Mencari Wajah Tuhan

Mencari Wajah Tuhan

Mencari wajah tuhan,
menemukan aku dgn wajah jelek diriku sendiri,
tiada yg indah pada wajah ini,
hanya secebis nilai hamba,
yg masih tersisa.

Mencari wajah tuhan,
menemukan aku dgn anjing-anjing dunia,
mengenalkan aku dgn samseng-samseng kehidupan,
mereka-mereka yg tak pernah berputus asa,
memanggil namaku utk menyertai saf mereka,
memperjuangkan syurga sengsara.

Mencari wajah tuhan,
membuka sejuta kerosakan,
membongkar semua rongga kesulitan,
membunuh segala keluh kesah,
membersihkan segala karat dan kotoran,
lalu takbir dilaung penuh merdeka,
bebas tanpa duka lagi.

Mencari wajah tuhan,
menemukan aku erti hidup,
yang selama ini ialah rahsia,
kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.

Wahai Allah yang Maha Pengasih,
aku telah jatuh cinta kepada Mu
hidupkanlah aku dalam cintaMu,
dan matikanlah aku dalam kasihMu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hambaMu,
yg akan menatap wajahMu dalam syurga,
tiada duka,tiada sengsara,cuma kebahagian yg hakiki,
balasan atas kekerdilan diri,
mencari wajah tuhan.

26/8/2010

Ummat memerlukan kita

Ummat memerlukan kita
Sedang saya mengikuti kelas,telefon saya vibrate.Ada mesej masuk,daripada murabbi saya.

Sang Murabbi: Salam.Malam ni slps maghrib ada malam Palestin di masjid X(saya sudah lupa lokasinya).Kalau anta nak join,ana dtg ambik dalam pukul 6 lebih.Kita solat kat sana.

Saya balas sms : Wslm.Afwan.Teringin nak ikut tapi takleh,ada kelas smpai pukul 9 mlm.

Sang murabbi : No problem.Ummat memerlukan aircraft engineer utk melawan Israel.

Saat membaca sms yg terakhir tu,semacam ada air sejuk mengalir di hati ni.Sejuk.Ya,sebelum ni jarang saya berfikir sedalam,sejauh dan sehikmah begitu dan saya tahu,ramai org berkongsi rasa yg sama.Kita lupa bahawa belajar itu adalah ibadah.

Saya pernah bertanya kpd ramai ahli ilmu dlm mentafsirkan hadis berkenaan fadhilat menuntut ilmu duniawi dan jawapan mereka semua hampir serupa.Ganjaran yg sama Allah akan ttp diberikan,selagi ilmu yg dituntut dilandasan taqwa.Dlm erti kata lain,tujuan dan niat itu memainkan peranan yg sgt signifikan.

Jika seorang Yahudi lahir di dunia,ibubapanya mentarbiyyah anaknya supaya menjadi org yg berjaya supaya dgn kejayaan,dendam,kemusnahan dan kezaliman keatas umat islam dpt diteruskan.Berbeza dgn kita,jika anak melayu lahir,ibubapa akan mentarbiyyah anak-anak dgn program hiburan,tom-tom bak,bintang kecil  dan seterusnya lenyap musnah semangat jihad anak kita.

Bukannya saya menyalahkan penganjur rancangan hiburan itu.Tidak! saya tahu fitrah manusia mahu berhibur,cuma saya terkilan kerana dlm banyak perkara yg kita tiru dprd Yahudi,mengapa kita tidak meniru cara mereka mendidik anak-anak?

Sejak kecil anak mereka diajar utk menguasai ilmu sains dan tiap-tiap kali sblm makan,mereka akan dikhutbahkan oleh ibubapa mereka utk memusuhi islam.Setiap hari,telinga mereka mendengar dan merakam lalu kebencian terhadap umat islam makin lama makin menebal bagi mereka.Kerana itu,sains yg mereka kuasai,mereka niatkan utk menghancurkan umat islam.

Bagi mereka,itulah ibadah.Bagi kita umat islam,bagaimana kita mahu beribadah dgn ilmu sains?

Seharusnya dgn sainslah,kita menggunakan kepakaran dan ilmu utk membangunkan islam.Kita cipta produk makanan baru yg tiada unsur syubhah.Kita bangunkan teknologi persenjataan kita sendiri.Kita boleh bangunkan system pemerintahan kita sendiri.Kita juga boleh mencipta system pertahanan kita sendiri.Semuanya boleh,semuanya mampu.Bezanya ialah usaha.’Setakat manakah kita faham nilai menuntut ilmu ialah ibadah?’
Kpd sang murabbi yg banyak membimbing saya,terima kasih banyak.Selama ni saya hanya memandang ilmu dunia utk kehidupan dunia,sedangkan ia juga berguna utk kehidupan akhirat.Moga dgn tertulisnya artikel ini,umat islam akan menjadi lebih bersemangat utk belajar kerana telah sedar bahawa dgn ilmu,islam dapat dimajukan.InsyaAllah dlm masa beberapa tahun lagi,kita akan melihat islam kembali mendapat kemenangan.Wallauhua’lam

Anak kesayanganku~

Setiap bayi yg lahir adalah dalam keadaan suci.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa).Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” –(Hadis riwayat Bukhari)

Pendidikan kpd seorang anak adalah tersangat penting,kerana pendidikan sedari awal inilah yg akan menentukan siapa mereka tika dewasa kelak.Kita lihat bagaimana cara Nabi mentarbiyyah anak kecil.Dalam sebuah hadis yg diceritakan oleh Ibnu Ibbas r.a,ketika dia bermusafir bersama Rasulallah,Rasulallah berpesan kpdnya,’Ya Ghulam.Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu.Jagalah Allah,pasti Dia akan bersamamu.Jika engkau mahu meminta sesuatu,mintalah drpdNya dan jika engkau mahu meminta pertolongan,maka mintalah pertolonganNya'.

Dalam bahasa arab,’ghulam’ itu merujuk kpd kanak-kanak yg telah tamat tempoh menyusu badan hinggalah sebelum baligh.Saat itu,Ibnu Ibbas baru berusia 10 tahun.Tapi Rasulallah telah mentarbiyyah beliau kpd sesuatu yg besar,iaitu tauhid.

Memberi pengajaran tauhid kpd anak-anak adalah perkara yg paling awal,paling penting kerana tauhid ini berfungsi seperti cawan yg menakung air.Jika terdapat sedikit kebocoran pun,air akan mengalir keluar.Jika kita membuka lembaran al-Quran pun,ayah mithali Luqman al-Hakim juga memperingatkan anaknya kpd benda yg sama,iaitu jangan sesekali kau,anak kesayanganku mensyirikkan Allah.

Saat ini,ayah dan ibu yg manakah yg berpesan kpd anak mereka utk tidak mensyirikkan Allah?Rata-rata berpesan kpd anak-anak supaya besar nanti jadi pilot,jadi engineer,gaji besar dan hidup senang.Tidak mengapalah,kerana itu sememangnya tanda cinta ibubapa yg mahu melihat anak hidup senang.Tapi apa gunanya hidup senang di dunia,jika 24 jam hati tak pernah tunduk,patuh kpd Allah?

Ya,anak-anak kita masih kecil.Kerana masih kecil lah mereka sgt mudah ditarbiyyah.Apa tarbiyyah kita?kita mentarbiyyahnya dgn rancangan bintang kecil,tom-tom bak,dan akademi fantasia.Kita mentarbiyyahnya dgn baju-baju seksi,mekap-mekap berjenama dan anak patung,anak patung yg menyerupai berhala.
Ya,anak-anak kita masih kecil.Apa ilmu yg kita ajar pertama sekali?Rasulallah bersabda bahawa seawal usia 6 tahun,kanak-kana seharusnya telah diajar utk bersolat.Sebaliknya kita ajari mereka ilmu tarian dan ilmu nyanyian.Mereka kenal artis lebih drpd mereka kenal Muhammad s.a.w.Rasionalkah?

Kita lakukannya atas alasan,’mereka masih kecil’.Sedangkan pelajaran di masa kecil inilah yg akan paling memberi kesan kpd anak-anak.Seorang ibu yg tak menutup aurat,dosanya bukan hanya 24 jam,bahkan sampai kiamat!Pertama ialah dosa kerana melanggar perintah Allah.Keduanya ialah dosa menaikkan nafsu lelaki,dan ketiga,dosa kerana menjadi ikhtibar dan contoh kpd anak-anak.Jika kelak anak-anak pun seksi,dia dapat dosa.Jika cucu-cucu pun seksi,sbb tiru anak dia,dia pun dpt dosa.Begitulah seterusnya...

Wahai saudara,jika betul kita sayang mak ayah kita yg dah mati,hentikanlah maksiat kerana mereka mendapat saham atas perbuatan kita.

Kerana itulah, doa anak soleh boleh menjadi penyelamat ibubapa drpd azab kubur.Sifirnya mudah,anak soleh hanya akan lahir drpd tarbiyyah islamiyyah ibubapa.

Bagi seseorang lelaki yg mahu memikul tanggungjwb sebagai suami dan ayah,dia harus bersedia memikul dosa-dosa isteri dan anak-anaknya.Kerana inilah,akan wujud lelaki yg lagi selangkah saja lagi utk masuk ke syurga namun akhirnya isteri dan anak menariknya sama-sama ke dalam neraka.

Keluarga bahagia,keluarga sakinah takkan wujud sekiranya suasana islam dalam diri tak wujud.Ibu imam syafie mengandungkan imam syafie rah. selama 12 bulan.bayangkan betapa susahnya ibu yg mengandung tapi ternyata ia sgt berbaloi.Kesusahan ibu utk melahirkan anak,terbalas dgn sumbangan yg teramat besar anaknya kpd ummat islam.Sebaliknya kita sendiri aneh,akhir zaman org yg beranak sgt mudah.Beranak anak sulung dlm tandas,dlm bilik bahkan ada di dlm semak!Mudahnya?
Tapi apa balasan atas mudahnya melahirkan anak?Kerana itulah jika kita bertanya kpd doctor yg bertugas menyambut kelahiran dan melihat kematian,mereka akan berkata bahawa wanita solehah amat susah melahirkan anak,tapi amat mudah utk meninggal dunia.Berbeza dgn wanita fasik,utk beranak sgt mudah tapi utk mati azabnya sgt menyedihkan.

Ibu yg melahirkan anak seumpama seorang pejuang.Matinya saat itu,dikira mati syahid.Kerana itu,harus kita sama-sama beringat bahawa melahirkan anak itu sgt perit tetapi mendidik anak supaya menjadi org bertaqwa itu puluhan ganda lebih perit.Persediaannya bukan bila-bila,tetapi sekarang..saat kita belum kahwin lagi kerana percayalah ckp saya,kalau masa kita bujang kita malas nak menuntut ilmu agama,pas kahwin pasti akan lebih liat.Maka,persiapkanlah diri utk memikul dosa mereka.Wallhua’lam

'Saya' yang mahu kahwin

'Saya' yang mahu kahwin
Siapa tak nak kawin?rasanya semua org nak berkahwin,kan?Cuma tujuannya saja yg berbeza-beza.Ada org berkahwin kerana harta,ada pula yg berkahwin kerana mahu mengelak zina,tapi ada juga org yg berkahwin kerana mahu mengikut sunnah Rasulallah s.a.w

Saya pun selalu bergurau dgn kwn-kwn lelaki saya,siapa antara kami yg akn mula-mula sekali kahwin.InsyaAllah bukan saya.Fitrah manusia akan sunyi jika hidupnya sebatang kara.Manusia memerlukan teman,memerlukan pasangan.

Dan bagi saya,saya memahami bahawa perkahwinan itu adalah separuh drpd urusan agama saya.Bersesuaian dgn Sabdaan Rasulallah bahawa dgn berkahwin,sebahagian drpd urusan agama saya telah selesai,maka dgn itu saya wajib utk bertaqwa utk mendapatkan sebahagian yg masih tinggal-riwayat al-Baihaqi.

