya terang menerangi seluruh alam kala siang. Namun akhirnya matahari bergerak dan diganti dengan gelap malam. Kata Nabi Ibrahim,'Tuhanku pasti tidak akan meninggalkan aku!'. Pencarian demi pencarian akhirnya menemukannya dengan Allah, pemilik alam ini.

Juga, ada orang dikurniakan nikmat hidayah melalui suasananya. Anak cina tertarik dengan islam kerana berkawan dengan anak orang islam. Anak india tertarik dengan islam kerana teman-temannya juga islam. Anak islam menjadi bertaqwa juga kerana sahabat-sahabatnya beriman. Saya juga sama, saya beruntung kerana 'terpengaruh' dengan orang yang baik-baik. Melalui merekalah, Allah turunkan hidayah.

Terhalang.
Tapi...umat islam harini tidak lagi boleh menjadi contoh buat non-muslim. Mengapa?

Sikap umat islam yg berdiri di muka pintu, tidak keluar dan tidak masuk menyebabkan orang-orang yang mahu masuk melalui pintu itu terhalang. Maknanya, orang islam kini ramai hanya islam pada nama.Tidak mengamalkan islam, tetapi mengaku islam! Ini menyebabkan orang-orang yang mahu masuk ke dalam islam tawar hati.

(manusia perlu pakai topeng begini jika mahu sangat bermaksiat. Biar orang tak kenal)

Lain kali kita berbicara soal ini lagi, kerana post kali ini asalnya, peribadi untuk saya memberi penghargaan dan kesyukuran kepada Allah kerana 'melepaskan' saya.

Sedikit perbandingan. 
Hari-hari awal saya menerima hidayah, memang saya tinggal terus semua tabiat buruk saya dahulu. Antaranya tabiat mencarut dan mengarut yang sejak dari sekolah (sekolah lelaki,faham-fahamlah), sangat kronik. Syukur alhamdulillah tabiat tu tinggal terus, juga sifat-sifat buruk dan keji yang lain. Tak perlulah saya membuka pekung sendiri. Cukuplah. Saya serik menjadi orang yang tidak faham mengapa Allah jadikan saya manusia, bukannya burung atau pokok.

Jika dulu, hendak datang kepada perintah Allah,mudah! Biasalah, jika hati sudah 'diganti' dengan yang baru. Putih bersih berkilat, maka tentu performance bagus. Efficient. Namun semakin hari-semakin susah nak istiqamah dengan amal-amal baik. Jika dahulu kadar maksiat dan dosa hanyalah berlaku dgn tidak sengaja, tapi sekarang benyak pula dosa yang disengajakan.

Ah! Aku gagal utk beristiqamah!

Bukankah meninggalkan dosa itu juga satu perintah? bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah?

Benar! tapi susah sekali hendak istiqamah lebih-lebih lagi dalam perkara meninggalkan dosa!

Kesimpulan
Semua orang perlu mencari hidayah. 'Ikat tali unta dahulu, kemudian bertawakkal'-riwayat ahmad. Yakinlah, jika kita mendatangi (ingin mencari petunjuk) Allah dengan berjalan,Allah akan mendatangi kita(memudahkan jalan bagi kita) dengan berlari. Usah mengamalkan prinsip 'bulan jatuh ke riba'.

Fikirlah, adakah kita mampu menahan sakit dan peritnya azab Allah yang di akhirat kelak, 1 hari bersamaan dengan 1000 tahun dunia ini? Jika jawapannya 'tidak', ayuh kita berhijrah.

December 14, 2009

Oh!isteri berzina dengan suaminya!?

Sebelum offline,ada sorang member saya buzz saya di ym.Ok,layan!.Rupanya dia ada 1 kemusykilan tentang satu artikel yg dia baca di satu web,http://ohtidak.com/oh-zina-selepas-kahwin/(klik). (tolong baca bagi mengelakkan salah faham)Famous kot page ni sebab pembacanya ramai.Mungkin sbb semua yg dt dari emel dia masukkan dalam tu.Iyalah,semuanya drpd agama,sukan,politik dan maksiat(lucah).Untuk bersangka baik,saya akan katakan bahawa org-org melayu dan org-org islam tak tengok dan tak klik langsung bahagian lucah dan maksiat itu.=)

Baiklah,kandungan artikel tu ialah "zina melalui perkahwin".Baca sendirilah ea.Saya cuma bawa kesimpulan.Let it short and sharp.

