Maaf,saya bukannya sombong.

Maaf,saya bukannya sombong.
Kawan-kawan saya pernah kata saya ni sombong.Tapi saya tak ambil kisah lgsung sbb saya tak pernah rasa saya ni sombong.Tapi semalam bila terserempak dgn kwn perempuan sekolah rendah dan dia pun kata saya sombong,sy rasa terpangggil utk menerangkan perkara yg sebenar.Saya tak sombong dan saya tak mahu memiliki sifat yg demikian itu.Saya cuma mahu bersikap berhati-hati dlm pergaulan dgn perempuan.Sejujurnya,kwn perempuan saya yg masih contact kurang lebih 5 org shj.Itu pun kwn masa sek rendah.Kwn yg kenal melalui alam maya ramai sikit,itu pun sejak saya ada facebook dan blog ni.

Saya bukannya tak boleh nak bergelak ketawa dgn kwn-kwn sy,bukan juga saya tak boleh nak bercerita dan berbual dgn perempuan,cuma saya diingatkan utk berhati-hati.Sabdaan Baginda s.a.w,"ittakun dunia,ittakun nisa"-Takutilah dunia.takutilah perempuan.Mungkin 'sombong' yg org nampak pada saya tu ialah sikap hati-hati saya.Saya bukannya jenis org yg memilih kawan,kerana alhamdulillah saya diberi sedikit nikmat iaitu mampu bergaul dgn semua jenis org tapi saya taknak menggunakan alasan 'just friend' utk saya terlalu rapat dgn kaum wanita.

Mungkin fakta ini akn mengejutkan,tapi biarlah saya ceritakan disini agar ia menjadi ikhtibar.Saya pernah terperangkan sekali dgn cinta yg so-called 'cinta enta-anti'.Tahu tak?Cinta yg telah diislamikkan kononnya utk dihalalkan walaupun haram.Apa yg pasti,ketenangan(yg merupakan tanda redha Allah) itu tidak sy miliki.Barulah saya sedar bahawa cinta tak seharusnya begini,tapi seharusnya ada kebersamaan dgn Allah.Mmg nampak mcm islamik,sbb saling berpesan utk kebaikan,tlg kejutkan sahur,tlg bagi semangat motivasi dll,tapi tenyata itu pd permulaannya shj.Jarum syaitan sgt halus,sedikit demi sedikit dia memesongkan dan merosakkan niat dan matlamat asal.Alhamdulillah,kami diberi sedar oleh Allah dan apa yg terjadi,saya serik dan saya tak mahu step on the same trap again!

Biarlah slps ini,cinta ini dimiliki oleh zaujah saya.Wallahua'lam.Saya mahu sibuk mencari cinta syarie.Cinta Allah lebih patut utk saya cari.Nabi s.a.w sendiri pernah bercerita tentang 1 faktor yg menyebabkan kejatuhan bani israel(ahli kitab),salah 1 ialah kerana fitnah wanita.Dan Baginda juga pernah menyatakan dlm hadisnya tentang akhir zaman,bahawa wanita adalah 1 fitnah(ujian) sgt besar kpd lelaki.Buktinya?Dlm peristiwa Nabi Adam a.s yg dicampakkan ke dunia kerana makan buah khuldi.Pada mulanya Iblis mahu goda Adam,tapi tak berjaya.Lalu Iblis goda hawa,dan dia berjaya.Lalu Hawa pun memujuk, terus memujuk,dan menggoda Adam utk makan,lalu mereka dicampakkan ke atas bumi dlm keadaan terpisah.Punca Nabi Adam dicampakkan ke bumi?godaan dan ajakan isterinya sendiri,Hawa.
(saya cuma tak mahu jatuh ke dlm perangkap yg sama)
Dlm kesempatan ini juga,saya mohon 1001 maaf jika perangai,tingkah laku dan akhlak saya sumbing pada kaca mata anda.Sejujurnya,saya seorang yg mudah memberi maaf tetapi susah utk meminta maaf.Bagi saya,jika saya tak bersalah apa perlunya saya meminta maaf.Jadi kpd sesiapa yg pernah terasa dgn sikap saya,saya mohon maaf.Selepas ini saya akn lebih berhati-hati dan memperbaiki akhlak saya.Kesimpulannya,saya bukannya sombong terutamanya kpd perempuan,tapi saya cuma berhati-hati.Persahabatan(ukhwah) seharusnya menjadi sesuatu yg dpt mendekatkan kita kpd Allah,bukannya menjadi penghalang utk mendekatiNya.Harap maklum.Maaf lagi sekali.

Untukmu atau untukMu ?

Untukmu atau untukMu ?
Cuti Hari Wesak 3 hari ni,banyak masa saya habiskan dgn menonton tv.Tapi tak best pun sbb mak sy dah potong sports.Mmg tak best sbb takleh tengok bola!huhu..tapi yg bestnya,sy dpt tengok rancangan imam muda episode 1.Best!Sgt best!

Tapi yg paling best ialah bila bukak aje astro oasis,banyak kali tertengok klip lagu ‘ketulusan hati’ nyanyian Anuar Zain.Famous kot lagu tu dulu.Sbb tu saya tahu lagu ni.Tapi yg menarik dan best sbb lirik lagu tu dah berubah sikit.Dulu masa mula-mula saya dengar,lirik dia mcm ni,”mencintaimu..” tapi yg sy tengok kat astro mcm ni,’mencintai-Mu’.

Mmg terkejut dan pelik gak mula-mula tapi bila saya dengar dan hayati lirik lagu tu,mmg lagi sedap bila mencintaimu jadi mencintai-Mu.hehe..bagus la lagu tu!1 lagu,tapi ada 2 lirik dan 2 cerita berbeza.At the end,ia sebenarnya terpulang kpd kita punya mentality.Bagi pemuja wanita atau org yg hangat bercinta,mmg dia akn fikir awek/pakwe dia aja.Tapi bagi org yg memuja Allah,dia mesti set dlm otak yg lagu tu lagu ketuhanan walaupun Anuar Zain yg nyayi.

Saya taknak kritik sapa-sapa tapi saya nasihat supaya semua org berhati-hati,lagi-lagi kpd remaja mcm saya.Kita minat muzik,itu pasti sbb music tu salah 1 drpd jalan Yahudi attack otak kita.Saya tak salahkan sesapa,kecuali Yahudi.Tapi saya nak kita semua berhati-hati sikit dlm memilih hiburan dan lagu sbb takut-takut akidah kita terbatal.

Saya ambil contoh,sebuah lagu yg liriknya begini,’Tanpa mu aku aku mati’.Jika ‘mu’ itu merujuk kpd Allah,tak apa lah.Tapi kalaulah ‘mu’ tu merujuk kpd manusia,maka secara tak langsung kita telah memperhabakan diri kpd manusia.Begitu juga dgn satu lirik lagu yg berbunyi,’Tiada lafaz yg lebih agung,kalimah cinta mu yg ku tungguh-tunggu’.Sama juga.Kalau ‘mu’ itu merujuk kpd lafaz Lailahailllah(kalimah toiyibbah) maka itu bagus.Tapi kalau kita meletakkan manusia sbgai ‘paling agung’,maka secara tak langsung kita telah mendewa dan mentuhankan manusia.Kesimpulannya,saya nak ucap terima kasih kpd uncle driver bus dan kwn-kwn saya yg suka pasang lagu kuat-kuat sbb kerana mereka,saya ter dengar lagu-lagu ni.Nasihat saya,berhati-hatilah.Jgn salah berhibur.



p/s-saya minat Maher Zain.Lagu-lagu dia best sgt!

Pengajaran drpd mamak putih

Pengajaran drpd mamak putih
Kawan saya pernah cerita kpd saya.Dia pernah bersembang dgn seorang mamak yg kerja di kafe tempat kami belajar skrg.Kafe tu mmg mamak punya.

Kwn saya :Kamu muslim?
Mamak :Ya.Muslim Pakistan. 
Kwn saya:(dalam hati; ooo..patutlah tak hitam) Tak solat?
Mamak:Bos tak kasi.Sini Malaysia,orang islam ramai tak solat,kena kerja.

Tidakkah kita merasakan bahawa tindakan bos yg menghalang pekerjanya drpd bersolat itu sgt melampau dan zalim?sedangkan bos dia pun sama islam!bahaya betul kedai mamak ni!pikir nak untung aja

Pengajaran drpd kisah ini ialah; Jika benar kita taknak dan tak suka buat baik,janganlah sesekali kita menghalang org lain pula utk membuat kebaikan.Ini adalah kerana jika kita halang org lain buat baik,maka kita telah menjadi syaitan dlm bentuk manusia tahniah Benda ni sy selalu pesan kpd kwn-kwn saya dan skrg,sy berpesan kpd anda semua.Jika kita tak mampu sokong kwn kita buat baik,lebih baik kita diam.Jgn lah kita nak menjatuhkan semangat dia dgn mengata dia,ejek dia hatta buat muka ketat pun jangan.Saya tahu kita semua melayu,dan mmg sifat melayu suka menjatuhkan sesama bangsa sendiri.Realiti bukan?
Dalam Quran sendiri Allah ada menceritakan tentang sifat org munafik-bakal mendiami neraka.Antara sifat mereka ialah memperlekehkan org yg nak buat baik.Ada dicertitakan dlm surah at-taubah ayat 79.Ni ada asbabun nuzul dia.Panjang sbnrnya,tp sy dah ringkaskan insyaAllah.Asbabun nuzul dia drpd ibnu mas'ud.Beliau berkata tatkala turun ayat ke103 surah at-taubah(ayt tentang kwjpan tunai zakat),aku ttp membayar zakat wlalupn aku buruh tukang pikul.Lalu,ada org yg bersedekah dgn jumlah yg banyak.Kaum munafik pun berkata,'Dia melakukan itu kerana riya!' Namun,bila ada org yg bersedekah dgn 1 sha(unit ukuran yg nilainya sikit),mereka munafik tu berkata,'Allah Yang Maha kaya tak perlukan sedekah yg sedikit mcm ni!.Maka turunlah ayat 9;79..(hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika kita seorang yg ada akal,pasti kita taknak jd org munafik atau jd syaitan manusia kan?Jadi kesimpulannya, kalau kita dah jadi org atasan,jgn halang org bawahan kita utk taat kpd Allah.Kalau kita jd kwn,jgn halang kwn kita buat baik walau kita sgt tak suka..rayuan saya,tolong jgn benci kpd kebaikan kerana itu tandanya iman kita negative.Nauzubillah...

nota tambahan: sy sedang bercuti di kampung halaman.Wesak Day punya cuti tambah cuti weekend!Wah!!Bestnya~ internet connection takde.Jadi saya auto-publish aje post kali ni,sampai ahad nanti.Doakan keselamatan perjalanan sy

Perhatian! Bahayanya Iman negetif

Rasa-rasanya anda semua dah boleh teka kot apa tu iman negetive.Ok..tamat~hehehe,gurau jek.Oklah.Dlm entry lepas,kita dah tengok iman maksimum.Kita juga dah tengok iman zero.Jadi arini kita nak tengok iman negetif.Bukan setakat tengok,tapi kena muhasabah dan sama-sama pikir cmne nak elak drpd jd negetif.

