Dakwah Mr.Bean

Dakwah Mr.Bean
Dlm artikel kali ni,saya nak ajak anda semua menonton video mr bean sbb ia ada kaitan dgn artikel saya yg lepas yg bertajuk kasih sayang.Apa kaitan ke Mr Bean dgn dgn Pondok Cinta?wahahaha..kan tema pondok cinta ni,berhibur sambil belajar..ok..layan dulu
Dah tengok video mr bean tu dah?lawak kan?wahahaaa...ok..saya assume yg semua org dah tengok video tu sbb saya nak cerita sedikit pengajaran tentang dakwah yg dinamakan,dakwah mr.bean

Kurang Bercakap
Mr Bean jarang bercakap.Dalam mana-mana video dan movie pun,dia sgt kurang bercakap.Mostly yg keluar drpd mulut dia cuma 'uhhh','ooo'..semuanya bahasa dia aje yg paham!Tapi masih 1 dewan,1 panggung boleh ketawa walaupun dia tak cakap apa-apa.Ini kerana ;awak mr.bean datang drpd tingkah laku,perbuatan dan gerak gerinya sendiri.Dan di dalam islam,ia dinamakan dakwah bil hal.

Dakwah Bil Hal
Senang cerita,dakwah Bil Hal ni ialah kita tunjukkan contoh utk diteladani oleh orang.Saya tak nafikan,yg nak dakwah org yg kita sayang tu sgt-sgt susah.Lebih-lebih lagi ahli keluarga kita sendiri,dan kawan baik kita.Saya mulakan dgn kawan baik dulu.Kalau silap cakap,seminggu muncung mcm itik! Lagi teruk kalau membe jenis hati kaca..sikit-sikit nak period,ops..nak emosi,nak mengamuk..kalau mcmtu punya kawan,apa kita nak buat?

Kanak-Kanak
Nabi dah tunjukkan cara mengajak kpd kita.Dlm islam,kanak-kanak berusia 7 tahun mestilah diajar dan diberitahu utk bersolat.Hari-hari kena mau suruh,takleh pukul lg.Tapi bila dah 10 tahun,kalau dia malas gak,baru kita boleh pukul slow-slow utk mengajar.3 tahun suruh,baru boleh ambil tindakan.

Cmne dgn org tua pulak?takkan nak kena suruh hari-hari gak?Kalau dia jenis yg mmg pekak,silakan la suruh hari-hari,dia takkan marah,tp dia juga takkan buat juga sbb pekak.Tapi kalau org yg sihat,mesti akan fed up.Mesti punya!

Man dah besar la mak.Man tahu la camne nak idup!

Ko ni membebel,kalah mak nyah taw! auuwww

Sibuk la ko ni!Kubur lain-lain!

Org yg hati kapas,mesti dah down dan tak nak tegur lg.Tapi tu bukan sifat muslim.Org muslim hati waja,atau hati kevlar,atau hati titanium.Kuat,teguh dan tak mudah putus harapan dgn Allah.

Tunjukkan contoh
Org yg dah besar,baya kita takleh dibebel.Diorang takkan suka.Sapa yg suka kena bebel?saya sendiri tak suka! Jadi cara menyedarkan mereka yg terbaik ialah dgn jd mr.Bean.Kita tak perlu banyak bercakap,tapi kita kena banyak senyum(mesra),banyak bekorban(khidmat) dan banyak menunjuk.

Maksud menunjuk ialah menunjuk-nunjuk lah!Sapa kata menunjuk-nunjuk tu semuanya tak dibenarkan?Semunya riak?huh..!Saidina Umar r.a bersedekah secara terang-terangan kerana mahu dicontohi oleh sahabat yg lain.Saidina Abu Bakar r.a membaca Al-Quran dgn suara merdu dan lantang di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah.Mereka lakukan ini ikhlas kerana Allah dan kerana mahu dicontohi orang lain.Senang cerita,saya maksudkan..tunjuk contoh teladan!
 (Sila banyakkan membaca Al-Quran.At least 1 muka sehari)
Saya tunjuk contoh; Nak memotivasikan sahabat-sahabat dgn solat,maka kita kena dirikan banyak solat sunat kat rumah.Biar mereka tengok.Dan timbul kemaluan..ops..timbul rasa malu.InsyaAllah sedikit demi sedikit diorang akan friendly dgn solat juga

Hikmah
Semua org tahu ayat 125 surah An-Nahl,Allah suruh kita berhikmah.Tapi ramai tak reti utk berhikmah,termasuk saya.Hehe.Senang cerita,hikmah menurut Ibn Katsir bermaksud; bercakap ikut keupayaan akal org tu.Takkan la nak cakap dgn Bro Lok,ana anta...maunya dia anggap saya terrorist.(Wahahahah..bro,aku gurau jew..hehehehe..)Cerita pasal hikmahnya dakwah Nabi,sy teringat 1 cerita pasal pompuan tua buta yg tiap2 hari Nabi dtg ziarah dan suapkan dia makan.Baginda akan kunyah dulu kasi lembut makanan tu lalu baru dia bagi pompuan tua tu makan.Dah tua,mane boleh kunyah sendiri.Masa tgh makan tu...pompuan tua tu asyik pot pet..pot pet memaki hamun.Siapa yg dimaki?Dia memaki Muhammad s.a.w yg duk suap dia makan tu!!pergghh...Kalau hangpa la...hangpa nak watpa ngn org cmtu??

Nabi senyap dan senyum je tanpa cakap apa-apa.Pompuan tu makan sampai kenyang.Dipendekkan cerita,amalan Nabi ni kantoi dgn Abu Bakar r.a lalu slps Nabi wafat,Abu Bakar pula yg suapkan pompuan tua tu tapi pompuan tu tahu yg org yg suap dia kali ni bukan Rasulallah sbb Abu Bakar tak kunyahkan dulu makanan tu.Lalu pompuan tu tanya siapa dia,lalu dijawab oleh Abu Bakar bahawa org yg suap makanan dulu tu Rasulallah yg mulia dan Baginda dah wafat.Pompuan tua tu nangis menyesal sbb hina Baginda depan-depan,lalu dia peluk islam.

Lagi kisah hikmah ialah tentang Maulana dgn penagih arak.

Pokok Rambutan
Dakwah ni sbnrnya mcm jd sebatang pokok rambutan.Mmg kita akn jd tempat org baling batu,org baling selipar dan jolok dgn galah.Sakit!,tapi kita ttp beri buah kpd org yg sakitkan kita.Kita perlu sedia disakiti,utk memberi manfaat dan itulah kemuliaan umat ini!dakwah..(pesanan khas utk diri sendiri)

Ibubapa
Nak dakwah ibubapa?ingat tak kisah pemuda zaman Nabi Musa a.s(bakal jirannya di syurga) yg memandikan ibubapanya yg jd babi tu?ibubapa dia disumpah jd babi tunggal oleh Allah kerana diorang derhaka kpd Allah.Tapi si anak soleh tu ttp berbakti kpd 'babi'.Dipeluk,dimandi,dicium,dilap..ayat famous drpd si anak soleh itu;'Benar,mereka telah berdosa kpd Allah.Tapi itu dosa antara mereka dan Allah.Aku sbgai anak tetap wajib menjalankan tanggungjawabku dan aku tak pernah jemu berdoa supaya mereka diampunkan Allah'.Berkat anak soleh,'babi' pun boleh masuk syurga!!Kesimpulan; berbaktilah kpd ibubapa...itu dakwah seorang anak.

Kesimpulan
Kawan-kawan mmg takkan suka kita push.Slow-slow.Dakwah ni bukan short term punya kerja.Boleh jd sblm mati,dia teringat kita lalu dia taubat.Boleh jadi.kan?Yang terbaik,jadi kawan mereka bukan jd lawan mereka.Dan jgn lupa..senjata utama kita,iaitu doa.Ingat!Jika kita doakan saudara muslim kita dlm senyap,Allah hantar malaikat utk mendoakan kita balik!(ada dlm hadis).Apapun ini cuma pendekatan saya dan tulisan 2 sen drpd saya.Segala kedhaifan sy mohon maaf.


p/s-Tahniah kerana berjaya membaca sampai habis!hehe
     -Ada org tanya saya adab berfacebook.InsyaAllah slps entry ni.

Sila Tanya

Sila Tanya
Tanyalah
Allah sebut pasal ni dlm surah al-anbiya' ayat 7-Tanyalah org yg tahu,jika kamu tak tahu.Saya cukup bangga dgn Bro Lok sbb dia memahami tuntutan ayat 21;7 ni iaitu bertanya kalau ada keraguan.Bukan sikit org yg main taram dan main taklid buta(ikut-ikut) dlm urusan agama.Bagi para pembaca blog saya,kalau ada keraguan,do not hesitate to ask..kalau mampu,saya jawab,kalau tak mampu saya akan tanya org yg lebih alim dan berilmu.InsyaAllah.

Soalan Pertama 
"malam tadi penjaga makam baginda Rasulullah s.a.w telah bermimpi...(bla--bla..bla..) tolong sebarkan.... jika tidak anda kan ditimpa bala...."
Pertama sekali saya nak sentuh pasal mimpi.Mimpi(ru'ya) itu mmg ialah wahyu dan kebenaran kpd para Nabi dan Rasul.Nabi Ibrahim menerima perintah utk mengobankan anaknya Nabi Ismail melalui mimpi,begitu juga dgn nabi-nabi yg lain.Tapi bagi org awam mcm kita,mimpi tidak boleh dijadikan dalil bagi sesuatu perkara.Kita boleh rujuk surah al-Fath ayat 27-Sesungguhnya,Allah tetap menyatakan benar RasulNya dlm perkara mimpi itu dgn kenyataan yang sebenar.

Jadi kesimpulan bagi 'mimpi' ialah,boleh jadi apa yg dimimpikan oleh si penjaga makam(makam siapa pun kita tak tahu..) tu tak boleh lgsung takleh dijadikan dalil syarak melainkan jika ia bertembung dgn hukum-hukum dan nas-nas agama.Sbgai contoh; Bro Lok mimpi dia pergi buat haji,pastu dia ckp kat member-member dia..'wey,kita wajib buat haji!'Jadi boleh terima la mimpi dia,sbb mmg dah terang-terang wujud dalil mewajibkan haji.Faham kan?

Ditimpa Boala
Perkara kedua saya nak sentuh pula berkaitan dgn "ditimpa bala".Nak cerita pasal bala ni berjela-jela lah gamaknya.Senang cerita,setiap kemudharatan dan kebaikan tu datang drpd Allah.Makhluk tiada daya dan upaya utk mendatangkan semua itu.Kalau dia mengaku dia mampu,maka dia seolah-olah mengaku sbgai tuhan.Pasal bala juga,saya nak sentuh sikit dgn konsep kepercayaan dgn benda-benda tahyul dan khurafat.Senang cerita,org yg percaya pd sesuatu boleh mendatangkan mudharat itu termasuk dlm syirik.Mmg ada khurafat moden dan khurafat kuno.Khurafat moden tu mcm kes forward msj td.Kalau khurafat kuno pulak contoh kalau dengar bunyi burung hantu tu tandanya ada org nak mati la...bla..bla.. bahaya!boleh rosak akidah

Wajib ke Forward?
Perkara ketiga ialah 'wajib forward'.Setahu saya,Nabi pernah kata,'La Dhorhorho wa la dhirho rho'-tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan takleh memudaratkan org lain.(sory sbb sy tak reti nak taib bahasa arab).Kalau la mmg wujud sahabat kita yg terlalu miskin yg mmg kredit tak pernah banyak,pastu kena pulak forward msj tu ke 10 nombor,tak ke itu menyusahkan dia?

