Engine On Fire
Pernah saya berpraktikal dgn seorang instructor berbangsa cina.Dia bawa saya dan 3 org sahabat ke dlm cockpit pesawat F27(sempit giler),menerangkan pasal engine fire extinguisher.Dia ni mmg English spoken,jd saya pun kena tulis dlm b.inggeris gak la perbualan kitorang.
‘If the port engine is on fire,then the pilot will have to discharge the 1st bottle of fire extinguisher .But then,the aircraft have to fly with one engine malfunction.’
‘Sir,what if the fire appear again?’
‘Then u have to discharge the 2nd bottle.But this is nearly impossible to happen if u maintain the aircraft properly.
‘Let say,if both the fire extinguisher bottle is empty.But suddently,the other engine in starboard side catch fire.Then,what we must do?”
‘Then pray to your god lah…see if He can answer ur call.Like what muslim says..aa..alhamdulillah..”
Ok...sy nak cerita pasal
doa.Kaedah berdoa dan salah faham kita tentang cara berdoa.Benda yg biasa..saya pun buat cmtu gak!Mmg ada ustaz-ustaz yg ajar,kalau nak berjaya kita kena usaha dulu,doa dan tawakkal.kan?Turutannya usaha->doa->;tawakkal.Saya nak tulis pandangan saya yg dhaif ni.Cuma satu pandangan picisan.Kalau anda tak setuju atau menolak,saya tak kisah pun sbb ia benda kecil saja.
Antara Sabar Dan Solat
Kita boleh lihat pd 2 tempat dlm Quran,dlm surah yg sama.Dlm surah al-Baqarah ayt 45 dan ayt 153-"
Dan mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat".Allah dahulukan perkataan
sabar.Sabar ialah peranan spiritual,bukan fizikal kita.Org yg sabar(tahan marah) diiktiraf oleh Rasulallah sbgai org yg kuat-(hadis bukhari-muslim).Solat pula antara lainnya adalah 1 bentuk doa juga kerana tasbih dan bacaan dlm solat ada doa.
Salah Faham
Aapa yg kita salah faham skrg ialah kita telah meletakkan doa dibelakang usaha.Ok,tak dinafikan mmg ada 1 hadis riwayat al-hakim Nabi kata,
’Ikatlah tali unta,kemudian bertawakkal lah’.Ikat tali unta tu usaha.Lepas usaha,tawakkal.betul..Tapi ada juga satu hadis sahih drpd Ibnu Abbas;’
Apabila kamu memohon,mohonlah kpd Allah’-riwayat Ibnu Majjah.Hadis ini menjelaskan,kita perlu minta tolong kpd Allah!!
Bagi saya,setiap musibah yg melanda kita dtg sebagai ujian drpdNya.Allah mahu menguji keyakinan kita,kpd siapakah kita akn rujuk fist-first skali.Allah mahu melihat,adakah kita mengetuk pintu pertolongan Allah,atau kita mengetuk pintu pertolongan manusia.Jika pun kita memohon kpd manusia,hakikat sbnrnya Allah gak yg tlg..melalui tangan manusia.Bantuan Allah boleh dtg dlm apa-apa bentuk bukan stakat manusia,bahkan haiwan atau boleh jd benda-benda lain.
Muhasabah Diri
siapa yg terlebih dahulu kita cari?Allah atau manusia.Kebanyakan org punya fahaman termasuk saya,kita ni cari Allah hanya
slps semua usaha kita dah gagal,bila dah buntu dan bila dah give up!Faham tak cmne?contoh la..org yg sakit masuk hospital,makan ubat bertan-tan.Minum air zam-zam bertangki-tangki tapi sakit tak sembuh.Lepas tu pergi jumpa bomoh pula.Kalau silap bomoh,kena santau.Akhir sekali,bila sudah semua tak berkesan,barulah..’
Tuan imam,tlg conduct solat hajat utk si polan.Dia ni sakit lamaa dah..tak mati-mati lg..eh,silap..tak sembuh-sembuh lagi”..
Silap kita,kita tak ikut cara sahabat nabi.Sedangkan imam Malik sendiri kata,’
penyakit umat skrg takkan sembuh selagi tak ikut cara umat terdahulu’.Apa sahabat Rasulallah buat bila mereka dlm problem.Solat bro!Solat sunat je!
’Oi..gila ke?Aku kebulur dari smlm tak makan,kau suruh aku pergi solat pula’..
’Hotak kau.Aku hilang kereta!Aku kena cari la.Apa kena mengena dgn kena solat pulak?Bukannya kereta mainan anak yg hilang tu!!”
…mungkin itu yg kita fikir bila org kata anjurkan utk kita buat solat hajat,buat baca Yassin dan doa banyak-banyak.Org yg tak kena boleh la cakap…cuba bila dah kena musibah,mesti akn kelam kabut hingga lupa berdoa!
Saya pun selalu tengok org gantung ayat 1000 dinar kat dinding(kenapa dipanggil 1000 dinar ek?).Tapi bila ditanya mengapa gantung?entah!hiasan..entah!ada tuah kot.. Yang sebenarnya,kita kena ambil pengajaran drpd ayat tu(surah at-Talaq ayt 2 dan 3).Pengajaran dia ialah
kesan taqwa!
Sesiapa yg bertaqwa,Allah akan beri pertolongan dan bantuan drpd sumber-sumber yg kita tak disangka-sangka! Tapi masalahnya,kita belum bertaqwa.Kalau kita dah bertaqwa,tak payah kita nak risau.