Pertama sekali,pengertian negetif ni sangat meluas.Antaranya ialah ;
  • Percayakan kpd kuasa lain selain Allah(syirik)
  • Membenci ma'ruf(kebaikan) dan mengagungkan mungkar
  • Saling mengajak/tolong menolong kearah kejahatan
  • Menentang bimbingan ulama dan org baik
  • Memusuhi islam
1-Syirik
Semua org sedia maklum syirik tu dosa yg tak diampuni.Semua org tahu juga syirik tu ada 2 iaitu syirik besar punya dan syirik kecil.Sebagaimana saiz font nya,syirik besaq ni mmg obvius sgt.Kalau dah terang-terang sembah patung,sembah pokok,batu,mintak no ekor,percaya tok bomoh dll,nampak sgt mereka tak percaya tentang keesaan Allah.Tapi apa yg kita selalu tak nampak dan terlepas pandang ialah tentang yg syirik kecil.
Rasulallah pernah bersabda,drpd Mahmud bin Labid r.a,"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil."Mereka (para Shahabat) bertanya: "Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?" .Beliau menjawab: "Riya'"~riwayat imam Ahmad.
 Jadi sebelum tu saya nak tanya,bagaimana kalau kita lebih mencintai harta kita drpd Allah.atau lebih mencintai awek/pakwe kita drpd Allah,atau mungkin mentaati bos kita lebih drpd Allah?Fikir-fikir kan lah...

2.Benci kebaikan dan mengagungkan kemungkaran
Ini pun tanda iman negetif sbb ia membawa kpd ajaran sesat yg baru dimana kita boleh bertindak sesuka hati mengikut apa yg kita suka.Ini membawa kpd kita bersikap menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal.Nak contoh gak ke?saya ambik contoh latest la..'kita' benci hukum hudud sbb kita rasa hukum buatan Allah tu kejam giler,tapi kita boleh pulak memberi lesen judi utk menggalakan umat islam berjudi secara tak langsung.Persoalan sekarang-siapa Tuhan dan siapa hamba?kalau mcm ni punya keadaan,nampaknya kita la tuhan sbb kita seolah-olah memaksa Allah utk ikut keinginan kita pula.Nauzubillah

3.Tolong menolong/mengajak kpd kemungkaran
Benda ni rasanya dah jelas sbb ada dalil dlm surah al-Maidah ayat 2-"Tolong menolonglah kamu berbuat kebaikan dan ketaqwaan,jgn tlh menolong utk buat kerosakan dan dosa".Yang ini pun selalu saya pesan kpd kawan-kawan saya-'Korang kalo nak buat jahat,tolong jgn ajak org lain join.Buat sorang-sorang!'.Sbb apa perlunya kita utk tak melibatkan org lain?
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan,maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya,dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.~riwayat Imam Muslim
Rasanya sgt jelas hadis ni!Kalau kita ajak kwn kita buat dosa,maka kita turut sama dpt dosa kwn kita dan of course dia pun dpt dosa jugak.Lagi menakutkan ialah kalau kita ajar kwn kita buat sesuatu kejahatan cth:ajar kwn kita tengok web lucah,pastu kwn kita tu bgtaw pulak org lain,org lain ajar pulak org lain sehingga hampir 500 org tahu pasal web tu,maka kita turut sama dpt dosa 500 org tu sbb kita jd pioneer ajar org utk buka web tu dan atas sbb usaha kita mempromosi dan mengkomersialkan benda tu,maka boleh kot kita ungguli award 'tokoh dosa'.Tahniah
4.Menentang bimbingan dan nasihat ulama
Tanda negetif iman ni lagi 1 ialah menolak pandangan atau nasihat org alim.Yg ni pun diceritakan dlm hadis gak iaitu kesan menolak nasihat dan bimbingan ulama,Allah akan turunkan 3 bala iaitu-hilang keberkatan,diperintah oleh pemerintah yg zalim dan mati dlm kekufuran.Contoh perbuatan yg menolak bimbingan ulama ;-menghina ulama,menyakiti org alim,menzalimi serta menfitnah org baik dll.Boleh di lihat kpd diri kita juga,setakat mana kita kecintaan dan keterbukaan kita utk menerima teguran?kalau kita ni mmg jenis yg tak boleh lgsg terima teguran berbentuk keagamaan,maka berbaloilah utk kita berubah sekarang! kerana itu tanda iman negetive.

5.Memusuhi Islam
Yg ni sgt jelas ciri org Yahudi atau mungkin org چئنا  dan اندىا (betul ke sy eja jawi ni?) kat Malaysia yg menentang islam(kafir harbi).Tapi fokus sy bukan kpd non-muslim,tapi kpd muslim sendiri.Sy rasa banyak aje org islam yg menentang islam.Mmg secara zahir tak menentang dgn senjata,tapi tentang dgn ideologi dan pemikiran.Ramai cerdik pandai dan ilmuan islam sendiri yg bertindak memبابيbuta menolak islam.Contoh; memusuhi ulama,menolak hukum serta sistem ekonomi islam dan suka pula mengejek org yg buat baik.Rasulallah pernah bersabda akn wujud 1 golongan yg tak nak masuk syurga.Sahabat yg terkejut tanya la sapa org tu.Rasulallah kata,org yg taknak masuk syurga ialah org yg taknak ikut sunnah Baginda.Persoalan saya- Kalau betul kita taknak ikut sunnah,perintah dan hukum islam,maka mengapa kita perlu mempertikaikan lagi?cth dlm isu bertudung.Maaf girls~Kalau kita taknak pakai tudung,tak payah pakai la(dosa tanggung sendiri)..jgnla kita nak mempertikaikan pula kenapa perlu pakai,kenapa takleh kalau tak pakai,kenapa menyekat kebebasan,kenapa itu.kenapa ini..bla..bla..bla.. Ni semua ciri-ciri kita memusuhi hukum Allah dan memusuhi Allah!

Ok.Tamat sudah episod iman.Sebarang pertanyaan,komen,lontaran pendapat dan perkongsian dgt dialu-alukan.Terima kasih sudi membaca.Saya amat hargai dan berterima kasih.Moga ada manfaat.

Kontroversi: Ada tak ustazah nak kahwin dgn engineer?

"Adakah perempuan biasa tak layak utk mendapat ustaz?"-statement 1
"Ada ke ustaz yang nak kat engineer?"-statement 2

Dua buah statement yg berbeza lafaz,tapi maksudnya sama.Utk pengetahuan pembaca sekalian,saya terbaca keyataan berikut di status sorg sahabat di facebook.(dirahsiakan!)

Saya tertarik dgn soalan-soalan ini kerana terdapat perkataan ustaz.Siapakah ustaz?umumnya,ustaz diertikan sbgai org berilmu yg mengajar di masjid,di pondok atau di sekolah.

statement 1 memberi maksud seolah-olah ustaz itu hanya layak untuk seorang ustazah dan tidak layak bagi org biasa.Statement kedua pula mengambarkan seolah-olah ustaz tidak berminat dengan perempuan yang bukan ustazah.

Persoalannya,mengapa mereka mahukan ustaz?

Jawapannya mudah kerana gelaran ustaz sinonim dengan baik, taqwa, penyayang, bertanggungjawab dan berilmu.Ustaz juga dianggap sbgai golongan mulia di dalam masyarakat.Jika ada sebarang masalah berkaitan agama,pasti ustaz akan dijadikan sumber rujukan.

(ustaz kecil.hehe)
Roh dan jasad manusia mmg sifatnya suka kepada kebaikan.Maka mereka akn mudah tertarik dgn org-org yg baik seperti ustaz.

Kalian pernah tak membaca satu ayat drpd Quran",..sesungguhnya org yang mulia di sisi Allah ialah orang yg paling bertaqwa.."-(49;13).Dalam ayat ini Allah telah perincikan kpd kita,siapakah yang kita patut muliakan dan siapa yang kita tak patut muliakan.

Sebagai orang awam,saya sedikit terkilan dgn sikap sesetengah anggota masyarakat yg menilai manusia dgn kelulusan.Manusia akan dianggap mulia jika dia lepasan universiti luar negara.Manusia akan dianggap mulia jika dia memegang ijazah,master atau Ph.D atau apa-apa sijil.Adakah ini cara kita memuliakan manusia? (soalan ini kembali kpd penulis)

Salah satu adab sesama manusia ialah dgn memuliakan ulama,menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.Siapakah ulama yg Nabi suruh kita muliakan mereka?

Ulama ialah org-org yg mahir dengan Quran dan dekat dengan sunnah.Merekalah org yg paling menyerupai Baginda.Allah sudah tetapkan,manusia yang berjaya ialah manusia yg dapat taat segala perintah Allah dan dapat ikut semua sunnah Baginda.Mereka inilah yang patut kita muliakan sebenarnya.

Ada ramai ustaz yang kelulusan akademik mereka ternyata hebat,tetapi ternyata tak sedikit ustaz yg tak bertaqwa.Ramai juga yg tidak mempraktikkan ilmu yg mereka belajar 5 tahun di unversiti dalam kehidupan mereka.Ramai juga ustaz yg terang-terang menyokong ajaran sesat sekular.Ramai juga ustaz yg menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan orang lain dgn kata-katanya dan tidak sedikit pula ustaz-ustaz yg berjaya memecahkan silaturrahim umat islam.

Orang yg berilmu tak semestinya ustaz kerana org yg berilmu hendaklah benar ilmunya!Ilmu yg benar terasnya hidayah dan taufik.Dgn ilmu ini,kita bisa membezakan haq dan batil.Dengan ilmu juga kita tahu apa perintah Allah dan kita taat.Dgn ilmu juga kita tahu apa sunnah Nabi lalu kita ikut semuanya.

Pernah anda dengar ungkapan seorang tokoh yg berilmu,'Nabi Muhammad berjanggut kerana di zaman Baginda tiada gillet(pisau pencukur)' atau pernah dengar,'jika kita laksanakan hudud maka pasti org ramailah yg kudung tangan.Lepas tu nak kerat apa?kaki?lepas tu kerat apa lagi?..'(lebih kurang begitulah kata-katanya)

Ada satu kisah benar diceritakan oleh seorang doktor.Di hospital,dia banyak mengalami kes kematian pesakit.Pernah ditanya kpdnya sepanjang puluhan tahun dia mentalkinkan org mati,ada tak org yg mati sempat ucap kalimah Lailahaillallah.Beliau menjawab hanya seorang budak mat rempit sahaja yg boleh mengucap kalimah agung ini dan bila diperiksa ternyata mat rempit ini menyimpan miswak(kayu sugi) di dalam koceknya.

Allah memuliakan mat rempit kerana budak tu cinta kpd sunnah nabi.

Org yg berilmu mesti tahu bahawa sunnah membawa kejayaan.Apa yg Nabi s.a.w buat atau sabdakan,semuanya datang drpd Allah.Kita manusia yg kononnya berilmu banyak pula mempertikaikan sunnah Baginda.Ketahuilah,antara fadhilat bersiwak ialah mudah utk mengucapkan kalimah Lailahaillallah sblm mati dan yakinlah,wajib syurga bagi mereka yg berjaya mengucapkan kalimah agung ini.