'Sampaikan dariku walau satu ayat'-hadis riwayat Bukhari.Mmg kita wajib sebarkan dan promote blog ilmu,tapi perlu diingat,setiap ilmu harus ada sumbernya dan berbalik kpd Nabi Muhammad s.a.w semula.Kalau ilmu itu tak dtg drpd Baginda,maka ia bukan lg sesuatu yg confirm dan pasti benar!Faham kan?

Saya pernah gak dapat msj berantai mcm ni.Tp dlm ayat last,si pengirim tu tanya pendapat saya.Saya reply; Thanks,tapi sy takkan forward.hehehe..Jadi sy sgt arap si pengirim sms berantai tu ada baca entry ini utk mendapatkan jwpn yg lengkap =)

Jadi kesimpulan saya ialah,saya sendiri takkan forwardkan mesej-mesej yg tiada bukti kesahihannya.Siapa tahu,itu suatu fitnah dgn menggunakan nama penjaga maqam Rasulallah.kan?Semua ni ialah kerana ada 1 hadis drpd Hassan bin Ali r.a; Tinggalkanlah apa yg meragukan anda kpd apa yg tidak meragukan" -riwayat Bukhari.Jelas?harap maklum.Wallhua'lam.

Soalan Kedua
"wahai kawan-kawan jangan berdoa minta ISRAEL dilaknat... kerana maksud ISRAEL adalah TUHAN KAMI"

Pertama sekali,saya tiada jawapan yg khusus sbb ia berkaitan dgn persoalan bahasa.Kalau kita rujuk Quran pun,Allah guna perkatan israel utk merujuk kpd Nabi Yaakub.Tak percaya?bukak sendiri surah ali-imran ayat 93.

Saya sebenarnya masih blurr.."tuhan kami" tu merujuk kpd siapa?Allah?Kalau Allah,maka sgt tak betul la sbb Allah ada 99 nama asma ul husna dan mmg tak pernah ada 'israel' masuk dlm list 99 nama tu.Perkara yg sama juga pernah berlaku 1 masa dulu.Ingat tak kes sembahyang?ada org kata sembahyang tu takleh guna sbb maksud 'yang' ialah patung.Jadi,maksud 'sembahyang' ialah sembah patung. 

Jawapan Saya
Jwapan saya mudah.Back to basic iaitu niat.Hadis "Innamal a'maa lu bunniat."-hadis drpd Saidina Umar r.a Hadis ni walaupun hadis ahad(perawinya tak ramai) dan bukan hadis mutawattir(perawi ramai),tapi menyamai 1/3 drpd keseluruhan ilmu,bak kata imam shafi'ei.Jadi,terpulang kpd niat kita la.Kita nak guna perkataan Israel ke,Yahudi ke...yg penting kita merujuk kpd bangsa laknat tu.Sama la mcm perkataan solat.Tak kesah la nak sebut solat ke,sembahyang ke..asalkan yg kita sembah tu Allah,bukan patung.

Tapi saya prefer utk guna perkataan Solat dan Israel sbb kedua-dua perkataan ini ada dlm al-Quran.

Kesimpulan saya:- Ini ialah masalah remeh.Saya harap takde org yg bergaduh pasal nak guna perkataan Yahudi atau Israel.Terpulanglah kpd citarasa individu itu.Ok?Wallhua'lam.
Sekali lagi saya ulang,mmg sy tak nafikan bahawa nak cari ustaz tu bukan senang.Lagi-lagi buat remaja mcm kita,mane suka sgt kawan ngn ustaz,kononnya malu dan segan.Jadi saya rasa bertanggungjawab pulak dgn masalah ini.Jadi,sesiapa yg ada persoalan agama boleh la tanya saya di Facebook saya,atau formspring saya,atau di blog ni sendiri.Apa yg saya mampu jawab,saya jawab.Jika saya tak mampu,saya akan tanya org yg lebih tahu drpd saya.Paling penting: SAYA BUKAN USTAZ!

Ingat! "Tolabul ilmi faridhotun a'la kulli muslim"-hadis riwayat Baihaqi yg bermaksud; "Menuntut ilmu itu WAJIB kpd setiap muslim".

p/s-
1)Tahniah sbb berjaya baca sampai habis!
2)Saya masih berhutang 1 soalan dgn maCy pasal dakwah.Takde masa nak menulis.Mggu depan exam~

PKR dan PiKR-bukan berpolitik!

Artikel ini bukan artikel politik,jauh sekali ajaran sesat!P.K.R yg saya maksudkan ialah Perhatikan-Keadilan-Rabb(bukan parti keadilan rakyat).Ramai org termasuk saya tak PKR(maksud saya:tak perhatikan keadilan Rabb).Sedangkan ia tuntutan.

Suka Membanding
Saya perhatikan,ramai antara kita yg suka membanding-bandingkan diri kita dgn org lain.Saya tak kata perbuatan membanding tu buruk.Ia mmg baik tapi jika disertakan dgn niat yg baik jugak lah.Contoh suka membanding ni ialah mcm kalau kita ada sesuatu yg lebih baik,maka kita akn kata,’Fuh..untungnya aku..’.tapi kalau dia lebih baik drpd kita pulak,kita kata ‘Hmm..untunglah dia’..

Contoh satu: org kaya yg lahir drpd keluarga kaya.Kita kata,"Hmm..untunglah dia mak bapak dia kaya.Tak payah blaja tinggi-tinggi pun bapak dia boleh bagi dia kerja".Bila mana kita ckp mcmtu,kita akan rasa down(bukan down-sindrom).Rasa jeles,malu dan rendah diri.Lagi teruk,kita fikir Allah itu tak adil sbb dia dpt mcm-mcm,sdgkan kita tak dpt!Betul tak?

Contoh dua: Kita study 16 jam sehari-tidur pun cuma 4 jam sbb dah dekat nak exam.Mmg stuggle giler-giler study(nasib baik tak putus wayar),tapi bila result keluar,dpt ciput je..pointer kita lg rendah drpd member-member kita yg tak study.Saat tu kita akan kata,"Tak aci!!dia yg main-main pun result baik!".Kita akn bersangka buruk;’Ni mesti guna toyol suruh tengok jawapan’ atau yg paling teruk,Kita sangka Allah tak adil!

Contoh tiga: Anda nak parking kereta kat 1 program masjid(sila cuba sikit-sikit join.best..),tapi parking takde.Ada sebuah kereta yg sama dgn anda mencari-cari parking kosong.Lalu,tbe2 ada kereta nak keluar.Anda tggu je kereta tu keluar dan anda pun masuk parking,padahal kereta lg 1 dtg lebih awal drpd anda.Bila dah dpt parking,anda kata..”oh!Nasib aku baik~”

3 contoh sudah cukup la kot.Benda ni biasa berlaku kpd kita.Kita seringkali kata Allah tak adil,sedangkan Allah itu Maha Adil.Benda ni terjadi sbb kita tak ber PKR! Kita refuse utk memerhati dgn lebih mendalam,sesuatu yg dipanggil hikmah.

Hasad Dengki
Kita tengok contoh no 1 tadi.Kita dengki kpd org yg kaya dan lahir dlm keluarga berada dan berpengaruh. Sedangkan dlm islam,hasad dengki itu 1 dosa dan amat dilarang kecuali kpd 2 golongan shj: iaitu org yg 24jam berkepit dgn al-Quran dan org yg banyak harta dan gunakan hartanya di jalan Allah.Ini dinamakan dgn istilah ‘ghibtah’.Info tambahan:Hasad dengki tu sesuatu perasaan yg kita mahu supaya kebaikan yg ada pd seseorang tu ditarik drpd dia,dan menjadi milik kita.So,dlm sehari berapa banyak kita dengki?astaghfirullah…

Makin banyak,makin susah
Kita berasa seolah-olah org kaya tu sgttt untung kerana memilik mcm-mcm kebaikan!Disebabkan kita tak PKR(lg sekali sy ulang),kita rasa sakit hati,rasa lemah,rasa hina dan malu.Tapi kalau kita PKR,maka kita akan sedar bahawa kekayaan yg diwarisinya itu bukanlah satu kemuliaan.Kemuliaan adalah ketaqwaan.Kita cemburu dgn harta yg banyak,tapi kita lupa bahawa semakin banyak harta,semakin sukar hisab.Bukankah salah satu soalan yg bakal Allah tanya ialah berkaitan dgn harta?Dari mana kita dapat?Bagaimana pula kita belanjakannya?saya pernah tulis.Cuba check balik kat sini.

Nikmat atau musibah?
Saya tak nafikan bahawa harta tu penting.Ya!Umat islam perlu jd kaya!Tapi ada satu perkara yg ramai org salah faham tentang kaya dan ia sgt-sgt-sgt bahaya!Sesuatu yg dipanggil istidraj.Istidraj itu adalah pemberian Allah yg menjadi asbab kita semakin jauh drpdNya! contoh:Seseorang usahawan berkata,’Apa beza aku solat atau tak?Sbb aku tak solat la aku kaya taw.Sbb kalo aku solat,sapa nak jaga kedai?” atau mungkin seorang top-student berkata dgn sombongnya; ”Mengarut lah solat hajat,doa,dan baca yasin tu semua!Aku tak percaya lah.Aku Cuma percaya aku berjaya sbb aku baca buku,takde kena mengena dgn Allah pun..”.Nak contoh lg?lu pikir la sendiri…hehe..

Antara Harta dan Hisab
Selain itu,banyak harta juga kadangkala penyebab kpd kesusahan,kerana harta memerlukan penjaga sebaliknya org yg banyak ilmu,dia senang sbb ilmu itu penjaga.Kesimpulannya,banyak harta banyak hisab.Kurang harta,kurang hisab.Tapi ini tak bermakna islam larang kita drpd hidup senang.Islam cuma anjurkan kita zuhud ,bersederhana dan jgn takabbur.Kalau banyak harta,baguslah! Belanjakanlah harta utk mencari redha Allah.
Ibadah yg paling besar ialah syukur.
Pikirkan Keadilan Rabb(PiKR)
Contoh kedua tadi ialah berkaitan exam.Org yg study-fail.Org main-main-result cemerlang.ok!Jom Pikirkan Keadilan Rabb(PiKR). Allah Maha Adil.Jika kita PiKR,kita akn dapati setiap yg berlaku kpd kita ada hikmahnya.Allah sebutkan di dlm Quran pd banyak tempat, bahawa Allah akan uji kita hingga jelas siapa org yg beriman,dan siapa org yg buat-buat-beriman.Org beriman,sifatnya sabar dan redha dgn ketentuan Allah.Org beriman juga berbaik sangka dgn Allah.Sedangkan org yg pura-pura iman,sifatnya opposite.Tak sabar,tak redha dan sentiasa buruk sangka terhadap Allah.Apa tujuan Allah memeberi kita kegagalan?Ini adalah kerana Allah mahu mentarbiah(membimbing) kita kpd sebuah kejayaan yg lbh besar.

Maksud saya ialah org yg gagal jika dia menerima hakikat dan bersabar,InsyaAllah dia akan menjadi org yg berjiwa besar.Tarbiyyah ini telah lama Allah berikan kpd Rasulallah.Allah mendidik diri Baginda utk berjiwa besar.Peristiwa yg berlaku kpd Abi Talib(bapa saudara Nabi).Baginda sedih kerana gagal menyelamatkan bapa saudara yg dicintainya drpd api neraka.Tapi Baginda tak give up!Kegagalan yg sama juga berlaku semasa usaha dakwah Baginda di Taif.Dakwah Baginda ditolak,bahkan Baginda diejek dan dibaling dgn batu!Tapi Baginda positif dan tak cepat melatah.Rasul pun pernah gagal..inikan pula kita?