Memilih pasangan hidup,bukan semudah memilih pakain di pasaraya.Setiap aspek kehidupan harus diteliti.Ramai org memandang bahawa perkahwinan itu adalah utk mencegah zina.Ya benar.Dgn berkahwin,zina dpt dielakkan.Tapi,pekahwinan adalah lebih drpd itu.Jika ada org yg merasakan susah utk mengelakkan zina,maka dia harus sedar bahawa tanggungjwb sesudah perkahwinan adalah lebih besar dan payah.Perkahwinan adalah tanggungjawab dan hanya org yg bersedia sahaja layak memikul tanggungjawab ini.

Saya tak memandang diri saya sebagai masih muda walaupun saya masih berusia 20 tahun kerana saya sedar bahawa utk memikul tanggungjwb yg sebesar itu,saya perlu benar-benar bersedia.Jika kita merasakan bahawa persediaan sblm kahwin hanyalah beberapa bulan sebelum akad nikah,maka kita telah silap.Sebaliknya utk memikul tanggungjwb sbgai suami atau isteri,persediaannya bermula selepas sahaja baligh.

Saya bukan seperti seorang akhi mahasiswa yg saya pernah jumpa.Sengaja saya mahu mengusik dia dgn soalan,’Anta bila nak kahwin?’,Lalu dijawabnya,’Tggu ana dapat tahajjud hari-hari tanpa bantuan alarm’.Mantap sekali jwpn dia dan benar-benar memberi kesan kpd saya.

Rasulallah pernah bersabda bahawa ada 3 perkara yg kita perlu segerakan.’Pertamanya ialah berbuka jika sudah masuk waktunya.Keduanya ialah menguruskan jenazah dan yg ketiga ialah berkahwin jika sudah tiba masanya’.

Dan dlm hadis yg lain Rasulallah berkata,’Jika kamu tak mampu utk berkahwin lagi,maka berpuasalah’

Kaitan dua hadis ini ialah,utk berkahwin setiap pasangan memerlukan kemampuan dan kesediaan.Dan kesediaan yg paling utama ialah ilmu.Ya,ilmu lah yg paling utama.Ilmu sentiasa mengatasi yg lain dalam banyak hal.Adakah kita mengira bahawa utk mencari ilmu,cukup sekadar dgn kursus perkahwinan selama 2 hari?

Tidak!sama sekali tidak.Sebenarnya kewajipan menuntut ilmu agama itu telah disandang oleh kita sejak kita baligh lagi.Keluarga bahagia bukanlah keluarga yg kaya,tapi keluarga bahagia itu ialah keluarga yg diberkati.Bagaimana mahu rumah tangga diberkati jika dalam perkahwinan,Allah melaknat kita?

Bagaimana utk tahu adakah kita dilaknat jika bukan dengan ilmu?

Saya pernah YM dgn seorang sahabat.

Dia: iqbal,betul ke bersanding tu haram?
Saya: Ya.betul
Dia : Alaaa…once in a lifetime kan..
Saya: Pasti ke hanya once? :)
Dia : er……..

Saya tak salahkan dia.Sebaliknya saya kagum dgn dia kerana dia selalu bertanya.Bagus.Saya sgt yakin,bahawa ramai dalam kalangan kita yg mengimpikan perkahwinan yg sekali,tak bercerai-berai sampai lah mati.

Tapi saya tidak.Saya mahukan berkahwin dua kali.Sekali di dunia,sekali lagi di syurga.Pasangan suami isteri yg layak ke syurga,kedua-dua mereka akan dikahwinkan sekali lagi oleh Allah.Subhanallah.Biarlah jika di dunia,banyak benda kita tak boleh buat,asalkan mati nanti kita ke syurga.kan?

Sebaliknya,jikalau suami isteri kedua-dua ke neraka,walaupun kat dunia mereka pasangan paling romantis,di neraka mereka akan saling membenci.Yakinlah…mereka akan saling menyalahkan sambil badan diratah api neraka jahannam.Binasalah diri,jika hati tak memahami erti tanggungjawab.

“segerakanlah berkahwin,bila dah sampai masanya”

Bila ‘sampai masanya’ itu?Sampai masanya ialah bilamana kita sudah bersedia utk memikul tanggungjwb.Kesediaan individu itu berbeza.Ada yg masa tgh belajar pun dia mampu.Jika rasa ilmu di dada dah mantap,tafaddhol.Silakan..Sama juga halnya dengan cinta.Jika rasa dlm tempoh terdekat kita tak memungkinkan kita utk berkahwin,tolonglah jgn bercinta.Cinta yg jauh drpd perkahwinan hanya akan membuka ruang zina.
(GAMBAR HIASAN-saya penah terbaca di blog seseorang,beliau jeles tengok gambar ni.haha)

Kesimpulan
Saya hanya mahu menyampaikan mesej bahawa persiapan perkahwinan drpd sudut spiritual adalah lebih utama.Persiapan ini harus bermula selepas sahaja baligh dan dimulakan dgn menuntut ilmu yg cukup.Bertemanlah,dan bercinta lah dgn Allah dahulu sebelum kita layak bercinta dgn manusia.jadilah imam kpd nafsu kita sendiri,sblm kita layak menjadi imam kpd anak dan isteri.Wallahua’lam.

Asbabul Jahiliyyah

Asbabul Jahiliyyah
Karat Jahiliyyah
Rosak besi kerana karat.Rosak manusia kerana jahil.Kedua-duanya sama bahaya,sama mudharatnya.Kerana karat,besi hilang kekuatannya.Manusia yg tiada cahaya,juga sama.Akalnya tidak berfungsi utk memakmurkan muka bumi Allah.Ya.Jahiliyyah lah penyakit yg paling memudaratkan.

Maka,penting sekali bagi kita utk memahami sifat-sifat dan sebab-sebab manusia menjadi jahiliyyah. Benar,masyarakat arab jahiliyyah telah pun ribuan tahun berada di dalam tanah.Jasad mereka sudah hancur,tapi sirah dan sejarah mereka masih tersimpan rapi,kerana kita telah mewarisi sifat jahiliyyah mereka.

Dek jahiliyyah,hati kita tidak lagi berperanan utk memberi fatwa,yg mana baik dan yg mana buruk.Hati yg dipacu dan ditunggangi sifat jahiliyyah,fungisnya cuma satu iaitu merosakkan diri sendiri,dan merosakkan org lain.

Sahabatku,ambillah ini sebagai suatu yg serius.

Sebab-sebab manusia kembali kpd jahiliyyah
Pertama sekali ialah kerana kita bersangka buruk dengan Allah.Kita mengharapkan balasan segera drpd amalan kita.Solat kita,ibadah kita,semuanya kita lakukan kerana mengharapkan ganjaran yg boleh dilihat pada pandangan mata sedangkan itu semua termasuk dlm benda-benda ghaib.Kadangkala Allah sengaja menyembunyikan kebaikan,kerana Dia mahu menguji keyakinan kita.Adakah kita akan bersangka baik dengan Allah atau sebaliknya?
Maka,ingatlah amaran keras Allah dalam surah Al-fath ayat 6-"Dia mengazab org munafik lelaki dan perempuan serta org musyrik lelaki dan perempuan yg bersangka buruk dengan Allah..."
Sebab kedua kita kembali kpd jahiliyyah adalah kerana diserang al-istighna' iaitu kita merasa cukup dgn amal ibadah kita.Bila diajak kpd kebaikan,kita menolak dengan alasan,"aku sudah cukup baik.Aku tak memerlukan itu".Maka,dgn mudah kita diserang fahaman murji'ah iaitu kita berkira-kira kononnya kita akan masuk syurga tanpa perlu beramal dan kononnya Allah akn mengampunkan dosa kita dgn begitu saja.
Firman Allah dalam surah Al-alaq ayat 6 dan 7-"Sekali-kali tidak!sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas,apabila melihat dirinya serba cukup"
Sifat yg kita warisi ini juga diceritakan oleh Allah dlm surah luqman ayat 21-"apabila dikatakan kpd mereka,'ikutilah apa yg diturunkan oleh Allah'.Mereka menjawab,'Tidak!kami hanya mengikuti kebiasaan nenek moyang kami".Hati-hati kerana saya perhatikan ramai dari kalangan kita yg memiliki fahaman ini,termasuklah saya sendiri.

Sebab ketiga ialah Takbur.Takbur bererti sombong.Boleh kita kaitakn takbur dgn keadaan kita yg menolak nasihat dan memandang hina pandangan alim ulama.Moga Allah menjauhkan kita drpd fahaman 'ana khairun munhu'-aku lebih baik drpd dia.Fahaman ini lah yg dinukilkan dalam surah al-A'raf ayat 12,bilamana iblis menolak perintah Allah supaya sujud.memberi penghormatan dan Iblis refuse,'aku lebih baik drpd Adam!!'
Celakalah iblis dan celakalah manusia yg memiliki sifat ini.
Sebab yg seterusnya ialah hawa nafsu.Saya tak berhajat utk menghuraikan berkenaan nafsu kerana saya pernah berkongsi tentang perkara ini di sini.Feel free to read.

Sebab yg terakhir sekali pula ialah taqlid,iaitu ikut-ikutan.Keras sekali larangan Allah dalam surah al-israk ayat 36-"Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,semuanya akan diminta supaya dipertanggungjawabkan" Saya juga tak mahu bercakap panjang tentang ini.Lain kali mungkin...

Kesimpulan
Sesudah kita tahu akan sebab-sebab dan punca kita kembali kpd zaman jahiliyyah moden,seharusnya kita mula merancang.Apakah cara terbaik utk mengawal diri,menjaga akidah dan menyelamatkan iman kita supaya saat kita mati nanti,kita tidak mati dalam jahiliyyah.Plan it,now!

Kita pejuang Israel?


Atas segala kekejaman mereka,kita masih bersahabat dgn mereka
Atas segala kemusnahan mereka lakukan,kita masih memuja mereka
Atas segala kerosakan mereka perbuat,kita masih memperakui mereka
Atas segala kesundalan mereka,kita tetap membantu mereka

Dimana sesitiviti kita keatas saudara kita yg dibunuh sewenang-wenangnya seperti binatang?

Benarlah kata Saidina Umar r.a,'Allah membantu kaum muslimin kerana maksiat yg dilakukan puak kuffar"

Lihat sajalah diri kita,apa jenis dosa yg saya dan anda belum lakukan?Kita lah hijab dan penghalang kpd turunnya bantuan Allah!!

Aneh...pelik..ajaib..
Kita mengatakan kita membenci Israel,
Tapi dlm masa yg sama,kita mengagungkan hiburan...
kita memuja artis-artis..
kita menggunakan barangan keluaran mereka..
dan paling buruk,kita memperakui cara hidup mereka dan kita guna pakai hukum dan undang-undang mereka! 

Kita adalah pejuang Israel..itu realitinya..

Sampai bila kita masih tetap mahu bersubahat?
Sampai bila kita masih tetap mahu menggunakan produk keluaran mereka?
sampai bila kita masih mahu mempraktikkan undang-undang mereka?
Cara hidup mereka?Hiburan mereka?
dan....
mencandu rokok buatan mereka??

Moga nanti bila Allah tanya apa sumbangan kita dalam perjuangan melawan Yahudi Laknat dan kuncu-kuncunya dari golongan org islam atau bukan islam,kita berupaya menjawab,"Aku menolak hiburan yg mereka agungkan.Aku membenci artis yg mereka didik-didikkan.Aku sanggup kelaparan asalkan tidak menggunakan barangan keluaran mereka,dan aku juga tidak menyokong dan tidak memperakui undang-undang buatan mereka,jauh sekali sistem kehidupan mereka".