Suatu Cerita
Satu hari rumah Saidina Ali kehabisan bekalan makanan.Lalu dia berwuduk,pergi masjid dan solat sunnat.Balik-balik dia tengok makanan masih takde.Lalu dia pergi masjid lg,perbaiki wuduk.Mungkin wuduk dia ada
spoil sikit td,solat pun dia perbaiki,pastu dia balik tengok makanan masih takde hinggalah beberapa kali dia perbaikkan wuduk dan solatnya.Akhirnya dia balik dia lihat mesin pengisar gandum dia berpusing tanpa ada org yg kawal lalu menggeluarkan gandum utk dimakan.Disebabkan lama sgt,dia pun angkat.Peristiwa ni diceritakan kpd Rasulallah.Baginda kata,’Jika kau tak angkat mesin pengisar tu,nescaya ia akn ttp berpusing hingga kiamat’.
Pengajaran
Kita kena lazimkan berdoa!Berharap hanya kpd Allah..Ada hadis dlm matan 40-‘
Ingatlah Allah ketika senang,nescaya Allah akan ingat kita ketika kita susah’-rwyat Abu al-Qasim bin Busyran drpd Abu Hurairah.Kita ni silap sbb kita slalu berdoa bila kita dlm kesusahan shj.Masa senang?usahkan nak doa,nak
aminkan doa org lain pun malas.Mungkin kita tak tahu yg berdoa tu adlah 1 perintah Allah!Rujuk surah al-Baqarah lagi ayt 186 dan surah Ghafir ayt 4.
Allah menyuruh kita berdoa dan Dia akn memakbulkan doa-doa kita.
Mungkin kita tak sensitive dan anggap benda ni keanak-anakan dan ketadika-tadikaian(mcm tak wujud je perkataan ni) iaitu tentang doa-doa yg Nabi ajar kpd kita atau lbh dikenali sbgai doa-doa masnun.Seperti doa masuk tandas,doa sblm & slps makan(kalau makan semua org tahu!),doa masuk & keluar masjid(tak hafal sbb tak pernah gi massjid),doa berjimak dgn isteri(dah kena mula hafal dari skrg ni),doa pengantin baru dll.Doa-doa mcm ni mmg diajar masa kita kecik,dan masa kecik aje kita hafal dan amalkan.Dah besar?rasa malu nak berdoa.Kan?(wah!Iqbal tulis mcm la dia ada amalkan..heee)
Mengapa penting doa-doa cmtu?
Antaranya ialah supaya kita sentiasa rasa ‘
qriib’ iaitu
rasa dekaattt sgggtt dgn Allah dan rasa
diperhati dan diawasi(
muraqobah).Rujukan bg
qarib ialah surah Qaaf ayt 16 dan rasa
muraqobah pd surah Ghafir ayt 19.Selain tu,doa sbgai
cara utk menarik bantuan Allah.Contoh; Nabi ajar doa sblm naik kenderaan. Antara tujuannya ialah utk memohon keselamatan perjalanan.Bukannya bila dah eksiden,tgh sakit dlm ambulan baru kita nak baca.”Ya Allah,Janganlah ambulan ni eksiden lg”..Doa-doa kita ni kdgkala Allah jadikan
penyebab sesuatu bencana itu dijauhkan kpd kita!Tak percaya?
Bismillah
Mengapa kita diajar dan dituntut utk membiasa dan membudayakan membaca bismillah sblm buat sesuatu benda?kerana itu 1 bentuk doa juga.Kita
mintak rahmat dan berkat drpd Allah.Sy nak kongsi pengalaman saya dgn kwn-kwn.Aircond kelas kami ada masalah sikit.Kwn-kwn sy dah cuba nak switch on,tp tak on jugak!diorang geram,saya pun try la.Saya baca
bismillah,first attempt aja, aircond tu
bangun dari tidur.Mungkin kerana berkat bismillah.Jelas,sblm berusaha,kita kena mintak kpd Allah dahulu bukannya dah siap semua baru nak mintak keberkatan Allah.
Air Penerang Hati
Saya tertarik dlm sebuah ceramah ustaz tanpa nama(sy lupa nama dia),dia mengkritik ibubapa yg asyik duk mintak air jampi atau air penerang hati utk anak-anak exam.Katanya,seharusnya kalau
tahun ni anak SPM,dari awal tahun lg kita mak bapak kena doa supaya anak belajar.Doakan supaya anak
rajin nak ulang kaji.Bila dah pertengahan tahun,mak bapak kena doakan supaya anak-anak boleh
ingat apa yg dia belajar.Dekat nak exam,mak bapak kena doa pula supaya anak-anak diberi
ketenangan,
kesihatan dan
keupayaan utk
recall balik apa yg dia dah belajar.
Bukannya dah dekat exam baru nak panggil ahli kariyah surau buat majlis solat hajat dan baca yassin utk anak-anak.Kalau dah memang anak tak belajar,doa depan kaabah pun dia tak boleh jwb punya sbb mmg anak dia tak tahu jwpan,bukannya lupa!(sy edit sikit kata-kata ustaz-tanpa-nama tu)
Kesimpulan
saya menyeru supaya kita sama-sama memperbaiki hubungan kita dgn Allah.Jadikan Allah sbgai kuasa yg utama utk minta pertolongan.Jgn kita menjadi org yg hanya ingat kpd Allah did lm kesusahan,tapi lupakanNya bila dlm kesenangan.Boleh tak?(
jwb la boleh,kalau x,sy merajuk).Kita cuba sama-sama dan pasang
niat.Kita bukan org yg cari Allah bila dlm susah saja…tp itu mmg lebih baik drpd org yg lupa Allah terus.Wallahua’lam.
P/s-
- Tahniah kpd sesiapa yg dapat baca sampai habis
- Khamis saya exam.Jgn lupa doakan saya
- Belajar electronic mmg memeningkan kepala
- Sedang homesick ='(