Pelajaran Daripada Kegagalan
Kegagalan adalah pelajaran.Org yg belajar ialah org yg mengambil ikhtibar.Dan org yg mengambil ikhtibar ialah org yg guna otak.Faham tak ni?maksud saya:Kalau kita gagal exam dunia,kita sebenarnya lulus 2 benda sedangkan kwn kita yg lulus tanpa usaha tu,cuma lulus 1.Kita lulus ujian kesabaran dan ujian DUT(doa,usaha,tawakkal).Sedangkan kwn tu cuma lulus ujian duniawi aja.Tak faham lagi?Cmni…boleh jadi org yg lulus exam tanpa usaha tu Allah nak istidraj dia!Bila dia dah rasa diri dia hebat,maka dia rasa dia tak memerlukan Allah lg!Moga kita tak jadi mcm tu!

Kita yg selalu gagal,insyaAllah..memerlukan Allah lebih drpd dia.Dan inilah tips kejayaan di padang Mahsyar nanti.SPM kali kedua.Sijil-Padang-Mahsyar!So,lepas ni saya harap kita semua sedar dan faham bahwa Allah itu adil.Mungkin berkat kesabaran atas kekurangan diri,Allah ampunkan dosa silam kita dan beri pahala kpd kita.Atau mungkin Allah gantikan dgn sesuatu pemberian yg lebih baik..siapa tahu?

Nasib Baik
Contoh ke3 pulak,pasal so called nasib-baik. Mungkin kalau lebih senang nak faham,nasib baik tu lebih kurang sama dgn org dapat durian runtuh.Dpt kebaikan secara tiba-tiba,tanpa usaha atau dgn usaha yg sikit.(Ni pendapat saya aje la,nanti tanya cikgu BM la) Bila ada nasib “baik”,mestilah ada nasib ‘jahat’.kan?Atau kita paggil nasib-kurang-baik(kurang baik tu jahat la kan?).Kita semua dah tahu bahawa setiap yg berlaku itu telah pun ditentukan oleh Allah Taala.Diceritakan dlm hadis:Allah telah mencipta takdir,50ribu tahun sblm Allah ciptakan langit,bumi dan manusia!-(riwayat muslim).

Seseorang yg bernasib baik,ingatlah bahawa nanti Allah akan tanya dgn soalan tentang bagaimana cara kita menerima ‘nasib baik’ tu.Adakah kita syukur dan gunakan pemberian tu dgn cara yg sepatutnya?Bagi yg bernasib malang mcm kereta yg dah dtg awal tapi tak dpt gak parking,di sini Allah mahu uji tahap keredhaan kita.Adakah kita akan membebel,memaki atau menghamburkan kata-kata busuk kpd org yg dpt kebaikan tu?Kalau kita sabar,kan lebih baik?Mungkin apa yg kita panggil nasib kurang baik tu sbnrnya kafarah ats dosa-dosa kita.Bagus apa mcmtu!Sbb nanti masa bertemu Allah,dosa kita sikit.InsyaAllah.
“Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tak baik bagi kamu”-al Baqarah:216
“Setiap bencana yg menimpa dirimu dibumi,semuanya telah tertulis dlm kitab(Lauh Mahfuz) sblm Kami mewujudkannya.Sungguh,yg demikian itu mudah bg Allah agar kamu tak bersedih hati ats apa yg luput dari kamu dan tak terlalu gembira atas apa yg diberikanNya kpdmu”-al Hadid: 22 & 23.

Kesimpulan
Sebagai org berakal,kita kena banya PKR dan PiKR.Perhati dan pikir.Jika perhati tanpa fikir maka ia jd sia-sia.Jika fikir tanpa pemerhatian,maka kita takkan jumpa jawapan yg kita cari.Yakinlah,Allah Maha Adil.Jika Rasulallah yg sebaik-baik makhluk itupun Allah beri kegagalan,kemiskinan dan dugaan,maka adakah kita fikir bahawa kita takkan diuji?Syukurlah bila diuji kerana itu tanda Allah mahu kita mendekatiNya dan lebih mencintaiNya.


p/s-sy nak ucapkan tahniah kpd anda yg berjaya baca artikel ni smpai habis sbb sy akui,artikel ni panjang.Apapun,moga dapat manfaat yg besar.

RM500

Alhamdulillah.Laptop saya dah sembuh dah.Rupanya ‘muka’ dia sakit,teruk sakitnya.Jadi hodoh dan nampak bodoh,jadi terpaksa saya tukar muka baru.Hutang dgn mak rm500 utk tukar skrin!(Nanti kerja saya bayar ye mak!hehehe)

Kesilapan
Hari rabu dlm pukul 2 pagi,masa tgh khusyuk blogwalking,laptop ni buat hal.Kabur aje skrin ni.Bergaris-garis, dan langsung tak nampak apa-apa tulisan!alaa..mcm Tv rosak la.Masa hantar kedai,tokey tu kata skrin rosak sbb sy slalu smackdown (tutup ganas-ganas) skrin lappy ni.Tu pasal circuit dia rosak.Hehe..mmg pun sy selalu buat mcmtu(bajet rock!).hehe.Moral of the story; Sila jaga laptop atau computer anda dgn baik.

Musibah
Saya percaya bahawa setiap yg berlaku itu bersebab.Allah sebut dlm surah al-Baqarah ayat 156 bahawa sesungguhnya sifat org yg sabar itu ialah apabila ditimpakan dgn musibah,dia akan ucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”,(sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadaNya kami kembali).Persoalannya,kenapa kita diajar utk mengucapkan perkataan itu?jeng..jeng..jeng..pikir la..Jwpnnya adalah utk menanam rasa redha ,harap ,rendah diri dan sabar di samping mendekatkan diri kpd Allah.
Praktikal Selepas Teori
Sehari sblm musibah,saya baru aja jumpa dgn 1 hadis pendek riwayat imam Tirmizi: “Iza sa’alta fas alillah”-maksudnya: Jika kamu memohon,maka pohonlah kpd Allah! Perasan tak?sifat kebanyakan org terutamanya saya,kita hanya ingat Allah bila susah.Bila dah dlm masalah,barulah nak cari Allah.Bila senang,jarang atau mmg lupa terus nak berdoa.Tapi okey jugak la.At least kita masih membuka ruang utk mengingati Allah dlm hati kita ni.Tak sangka,cepat Allah uji.Inilah yg dinamakan tanggungjwb keatas ilmu iaitu mengamal dan mengaplikasikan apa yg kita tahu.

Mengapa Perlu Mengadu Kpd Allah?
Pertama,mengadu,merintih,menangis dan merayu kpd Allah itu adalah ibadah.Para Rasul dan org soleh sentiasa mengadu kpd Allah ketika dlm kesusahan hatta dlm kesenangan sekalipun!Buka lembaran sejarah islam,kita boleh baca sifat org-org alim zaman dulu yg sgt dekat dgn Allah.Manja sgt dgn Allah mcm baby.Sikit2 nak ibu..sikit2 nak ibu..Org dulu-dulu,sikit2 Allah..sikit2 Allah.Bagus sgt! Tapi sgt berbeza dgn kita yg sgt jauh dgn Allah.Tolong lah rasa sedih sikit….

Kedua,mengadu kpd Allah itu adalah sifat org pandai.Org jahil berfikir,’Kenapa perlu mengadu masalah kereta pancit ni kpd Allah?Bukannya dapat elok pun!Baik aku call aje mekanik.Paling lama 20minit siap la”Sombongnya org mcmni!Contoh kes saya pula,mengapa perlu doa dan mengadu kpd Allah?Setakat berdoa,rasanya laptop ni bukannya baik semula pun. Lain la kalau hantar kedai,iya boleh elok.Sama aje doa atau tak..(ayat ni lagi sombong!!) dan semua ni ialah tanggapan org bodoh mcm lembu tak pandai.Tanggapan sprt ini tak betul sama sekali.Ini kerana jika kita berdoa kpd Allah,walaupun laptop tak elok dgn sendirinya atau tayar pancit jd elok automatic,tapi sbnrnya kita selangkah semakin dekat dgn Allah.

Dan syukur Alhamdulillah.Saya dapat rasa nikmat mengadu.Biasa lah mcm budak-budak kecik,kalau takde problem,tak mengadu kat mak kita.Tapi kalau ada org buli kat skolah(ada masalah),barulah nangis-nangis cerita kat mak!kan?

Lompat
‘Seorang imam,tempatnya bukan sekadar di dalam masjid.Kita perlu lompat ke dlm masyarakat’

Kata-kata Ust Syed dlm rancangan realiti imam muda membuatkan saya tersenduk tersentak.Saya terfikir bahawa rupanya mmg banyak sgt masa yg saya telah habiskan di depan laptop ni.Rasanya tanggungjwb saya kpd jiran tetangga ada yg dicuaikan.Tanggungjwb saya kpd kitab dan buku-buku yg bertimbun saya beli juga saya telah abaikan.(boleh menghampiri kpd pembaziran kalu tak baca)Betul!Banyak sgt masa sy habiskan depan laptop.
(Ustaz Syed yg kanan tu.Sy suka dengar ceramah dia!)
Cyber Café
Sepanjang laptop rosak,saya lepak c.c dan sempat jugak kenal-kenal,atau lebih tepat tayang muka dgn budak-budak kwsn kejiranan saya ni.Zaman dah berubah.Budak-budak bandar ni sgt lain dgn masa saya budak-budak kt kampung dulu.Pukul 7 malam balik kompem kena rotan!Kat bandar,kul 12mlm pun boleh keluar main lagi.Mak bapak tak peduli ke?Apa yg pasti...tanggungjawab yg besar sedia menanti kita,org dewasa.Moga adik-adik kecil ni tak ikut perangai bangkai buruk kita.

Terima Kasih
Sebelum berpisah(style Tv),sy nak ucap terima kasih kpd anda yg masih sudi singgah di pondok saya utk mencari sedikit hiburan berbentuk ‘dunia-like-akhirat pun like’.Er…tak..maksud saya,hiburan alternatif.Apapun,saya harap sedikit sebanyak saya dpt manfaat diatas kesudian anda dtg sini.Terima kasih lagi sekali

Pe Lahab

Surah ke 111
Dalam Quran,Allah turunkan 1 surah special kpd Abu Lahab.Surah pendek yg selalu kita baca dlm solat.Nama surah tu Surah al-Masaad,mengandungi 5 ayat.Surah ni Allah turunkan utk memberi kehinaan kpd Abu Lahab.Jom kita tengok sebab-sebab penurunan surah ni.

Rasanya semua org tahu bahawa Abu Lahab tu bapa sedara Nabi s.a.w dan sgt menyayangi Nabi masa Baginda baru lahir kita tapi bila nabi s.a.w menerima wahyu dan berdakwah,Abu Lahab jadi sgt benci dan memusuhi Baginda.Sebab penurunan ayat ni ialah bilamana Allah menurunkan wahyu drpd surah al-hijr ayat 94 yg memerintahkan supaya Baginda berdakwah secara berterus-terang.