Palestin...aku sayangkan engkau.Moga cita-citaku utk berbakti kpd islam terlaksana sebelum nyawaku diambilNya...
(agaknya apakah yg mereka makan semasa berbuka ya?Yang pasti,mereka takkan membazir sprt yg kita budayakan)


p/s-jika ada org yg melatah atau marah kerana dilabel sebagai pejuang Israel dalam diam,maka buktikan saya salah dgn kita sama-sama istiqomah solat subuh berjemaah setiap hari.Bolehkah?

Zulumat kpd Nur

Zulumat kpd Nur
Saya percaya bahawa setiap individu ada zaman jahiliyyah masing-masing.Saat itu,kita semua jauh drpd islam.Kita tak kenal islam bahkan kita tak menyukai islam.Pada masa kita hanyut dgn kelalaian,itulah saat jahiliyyah kita.

Saya juga merasai dan mengalami masa,saat dan pengalaman yg sama.Saya pernah hidup dalam kepompong jahiliyyah.Jasad saya bebas,tapi jiwa saya terkurung.Saat dimana jiwa muda saya meronta-ronta mahukan 'sesuatu'.Sesuatu yg tak mampu di isi dan atau ditutup dgn apapun selain islam.

Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 257; 'Allah ialah pelindung orang-orang yang beriman.Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kpd kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.'

Proses hijrah drpd kegelapan kpd cahaya telah menemukan saya dengan 'sesuatu' yg selama ini adalah teka-teki bagi saya.Barulah saya tahu,yg 'kosong' itu adalah cahaya.Bila Allah temukan saya dengan cahaya,terbuka luas jalan yg selama ini kabur dan berkabus.

Saya tak pernah kecewa atau menyalahkan org-org yg hingga saat ini,masih bergelumang dgn sifat jahiliyyah yg menebal.Walaupun kaum arab jahiliyyah telah ribuan tahun meninggalkan kita,tapi sifat mereka telah diwariskan kpd kita.Sifat jahiliyyah yg menjadikan kita buta kpd kebenaran.Ya,akal kita kelas pertama tapi hati kita kelas tercorot.Kita tak mampu membezakan antara yg benar dan yg salah,lalu kita cenderung utk menolak kebenaran.

Sesungguhnya,saya berkeinginan jika sekiranya semua org boleh berkongsi cahaya yg sama dgn saya,tapi apatah daya saya,cahaya itu milik Allah.FirmanNya dlm surah al-qasas ayat 56; Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya  dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Seseorang yg menerima cahaya,pasti akan berkelakuan sprt Saidina Umar.Beliau jika bersendirian,terkadang tertawa namun terkadang menangis.Ketawanya adalah kerana mengenangkan zaman jahiliyahnya dahulu,dia pernah membuat berhala drpd buah kurma dan berhala kecil itu dibawa bersama-sama ketika beliau bermusafir.Disembahlah berhala kenit itu tapi setelah beliau kelaparan,dimakan pula berhala drpd kurma itu.Beliau ketawa,terkenangkan bagaimana beliau pernah 'memakan tuhannya'.

Selepas ketawa,beliau menangis pula mengenangkan perbuatannya menanam mati anak perempuannya hidup-hidup.Ya.Hidup dlm jahiliyyah akan menemukan kita dgn 1000 kesesalan yg tidak akan berpanjangan.Berbeza dgn org yg tidak merdeka drpd sifat jahiliyyah,kekesalan mereka akan terus menghukum mereka selama-lamanya di dalam neraka.

Kisah kehidupan silam saya rasanya sgt tidak menarik utk kita kongsikan bersama,kerana contoh terbaik ialah pada Saidina Umar r.a Saat beliau masih seorang jahiliyyah,beliau adalah sgt-sgt teruk,tapi setelah Allah mengeluarkan dia drpd kegelapan kpd cahaya keislaman,beliau dimuliakan hingga di saat beliau telah dijamin syurga.

Benar kata beliau,'Kita adalah suatu kaum yg Allah muliakan dengan islam'. Beringatlah wahai insan,tanya diri sendiri,adakah kita benar-benar telah islam atau sekadar beragama islam,tetapi berfahaman jahiliyyah?
Jika ada sesiapa merasakan dirinya masih berada dalam sisa-sisa jahiliyyah,maka sahutlah seruan saya.Kita jadikan Ramadhan ini sebagai medan dan langkah pertama dlm usaha kita utk meninggalkan kegelapan utk cahaya.InsyaAllah,jalan ketenangan hanya dalam islam.
 

Sama sahaja

"Jangan Bal,ko takleh tengok ni..lucah ni..."

Kalau saya tengok apa-apa movie dengan kwn-kwn saya,asal masuk je bab kissing dan romance mesti kawan-kawan saya akan cakap cmtu kat saya.Saya tak mampu menterjemahkan sama ada ia berbentuk sinis atau nasihat kerana pasti mereka melafazkan dlm gurau.

Ya.saya mmg akan tengok benda lain,tapi si penegur tu selamba ayam je tengok!aik?tak kasi org tengok,tapi dia tengok boleh?

Kalau saya tanya kenapa saya takleh tengok,jawapannya sama."Ko tu kan budak baik,mana boleh tengok benda-benda ni.hehe"

Ah!sudah...
Itu bukan kali pertama,tapi dah terlalu banyak kali.Tak kiralah di tempat awam atau di rumah pun,selalu sgt saya di 'diskriminasi' dan 'dipulaukan'.Lalu timbul persoalan dalam diri saya,kenapa kalau saya tak boleh tengok,org lain boleh tengok?

Pagar halimunan
Apa yg saya perhatikan,kita telah memasang satu pagar halimunan bagi memisahkan antara org baik dan org yg kurang baik.Dan kita telah meletakkan diri kita sebagai kurang baik.Oleh sbb kita dah set dalam otak kita ni kurang baik,kita boleh buat jahat.Hanya kerana kita mengenali seseorang yg lebih warak dan lebih berilmu drpd kita,maka kita meletakkan diri kita tak baik dan dia baik.Kita telah meletakkan pembeza tapi malang,pembeza itu tidak bercirikan furqan iaitu pembeza antara hak dan batil.

Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa yg halal itu jelas dan yg haram itu juga jelas.Kalaulah sesuatu itu haram kpd org baik,maka ia juga haram kpd kita,org yg biasa-biasa ni.Bukankah itu jelas?Hukum Allah bukannya turun khusus kpd seseorang,tapi ia umum.
(Ramadhan semakin meninggalkan kita,sedar tak?)

Apa kesan pagar halimunan?
Kesan yg paling jelas ialah kita lupa dan mengabaikan tanggungjawab kita.Kita telah meletakkan beberapa kewajipan yg Allah tentukan kpd setiap org,menjadi khusus kpd sesuatu pihak itu sahaja.

Sebagai contoh,.
  • Kita merasakan bahawa diri kita tak perlukan ilmu agama lagi,kerana 'org baik-baik' telah pun belajar ilmu itu.
  • Kita merasakan diri kita tak perlu lagi ke surau dan solat berjemaah,kerana kita telah tahu bahawa 'org yg baik-baik' dah pun mengimahkannya.
  • Kita merasakan kita tak perlu memberi nasihat,kerana kita meletakkan tugasan menasihati org itu kpd org 'yg baik-baik' sahaja.
Maka kerana itu,kita selesa utk berbuat apa saja kejahatan dgn fahaman bahawa agama adalah untuk golongan ustaz sahaja.Apa-apa,kembali kpd ustaz.Kita cuma menumpang nama islam,tapi tidak beramal dgn islam.Tidakkah ia memalukan?

Kesimpulan
Sedarlah bahawa antara saya,anda dan sesiapa saja tiada tempok pemisah.Maqam dan darjat kita sama disisi Allah.Bezanya cuma taqwa.Beramal dgn islam itu bukan tanggungjawab sebahagian org tetapi ia adalah suatu kemestian yg langsung sudah tidak boleh kita tolak lagi.Kita tak boleh memilih- milih samada mahu taat atau tidak kerana kita tidak layak membantah.Kita ialah hambaNya.Sekarang tanya kpd diri sendiri.Adakah hanya golongan ustaz atau golongan agama sahaja yg mahu ke syurga?

Bagaimana dgn kita,bloggers?

Pasar dan Bazar

Pasar dan Bazar
Di dalam kitab ihya ulumuddin,Imam al-Ghazali menyatakan bahawa ada 4 bentuk penghalang bagi manusia.

Makhluk.
Yang dimaksudkan dgn makhluk itu termasuklah ahli keluarga,sahabat dan anggota masyarakat.Kadangkala kerana makhluklah,kita membatalkan niat kita utk berbuat kebaikan.Contoh:seorang datuk yg istiqomah dtg ke masjid,tapi bila anak cucu balik kampung,mereka tak pegi masjid.Mujurlah ayah saya masih tetap laju ke masjid walaupun kami adik beradik semua balik.

Dunia
Menurut ulama-ulama sufi,dunia adalah sesuatu yg tidak memberi kebaikan kpd kehidupan akhirat.Jangan salah faham dgn mengatakan semua yg duniawi adalah tak elok dan sia-sia.Tidak! contoh:kita ada kereta besar.Kereta itu tak dipanggil dunia sekiranya kita gunakan kereta kita utk kebaikan seperti utk ke masjid,mencari ilmu dan mencari rezeki yg halal.

Syaitan
Allah sebut di banyak tempat di dlm Al-quran bahawa sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kita.Sumpah dan ikrar syaitan ialah utk merecruit sebanyak mungkin manusia ke neraka.Dengan itu,misi syaitan ada 2 sahaja.Menghiaskan dunia supaya dipandang mulia oleh manusia dan membisikkan kesesatan.

Nafsu
Dalam 45;23,Allah menceritakan perihal manusia yg menjadikan hawa nafsu sebagai ilah,iaitu tuhan mereka.Apabila nafsu dijadikan tuhan,dimana letaknya Allah?

Kaitan dengar Ramadhan
To combat them,pertama sekali kita kenalah faham caranya.Untuk menolak pengaruh jahat makhluk,benar kita boleh beruzlah.Untuk melawan pengaruh buruk dunia,ya kita boleh zuhud.Ambil dunia sekadar yg perlu kerna kita faham bahawa,'ad dunya mazroatul akhirat'-Dunia adalah jambatan kepada akhirat.

Untuk menolak syaitan,kita diajar supaya melafazkan ucapan taawuz.Kita disuruh supaya memohon perlindungan Allah drpd kejahatan syaitan.Ya!mereka akan lari.Bahkan dlm bulan puasa ini,mereka diikat.Tapi bila berbicara soal nafsu,tiada satu pun cara utk kita lari jauh drpd pengaruh nafsu ni.

Tiada!kerana nafsu dan kita adalah satu,hanya akan terpisah sesudah kita mati.Oleh itu,satu-satunya cara mengelak pengaruh jahat nafsu ini adalah dengan menjinakkan nafsu kita.Ini adalah kerana nafsu kita ada 3 jenis dan kita bertanggungjawab utk menjadi yg mana satu.

Jenis nafsu
Jenis pertama ialah nafsu amarah- Ia adalah nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Sungguh malang org yg memiliki nafsu sebegini kerana tarafnya nyata lebih rendah drpd haiwan yg tiada akal utk berfikir mana yg baik,mana yg buruk.
Jenis kedua ialah nafsu lawwamah.Nafsu Lawwamah ialah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan.Kebanyakan manusia memiliki nafsu sebegini.Kita sering terjebak ke dalam dosa,tapi kerana dosa itu,kita rasa tak tenang,bersalah dan menyesal dan terasa mahu membaiki diri.Saya sgt yakin,bahawa saya dan anda,kebanyakan kita memiliki nafsu ini.Antar ciri-ciri nafsu ini ialah-
  1. Mencela diri sendiri bila melakukan dosa
  2. Bertafakur dan berfikir(menyesal)
  3. Membuat kebajikan kerana Riya'
  4. Kagum pada diri sendiri-Ujub 
  5. Membuat sesuatu agar dipuji 
Jenis ketiga ialah nafsu Mutmainnah.Nafsu yg senantiasa cenderung melakukan kebaikan.Org yg memiliki nafsu ini dijamin tempatnya di dalam syurga.Sila rujuk al-Quran,90;27.Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia.Mengapa tidak?Kita berakal.Mengapa tidak kita gunakan ia utk mengawal nafsu kita?