Orang yg berilmu pasti tahu dakwah itu wajib.Tapi berapa ramai yg sanggup tiru Baginda Nabi s.a.w dan para sahabat r.a yg siang-siang mereka seperti singa,mengajak manusia meningglkan taghut serta mengisbatkan Allah,dan malam-malam mereka seperti tikus yg merintih bermunajat moga Allah kurniakan hidayah kpd setiap manusia terutama diri mereka.Sedangkan tidak sedikit ustaz yg hanya melihat kemungkaran dilakukan di hadapan mereka!Sedangkan mereka ada mulut untuk menegur dan mereka ada 'baju besi' utk menghalang panah!

Kesimpulannya,Allah telah menetapkan kejayaan kita dgn sejauh mana kita taat semua perintah Allah dan ikut sunnah Baginda s.a.w.Mendapat gelaran ustaz itu tidak menjadikan seseorang itu mulia disisi Allah.Sebaliknya tahap ketaqwaan itulah yg patut kita gunakan sbgai kayu ukur nilai kemulian seseorang.Mahukan suamimu ustaz?lebih baik jika kamu cari orang yang bertaqwa.

'Perempuan-perempuan yg keji untuk lelaki yg keji sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik...'(An-nur ayat 26)

NOTA PENTING- entry ni disiarkan pd 22/12/2010.Saya sengaja re-publish semula sbb saya yakin ramai kg yg tak faham tentang konsep mulia tu.moga bermanfaat~

Iman Zero

Dlm entry lepas kita dah gossip bincang sikit dah pasal iman maksimum.Sekarang kita nak tengok bagaimana pula iman minimum dan iman negative.Saya petik kata-kata iman Ghazali dlm kitab karangannya,'Mukashafah Al Qulub.'-(penenang jiwa),katanya-"iman itu ialah kepercayaan dan keyakinan kita dan ia dicerminkan melalui perbuatan."

Firman Allah dlm banyak tempat,' الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ 'maksudnya ialah org yg beriman dan beramal soleh.Jelas,kita belum beriman kalau kita takde koleksi amal soleh.Ok,jom lihat iman yg kosong.Rujuk graf di bwh.Pada point 3,iman berada di nilaian kosong.maksudnya?
Saya mulai dgn point 3 dulu.Kejap lg saya cerita pasal point 2.Ok.Apa yg terjadi pada point 3 ialah kita berada dalam keadaan tak mempercayai,tak meyakini dan tak beramal.Ketika itu kita berada dlm keadaan yg sgt lemah.Amalan kita pun sgt sedikit dan keinginan utk membuat maksiat sgt membuak-buak.

Sebagai contoh-Seseorang akan merasa sgt malas nak berwuduk utk solat,sebaliknya dia sgt rajin utk buat benda-benda lagho sprt surf internet,tengok tv,download lagu..bla..bla..bla.. Andaikan saja,layakkah bagi kita membaca surat khabar hari-hari sedangkan Quran 1 helai pun malas?Dan ketika iman tgh berada di sekitar zero juga,rasa nak buat dosa tu memuncak.Mungkin rasa nak tengok benda lucah,mungkin rasa nak mencuri atau paling kurang rasa nak berboros,makan berlebihan,tidur berlebihan,lagho' atau mungkin juga rasa malas nak berkemas,malas belajar dll.

Semua perasaan malas ini dtgnya kerana kita ragu-ragu dgn janjiNya.Jadi,bagaimana nak handle situasi iman zero agar tak jd iman negetive?ini sekadar pendapat peribadi saya dan amalan saya ketika iman zero(bukan utk riak,cuma utk contoh shj).Saya akan pastikan solat saya okey.Seberat mana pun rasa hati,solat tetap mesti dikerjakan dgn berjemaah kerana mencari berkat dan redha Allah dan rasul.Mmg masa iman zero,kita akan rasa sgt-sgt malas nak beribadah.Jadi,saya hanya akan pastikan solat saya dibelakang imam,tapi subuh kdg-kdg lewat jugak.hehe.Saya juga akan melakukan amalan yg mudah sprt berzikir.Banyak choice dan options dlm berzikir.Terpulang kpd kita shj.Nak baca Quran pula rasa malas...Jadi sy pasang aja bacaan Quran dari laptop dan dengar.

Tak dinafikan mmg bila iman nearly zero,rasa nak buat dosa membuak-buak.Jadi bagaimana nak kawal?Ini juga hanya cadangan saya shj-
  1. Kita kena bertangguh-tangguh. Bertangguh-tangguh ni sifat syaitan,tp ia bukan dlm urusan maksiat kerana syaitan akan sentiasa membisikkan kejahatan non-stop.Jadi,dgn bertangguh-tangguh ni,insyaAllah rasa tu akan hilang sendiri.
  2. Kita kena sibukkan diri. Mesti anda pernah dengar kata bijak-pandai islam,"Sibukkan dirimu dgn ibadah,nescaya kamu takkan ada masa nak bermaksiat".Paling kurang,kita sibukkan lah diri dgn buat benda yg baik,mcm basuh baju ke,kemas rumah ke,basuh pinggan ke,main bola ke,jonging ke..apa-apa la yg dpt mengelakkan kita drpd asyik fikir nak buat dosa je.
  3. Duduk dgn org ramai. Tapi yg lebih tepat,duduk dgn org baik.Dgn automatik,rasa malu akan dtg jd takkan kita tergamak nak bermaksiat dpn org ramai kot.Saya petik kata-kata imam ghazali dlm kitab yg sama-'Sesiapa yg tak memiliki sifat warak pasti akan terjebak dgn maksiat sembunyi-sembunyi'.
  4. Tidur. Of course la tidur berlebihan ni sgt best tak baik,tapi at least it's much better drpd buat maksiat.kan?
  5. Pasang bacaan Quran. Yang ni bagi maksiat internet.Logiknya,takkanlah takde timbul rasa malu utk bermaksiat dgn iringan alunan kalamullah.
  6. Zikir. Sy dah terangkan td.Zikir ni ialah 1 defense mechanism bagi muslim.Tu pasal org yg banyak zikir,tak banyak bermaksiat.Zikir sgt senang,tak payah wuduk,tak payah hadap kiblat.Tengah buat dosa pun boleh zikir.InsyaAllah automatik malu dan stop.
  7. Doa. Yg ni la paling perlu.Mintak bantuan agar diperkukahkan iman dan di update kan anti-virus.Boleh rujuk surah 60 ayat 40.
Rasanya 7 cara ini pun dah banyak kot.Tapi kalau mungkin juga kita dah buat 7 benda ni(yg saya punya pandangan shj,takde dalil dan nas pun,maka boleh jadi ada benda yg salah),maka kita buat dosa tu pun dgn rasa malu,takut,bersalah,dan sorok-sorok.Saya pernah tulis kisah pemuda minum arak sorok-sorok dlm toilet. Apa yg penting,kita wajib berusaha!Wajib bersungguh-sungguh dlm usaha!

Take note: saya bukanlah menganjurkan anda buat dosa,tapi apa yg saya nak highlight kan disini ialah,kalau dah tak mampu sgt nak tahan dan memang 'ter'buat juga,maka buatlah dgn keadaan diri kita sendiri tak redha apa yg kita buat tu.Jgn berbangga dgn dosa,tapi malu dan timbulkanlah rasa sesal itu.perbaharuilah taubat dan keazaman utk berubah!

Firman Allah dlm ayat 2 surah al-Ankabuut; Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman",sedang mereka tidak diuji ? 

Kita semuanya loser,kalau kita tetap melakukan maksiat.Tapi pintu taubat tak pernah tutup selagi kita hidup.Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang juga.Tapi satu perkara kita kena ambil berat iaitu;setiap dosa kita kalau tak melibatkan org lain,anytime anywhere Allah akan ampunkan(Hanya kalau kita tau buat taubat) tapi kalau dosa kita melibatkan org lain(cth; mencuri,mengumpat,ajar dia buat dosa),maka kita kena mintak maaf kat org tu!

Ok kot,setakat ni saja dulu.saya ingat nak abiskan perbincangan ni terus tapi nampaknya kena sambung 1 lg entry la.Apapun,moga kita berada dlm keadaan iman zero ni tak lama dan moga kita tak mati selain mati dlm keadaan iman maksimum.Sebarang komen,teguran dan tambahan amat dialuk-alukan.Jzkk~

Iman Maksimum

Iman Maksimum
Terima kasih kerana masih setia membaca blog yg serba dhaif ini.Saya mahu menyambung perbualan kita pasal graf tu.Sila rujuk graf.Apa yg berlaku di point no 1?

At point 1,the quality of our iman is at maximum.Iman yg maksimum ini berbeza bagi setiap org.Ada org yg iman maksimumnya bernilai 5,ada yg nilaiannya 10 dan ada juga yg nilaiannya 100.Scale bagi setiap individu adalah berbeza-beza.Oleh sbb itu,tahap ketaatan individu juga berbeza-beza.Bagi org yg mempunyai skala iman yg kecil (cth;tahap maksimum dia hanya 5),maka mungkin pada ketika ini,dia hanya sekadar mampu melakukan amal-amalan yg wajib sahaja dan tak mampu melakukan yg sunnat.

Mungkin juga,di nilaian maksimum itu,dia hanya berjaya menjauhi dosa-dosa besar tapi tak mampu mengelakkan dosa-dosa kecil.Mari kita renung 1 hadis yg sy ambil drpd hadis 40 imam Nawawi-Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما beliau meriwayatkan: Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW lalu bertanya,"Bagaimana pandanganmu jika aku bersolat fardhu,aku berpuasa bulan Ramadhan,aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram lalu aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu.Apakah aku akan masuk syurga? "Baginda bersabda: Ya! -riwayat muslim.

Suka saya berpesan kpd diri saya dan sahabat-sahabat sekalian;Tolonglah jaga kewajipan kita.Saya tahu kita tak mampu menjadi sehebat Abu Bakar,Umar,Ali atau para sahabat r.anhuma yg sentiasa setia bersama Rasulallah.Kita juga tak mampu menjadi sehebat Imam Shafie,Imam Ghazali,Imam Malik dan imam-imam mazhab yg lain.Kita juga takkan mampu menjadi sehebat ahli-ahli ibadat dan ahli sufi sperti Ibrahim bin Adham.Mereka semua yg sy sebutkan ini semuanya sgt dekat dgn Allah.Mereka semua ni setiap masa dan saat berzikir dan beribadah kpd Allah.Setiap hembusan nafas mereka adalah zikir.

Kita terlalu jauh!Kita takkan mampu beramal sperti mereka,tapi Allah dan Rasulallah telah berjanji,apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram,dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain.lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya!Tapi ini hanya menjadi kenyataan kalau amalan solat yg kita buat tu sempurna,tp rasanya sgt-sgt susah nak dptkan kesempurnaan tu!jadi...pastikan susah atau berat mcmana pun,benda-benda wajib kita kena buat jugak lebih-lebih lagi solat!Pastikan solat kita full.Kalau ada kurang,kita akan jd mcm layang-layang putus tali...lost!
Tapi,bagi org yg skala iman dia besar (cth;100),maka dia akan dpt melaksanakan ketaatan dgn baik bila iman dia maksimum.Bukan setakat benda wajib dia buat,benda sunat pun dia buat.Benda haram pula tinggal terus dan benda makhruh pula dijauhinya.Untung org mcm ni sbb dia telahpun rasa kenikmatan dan kehangatan cinta Ilahi !Org mcm ni digambarkan dlm hadis-"Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya,Aku akan menjadi penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya,Aku akn menjadi tangannya yang dengannya dia melakukan kerja,Aku juga akan menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan.Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu,nescaya Aku akan melindunginya"-riwayat Bukhari.Dalam erti kata lain,org ini akan menjadi kekasih Allah!