Lalu Rasulallah mendaki bukit Safa memanggil kabilah-kabilah Arab Quraisy utk berkumpul.Apabila org ramai dtg,Baginda mula berdakwah.Baginda bertanya kpd org ramai,’Kalau aku katakana di sebalik bukit ini ada tentera berkuda yg sedia utk menyerang kamu,adakah kamu akan percaya?’Mereka semua menjawab,’Ya.Kami percaya kerana kami mendapati kamu tak pernah berbohong sekalipun”.Lalu Rasulallah bersabda,”Sesungguhnya aku mahu memberi amaran kpd kamu akan azab yg pedih”.Abu Lahab bila dengar aja terus dia berkata,”Binasalah kamu!Apakah utk tujuan ini sahaja kamu mengumpulkan kami?”

Lelaki dan Perempuan
Oleh sbb itu,Allah turunkan surah al-Masaad.Surah ini juga menyebutkan tentang isteri Abu Lahab sbgai ‘pembawa kayu api’.Maksudnya ialah berjalan sambil mengumpat.(perempuan sinonim ngn mengumpat?ye ke?pendapat anda?)Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil.Pasangan suami isteri ini tinggal berjiran shj dgn Rasulallah dan mereka mmg cukup membenci dan memusuhi Baginda.Seringkali mereka menyakiti Baginda s.a.w,mengumpat Baginda serta meletakkan najis,duri dan kotoran di pintu rumah Rasulallah.  
Pengajaran
Jadi apa pengajaran drpd cerita diatas?Pertama: Jgn kita mencela makruf.Abu Lahab atau nama sebenarnya,Abdul Uzza bin Abdul Muthalib bertindak mengejek,menghina dan mencela ajakan rasulallah.Kita lihat sendiri kpd diri kita.Adakah kita pernah merendah-rendah,mencela atau menghina kwn-kwkn kita yg ajak kita buat baik?Saya ambil contoh dlm isu pemakain tudung.Ramai org yg free-hair bila diajaka supaya menutup aurat,mereka akan berdolak dalih dgn berkata; “alah..org yg pakai tudung belum tentu baik.Ramai yg lagi jahat drpd aku”.Subhanallah..

Jangan Mencela!
Adik kakak..kalau lah kita taknak buat perintah Allah,cukuplah dgn tak payah buat!Jgn lah kita mencela org yg ajak kita tu atau mencela org yg pakai tudung!Jangan!Jgn jadi mcm Ummu Jamil!Kalau lelaki pula,bila diajak supaya pergi masjid utk solat berjemaah,jgnlah kita hina atau ejek org yg ajak kita.Biasa lah kita dengar,”Kau boleh la pegi solat sbb kerja kau cikai-cikai.Aku kerja professional,sbb tu aku sibuk.Takde masa nak gi masjid-masjid ni!Lagipun aku lagi kaya drpd kau!’Kesimpulan,jgn sekali-kali kita jadi org yg mencela dan mengejek org yg berdakwah atau nasihat kita.Ok?

Pengajaran kedua ialah akhlak seorang pendakwah.Kita tengok akhlak Baginda.Baginda tak pernah berbohong hinggakan org Quraish mmg sgt mempercayai Baginda.Seharusnya,org yg mahu berdakwah(mengajak kpd kebaikan) kenalah memiliki akhlak yg mulia kerana akhlak yg mulia akan menjadi perhiasan diri kita.Memilik akhlak mulia,org ramai akan suka,syg dan mudah menerima nasihat dan teguran kita.InsyaAllah.

Jangan Salah Faham!
Tapi kita jgn salah faham pula.Ini tak bermakna org jahat atau akhlak buruk terselamat drpd kewajipan utk saling mensihati dan menegur.Apa kata Allah?Dlm surah al-asr,’semua org rugi tak kisahlah dia pencacai ataupun jutawan,dia ttp rugi selagi dia tak berpesan-pesan kpd makruf dan kesabaran.Saya memetik kata-kata seorang ulama besar,’Dakwah itu wajib.Jika sepasang lelaki dan wanita sedang melakukan maksiat dan ketika itu,lalu seorang perempuan yg tak berjilbab,mereka tetap berkewajipan utk menegur perempuan yg tak berjilbab itu walau mereka dlm keadaan tgh buat maksiat”.Walau kita masih belum buat baik,tp kita ttp kena ajak org buat baik.Walaupun kita buat jahat,kita ttp kena halang org lain buat jahat.Faham ke tak ni?

Ini Tugas Semua Orang!
saya taknak org salah faham dan fikir tugas menasihat dan mengajak buat baik ni hanya tugas ustaz atau org berkopiah berjubah.Tak!Tak!Semua org kena buat.Semua org kena tegur/nasihat kalau nampak kejahatan dibuat depan mata!kesimpulannya,mari sama-sama hiasi diri kita dgn akhlak mulia insyaAllah Allah sayang dan manusia semua akan sayang dan org akn mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar kita.

Be a muslim? Oh! sorry.I'm not interested

David Brain ialah seorang ahli perniagaan yg berjaya.Dia ialah seorang warganegara Britain tapi sudah separuh dekad dia berhijrah ke Malaysia.Seawal usia 30, dia tlh diberi amanah utk mengurus satu syarikat gergasi di Kuala Lumpur.Hidupnya di sini sungguh mewah.David ialah seorang Kristian.Beliau lahir dalam keluarga yg mempunyai pegangan agama Kristian yg kuat.Namun,dia sendiri tidak berminat menjalani dan mengamalkan ajaran Kristian kerana ragu-ragu dan keliru dgn ajaran agama ini.Terlalu banyak percanggahan dan kadangkala tidak releven.Akhirnya,dia meninggalkan terus agama Kristian dan kini dia sudah hampir 10 tahun tidak pernah pergi ke gereja.Dia sudah tidak percayakan adanya tuhan di dunia ini.Baginya,apa yg berlaku di dunia ini semuanya terjadi dgn semulajadi.

Sejak dia berhijrah ke Malaysia,dia banyak berkawan dgn sahabat-sahabat yg berbangsa melayu dan beragama islam.Jiran tetangganya pun ramai yg beragama islam.Dia kerap dijemput ke majlis-majlis kenduri dan rumah terbuka yg dianjurkan oleh sahabat muslimnya.Bagi seorang yg tiada pegangan agama dan tidak mempercayai kewujudan tuhan,hidup David penuh dgn hiburan dan bersuka-ria.Namun,segala tanggapan dan fahamannya berubah sekelip mata apabila dia terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya.Kebetulan,di hadapan sebuah masjid.
ujan lebat yg turun menghadkan jarak penglihatannya.Kereta yg dipandunya hilang kawalan lalu berlanggar dgn sebuah lori dari arah yg bertentangan.Perlanggaran yg dasyat itu menyebabkan keretanya remuk.Para jemaah yg berada di masjid itu terkejut beruk apabila mendengar bunyi perlanggaran yg kuat itu lalu mereka bergegas ke tempat kemalangan itu yg hanya beberapa meter dari pintu masuk ke masjid.Kaki David patah dan dia mengalami kecederaan yg parah,tapi dia masih sedarkan diri.Detik itu,semasa dia dikeluarkan dari keretanya yg hancur utk dikejarkan ke hospital oleh jemaah masjid berkenaan,dia terdengar seruan azan yg dilaungkan muazzin.Kebetulan,masuk waktu isyak! Dalam hujan lebat itu,dia mengerang kesakitan yg amat.Tetapi apabila dengar saja azan,hatinya tiba-tiba sayu dam kesakitan itu semakin menghilang.Dia berasa satu kelainan yg amat sgt!Padahal ini bukan kali pertama dia mendengar azan.

David dikejarkan ke hospital berdekatan dgn segera menggunakan kereta imam masjid itu sendiri,Ustaz Razak.Dia ditahan di dalam wad.Keadaannya stabil tetapi kedua-dua kakinya terpaksa disimen kerana patah.Semasa di dlm wad,dia telah diziarah oleh Ustaz Razak.Sedari dari peristiwa tersebut,dia bersahabat dgn Ustaz Razak,imam muda masjid itu.Umur mereka yg sebaya menyebabkan David senang dan mudah mesra dgn Ust Razak.

Selepas dibenarkan keluar hospital,Ustaz itu masih lagi berkunjung dan menziarahnya di rumah.Hubungan mereka semakin akrab walaupun berbeza fahaman.David benar-benar terhutang budi kpd Ustaz itu yg menolongnya semasa kemalangan tersebut.Manakalan minat David terhadap islam pula semakin hari semakin mendalam kerana tertarik dgn perwatakan sahabat barunya itu,sehingga dia mengambil keputusan utk membeli terjemahan al-Quran utk bacaan slps disyorkan oleh sahabat baiknya tadi.

Ustaz Razak sgt menghormati David.Beliau tidak pernah memaksa dan mendesak David utk menganut islam.Beliau cuma bercerita tentang keluhuran dan keagungan ajaran dan nilai yg terdapat dalam agama ini.Beliau juga sering bercerita perihal Nabi Muhammad dan para sahabat yg membuatkan David kagum dan tertarik.Menurut David,apa yg dia belajar dan tahu semasa di Britain sungguh berbeza daripada kebenaran sirah Rasulallah sebagaimana yg diceritakan oleh Ustaz tersebut.Di sana,mereka melabelkan Muhammad s.a.w itu sbgai pengecut!sebagai org jahat dan pengganas! Kini,barulah dia tahu itu semua hanyalah fitnah yg sgt jauh menyimpang.

Semakin hari,semakin dia bertambah berminat dalam membaca terjemahan Quran.Kini dia sedar bahawa ada Tuhan yg tlh menciptakan alam ini.Dia mula berfikir bahawa Allah itu benar-benar wujud dan dia tahu bahawa ajaran dan peringatan yg terkandung dalam Quran bukanlah rekaan manusia.Dia juga kagum perintah-perintah serta larangan-larangan yg terkandung dalam Quran kerana semua perintah Allah itu membawa kebaikan kepada semua manusia dan bukan sekadar bermanfaat kpd org islam itu sendiri.

Akhirnya,David tekad utk memeluk islam.Dia mahu berjumpa Ustaz Pian utk menyatakan keislamannya.Lalu,dengan kereta baru,dia memandu ke rumah sahabat karibnya itu.Sepanjang perjalanan,dia memerhati sekelilingnya.Memang itu kegemaran beliau.Memerhati!Jauh di sudut hatinya,dia pelik melihat kelakuan dan tingkah laku org islam di Malaysia yg rata-rata mereka sungguh berbeza dan berlawanan dgn sifat org islam yg dia baca dalam Quran tadi.

Sepanjang jalan,dia boleh melihat umat islam melakukan kerosakan di merata-rata.Di taman reksriasi,dia melihat pasangan remaja islam bercumbu-cumbuan.Tak jauh bezanya dgn di negara asalnya.Di tempat tandas awam,keadaannya yg sgt kotor menyebabkan dia jelek.Apakah ini sifat umat islam?Berbeza dgn sifat org islam yg dia baca dlm Quran iaitu org yg menjaga harta benda dan kebersihan.Bertambah aneh ialah ramai sahabat dan rakannya yg tak bersolat lebih-lebih lg solat jumaat.Semua kekeliruan itu dia terbuku di dasar hatinya.

Apakah benar ini yang diajar oleh islam?

Mengapa mereka umat islam berperangai sebegini?

Tiada tamadun...sama sahaja dgn masyarakat Barat...tiada disiplin...

Ketika dlm perjalanan itu juga,David terlihat dua orang perempuan muslimah berpakain buruk sedang menunggu bus.Dia teringat akan apa yg dibacanya dalam surah An-Nisa' tentang aurat perempuan islam.Tekad David utk menganut islam tadi sedikit demi sedikit luntur apabila melihat keadaan umat islam itu sendiri yg seoalah-olah tidak yakin akan adanya Allah,adanya kiamat,adanya syurga dan adanya neraka.