Bacaan lanjut bagi nafsu,boleh baca di sini.Saya bagi 16 bintang!artikelnya sgt mudah faham ;)

Ramadhan
Antara salah satu tujuan Allah memfardukan puasa ialah supaya kita berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu.Tapi apa yg saya perhatikan,kita seringkali berlebih-lebihan dlm perkara yg harus hingga menjerumuskan diri kpd yang haram.

Perlukah saya kemukakan satu persatu?

Berhati-hati dgn nafsu makan,kerana ia memberi kesan yg tersangat besar kpd diri kita.Bukankah Nabi s.a.w sgt membenci pasar?Dalam hadis juga ada menyatakan bahawa tempat yg paling baginda suka ialah masjid dan yg paling Baginda tak suka ialah pasar.Perhatikan hikmah kenabian..pasar ialah tempat kebanyakan manusia berbondong-bondong memenuhi permintaan nafsu.Ya.nafsu makan,nafsu harta bahkan nafsu seksual.

Bukan saya nak kata pasaraya atau bazar ramadhan ni tempat yg tak elok.Ia elok dan baik selagi kita mampu mengawal dua anggota badan kita iaitu perut dan kemaluan.Dgn ini,kita mampu mengawal nafsu makan dan nafsu seksual.

Kononnya pergi ke bazar mahu membeli kiuh kuaci,sebaliknya ternampak 'kuih kuaci' pula!!burn pahala puasa!!!
(Satu stadium org makan pun tak abes ni!!)
Kesimpulan
Rasulallah berbuka tak pernah makan sedap-sedap.Sekadar beberapa biji tamar shj.Bahkan pernah dgn 1/3 drpd sebiji kurma.Bukan sebiji!Tapi Baginda ttp mampu beribadah dgn baik.Kita?Kita borong makanan mcm-mcm sampai tak habis.mujur tak pengsan kekenyangan dan akhirnya jadi mcm ular sawa,penat keknyangan langsung miss solat tarawih dan majlis ilmu.Malu...(pesanan buat saya sendiri)
  • Apa nilainya puasa kita?
  • Adakah ia membantu kita mengawal nafsu?atau kita sekadar berpuasa kerana mengikut adat?
p/s-jgn jadi ular sawa.Percaya la cakap saya,kalau dlm bulan ramadhan kita liat nak beribadah,maka bulan selepas ramadhan nanti kita akan 10 kali lebih liat dan susah.Berlatih la! :D

Repost ; Masalah Facebook

Repost ; Masalah Facebook
Persoalan
Seseorang bertanya kpd saya iaitu; “Boleh tak seseorang yg berlainan jantina add org lain dlm Fb?Niat asalnya mmg nak dptkan kebaikan dan ilmu drpd org itu,tapi ada org kata,tak cukup ke ilmu yg diberi oleh ustaz ustazah,ceramah-ceramah dan usrah-usrah.

Soalan seterusnya ialah berkaitan dgn meletakkan gambar di FB.Dia bertanya hukum.Bilamana bercakap pasal hukum,saya risau utk bercakap tentangnya kerana takut-takut pendapat peribadi saya akn mempengaruhi penulisan saya seterusnya menjadi disalah tafsir sbgai hukum.Tp InsyaAllah sy akan berhati-hati.Persoalan tu kita bincang sbntar lg.

Wanita Madinah
Saya suka mengambil kata-kata pujian Saidatina Aisyah r.anha kpd perempuan Madinah dgn mendeclare bahawa mereka(wanita Madinah) ialah sebaik-baik wanita.Persoalannya mengapa perempuan Madinah menerima pujian sebegitu?Ini kerana mereka ialah golongan manusia yg sgt pemalu tetapi sgt tidak malu utk menuntut ilmu!Sifat malu mereka yg cukup menebal menyebabkan mereka sgt menjaga adab,akhlak dan batas bergaul.Tapi dlm masa yg sama,mereka tidak malu utk bertanya soalan-soalan kewanitaan sprt haid,nifas,isthihadah dll.

Jwpn saya

Jadi jwpn saya dlm isu meng ‘add’ org pastinya ia kembali kpd niat.Niat tu kerja hati,maka mintalah fatwa hati..dan jgn sesekali minta fatwa nafsu.Jika hati rasa ragu-ragu dan serba salah,maka segeralah tinggalkan.Niat menuntut ilmu,bukannya utk menggatal nak usyar-usyar org tu.Menuntut ilmu agama ialah kewajipan yg tidak gugur hukumnya sekalipun anda bergelar engineer atau doctor.Tahu?

Gambar
Dalam FB saya sendiri,tak banyak gambar saya yg saya letak.Bukan apa,tak suka.Kalau anda nak letak gambar di FB,ada beberapa nasihat utk anda.Pertama sekali,akhlak anda dlm gambar perlu dijaga lbh-lbh lagi org perempuan.Anda bidadari,apakah layak utk bidadari posing dgn sgt gedikksss?oh!maksud saya dlm isu aurat,bukan setakat pakain perlu menutupi aurat(longgar,dan tudung tutup dada),tapi posing anda juga perlukan jagaan..
(gambar ni sgt lucah lucu.haha)
Seterusnya,apa niat anda letak gambar?Niat ni penting kerana ia membezakan antara pelacur dgn peluncur.Ia juga membezakan antara org baik dan org yg sebaliknya.Tujuan letak gambar ialah supaya org tahu bagaimana rupa kita.Cukup sekadar kalau terserempak di Mid Valley,org boleh tegur kita.Bukannya tujuan nak dipuji..’eh,cutenya awak,mcm beruang’.Dibimbangi nanti akn timbul riak,bangga diri,sombong dan menunjuk-nunjuk.Kecantikan kita hanya layak utk dimilki bakal suami/isteri kita shj.Simpan!

Saya juga sarankan supaya sebaiknya jgn bergambar secara individu.Sebabnya,takut-takut ada org berniat jahat dgn anda.Bukankah gambar di internet boleh dgn mudah boleh di save dlm lappy?Tak takut ke bila org yg entah siapa-siapa,ada save gambar anda lalu memandang gambar anda penuh nafsu,setiap hari! Scary!!!atau lebih teruk,ada org akan adobe photoshopkan gambar anda jd 18SX.tak takut?

Kesimpulan
Takde masalah nak add org lain jantina kat FB,tapi niat kena tulus.Mengambil ilmu dia,bukan nak manggatal dgn dia.Nak letak gambar pula letaklah.Asalkan adab dan tertib dijaga.Hati-hati,takutlah kalau gambar anda dijadikan bahan pemuas nafsu.
p/s-Saya rasa terpanggil utk re publish entry ni,sbb video di atas.Tengoklah ya :D

Pesona si tudung labuh

Teringat kembali zaman persekolahan dahulu.Saya dan kawan-kawan berbual tentang cirri-ciri perempuan idaman.Ada yg kata mahu perempuan yg comel mcm gadis korea,ada yg mahu perempuan yg bertubuh langsing,ada pula yg mahu perempuan yg putih melepak,tak kurang juga ada yg mahukan perempuan yg berdada besar,yg tinggi,yg lambut panjang dan mcm-mcm lagi.

Saya sendiri pernah menyatakan ciri-ciri perempuan idaman saya masa saya jahiliyyah dulu.Yang pasti ,ianya adalah cirri-ciri jahiliyyah juga.

Saya mengambil masa yg lama utk cuba memahami firman Allah dalam surah An-Nur,ayat yg ke 26.Ayat yg sgt selalu kita dengar.Berulang-kali.Asal sahaja kita berbicara tentang jodoh,pasti ayat ini yg sering diutarakan sebagai hujah dan dalil.Namun,adakah kita telah benar-benar faham akan ayat ni?
“Perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat.Perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik.”
Segalanya kabur bagi saya hinggalah ada seorang sahabat mengaitkan entry malu yg pernah saya tulis ini ke dalam konteks hubungan lelaki dan wanita.’Perempuan jadi tak malu sbb lelaki yg tak malu.Kalau lelaki pemalu,maka perempuan pun akan jd pemalu’.Ada benarnya..mungkin.

Bagi saya sendiri,dahulu saya langsung tak pernah merasakan yg perempuan yg bertudung labuh dan berpakain sopan itu sebagai cantik.Langsung tak menarik.Namun itu dulu.Sekarang,si tudung labuh dan si berpakain sopan inilah ujian berat bagi saya!

Jika dulu masa sekolah,outing saja ke bandar maka mata ini hampir juling tengok awek-awek bandar yg moden.Pasti akan dijeling dan diperhati.Biasalah,sekolah all boys.Tapi kalau terserempak dgn perempuan yg nampak baik,sopan,bertudung labuh dan sempurna menutup auratnya,mmg rasa biasa-biasa saja.Rasa mereka ni sgt tak menarik.Skema?entahlah.Kiranya kalau terpandang perempuan yg berpakain sopan ini sekilas,ia akan hanya jd sekilas itu sahaja.

Tapi sekarang,lain pula!Gadis yang bermekap tebal,berfesyen dan moden ni rasanya biasa-biasa saja bagi saya.Kalaupun berselisih,takde rasa apa-apa dlm hati.Tapi kalau berselisih dgn gadis yg berjubah,bertudung labuh..mmg hati ni rasa lain mcm.Terus ingat Allah!kalau tengok perempuan seksi,ingat Allah juga,tapi rasa sedih.Tapi kalau tersermpak dgn si tudung labuh ni,rasa...rasa lain mcm lah!Istighfar dalam hati,rendahkan pandangan.Timbul rasa malu.

Ya Allah...
Bukannya saya nak mengatakan saya baik.Maha Suci Allah yang akan mengazab hambaNya yg sombong dan riak.Tapi apa yg saya mahu simpulkan,” perempuan buruk utk lelaki buruk” itu sebenarnya kembali kpd siapa kita sebenarnya.

Jika kita seorang yg terlalu mendewakan gaya hidup moden,maka perempuan moden lah yg akan anda cari.Betul?
Sama juga,jika anda seorang yg pemalu,maka anda juga akan cenderung kpd gadis pemalu.Iya..semuanya kembali kpd siapa diri anda.Makanya,kata-kata Ust Hasrizal Jamil adalah sgt tepat;’Kita seharusnya lebih banyak menjadi drpd mencari’.

Adapun,pernah juga kita dengar cerita ada ustaz berkahwin dgn perempuan yg biasa-biasa.Atau mungkin pernah dengar cerita lelaki yg biasa-biasa berkahwin dgn ustazah.Saya gunakan perumpamaan ustaz dan ustazah utk mewakili ‘baik’ sbb mmg masyarakat memandang mulia akan golongan ni.Betul?

Sebenarnya kita belum faham.Yang dikatakan baik oleh Allah dalam ayat itu ialah baik di sisi Allah.Mungkin bagi kita org tu baik,tapi di sisi Allah dia jahat.Contoh,kita menganggap org tu baik sbb dia selalu tolong orang miskin,banyak bersedekah dll.Tapi dlm masa yg sama,kita tak tahu rupa-rupanya dia tu anak derhaka.Maka kita kata dia baik sbb kita nampak one side aje.Sedangkan Allah Maha Tahu dan Maha Melihat.Baik atau jahat seseorang tu,Allah lebih berhak menentukan.

Boleh jadi ustaz tu tak baik,atau perempuan yg biasa-biasa tu baik..
Boleh jadi lelaki tu sebenarnya baik,atau ustazah tu yg tak baik..