Apa yg ditulis di sana ialah,perempuan yg berzina lalu mengandung maka tidak dibenarkan baginya utk berkahwin.Lagi,jika mereka bersetubuh slps perkahwinan itu maka itu akan menjadi penzinaan.

Wah!pelik bangat tu.Saya baca pun konfius sangat.Patutlah sahabat yg bertanya tu beria-ria tanya,rupanya mmg artikel ini agak 'songsang'.

Okey,sejujurnya bab kahwin ini mmg diajar dalam sukatan pelajaran tingkatan 5.Saya betul-betul menyesal sbb segala buku rujukan yg ada semua dah hilang tah kemana.Mmg dulu sy tak menghargai ilmu.Alhamdulillah sekarang baru saja sy ghairah menuntut ilmu.

Ok.back to the story,apa yg saya ingat dan apa yg saya sudah tanya dengan ilmuan,(tolong buat rujukan jika ada kekeliruan dlm hal-hal agama) wanita yg belum pernah berkahwin,maka dia layak utk berkahwin dgn mana-mana lelaki dgn asalkan segala rukun dan syarat nikah dipenuhi.

**tolong betulkan jika saya salah**

Banyak kes perempuan bunting,boyafren dia akan lari jauh-jauh.Keluarga pompuanlah menanggung malu.Maka akan dipaksa si anak utk berkahwin dgn mana-mana pak turut.Maka perkahwinan itu sah.Adapun,jika usia kandungan sudah 4bulan+,anggota badan bayi sudah mulai terbentuk,maka haram bagi pak turut me'bin'kan bayi yg lahir itu dgn namanya.Sebaliknya anak itu akan di'bin' atau 'binti' Abdullah.

Pasal persutubuhan slps kahwin tu,saya merujuk kembali kpd makna kahwin.Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Maka mengapa lepas kahwin dgn perempuan mengandung,suami takleh bersetubuh sdgkan dia halal sbgai isterinya?dengan syaratnya persetubuhan itu tidak memudaratkan bayi dan isteri itu lah.

Tapi lain halnya bagi perempuan yg tak berzina,sebaliknya dia sudah kawin tapi bercerai.Si janda yg tidak mengandung ada iddahnya selama 3 bulan dan 3 kali.Tapi bagi si janda yg mengandung,maka tempoh iddahnya ialah sehingga dia selesai beranak.Maka dengan itu,tidak sah sebarang perkahwinan yg berlaku dgn lelaki lain(bukan bekas suami) sepanjang tempoh itu.

Last sekali,saya mengalu-alukan sebarang komen,ulasan,pandangan dan suntingan atau sebarang edit drpd mereka yg jauh berilmu drpd saya yg ada membaca apa yg saya tulis ini.Kita janganlah berpuas hati dgn satu pandangan saja,sebaiknya biarlah beratus org alim kita rujuk.

Mungkin ada perbezaan antara mazhab atau khilaf,maka hendaklah kita berlapang dada sesama kita.

Kalau anda nak baca lebih lanjut tentang perkahwinan dalm islam,boleh klik disini.
Kesimpulannya
1)Jika ada kemusykilan agama,sila buat rujukan terus.
2)Usah terlalu mempercayai bahan yg dtg dari emel yg di fowardkan
3)Selidik dan kaji dahulu akan kesahihan sesebuah fakta
4)Segerakan berkahwin agar zina dan maksiat dpt dielakkan
5)Jangan menulis tentang perkara yg kita sendiri tidak tahu

December 13, 2009

Akademi Solat

Sekembalinya dari kampung,perkara pertama yg saya tengok ialah video ini!
Meremang bulu roma.Tak sangka hikmah solat yg saya kerjakan 5 kali sehari ini begitu besar!
Tak percaya?jom tengok.







Jadi,sekarang kita sudah tahu mengapa Allah memfardukan solat?Allah tak pernah menganiaya kita dgn perintah-perintahNya.Walaupun Dia mewajibkan kita solat,tapi ternyata Dia menyembunyikan 'kejayaan' di sebalik solat.Yakinlah,kejayaan manusia hanya di dalam menurut perintah Allah dan meniru kehidupan mulia Baginda Rasulallah.