David bingung.Mahu sahaja dia pusing dan patah balik lalu batalkan hasratnya utk berjumpa Ustaz Razak memeluk islam.Namun,dia tetap gagahi juga kerana dia ingin mencari kebenaran.

Akhirnya David menjadi seorang islam selepas mengucapkan syahadah di hadapan Ustaz Razak,sahabatnya yg banyak mengajarnya tentang agama yg benar ini.Kini,semua kemewahan yg ada padanya sudah banyak yg telah diinfakkan dan dikorbankan untuk jalan dakwah.Demi agama Allah ini,David meninggalkan kehidupan mewahnya dan hidup secara sederhana.Dia tenang hidup sederhana dan bahagia bersama-sama isterinya yg merupakan adik perempuan Ustaz Razak! David Squah kini menjadi Muhammad David Brain Bin Abdullah.
**********************************************
Ni cuma cerita rekaan semata-mata.Saya sekadar menulis cerpen pendek yg skema serba kurang ini untuk memberi gambaran dan contoh akan beberapa perkara.
  1. Kita dituntut utk berakhlak mulia.Tetapi mengapa akhlak kita sama seperti akhlak org jahiliyyah?Dalam satu hadis yg mafhumnya,dua perkara yg membuatkan ramai orang kesyurga iaitu taqwa dan akhlak mulia,manaka dua perkara yg membuatkan ramai manusia ke neraka iaitu kemaluaanya dan mulutnya.
  2. Adakah kita ni penghalang kpd hidyah utk diri kita dan org lain?
  3. Suara kita mcm suara keldai tak?(kalau tak faham soalan,sila baca artile pendek ni)
Semoga kita tak menjadi org yg berdiri di muka pintu,masuk tidak..keluar pun tidak lalu menyebabkan org yg mahu masuk,tidak dpt masuk...

Teman sejati yang paling setia

Hari itu..saya dapat pengalaman baru yg sgt berguna.Allah beri saya peluang utk belajar drpd sebuah kematian.Hari ini(minggu lepas dah),jiran saya meninggal dunia.Arwah meninggal lebih kurang jam 5.30ptg.Hendak dikebumikan mlm tu juga,jd terpaksa org kmpung dan undertaker kampung  guna backhoe utk gali lubang kubur.

Balik saja dari masjid,sy terus menunggu mayat yg dari hospital di rumah arwah.Dekat 20min,jenazah tiba jln kaki dgn ambulan,siap dimandi dan dikafankan.Kami solat jenazah(nasib baik takde org ruku').Kemudian terus ke kubur utk tanam bunga mayat.Hadis drpd Rasulallah; Hak umat islam kpd umat islam yg lain ada 6 perkara.Salah satunya ialah mengiringi jenazahnya ke kubur jika dia mati.So kwn-kwn..jomla mula kita kenal-kenal dgn kubur..heee

Definasi kematian
Mungkin ad org tak taw apa itu mati?Kematian itu adalah satu transit,atau stesen pertukaran dari 1 alam ke alam yg lain(bukan haiwan 2 alam).Yg dinamakan kematian itu juga adalah suatu kenikmatan dan rehat kpd org beriman,tapi ia juga suatu musibah kpd org yg kufur.Yg dipanggil kematian itu juga adalah 1 pengajaran.InsyaAllah entry kali ni sy cakap dari sudut pengajaran.Kalau ada masa,satu hari nanti kita akan bincang tentang satu bab yg sgt menarik iaitu fadlul maut-kelebihan mati.

Apa yg saya mahu ceritakan disini,bukanlah utk memalukan apatah lagi menceritakan keburukan sesiapa.Sebaliknya saya mahu memperingatkan dan memberi pengajaran kpd kita yg masih bernyawa ini terutama diri saya.

Saya terkilan
Saya tak pernah kenal arwah,bahkan tak pernah lgsung dengar nama dia.Cuma baru-baru ini shj mak ayah ada cerita pasal arwah.(Saya bukannya kera sumbang di kg taw!)Arwah mmg sejak remaja sudah tidak tinggal di kg saya.Dia berhijrah ke tempat lain dan tak pernah pulang sehingga dia dijumpai terlantar sakit di hospital.Keluarga arwah mengambil arwah pulang slps puluhan tahun dia lesap dari rumah.Arwah sakit.Penderitaan yg dialaminya jelas terpancar pada susuk tubuhnya yg kurus melidi.Tak sanggup rasanya saya nak ceritakan pasal penyakit yg dialaminya itu..sgt kasihan.(apesal post kali ni banyak ayat skema je??)

Apa yg saya terkilan ketika mengangkat jenzah ke dlm van mayat dan menyolatinya ialah ‘dimanakah dia yg bernama sahabat?’ Dimanakah sahabat yg dulunya bersama-sama dgnnya ketika senang?mengapa harus ditinggalkannya ketika susah?Bukankah seharusnya sahabat baik berada di sisi kita ketika kita dlm kesusahan serta kebaikan?Saya ambil contoh drpd peristiwa arwah; apa gunanya kawan,kalau bila kwn kita mati,kita tak solatkan jenazahnya sedangkan kita dtg rumah arwah,tapi kita cuma lepak di luar rumah berborak-borak kosong dan hisap rokok nak ikut mati ke??!Tidakkah kita rasa terpanggil utk memberi sumbangan terakhir kpd sahabat kita?

Teman Sejati
Allah katakan dlm surah at-taubah ayt 16.”Apakah kamu akn menyangka bhw kamu akn dibiarkan dibiarkan begitu shj,padahal Allah belum mengetahui org-org yg berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman setia selain drpd Allah,RasulNya dan org-org beriman?Allah Maha Teliti terhadap apa yg kamu kerjakan”

Seorang kawan baik,pasti mahukan kawannya mendapat kebaikan dan dihindarkan drpd keburukan!

Dlm ayat di atas,mengapa Allah mengiktiraf diriNya,rasulNya dan hambaNya yg beriman sbgai teman setia kpd kita?Ini kerana Allah mahu semua hambaNya masuk ke syurga.Oleh itu,Rasul diutuskan utk membimbing kita.Allah tak mahu hidup kita terumbang-ambing,hanyut dan rosak.Dia turunkan Quran.Pandua hidup,kalau kita tak follow...sesat la weiii..

Rasul juga mahu semua umatnya hidup dlm kebaikan dan kejayaan.Oleh sbb tu,Rasul telah menunjukkan contoh teladan yg terbaik kpd kita utk kita ikuti.Rasullah sgt-sgt risaukan keselamatan kita.Baginda sentiasa berpesan,menasihati dan memikirkan nasib kita hingga di ambang-ambang kewafatan Baginda pun,Baginda masih memikirkan kita.Kita ada pernah rindukan Baginda tak?Oh..ade awek,ada pakwe..tak payah rindu Rasul la ek?huh..

Sama juga,org yg beriman juga mahu saudara seakidah mereka mendpt kebaikan dan tak mahu saudara mereka ini menerima keburukan.Oleh kerana itu,org yg beriman saling berpesan-pesan,nasihat-menasihati dan bantu-membantu sesama org islam.(oh!itu bukan saya lagi..)Org beriman juga akn sedaya-upaya
meyelamatkan saudaranya drpd ancaman dan bahaya dari sudut fizikal dan rohani.


Jenis-jenis sahabat
Kwn karib atau best friend sepatutnya ialah org yg selalu ajak kita buat kebaikan!Best friend sepatutnya tidak sekali-kali mengajak kita buat jahat!Ingat tak entry pasal ajak-ajak ayam ni?Kalau mereka ada ajak kita buat jahat,mereka tak layak jd kwn baik kita!Saidina Ali pernah berkata; sahabat itu umpama sepasang kasut.Kasut kiri akan sama dgn kasut kanan.Maksudnya ialah kalau kita best friend dgn org nakal,mmg kita akan jd nakal.Dan kalau best friend kita baik,insyaAllah kita akn terikut jd baik.

Sgt penting bagi kita utk memilih kawan.Siapa org yg kita tak boleh kawan,siapa kwn biasa dan siapa kwn baik kita?…itu semua kita kena tahu.Sudah tentu kwn yg perlu dijauhi ialah org yg sekiranya kita berkawan dgn mereka,mereka akan pengaruh kita utk buat jahat dan kerosakan.Ini perlu dijauhi,bukannya saya kata tak payah kawan langsung..Kwn biasa-biasa pula kwn yg jika kita berkwan dgn mereka,mereka tak menyebabkan kita lupa Allah.Manakala kwn baik kita ialah org yg akn menyebabkan kita semakin dekat dgn Allah.


Belot
Mungkin juga anda pernah kena tikam dari belakang?atau best friend pernah belot?Ini semuanya berlaku sbb kita pilih org yg bukan-bukan sbgai kwn baik kita.Percayalah dgn sungguh-sungguh kata-kata saya ni!Kalau kita jadikan Allah,Rasul dan org beriman sbgai best friend,sesekali takkan anda dibeloti atau dikhianati..

Mari Mula Bertanya
  • Adakah kita menjaga aib dan keburukan sahabat kita?
  • Bermanfaatkan kita kpd mereka?
  • Berapa kerapkah kita mendoakan sahabat kita?
  • Setakat hari ini,berapa banyakkah kita menyakiti mereka?
  • Sanggupkah kita membiarkan sahabat kita terus lalai dgn benda yg sia-sia?
Sifir,rules,calculation atau adab berkawan pimple simple je.Kalau kita menjaga aib org lain,insyaAllah org lain pun akan jaga aib kita.Kalau kita selalu memberi manfaat dan kebaikan kpd org lain,insyaAllah kita akan sentiasa mendapat manfaat dan kebaikan drpd org.Kalau kita selalu mendoakan org,maka kita sendiri akan didoakan malaikat dan kwn-kwn kita.Kalau kita tak menyakiti org,insyaAllah kita juga tak akan disakiti.Jika kita tak sanggup melihat sahabat kita terus dlm kelekaan dan hanyut dgn benda yg merosakkan akidahnya,nescaya kawan-kawan kita juga akan risau,ambil peduli dan care kpd kita.Mudah saja bukan?

Pengajaran Ayat
Dlm surah al-Baqarah ayt 257-“Allah mengeluarkan org beriman drpd gelapnya kekafiran kpd terangnya keimanan sedangkan syaitan mengeluarkan org kafir drpd cahaya keimanan kpd kekafiran”
Dua ikhtibar drpd ayat Allah ini,hanya jalan Allah yg akan membimbing kita kpd kejayaan.Yakinlah,takkan menyesal kita kalau berkwan dgn org baik!Tapi kalau kita kwn dgn syaitan dan ejen-ejennya(org yg akhlak buruk),maka kita akan sedikit demi sedikit berubah drpd baik kpd jahat!Pengajaran kedua ialah ‘drpd cahaya kpd kegelapan’.Ini membuktikan mmg kita semua lahir sbgai suci dan baik.Kerana beberapa faktor,yg suci dan baik menjadi gelap dan kotor.InsyaAllah lain kali kita bincang dgn lebih mendalam pasal ‘fitrah’ ini.