Semuanya boleh jadi,kerana itu selayaknya kita lebih risaukan diri kita sendiri.Kita terlalu mengambil berat urusan mencari.Kononnya kalau tak dicari,jodoh takkan datang.Mungkin ia benar,tapi seharusnya yg diutamakan ialah soal menjadi.Kita boleh bermimpi utk mendapatkan pasangan yg baik di kaca mata manusia,tapi kita takkan dapat pasangan yg baik di sisi Allah,jika kita sendiri bukan seorang yg baik di sisiNya.

Kesimpulannya,islah dan perelokkanlah diri kita,kerana lelaki soleh dan perempuan solehah adalah magnet yg akan saling menarik antara 1 sama lain.Jangan risau tentang jodoh ;D
 (sekadar gambar hiasan)
Kemudian datanglah kpd Musa salah seorang daripd kedua-dua perempuan itu sambil berjalan dlm keadaan tersipu-sipu malu dan berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika musa datang mendapatkannya(Nabi Syu'aib) dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu "-28;25

Hujan Itu Mengajarku

Hujan Itu Mengajarku
Balik kelas ptg tadi,hujan turun rintik-rintik.Kawan saya mengajak saya utk singgah sebentar pekena roti canai sekeping.Serba salah saya dibuatnya.Memanglah saya terasa  tak lapar juga,tapi melihatkan hujan rintik-rintik yg baru mulai turun,saya kerisauan jika tiba-tiba hujun turun dgn lebat.Tapi Allah memilih sy utk makan juga.Sedang kami berdua menunggu roti canai siap,hujan sudah menjadi semakin lebat.Dalam hati,kami pasrah.Oh!hujan lebat!romantik

Dikala sy sibuk menikmati roti canai panas berserta secawan teh-o panas di kesejukan hujan,saya terfikir tentang kekuasaan Allah yg selama ni tak terlintas pula.Saya kagum dgn Allah yg menurunkan hujan,kerana setakat yg saya tahu mmg tak wujud satu alat dan teknologi pun yg dpt stop atau prevent hujan drpd turun.Manusia berbangga dgn teknologi ciptaan terbaru,tapi manusia sering pula terlupa bahawa Allah lebih hebat ciptaanNya.

Allah ciptakan matahari,utk menerangi alam semesta.Manusia pula, menciptakan lampu utk menerangi.Namun,ternyata lampu hanya menerangi ruang bilik shaja sedangkan matahari menerangi satu dunia.Manusia mencipta kipas dan Allah mencipta angin.Bila kipas dinyalakan,angin hanya bertiup dan menyejukkan kwsn sekitar kipas sedangkan bila Allah dtgkan angin,seluruh kwsn akan sejuk dan nyaman.Oh!semua tu mmg adalah tanda kekuasaan Allah,tapi bila kita tak berfikir tentangnya,mmg kita takkan rasa Allah tu hebat.Setuju tak?Itulah pasal Allah suruh kita supaya berfikir.Dalam Quran pun sgt-sgt banyak Allah tekankan tentang berfikir.Salah satu drpd banyak-banyak ialah ayat ke-13 surah Al-Jaatsiyah-"dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya,(sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Jadi saya pun tertanya-tanya juga,mengapa kita perlu berfikir?Jwpannya ialah kerana dgn berfikir,kita dapat bertindak.Sebagai contoh mudah,manusia berfikir-bagaimanakah caranya supaya dapat melintasi lautan yg dalam?maka hasilnya-manusia mencipta perahu dan kapal.Manusia berfikir,apakah ubat bagi penyakit demam selsema-maka hasilnya ialah terciptanya ubat pil kuda paracetamol.Begitu juga dgn kapal terbang yg canggih.Manusia menjumpai besi dan mereka berfikir,bagaimanakah besi ini dapat membantu mereka utk bergerak dgn lebih cepat dan selamat?maka mereka berusaha utk bina kapal terbang dgn besi menggantikan kayu yg banyak kelemahannya.

Jelaslah,bahawa dgn berfikir,manusia menjadi semakin maju.Jadi saya nak bawa satu suruhan drpd Allah dalam surah Al-Imran ayat 102-'Wahai org-org beriman!bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali mati dalam keadaan muslim'.Sebagai org yg dikurniakan akal utk berfikir,seharusnya kita gunakan akal utk merancang dan memikirkan cara supaya dapat mati dalam keadaan berserah diri.Bagaimana?sebab kita tak tahu bila kita mati-siapa tahu dia mati bila?mungkin banduan yg kena hukum gantung tahu atau mungkin org yg diberi kelebihan mcm dia.(Link)

Allah juga menyebut dalam surah At-Tahrim ayat 6-"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."-Allah sayang kita dan Dia taknak kita masuk neraka.Fikir--'cmne nak dijauhkan drpd neraka dan  masuk syurga yg penuh kenikmatan?".Kenikmatan syurga itu...kalau semua nikmat kat dunia di kumpulkan,...takkan setaraf pun dgn 1 nikmat syurga.Kalau nak rasa terliur dgn syurga,bukak surah Ar-Rahman,surah ke 55.

Oleh sbb itu,kita surely nak masuk syurga dan mahukan redha serta ampunanNya.kan?Tapi kita punya tindakan tak mencerminkan peribadi bakal ahli syurga lgi.Maka,kita kena guna akal,rancang strategi dan fikir dgn teliti apakah tindakan yg wajar kita ambil utk memastikan kita mati dalam keadaan berserah diri dalam islam serta diri kita dan ahli keluarga kita dijauhkan drpd api neraka.Saya sudah terfikir beberapa langkah tapi saya takkan tulis dalam entry kali ni.InsyaAllah lain kali pula ya!Kesimpulannya,marilah mula berfikir supaya kita dapat kita mencari jalan seterusnya dpt berusaha menjadi hamba yg bertaqwa.Bersambung...

Airbus A380

Airbus A380
Tahu tak tu gambar apa?Inilah cockpit layout bagi kapal airbus A380.Tugasan hujung minggu ni-hafal setiap nama,fungsi dan operasi setiap instruments dan gauges yg ada kat dalam tu!

Susah woo nak ingat!tapi terpaksa ingat sbb nanti nak kena repair kalau benda ni rosak.Tapi rasa malu pula.Malu....
Sbb benda-benda mcm ni boleh ingat,tapi ayat Quran dan hadis sikit sgt yg diingat dan di hafal.Aduyai...

Kenapa ya bila dalam urusan dunia,kita cepat...tapi dlm urusan akhirat,kita selalu nak jadi yg last-last?

Sekadar berlapar

Saya teringat zaman saya kat STAR dulu.Tiap-tiap tahun kami dpt duit claim.Saya tak pasti apa istilah sebenar,tapi kami memanggilnya sebagai duit claim berupa wang tambang yg sama nilainya dgn harga tiket bas pulang ke kg masing-masing.Saat itu harga tikel Ipoh-Temerloh masih rm25.Jadi saya mendapat rm50 utk pergi dan pulang.Kawan saya yg berada di Johor,Kelantan dan Terengganu pastinya mendapat lebih kerana tiket mereka mahal.Padanlah dgn jarak destinasi

Apa yg menarik,seperti namanya, duit ini perlu diclaim baru boleh dapat.Kalau tiada usaha meminta,tak dapat la walaupun guru kelas dah tolong buat list dan siap tlg cash out duit,tggu nak beri sahaja.Kalau student tu sendiri tak nak minta,bodoh la student tu.

Sama dgn Ramadhan.Allah dah sediakan hadiah,habuan,ganjaran,skim bantuan,biasiswa,dll.Anda namakan sahaja!Allah sebagai ‘pihak kementerian’ menyediakan wang.Saya mungkin sebagai ‘guru kelas’ menunjuk ajar cara nak dapatkan wang,prosedur-prosedurnya,dan anda sebagai student pilihlah samada nak ambil duit atau taknak ambil duit.

Tanya diri kita,kita mahu syurga atau tidak?

Kita mahu keampunan atau tidak?

Kalau mahu,ikut prosedur yg ditetapkan.Bulan Ramadhan bulan paling baik.1001 kebaikan menanti-nanti dan menunggu-nunggu kita.Bodohlah kita jika Ramadhan berlalu,tanpa kita tak ambil advantage ke atasnya.

Izinkan saya memperingatkan diri saya,bahawa akan ada umat islam yg berpuasa tanpa dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.Org ini tiada kesungguhan dlm berpuasa,kerana masih mereka melanggar pantang larang dlm berpuasa.

Adakah kitaberpuasa?atau kita sekadar tidak makan?

Bantu diri kita.Sama-samalah kita kutip kebaikan bulan ini…jgn jadi org bodoh yg menolak wang yg halal,tapi mengejar wang yg haram.Jika kita fail bulan ni,pasti dan pastilah bahawa kita akan tetap fail dlm bulan-bulan yg lain.
Puasa,tapi tak tutup aurat?

Dua yang satu

Dua yang satu
Hari pertama puasa menyaksikan saya terlepas waktu sahur.Lebih malang,terlepas subuh berjemaah.Sedar-sedar sudah jam 6.30pagi.Bangun dgn keadaan tekak yg terasa perit hingga kini masih terasa.Azab sungguh.Semua adalah kafarah dosa-dosa silam yg terlampau bannyak.Mungkin lebih banyak drpd pasir di lautan.Tidak hairanlah…
Sesuatu yg indah mahu saya coretkan disini.Semoga dpt menaikkan semangat anda semua.

Cuba anda perhatikan ayat 51;55 iaitu berkenaan tazkirah.Tazkirah yg erti katanya memberi peringatan manakala ayat 96:1 menekankan tentang tarbiyyah.

Persoalannya,mengapa masih ada manusia yg berungut tentang majlis ilmu?

Sudah berzaman-zaman kita tersilap paham walaupun dah berkali-kali diingatkan.Sesungguhnya sesuatu yg sunat adalah menumpang kpd yg wajib.Yg wajib ialah tuan rumah manakala yg sunat adalah tetamunya.Maka,wajarkah yg wajib meminta izin drpd yg sunat utk melakukan kegiatannya?sedangkan yg sunat hanyalah tetamu yg diundang?

Amalan solat sunat ini turun hanya slps Rasulallah berhijrah ke Madinah,sedangkan perintah memberi peringatan dab belajar ini turun sebelum hijrah.

Puasa hari pertama dan kedua juga menyaksikan ramai sekali non-muslim turut berpuasa,hanya kerana tertarik dan terikut-ikut sahabat muslim mereka berpuasa.Juga disaksikan bahawa terlalu ramai org yg menyetai solat sunat tarawih.Bagus sekali,namun ada yg sekadar terikut-ikut dan tertarik dgn kehadiran org ramai.

'Jika org ramai tiada,apa perlu saya ada'."Jika ramai org ada,saya pun ada lah."Itu lah yg banyak disuarakan oleh hati Qalbun atau hati dalaman setiap drpd kita.Bukan suatu pembohongan,jika saya katakan bahawa kita nampak betul,tapi sebenarnya tak betul.

Ada org berniat solat tarawih kerana Allah taala.Tapi itu lafaz dimulut dan niat zahir.Tetapi niat dalaman,"sahaja aku solat sunat tarawih mengikut imam kerana aku tengok ramai org solat tarawih bersama aku".Allahhhuakhbar. Niat itu apa yg ada dlm hati dalaman,bukannya apa yg dilafazkan oleh mulut semata-mata.

Saya cukup suka dgn Ramadha kerana ramai drpd kita berubah.Alhamdulillah.Tapi hati-hati kerana kita berpotensi utk bertemu dgn makhluk Allah yg bernama ‘futur’.Makhluk inilah yg akan menjadikan kita hilang focus,hilang semangat dan terkandas mulai pertengahan hingga akhir ramadhan.

Tarawih kita bukan lagi di masjid tapi di depan TV,atau di kompleks membeli-belah.