Kesimpulannya,masa iman kita tgh maksimum ini,kita patut guna seluruh masa dan tenaga kita utk mencari pahala.Kita ni banyak dosa,lebih-lebih lagi dosa sesama makhluk.Kalau pahala kita sikit atau cukup2 makan,kita akan bankrupt nanti.Org yg kita pernah zalimi,umpat,ejek,hina dll akan dtg ambil pahala kita.Bila dah zero,kita akan tanggung dosa diorang.Oleh sbb itu,bersegeralah kita utk berbuat kebaikan kerana tanda iman tgh maksimum ialah dgn sentiasa teringat-ingat dan teringin nak buat amal soleh.Bila ada rasa tu,sila buat dgn kadar segera!!InsyaAllah itu saja sy boleh kongsikan bila kita berada di point 1.Sebarang tambahan amat digalakkan!InsyaAllah lepas ni kita tengok apa akan terjadi bila iman kita minimum value.

p/s-kalo anda perasan kat sidebar tu saya letak 'kaunter pertanyaan'.Sebarang komen,pertanyaan atau apa-apa la boleh la kirim melalui tu ya.Setakat ni takde lg org yg tanya..hehe..

Graf Iman saya

Saya ada satu penyakit,dan saya rasa ramai org ada penyakit ni.Penyakit ni sgt merbahaya tapi ramai org yg tiada kesedaran akan kesan penyakit ini.Penyakit ini akan menyerang setiap org.Kesannya boleh dilihat dgn jelas pada perubahan perilaku,tingkahlaku dan sifat pesakit..Tapi kesan yg paling buruk hanyalah akan berlaku selepas pesakit itu mati.Oleh sebab yg demikian,Doktor Iqbal mahu berkongsi serba sedikit berkaitan penyakit yg sgt merbahaya ni.

Penyakit ini dinamakan dgn penyakit iman.Rasulallah bersabda;iman kamu akan berkarat sebagaimana besi terkena air.Maka perbahuruilah ia dgn mengucapkankan lailahaillallah.-al hadis.Jelas,iman kita akan berkarat dan terjejas sedikit demi sedikit.Besi berkarat kerana tindak balas kimia antara oksigen dan air,manakala iman pula akan berkarat kerana tindakbalas antara maksiat dgn kejahilan.Proses pengaratan besi sbnrnya 1 proses yg lmbat tapi ia akan menjadi sgt cepat dgn bantuan bahan kimia sprt asid,alkali,wap air laut dan faktor persekitaran yg lambat lembap.Likewise,proses karat bagi iman juga akan dipercepatkan dgn bantuan ejen-ejen perosak sprt televisyen,internet,sahabat yg berakhlak buruk,solat yg tergesa-gesa dan tak khusyuk serta faktor persekitaran yg jauh drpd suasana masjid.

Banyak hadis ada menceritakan tentang keadaan iman manusia di akhir zaman.Antara yg famous ialah;bilangan umat islam sgt banyak namun ia hanyalah seumpama buih-buih dilautan yg akan hilang ditiup angin.Seorang islam mampu menjadi sekuat-kuat berlian dan juga boleh menjadi selemah-lemah buih.Ini ditentukan dgn kadar iman yg ada di dalam diri seseorang itu.Iman manusia di akhir zaman juga turun dan naik.Sabda Nabi juga,kita akan melihat diri kita ini akan beriman pd pagi hari,tapi kufur pd petangnya atau kufur pd pagi hari,tapi beriman pada petangnya.Keadaan iman yg sekejap ada dan sekejap tiada seumpama biskut chipsmore ini boleh digambarkan oleh graf di bawah-
Perhatikan graf di atas.Pada axis X,umur dan pada axis Y ialah iman dan amal.Dan sy telah label 3 points (bulatan hijau) yg sy akan huraikan nanti.Iman dan amal ialah seiring.Jika iman berada di tahap maksimum,amal pun akan berada di tahap maksimum-banyak dan berkualiti.Perhatikan graf di atas.Ok.Itu sbenarnya graf bagi AC current.Saya dp idea masa tengah belajar electric fundamentals.hehe.Semakin hari,umur kita semakin meningkat dan peningkatan umur ini directly proportional dgn kematian.Umur makin tinggi,peratusan utk mati semakin tinggi.Tapi,keadaan dan kesihatan iman kita mmg takkan constant.Ia akan alternate dan turun-naik.

Jadi,persoalannya ialah disaat kita mati,di manakah iman kita?lebih drpd 0(positif),0,atau kurang drpd 0(negetif)?Org yg mati jika membawa iman yg sebenar-benarnya walaupun sebesar zarah,lebih kecil drpd kelumumur,Allah janjikan syurga yg 10 kali ganda besar dunia kpdnya.Sebaliknya,org yg mati tanpa iman,walaupun dia memiliki harta sebesar dunia,di akhirat nanti dia akan ke neraka selama-lamanya.Nauzubillah..tapi yg jadi masalahnya ialah,adakah kita sudah beriman?

Orang-orang Arab berkata:"kami telah beriman".Katakanlah (wahai Muhammad):"Kamu belum beriman, tp berkatalah sahaja:`kami telah Islam' kerna iman belum masuk ke dlm hatimu.Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin),Allah takkan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(49;14)

Saya tak berhajat nak cerita pasal points 1,2 dan 3 sekarang.InsyaAllah dlm entry2 akan datang.Sementara menunggu mati,sama-samalah kita persiapkan diri.Semoga kita tak mati dlm keadaan iman kita berada di tahap negetif.

selamat pagi sayang

selamat pagi sayang
Jika pagi ini kita kita rasa nak buat kebaikan,maka lakukan segera dgn perasaan syukur dan berterima kasih kerana ini bukti Allah mencintai kita.Tapi jika pagi ni kita rasa nak buat dosa,maka tangguh-tangguhlah dan sedihlah kerana takut-takut kita tak sempat nak bertaubat.Baik atau jahat itu terletak kpd pilihan kita.

 فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
  Allah mengilhamkan manusia jalan yang membawanya kepada kejahatan,dan yang membawanya kepada bertaqwa.Surah Asy-Syams ayat 8.

Buatlah pilihan sekarang.Namun apa yg pasti,kesudahan bagi jalan ketaqwaan ialah syurga.

Menjawab soalan ikhlas

Seperti yg pernah sy janji,harini sy rasa mcm nak cerita sedikit tentang ikhlas.Kalau tengok kat atas,saudari reen_sofee pernah bertanya,"bagaimana nak tahu amalan kita ikhlas atau tidak?".Pertama sekali sy nak ucapkan tahniah kpd reen_sofia yg nampaknya begitu istiqomah dan konsisten membaca setiap entry-entry saya yg pada kebanyakan org,mungkin terlalu islamik.Dan bila islamik,ia akan menjadi suatu yg sgt membosankan,lbh-lbh lg kpd org muda.Sy sendiri kurang suka membaca penulisan yg terlalu islamik sbb kdgkala sgt susah nak faham.Itu pasal,saya suka menulis sesuatu yg ringkas.Semoga mudah utk kita sama-sama faham dan amalkan.InsyaAllah.

Persoalan ikhlas itu sgt rumit sbnrnya.Ikhlas itu hanya diketahui oleh Allah.Kita sendiri tak tahu sama-ada kita benar-benar ikhlas atau tidak.Ulama-ulama menggambarkan ikhlas itu seumpama seekor semut hitam yg berdiri di atas batu hitam di dalam gua yg gelap di tengah malam yg gelap gelita!Boleh nampak tak?mustahil!Oleh itu,ikhlas bukan letaknya di mulut,sebaliknya ia terletak dalam hati kita.Ops,sebaik-baiknya kita lihat apa erti ikhlas.Ikhlas itu bererti BEBAS.Bebas drpd kepentingan-kepentingan selain hanya mengharapkan Allah semata-mata.

Saya tak nafikan bahawa utk ikhlas dlm sesuatu amalan itu sgt-sgt sukar.Seringkali akan timbul rasa riak dan bangga diri.Kadangkala terasa diri ni hebat,baik dan alim dan tak terlepas pula rasa merendah-rendahkan org lain yg mungkin.Oleh sbb kesukaran itulah Allah telah menjanjikan bahawa sesiapa yg berrsedekah walaupun dgn separuh tamar,akn dibalasi pahala sebesar gunung uhud.Sangat besar ganjaran amalan yg ikhlas!Dan syarat penerimaan amalan kita juga ada 2 iaitu dgn mengikut cara Baginda s.a.w dan ikhlas hanya kpdNya.

Berbalik kpd soalan;cara mengetahui kita ikhlas atau tak.Kita boleh rujuk surah Al-Hasyr (59;9)-"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan sesiapa yg memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

Utk menilai tahap keikhlasan kita,kita boleh menilai tahap pengorbanan kita.Kerana ikhlas dan pengorbanan itu seiring.Oleh sbb itulah Rasulallah menganjurkan kita supaya bersedekah benda-benda yg kita suka dan syg.Ada kisah sahabt r.a ketika nak meninggal dia kata,'alangkah baik jika baru'.Sahabat tanya Rasulallh sbb apa dia nak mati dia ckp cmtu.Rasulallah kata sbb dulu dia ada 2 baju sejuk,dia beli baju baru.Tiba-tiba dia ternampak seorang pengemis kesejukan,lalu di tanggalkan baju lama,bagi kpd si pengsmis td.Jadi sblm mati,Allah dah tunjukkan balasan sedekah dia.Jd dia menyesal sbb bagi baju lama,sbb kalau bg yg baru lagi banyak pahala.

Ramai org sedekah benda yg dia dah tak guna.Pernah terjadi,org sedekah langsir buruk dan koyak-koyak kat surau tempat saya.Haha.ingat surau ni tapak pelupusan sampah ke?Tak kurang org yg sedekah makanan yg dah nak dekat basi.Kalau gulai kambing,dia sedekah la sikit daging 3 atau 4 ketul,selebihnya 1 bekas besar tu kuah aja.Itu bukan ikhlas namanya tu!Kita lihat peristiwa korban itu sendiri.Antara syarat binatang yg hendak dikorbankan,ia mestilah sihat dan gemuk.Bukannya boleh guna lembu yg kurus kering utk buat korban.Sebab pengorbanan,akan melahirkan keikhlasan.

Menurut Ust Fadhullah Syuib; Sesiapa yg tak merasa sukar atau susah,maka dia belum benar-benar ikhlas.Ini membentuk satu indicator yg menunjukkan kita ikhlas-iaitu dgn berbuat sesuatu dgn sepenuh hati.Jika kita ikhlas,maka kita akan berbuat sesuatu dgn sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.Selain drpd itu juga,kita boleh jugak check tahap keikhlasan kita dgn menyemak niat kita.Kita kena periksa niat kita sebelum,semasa dan selepas kita melakukan sesuatu amalan.Kita juga mesti melakukan sesuatu dgn istiqomah kerana istiqomah akan melahirkan keikhlasan.Dgn istiqomah juga kita boleh semak tahap pengorbanan dan kesungguhan.Syaitan bersumpah dalam Quran (15;39-40),bahawa hanya org yg ihlas akan terselamat drpd tipu dayanya.