Kesimpulan
saya menghulurkan tangan(perempuan takleh pegang.hahaha)dgn rasa penuh hina dan pendek rendah hati.Izinkan saya menjadi kwn kpd anda.Saya tak jamin bhw saya boleh menjadi kwn yg baik,tetapi sekurang-kurangnya izikan saya mencuba menjadi kwn anda yg baik.InsyaAllah kita akan sama-sama merasai nikmatnya ukhuwah itu.Last but not least,(cehhh..speaking konon)sy nak mengutarakan sebuah hadis drpd Jabir Bin Abdullah r.a,Nabi s.a.w bersabda;’sebaik-baik manusia ialah yg paling banyak member sumbangan kpd org lain’-riwayat at-Thabarani.Oleh sebab itu,sy minta peluang utk sy menjadi sahabat anda utk mencuri-curi kebaikan yg ada pada anda.Saya jauh daripada sempurna.
Wahai org-org yg beriman!Betaqwalah kamu kpd Allah dan bersamalah kamu dgn org-org yg benar!-At taubah ayat 119

My hero..waahhh

Setiap bapa ialah hero,kecuali bapa ayam.Bapa,ayah,abi,bapak atau abah,mereka adalah imam dan ketua kpd keluarga,dan mereka seharusnya menjd hero dan contoh tauladan yg terbaik kpd anak-anak mereka.Sepatutnya lah…tapi zaman sekarang ni bukan semua bapa boleh menjadi contoh kpd anak-anak.Sedih bukan…

Saya nak cerita sikit pasal hero saya.Ayah saya nama Shaari bin Salleh.Org kampung sy pggil Pok Yie atau Pak Aji Saari.Kalau kat Kelantan,tempat dia lahir,org kmpung dia pggil dia Ali.(tbe2 je jd Ali)..Ayah saya kerja B.A.S,tapi masa sy isi apa-apa borang yg mintak nama pekerjaan ibubapa,sy akn tulis sbgai peneroka FELDA.Peneroka FELDA yg kerja dgn kelapa sawit.Lupa nak bgtahu,B.A.S tu maksudnya buat-apa-saja.Org kampung,biasalah..

Cuti seminggu ni,saya banyak habiskan masa tolong dia buat rumah.Oh!ayah saya engineer kampung taw.Hebat.Saya nak jd engineer,kena abiskan dekat 5tahun baru boleh dpt type rating,tapi ayah saya belajar setakat darjah 6,tapi boleh jd engineer.Hee Rumah sy ni 50% baru,sbb bahagian depan rumah ayah dirobohkan utk renovation.Dulu panas sbb 3 tingkat(sbb kedudukan rumah ni kat bawah buki),tp skrg rumah sejuk dah,sbb dah hampir semua bhgian rumah ni batu.Masa sy tanya mak dan ayah,kenapa nak renovate rumah?mereka jwb,’Kami harapkan kalau nanti kami dah tak ada,kamu adik beradik yg duduk jauh-jauh ni boleh la balik masa cuti-cuti ke..duduk rumah ni’.Sedih pulak mendengarnya…
(Ini ayah,mak dan anak kakak saya)
Umur ayah sy 64 tahun sudah.Tapi yg saya tak boleh blah,bila buat kerja dgn dia mesti sy yg akn lg banyak lepak dan rehat drpd dia!heee..tak tahu la saya yg tak kuat atau ayah saya tu badang.Tp mmg dia boleh tahan lama-lama bawah panas.Kami adik-beradik banjir bepeluh,dia peluh gak tapi still rilek aje!(segan..hee).Tapi kan,dlm hati kami,kami semua rasa yg ayh saya ni mcm sengaja nk tunjuk kuat sbb taknak bagi kami adik beradik risau.Mmg dia sihat,tapi dia sakit juga.Sakit org tua..faham-faham sajalah.Berjalan pun dah mcm itik serati,terhenjut-henjut.hee..(mmg org tua jalan tak normal,kan?)

Ayah saya pernah pesan,kalau dia meninggal nanti dia harap saya yg akan uruskan jenazah dia dan imamkan solat jenazah.Entah la ayah..saya masih sgt-sgt belum bersedia utk menerima kedatangan saat tu.Saya bukan anak yg baik,tapi ayah saya ayah yg baik.Tapi sejak setahun lalu,saya telah berusaha jd anak yg baik.Dulu ayah selalu ‘walk alone’ ke masjid.Skrg sy kata kat dia(dlm hati),’you will never walk alone”.saya suka,sy bangga sgt dpt jadi driver dia ke masjid,dpt solat 1 saf dgn dia.Saya bangga sbb dulu-dulu sy jd makmum kpd dia,tp skrg dia paksa sy jd imam pula.Mungkin inilah tarbiyyah ayah saya kpd kami anak-anak lelaki beliau.Abg sulung sy skrg berada di Tawau.Kerja saya tak pasti,tapi yg saya pasti pangkatnya besar dlm lembaga koko.

Dia juga hero bagi saya.Tapi hero kedua la.Mak saya punya cerita lain kali ea.hee.. Abg sulung sy tu,pernah sekali sy mintak duit drpd dia.Mintak dia masukkan rm100 dlm bang sbb sy nak beli buku naruto.Abg saya masukkan rm250!Pening kepala sy(sbnrnya malu giler),lalu sy sms beliau dan dia reply,’Ambil la duit tu.Kita kalau dpt sedikit,kena rasa cukup.Kalau dpt banyak,kena makin dekat dgn tuhan.Terpulang kpd kita nak letak diri kat mana”.Bila dpt sms mcm tu,rasa mcm kena headshot,sbb mmg slama ni sy rasa sy ni kufur nikmat(sbnrnya smpai sekarang pun).

Kembali kpd cerita ayah sy.Ayah saya ni org kampung yg mmg raw kampung.Tapi dah dimodenkan oleh kami,anak-anaknya.hehehe(gelak evil giler).Tapi sy rasa ayah sy lg moden drpd sy sbb dia dah berpuluh kali naik flight.Saya baru 2 kali.Yg last pd tahun 2005,gi Tawau juga.Tapi apa yg sy tak boleh nafikan,ayah saya ni mmg tegas,garang dan kadangkala.Tapi kebanyakan masa,dia peramah.Keramahan dia dgn org ramai lagi-lagi dgn geng kaki masjid dia tu menyebabkan mmg selalu rumah kami ada tetamu.Dia sgt suka bersilaturrahim dan selalu dia menegur dan berborak dgn org luar bila kami berada di luar.

Ayah saya mmg bukan ustaz.Dia jarang sekali mengajar saya apa-apa ilmu dgn khusus.Belajar pun setakat tahu membaca,menulis dan mengira.Bahasa Inggeris lgsung ayah tak tahu.hehe..Saya belajar Quran masa kecil dgn ibu(sy panggil ma)saya,bkn dgn ayah.Tapi ayah saya slalu pesan,’belajar baik-baik’.Saya tertanya-tanya kenapa dia tak kata ’belajar sungguh-sungguh’.Akhirnya saya maksud tersirat; belajar ilmu yg baik dan bermanfaat shj.Ayah saya mmg tak ajar sy sgt,tapi dia sgt-sgt support dan menyuruh saya utk belajar!Kata-kata dia yg sy takkan lupa,’Iba(nickname saya) belajarlah,ayah dah takde peluang nk belajar’.

Ok,saya taknak cerita panjang lg,takut nanti meleret smpai 5 entry pulak!Saya nak tekankan tentang peranana kita,anak-anak kpd ibubapa.Saya mmg bukan anak yg baik,sbb masa kecil dulu sy pernah buat mak sy menangis sbb sy marah mak saya.(bukan kecil lg pun,sekolah menengah dah).Tapi lps tu sy pun nangis bila tengok mak sy nangis,terus sy mintak maaf.Jelas,sy bukan anak baik jauh sekali anak soleh.Sy cuma berusahaOk..insaf kejap

Harini,sedih bila tengok surat khabat dan berita,pasal anak belasah bapak.Anak bunuh bapak.Anak halau bapak.Inilah yg dimaksudkan oleh Rasulallah sbgai;’Kiamat takkan berlaku selagi seorang ibu tidak melahirkan tuannya’.Terbukti benar hadis tu,sbb zmn skrg mak bapak telah di’kawal’ oleh anak sendiri.Saya nak ckp benda yg serius iaitu-Kita semua takkan boleh masuk syurga jika kita tak taat kpd ibubapa kita!Mungkin kita tak tahu bahawa sesungguhnya org yg derhaka kpd ibubapa,Allah azab dia cash kat dunia ni lagi!!AArrghhhh!!(ter emosi sbb geram dan marah kpd anak-anak yg sggup belasah dan pedajal mak bapak sendiri)

Mungkin anda tak pernah dengar cerita pasal Juraish yg dia terlalu asyik dgn solat sunat hingga tak menyahut seruan ibunya yg memanggil-manggil namanya.Oleh sbb tu,ibu dia terasa dan berdoa supaya Allah tak mematikan Juraish sblm dia memandang wajah pelacur.Doa ibubapa ni makbul bro.Tu pasal la mak saya selalu pesan kat akak saya,jgn ckp benda yg tak elok kpd anak-anak dia,takut-takut bertukar jd doa.Contoh; “kau ni nakal mcm unta!”.takut-takut bila selalu sgt mak ckp cmtu,Allah makbulkan.Anak dia jd unta(boleh sembelih!).Sebaliknya guna ayat positif sikit lah..mcm,”Adik,janganlah naka-nakal”Better rite?Ibubapa sila ambil perhatian(ada ke pembaca saya yg dlm golongan ibubapa?).Ok,smbung cerita Juraish,dia telah difitnah melakukan zina dgn pelacur dan menyebabkan pelacur tu hamil.Last sekali,Allah selamatkan Juraish drpd fitnah.

Kisah kedua berkenaan sahabat Rasulallah yg bernama Al-Qamah.Dia mmg byk buat amal soleh,tapi tak boleh mengucap Lailahailallah masa tgh nazak.Bagi org yg belum tahu,sesiapa yg sblm dia mati dia dpt ucap kalimah Lailahailallah,maka dia akn masuk syurga(sumber: hadis).Setelah dikaji,rupanya punca dia tak boleh mengucap ialah kerana ibunya telah terasa hati dgnnya kerana dia telah melebihkan isterinya drpd ibunya.Lalu Rasulallah memujuk dan mengugut utk membakar shj anaknya jika si ibu tak memaafkan,akhirnya ibunya memaafkan lalu Al-Qamah dpt mengucap Lailahailallah sblm meninggal.

Saya bwk lg 1 contoh cerita drpd dlm hadis,seorang lelaki telah jumpa Rasulallah lalu bertanya,apakah amalan paling baik.Rasulallah jwb,1-solat diawal waktu(nanti kite cerita pasal solat lagi),2-Berbuat baik kpd ibubapa 3-Jihad fi sabilillah..Saya tekankan lg sekali(sbnrnya dah berkali-kali) bahawa sesungguhnya ketaatan dan berlaku baik kpd ibubapa itu sgt penting!sgt wajib!sgt mesti!dan sgt beessssttt~

Dari Abdullah bin Amru: Keredhaan Allah menurut keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah mengikut kemurkaan ibubapa~H.R Tirmizi

Kesimpulannya,kita semua kena berbakti kpd ibubapa dan cuba menjadi anak yg soleh.Kita wajib taat kpd ibubapa selagi mereka tak suruh kita buat benda-benda yg bertentangan dgn syarak.Kita juga kena mengembirakan hati mereka.Jgn buat mereka sedih!Senang cerita,jgn sambut hari ibu kalau kita hanya fikir bahawa hari ibu ialah hari utk mengenang jasa ibu.Dlm islam,hari-hari ialah hari ibu sbb bila ibubapa dah meninggal,kita dah tiada peluang nak melayan,nak menolong dan nak mentaati mereka.Percayalah!Kat dunia ni dah ramai org yg menyesal sbb masa mak ayah mereka hidup,mereka selalu tak mengendahkan dan selalu bergaduh.Bila mak ayah dah mati baru tahu nak menyesal.Tak guna dah weii..!bagi org yg dah takde mak ayah,jomla hari-hari pas solat,kita doakan mereka(yg masih ada pun kena doakan ibubapa).Semoga kita sama-sama jd anak yg soleh dan solehah.Hargai peluang ini..sayangi ibubapa kita.