Semuanya kerana kita terlalu excited.Kita tak berazam utk mencari ilmu,kerana itulah kita tak jumpa cara utk melahirkan rasa sedap,kenyang dan seronok beribadah.Itulah yg terjadi.10 hari pertama sahaja bersemangat.Hari lain,mulai rasa bosan,penat,lemah,letih,lentok..segala-galanya lalu kita mulai menjauhi rumah-rumah Allah ini.

Ibadah itu bukan suatu bebanan,sebaliknya ianya sesuatu makanan jiwa kita sama seperti menuntut ilmu.Kita merasakan diri kita sudah cukup baik,kerana itu kita tak memaksa diri kita menuntut ilmu.Sedih dan malang sekali kita,kerana sifat-sifat kesyaitanan sprt sombong masih menebal dlm diri kita.
Ya!Kita mahu kahwin,tapi kita tak mahu belajar ilmu fiqah wanita.Apa haid?apa istihadah?apa nifas?

Ya!Kita mahu kahwin,tapi kita tak mahu tahu hak-hak dan tanggungjwb suami.

Ya!Kita mahu kahwin,tapi kita tak mahu tahu cara mendidik isteri dan anak-anak.

Ramadhan bulan tarbiyyah.Al-Quran diturunkan dalam bulan ini.Paksa diri anda baca Al-Quran.Tak perlu banyak,satu juzuk sahari sudah memadai.1 juzuk=20 mukasurat(lebih kurang).Bahagi 5 jadi 4 muka surat sahaja slps drpd setiap kali solat fardu.Banyak sgt ke?Kalau buat terus 20 mmg la susah!Be smart.Pecahkan kpd 5 kan memudah dan menyenangkan.

Tajamkan akal dgn cahaya al-Quran.Moga-moga saya dan anda akn menjadi lebih bersedia menerima ilmu dan nasihat berkat bimbingan al-Quran.Ingat!enjoy tarawih.Ibadah bukannya bebanan,sebaliknya ia adalah hiburan rohani.Jgn suka mengikut org ramai,sebaliknya ikutlah org sikit kerana selalunya yg sikit inilah org yg tahu bersyukur dgn kedatangan Ramadhan.Semoga kita semua tak futur...

Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Ramadhan Bulan Tarbiyyah
Facebook dan blog,rata-rata penuh dgn ucapan selamat menyambut Ramadhan.Bagus sekali,kerana ada yg disertakan dgn doa dan ucapan-ucapan yg baik.Sememangnya ini bulan yg penuh dgn kebaikan,kerana semua org telah terkena aura dan ransangan bulan tarbiyyah ini.

Saya pernah menyuarakan rasa hati saya yg mahu berehat dari dunia blogging ini mulai 1 Ramadhan.Terima kasih kpd Rina dan teman-teman lain kerana kata mereka,masa inilah masa yg paling org laparkan makanan rohani.Saya terfikir perkara yg sama.Moga-moga syaitan yg bakal dirantai akan menjadikan kita lebih ghairah menuntut ilmu dan lebih kuat semangat utk menuntut ilmu.

Wahyu pertama dan kedua
IQRA'-bacalah.Maksudnya ialah tuntutlah ilmu manakala wahyu kedua pula ialah daripada surah al-mudassir-'Wahai org yg berselimut,bangunlah dan berilah peringatan'.Wahyu kedua ini bermaksud tntutan dakwah.Sungguh menarik bila kita perhatikan bahawa tuntutan dakwah itu dtg slps ilmu.Ya.Ilmu ialah permulaan bagi segala-galanya.

Saya takleh jadi too selfish.Ya..saya perlu menulis,pelu mentarbiyyah dan berdakwah.Bulan Ramadhan ini bakal menjadi bulan tarbiyyah kpd saya.Slot 30 malam Ramadhan sudah sudah terisi.Jadual saya penuh.Pengajian dan tazkirah akan ada pada setiap malam.Untungnya saya.Tapi sifat seorang muslim tidak boleh untung sorang-sorang.Jadi saya faham ada segelintir drpd kita tak berpeluang utk mendapat 30 malam straight kuliah dan tazkirah,makanya saya terpaksa juga menulis,berkongsi input dan kebaikan bersama.

Jadual ketat
Penat dan lapar,bagi saya itu bukan masalah.Cuma yg menjadi masalah ialah saya tidak punya banyak masa utk berada di depan laptop.Bayangkan,saya mula kelas jam 8 pagi,maka saya akan bertolak selepas solat subuh dan kelas habis alhamdulillah awal,pukul 3.30 petang.Mungkin dari jam 4ptg hingga asar sahaja masa yg saya boleh guna utk mencoretkan sesuatu di Pondok Cinta,kerana usai sahaja tarawih pada jam 10.30,saya sudah ada janji temu dengan Al-Quran hingga lewat malam.Lepas asar InsyaAllah saya allocate utk study.

Itu jadual saya.Jika saya tak mampu follow pun,sekurang-kurangnya Allah sudah terima niat dan azam saya.InsyaAllah.

Sabtu pun masih ada kelas sampai hampir zuhur.Cuma ahad sahaja saya akan free.Seperkara lagi,saya mahu ingatkan diri saya dan anda semua supaya kita tidak menjadi golongan kelima kerana dlm sebuah hadis,Rasullallah berpesan kpd kita supaya menjadi golongan pertama,iaitu org-org yg mengajar.Jika kita tak mampu,maka kita jadi golongan yg kedua,iaitu org-org yg belajar.Kalau tak mampu,baginda pesan supaya kita cuba jadi golongan yg ketiga iaitu org-org yg sekadar mendengar ilmu.Paling kurang pun Baginda suruh kita jadi golongan keempat iaitu org-org yg suka dan cinta kpd org belajar,mengajar dan mendengar ilmu.Tapi,amaran keras Baginda kpd kita supaya jgn jadi golongan kelima iaitu org yg tiada ciri-cirinya dlm keempat-empat golongan tadi kerana golongan kelima ini pasti akan celaka.

Awas!Di sisi Allah,ilmu agama sangat tinggi nilainya.Oleh itu,kita jgn sekadar taklid org lain,berbuih-buih mulut bahkan sakit-sakit jari menaip kononnya bulan Ramadhan bulan tarbiyyah,tapi diri sendiri masih jauh dan tak mahu ditarbiyyah.

Satu lagi nasihat saya,jgn lupa bahawa ilmu itu seumpama binatang buas.Jika tak ditambat,maka ia akan hilang.Sama juga,jika ilmu itu tidak dicatit,maka kita akan lupa.Jgn jadi malu utk menyalin kerana saya sendiri tak malu nak mencatit isi khutbah setiap jumaat apatah lagi kuliah-kuliah.Jgn malu tuntut ilmu.Semua org sedia memberikan tunjuk ajar,insyaAllah.

Kesimpulannya
Saya sgt-sgt berharap agar masa kita di bulan ini banyak dihabiskan dgn menuntut ilmu,membaca al-Quran atau paling kurang dgn membaca buku dan bahan ilmiah.Kurangkan masa menonton k-drama atau j-drama apatah lagi filem bollywood serta holywood.Jadikan Ramadhan kita ni sebaik-baik Ramadhan kerana seperti biasa 1/3 bahagian akhir Ramadhan ialah keampunan dan kita sesekali takkan beroleh itu jika kita telah cuaikan Ramadhan.Maafkan saya..semoga anda semua beroleh kebaikan yg banyak..

Sila Bayar ya

Sila Bayar ya
Puan  Sabarina(bukan nama sebenar) bekerja mengambil upah membuat kuih donut.Dia mengambil upah membuat 50 biji donat setiap hari utk dijual di warung Haji Hamid(juga bukan nama sebenar).Disebabkan Puan Sabrina ialah seorang yg tersangat miskin,maka Haji Hamid pasti akan memberinya wang termasuk upah dan juga wang modal setiap awal bulan supaya Puan Sabarina boleh membuat donut.Malangnya pada suatu hari,Puan Sabarina telah terlupa utk membuat donut seperti sepatutnya.Haji Hamid marah kerana Puan Sabarina telah memungkiri janji,tapi dia tetap bersabar.
Persoalannya :Wajar atau tidak Puan Sabarina gantikan 50 biji donut yg dia lupa dan memberi 100biji donut utk hari esok?

Jeng jeng jeng.Ni soalan SPM tahun 2020,time tu SPM dah dimansuhkan kan?saya agak je ;P
Saya dah tanya soalan ni kpd beberapa otai blogger kat Facebook sprti en hans, cik maCy dan cik Linn dan beberapa org lain,dan jawapan mereka-Puan Sabrina wajar menggantikan semula kuit donut itu.

Baiklah,apa kata saya ubah sikit soalan-
Allah telah memberi macam-macam kesenangan dan nikmat kpd kita,dan Dia mewajibkan kita supaya solat cuma 5 kali sehari.Tapi,ada antara kita lupa(kerana mcm-mcm faktor),maka wajar tak kita gantikan solat yg kita tinggal itu?
Pastinya jawapannya ya. Ya!kita wajib mengqada' solat yg kita pernah tinggalkan slps kita baligh hinggalah saat ini.Hitunglah sendiri,berapa banyak waktu yg telah kita persiakan.Semuanya perlu diganti selagi kita bernafas.

Bagaimana nak ganti solat saya 20 tahun dulu?
Senang saja,setiap kali slps solat fardu maka bangun dan tunaikanlah 1 solat qada'.Tak perlu tergesa-gesa sgt,cuma yg perlu ialah istiqamah dan terus-menerus ganti solat yg kita tinggalkan dulu.Selagi kita belum qada',selagi itulah kita berhutang dan seburuk-buruk hutang ialah hutang dgn Allah.

Kenapa Perlu Qada'?
Memandangkan bulan Ramadhan dah dekat,maka saya rasa sgt patut saya ingatkan ini kpd diri saya dan para pembaca yg disayangi sekalian.Dalam bulan ini,kita ada solat sunat tarawih kan?dan solat sunat ini,ada yg buat 8rakaat dgn 3rakaat witir dan ada juga yg buat 20rakaat terus.Itu bukan isu.

Cuma saya nak peringatkan bahawa ada pendapat dlm mazhab syafie' bahawa sesiapa yg ada hutang solat fardu,maka dia tak layak utk tunaikan solat sunat.Dia perlu selesaikan yg wajib dulu,baru beralih kpd yg sunat.Mmg dlm isu ini ada yg berpendapat bahawa tak payah qada',cukup dgn taubat dan istigfar,tapi jumhur ulama 4 mazhab,semua kata wajib qada'.So,better kita pegang pendapat majoriti.

Kesimpulannya
Saya harap sgt kwn-kwn saya yg sy kasihi ini tidak jadi org yg ahli sunnat dan ahli jumaat.Ahli sunnat iaitu ahli dlm ibadah sunnat shj.Cth;dalam bab solat tarawih mmg laju,tapi bab solat fardu paling belakang.Ahli Jumaat pula,masa solat jumaat dtg masjid awal duduk depan mimbar tapi lepas tu kena tggu seminggu baru nampak muka kat masjid atau surau.

Pesanan saya,sesiapa rasa ada hutang solat fardu,maka tunaikanlah dan gantilah.Walaupun ada ulama yg berpendapat sebaliknya,tapi saya pegang dgn pandangan ini-wajib ganti.Sbb ada pandangan yg lebih keras,org yg tak qada' solat tak boleh keluar rumah kecuali utk keperluan yg benar-benar perlu sehinggalalah dia habis ganti solat.Tapi,bagi saya-dan saya pun selalu dengar drpd kuliah ust-ust,kalau dah banyak sgt,boleh ganti sikit-sikit slps tiap kali solat fardu dan bertaubat taknak tinggal solat lagi.