Tapi,selepas sy cerita pasal ikhlas,ramai org faham bahawa Amalan yg tak ikhlas itu tak diterima Allah.Ini sgt benar kerana Allah hanya menerima amalan yg ikhlas.Ini disebutkan dlm surah Al-Hajj(15;37)-"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu" Maka,terbitlah alasan yg berbagai jenis seperti,-"Aku bukan taknak solat berjemaah,tapi kalau aku pergi pun bukannya sbb aku ikhlas tapi sbb nak makan" atau "aku bukan taknak baca Quran,tp sbb kau suruh aku jd tak ikhlas lah nanti".bla..bla..bla..

Mcm-mcm alasan yg akan dtg.Betullah pepatah melayu ada mengatakan,'hendak 1000 daya,taknak 10 000 dalih'.Saya sendiri pun banyak kali dengar alasan-alasan mcmni.Lawak jugak kdg-kdg.haha..Mana tidaknya,bila diajak kpd ibadah pasti akan timbul jutaan alasan.Kalau bab berhibur,tak payah ajak.Set terus!haha..Bila org bagi alasan sprt diatas,saya selalu akan tanya balik kpd diorang."Dulu masa ko kecik-kecik ko sembahyang sbb mak ko suruh kan?Masa kecik-kecik kita mana reti ikhlas ke tak.Tapi bila dah besar,kita masih tetap solat jugak kan?Maka ini membuktikan walaupun sekarang kita tak ikhlas,tapi kalau kita selalu buat dan selalu cuba buat,maka lama-lama kita akan ikhlas secara automatik."
Itu cara saya lah,dan nampak tak berkesan sgt pun.Bagi anda yg mengalami situasi yg sama,mungkin kita boleh kongsikan cara bagi mematahkan hujjah org yg suka berdalih ni.Ok?

So,secara kesimpulannya,marilah sama-sama kita periksa tahap keikhlasan kita.Jika bukan harini,esok.Kalau bukan esok,lusa.Apa yg penting ialah kita mestilah berusaha utk ikhlas kerana Allah telah menjanjikan syurga kpd kita,org-org yg beramal.Ini disebutkan dlm surah az-Zukhuf ayat 72-'Dan itulah syurga yg diwariskan keatas kamu ats apa yg kamu lakukan'.See?Kalau tak beramal kat dunia ni,jgn mimpi lah nak masuk syurga.Jadi,either kita ikhlas atau tidak,kewajipan tetap perlu dilaksana,tapi dlm masa yg sama,keikhlasan ttp perlu dititik berat dan diusahakan.Moga bermanfaat~Wallahua'lam

cikgu bintang

cikgu bintang
Tiba-tiba rasa mcm nak tulis entry pasal guru.Nak meraikan guru-guru.Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yg kat STAR dulu.Dari tahun 03-07 saya kat sana.Kiranya mmg banyak sgt jasa dan masa bersama dgn cikgu-cikgu,dan banyak kenangan yg menarik juga.Saya kongsikan sikit ya..

Tahun 03,sy form 1.Kiranya tak banyak sgt benda menarik masa f1 kecuali saya masih comel lg masa tu!hahaha.gurau jek.Erm,masa f1 saya biasa-biasa saja.Tapi f1 special!solat 5 waktu wajib berjemaah.Tak boleh sodorm(solat dlm dorm).Masuk saja f2,saya dah ada rekod disiplin.Sy dan ramai kwn-kwn terjebak dlm gejala ragnarok online!hee..ketagih main game pulak.

Jadi pernah 1 ketika,hari jumaat dan dlm perjalanan utk solat jumaat,kami singgah ke cybercafe utk dengar khutbah main game.Tapi mmg masa tu awal lg.Baru awal pukul 12.Niat cuma nak main sekejap.Tiba-tiba masuk 2 org polis pengawas sekolah.Dgn itu,secara official nya,kamu di kantoi!Kejadian tak berhenti setakat tu aja.Hari ahad tu saya fly lagi.Tapi dgn kebenaran!Entah la apa masalahnya,mula-mula kwn-kwn kata dpt kebenaran,tp lps tu warden pulak kata kebenaran itu palsu dan tak sah.Bla...bla..bla..nak diringkaskan,saya tertipu dan utk kali yg kedua dlm tempoh 3 hari,2 kesalahan sy buat.Tahniah iqbal.

Apa yg bagusnya,dlm perhimpunan isnin,nama saya dan kwn-kwn dipanggil utk pegi depan.Ratusan mata memandang kami.Sgt segan dan malu.Cuma nasib baik semua lelaki.Jadi tak kesah sgt.Sy ingat guru disiplin saya.Namanya cikgu Kamaruddin atau nickname dia ringgo.Nickname ni legal punya,cuma tak didaftarkan saja.Mmg cikgu2 lain pun ada panggil dia cmtu.Dia mmg jenis ganas sikit.Dia lempang saya kat situ.Perrgghh..mmg tak boleh blah.Rasa mcm-mcm bila kena lempang dpn public.

Tapi itu bukanlah pengakhiran kisah fly saya.Seingat sy,masa akhir tahun form4 baru sy berani balik nak fly.hee..tak bersara lagi.Form 3 sy takde misconduct tp sy ni mmg pemalas nak blaja.Tu pasal PMR dpt 7A aje.Haa..cuma 1 benda sy buat salah,tp tak kantoi iaitu main terup dlm surau.Gila keji ar kami.Main kad tu sudahlah dibenci,tambahan pulak main dlm surau!Saya bru nak main dlm round tu,tgh agih kad,cikgu shahnun dtg.Kantoi.Habis!dia marah sgt!Habis punggung budak2 yg main kena rotan.Sy tak mengaku sy main,tu sbb sy tak kena sebat jugak.Tapi mmg betul sy tak main lg,sbb baru je duduk.heehe
(ni gambar masa form 3.Dimakah saya?haaha)
Tapi kat star dulu,rasanya ada kot sampai 50 kali punggung kena sebat.Mcm-mcm lah sebab dia.Lewat,tak kemas,lupa nak pakai nametag,badge,tie,bla..bla..bla..mcm-mcm la!Kiranya itulah yg mematangkan saya.Jadi sy sgt yakin bahawa seorang ramaja harus membesar bersama rotan.Kwn sy pernah kena lagi teruk.Tak nak cerita kena apa,tp mcm military punya cara.At the end,alhamdulillah..dia positif.Sama lah mcm saya,rasanya nakal tu hanya dpt dibendung melalui cara keras.

Saya sbnarnya kecewa sgt dgn anak-anak org skrg.Cikgu skrg takde peluang lgsung nak sentuh anak diorang.Sikit-sikt nak saman cikgu!Apa yg terjadi,sudahlah anak-anak tu jadi makin rosak mcm dlm cerita anakku sazali,hilang pula keberkatan drpd guru-guru!Sgt tak wajar mak bapa terlalu manjakan anak-anak.Tak salah,bahkan sgt dituntut utk kita ikut cara Nabi s.a.w mendidik anak-anak!masa mereka kecil,jadikan mereka raja.Bila sudah besar sikit,layan mereka seperti hamba.Maknanya perlu dipukul dan dimarahi serta dileteri jika mereka buat salah.Jgn biar  kesalahan tu berlarutan.Dan bila lagi besar,layan anak-anak mcm kawan.Kongsikan masalah dgn mereka.Sbb jika ibubapa gagal jadi kawan karib kpd anaknya,maka anaknya akan ada banyak kwn baik di luar sana.
Saya sentuh sedikit tentang keibubapaan disini,kerana sy tak tulis pasal hari ibu.Jadi sy selitkan sikit.Apapun yg penting disini ialah tanggungjwb mendidik itu.Dahulu,mak dan ayah sy pernah suruh sy apply ke maktab dan jadi cikgu.Entah la,mmg takde rasa nak jd cikgu pun.Tapi bila sy meningkat dewasa,sy baru faham bahawa menjadi cikgu tu tak semestinya perlu mengajar di sekolah.Sebaliknya tugas mentarbiah itu ialah tanggungjwb setiap org!Paling kurang ialah kpd diri sendiri.

Ditambah pula dgn gejala-faham-faham sendiri la- mmg setiap org samada rela,separuh rela atau mmg tak rela...perlu kpd makanan rohani.Syukur,sy rasa Allah temukan sy dgn turning point yg merubah 360 darjah hala tuju hidup saya yg dahulunya teruk,hanya kerana berkat doa ibubapa saya dan solat saya.Kata-kata Umar r.a yg sgt mahsyur;kita adalah umat manusia yg dimuliakan dgn islam!Jadi saya berbangga(dgn tujuan memotivasi) mengatakan bahawa sejahat-jahat saya dulu pun sy tak pernah tinggal solat.Kalau tanya pasal qada' tu mmg selalu sgt la.Lagi-lagi hari sabtu.Hari outing,keluar bandar.Jadi mmg zuhur tu masuk dlm asar lah.

Saya percaya dn sgt pasti bahawa org yg tinggal solat fardu dgn sengaja ialah seumpama layang-layang putus tali.Dia akan hilang kawalan.Kesannya,dia akan ikut saja arah angin bertiup.Apa-apa yg buruk,dia buat saja kerana tiada kawalan dan perlindungan.Dengarlah pesan saya,setakat mana nakal pun kita solat jgnlah tinggal walau sekali pun.Kalau pernah tinggal,usahakan utk qada' kerana dlm mazhab syafie,seseorang yg berhutang dgn Allah (solat),tak layak utk solat sunnat selagi hutangnya blm diqada'.Nasihat ini juga sy selalu kata kpd jiran-jiran saya sbb ramai yg masih bersekolah menengah.

Pernah 1 hari,sy dan seorang sahabat makan-makan.Tiba-tiba kami nampak seorang budak yg terkenal dgn kenakalannya,lalu kami ajak dia duduk sembang-sembang.Mula-mula mmglah dia menolak tapi kami belanja dia minum,barulah dia nak duduk.Mula-mula sembang dulu,biasa-biasa.Kemudia baru kami nasihat dan antara nasihat itu ialah pasal layang-layang putus tali tu la.Alhamdulillah positif.Terus dia pergi surau solat isyak!Ok,kesimpulannya...nak berdakwah kena hikmah.Dakwah tu erti bahasa ialah ajak.Nak ajak org,kena bijak cara.Sy nk kongsi tips '3-am' iaitu 1-salam(kenal-kenal dulu). 2-ta'am(makan-makan,belanja kalau perlu). 3-kalam(nasihat yg baik dan tak menyinggung).Mungkinkah anda ada teknik yg lebih baik?Share la..

Akhirkata,selamat hari guru kpd semua individu dan pihak yg pernah berjasa memberi didikan secara langsung dan tak langsung kpd saya.Semoga anda semua tetap thabat,istiqomah dan sabar melombong pahala-pahala semasa hidup ini kerana janji Rasulallah,pahala drpd ilmu yg bermanfaat akan terus mengalir ke dlm kubur.Ingatlah pesan Baginda,"Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu),atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang selalu mendengar pengajaran,atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima kerana engkau akan binasa."(Riwayat al-Bazzar)

Kaki tak melangkah

Kaki tak melangkah
Hujung minggu!yeahh!cuti!Saya sgt suka kalau cuti!lagi lama lagi best..mcm masa sy abes SPM 2007,kiranya hampir 8 bulan jugak sy lepak rumah tak buat apa-apa.Sebagai balasan ats cuti yg sgt lama tu,sy kini terpaksa berdepan dgn training schedule yg sgt tight.Minggu depan no more 8am till 6pm,coz w'll have afternoon shift again!Hate this very much!Tak efficient langsung belajar dari kul 12pm hingga 9pm.huhu...