Bukannya sombong(buat kali kedua)

Bukannya sombong(buat kali kedua)
Selamat pulang kpd saya.Semalam jalan jammed!terkejut gak..tiba2 je.Bukannya esok(harini) budak2 sekolah pun.Saya je yg kena gi sekolah kelas.Banyak benda yg saya nak share pasal masa saya kat umah.Lebih kurang dkt 10 draft saya dah tulis.Tggu masa nak publish(sbnrnya nak tggu ramai org baca),nak beri sedikit manfaat,tak best la kalau seorang dua je yg dapat.kan?Ingat tak dulu saya pernah tulis pasal sombong?kat sini

Pastu kan..semalam saya blogwalking saya terbaca karya penulisan Hilal Asyraf juga pasal sombong.Lagi best..hehe..baru tahu kot blog tu best~(ketinggalannya saya..).Tapi saya rasa ada gak org yg tak taw pasal blog dia ni,tu pasal sy nak promote blog dia.Ok~blog dia best!(sini)

Okla,ptg karang(atau malam) isyaAllah saya auto-publish 1 entry dari kampung ea.Sepanjang cuti ni sy banyak menulis,mungkin sbb bosan..Apapun,tq sebab sudi ziarah,singgah,follow dan link kan blog saya.Bagi sapa-sapa nak tukar-tukar link ngn saya,boleh ke sini.Terima kasih lagi dan lagi~

Bahaya mendengar suara keldai

Dalam post lepas-lepas(beberapa bulan lepas)saya bawa isu pemakaian pakain sunnah bagi lelaki dan sy menerima banyak respon drpd pembaca-pembaca.Terima kasih yg tak terhingga kerana sudi membaca dan memberi pendapat dan komen.Moga kita sama-sama beroleh manfaat.Satu komen yg menarik perhatian sy ialah drpd saudari nuraisyah.
Nuraisyyah said...
persepsi msyrkt skeliling pn mjd stu hlgn utk individu mgikuti sunnah2..cth: ble kite pkai pkaian yg mgikut sunnah..mreka sering pndg serong+mgata perihal baik itu sbg stu perilaku yg blagak
baek!!!hmmmmm..



March 21, 2010 9:52 PM
Sudah menjadi mcm kewajipan masyarakat zaman ini utk saling menjatuhkan sesama sendiri.[mood:Sedih].Satu penyakit yg tidak boleh dinafikan kewujudannya tapi masih ada peluang untuk diubati. Memandang serong dan mengeji org yg mahu berbuat kebaikan ini adalah salah satu sifat org munafik.Firman Allah,'(Orang munafik) iaitu mereka yg mencela org-org yg beriman yg memberikan sedekah dgn sukarela dan yg (mencela) org-org yg hanya memperoleh (untuk disedekahkan sekadar kesanggupannya, maka org-org munafik itu menghina mereka.Allah akan membalas penghinaan mereka,dan mereka akan mendapat azab yg pedih!.-At Taubah ayat 79.


Saya tak pernah hairan dengan kewujudan golongan manusia seperti ini kerana saya juga manusia biasa yg kadang kala terdetik juga perasaan nak jatuhkan org len.Sifat suka menjatuhkan orang ini adalah satu sifat najis busuk.Bayangkan,seseorang yg ikhlas mahu berubah lalu diperlekehkan dan diejek oleh membe-membe.Terus dia kansel,tak jadi nak berubah!


Satu soalan,Tidakkah perbuatan ini sama sahaja seperti syaitan buncit?Bukankah tugas syaitan ialah untuk mengajak berbuat kemungkaran dan menghalang orang lain berbuat kebaikan?Allah sebut dlm surah al-Maidah ayt 91-"Setan hanyalah bermaksud utk menghalang kita drpd ingat Allah dan menunaikan solat..."

Bagi sesorang yg mahu berubah,mereka pasti akan mendapat banyak tentangan.Setiap tentangan inilah yg akan menguji tahap kesungguhan(mujahaddah) dan tahap keikhlasan(ada cerita manarik pasal ikhlas kat sini) mereka.Untuk menjadi hamba yg baik,seseorang pasti takkan terlepas dari diuji.Dalam ayat ke-2 surat al-ankaabuut,'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan,'kami telah beriman',dan mereka tidak diuji?Juga disebut dlm satu hadis,'Barangsiapa yg dikehendaki Allah untuk menjadi baik,akan ditimpakan musibah(ujian) kepadanya~riwayat Bukhari.

Salah satu ujian itu mungkin ialah "suara-suara sumbang keldai" yg akan sentiasa menjatuhkan semangat kita.Oleh itu,amatlah penting bagi kita untuk mencari sumber motivasi bagi menguatkan lagi keazaman kita untuk berubah it.Apa saja boleh dijadikan motivasi diri.Bagi org islam,sudah tentu motivasi kita ialah Quran dan Hadis.Namun,bagi mereka yg baru mahu mula kembali ke pangkal jalan,sudah tentu mereka akan lebih bersemangat jika ada 'dorongan luaran'.

Satu contoh mudah ialah apa yg kerap dilaksanakan di masjid-masjid.Ada saja majlis ilmu,pasti akan ada makan-makan disediakan.Orang yg rasa konon-konon baik atau alim pasti akan berkata,'Huh..sama juga aku pergi atau tidak,kalo aku pegi pun sebab ada makanan.Jadi sia-sia lah juga'.Lalu dia memang langsung tak pergi.Sebenarnya dia lupa dulu masa kecik-kecik,dia solat sebab apa?sebab mak suruh!Kalau tak buat,ayah rotan!Jadi terpaksa solat sebab takut parents.Tapi bila dah besar,ibadah solat ini sudah sebati dan akhirnya dilaksanakan bukan lagi kerana takutkan makayah lg.

Kawan saya,nak berhenti merokok.Saya tanya,'Wahh!Sebab apa?'dia jawab,'Awek suruh'.Pastu terus saja dipangkah dan ditertawakan oleh sahabat yg lain,'Tak ikhlas!'.Memang la tak ikhlas,tapi tak salah pun sebab baru nak belajar-belajar dan nak cuba-cuba.Messi pun tak lahir saja terus main bola.Dia ada latihan!Dia penat jugak injured pun kompem pnah gak.Penah give-up gak!Tapi kerana dia praktis main bola hari-hari,akhirnya dia jd power tak mcm saya.Demikianlah diri kita ini.Kita perlu bersusah-susah dahulu.Lebih-lebih lagi bila mahu buat baik.Halangannya sgt-sgt banyak.Bukankah Allah berfirman bahawa selepas kesusahan ada kemudahan?(asy-syarh;5 dan 6)

Satu lagi,kita perlu yakin bahawa selangkah kita mahu mendekati Allah,Allah 1000 langkah mendekati kita.Jika kita berjalan kepadaNya,Allah berlar kpd kita.Hidayah perlu dicari...tugas kita mencari bro!bro!Cari lagi..!!

Kesimpulanya,kita tidak perlu menjadi pekak utk tidak mendengar cacian,ejekan,dan makian mereka.Kita tidak perlu menjadi buta untuk tidak melihat perbuatan mereka yg menjauhi.Sebaliknya kita perlu yakin bahawa inilah satu-satunya peluang utk kita mengamalkan ajaran islam dlm idup.Ingat!Kalau kita taknak buat baik,jgn kita halang org lain buat baik-pengajaran drpd luahan seorang pekerja Pakistan.Moga bermanfaat~

Belanjalah saya!

Belanjalah saya!
"Jenn..,aku tengok kau sedih je hari ni.Kenapa ni?ada masalah bagitahu la",tanya Brother John kepada Jenah.Jawab Jenah dengan nada sedih,"Aku takde duit la Brother Jon.Camne la aku nak idup..."

Tidak dinafikan duit memainkan peranan yg besar kpd setiap manusia.Lagi-lagi zman skrg,setiap manusia memerlukan wang utk menjamin kelansungan hidup.Dengan duit,manusia dapat memenuhkan segala keperluan mereka.(sebenarnya ialah memenuhi kehendak!kan?heee)

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini (syahwat), yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”
QS. Ali Imran, 14

Allah tidak menciptakan sesuatu itu sbgai sia2.Sedangkan cacing tanah yg kecil itu pun memberi manfaat kpd tanaman,ini pula duit.Duit mempunyai manfaat yg besar.Manusia berhajat kpd mkanan(makhluk),kpd tidur(makhluk),kpd tempat tinggal(makhluk) dll.Perghh..semua hajat kita kpd makhluk!Bila nak berhajat kpd Allah ni???

Back to basic.Dlm Quran,Allah melarang kita dr mengambil riba,merasuah,meminum arak,memakan babi,dan memakan harta anak yatim scara berlebihan(ada banyak lg,ni sekadar contoh).Rasionalnya,jika mengambil riba,kita akan menganiaya org lain,lalu org akan berdendam.Finally adela gaduh dan perbalahan yg menimbulkan permusuhan dan pertumpahan darah.Rasional bg pengharaman arak pula ialah sesiapa minum arak,mereka akn mabuk.Jadi bila mabuk takleh bekerja,takleh memandu dan takleh buat macam2 lg jam.Yg lain tu pikir sendiri la ea..
(inilah boros mengikut pakcik google.Tak caya?search gambar 'boros' kat google)
Kita bijak mencari duit,jadi kita perlulah bijak guna duit pulak!Setiap yg ada,wujud di dunia ini tidak akan kekal.Buktinya ada di sekeliling kita.Duit dalam dompet akan habis.Dakwat pen akan habis.Cahaya lilin akan padam.Yang hidup akan mati.Oleh itu kita kenalah berbelanja dgn bijak-sana dan bijak-sini.Nabi SAW diutuskan Allah sbgai tauladan paling baik.Kita ambil contoh Baginda bermuamalat,Baginda tidak membazir.Baginda tak boros,Baginda tak beli benda2 tak berfaedah yg bukan keperluannya dan yg paling penting Baginda tak pernah menipu.Jauh sekali rasuah,riba dll.

Makan dan minum memang tidak dilarang, asal tidak berlebihan. Sesuai dengan firman Allah:“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan”. ( Al A’raaf, 31)Rakyat Malaysia umumnya berbelanja pd kadar yg besar setiap hari.Buktinya ialah kadar pembuangn sampah seharian yg begitu besar.Dari erti kata lain,boroslah.....Boros ialah amalan syaitan.“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” Al-Israa’ Ayat 27

Nabi suka bersedekah.Baginda bersedekah hinggakan tiada apa yg ada pada Baginda kerana habis semua disedekahkan.Diceritakan,sedekah Rasulallah ni mcm angin sbb kalau Baginda memberi,mmg Baginda akn beri semua.Hebat?Itulah resepi kejayaan islam.Kena tolong-menolong!tlg promote Kita mmg jauh skali nk ikut lakan?Kesimpulan,gunalah harta dgn cara terbaik sbb nanti kita akn disoal sprt dlm entry ni. 

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al Anbiyaa’, 35)
*Ini entry auto-publish..nanti saya online,sy balas komen dan kunjungan anda ya!TQ sbb singgah blog yg serba kekurangan ni~hee

Saya buat semua ini semata-mata utk awak!tahu?