Terpulang pada anda,nak ganti atau tidak.Saya menegur kerana sayang.Saya taknak nanti kalau-kalau solat tarawih kita tak diterima kerana kita masih cuaikan yg fardu.Apapun,ini persoalan mazhab maka anda pegangilah mana-mana pendapat yg anda rasa anda yakini,dan saya yakin dgn pandangan ini.Wallahu'alam

kita yg jahil ni,jgn ijtihad sendiri.Sebaliknya,ikut saja pandangan majoriti ulama ;D
 Rasulallah s.a.w bersabda:Sepuluh golongan akan diseksa denga dahsyat,salah satu golongan adalah yang meninggalan solat.Tangan mereka akan diikat,sementara malaikat pula akan memukul muka dan belakang mereka.Syurga akan berkata "Aku tiada hubungan langsung denganmu.Aku bukan untukmu dan kamu bukan untukku."Sementara neraka pula akan berkata kepada mereka, "Mari,mari kepadaku,kamu untukku dan aku untukumu"
Masih belum rasa bersalah meninggalkan solat?

KLIA visit

Alhamdulillah...saya baru saja balik dari visit ke hangar MAS,5 dan 6 di KLIA.Kali kedua saya kesana.Tujuannya sekadar mahu melihat-lihat keadaan bakal tempat kerja saya 3 tahun lagi,itupun kalau saya kerja KLIA lah..kalau kerja kat Subang pun okey gak.

Apa yg saya nak katakan,saya cukup bangga dan seronok to be in this path and i'm looking forward to be in this big MAS family.InsyaAllah 1 atau 2 tahun lag,slps dapat staf ID no.Pakcik-pakcik dan abg-abg kat engineering department are too nice and pious.Sure!mereka sgt baik.Cukup bertuah dpt jumpa Pakcik Hamid,Pakcik Johari,Pakcik Azhari dan abg-abg engineer tadi.Suasana yg sgt tenang di kedua-dua hangar MAS KLIA dan Subang kerana ramai org yg berkopiah.Tak terasa mcm berada di tempat kerja,sebaliknya rasa mcm berada di surau pula.hehe...ok.saya over sikit~

Apart from that,tadi pun masa visit..diorang ada kuliah zuhur di surau hangar 5.Ada ustaz dari luar dijemput.Perkara sama di hangar Subang,selalu sgt ada kuliah agama.Bagus kan?

Tadi solat zuhur di Pusat Muktamar,juga dalam komplek MAS,KLIA.Wah...sgt tak sangka dalam kawasan tu ada masjid yg tak dipanggil masjid.Cuma ia tak dipangil masjid kerana sudah ada masjid KLIA,jadi takut org masjid KLIA marah.Itu yg mereka katalah.Apa yg mengkagumkan saya ialah masjid(pusat muktamar) ini menjalankan solat jumaat dan imam serta khatibnya ialah staff MAS sendiri!Subhanallah.
(pemandangan dari luar)
(keadaan dalam.Sangat condusive dan selesa)
Professional yg alim..
Bukankah muslim yg kuat itu lebih Allah sukai drpd muslim yg lemah?

Otak saya melayang mengenangkan seorang pilot yg alim bernama kapten Hafiz Firdaus.Ya,dia seorang pilot MAS dan masih bertugas lagi(kalau saya tak silap).Kapten Hafiz Firdaus terkenal dgn karya-karya agamanya yg dibukukan,dan saya memiliki buku karangan beliau.Tajuknya ,'Panduan bermazhab'.Malangnya saya masih belum berpeluang bertemu beliau.Semoga saya dpt juga bertemu beliau kerana saya sgt mengkagumi ilmu beliau.. Setahu saya,belajar piloting ni susah!Tapi beliau dpat juga mencari masa utk belajar agama.oh!saya malu sendiri...kerana masa muda saya semakin suntuk dan ilmu agama saya sgt cetek.
Org yg merasakan dirinya alim ialah org yg paling jahil
Hari ni mmg sgt seronok!Dan paling penting,saya seolah-olah mendapat semangat baru utk belajar lebih gigih.Makanya,saya pohon doa drpd anda semua supaya Allah kuatkan azam saya dan Allah mudahkan jalan saya.Semoga saya tetap on the right track...balance dunia dan akhirat.

Sory..gambar masa main dgn kapal-kapa besar takde sbb camera is not allowed~

p/s-sy still kat kelas ni.terkejut cmne saya boleh update blog kat kelas? ;D
    -mlm ni pukul 8 mlm,ada 1 entry lg.InsyaAllah~

Hobi yg tak rugi

Setiap manusia ada kecenderungan masing-masing.Hal ini boleh diperhatikan dlm blog mereka,apa yg mereka selalu tulis,itulah yg mereka suka.Ramai org suka bercerita tentang review filem atau pengalaman mereka menonton movie dll.Itu tandanya mereka suka menonton filem.

Saya dan movies
Saya juga suka.Oh!Tipu saja.Saya tak suka tengok movie,tapi saya baru belajar nak suka tengok movie.Jangan tak percaya,kerana yg 'ajar' saya itu ialah Tuan Haji Mohammad Sabu taw!Sudah pasti secara indirect.Saya cuma mendengar tazkirah yg dia sampaikan dan dlm tazkirah beliau,beliau menceritakan bahawa beliau pernah menonton filem tamil yg mengisahkan tentang kasih seorang ibu yg sanggup bermati-matian menyelamatkan anaknya dan diolong si ibu itu sungguh mengharukan.Si ibu berkata kpd org jahat yg nak bunuh anak dia-"Tuhan boleh lupakan umatnya,tapi seorang ibu takkan lupa kpd anaknya!". Tuhan mereka tak hebat laa..kan? =)


Lalu dia kaitkan dgn ibu-ibu muda islam,yg tak ingat anak-anak mereka!Slps dilahirkan,mereka dibunuh atau dibuang.Ada dalam ajaran islamkah?

Sejak itu,saya pun sudah mula menonton filem dan pastinya niat saya ialah utk melihat values dan nilai yg ada dlm filem itu.Dahulu,saya cukup membenci filem melayu.Sampai sekarang pun sisa-sisa penolakan itu masih wujud,kerana sakit hati melihat adengan org islam bercium,berpengangan tangan dan berpelukan atas nama seni.

Seni apa jika mengundah dosa?

Ya.Saya lebih suka menonton filem org kafir.At least,mereka tak memijak-mijak syariat kerana mereka mmg tiada syariat.Cerita hindustan yg saya tengok masa kat Pangkor tu pun sama.Saya tengok sbb nilai dan pengajarannya.

Pengajaran yg sgt baik dpt diperolehi melalui filem itu.Ia berkisar tentang seorang wanita india yg sgt-sgt tabah,cekal dan berani.Dia telah dirogol,lalu dia lawan perogol tu dlm court.Kerana kepetahan dan keberaniannya,dia boleh fight dgn si perogol sbb perogol dia tu anak org kaya.Kalau kat India,org kaya dia sgt jahat.Sama mcm dlm filem tu,org kaya tu rasuah tuan hakim,tapi perempuan tu pandai.Akhirnya mahkamah jatuhkan hukuman supaya perempuan tu kahwin dgn si perogolnya.Hukuman yg pelik~
(Dah 3 tahun saya tak masuk wayang,tggu org belanja bru nak masuk ;D)
Pengajaran Filem
Pengajaran yg paling baik saya dapat ialah bagaimana org india sgt mementingkan 'kegadisan' mereka.Faham tak?Mereka tak berzina sblm kahwin kerana bagi mereka kegadisan mereka adalah mahkota yg paling berharga yg tiada tolak bandingnya.Entah..itu dlm filem.Realiti saya tak tahu.

Org islam cuba ambil pengajaran terutamanya gadis.Jgn biarkan diri anda disentuh mana-mana lelaki yg tak layak kerana sekali anda disentuh,pudarlah warna anda.Sekali disentuh,walaupun hanya di tangan secara suka-suka tapi ia telah meninggalkan tompok hitam dalam hati.

Bukankah buah manggis asalnya dari pokoknya?Sama juga..bukankah zina juga asalnya sentuh-sentuh dahulu?Potensi utk kita membuang anak sentiasa wujud...kerana zina sentiasa wujud.

Nasihat saya
Lepas kalau kita menonton apa-apa cerita pun,jgn hanya menonton dgn nafsu sebaliknya bawak sekali akal dan iman.Barulah tak rugi tengok ;D Ingat!Sambil menyelam minum air.Sambil berhibur,ambil manfaat dan praktikkan nilai-nilai yg baik.ok?

Jemaah Tabligh


Maaf kpd si anonymous yg bertanya kerana 2 minggu baru saya jawab.Saya terlupa sbnrnya.Maaf ya.Apapun,terima kasih bertanya.Soalan yg baik.

Saya pun!
Saya pun org tabligh juga.Ramai org tak tahu pasal ni.No joke.Saya pernah iktikaf masjid sri petaling.(cerita masjid sri petaling).Saya ada masa ijtimak dunia.(cerita ijtimak)Saya pernah 'keluar' juga,tapi saya tak biasa pula jumpa dgn org yg mcm dlm soalan tu-iaitu org yg tak bekerja,cuma tahu bertabligh aja.

Tapi saya tak pelik sbb mmg wujud banyak sangat cerita buruk pasal jemaah ni.Banyak sangat.Mengarut!Ada org kata jemaah tabligh ni ekstrem lah.Ada org kata jemaah tabligh ni selekeh,bodoh,gila dan mcm-mcm lagi la!Lebih buruk,ada yg menuduh jemaah ini sesat.Nauzubillah.

Atas dasar apakah mereka dituduh sesat?Tidakkah surah al-Baqarah ayt 185 dgn jelas meyatakan bahawa Al-Quran ialah pembeza antara benar dan salah.Maka,selagi mereka ikut Al-Quran,mereka masih dikira berpijak di jalan yg benar dan tak sesat!Jgn tuduh melulu.Nanti badan binasa.

Jawapan saya
Sblm sy jwb,saya nak tanya.anda suka rambutan tak?skrg kan musim rambutan.Rugi tak makan!kalau anda ada pokok rambutan kat rumah lagi bagus.Saya nak anda tengok pd pokok tu,buah rambutannya merah-merah kan?ada tak yg masih putik menghijau?dan ada tak rambutan yg dah hitam memburuk?

Pastinya ada!Samalah dgn manusia di dlm kelompok ramai sprt geng tabligh ni!Dlm ramai-ramai mereka ni mmg ada yg tak elok dan tak patut dijadikan contoh.Jadi,jika benar wujud manusia yg hanya tahu berdakwah tapi tak beri nafkah kpd anak bini,maka org tu dah silap la!

Nafkah itu wajib,dan dakwah itu juga wajib tapi kewajipan dakwah itu berbeza mengikut keupayaan individu.Tengoklah diri sendiri,kalau anak kat rumah kebuluran,maka ketika itu memberi mereka makan adalah lebih wajib dan utama!Tidakkah itu sesuatu yg jelas?Langipun,mengapa perlu susukan kera di hutan tapi anak sendiri dibiarkan mati kelaparan?

Mengapa sibuk sgt nak ubah org lain tapi diri sendiri taknak diubah?Saya petik kata-kata Imam Hassan al-Banna,"kalau anda mahu islam tertegak di muka bumi anda,maka anda tengakkanlah dahulu islam di dlm diri anda". Dan semunya kembali kpd iqra' iaitu ILMU.Saya pernah kenal seseorg yg sgt bersemangat dlm jemaah ni,tapi takde ilmu.Kisah benar..

Dia penuntut IPTA yg sedang mengambil jurusan perakaunan.Saya utarakan persoalan riba,sbb ia berkaitan dgn apa yg dia belajar tapi lgsung dia tak tahu.Lebih teruk,riba pun dia tak tahu apa dia!Ni bukan 1st case..banyak dah!Perkara ini disebutkan dlm hadis yg diceritakan oleh Anas r.a bahawa,"akhir zaman ni mmg akn wujud 2 golongan manusia ini-iaitu ahli ibadat yg jahil dan ulama-ulama yg  fasik".Apapun,saya mendoakan supaya dia semakin mendalami ilmu agama,tidak hanya mengahabiskan masa membaca kitab biru fadilat amal dan termasuk dlm golongan manusia yg beramal tanpa ilmu.Bahaya!