Pesan kpd diri sendiri-->Jangan sesekali tinggal solat berjemaah

December 9, 2009

Akhirnya Bedul mahu bertaubat

Jika bedul (nama samaran) dia tengok porn, tapi lepas dah tengok, dia menyesal. 2bulan berlalu. Hasutan nak tengok porn kembali lagi, dan dia terpedaya dengan syaitan itu. Dia tengok porn lagi. Kemudian dia menyesal. Dan perkara yang sama berulang. Macam mana tu? Starting point silap, jadi silap. Tapi sebagai manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih Shahida atas soalan.Aduh...ini patutnya ustaz yg jawab ni.Saya bukan ustaz...tp saya boleh cuba menjawab kerana saya tidak tegar menghampakan org yg mengharapkan bantuan.

Menjaga pandangan drpd melihat perkara lucah itu merupakan perintah drpd Allah di dalam surah An-Nur ayat 30-"Katakanlah kpd lelaki-lelaki yg berimanan agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluanny;yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sungguh,Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat".

Jelas,berdosa bagi si bedul(nama samaran) untuk menonton benda porno itu.Maka,setiap dosa memerlukan kpd taubat.Dalam surah at-Tahrim ayat 8,Allah berfirman;"Hai org-org yg beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yg semurni-murninya,mudah-mudahan Tuhan kamu akan menhapus kesalahan-kesalahanmu,dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai,pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan org-org beriman bersama dengannya;sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka,sambil mereka berkata,'Ya Tuhan kami,sempurnakan untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami;sungguh,Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Dalam satu hadis,Nabi s.a.w bersabda;'Setiap drpd kamu ialah pendosa dan sebaik-baik pendosa ialah mereka yg bertaubat drpd dosanya'.
Dalam satu hadis lain pula yg;"Wahai sekalian manusia,bertaubat dan mohon ampunlah kamu kpd Allah kerana aku sendiri bertaubat sebanyak 100 kali sehari"-riwayat Muslim.

Taubat itu tidak boleh ditunda atau dilambat lambatkan.Kerana setiap dosa yg dilakukan oleh manusia akn menimbulkan titik hitam di hatinya.Dek kerana mengguhkan taubat dan konsisten melakukan dosa,maka hati akan dipenuhi dgn titik hitam melenyapkan cahaya.Maka hati menjadi keras dan degil kerana selesa dan merasa nikmat dgn dosa.


(Tahniah Bedul kerana sudah bertaubat!)

Banyak org yg salah faham bahawa utk bertaubat,kita wajib melakukan solat taubat.Solat itu cuma sunnat.Namanya pun solat sunnat taubat.Ia tidak termasuk pun dgn syarat taubat.
Syarat taubat itu ialah
  1. meninggalkan dosa
  2. menyesal dgn kesalahan
  3. berazam utk tidak mengulangi dosa itu buat selamanya
  4. jika kesalahan pada manusia,perlulah mengembalikan hak org itu dlm bentuk maaf atau harta benda
Juga jangan kita lupa bahawa kita perlu ikhlas dalam bertaubat kerana syarat penerimaan amalan ialah ikhlas.Same goes to solat,puasa,infaq etc...

Si bedul(bukan nama sebenar) itu sempat insaf selama 2 bulan je sbb lepas tu dia kembali buat maksiat tu(tgok porn).Maka waktu itu taubatnya dah terbatal dan dia wajib bertaubat lagi kerana bagi mereka yg benar-benar bertaubat,mereka akan meninggalkan terus bentuk maksiat itu selama-lamanya.

Disebutkan dalam hadis juga,mencegah itu lebih baik drpd mengubati.Maka kpd remaja yg mcm Bedul...jgn sesekali cuba-cuba untuk mendekatkan diri dgn porno kerana mungkin kita akan ketagih.Apabila sudah ketagih,maka akan susahlah utk mengubati ketagihan itu.

Untuk tidak melakukan dosa,itu mustahil! tetapi untuk tidak melakukan taubat,itu benar-benar satu kebodohan yg tersangat-sangat besar dan dahsyat!

"Dan org-org yg apabila mereka melakukan perkara keji dan menganiayai diri sendiri,mereka ingat kpd Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan siapa lagi yg dpt mengampuni dosa mereka selain drpd Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu,sedangkan mereka mengetahui"-Ali Imran ayat 135.

December 7, 2009

Amboi,kuat nafsu kau?