Itu masalah pertama.Masalah kedua lagi berat ni.Masalah iman yg turun naik,lagi tepat keluar masuk.Mood blogging pun takde ni.Apatah lagi mood nak study.Rasa down sbb exam susah tu masih tak hilang lg walaupun dah banyak kali diperingatkan tentang ayat 22 surah al-Hadid.Itulah sifat iman yg lemah,selalu rasa mcm putus asa.Baiklah,sy tak sepatutnya cerita yg bukan-bukan.Sebaliknya sy nak sambung tajuk bualan kita tentang soalan yg akan Allah tanya kpd kita.

Kalau dlm entry-entry lepas kita dah tengok 2 bentuk soalan,iaitu sebab perbuatan kita dan solat kita,maka harini kita nak tengok pula persoalan yg akan Allah tanya berkaitan kehidupan kita.Diceritakan dalam hadis,bahawa kaki anak adam takkan berganjak di hadapan Allah sebelum dia dipersoalkan dgn 4 soalan berkaitan hidupnya iaitu;
  1. Umurnya : Dimana ia dihabiskan?
  2. Ilmunya : Kemana ia digunakan?
  3. Kesihatannya : Bagaimana ia digunakan?
  4. Harta Benda : Bagaimana ia didapati dan digunakan?
Saya sebenarnya gerun dgn semua soalan ni.Sbb rasanya mmg terlalu banyak penyelewengan yg saya dah lakukan terhadap umur sy.Sy banyak habiskan ia utk berhibur.Rasanya hampir keseluruhan umur saya dihabiskan dgn ketawa dan bergembira.Banyak ketawa akan merosakkan badan-(riwayat Baihaqi).Umur yg dihabiskan utk menuntut ilmu dan beramal pula rasanya sgt sikit.Lebih parah,mungkin Allah tak terima amalan sy,sbb kot-kot ada unsur riak dan ujub.Takutnya..

Persoalan tentang ilmu dan bagaimana ia digunakan?Subhanallah.Soalan ni pun sgt menakutkan,sbb rasanya selama ni sy seringkali mencuaikan tuntutan ilmu.Saya tahu ia salah,tapi selalu juga saya buat.Saya tahu ia perlu buat,tp sy kdg-kdg tak buat.Lebih sy takutkan ialah kalau-kalau ilmu yg sy ada ini membuatkan sy semakin jauh drpdNya,membuatkan saya rasa takjub,bangga diri dan sombong!sedangkan Allah telah mengharamkan syurgaNya kpd org yg sombong!Takut..lagi saya takutkan ialah jika saya menjadi sprt org Yahudi dan Nasrani yg menjual-beli dan memperdagangkan agama!Takutnya..

Allah juga akan bertanya tentang kesihatan yg dikurniakanNya kpd saya dan sy seharusnya bimbang akan perkara ini.Rasanya sy seringkali menyalah gunakan kesihatan sy.Apatah tidak,masa muda dan sihat ni sy banyak sgt bermaksiat dan sgt kurang beramal.Sedangkan Allah sgt mencintai anak muda yg beramal dan menuntut ilmu berbanding org tua.Tapi itu bukan isu,sbb banyak sgt rasanya org tua separuh abad yg masih berjiwa 'remaja'.Masih boleh merogol,boleh buka aurat,boleh berfoya-foya walaupun tua dan tak sihat.Nauzubillah...sy takut kerna saya tak tahu bagaimana masa tua saya.Paling sy takut ialah jika nikmat kesihatan ni sy gunakan utk menentang kebaikan dan menegakkan kebatilan.Faham kan?sbb bukan sedikit org yg sihat yg menghalang org nak berbuat baik.Takutnya..

Persoalan harta benda yg saya miliki juga sama menakutkan!Mengapa tidak...kerana Allah akan bertanya dgn sgt-sgt detail seperti seteguk air yg sy minum.Allah...aku takut kiranya rezeki yg aku nikmati hasilnya itu dtg dari sumber yg haram.Bukannya mudah nak melepaskan diri drpd perkara-perkara haram apatah lagi syubhah,tapi itu bukannya alasan utk membenarkan sesuap makanan yg tak halal masuk dlm perut sy!Saya takut kerna Baginda s.a.w mengatakan bahawa badan yg membesar kerana makanan haram akan ke neraka,Nauzubillah.Saya jg takut dan risau utk ditanya tentang bagaimana sy menguruskan kewangan saya.Allah pasti akan bertanya apakah yg saya beli dan guna.Malang sekali rekodnya semua ada.Lengkap dan tersusun rapi,lgsung tiada peluang menipu!Ya Allah...alangkah ruginya jika ada 1 sen drpd duit sy yg sy gunakan utk maksiat.Takutnya...

kesimpulannya,saya rasa tak payah buat kesimpulan kot sbb sy yakin anda semua tahu apa yg saya mahu katakan.Gunakan masa muda kita dgn sebaik-baiknya!Kita takkan dpt mengulangi masa muda kita ini.Maka wajarlah kita gunakan dgn sebaik mungkin.Dunia ni bukan tempat utk kita enjoy,sebaliknya dunia ni tempat utk kita bersusah-payah kerana Allah sediakan 1 tempat rehat yg paling sempurna utk kita dalam syurga.

soalan kedua;'Solat'

soalan kedua;'Solat'
Syukur kpd Allah kerana mempertemukan kita lagi sekali utk sama-sama kita membicakan tentang soalan-soalan yg akan ditanyakan kpd kita di hadapan Allah kelak.Jika dlm entry lepas kita dah tengok soalan berkaitan amalan yg kita pernah lakukan,maka dlm entry ni kita akan melihat  secara detail1 amalan yg pertama sekali akan Allah tanya.InsyaAllah sy akan ringkaskan.

Sebagaimana yg kita sedia maklum,seorang muslim berkewajipan menunaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam.Kewajipan menunaikan solat ini sangat dititikberatkan dalam islam sehingga kanak-kanak seawal usia usia 7thn sudah diajar utk menunaikan solat,bahkan jika sudah berusia 10thn,dipukul pula jika tak mahu bersolat.Pukulan yg tidak menyakitkan utk pengajaran.

Masing-masing drpd kita tahu rukun islam ke dua itu!Bahkan ustaz jalal saya pun pernah cakap pasal ni.Baca kat sini dan sini ya!Oleh itu,sgt jelas solat itu 1 kewajipan yg sgt besar dlm islam.Mari bersama-sama kita merenung satu hadis drpd Abu Hurairah,Rasulallah bersabda;perkara pertama yg akan dihisab oleh Allah ialah solat.Allah akan memerintahkan kpd malaikat utk menilai solat kita,Kalau sempurna,Allah akan perintahkan malaikat utk mencatat amalan itu dlm buku catatan amal.Jika solat tu ada cacat,Allah perintahkan pula malaikat semak samada kita ada buat ibadah sunat tak.Kalau ada,solat sunat kita tu akan menampung kecatatan solat fardu kita.Hadis ni riwayat drpd Tirmizi.

Saya tak berhajat nak cakap banyak pasal solat ni.Sbb mmg sy yakin semua org tahu solat tu wajib hinggakan instructor cina sy yg ajar module 6(Material and hardware) pun akan bagi masa utk kami bersolat setiap kali asar sedangkan tak diperuntukkan dlm jadual pun masa rehat utk solat kerana kelas tamat pukul 6ptg.Dia yg cina pun tahu apa erti 'assola ti ala wah tiha' iaitu 'Solat diawal waktu!'..tapi of coz la dia tak join solat sbb dia non-muslim.Bercakap pasal solat di awal waktu ni,mari kita sama-sama tengok apa jwpan nabi bila sahabat tanya,'apakah amalan paling baik ya Rasulallah?'Baginda jwb,'solat diawal waktu'.Tak payah pandang org lain,tengok diri kita..kita solat pukul berapa?bahasa mudah faham,kita selalu solat mcm gajah-iaitu solat diakhir-akhir waktu.Tahu atau tidak?perbuatan sengaja melambat-lambatkan solat tanpa sebab itu juga adalah 1 dosa.

Sy nak share 1 kisah menarik yg diceritakan oleh seorang ustaz(nama dirahsiakan).Cerita ustaz tu ialah dia dtg bersolat di sebuah masjid tepi jalan.Dia terlewat 2 rakaat zuhur.Ketika itu,imam dah rakaat ketiga.Sebelah dia adalah seorang lelaki muda,yg sama-sama lambat mcm dia.Kedua-dua mereka bertakbir utk mengikut imam.Lepas imam bagi salam,ustaz ni bangun la utk tambah lagi 2 rakaat.Tapi budak muda ni bg salam sama-sama imam.Ustaz ni pun dah kacau tak khusyuk dah.Pastu bila dia habis solat dia keluar cari budak tu.Alhamdulillah jumpa budak tu tgh isap rokok smbil lepak-lepak.Ustaz tu dtg sapa dia,sembang-sembang kemudia ustaz tanya kenapa dia tak bangun solat utk habiskan lg 2 rakaat dia.Sepatutnya tak sah solat zuhur kalau buat 2 rakaat saja!Taw tak apa budak tu kata?

'Bro..at least aku sembahyang 2 rakaat!Bro tengok la kat luar sana tu!bersepah org-org yg tak semayang langsung!'..pergh,tergelak saya dengar kali pertama.Tapi 5 saat je rasa lawak,lepas tu rasa sedih.Sedih sbb apa yg saya pasti,kejahilan dan kemaksiatan sgt-sgt berleluasa.Bukan nak salahkan sesiapa melaikan salah saya sbb sy tak berupaya menghalang semua itu.Saya teringat satu ayat drpd surah maryam (19;59)-"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu,maka mereka kelak akan tersesat".Seram sejuk.Takut takut saya juga termasuk dlm golongan ni.

Saya juga nak ajak anda semua lihat ciri dan sifat solat org munafik.Boleh rujuk ayat 142 surah 4,an-nisa.Pertama,berdiri utk solat dgn malas.Kedua,bersolat dgn bermaksud riya' dan ketiga,sedikit aja kita ingat Allah.Aduh..rasanya saya ada ketiga-tiga ciri tu.Anda bagaimana?
 (gambar pakcik google.saya tiada dlm gambar)

 Kesimpulannya,sebagaimana yg saya selalu kata-"org yg tak beramal ialah org yg tak hidup".Org ini akan menemui Allah tanpa apa-apa bekal.Tapi ada juga org yg dtg kononnya membawa bekalan tapi ternyata yg disangkakan bekal itu cumalah debu dan habuk.Ini bolah berlaku,jika solat yg kita hanya tahap debu dan habuk.Maka saya berpesan kpd diri saya utk sama-sama meningkatkan kualiti solat dgn cara solat berjemaah dan banyakkan solat sunat supaya solat yg kita kerjakan ada nilainya disisi Allah.moga ada manfaatnya.Wallahua'lam.Bersambung dlm next entry pula.Tunggu...