Okey,back on track.Sesungguhnya sy tak pernah lg jumpa org tabligh yg selekeh.Yang saya jumpa,org-org tabligh ni semuanya kaya-raya.Ops,silap.Sebenarnya kaya dan zuhud,sprt sifat Abd Rahman bin Auf r.a Saya pernah jumpa dan lepak bersama Dato' lagi.Amazing!Org yg berpangkat Dato' pun masih sanggup merendahkan diri duduk masjid.Susah kot nak jumpa org kaya yg berulang alik ke masjid zaman skrg.Org miskin pun tak kenal masjid,org kaya lebih susah lah.

Kesimpulan
Tabligh ialah 1 jemaah yg baik walaupun masih ada beberapa perkara yg harus diperbaiki.Tolong jangan melatah.Sebaliknya terimalah kritikan dan nasihat saya ni dgn lebih terbuka.Kalau boleh,tekankanlah lebih sedikit kpd ilmu agama terutamanya ilmu membaca Al-Quran.Sekurang-kurangnya boleh baca lebih baik drpd budak sekolah rendah pun dah okey.

Sebelum saya menamatkan entry ni,saya nak minta maaf lagi sekali jika penulisan saya menyinggung mana-mana pihak.Anggaplah ini kritikan yg membina,bukannya menghina.Dan kpd yg bertanya,saya mohon maaf jika jwpn saya ni sgt dhaif.Sebaiknya biarlah org tabligh sndiri yg jawab soalan ni,saya bukan org yg tepat utk menjawab.Maaf lagi sekali.

p/s-saya berhajat nak update blog setiap hari,anda rasa anda sedia tak baca blog ni setiap hari? ;D

Pangkor Trip pt 4- akhir.

Pangkor Trip pt 4- akhir.
Pagi tu saya tengok Tv,ada cerita menarik.Saya tengok sampai pukul 8.Lepas tu baru saya sambung tido.Bangun-bangun pukul 10.Badan rasa sgt-sgt tak selesa.Saya gagahi diri utk mandi,selesai saja mandi saya makan roti dan telan panadol.Dan.....sambung tido lagi sekali dalam selimut tebal!Kali ni bangun pukul 12tghari dan rasa better sikit.
Kwn-kwn bersimpati dgn saya.Nak buat cmne,bukannya saya minta sakit.Allah bagi,mungkin sbb klo saya tak sakit,makin banyak peha pompuan saya tengok.Entah..tepi pantai!Tapi seriously,saya pelik,tak boleh ke pakai pakain yg elok-elok sikit?Bukannya wajib atau requirement pun kita kena pakai seluar pendek dan baju ketat utk mandi laut!Ada ke?undang-undang negara mana?

Jadi,atas rasa kasih,saya tegur lagi sekali terutamanya lelaki supaya lepas ni kalau nak mandi di tempat awam,silalah pakai seluar yg lebih drpd lutut dan tutup pusat.Okey?

Sambung cerita.Lepas bangun tidur kali kedua,saya rasa okey sikit.Jadi saya pun mula berkemas nak balik.Tengok!mcm sia-sia kan?tak buat apa-apa pun.Habis mcm tu aje weekend saya...adeii.Dipendekkan cerita,pukul 3ptg kami check-out dan pegi jeti.Terpaksa tunggu lama utk naik feri.Sampai jeti Lumut dalam pukul 4.15ptg.Bus janji nak pick up pukul 5,jadi kitorang diberi masa utk jln-jln la shopping apa yg patut.Saya beli banyak makanan ikan.Eh,makanan laut..murah kot kat sana.So,sapa yg nak makan sikit-skit silalah dtg rumah saya.Ada lagi ni serba sikit.

Okey.Ptg tu ujian yg lebih besar diterima.Bas tak sampai-sampai hinggalah dekat 6.30ptg baru ia sampai.Alasannya,tayar meletop di tengah jalan.Sudahlah lambat...masuk-masuk air-cond pula takde!Panas!!Panas hati dan panas badan.

Org ramai dah mula menyumpah seranah.Apa tidaknya,kitorang dah bayar habis RM1500 utk bas,tapi mcm ni pula servis yg dia bagi.Kwn saya dah call syarikat tu,mintak ganti rugi tapi sampai sekarang takde pun khabar berita.Jadi pengajarannya-jgn bayar habis terus,takut-takut kena tipu mcm kami kena.Kan susah nak claim balik.

Saya diam aja.Mmg dalam hati tgh marah,tapi entahlah...saya tak rasa kalau kita mancarut,menjerit-jerit,atau menyumpah seranah,kita akan rasa lebih tenang.Ptg tu mmg saya dah rasa bdn bertambah tak sihat semula,jadi dapat duduk dlm bas aje terus saya pejamkan mata.Kot-kot boleh tidur ke.
Pendekkan cerita lagi sekali,kitorang sampai Ara pukul 10.30mlm.Kebetulan budak junior baru masuk hari tu,so diorang tengok kitorang dgn peliknya..haha.Malam tu saya makan ubat lagi sekali,dgn harapan esok pagi saya akan bangkit dgn keadaan sedap badan.Dan alhamdulillah.....saya demam lagi.Sbnrnya sampai sekarang pun still selsema ni.Banyak dosa ni.

Kesimpulannya,saya cerita pengalaman ni sbb saya nak bgtaw anda semua bahawa islam itu mudah.tidakkah kita perhatikan?Islam tak halang org mandi-manda.Cuma islam suruh jaga batas pergaulan masa mandi-manda.Sbb tu kita disuruh jaga aurat masa mandi,sbb kat Jepun sy pernah dengar kes seorang anak dara pregnant sbb berkongsi mandi kolam air panas.Wallahua'lam.Tapi tak mustahil kan?

Islam tak halang kita nak berhibur,tapi hiburan terbaik tetap Al-Quran.Entah,itu yg saya rasa lah.Islam mudahkan kita utk solat.Jamak la kalau susah sgt.Tp ttp kena buat solat,antara lain supaya kita rasa kebersamaan kita dgn Tuhan.Bukan mcm agama lain..

Islam kata kamu nak makan,makanlah...syaratnya,ia halal dan baik dan jgn berlebihan.Kesannya ialah kesihatan kita juga.Apa lagi ya..erm..ha!yg ni paling penting!Islam memudahkan kita jalan mencari pahala.Kalau kita main bola kerana Allah,dpt pahala.Sama mcm kalau kita pegi Pangkor,sbb nak melihat keindahan alam ciptaanNya,maka dpt pahala.

Apa lagi,sambil berenang minumlah air..ok!ok!saya tak reti berenang!Tapi banyak pula air laut saya minum?tak!maksud saya,pasni kita jadi kretif sikit la.Pandai-pandai la generate pahala.Niat la buat perkhemahan,kem ke atau apa-apa aktiviti indoor ke outdoor,individu atau kumpulan...niat kerana Allah.Senang?huh...yg senang la susah org nak buat.

Saya sbnrnya ada hutang ni!hutang soalan yg ditanya oleh seseorang di formspring saya iaitu soalan pasal jemaah tabligh.Saya nak tulis,lepas ni.InsyaAllah saya akan mengemukakan fakta-fakta menarik yg mungkin membuatkan anda terkejut beruk.Tggu ya!

Pangkor Trip pt 3

Pangkor Trip pt 3
Malam menjelma.Selesai solat maghrib,dah sunset pun.Tak sempat layan..takpelah sbb dulu dah pernah solat atas pasir pantai lps layan sunset~

Dan skrg acara yg dinanti-nanti tiba.BBQ.Ayam kami beli dlm 150+ ketul.Mula masak pukul 8 lebih,tapi pukul 11 pun stil belum habis masak.Mmg seronok,sbb saya ngn kawan-kwn take turn masak,so bila sampai turn saya jaga ayam yg dah masak,mesti kitorang rembat senyap2 seketul dua.haha..akhirnya semua org dah kenyang,tapi ayam dan sosej masih ada dlm 3 pinggan penuh!
(Ops...yg hitam tu bukan arang,tapi kepak ayam.Dan bukan saya yg buat dia jd itam!hehe)

Saya tak tahu apa diorang buat ngn ayam tu,sbb mmg saya dah tak larat lgsung nak makan.Pukul 12 malam saya dah masuk bilik.Tiba-tiba rasa mcm nak baca Quran,saya bukak beg ambil dan baca.Mmg dah jadi habit,saya bermusafir aje saya akan bawak Quran,sbb kalau saya bosan saya boleh baca Quran terjemahan tu.Teman setia,harap-haraplah.

"I.C kita penting.Sbb tu kita selalu bawak ia ke mana-mana,tapi Al-Quran lebih penting.Selayaknya ia juga kita bawak kemana-mana".Teringat saya kata-kata seorang abang masa awal-awal perjumpaan kami.Ya.teguran kpd saya kerana saya tertinggal Quran.

Lebih kurang pukul 12.30,saya dah tido.Tido-tido ayam.baru nak lelap,ada org kacau-'iqbal pinjam toilet.pinjam ubat gigi,pinjam sabun..nasihat saya,pasni kalau rasa nak bermalam di  mana-mana,bawak la toiletries lengkap-lengkap!.Mmg mlm tu dah rasa tak sedap badan dah,lalu subuh tu bangun saja saya dah kena selsema.Mungkinkah kerana faktor makan ayam mlm tadi? kerana firman Allah ni-"...makan dan minumlah,dan jangan melampau!sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas"(al-A'raf ayt 31).

Adakah saya dah makan ayam terlampau banyak? ek...

Selesai subuh berjemaah dgn beberapa org,mulalah aktiviti harian saya,kejut membe bangun solat subuh.Huaahh..susah sgt sebab diorang semua ada yg pukul 4 baru tido,ada pukul 3..semuanya tido lewat.How come we expect they will wake up early?Ya..tak ramai org tahu,atau mmg dah tahu,tapi ramai yg ignore fakta ni-"Jumhur ulama mengatakan,wajib kita mengejutkan ahli rumah,tak kira lah kwn-kwn atau family utk bangun solat subuh".

Ada yg saya terpaksa kejut sampai 5-6 kali baru diaorang nak bangun.Baguslah..sbb entah sejak bila,i've be particular detail about solat.Mmg saya kasihan dan sedih bila tahu fakta rakyat Malaysia yg dapat solat 5 kali seharian hanya less than 30% aje.Mungkinkah kita termasuk yg selebihnya?Nauzubillah..

Ramai org kantoi subuh.Ada yg terperangkap dlm jammed,ada yg tak mampu bangun walaupunset alarm-letak sebelah telinga lagi.Maka jika itu masalahnya,qada' lah dan mohon ampunlah...itu yg saya sering ingatkan pd kwn-kwn saya.Anda kawan saya juga,maka sy rasa bertanggungjwb mengingatkan anda.

Slps puas kejut kwn-kwn dan ramai yg dah mula bangun,saya bergerak ke tepi pantai.Baca Quran tepi pantai..best!rasa sesuatu yg sgt lain..Habis satu page,berhenti sat layan sunrise.Pemandangan yg indah~sy tak malu nak bukak Quran dan baca di tempat awam,walaupun saya pasti ramai org yg akan pelik dan malu utk berbuat demikian.Terpulanglah...

Pagi tu mmg saya dah demam dan selsema,maka saya manfaatkan pagi tu dgn tidur shj,walaupun kwn-kwn saya ada yg berkayak dan snorkeling,saya tak mampu ikut sama.Entah pape,org dtg bercuti dia demam pula..haha

Bersambung lg..