Semalam,saya ber ym dgn seorang sahabat.Dia minta saya untuk buat satu ulasan tentang satu isu iaitu masalah 'kuat agama tapi suka tonton filem lucah'.Jujurnya,saya bukan seorang yg alim.Saya masih jahil.Tetapi untuk menolak harapan seseorang,itu bukan jalan Baginda Nabi s.a.w dan saya akan sedaya upaya mengikut cara Baginda.

jadi saya cuma akan menulis tentang apa yg saya yakin kesahihan faktanya di sini.InsyaAllah.Pembaca dialukan utk menokok tambah...


(sekadar gambar hiasan)

Seperti yg semua org sedia maklum,setiap manusia yg lahir disertakan bersamanya qarin.Qarin ini pendamping manusia.Ia ialah kembar kita kerana ia akan sentiasa bersama-sama dgn kita.Qarin akan menggoda manusia untuk melakukan kemaksiatan serta menghalang manusia utk melakukan ketaatan kepadaNya.Mereka berasal drpd golongan jin.

Qarin dan syaitan akan mendorong nafsu kita kearah dosa,maksiat dan kelalaian.Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Kita juga sedia maklum bahawa semakin kita alim,syaitan yg ditugaskan untuk menghasut kita juga akan semakin hebat.Jika seekor syaitan itu gagal menggoda kita,maka dia akan pulang lalu dgn kecewa.Syaitan yg lebih hebat akan menggantikannya utk menggoda anak adam itu.Begitulah seterusnya.

Jelas,org yg semakin pandai dan berilmu,syaitan yg menggodanya juga semakin pandai dan cerdik,lebih alim drpd org itu sendiri.Secara mudahnya,budak-budak yg lepak tepi jalan hanya mungkin hanya digoda oleh syaitan yg pangkat prebet,manakala pak-pak imam akan digoda oleh syaitan pangkat general atau lebih tinggi.

Keadaan diri yg cenderung kpd maksiat ini juga adalah disebabkan oleh solat kita yg tidak sempurna.Mengapa?Kerana Allah berfirman di dalam Quran;'...sesungguhnya solat itu dapat mencegah drpd perkara-perkara fahsya' dan mungkar...'
Dapat difahami bahawa org-org yg 'benar' solatnya,pasti akan dpt mencegah dirinya drpd maksiat zahir atau juga maksiat batin.Menurut Imam al-Ghazali,maksiat batin ialah gemar makan, suka berbual kosong, pemarah, hasad dengki, kedekut, cintakan dunia, suka bermegah-megah,takbur,ujub serta riak.

Jadi bagi saya,untuk elak drpd melakukan maksiat,kita bukan sahaja perlu menjadi org yg berilmu,tapi kena juga menjadi org yg bertaqwa.Kerana dengan adanya sifat taqwa,secara automatik akan lahir rasa muroqobah iaitu rasa sedang diperhatikan oleh Allah.Maka jawab,adakah anda masih berani utk melakukan maksiat sedang anda diperhatikan oleh Allah?

Bak kata Ust Zahuri,nafsu itu juga makhluk.Jangan sesekali kita 'bunuh' nafsu,kerana kelak kita akan 'mati'.Sebaliknya kita kena kawal nafsu,bukannya kita dikawal oleh nafsu.Caranya?
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."


antara yg disyorkan ialah memperbanyakkan puasa sunnat dan berlapar,perbanyakkan solat sunnat terutamanya solat-solat tahajjud serta perbanyakkan membaca al-Quran dan maknanya.Pilih kawan yg soleh dan solehah kerana merekalah yg banyak mempengaruhi kita samada utk memilih jalan berliku atau jalan yg lurus dan juga sentiasalah kita berzikir(mengingati Allah).

Jadi,kepada sahabat sy yg bertanya tu,sy mintak maaf kerana sy mungkin tidak menjawab soalan anda kerana kejahilan saya.Maka silalah anda bertanya dgn org yg lebih arif dan alim.Wallahua'lam

December 5, 2009

Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 2)

ini sambungan dari bahagian 1

Lelaki yg pertama dibawa masuk.Ternyata dia seorang yg pekak.Kerana dia pekak,maka si raja terpaksa memanggil seorang juru isyarat untuk menyoal lelaki tersebut,'Mengapa kamu tidak hadir ke pesta beta?Bukankah lelaki itu telah menyampaikan perintah beta?'Tangannya menunjuk kearah pemuda itu.