Saya buat semua ini semata-mata utk awak!tahu?
Saja nak tulis tajuk gempak-gempak sikit~hehe.Ada kawan saya mengadu,katanya artikel-artikel saya semuanya panjang-panjang!Saya tak reti nak tulis pendek-pendek tapi saya dah cuba dan dah boleh tulis pendek sikit-sikit.Tahniah kpd saya.Jadi demi sahabat,saya tukar format penulisan sy.Banyak entry an artikel saya bahagi-bahagikan cerita.Mcm dlm cerita cinta yg sy tulis tu.Sampai ada 3 entry dibawah tajuk yg sama iaitu Cinta Syarie.(nama saya Iqbal Syarie).Tajuknya- cinta syarie episod 1, cinta syarie episod 2 , cinta syarie episod 3 dan episod 4 .4 episod semua skali.

Saya ada juga tulis pasal iman.Ingat tak pasal graf iman tu?Kalau tak ingat,boleh baca bahagian 1 kat sini,sambungannya bahagian 2, bahagian 3 dan bahagian 4. Kalau anda takde masa nak baca,saya cadang anda baca yg bahagian 4-yg last tu aja sbb ia paling penting~

Saya jugak pernah tulis pasal hisab,pasal hari kiamat dan soalan-soalan yg akan ditanya masa kita dihisab di hadapan Allah.Juga ada bersiri-siri dan pendek-pendek.Nak Baca?Yg ni bahagian pertama. Bahagian kedua pulak banyak saya cerita pasal solat. dan yg terakhir bhgian 3. Takut bila memikirkan saat itu..huuu~

Ada juga beberapa entry lg yg saya buat pecah-pecah.Malas la nak tulis dan list semua.Nanti-nanti la ya!Saya dulu pernah gak ajak batchmate saya bukak blog sy,mana taw kot2 dia dpt mnfaat ke...pastu dia kata dia cuma nak baca cerita binatang atau kartun-kartun aja mcm sang kancil dgn buaya darat!Oh!Sebenarnya ada saya tulis cerita yg berbentuk cerpen,cerita dan tamsilah atau perbandingan sbb saya rasa cerita-cerita mcm ni tak membosankan.

Sesiapa yg berminat boleh la stalk baca entry-entry di bawah label cerpen agama.Nama aje cerpen agama,tapi tak mcm pun.Heheee..saya takde akat menulis~Saya pun ada tulis cerita yg guna kaedah tamsilan atau perumpamaan.Boleh baca artikel-artikel pendek di bwh label ni. Moga-moga terhibur dan dpt manfaat sedikit sebanyak.

Saya nak buat pengumuman sikit!Mulai 5hb Jun 2010 hingga 13 hb,saya akn balik kampung.Cuti sem,seminggu aja!kejam giler!huhuhu..jd sy tak on9 dlm masa tu,cum saya akan auto-publish beberapa entry sbb taknak biarkan blog ni jd usang sgt.hehe..kpd anda yg nak bertukar-tukar link dgn saya,saya sgt hargai dan alu-alukan.Yg nak follow,silakan dan terima kasih.Pas sy balik cuti,saya add link dan follow balik.hehe..

Akhir kata,saya nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau tersindir sesiapa dlm penulisan saya.Doakan keselamatan saya pergi dan pulang.Moga kita dpt gunakan masa yg Allah pinjamkan dgn sebaik mungkin.Salam mesra,salam sayang drpd saya.Jumpa lg minggu depan!hehe

p/s-saya akan auto-publish beberapa entry saya nanti.Pas saya balik,insyaAllah sy akn balas komen dan kunjungan anda semua.Terima kasih kerana melawat blog picisan ini.(smpai skrg sy tak tahu maksud sbenar 'picisan'.anyone?)

Ajak-ajak ayam

Dalam bahasa melayu,jom bererti mengajak.Ia membawa makna yg sama seperti perkataan ayuh dan mari Kata ajakandigunakan utk mengajak atau mempelawa atau menyuruh seseorang utk melakukan sesuatu bersama-sama.(Betul ke apa saya tulis tu?)

Dewasa kini(ayat SPM, hehe),penggunaan kata ajak sprt jom dan ayuh begitu banyak dlm kehidupan seharian.



contoh 1-> "Ayuh adinda,kita bersantap!" ,ajak Pekan kpd Melur.(klassik giler..)


contoh 2->"Jom!kita pergi curi ayam Pak Lebai.Dia kat masjid skrg!",Iqbal mengajak kwn-kwn dia.(mcm kisah benar jew...)


contoh 3 ->"Jom kita ke masjid.Aku tunggu ko.Pergilah bersiap-siap dahulu",ajak Jalaluddin kpd Afiq(housemate ni diorg ni). 
Contoh yg pertama ialah mengajak seseorang kpd sesuatu yg harus.Sesuatu yg harus ialah jika dibuat tak dpt dosa dan ditinggalkan juga tiada dosa.Seperti makan,tiada masalah jika kita mengajak org utk makan atau memenuhi ajakan seseorg utk makan di kedai.Biasanya org yg ajak akan belanja.Jadi,rugi la tolak.kan?

Contoh yg kedua ialah ajakan utk melakukan dosa,maksiat,aniaya,kemungkaran dan kejahatan.Ajakan ini berdosa kerana contoh mencuri ayam murahan itu berdosa.Dinyatakan dgn jelas dlm Quran yg suci.Kita dilarang utk memenuhi ajakan org yg mengajak kpd kemungkaran ini.Lebih malang,sesiapa yg mengajak kpd kemungkaran dan org yg diajaknya itu berbuat mungkar,maka dia pun dpt 'saham dosa' dia tanpa dikurang sedikit pun!tak takut ke?Sambungan bacaan di sini.
 

Contoh ketiga pula ialah ajakan kpd kebenaran dan kebaikan.Ini ialah ajakan yg benar dan dituntut dlm agama.Contoh Jalaluddin mengajak Afiq bersolat di masjid secara berjemaah kerana Rasul melarang keras umatnya bersolat sendirian jika mendengar azan! Ajakan kpd kebenaran ini hukumnya wajib mengikut keupayaan individu.Inilah dakwah. Ajakan kebaikan ini seharusnya diperbanyakkan dan org yg diajak hendaklah memenuhi ajakan itu.Pahala org yg diseru dan dia memenuhi ajakan kebaikan itu akan dinikmati jua oleh si pengajak tersebut tanpa dikurang sedikit pun.Best kan? Kpd org yg diseru pula,tak pyh susah perah otak memikirkan alasan utk lari,penuhi saja kan lebih mudah?


Kesimpulannya,jika kita mahu berbuat kebaikan,maka ajaklah juga sahabat handai dan org sekeliling kita utk berbuat kebaikan juga.Jangan sesekali mengajak kpd keburukan!Ikhlaskan niat dan istiqamah ajak walaupun mungkin org yg kita ajak hatinya sekeras batu api taknak lgsung dengar apa yg kita ajak.Hidayah milik Allah.Berlemah lembut dan bijaksanalah dlm mengajak org berbuat kebaikan~Akhir sekali,berdoalah kpdNya.(60;40) 
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim) 
 P/S-kalau rasa blog saya ni sempoi,ajak la kwn-kwn baca dan follow..hehe..ops!terpromote pulak!!hehe

 Artikel ini pernah disiarkan pd  3/7/2009 pd jam 11:37 AM

Kisah Binatang Dan Kebesaran Allah Taala

Kisah Binatang Dan Kebesaran Allah Taala
Ulat.
Diriwayatkan dalam satu kisah yg diceritakan oleh ulama' tentg ulat yg berkomunikasi dgn Nabi Daud A.S.Suatu hari sdg Nabi Daud membaca kitab zabur,beliau terpndg akan seekor ulat yg kecil sdg merayap.Lalu terdetik dalam hatinya.."mengapa Allah ciptakan ulat yg kecil ini?"..lalu atas izin Allah ulat ini mampu berkata2."Wahai Nabi Allah,sesungguhnya Allah menciptakanku ini utk ku berzikir kpdnya dgn ucapan Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar dan lailahaillallah sebanyak 1000kali semasa siang.dan pada sblah malamnya aku akan berselawat kpd Nabi SAW sbnyak 1000kali juga.Itulah aktivitiku setiap hari".Lalu terkedu Nabi Daud dan beliau diriwayatkan tidak pernah lg memandg rendah akan binatang.

Ikan.
bayangkan..seringkita memandang rendah tentg binatang yg dikenali sbgai ikan ini.Ikan bijak kerana binatang2 di laut seperti ikan salmon,penyu dll binatang di laut ini mampu utk berenang dari satu selat ke satu selat yg lain tanpa tersesat.Sdgkan kita bila bermusafir,pasti menghadapi kesukaran.Bimbg akan tersesat,kita dibantu oleh signboard.Namun masih boleh jgk tersesat.Binatang di laut juga mempunyai 'rumah' yg lebih besar dr manusia.Lalu mana mungkin kita boleh menandingi keluasan tempat tinggal ikan-ikan ini dgn tmpat tggal kita di atas darat?Binatang2 laut juga lebih dimuliakan Allah kerana dihalalkan kita memakan bangkai mereka sdgkan binatang2 seperti lembu perlu disembelih terlebih dhulu.Mayat manusia pun jika terbiar adalah amat busuk namun bg ikan,halal dimakan bangkai2 mereka.Hebat gak ikan ni!

Labah-labah.
Diceritakan semasa dalam peristiwa penghijrahan Nabi SAW bersama2 dgn Saidina Abu Bakar As-siddiq.Mereka berlindung di dalam gua Tsur,ketika mereka diburu oleh org2 mushrikin.Lalu ketika puak kuffar tiba di pnitu gua,labah2 pun berbuat sarang-sarang menutupi muka gua.Lalu mereka beranggapan mustahil ada manusia di dalamnya kerana sarang2 labah2 yg banyak di muka gua itu.Dulu masa kecik-kecik pernah dengar larangan org tua-tua drpd bunuh labah-labah,betul ke?heee

Burung pipit.

dalam peristiwa Nabi Ibrahim A.S dihumbankan dalam api yg marak oleh raja Namrud.Ats rasa cinta burung2 ini kpd Allah,lalu dia pun mengambil air diletakkan dlm paruhnya yg sgtt kecil itu utk memadamkan api yg marak itu.Walaupun sudah diketahuii bhawa hanya sikit air yg boleh dibawa dlm paruhnya itu dan dia pun tahu dia takkan mampu memadamkan api itu,tapi burung pipit ini masih mahu BERUSAHA membantu org yg menegakkan agama Allah.

Anjing.
Dalam peristiwa as-habul kahfi,ketika mana pemuda2 itu lari dr pemerintah yg zalim.Anjing ini melihat mereka dan anjing ini kenal org2 yg beriman.Anjing pun taw org itu beriman.sdgkan kita masih tidak mengenali org2 beriman walaupun berada disangping mereka.Lalu anjing ini pun mengambil keputusan mengikuti pemuda2 tersebut utk bersama pemuda2 yg mempertahankan akidah mereka.


Sebenarnya ade banyak lg kisah binatang2 ni yg perlu kita ambik contoh sbgai peringatan dan teladan.
Syukurlah,kerana kita dijadikan sbgai manusia iaitu sebaik2 baik makhluk.Bersyukurlah juga kerana kita dilahirkan sbgai umat Nabi SAW dan adalah sebaik2 umat manusia..
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar" an-nahl ayat 66.

artikel ini pernah disiarkan pada 21/3/2009 pd jam 12.23 AM