Soalan pertama;"ko buat apa?"

Soalan pertama;"ko buat apa?"
Dlm entry yg lepas,kita sama-sama dah tengok apa firman Allah dlm surah 37 ayat 24 iaitu 'tahan dan soal'.Maka hari ni kita nak sama-sama tengok,apakah soalan pertama yg ditanya nanti.Umumnya,setiap umat islam diwajibkan percaya akan kewujudan hari pembalasan dimana pada hari itu setiap amal perbuatan kita akan dihisab dan diadili satu persatu sebagaimana yg disebutkan olehNya di dlm surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8-"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya)!"

Sebesar zarah?sgt detail bukan?itulah bukti keadilan Allah.Takkan kita dizalimi lagi disana.Baiklah,kita lihat apakah antara soalan-soalan awal yg akan ditanyakan.Nanti,dihadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil,kita akan ditanyakan tentang apakah amalan yg kita pernah lakukan di dunia bermula sedari kita akil baligh hinggalah mati,setiap perbuatan kita akan ditanya oleh Allah.Jom! kita tengok firman Allah dlm surah al-Hijr(15;92 dan 93)-"Demi Tuhanmu!Kami akan menyoal mereka semuanya(pd hari kiamat kelak), mengenai apa yang mereka telah lakukan.".Jelas?

Cuma satu persoalan.Mengapa Allah bertanya apa yg kita buat?Mengapa Allah tak tanya,mengapa kamu tak buat?Dalam satu hadis drpd Ibnu Abbas,Rasulallah s.a.w bersabda,"Di akhirat nanti,Allah takkan bertanya mengapa kamu melaksanakan sesuatu perkara,sebaliknya Allah akan bertanya mengapa kamu melakukan sesuatu perkara itu!'..Disini kita dapat melihat satu lg bukti keadilan Allah,sesuai dgn sifatNya yg Maha Adil.Allah mengadili perbuatan dan amalan kita bukan mengikut kuantiti tetapi mengikut kualiti.
(tiada lagi kezaliman slps mati)
Ada satu hadis yg cukup menggentarkan hati sy.Hadis panjang.Isi hadisnya lebih kurang berbunyi begini,iaitu berkisar tentang 3 golongan manusia.Golongan pertama ialah si pembaca al-quran yg mengajarkan al-quran kpd org lain.Dia dimasukkan ke dlm neraka sebab tujuan dia mengajar al-Quran ialah supaya org memanggil dia alim,dan dia telah mendapat penghargaan serta penghormatan drpd org ramai didunia.Golongan kedua pulak org yg mati syahid tapi dia dicampakkan ke neraka sbb tujuan dia berperang adalah supaya org gelar dia sbgai org yg gagah,berani dan pejuang dan dia telah pun mendapat semua gelara tu di dunia.Golongan terakhir pula ialah si kaya yg menyedekahkan hartanya tapi tujuan dia banyak menderma ialah supaya org panggil dia tu sbgai dermawan dan baik hati dan gelaran tu dia dah dapat di dunia,lalu dia masuk neraka.Nauzubillah..

Jelas bukan?Setiap amalan kita juga akan dinilai ikut tahap keikhlasan kita beribadah kerana dalam surah al-Hijr juga,Allah ada menyebut dlm ayat 39 dan 40 tentang sumpah syaitan yg mahu menyesatkan kita semua kecuali kpd org-org mukhlasin iaitu org yg ikhlas.Fikir-fikirkanlah dan selalulah kita bermuhasabah kerna takut-takut amalan kita selama ni diracuni dan dirosakkan oleh gejala riak,ujub dan takabbur.Ingatlah firman Allah dlm surah al-mulk ayat 2-'supaya Dia menguji siapa yg baik amalannya'..amalan yg baik,bukan amalan yg banyak.Banyak kalau tanpa ikhlas ternyata sia-sia.Tapi ingatlah dan pahatlah dalam otak kita semua bahawa hidup kita ialah utk melakukan amal soleh.Jika tanpa amal,maka kita tak hidup.

Kesimpulannya,saya sudah tamat dgn persoalan 1 dan saya akan smbung nanti dgn soalan ke2.Harap-harap anda semua enjoy membaca dan dapat faham dgn betul apa yg sy sampaikan td dan sama-sama kita praktikalkan dan aplikasikan apa yg kita tahu straight away!sikit-sikit,lama-lama jadi banyak.InsyaAllah.Bakal bersambung...ingat!Org yg tak beramal ialah org yg tak hidup di sisi Allah!Jangan jadi mcm tu...

Umur 1

Umur 1
Soalan yg famous juga,yg selalu org tanya kpd saya-'Anta umur berapa?/Kamu umur berapa?' Saya tak tipu,saya jawab aje umur saya nak masuk 20tahun,tapi bila saya terbaca kisah Ibrahim bin Adham,saya rasa tak jwpan saya tentang umur tu kurang tepat lah.Apa kisah Ibrahim bin Adham tu?ringkasan cerita,seseorang dtg jumpa dia dan tanyakan umurnya lalu Ibrahim jawab umur 10thn.Si bertanya tu pelik la sbb Ibrahim Adham tu sudah berjanggut,bertonggkat dan tua.Mustahil baru 10thn!Lalu Ibrahim Adham jwb,'baru 10thn aku dpt beribadah dgn baik,maka aku rasa hidupku baru 10tahun'.

Pengajaran cerita itu ialah kita tak boleh pisahkan hidup dan amal.Hidup ini ialah utk beramal.Org yg tak beramal sama aje dgn org yg tak hidup.Pengajaran kedua,umur sy baru 2 tahun!baby lagi!haha..sbb sy baru aja 1thn lebih mendalami islam.Syukur Allah temukan sy dgn turning point itu dan bagi sy 2nd chance.Ternyata hidup bersama Allah itu sgt2 best!Sgt best hinggakan tiada perkataan yg boleh menggambarkan keindahan hidup sbgai muslim 'yg bukan pada nama shj'.Nak best jgak?kena la sama-sama dalami islam.InsyaAllah.Kita sama-sama ya~!u r not alone

Baiklah,itu baru mukaddimah(pendahuluan).Dalam post ni,sy nak cerita pasal umur.Sesuatu yg kita pasti,bahawa 1 hari nanti,kita akan mati dan akan dihidupkan kembali.Bertepatan dgn firman Allah dlm surah al-Hajj(22;66)-Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.Hidup--mati--hidup balik!Utk apa hidup balik ni?Ramai org yg tak percaya kita akan hidup semula lepas mati.Bahkan org islam sendiri pun,ramai yg tak percaya dan paling ramai ialah org yg ragu-ragu akan kebangkitan semula ni!

Benarlah,sampai bila-bila pun 3 golongan Abu ni akan wujud.Golongan Abu pertama-golongan Abu Bakkar as-Siddiq.Golongan ni percaya sepenuhnya dgn islam.Golongan abu kedua-golongan Abu Talib,golongan ni tak percaya tapi tak menentang islam.Golongan abu ketiga,golongan Abu Lahab-golongan gangsters,terrorist yg sudahlah tak percaya,tentang pulak islam.Pandai-pandai lah anda nak meletakkan diri di tempat yg mana satu..

Ragu-ragu dgn hari kiamat ini akan menyebabkan kita tak mempersiapkan diri utk mati.Sedangkan Rasulallah sendiri menyatakan bahawa org yg paling pandai ialah org yg sentiasa mengingati mati.Maknanya,jika kita selalu ingat mati maka kita takkan buat benda jahat.Takkan berani nak cuba-cuba buat maksiat,dosa dan kemungkaran! Jangan marah kalau saya katakan pendosa-pendosa tegar ialah org yg lupa bhawa dia pun akan mati mcm saya Renung-renungkanlah ayat ini-Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya (al-anbiya' surah 21 ayat 1)

Baiklah,lepas kita mati,akan berlaku perhitungan amal.Allah sebut dalam surah As-saffat(37;24)-'tahanlah mereka.Sesungguhnya mereka akan ditanya'.Yakinlah bahawa sesungguhnya kita akan dihisab,diadili dan disoal oleh Allah.Kita akan ditanyakan dengan beberapa soalan yg menggentarkan jiwa di mahkamah yg paling adil yg takkan ada satu bentuk penyelewengan pun!

*Entry ini ialah kesinambungan utk entry lepas.*Sy taknak tulis entry panjang-panjang sbb org tak baca,nanti mesej tak sampai.Jadi setakat ni saja.Bersambung lg dlm next entry~insyaAllah

Barakallahuma

Barakallahuma
Entry ini berbaur jeles,tapi bukan sy yg jeles.Saya relax aje.Bismillah*-Barakallah utk abg Ihsan yg telah melansungkan perkahwinan ahad lepas.Berkat Allah utk kamu berdua InsyaAllah..Abg Ihsan mmg seorang murabbi yg baik.Bertuah sgt dia kerana seawal usia 23tahun sudah mempunyai kerja tetap di Sime Darby Properties dan memiliki sebuah kereta besar.Kejayaan yg sgt memotivasikan kami berempat.Perkahwinan Abg Ihsan sgt ringkas sempoi!Akad nikah dilakukan pd jam 11.30pg di rumah pengantin perempuan.Lepas aja akad nikah,tak payah susah nak bersanding pun,kami dah boleh makan.Makan pun boleh tahan jugak.Kambing ada,lembu ada,ayam pun ada.Kalau dah rasa gelojoh sgt,makan je semua mcm sy Tapi dlm banyak2 makanan tu sy paling suka ais kacang dia la!Siap bantai 2 mangkuk lg,takpe la sbb mangkuk kecik.

Bersanding pun takde.Itu yg bagus tu!Saya cukup tak setuju dgn bersanding ni.Bukannya saya tak suka sbb diri sy sndiri yg tak suka,tp itulah...logik ke sy menyukai sesuatu yg Allah dan Nabi tak suka?Ops!Terlepas cakap pulak.Saya tak kesah kalau anda nak bersanding,buat lah.InsyaAllah saya datang juga kalau dijemput.Tapi kalau ada niat nak bersanding mcm org selalu buat,baca dan fahami dulu artikel ringkas ini.Bagi yg dah kawin dan dah bersanding,tak pew la.Tak payah marah dan pangkah saya,benda dah berlalu.Istighfar dan menyesal pun cukup.jangan risau sbb Allah berjanji akan menghapuskan dosa yg dilakukan secara tak sengaja,tak tahu dan terpaksa.(hadis 40).So,skrg kita dah tahu hukum sanding,jgn pulak kita suruh anak kita bersanding.Tapi kalau nak buat juga,terpulanglah.Saya tegur sbb saya sayang  anda semua saja.huhu..nada sedih..

Perkahwinan Abg Ihsan juga best sbb dihadiri oleh org-org soleh(saya tak masuk list).Sepanjang 3jam lebih sy menyemak disana,mmg rata-rata tetamu yg dtg semuanya baik,sopan dan soleh solehah.Bagus sbb org yg soleh dtg sambil bawak doa dan berkat.Ada hafal doa pengantin tak?kalau tak hafal jom layan YouTube lagu ni mengancam Erm,gambar ambik juga,tapi terhad kpd gamba Abg Ihsan aje.Gambar zaujah dia tak ambik.Normen la yg paling busy ambik gambar.Tapi bagus juga,sbb kami mmg tak penah bergambar dgn murabbi kami ni.huhu
Eh!Disebabkan ni cerita pasal kahwin,maka wajar saya cerita sikit pasal hukum menghadiri majlis perkahwinan.Secara dasarnya,memenuhi jemputan kahwin hukumnya wajib-kecuali bagi salah satu drpd sebab-sebab berikut.
  1. Kenduri yg dijamukan dgn arak(apa-apa yg memabukkan lah)
  2. Dimasak sesuatu yg tak halal(makanan dan sumbernya)
  3. Kenduri yg bila kita dtg,seseorang akan menjatuhkan maruah kita dpn org.
  4. Kenduri yg hanya kita dijemput,tp bini kita dan ahli kelaurga kita tak dijemput
  5. Kenduri tu membezakan si  miskin dgn si kaya(kaya makan kambing bawah khemah ada air-cond,tp org miskin dijamu nasi dgn telur goreng aje,pulak tu duduk tepi longkang)
  6. Kenduri yg jaraknya jauh(pandai-pandailah fikir 'jauh' tu mcmana)
Adapun perkahwinan tu,kalau rasa nak bercinta sampai ke syurga maka hendaklah didirikan atas jalan taqwa.Banyak hadis menceritakan tentang tujuan kahwin.Antara yg famous ialah-"Allah berhak menolong 3 golongan iaitu org yg berjihad di jalan Allah,hamba yg mahu menebus dirinya dan org yg berkahwin dgn tujuan mahu memelihara kehormatan dirinya'-hadis riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan al-Hakim.

Satu lagi hadis yg cukup familiar dgn kita ialah-"Siapa yg berkahwin ertinya dia telah menyempurnakan sbahagian drpd agama,maka hendaklah beraqwa utk sebahagian lagi"-riwayat al-Baihaqi.Ops,jangan salah faham.Tujuan saya tulis hadis ni sbb saya nak anjurkan anda semua utk kahwin cepat-cepat.Saya lambat lagi.jangan tanya bila!haha.Satu cerita lagi yg sy nak kongsiakan ialah masa saya mesej abg Ihsan dgn tujuan saja-saja nak usik dia.Biasalah,esok pagi nak kawin.Saya ajak dia makan nasi bujang buat kali terakhir sbb esoknya dia kahwin,dah tak boleh makan nasi bujang.Lalu dia reply,'bla..bla..malam ni kena banyakkan tilawah,zikir dan muhasabah.Doakan ana'.

Tersentak saya bila membaca mesej tu.Sbb ini menunjukkan bahawa Abg Ihsan sgt sedar akan tanggungjawab yg harus dia pikul sbgai suami.Tanggungjwab yg akan dipersoalkan dihadapan Allah hinggakan diceritakan dlm hadis bahawa-tiada dosa yg lebih besar drpd dosa akibat kejahilan isterinya.Betapa selama ni ramai org melupai tanggungjwb menyediakan pendidikan agama kpd ahli keluarganya.Selain itu,tanggungjwb suami juga adalah utk menyeru ahli keluarga menunaikan kewajipan kpd Allah sbgaimana yg dinyatakan dalam surat Taha ayat 132-"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya".Solat kena sabar,takleh solat 'patuk ayam'...hehe

 Nak tahu lebih,boleh juga baca dlm entry sy yg lepas berkaitan dgn ibubapa disini.Bagi anda yg sudah ada calon tu,segerakanlah berkahwin kerana pekahwinan ini sunnah yg besar dan juga satu tuntutan dlm islam.Ajaran islam tu sgt cantik.Sgt memahami.Islam faham bahawa setiap manusia memerlukan seks,mcm haiwan perlu.Tapi islam menganggkat darjat manusia melalui sistem kekeluargaan.Lihat sajalah binatang,mana ada kawin.Asal nak je,tak kira tempat mereka boleh buat.Islam memang cantik!itula sebabnya perkahwinan disyariatkan dan zina diharamkan.Kalau anda rasa nak kahwin,tp rasa duit takde so yakinlah dgn janji Allah ini,sbb sy TAK PERNAH pula belajar atau dengar bahawa kalau nak kawin kena tunggu banyak duit dulu-"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),lagi Maha Mengetahui".-An-Nuur;32.Janganlah salah faham.Islam tak kata kahwin mesti menelan kos ribuan rupiah ringgit!

Akhir kata sblm sy habiskan artikel ni,saya nak mintak maaf kalau artikel ni berbentuk peribadi.Seperkara lagi,ingat pesan saya yg sy ambil drpd Quran-jangan dekati zina-(17;32).Moga anda semua hidup bahagia,dunia dan akhirat.Kpd abg Ihsan,tahniah!kami tak sabar nak menunggu 'anak sedara'.hehehehe.. Tambahan-ini kali pertama sy taip satu entry 2 kali sbb masa nak publish,internet problems dan hampir 50% entry ni hilang.Subhanallah.Seperkara lagi,exam physics semalam postponed dan kami diberitahu setengah jam sblm exam.Lusa exam basic aerodynamics dan next week,electrical fundamentals dan physics pulak.Keep on doa ya~!

Kesuntukan masa

Saya nak tulis laju-laju ni.Masa semakin suntuk.3 exams to go starting from next monday.Ok,baiklah.Alhamdulillah,anda semua mesti sudah baca entry ini dan semestinya sudah mula memikirkan penyelesaian masalah kita kan?-Apa yg perlu kita buat supaya kita dapat mati dalam islam dan dijauhkan drpd neraka?

Sesungguhnya Allah Maha Adil.Bukti keadilan Allah yg paling cantik dan stylo ialah penciptaan syurga dan neraka.Mengapa ya?Allah beri syurga kpd org baik,dan org jahat Allah bagi neraka.Nak masuk neraka mudah sgt.Sbb jalan ke neraka tu lurus,bersih,terbentang luas lagi.Tapi jalan ke syurga pula berliku-liku,susah-terpaksa mendaki,turun bukit,sempit pula dan ditambah pula dgn banyak halangan.Sebab itulah org tak ramai yg mahu melalui jalan ni.Takut tayar kereta pancitlah,penatlah,jauhlah,bosanlah,bla..bla..bla..-itu antara alasan mengapa kita tak cuba melalui jalan syurga.

Saya seorang pelajar skrg,dan saya akan mati sebagai seorang pelajar.Saya seorang pengembara,dan saya akan terus mengembara sampai saya tiba di 'padang itu' bersama-sama anda.Saya juga seorang pencinta,dan saya mencintai anda semua.Atas maksud kasih sayang dan persaudaraan,saya dgn rendah diri mengajak anda bersama-sama,kita lalui jalan mujahadah ini.Saya perlukan anda semua utk menemani saya dalam menempuhi pendakian ini.Kita perlu saling melindungi.Jalan ini sgt mencabar,tapi penamatnya yg indah akn membuatkan kita lupa akan kepayahan pendakian kita ini.InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim-Alhamdulillah,Allah masih beri sy masa utk update blog,berkongsi buah fikiran dgn anda.Masa sy semakin terhad.Saya tak ada banyak masa-8 jam tidur,8jam belajar,8jam lg sy buat hal lain-lain.Sy sibuk dgn buat sesuatu yg sy tak tahu,tp sy tahu sy sibuk.Sgt sibuk.Saya perlukan lebihan 6 jam setiap hari supaya dapat saya ziarah semua blog kat Malaysia ni dan ajak anda semua utk habiskan 10-15minit shj utk kita berfikir-apa kesudahan/pengakhiran hidup kita.

Seorang yg bakal nak exam,akan study gila-gila.mcm sy  Org yg nak mati pula akan beribadah mati-matian.Org yg nak kaya pula,kerja smpai hampir gila.Tapi masalahnya,kita tak tahu kita nak apa.Nak kaya?tak kaya..Nak bahagia?banyak pula masalah..Nak cemerlang?exam cukup makan aja..Nak apa ya?Kita nak redha Allah?er...tunggu tua sikit la...muda ni enjoy dulu.Kahwin pun belum lg ni!(Awas!ini sindiran)

(Ini antara subjek yg saya ambil,klik utk besarkan gambar)

Wahai saudaraku yg ku cintai dan kasihi.Benar!kita muda.Benar,kita kuat!Benar,kita kacak dan cantik!Tapi,kita tak diredhai Allah.Belum.Kita belum diredhai lagi,belum komfem.Kita akan tahu bila sudah 6 kaki dalam kubur.Waktu tu kita akan berdoa dgn salah satu doa ini iaitu,"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minun : 107).Ada juga org yg akan berdoa dgn doa ni,Ia akan berkata:"Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"-(Al-Fajr : 24).

Hakikatnya kita memang tak bersedia lagi utk mati.Kan?Tapi yg paling best,bila kita jadi mcm Habibun Najar yg berdoa,"Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui"-yassin ayat 26.Kisah Habibun Najar ni best sgt sbb dia mati kena bunuh sbb dia ajak kaum dia sembah Allah.Berbalik kpd soal masa,saya tak banyak masa,dan anda pun tak banyak masa juga lagi.Kita sama-sama ada 24jam sehari dan 7 hari seminggu.Kita juga sama-sama menjadi makin tua dan sama-sama jd makin matang..Kita sama-sama yakin bahawa time machine-(yg boleh kembali ke masa lepas)tak wujud.Doraemon pun tak wujud juga.kan?

Yang wujud ialah kematian yg kita tak suka.Imam As-Suyuti pernah menulis dalam satu kitab,'harus utk seseorang berdoa minta segera dimatikan bila fitnah berleluasa.Saya masih belum berdoa utk mati sbb saya masih belum puas enjoy lagi.Kan kita semua setuju bahawa hidup ini utk enjoy.Awas!ini juga sindiran semata-mata.hehe.Ops,saya serius ni.haha Fitnah berleluasa?maknanya-kiamat makin dekat-maknanya dajjal akan turun-Bila dajjal dtg bersama janjinya,kita akan berpotensi menjadi salah seekor pengikkutnya dan kita akan menyaksikan event ini-"akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam:"Adakah engkau sudah penuh?" Ia menjawab:"Adakah lagi sebarang tambahan?"-(Qaaf : 30).

Kesimpulannya,ambil sedikit masa-kalau perlu,curi!Curi masa.Mencuri masa hukumnya tak haram,sbb kita boleh mencuri barang kita yg telah dicuri org(curi balik).10minit sahaja utk zikir dan istighfar sblm tidur.Baca Quran sedikit slps solat subuh,dan kalau mampu,saya yakin anda mampu-kita kurangkan hiburan.Saya akui,kita semua suka hiburan,tapi bukan semua org perlukan hiburan.Mereka(org yg byk berhibur)tu ada banyak masa,tapi kita tak banyak masa.Tak payah la compare dgn diorang.Kita KURANGKAN hiburan ya.

Akhir kalam,saya akan update blog ni setiap 2-3 hari insyaAllah kerana sy rasa inilah satu-satunya cara saya menyatakan kasih sayang sy kpd anda.Saya mahu kita semua berjiran di syurga sana,sambil kita berbual-bual dgn para sahabat r.a dan menatap wajah suci Baginda Rasul.Tolong bantu sy mencapai hasrat ini.Al-hujurat ayat 10-'Kita semua bersaudara dan perlu memperbaiki hubungan kita'.Tq sbb baca.Saya sgt2 hargai~