Lelaki pekak itu menjawab,'Aku tidak berupaya mendengar pengumaman yg dibuat oleh pemuda itu.Maka aku tidak tahu.Sekiranya dia datang bertemu dgnku secara sendirian,maka pasti aku akan tahu dan pasti aku akan datang'.

Raja menjawab kpd pemuda,"Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab kerana dia tidak tahu?".Pemuda itu kesal.

Kemudian,orang kedua di bawa masuk menghadap raja.Orang kedua pula buta."Mengapa engkau tidak hadir ke pesta ini wahai si buta?"

Maka dijawab olehnya,'Aku tidak nampak orang-orang kampungku berpusa-pusu menuju kepada pemuda tadi semasa dia mengumpulkan org-org kampung utk membuat pengumuman.Maka aku tidak mendengar pengumumannya itu.Aku juga buta dan tidak nampak akan poster-poster yg ditampal oleh pemuda itu,sekiranya dia ada berbuat demikian."


(Gambar hiasan;Istana Sultan Idris,Perak)

Maka raja pun berkata kpd pemuda itu,'Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab atas ketidak tahuannya?!'.Pemuda itu tunduk diam.

Lalu masuk orang ketiga.Rupa-rupanya dia seorang yg buta huruf atau tak tahu membaca.Apabila ditanya oleh raja,maka dia menjawab. 'Aku tidak dtg kerana aku tidak tahu.Semasa pemuda itu membuat pemngumuman,aku berada di rumah dan sedang tidur kerana penat bekerja.Aku ada ternampak poster-poster yg ditampal,tetapi aku ini buta huruf.Aku tidak tahu apa yg ditulisnya.'

Raja berkata lg,'Adakah engkau mahu bertanggungjwb kerana membiarkan dia tertidur dan tidak tahu tentang perintah beta ini?Bukankah kau patut mengejut dia drpd tidurnya!'

Pemuda mulai menangis kerana berasa bersalah.

Orang keempat dibawa masuk.Orang itu diajukan dgn soalan yg sama oleh raja.Lalu dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku tidak tahu.Aku tidak pergi mendengar pengumuman dan aku juga tidak mahu melihat poster-poster yg disampai.Aku juga tidak bergaul dgn org-org yg berbicara tentang pesta ini.'

Raja memandang pemuda dan berkata,'Engkau tidak akan dipertanggungjwbkan keatas orang ini kerana dia tidak dtg kerana keenggannanya dan tidak mahu utk mengetahui perintah-perintah beta.'

Pemuda berasa lega sedikit,tetapi masih ada org kelima!

Lalu org terakhir dibawa masuk.Apabila ditanya,dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku malas.Aku tahu ada pesta keputeraan tuanku hari ini.Tapi kerana aku malas,aku tidak mahu datang.'

Raja berkata kpd pemuda yg ditugaskan menyampaikan itu,'Wahai pemuda,kamu takkan dipertanggugjawabkan atas kesalahan lelaki itu kerana kamu telah melaksanakan tugasmu."

**********
Sebelum sy menghuraikan moral of the story,saya mohon maaf jika penulisan sy kali ini agak hambar dan mengelirukan. Kita semua ini adalah da'i.Kita ditugaskan utk berdakwah dan menyampaikan kewujudan agama yg benar dan lurus iaitu islam kepada setiap manusia.Jika begitu amanah Allah kdp kita,apa yg kita buat?Sekadar menulis?Bagaimana dgn org-org yg tak tahu membaca atau org-org yg takde internet utk dia membaca?Melalui ceramah?Bagaimana dgn org-org yg rumah jauh dr surau masjid yg tak pergi surau?konfem mereka tak dpt dengar ceramah.Sunnah membawa kejayaan.Nabi s.a.w sendiri berdakwah pintu ke pintu,lorong ke lorong.Di Taif,Baginda di sakiti dan dihina,tapi berkat sabar dan tidak terburu-buru menghukum,lahirlah ilmuwan dan agamawan yg ulung dr kalangan sahabat.Kita pula?Menulis hebat,hentam org tu,hentam org ni,tapi jiran kita dibiarkan terus jahil tanpa kita berusaha memujuk mereka mendalami islam.Apakah ini dpt menyelamatkan kita drpd ditanya oleh Allah?Allah takkan tanya apa kejayaan aku,tapi Allah akan tanya apa usaha aku.Maka,bagi sy setiap yg sy tulis di blog sy ini bukanlah dakwah sebenar sy.Ia lebih kpd tazkirah(peringatan) atau perkongsian ilmu(menuntut ilmu itu wajib).Dakwah sebenar saya ialah bila saya dpt berjumpa dgn manusia ajak mereka kembali ke jalan taqwa.Itu cara Nabi,dan sy akan ikut.Kepada yg membaca cebisan kata-kata saya ini,jgn terasa hati atau tersalah faham.Saya akan terus menulis kerana ia juga salah satu jalan dakwah saya kpd anda yg membaca.Sesungguhnya saya takut nanti Allah akan tanya kpd saya kenapa kawan sy mati dalam keadaan bukan islam.

Salam mesra. Salam istiqamah. Salam mujahaddah

December 4, 2009

Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 1)

"Wahai pembesar-pembesar sekalian,beta berhajat mahu mengadakan satu pesta untuk merayakan hari keputeraan beta yg ke-60.Maka beta mahu melantik salah seorang drpd kalian untuk melaksanakan satu tugas yg tersangat penting.Siapa dari kalangan pembesar-pembesar sekalian bersedia utk melunaskan permintaan beta ini?"

"Patik sanggup berbuat apa saja untuk tuanku.Setiap perintah tuanku akan patik sempurnakan.Perintahkan kpd patik,nescaya akan patik tunaikan.",Bangkit seorang pembesar muda yg gagah dan bersemangat.

Raja berasa gembira lalu berkata,"Begini,beta mahu kamu beritahu semua penduduk negeri ini agar mereka semua dapat datang ke pesta yg akan beta adakan rabu hadapan.Ingat!beta mahu semua rakyat datang.Beta tak mahu ada seorang pun yg tertinggal walaupun dia cacat.Beta akan pastikan para pengawal beta akan memeriksa dan memastikan tiada seorang pun yg tinggal di rumah mereka.Adakah kamu mampu melaksanakan perintah beta ini?"

"Ampun tuanku.Patik sedia melaksanakan segala perintah yg tuanku amanahkan kpd patik kerana patik terhutang budi kpd tuanku yg telah memberi patik bermacam-macam kesenangan hidup di negeri ini.Patik janji akan melaksanakan perintah tuanku itu."

Maka berangkatlah si pemuda tadi bersama misinya,iaitu memberitahu setiap orang tentang pesta keramain yg akan diadakan minggu hadapan di perkarangan istana.Sampai di sebuah kampung,si pemuda tadi memanggil semua penduduk kampung lalu dia mengkhabarkan kpd mereka.Dia turut memberitahu bahawa pengawal-pengawal akan meronda utk memastikan tiada rakyat jelata yg tinggal.Semua org wajib pergi.Dia juga menampal poster-poster di pokok-pokok supaya org-org yg tidak mendengar pengumumannya tadi akan terpandang dan akan hadir ke pesta.

Demikianlah pemuda itu lakukan di kampung-kampung yg berikutnya.Dia akan memanggil semua penduduk dan menampal poster.

Tiba di hari pesta itu,perkarangan istana penuh dgn rakyat jelata.Raja berasa gembira kerana dia fikir bahawa semua rakyat jelatanya datang ke pesta itu namun kegembiraannya terhenti apabila menerima laporan ada 5 orang rakyatnya yg tidak hadir ke pesta sambutan hari keputeraan baginda.Raja memandang tajam ke arah pemuda yg ditugaskan utk menyampaikan berita itu.Baginda ingin menghukum mereka jika mereka ternyata salah.

Lalu,kelima-lima org yg ditangkap dan pemuda itu dihadapkan kepada raja.

Nak tahu apa Raja tanya?tunggu saya update ea...

December 2, 2009

Muka hansem,tapi tiada kemaluan

**ini bukan cerita lucah**

'Hensemnya hero ni!',kata Milah spontan sambil tersenyum-senyum melihat hero pujaannya di kaca televisyen.

'Untung aku kalau ada teman yg hensem macam dia',tambahnya.

'Uh!Kau tahu?Orang-orang yg hensem ni selalunya takde kemaluan!',balas teman serumahnya,Timah yg sedikit jengkel dgn tingkahlaku Mila.

'Ha!Apa kau cakap ni??',terlopng Mila mendengar kata-kata sahabatnya.Dia terkejut dan pelik.

'Iya,kau mahu tahu ke kenapa aku cakap macam tu?',Timah tersenyum kambing.Terasa geli hati melihat reaksi terkejut Mila.

'Nah!kau baca halaman 61',kata Timah sambil menghulurkan sebuah buku kecil kepada Mila.

'Eh,buku apa ni?Owh..buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan rupanya.Halaman 61 ye?jap,aku bukak.Kau suruh aku baca pasal malu ke Timah?'

Timah mengangguk sambil senyum.'Bacalah kuat-kuat,aku nak dengar'.

'...sifat malu pada hakikatnya ialah satu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan suatu sifat yang buruk dan menghalangnya drpd mencuaikan hak orang lain..', Mila membaca dengan lantang.Dahinya berkerut.'Iya Timah,aku faham itu.Tapi apa kena mengena dengan hero tu?!'.

'Begini,apa yg kau baca tadi ialah pengertian malu.Malu itu menghalang kita drpd melakukan perkara yg salah.Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Bagi aku,melakukan perkara yang salah itu banyak.Perkara yang salah itu semestinya perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau sesebuah ketetapan.Sebagai contoh sekolah-sekolah mewajibkan murid-murid utk berpakaian kemas.Jadi,murid-murid akan berasa malu untuk berpakain selekeh dan kotor kerana itu satu kesalahan.'

Mila mengangguk-angguk tanda faham dan setuju.

Timah menyambung.'Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Setiap apa-apa yang berada di muka bumi ini ada hak mereka yang tersendiri.Binatang ada hak seperti hak utk hidup bebas,hak utk makan,hak utk mengawan dll.Manusia juga ada hak antaranya hak milik,hak utk makan,tempat tinggal,hak utk bergerak,hak utk berehat dan lain-lain.Tuhan juga ada hak-hakNya.Hak-hak Tuhan ialah utk disembah dan dipatuhi segala suruhanNya.


(kambing pun tahu senyum.menawan jugak kan?)

Jika seseorang itu ada perasaan malu,dia takkan mengkhianati dan menzalimi orang lain.Contohnya,dia takkan menngambil harta org lain,takkan memegang atau bemesraan dgn perempuan yg bukan isterinya,takkan menzalimi binatang,takkan membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

Jadi,bila seseorang itu sudah mula melanggar peraturan-peraturan terutamanya peraturan yg ditetapkan oleh Allah seperti jangan mencuri,jangn berzina,jangan mengumpat serta dia juga menceroboh hak orang lain seperti bercumbu-cumbu dgn perempuan yg bukan isterinya,maka dia jelas tiada sifat malu.Maka dia...

'...tiada kemaluan!...',potong Mila pantas sambil tergelak-gelak.

'Ish!aku tak sempat abis lagi kau dah potong!Habis tu,jika dia tiada 'kemaluan',mengapa ada juga lelaki yang main perempuan?'

'Err...macamane ek?',Mila berhenti ketawa.Dia berfikir.'Entahlah.Kau rasa?'

'Kemaluan mereka bukan lagi berada di kelangkang mereka tapi di dahi mereka!Mereka malu untuk sujud kepada Allah.Kerana kemaluan mereka ada di dahi,mereka malu untuk bersolat.Malu untuk melihat al-Quran.Malu untuk pergi ke masjid dan oleh kerana kemaluan mereka berada di dahi,mereka tidak ragu-ragu dan segan untuk menjadi hamba nafsu syahawat!Dalam satu hadis,Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya;2 perkara utama yg menarik manusia masuk ke dalam syurga ialah taqwa dan akhlak yang mulia.Manakala 2 perkara ytama yg menjerumuskan manusia ke dalam lembah neraka pula ialah lidah dan kemaluannya(alat kelamin).'

'Jadi Milah,kau fikir-fikirlah,adakah kau akan bahagia kahwin dgn orang yg tiada 'kemaluan'.'

***
Malulah kita untuk membuat maksiat tetapi jangan sesekali kita malu untuk taat kepada Allah.Janganlah kita malu untuk menuntut ilmu dan jangan kita malu untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.Ingat!Jangan malu untuk mengejar redhaNya kerana balasannya satu,iaitu hidup bahagia dunia akhirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails